Buku Panduan PKK

29
0 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAERAH KERAMAT BUKU PANDUAN PENGAKAP KANAK-KANAK

Transcript of Buku Panduan PKK

Page 1: Buku Panduan PKK

0

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIAWILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DAERAH KERAMAT

BUKU PANDUAN

PENGAKAPKANAK-KANAK

Page 2: Buku Panduan PKK

1

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan BersetiaYang Saya DenganSeberapa Daya Upaya Saya Akan:

Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap

UNDANG-UNDANG

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dankehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong,kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang padasetiap masa.

4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lainpengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-

bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnyadengana tiada apa-apa soalan.

8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalamkesusahan.

9. Pengakap itu jimat dan cermat.10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Page 3: Buku Panduan PKK

2

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya

yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usahakami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yangberikut:

Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan

Page 4: Buku Panduan PKK

3

HORMAT PENGAKAP

Hormat Pengakap dilakukan apabila:

Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitumenandakan persaudaraan dan penghormatan.

Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera

pengakap.

Cara Hormat Pengakap

Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jaritelunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jarimenindih jari kelingking.

Makna Hormat Pengakap

Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut Undang-undang Pengakap.

Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawamaksud ahli pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksudsebagai seorang ahli pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10Undang Undang Pengakap.

Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraanpengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.

COGANKATA PENGAKAP KANAK KANAK

Cogankata yang menjadi moto Pengakap Kanak-Kanak

"BUAT HABIS BAIK"

Page 5: Buku Panduan PKK

4

SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Frank Cooper Sands

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sandsmenubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hbJulai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budakMelayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga diSingapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialahPahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubursetelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisbydan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R.Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakanPengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya PengakapMalaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkandi Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Padatahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula,pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di MaktabSultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 olehAmeen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YMTengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap padatahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957,Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalamPersidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia),Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada PersekutuanPengakap Malaysia.

Page 6: Buku Panduan PKK

5

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap.

1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis

SEJARAH PENGAKAP DUNIA

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiranHyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell.

Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru diUniversiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth.Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.

Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalampemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah.Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 danditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat KetuaInspektor pada tahun 1903.

Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancangmembawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perangdengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.

Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amatdalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telahmenganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanaklelaki.

Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telahmengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.

BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidakdapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripadapusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertibyang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.

Page 7: Buku Panduan PKK

6

Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadiPengakap Agung bagi seluruh dunia.

Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. LadyBaden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalamsegala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika danbermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah,hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BPberehat setelah lama berbakti kepada dunia.

Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramaiyang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembanganpergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.

Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambilbahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalamberbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggapperkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telahmenyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular dikalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.

Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telahmenjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit.Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.

Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendirikegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusahamewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnyapengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiangdikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutanGunung Kenya.

Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :

“TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.”

Page 8: Buku Panduan PKK

7

CERITA HUTAN

MOWGLI

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempangkakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalamsebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.

Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khanternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayusuami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengannyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.

SHERE KHAN

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam.Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Diapun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yangtinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu,tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersediahendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak kearahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal didalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan ShereKhan tadi.

Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibuserigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takutkepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisapsusu Ibu Serigala.

Page 9: Buku Panduan PKK

8

Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anakmereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain jugasayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipanduTabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapanbinatang-binatang lain.

Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecilpemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jikaharimau tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkanbudak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannyatidak muat melalui pintu gua.

Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatuhari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggalbersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala didalam hutan.

DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anakserigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggotaKumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malambulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.

Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggotaKumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagaianggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jikaada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah bolehberlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigalapun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.

Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksanabernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masinguntuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.

Page 10: Buku Panduan PKK

9

AKELA

Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takutsebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigalajuga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli danmembuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.

"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidaklayak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agakdewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yangbukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnyabaru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.

"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela,Ketua Kumpulan.

Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersediahendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekorbinatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakapdalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi gurumengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.

BALOO

Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya dibelakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggotaKumpulan.Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suaramenyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor HarimauKumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidakberhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anakserigala boleh ditebus dengan seekor buruan.

Page 11: Buku Panduan PKK

10

BAGHEERA

Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dandisembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterimasebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetujumenerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yangditawarkan oleh Bagheera itu.

Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dantinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.

Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidakdiserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik keranamanusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberipertolongan kepada suatu hari kelak.

" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya

dan

kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya "

Page 12: Buku Panduan PKK

11

ISTIADAT LAUNG AGUNG

Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan diseluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telahmembuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpinPKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhirperjumpaan PEK

1. TUJUAN

Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG

Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat &nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia

Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagaiisyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela

PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akeladengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.

Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besarmengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan.

Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkantangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.

Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkattumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKKmencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan disisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanahsambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak"A K E L A" KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKKsuadah bangun tegak dalam keadaan sedia.

Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela danmencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?"

PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABISBAIK"

Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidakjatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

3. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA

Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas(Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ketiang bendera.

Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah dihadapan tiang bendera.

Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) talibendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk

Page 13: Buku Panduan PKK

12

memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusingke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.

Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentakmenyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagusemua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal.

Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas)berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukanmuslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikutagama masing-masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam SekawanBertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan.

Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada KetuaPemimpin atau minta menjalankan tugas lain.

Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetulkan kesilapanuniform PKK sebelum membuat pengumuman.

LAGU KEBANGSAAN

NegarakuTanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup bersatu dan maju,

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,Raja kita selamat bertakhta,

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,Raja kita selamat bertakhta

Sila tunggu sebentar untuk mendengar lagu Negaraku

Page 14: Buku Panduan PKK

13

BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang samalebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putihdi sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 14 buahnegeri:

1. Johor2. Kedah3. Kelantan4. Melaka5. Negeri Sembilan6. Pahang7. Pulau Pinang8. Perak9. Perlis10. Sabah11. Sarawak12. Selangor13. Terengganu14. Kuala Lumpur.

Warna biru tua maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 14 buah negeri dan Kerajaan

Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-

duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Page 15: Buku Panduan PKK

14

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 PersetiaanPengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.

2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undangPengakap yang sepuluh.

3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "PersaudaraanPengakap"

4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan

Persaudaraan Pengakap Sedunia".7. Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-

unit pengakap:

Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", Hijau - "Pengakap Muda", Merah - "Pengakap Remaja"

8. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warnadiraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Page 16: Buku Panduan PKK

15

LAMBANG PENGAKAP DUNIA

1. Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitutaat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopakkanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

3. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.4. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap

Sedunia.5. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.6. Warna putih-kesucian dan kebersihan.

SALAM PENGAKAP

Salam Pengakap Dunia Menggunakan Tangan Kiri

Salam Pengakap Malaysia Menggunakan Tangan Kanan

Salam Pengakap adalah tanda persaudaraan dan kepercayaan serta hormatkepada saudara-saudara lain.

Page 17: Buku Panduan PKK

16

Ahli Pengakap di seluruh dunia berjabat tangan sesama sendiri dengan cara yangistimewa. Mereka berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri sebagaipersaudaraan dan kepercayaan. Di sesetengah Negara termasuk Negara kitaMalaysia, menggunakan tangan kanan semasa berjabat tangan.

Bagaimana berjabat tangan tersebut wujud?

Semasa Baden-Powell bertugas sebagai askar di Afrika, dia menemui ketua-ketuadan pahlawan-pahlawan yang terdiri daripada suku kaum yang membawalembing dan perisai. Pada suatu ketika, dua suku kaum ini selalu bermusuh-musuhan,meyerbu dan membunuh sesama sendiri sehingga menyebabkan banyak nyawayang terkorban. Permusuhan yang berlanjutan itu akhirnya menemui jalanpendamai.

Taktik peperangan serta keberanian yang ditonjolkan oleh pahlawan-pahlawankedua-dua suku kaum menunjukkan kehebatan kepahlawanan masing-masing. Bilaketua salah satu kaum terserempak dengan ketua lawannya, dia memberi isyaratkepada pahlawannya supaya berundur.

Tanda tersebut membawa kepada perundingan perdamaian di antara kedua-duasuku kaum yang bermusuhan. Ketua suku kaum di Afrika sekarang menerimakenyataan bahawa orang yang paling berani di antara orang berani adalah orangyang berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri.

B-P menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisiPengakap di seluruh dunia.

