BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang...

19
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PELAKSANAAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL PELAJAR PENDIDIKAN FIZIK UTM SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya MAHAREDZA BIN MOHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 195- 3 Taman Bunga Raya Jalan Temenggong Ahmad 84000 Muar Johor Darul Takzim PROF. MADYA DR SETH SULAIMAN Nama Penyelia Tarikh: 23 APRIL 2010 Tarikh: 23 APRIL 2010

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang...

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP PELAKSANAAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL PELAJAR PENDIDIKAN FIZIK UTM

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya MAHAREDZA BIN MOHAMAD(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( )

SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

195- 3 Taman Bunga Raya

Jalan Temenggong Ahmad

84000 Muar Johor Darul Takzim

PROF. MADYA DR SETH SULAIMAN

Nama Penyelia

Tarikh: 23 APRIL 2010 Tarikh: 23 APRIL 2010

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya

ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)”

Tandatangan :…………………………………………………

Nama Penyelia : Profesor Madya Dr. Seth Sulaiman

Tarikh : 23 April 2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

i

TAHAP PELAKSANAAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL PELAJAR PENDIDIKAN FIZIK UTM

MAHAREDZA BIN MOHAMAD

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

ii

PENGAKUAN

“Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………...........

Nama Penulis : MAHAREDZA B MOHAMAD

Tarikh : 23 APRIL 2010

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

iii

DEDIKASI

Kajian ini ku abadikan buat……………

Bondaku Mah bte Kassim,

Allahyarham ayahandaku Mohamad bin Abd. Rashit

(walaupun dirimu tidak dapat menatap kejayaan anakmu)

Untuk abang dan adikku,

Terima kasih atas nasihat dan dorongan serta jasa dan pengorbananmu

Yang dicurahkan untuk kejayaan ini,

Segala pengorbananmu akan kukenang dan kubalas sehingga akhir hayatku..

Teman yang dikasihi Ida Norlida bte Mohd Isa

Yang banyak memberi semangat dan dorongan,

Dan untuk rakan-rakan seperjuangan kesemuanya,

Segala sokongan, tunjuk ajar, dorongan dan kerjasamamu

Akan kukenang selama-lamanya…

KepadaMu jua Ya Allah ku mohon kesejahteraan, kemuliaan dan kekuatan agar

termakbul segala cita-cita…….

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah, pertama sekali setinggi–tinggi kesyukuran di panjatkan ke

hadrat Ilahi kerana dengan hidayah dan limpah kurnia dari-Nya dapatlah jua saya

menyiapkan laporan penulisan projek sarjana muda yang telah diamanahkan kepada

saya ini. Bersyukur saya kepada Allah swt yang telah memberikan kekuatan dan

masa yang mencukupi hingga berjaya menyiapkan laporan penulisan projek sarjana

muda ini.

Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Seth

Sulaiman selaku pensyarah penyelia saya dalam menjalankan kajian dan

menyiapkan laporan penulisan ilmiah ini kerana tidak jemu memberi cadangan,

menyumbangkan idea, tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya dalam menjalankan

kajian ini.

Seterusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan

keluarga,rakan-rakan yang sama-sama menjalankan tugasan ini serta mana-mana jua

individu yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Budi baik

kalian hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

Akhir kata, semua yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu

adalah dari kelemahan saya sendiri. Semoga kajian ini memberi manfaat kepada

semua dan memberikan sumbangan dalam meningkatkan taraf pendidikan negara.

Sekian. Terima Kasih Wassalam.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pelaksanaan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran kontekstual pelajar pendidikan fizik Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang menjalani praktikal di sekolah

menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang

telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih secara rawak berkelompok

sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai

instrumen untuk mendapatkan data. Soal selidik ini mengandungi 26 soalan yang

mempunyai nilai kebolehpercayaan α= 0.83. Hasil kajian menunjukkan bahawa

tahap pelaksanaan Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual (PPPK)

pelajar pendidikan fizik UTM adalah pada tahap tinggi. Tidak terdapat perbezaan

yang signifikan dalam PPPK merentasi jantina serta jenis sekolah bandar atau luar

bandar. Seterusnya Ujian ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan dalam pelaksanaan PPPK di kalangan kumpulan pelajar pendidikan fizik

yang mendapat gred A, A-,B+ dan B. Kolerasi Pearson antara pelaksanaan PPPK

dan pemasalahan adalah kecil tetapi signifikan. Masalah-masalah berkaitan dengan

pelaksanaan PPPK dibincangkan terperinci dalam kajian ini.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

vi

ABSTRACT

The study is aimed at examining the approach practice of contextual teaching and

learning among UTM physics education students during their teaching practice in

the state of Johor. A total of 41 final year students who had undergone the teaching

practice were taken to be respondents of the study. A questionnaire to measure the

