Building services
-
Upload
dale-testink -
Category
Documents
-
view
7.785 -
download
2
description
Transcript of Building services
1 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
1.1.Pengenalan
Penghawa dingin merupakan salah satu sistem perkhidmatan bangunan
yang paling penting dalam semua bangunan moden pada hari ini.
Perawatan secara mekanikal dilakukan terhadap suhu, kelembapan,
pembaharuan udara & pengagihan udara tersebut bagi mencapai keperluan
& fungsi sesuatu ruang. Proses pengawalan dan perawatan bagi semua
kandungan udara bagi ruang tertutup.
Kawalan Suhu – Pemanasan dan Penyejukan
Kawalan Kelembapan – Pelembapan dan Penyahlembapan
Kawalan Kebersihan Udara – Penapisan, Penyucian, dan
Peresapan bagi membuang kotoran
Agihan Udara – Perawatan (jenis pengudaraan) dan agihan ke
ruang (cara aliran)
1.2.Keperluan penyaman udara
Faktor keperluan:-
Keselesaan – Iklim persekitaran, sosioekonomi tinggi, aktiviti ruang
yang terhad.
Prestasi Pekerja dan Pengeluaran – Keadaan selesa (prestasi baik).
Bahan pengeluaran seperti industri yang memerlukan kelembapan
terkawal.
Kesihatan – Pencemaran alam sekitar (habuk dan kebisingan).
Peralatan – Alatan elektronik, computer.
Simbol status – Penginapan (hotel, rumah tumpangan).
Penginapan satu keperluan dan melambangkan status seseorang.
2 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
1.3.Matlamat keselesaan
Suhu optimum 22°C – 27°C
Kelembapan relatif berkesan 40% - 60%
Pergerakan udara dalam ruang <12m/min
Bekalan udara bersih yang cukup untuk mengelakkan bau dan
kebersihan
Elakkan kebisingan dari alatan dan salur udara
1.4.Prinsip Asas & Jenis Kitaran Dalam Alat Penyaman Udara.
Kitaran “penyejukan” adalah berasaskan kepada 2 prinsip kitaran iaitu:
Apabila cecair bertukar kepada gas, ia akan menyerap haba dalam
kuantiti yang besar.
Takat didih bagi sesuatu cecair boleh diubah melalui pengubahan
terhadap tekanan yang dikenakan kepada cecair tersebut.Dengan kata
lain, titik didih sesuatu cecair boleh ditingkatkan jika tekanan dinaikkan
dan boleh diturunkan jika tekanan dikurangkan.
1.4.1. Kitaran Udara
Merupakan agihan udara yang telah dirawat. Bertujuan menyingkirkan
haba dari dalam ruang. Haba disingkirkan semasa udara balik diserap
pada unit penyejat (udara/air)
3 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
Rajah 5.1 : Kitaran Udara
1.5.Komponen alatan kitaran udara
Unit pengelolaan
Penapis udara
Kipas penghembus
Salur udara
Pengambilan udara bersih
Alat pelembapan, penyahlembapan (jika perlu)
1.6.Faktor rekaan
1.6.1. Orientasi Bangunan:
Elakkan permukaan yang menghadap sinaran matahari Timur-Barat
bagi mengurangkan kemasukan haba
1.6.2. Penutupan Bangunan:
Penutupan yang tebal dan bahan binaan yang baik boleh mengawal
kemasukan haba yang lebih
4 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
1.6.3. Penyusupan:
Elakkan bukaan atau lubang (akan mengurangkan kesan penyejukan
udara)
1.6.4. Keadaan Persekitaran dan Iklim:
Elakkan pancaran matahari daripada bahan dan bangunan sekitar
(pembalikkan cahaya/haba)
1.6.5. Aktiviti dan Alatan Dalam Ruang:
Manusia dan alatan mengeluarkan haba – memerlukan kapasiti tinggi
1.7. Unit muatan
Unit alatan penyaman udara biasanya dilengkapkan keupayaan, muatan
serta kecekapannya.
