BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah....
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah....
UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ◆ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ◆
JUDUL: KOMITMEN ORGANISASI DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENEGAH TEKNIK, KEDAH
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
_________________BEH FOON CHOO________________________ (HURUF BESAR) Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 32-L TAMAN MAKMUR, DR. TAN SOO YIN 08000 SUNGAI PETANI, Nama Penyelia. KEDAH
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam ). ”
Tandatangan : _________________ Nama Penyelia : DR. TAN SOO YIN Tarikh : 27 FEB 2004
KOMITMEN ORGANISASI DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK, KEDAH
BEH FOON CHOO
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEB, 2004
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………
Nama Penulis : BEH FOON CHOO
Tarikh : 27 FEB 2004
DEDIKASI
Buatmu ibu ( LOO NYAK SING ) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuangku dalam kehidupan ini ….
Buatmu adik dan abang ( BEH SEONG SENG DAN BEH SEONG PEK ) yang
disayangi,
Mu amat bermakna dalam diri ini,
Kejayaanku, kejayaanmu jua ….
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan
tidak akan kulupai ….
Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
akan kukenangi selamanya ….
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas yang setinggi-tingginya
kepada penyelia projek sarjana muda, Dr. Tan Soo Yin atas bimbingan dan dorongan
yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda ini. Beliau telah
banyak memberi tunjuk ajar tanpa mengira pengorbanan masa dan rasa jemu dalam
proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ( PSM ) ini.
Ucapan jutaan terima kasih juga ditunjukkan kepada guru besar, guru-guru
Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani II, Sekolah Menengah Teknik Kulim dan
Sekolah Menengah Teknik Stadium, Negeri Kedah. Kerjasama daripada mereka dalam
penyelidikan Projek Sarjana Muda ini amatlah dihargai.
Kerjasama, tunjukajar dan maklumat serta dorongan daripada semua pihak di
atas amat penyelidik hargai. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di
atas, Projek Sarjana Muda ini tidak akan dapat disiapkan dengan begitu lancar.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap komitmen organisasi di kalangan guru-guru
Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Responden kajian ini terdiri daripada 164
orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Satu set soal selidik yang
mengandungi bahagian I dan bahagian II dengan jumlah 29 item berhubung dengan
persoalan kajian telah diedarkan kepada responden. Bahagian I merupakan latar
belakang responden yang terdiri daripada jantina, umur dan pengalaman mengajar.
Bahagian II pula meliputi item-item yang berhubung kait dengan empat komponen
komitmen iaitu komitmen terhadap sekolah, tugas mengajar, kerjaya mengajar dan rakan
sekerja. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (
Statistical Package For Social Science Version 11.0 ) untuk mendapatkan kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai bagi analisis deskriptif. Bagi analisis inferensi,
analisis ujian-t dan ANOVA dijalankan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap
komitmen guru secara keseluruhan adalah tinggi ( 82.9% ), tahap komitmen guru
terhadap sekolah adalah sederhana ( 66.5% ), tahap komitmen guru terhadap tugas
mengajar adalah agak tinggi . Manakala tahap komitmen guru terhadap kerjaya
mengajar adalah tinggi ( 65.9% ). Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan
kecil ( 3.7% ) yang mempunyai tahap rendah terhadap kerjaya mengajarnya. Selain itu,
tahap komitmen guru terhadap rakan sekerjanya adalah tinggi ( 87.2% ). Secara
keseluruhan, ketiga-tiga hipotesis kajian ini ditolak iaitu terdapat perbezaan komitmen
organisasi yang signifikan di antara guru-guru SMT Kedah berasaskan fakor demografi.
Rumusan dan implikasi kajian dibincangkan. Beberapa cadangan tindakan dan kajian
lanjutan turut disarankan.
ABSTRACT
The main purpose of this research was to identify the level of organization
commitment of teachers in Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. Respondents were
164 teachers selected randomly from Sekolah Menengah Teknik, Kedah. One set of
questionnaire comprising of section I and section II with the total of 29 items that were
related to the survey was distributed to respondents. Section I aimed to collect
respondent’s background such as gender, age and teaching experience. Section II
comprising of items that were related to the four components of commitment, namely
commitment to school, job function, teaching value and colleagues. Data obtained was
analyzed by SPSS ( Statistical Package For Social Science Version 11.0 ) software to
obtain frequencies, percentage, mean and standard deviation for the descriptive analyses.