Page 18: Buku Panduan PKK

17

KUASA PENGANJUR

Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah:-

Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabatPersekutuan Pengakap Malaysia;

Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (officialsignatories) [seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpananatau semasa untuk unit pengakap itu;

Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpinpengakap;

Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unitpengakap di mana perlu;

Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran ( seperti rombongan,kembara, perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahli-ahli;

Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di saekolahnya.

TEMPAT BERIBADAT

Mengetahui agama-agama di malaysia serta tempat-tempat ibadat seperti Masjid,Gereja, Kuil, Tokong dan lain-lain di kawasan sekitar tempat tinggalnya.

Masjid - Penganut Agama Islam Tokong - Penganut Agama Buddha Kuil - Penganut Agama Hindu Gereja - Penganut Agama Kristian

Page 19: Buku Panduan PKK

18

NILAI IBADAT

Rukun Iman ada enam perkara iaitu:

Beriman Kepada Allah

Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hatikita hanya kepada-Nya.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepadaselain Allah s.w.t.

Beriman Kepada Malaikat-Malaikat

Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yangbernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintahAllah.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan olehAllah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidakdinyatakan Allah.

Beriman Kepada Rasul-Rasul

Dengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan.

Beriman Kepada Kitab-Kitab

Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh Kitab Al-Quran.

Beriman Kepada Hari Kiamat

Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yangfana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatutempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.

Beriman Kepada Qada' dan Qadar

Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allahtelah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.

Page 20: Buku Panduan PKK

19

Rukun Islam ada lima perkara iaitu:

Mengucap dua kalimah syahadat

“ Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah danNabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya”Dengan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dandengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allahs.w.t dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya.

Solat Lima Waktu Sehari Semalam

Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kitamenyembah-Nya. Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata ,telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajaroleh Nabi Muhammad s.a.w.

Mengeluarkan Zakat

Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkansebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhakmenerimanya.

Berpuasa di Bulan Ramadan

Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kitakepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkanlarangan-Nya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan sertameningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Mengerjakan Haji Di Baitullah

Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaanmilik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyaikemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Page 21: Buku Panduan PKK

20

ASAS PERBARISAN

Rehatkan Diri

Senang Diri

Page 22: Buku Panduan PKK

21

Sedia

Ke Kanan Lurus

Ke Hadapan Lurus

Page 23: Buku Panduan PKK

22

Ke Kanan Pusing

Ke Kiri Pusing

Page 24: Buku Panduan PKK

23

Ke Belakang Pusing

Nota Tambahan:

Dalam sesuatu pertandingan kawad, butiran pemarkahan akan berdasarkanbeberapa perkara berikut (contoh untuk pemarkahan penuh bersamaan dengan200 markah):

Persediaan Pasukan (20):

Pakaian Lengkap (10) Kekemasan (5) Keseragaman (5)

Pergerakan & Formasi (Kawad Asas + Kawad Formasi = 180):

Kawad Asas (120):

Ketua : Melaporkan pasukan (10) Ketua : Kata perintah (20) Ketua : Pengendalian pasukan (20) Ketua : Nada suara (10) Pasukan : Kekemasan berkawat (60)

Kawad Formasi (60):

Pasukan : Kreativiti Formasi (30) Pasukan : Kemantapan (20) Pasukan : Dinamik (10)

Page 25: Buku Panduan PKK

24

Butiran berikut juga perlu diberi perhatian:

kawad asas ketika masuk padang kawad statik kawad dinamik kawalan pasukan tutur cara pasukan melapor keluar dari padang kawad.

Markah akan ditolak sekiranya:

berkawad di luar kawasan ditetapkan gagal meneruskan langkah pakaian asas atau aksesori terlucut atau tidak pada tempatnya tidak mengikut urutan kawad semasa masuk, keluar, mara menghadap dan

formasi.

Page 26: Buku Panduan PKK

25

SERAGAM PENGAKAP

Topi

Skarf & Wogel

Page 27: Buku Panduan PKK

26

Baju Lengan Pendek

Tali Pinggang

Seluar Biru

Page 28: Buku Panduan PKK

27

Lencana Negeri, Daerah & Kumpulan (Lengan Kanan)

Lencana Malaysia (Poket baju kanan) & Lencana Keahlian (Poket baju kiri)

Page 29: Buku Panduan PKK

28

Cara Pemakaian Lencana Di Lengan Baju Pengakap