Practice of Contextual Teaching and Learning (PCTLA) consists of 26 items had a

reliability coefficient α= 0.83. The findings indicated that PCTLA among the UTM

physics education students is at high level. There were no significant differences in

PCTLA across gender and school location (rural & urban). An ANOVA analysis

also indicated that there were no significant differences in PCTLA across grades of

practical teaching. Further, there was a weak relationship between implementation

PCTLA and arising problems. Details of problems faced by students are also

discussed.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL KAJIAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah

1.8.2 Kontekstul 7

1.8.1 Pengajaran 8

1.8.1 Tahap 8

1.8.1 Latihan Mengajar 8

1.9 Rumusan 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

viii

2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran

Kontekstual PPPK 10

2.2.1 Teori Pembelajaran Kontekstual 12

2.2.2 Strategi Pendekatan Kontekstual 13

2.3.3 Prinsip-Prinsip Pendekatan

Kontekstual 14

2.4 Hubungan PPPK terhadap Pemasalahan

Pelajar Pendidikan Fizik 16

2.5 Kajian-kajian lepas tentang PPPK 17

2.6 Rumusan 18

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 19

3.2 Reka Bentuk Kajian 19

3.3 Respondan Kajian 20

3.4 Alat Kajian 20

3.5 Tatacara Kajian 21

3.5.1 Kajian Rintis 22

3.5.2 Kajian Sebenar 22

3.6 Andaian Kajian 23

3.7 Analsis Data 23

3.8 Penutup 24

4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 25

4.2 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden 26

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

ix

4.2.1 Taburan Responden mengikut Program 26

4.2.2 Taburan Responden mengikut Jantina 27

4.2.3 Taburan Responden mengikut Jenis

Sekolah Bandar atau Luar Bandar 27

4.2.4 Taburan Responden mengikut

Keputusan Gred Latihan Mengajar 28

4.3 Analisis Tahap Pelaksanaan Pendekatan

Pengajaran Dan Pembelajaran Kontekstual 28

4.3.1 Analisis Tahap PPPK berdasarkan

Jantina 28

4.3.2 Analisis perbezaan PPPK merentasi

Jantina 29

4.3.3 Analisis Tahap PPPK berdasarkan

Jenis Sekolah Bandar dan Luar Bandar 30

4.3.4 Analisis perbezaan PPPK merentasi

Jenis Sekolah Bandar dan Luar Bandar 30

4.3.5 Analisis perbezaan merentasi

Keputusan Gred Latihan Mengajar 32

4.3.6 Analisis Hubungan Pelaksaanaan

dengan Pemasalahan Pelaksanaan PPPK 33

4.4 Dapatan Item 34

4.4.1 Pelaksanaan PPPK 34

4.4.2 Pemasalahan PPPK 40

4.5 Penutup 49

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 50

5.2 Perbincangan Analisis Maklumat Diri

Responden 50

5.2.1 Bilangan Responden mengikut Program 51

5.2.2 Bilangan Responden mengikut Jantina 51

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

x

5.2.3 Bilangan Responden mengikut Jenis

Sekolah Bandar atau Luar Bandar 51

5.2.4 Bilangan Responden mengikut

Keputusan Gred Latihan Mengajar 52

5.3 Perbandingan Pelaksanaan Pengajaran dan

Pembelajaran Kontekstual 52

5.4 Cadangan 55

5.5 Cadangan Kajian Masa Lanjutan 56

5.6 Rumusan 57

RUJUKAN 59

LAMPIRAN 62

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

xi

SENARAI JADUAL

NO.