For the inferential analyses, T-test and ANOVA were conducted. The findings showed
that as a whole the teachers’ commitment level was high (82.9%), teachers’ commitment
to school was moderate (66.5%), teachers’ commitment to teaching job function was
slightly high . Meanwhile teachers’ commitment to teaching value was high (65.9%)
although there was a small number (3.7%) of teachers’ commitment to teaching value
was low. Finally teacher’s commitment to colleague was high (87.2%). As a whole,
three of the hipotesis was decline namely got distinguishing commitment among
teachers’ was grounded by factor demografi. The summary and implication of the study
were discussed. Recommendation for actions to be taken and future research were
made.
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Penilaian Skala Likert Lima Point 27
3.2 Pembahagian soalan dalam Soal Selidik 28
3.3 Pengelasan tahap Komitmen Organisasi secara
keseluruhan
29
3.4 Pengelasan tahap komitmen terhadap sekolah 29
3.5 Pengelasan tahap komitmen terhadap tugas mengajar 29
3.6 Pengelasan tahap komitmen terhadap kerjaya mengajar 30
3.7 Pengelasan tahap komitmen terhadap rakan sekerja 30
3.8 Pengelasan Min Komitmen terhadap Empat Komponen 30
4.1 Analisis taburan responden mengikut jantina 34
4.2 Analisis taburan responden mengikut umur 35
4.3 Analisis taburan responden mengikut pengalaman
mengajar
35
4.4 Tahap komitmen guru terhadap sekolah 36
4.5 Tahap komitmen guru terhadap tugas mengajar 37
4.6 Tahap komitmen guru terhadap kerjaya mengajar 37
4.7 Tahap komitmen guru terhadap rakan sekerja 38
4.8 Tahap komitmen guru secarra keseluruhan 38
4.9 Perbandingan min komitmen guru terhadap sekolah
mengikut jantina
39
4.10 Perbandingan min komitmen guru terhadap sekolah
mengikut umur
39
4.11 Perbandingan min komitmen guru terhadap sekolah
mengikut pengalaman mengajar
40
4.12
Perbandingan min komitmen guru terhadap tugas
mengajar mengikut jantina
41
4.13 Perbandingan min komitmen guru terhadap tugas
mengajar mengikut umur
41
4.14 Perbandingan min komitmen guru terhadap tugas
mengajar mengikut pengalaman mengajar
42
4.15 Perbandingan min komitmen guru terhadap kerjaya
mengajar mengikut jantina
43
4.16 Perbandingan min komitmen guru terhadap kerjaya
mengajar mengikut umur
43
4.17 Perbandingan min komitmen guru terhadap kerjaya
mengajar mengikut pengalaman mengajar
44
4.18 Perbandingan min komitmen guru terhadap rakan sekerja
mengikut jantina
45
4.19 Perbandingan min komitmen guru terhadap rakan sekerja
mengikut umur
45
4.20 Perbandingan min komitmen guru terhadap rakan sekerja
mengikut pengalaman mengajar
46
4.21 Analisis ujian-t terhadap komitmen organisasi guru-guru
yang berlainan jantina
47
4.22 Analisis ANOVA terhadap komitmen organisasi guru
yang berbeza faktor umur
48
4.23 Analisis ANOVA terhadap komitmen organisasi guru
yang berbeza faktor pengalaman mengajar
49
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka model komitmen organisasi 8
2.1 Penentu-penentu penting bagi komitmen pekerja
terhadap organisasi bagi peringkat awal
17
2.2 Peramal dan Hasil Komitmen Pekerja Terhadap
Organisasi
18
SENARAI SINGKATAN
SMT Sekolah Menengah Teknik
SPSS Statistical Packages For Social Scienses
% Peratusan
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik untuk Responden
B Nilai kebolehpercayaan Cronbach’s alpha kajian rintis
C Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah-
Sekolah Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
D Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah-
Sekolah Oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAHAGIAN SATU
BAB I
BAB I PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Hipotesis Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Kerangka Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 9
1.10 Kesimpulan 10
BAHAGIAN II
BAB II
BAB II KAJIAN LITERATUR 11
