AHLI KUMPULAN NORMA BINTI ISMAIL L20112007766 NORZIANA BINTI YUSOF
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin...
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin...
PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: REKACIPTA SELUAR DENGAN BEBANAN UNTUK
MENINGKATKAN KEKUATAN OTOT KAKI.
SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya, SHAREL IZUWAR BIN ISMAIL ( HURUF BESAR ) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di
perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
√ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh
TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap: D/A KEDAI BURHAN, PM. DR. HJ. ABD. HAFIDZ HJ. OMAR KAMPUNG KELAWEH, 18500 MACHANG, KELANTAN. Tarikh : 20 APRIL 2006 Tarikh : 20 APRIL 2006
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : ...................................................
Nama Penyelia : PM. DR. HJ. ABDUL HAFIDZ BIN HJ. OMAR
Tarikh : APRIL, 2006
ii
REKACIPTA SELUAR DENGAN BEBANAN UNTUK MENINGKATKAN
KEKUATAN OTOT KAKI
SHAREL IZUWAR BIN ISMAIL
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : SHAREL IZUWAR BIN ISMAIL
Tarikh : APRIL, 2006
iv
DEDIKASI
Buat Bonda dan Ayahanda serta Keluarga yang Tersayang,
Ismail Bin Muhammad & Khadijah Binti Hussain
Shahrulnizam Bin Ismail & Norma Binti Hanapi
Zamzuri Bin Ismail & Suzana Binti Mohamad
Alinawati Binti Ismail & Wan Zulkarnain Iskandariah
Norazli Bin Isamail & Marini Binti Abdullah
Norafizi Bin Ismail
Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee
Mohd Izrul Bin Ismail
Serta Istimewa Buat
Zuryana Binti Che Yahya
Dan
Rakan-rakan seperjuangan sekalian yang telah lima tahun bersama-sama
(Hafiz Halim, Fidzamil Basaruddin, Izwanuddin Yahaya, Azizul Aziz, Farizal
Faudzi, Ibrahim Hj Azman, Zawahir Mad Tahir, Abd Hafiz Muhammad)
v
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim....................................
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang. Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat penyelidik
menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah
Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM terutamanya buat pensyarah pembimbing
PM. Dr. Hj. Abdul Hafidz Bin Hj. Omar di atas bimbingan, tunjuk ajar dan galakan
tanpa jemu yang diberikan sepanjang proses penyelidikan ini.
Penulis juga ingin merakamkan penghargaan buat Dr. Zainal Abidin Bin
Zainuddin kerana turut sudi meluangkan masa membantu dalam proses penyelidikan
ini.
Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar lelaki Sains
Sukan, UTM yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada penulis
terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan tahun 5 SPS, semoga segala apa yang
kita lalui bersama ini menjadikan kita lebih matang dalam menghadapi hari yang
mendatang. Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan kalian.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu bapa tersayang serta adik
beradik yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan tanpa jemu di saat suka
atau duka.
Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian......Insyaallah
vi
ABSTRAK
Kekuatan otot kaki sangat penting dalam semua jenis sukan kerana kekuatan
otot ini akan membantu atlet mencapai prestasi yang lebih baik. Kajian ini
merekacipta seluar yang dilengkapi dengan bebanan untuk tujuan latihan. Kajian
eksperimental seterusnya dijalankan untuk menguji kesan penggunaan seluar tersebut
dalam membina kekuatan maksimum otot kaki. Ujian pre dan pos digunakan untuk
menguji keberkesanan seluar setelah menjalani 4 minggu latihan. Seramai 6 orang
pelajar lelaki tahun 5 Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor telah
dipilih sebagai subjek kajian. Ujian kekuatan otot pra dan pos dijalankan dengan
menggunakan sistem HELMAS bagi ujian vertical jump dan alat multigym bagi
ujian leg press. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for
Social Science version 11.0 (SPSS 11.0). ’Paired Sampled T-Test’ dengan aras
signifikan yang telah ditetapkan ialah p<0.05. Hasil daripada penganalisaan data,
didapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos selepas
melakukan latihan bagi kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan dalam ujian
vertical jump p = 0.01 (p = 0.02) dan ujian leg press p = 0.02 (p = 0.04).
