Budaya Kerja Cemerlang - SABAH.gov Kerja Cemerlang.pdf · Budaya Kerja Cemerlang Bengkel...
Transcript of Budaya Kerja Cemerlang - SABAH.gov Kerja Cemerlang.pdf · Budaya Kerja Cemerlang Bengkel...
Budaya Kerja
Cemerlang
Bengkel Peningkatan Amalan
Perhubungan Awam Kalangan
Kakitangan Pihak Berkuasa
Tempatan (17-18 Dis 2014)
Universiti Malaysia Sabah
Dr. Ramzah Dambul Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Akademik Universiti Malaysia Sabah [email protected]
Tanaman
Jika kita menanam benih limau, maka yang tumbuh adalah pokok limau. Bukan durian, atau manggis.
Jika kita menanam keladi di tanah pantai yang berpasir, maka yang tumbuh adalah keladi bantut berdaun kecil. Dengan isi yang tidak gebu.
Jika kita menanam sirih tanpa jujung, maka ia akan tumbuh melata di atas tanah seperti kangkung. Pucuknya tidak menjulang dan merimbun.
Kita akan dapat tanaman mengikut benih apa yang kita pilih, di mana dan bagaimana kita menanamnya.
Tatacara Pengendalian Bengkel • Fokus slot – melihat ‘budaya kerja’ dari sudut individu; kerana
amalan kumulatif individu akan diterjemahkan kepada organisasi
• Menetapkan rujukan apa itu budaya kerja cemerlang?
• Perkongsian sikap dan ciri amalan yang boleh menjana budaya kerja yang cemerlang (oleh fasilitator) – teoritikal, ciri yang generik
• Perkongsian strategi-strategi tindakan sebenar menerusi amalan sebenar di lapangan (oleh peserta) – kontekstual
• Refleksi – perkongsian fasilitator dan peserta
Budaya Kerja Cemerlang
• Proses kerja: mengikut piawai organisasi
Tertib dan prosedur
Kebajikan dan keselamatan pekerja
•Output kerja: mencapai sasaran produktiviti
Dari segi: jangkamasa, kuantiti empirikal dan kualiti produk/perkhidmatan
Jika tidak mencapai sasaran – ada faktor-faktor eksternal
•Timbangtara menerusi satu julat waktu yang munasabah
Sikap dan Ciri Amalan: DASAR
• Cinta (Passion)
Melakukan kerja untuk kepuasan dan kehormatan dirinya; bukan semata-mata kerana itu adalah “kerja”
Sentiasa memberi yang terbaik, tanpa perlu paksaan dan motivasi luaran
•Sinergi
Komunikasi dan kerjasama dalam kumpulan
Menuju matlamat kolektif dan bukan matlamat individu
•Setia
Rasa kekitaan dalam organisasi (the sense of belonging)
Organisasi menjadi kebanggaan peribadi
Sikap dan Ciri Amalan: TERJEMAHAN
• Perancangan (operasi fizikal)
Mengenali input, output dan timeframe
Menyusun gerakkerja tindakan mengikut prioriti
• Disiplin (pendekatan tindakan)
Mengurus konflik antara kemahuan dan keperluan?
Mana yang penting, mana yang genting?
Mana jangkapendek, mana jangkapanjang?
• Pengurusan Masa (operasi fizikal dan pendekatan tindakan)
Naluri melihat unjuran dan menjangka kemungkinan
Memahami dengan tepat faktor masa dalam semua gerakkerja
SESI PERKONGSIAN SESAMA PESERTA
Strategi-strategi tindakan bagi merealisasikan ciri dan amalan budaya kerja cemerlang:
1. Cinta
2. Sinergi
3. Setia
4. Perancangan
5. Disiplin
6. Pengurusan Masa
Mengikut konteks sebenar di lapangan.
Titik Pengikat Sesama Manusia
TERIMA KASIH