2.0 Pengenalan 11
2.1 Kajian Lepas Tempatan 11
2.2 Kajian Lepas Luar Negeri 13
2.3 Teori-teori Komitmen 15
2.3.1 Konsep Komitmen Pekerja Terhadap
Organisasi 15
2.3.2 Model Peramal dan Hasil Komitmen
Pekerja Terhadap Organisasi 20
2.4 Kepentingan Komitmen Organisasional 21
2.5 Masalah Dalam Organisasi 22
2.6 Kesimpulan 24
BAHAGIAN TIGA
BAB III
BAB III METODOLOGI KAJIAN 25
3.0 Pengenalan 25
3.1 Reka Bentuk Kajian 25
3.2 Populasi dan Persampelan Kajian 26
3.3 Instrumen Kajian 27
3.4 Kajian Rintis 31
3.5 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 31
3.6 Penganalisisan Data Kajian 32 3.7
Kesimpulan 32
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV
BAB IV PENGANALISISAN DATA KAJIAN 33
4.0 Pengenalan 33
4.1 Analisis Taburan Responden Mengikut
Ciri-ciri Demografi 34
4.1.1 Analisis Taburan Responden
Mengikut Jantina 34
4.1.2 Analisis Taburan Responden
Mengikut Umur 35
4.1.3 Analisis Taburan Responden
Mengikut Pengalaman Mengajar 35
4.2 Analisis Deskriptif Tahap Komitmen Guru 36
4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1:
Tahap Komitmen Terhadap Sekolah 36
4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 :
Tahap Komitmen Terhadap Tugas Mengajar 37
4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3:
Tahap Komitmen Terhadap Kerjaya Mengajar 37
4.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 :
Tahap Komitmen Terhadap Rakan Sekerja 38
4.2.5 Analisis Persoalan Kajian 5:
Tahap Komitmen Secara Keseluruhan 38
4.3 Analisis Deskriptif Perbandingan Min
Komitmen Guru Mengikut Faktor Demografi 39
4.3.1 Analisis Perbandingan Min Komitmen
Terhadap Sekolah 39
4.3.2 Analisis Perbandingan Min Komitmen
Terhadap Tugas Mengajar 41
4.3.3 Analisis Perbandingan Min Komitmen
Terhadap Kerjaya Mengajar 42
4.3.4 Analisis Perbandingan Min Komitmen
Terhadap Rakan Sekerja 44
4.4 Pengujian Hipotesis 46
4.4.1 Pengujian Hipotesis 1 47
4.4.2 Pengujian Hipotesis 2 48
4.4.3 Pengujian Hipotesis 3 49
4.5 Kesimpulan 50
BAHAGIAN LIMA
BAB V
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 51
5.1 Rumusan dan Implikasi Kajian 51
5.2 Perbincangan 53
5.2.1 Profile Responden Mengikut
Ciri-ciri Demografi 53
5.2.2 Tahap Komitmen Guru 54
5.2.3 Hasil Perbandingan Min Tahap
Komitmen Guru 56
5.2.4 Hasil Hipotesis 58
5.3 Cadangan 59
5.3.1 Cadangan Tindakan 59
5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 60
5.4 Kesimpulan 61
BAHAGIANENAM
RUJUKAN
RUJUKAN
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN A-E
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Menurut Nik Azis Nik Pa (1996 ), negara kita sedang bergerak pantas menuju ke
arah negara maju menjelang tahun 2020. Dalam usaha mencapai hasrat ini, pendidikan
merupakan komponen utama untuk membentuk masyarakat dan merupakan alat
terpenting untuk menjayakan wawasan negara. Di Malaysia, pendidikan bertujuan
untuk membina masyarakat yang berilmu pengetahuan, memperoleh kemahiran dan
menghayati nilai murni yang diperlukan bagi merealisasikan wawasan negara untuk
menjadi negara maju mengikut budaya tempatan (Nik Azis Nik Pa, 1996).
Menurut Hussein Ahmad ( 1993 ), sekolah memerlukan guru-guru yang
berdedikasi bagi merealisasikan hasrat Wawasan 2020. Kualiti dan semangat seseorang
guru perlu dipupuk dan dipertingkatkan pada setiap masa. Pencapaian objektif sesuatu
organisasi adalah bergantung kepada kualiti dan semangat personelnya (Wan Azmi
Ramli, 1990). Setiap guru pada asasnya mempunyai kualiti, perasaan, persepsi,
motivasi, kebolehan dan cita-cita yang berbeza daripada guru lain (Hussein Ahmad,
1993).
Tahap keberkesanan sesebuah organisasi dinilai dari segi strukturnya,
kelengkapan maklumat, polisi yang konsisten yang berdasarkan sainstifik dan
perkembangan teknologi dan juga pekerja yang sah berserta dengan suasana kerja yang
sihat dan akhirnya ialah seiras dengan keperluan masyarakat (Cevat Celap, 1993 ).