JADUALTAJUK

MUKA

SURAT

3.1 Pecahan item-item Bahagian B mengikut persoalan kajian 19

4.1 Taburan Responden mengikut Program 26

4.2 Taburan Responden mengikut Jantina 27

4.3 Taburan Responden mengikut jenis sekolah bandar atau

luar bandar 27

4.4 Taburan Responden mengikut Keputusan Gred Latihan

Mengajar 28

4.5 Analisis Tahap Pelaksanaan PPPK berdasarkan Jantina 29

4.6 Analisis perbezaan Pelaksanaan PPPK berdasarkan Jantina 29

4.7 Analisis Tahap Pelaksanaan PPPK berdasarkan Jenis

Sekolah Bandar dan Luar Bandar 30

4.8 Analisis perbezaan pelaksanaan PPPK berdasarkan Jenis

Sekolah Bandar atau Luar Bandar 31

4.9 Analisis berdasarkan Keputusan Gred Latihan Mengajar 32

4.10 Analisis Hubungan Pelaksanaan dengan Pemasalahan

PPPK 33

4.11 Taburan Item 1 34

4.12 Taburan Item 2 35

4.13 Taburan Item 3 35

4.14 Taburan Item 4 36

4.15 Taburan Item 5 37

4.16 Taburan Item 6 37

4.17 Taburan Item 7 38

4.18 Taburan Item 8 39

4.19 Taburan Item 9 39

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

xii

4.20 Taburan Item 10 40

4.21 Taburan Item 11 41

4.22 Taburan Item 12 41

4.23 Taburan Item 13 42

4.24 Taburan Item 14 42

4.25 Taburan Item 15 43

4.26 Taburan Item 16 43

4.27 Taburan Item 17 44

4.28 Taburan Item 18 44

4.29 Taburan Item 19 45

4.30 Taburan Item 20 45

4.31 Taburan Item 21 46

4.32 Taburan Item 22 46

4.33 Taburan Item 23 47

4.34 Taburan Item 24 47

4.35 Taburan Item 25 48

4.36 Taburan Item 26 48

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

xiii

SENARAI SINGKATAN

PPPK Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Kontekstual

UTM Universiti Teknologi Malasyia

LM Latihan Mengajar

PCTLA Practice of Contextual Teaching and Learning Approach

SPF Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Fizik)

SPP Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Fizik)

ANOVA The Analysis Of Variance

CORD Center Occupational Research and Development

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Mata pelajaran fizik merupakan mata pelajaran yang digolongkan sebagai

mata pelajaran yang mempunyai banyak konsep yang abstrak. Konsep yang abstrak

ini perlu diterangkan oleh guru sewaktu pengajaran. Namun begitu, disebabkan

konsep yang abstrak ini membawa kepada situasi di mana pelajar sukar memahami

akan konsep tersebut. Bagi berhadapan dengan situasi sebegini, guru perlu

mempunyai kebijaksanaan dalam menggunakan pendekatan yang sesuai bagi

menerangkan konsep fizik yang abstrak.

Pengajaran fizik yang dianggap terlampau abstrak dan bersifat akademik

semata-mata merupakan antara faktor yang mempengaruhi tahap prestasi pelajar

yang rendah dalam mata pelajaran Fizik (Khalijah, 1987). Berdasarkan kenyataan

ini, sememangnya prestasi pelajar terkait dengan kefahaman mereka terhadap

konsep fizik yang bersifat abstrak ini. Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan

permasalahan ini, pendekatan pengajaran dan pembelajaran konstektual (PPPK)

digunakan bagi membolehkan murid dapat memahami konsep fizik dengan lebih

mudah. menurut Kolb (2001), PPPK didefinasikan sebagai suasana pembelajaran

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

2

yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya,

fizikal dan psikologi.

Maka dengan itu, PPPK berupa suatu pendekatan pengajaran yang membawa

masuk elemen-elemen pengalaman pelajar dalam kehidupan seharian bagi

membolehkan pelajar berasa lebih dekat terhadap konsep fizik yang dipelajari dalam

bilik darjah

1.2 Latar Belakang Kajian

Mengikut Laporan Kementerian Pendidikan (1993), salah satu faktor yang

menyebabkan kemerosotan peratusan pelajar sains tulen ialah Sains sukar dipelajari

dan membosankan. Disebabkan mata pelajaran fizik merupakan salah satu daripada

mata pelajaran sains tulen, maka fizik juga merupakan mata pelajaran yang sukar

dipelajari dan membosankan. Menurut Khalijah (1987), konsep fizik berupa konsep

yang sangat abstrak dan ia membawa kepada prestasi yang rendah dalam penilaian

peperiksaan atau ujian. Bersandarkan kepada kenyataan ini, maka adalah perlu untuk

guru memahami dengan baik pendekatan pengajaran dan pembelajaran konstektual

(PPPK) bagi membolehkan pelajar memahami dengan baik konsep fizik yang

dipelajari. Hal ini disokong oleh Rio (2007) yang telah membuat kajian berkaitan

PPPK dalam kalangan sekolah teknik yang mendapati bahawa pengajaran dan

pembelajaran kontekstual yang telah diamalkan di sekolah menengah teknik di

Malaysia didapati agak berkesan. Maka dengan itu, adalah suatu yang penting untuk