Beban pendingin
Muatan kelolaan udara
Keupayaan kejenteraan
Kuasa dan tenaga
5 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
1.8.Kemudahan bangunan yang diperlukan
Bekalan elektrik – Kuasa elektrik 3 fasa
Bekalan air yang mencukupi – Sistem loji dan sistem loji air sejuk
Ruang-ruang cukup (rekabentuk) untuk alatan, unit penelolaan udara,
menara pendingin, tangki air dan salur udara (ducting)
1.9.Prinsip peyaman udara
1.9.1. Prinsip asas
Berdasarkan sifat jirim terhadap :
Suhu
Haba
Tekanan
1.9.2. Penyejukan
Proses secara mekanikal untuk mengalihkan haba dengan selamat
(tanpa membahayakan alam sekeliling)
1.9.3. Dua sifat jirim
Bendalir menyerap haba : cecair – gas (pengewapan)
Bendalir mengeluarkan haba : gas – cecair (pemeluwapan)
6 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
1.10. Kitaran asas penyejukan udara
Kitaran Penyejukan – Proses pindahan haba ruang dalaman ke udara
luar. Proses ini melalui unit penyejat. Dua cara kitaran penyejukan
udara ialah penyejukan mampatan dan penyejukan serapan.
Rajah 5.2 : Kitaran asas penyaman udara
1.10.1. Penyejukan Mampatan
Rajah 5.3 : Kitaran asas penyaman udara
Mempunyai 4 peringkat :-
Pemampatan
Pemeluwapan
Injap pengembangan
Penyejatan
7 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
1.10.2. Penyejukan serapan
Rajah 5.4 : Penyejukan serapan
Mempunyai 4 peringkat :-
Penjana
Pemeluwapan
Pendingin
Penyerap
8 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
1.11. Sistem penyaman udara
Terdapat 3 bahagian asas:
Sistem unit
Sistem loji
Sistem kawalan setempat
Rajah 5.5 : Sistem penyaman udara
1.12. Sistem unit
Sistem unit pendingin kecil hingga sederhana. Digunakan pada ruang kecil
yang berdekatan secara serentak atau berasingan.
Terdapat 3 unit asas :-
Unit Tingkap
Unit Kemas Siap
Unit Pisah
9 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
1.12.1. Unit tingkap
Unit kecil yang padat, lengkap dan kecil bagi satu bilik/ruang. Unit
pemeluwap di luar, unit penyejat dipasang pada pembukaan tingkap
atau dinding yang ditebuk sekurang-kurangnya 1000mm dari aras
lantai. Bergantung pada kekuatan kipas dan ram-termostat digunakan.
Rajah 5.6 : Unit tingkap
1.12.2. Unit kemas siap
Digunakan satu atau beberapa ruang kecil dalam masa serentak.
Menggunakan media air atau udara. Seakan sama dengan loji
berpusat. Ciri-ciri unit kemas siap:
Senang dipasang pada bangunan sedia ada.
Boleh diletakkan di dalam dan di luar ruang
Boleh mengawal suhu dan menetapkan cara agihan udara
dengan kadar yang memuaskan
Kemampuan beban pendinginan yang luas yang dapat
memenuhi berbagai-bagai keperluan
10 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
Dibahagikan kepada 3 unit asas :-
Unit Kemas Siap Keseluruhan
Unit Kemas Siap Dingin Udara
Unit Kemas Siap Dingin Air
1.12.2.1. Unit kemas siap keseluruhan
Keupayaan lebih besar dari tingkap. Keseluruhan alatan di luar
bangunan berdekatan dengan ruang. Agihan udara melalui salur
udara bekal dan balik. Perletakkan unit boleh diletakkan di luar /
bumbung bangunan.
Rajah 5.7 : Unit kemas siap keseluruhan
11 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
1.12.2.2. Unit kemas siap dingin udara
Unit pemeluwap di luar dan Unit penyejat di dalam bangunan
(fasa pisah) yang disambungkan melalui paip kitaran bertebat.
Unit dalaman didapati dalam bentuk almari yang menggunakan
salur udara / tanpa salur udara.
Rajah 5.8 : Unit kemas siap dingin udara
12 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
1.12.2.3. Unit kemas siap dingin air
Menggunakan unit dalaman yang padat. Memerlukan menara
pendingin serta tangki air. Menara pendingin boleh diletakkan
berjauhan dari unit dalaman. Unit dalaman boleh didapati dalam
bentuk almari.
Rajah 5.9 : Unit kemas siap dingin air
13 Bab 5: Sistem Penyaman Udara
1.13. Faktor-Faktor Pemilihan Sistem Penyaman Udara
1.13.1. Had kos pembelian system dan penyenggaraan
Penjimatan tenaga,penggunaan penyaman udara memerlukan 30-70%
dari keperluan tenaga bangunan.
1.13.2. Kegunaan dan fungsi bangunan
Masa penggunaan stp ruang,jenis aktiviti dan keperluan khusus kadar
kelembapan maksimum,suhu maksimum,kebersihan udara,kawalan
kuman dan tingkat bunyi maksimum.
1.13.3. Kecekapan memberi perkhidmatan
Kecekapan memberi perkhidmatan terutama keperluan khusus.