Diketahui bahawa manusia merupakan input yang paling penting dalam sesebuah
organisasi. Walaupun sesebuah organisasi itu mempunyai fizikal dan ekonomi yang
baik, tetapi tahap yang kreatif tidak akan tercapai kecuali orang yang bertanggungjawab
dalam organisasi tersebut meletakkan keperluan dan matlamat sendiri semasa
menjalankan organisasi itu ( Cevat Celap, 1993 ).
Dalam kata lain, ganjaran luaran (gaji, pangkat, gred dan sebagainya) yang
diberikan oleh organisasi dan ganjaran dalaman yang diberikan daripada persekitaran
kerja merupakan hadiah yang paling penting untuk mendorong pekerja bekerja dengan
cara professional ( Cevat Celap, 1993 ).
Ringkasnya, konsep komitmen organisasi boleh dikatakan sebagai kualiti
persekitaran sesebuah sekolah yang terhasil kesan daripada ( a ) interaksi di antara guru-
guru dalam sekolah, ( b) komunikasi di antara guru dengan pelajar, ( c ) prosedur yang
berkualiti dan tahap kebimbangan guru tentang kepakaran diri sendiri dan ( d ) gaya
kepimpinan pengetua ( Cevat Celap, 1993 ).
1.1 Latar Belakang Masalah
Menurut Cevat Celap ( 1993 ), organisasi pendidikan merupakan salah satu
institusi sosial yang paling penting dalam masyarakat kita. Keberkesanan dan tujuan
positif sesebuah organisasi pendidikan dalam sosial adalah bergantung kepada
pertubuhannya yang baik dan bersesuaian dengan keperluan masyarakat.
Menurut Nik Azis Nik Pa ( 1996 ), institusi pendidikan amat penting bagi
penerusan, kesinambungan dan penentuan ke arah mencapai tujuan sesebuah negara.
Dengan kata lain, institusi pendidikan merupakan tulang belakang kepada hasrat negara
untuk mencapai wawasan pembangunan. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, maka
institusi pendidikan harus lebih mantap dan bersedia untuk menangani arus perubahan
yang deras yang boleh menyumbangkan masyarakat dan melumpuhkan negara (Nik
Azis Nik Pa, 1996).
Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan ( 1992 ), pengetua merupakan
orang yang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah sekolah kerana mereka
bertanggungjawab kepada segala aktiviti yang berlaku di sekolahnya. Kepimpinan
pengetua memberi kesan kepada iklim sekolah, suasana pembelajaran, tahap
profesionalisme dan kepuasan kerja di kalangan guru-guru. Kawalan kehidupan harian
di sekolah terletak di atas bahu pengetua (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1992).
Menurut Cevat Celap ( 1993 ), manusia adalah lebih penting dalam organisasi
pendidikan jika dibanding dengan organisasi lain. Ini berlaku kerana ia akan mengambil
bahagian dalam mana-mana rantai input-proses-output tugas dalam organisasi
pendidikan. ‘Input’ adalah pelajar, ‘proses’ adalah guru manakala ‘output’ adalah kerja
yang berkualiti. Selain itu, mengubah sikap pelajar adalah tujuan utama bagi guru. Oleh
sebab itu, perkara yang perlu ditekankan di sini adalah elemen yang paling penting
adalah input manusia dan output adalah sikap dalam organisasi pendidikan.
Keberkesanan satu organisasi pendidikan bergantung kepada banyak faktor.
Salah satu faktor yang paling penting adalah interaksi di antara pengetua, guru dan
pelajar yang merupakan objek yang sentiasa berada dalam proses belajar dan mengajar.
Melalui interaksi ini, pengetua sekolah adalah ketua sekolah dan guru adalah ketua
dalam bilik darjah. Dengan itu, guru adalah bertanggungjawab terhadap sekolah,
pelajar, aktiviti mengajar, tugas dan rakan sekerja; dengan perkataan lain, sikap guru
akan memberi kesan positif terhadap keberkesanan sekolah ( Cevat Celap, 1993 ).
Dalam konteks ini, institusi pendidikan mesti lebih bersedia ke arah pemantapan,
melalui peningkatan dan keberkesanan organisasi. Adalah menjadi tanggungjawab
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pentadbir
institusi pendidikan untuk memastikan kejayaan institusi berkenaan dengan
mengintegrasikan sumber manusia yang terdiri daripada kalangan guru dan kakitangan
pentadbiran dan tenaga ekonominya secara optimum dan cekap.