PPPK ini dikuasai oleh guru bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih berkesan.

Penerapan pendekatan pembelajaran secara kontekstual adalah untuk

membina asas yang kukuh bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik

Teras dan Matematik Tambahan. Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran secara

kontekstual akan dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

3

Sains dan Matematik kerana adanya aktiviti "hands-on" serta topik pembelajaran

dikaitkan dengan kehidupan sebenar dan pekerjaan (Wilkinson, 1999). Pembelajaran

kontekstual melibatkan tujuh prinsip utama iaitu prinsip berobjektif, prinsip

membina, prinsip aplikasi, prinsip penyelesaian masalah, prinsip berpasukan, prinsip

penemuan dan prinsip hubungan.

Pengajaran kontekstual dilaksanakan dengan menggunakan lima strategi

seperti yang dinyatakan oleh Crawford (2001): strategi menghubung kait,

mengalami, menggunakan, bekerjasama dan memindahkan. Tujuan kelima-lima

strategi ini digunakan supaya pengajaran guru memberi penekanan terhadap

perhubungan antara konsep fizik dengan situasi kehidupan sebenar. Strategi

menghubung kait menggabungkan pengalaman kehidupan pelajar atau pengetahuan

sedia ada pelajar dengan konsep baru. Strategi mengalami melibatkan pelajar

dengan aktiviti penerokaan, penemuan dan perekaan melalui penggunaan

manipulatif, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti makmal. Manipulatif adalah

objek-objek ringkas yang digunakan untuk memodelkan konsep abstrak ke dalam

bentuk yang lebih konkrit. Melalui aktiviti penyelesaian masalah, pengetahuan

ditimbulkan secara semula jadi dalam situasi yang mengandungi masalah.

Oleh yang demikian, PPPK wajar untuk dikaji daripada segi tahap

pelaksanaan dalam kalangan guru pelatih bagi membolehkan pengajaran dan

pembelajaran berlangsung secara lebih berkesan dengan menggunakan elemen

pengalaman latihan mengajar dan pelajaran berkaitan konteks fenomena

persekitaran yang berhubungan dengan konsep fizik.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengajaran fizik melibatkan pengajaran yang abstrak kerana konsep-konsep

fiziknya yang sukar untuk diterangkan secara berkesan serta sukar untuk difahami

oleh pelajar. Maka dengan itu, tahap pelaksanaan guru pelatih tentang PPPK ini

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih

4

perlu untuk dikaji bagi membolehkan penyelidik mengenalpasti tahap pelakasanaan

mereka mengenai PPPK serta hubungan permasalahan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

a) Mengenalpasti tahap pelaksanaan pendekatan pengajaran secara kontekstual

dalam kalangan pelajar pendidikan fizik UTM menjalani latihan mengajar

berdasarkan jantina.

b) Mengenalpasti jika ada perbezaan dalam pelaksanaan pendekatan pengajaran

secara kontekstual dalam kalangan pelajar pendidikan fizik UTM menjalani

latihan mengajar merentasi jantina.

c) Mengenalpasti tahap pelaksanaan pendekatan pengajaran secara kontekstual

dalam kalangan pelajar pendidikan fizik UTM menjalani latihan mengajar

berdasarkan sekolah bandar atau luar bandar.

d) Mengenalpasti jika ada perbezaan dalam pelaksanaan pendekatan pengajaran

secara kontekstual dalam kalangan pelajar pendidikan fizik UTM menjalani

latihan merentasi sekolah bandar atau luar bandar.

e) Mengenalpasti jika ada perbezaan dalam pelaksanaan pendekatan pengajaran

secara kontekstual dalam kalangan pelajar pendidikan fizik UTM menjalani

merentasi keputusan pencapaian latihan mengajar.