Menurut Yusof Hanifah ( 1994 ), komitmen adalah satu ciri yang unggul yang
harus ada pada setiap guru. Guru yang mempunyai komitmen akan sedar betapa
pentingnya peranan yang dimainkan olehnya bagi menghasilkan prestasi yang tinggi di
kalangan pelajar-pelajarnya. Guru yang komited adalah guru yang mendapat kepuasan
yang tinggi dari kerjayanya serta dapat menyesuaikan dirinya dengan sistem sekolah.
Mereka mempunyai nilai yang tinggi terhadap sekolah dan terdapat perasaan ingin kekal
dalam organisasi sekolah serta ingin berjaya dalam tugasnya.
1.2 Pernyataan Masalah Menurut Yusof Hanifah ( 1994 ), dalam konteks menghasilkan pelajar-pelajar
yang berkualiti dan cemerlang, komitmen yang ada pada guru-guru amat penting.
Namun begitu, dengan adanya beban kerja yang semakin berat, pelajar yang semakin
bertambah, masa kerja yang tidak menentu, kekurangan insentif dan peluang kenaikan
pangkat yang terhad dan lain-lain lagi berupaya memberi kesan dan sedikit sebanyak
boleh menjejaskan komitmen guru-guru ke arah mencapai matlamat pendidikan guru.
Oleh yang demikian, adalah wajar beban guru-guru diberi perhatian bagi
membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas seharian yang dipertanggungjawabkan
dengan lebih komitmen. Di samping itu, dapat mengelakkan daripada berlakunya
pembaziran masa dan kemahiran serta pengetahuan yang berpunca daripada
permasalahan yang timbul akibat daripada fenomena kepuasan kerja yang berkaitan
dengan komitmen guru.
Petikan dari Utusan Malaysia yang dihasilkan oleh Yunita Maria ( 1999 )
menyatakan bahawa tahap komitmen guru-guru semakin menurun adalah disebabkan
oleh faktor-faktor seperti berikut: dari isu semasa semakin ramai guru menjalankan
aktiviti jual beli di sekolah. Adakah aktiviti jual beli lebih penting daripada mengajar?
Menurut beliau, sesetengah guru memberi pengajaran yang lebih komitmen di kelas
tuisyen jika berbanding dengan kelas di sekolah. Pelajar-pelajar yang hadir ke pusat
tuisyennya akan diberi layanan yang baik dalam sekolah. Adakah wajarnya guru
bersikap begini terhadap pelajar yang tidak menghadir ke kelas tuisyennya?
Menurut Rohani Abdul Aziz ( 2001 ), sejak kebelakangan ini prestasi pelajar
sekolah menengah teknik semakin menurun iaitu kejadian ponteng sekolah semakin
meningkat. Adakah ini berkaitan dengan komitmen guru-guru di sekolah menengah
teknik?
Menurut YB. Tan Sri Dato Seri Musa Bin Mohamad ( 2002 ) dalam ucapan
majlis perutusan tahun baru 2002 prestasi keputusan PMR dan SPM semakin meningkat
terutamanya sekolah menengah teknik yang lurus hampir 100%. Oleh itu, sejauh
manakah komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap organisasi pada masa
kini?
1.3 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau komitmen organisasi guru-guru
Sekolah Menengah Teknik ( SMT ) di Negeri Kedah. Khususnya kajian ini bertujuan :
1. Mengenalpasti tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap
sekolah.
2. Mengenalpasti tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap
tugas-tugas mengajar.
3. Mengenalpasti tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap
kerjaya mengajar
4. Mengenalpasti tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap
rakan sekerja.
5. Mengenalpasti tahap komitmen organisasi guru-guru Sekolah Menengah Teknik
secara keseluruhan.
1.4 Persoalan Kajian
Daripada perbincangan masalah di atas, kajian ini cuba untuk menjawab soalan-
soalan di bawah ini :
1. Apakah tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap
sekolah?
2. Apakah tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap
tugas-tugas mengajar?
3. Apakah tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap
kerjaya mengajar?
4. Apakah tahap komitmen guru-guru Sekolah Menengah Teknik terhadap
rakan sekerja?
5. Apakah tahap komitmen organisasi guru-guru Sekolah Menengah Teknik
secara keseluruhan?