Perbandingan antara kumpulan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam
ujian vertical jump p = 0.01 sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi
ujian leg press p = 0.22. Ini menunjukkan bahawa alat yang di cipta oleh penyelidik
berpotensi untuk meningkatkan kekuatan eksplosif otot kaki tetapi tidak
meningkatkan kekuatan keseluruhan.
vii
ABSTRACT
Lower limb muscle’s strength is essential in all sports as maximal muscle
strength will assist the athletes to perform better. This research designed a long pant
with weight for training purpose. Experimental test were applied to test the
advantages of using this pant in developing maximal leg strength. Pre and post test
were used to measure the effects of using the pant following 4 weeks training. 6
Sports Science students from Faculty of Education, UTM, Skudai, Johor were
chosen as subjects for this study. Pre and post test were conducted using vertical
jump and leg press in HELMAS system and multigym respectively. Data were then
analyzed using Statistical Packages for Social Science software version 11.0 (SPSS
11.0). ’Paired Sampled T-Test’ was conducted with probability set at p<0.05. Results
from data analysis showed a significant difference between pre and post test
following training for both experimental and control groups in vertical jump p = 0.01
(p = 0.02) and leg press p = 0.02 (p = 0.04). Comparison between groups found there
are significant difference in vertical jump test p = 0.01 whereas there are no
significant difference in leg press test p = 0.22. These results indicate that designed
pant is potentially increase explosive power but not beneficial in overall strength.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
Pengakuan Penyelia i
Judul ii
Pengakuan Penulis iii
Dedikasi iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Senarai Lampiran xi
Senarai Rajah xii
Senarai Jadual xiii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Kepentingan Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Limitasi Kajian 11
1.7 Delimitasi Kajian 12
1.8 Definisi Operasional 12
ix
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kajian Berkaitan 17
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Kaedah Penyelidikan 29
3.3 Populasi Dan Persampelan 29
3.4 Instrumen Kajian 31
3.5 Prosedur Kajian 32
3.6 Rekabentuk Kajian 38
3.7 Pembolehubah Kajian 39
3.8 Pngumpulan Data 41
3.9 Penganalisaan Data 41
IV PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Diskriptif 43
4.3 Analisis Inferensi 56
4.4 Penutup 61
x
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan 61
5.3 Masalah-Masalah Yang
Dihadapi 66
5.4 Kesimpulan 66
5.5 Cadangan 68
5.6 Rumusan 70
RUJUKAN 71
LAMPIRAN A - H 75
xi
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Rekod kesihatan dan kecergasan diri 75
B Garis panduan pemilihan subjek mengikut 76
kategori A ( ACSM, 1980 )
C Surat perlantikkan subjek 77
D Surat perjanjian 78
E Borang skor ujian individu 79
F Jadual waktu latihan bebanan 12 sesi 80
G Analisis ujian-t 82
H Ganbar Alat Rekacipta 88
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Peratus berat subjek 44
4.2 Peratus tinggi subjek 45
4.3 Peratus umur subjek 46
4.4 Perbandingan Skor Min Ujian Pra 49
Dan Ujian Pos Subjek Kumpulan A
(tanpa alat reka cipta) dan Subjek
Kumpulan B (dengan alat reka cipta)
Bagi Ujian Vertical Jump
4.5 Perbandingan Skor Ujian Pra Dan 51
Ujian Pos Subjek Kumpulan A
(tanpa alat reka cipta) dan Subjek
Kumpulan B (dengan alat reka cipta)
Bagi Ujian Vertical Jump
4.6 Perbandingan Skor Min Ujian Pra Dan 54
Ujian Pos Subjek Kumpulan A
(tanpa alat reka cipta) dan Subjek
Kumpulan B (dengan alat reka cipta)
Bagi Ujian Leg Press.
4.7 Perbandingan Skor Ujian Pra Dan 56
Ujian Pos Subjek Kumpulan A
(tanpa alat reka cipta) dan Subjek
Kumpulan B (dengan alat reka cipta)
Bagi Ujian Leg Press.
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Taburan bilangan subjek 43
mengikut berat badan
4.2.2 Taburan bilangan subjek 44
mengikut ketinggian
4.2.3 Taburan bilangan subjek 46
mengikut umur
4.2.4 Ketinggian lompatan ujian 47
Vertical Jump untuk ujian pra
bagi kumpulan A dan kumpulan B.
4.2.5 Ketinggian lompatan bagi ujian 48
Vertical Jump untuk ujian pos
bagi kumpulan A dan Kumpulan B
4.2.6 Perbandingan ujian pra dan ujian pos 50
subjek bagi ujian Vertical Jump
4.2.7 Kekerapan lakuan menolak beban semasa 51
ujian Leg Press untuk ujian pra
bagi kumpulan A dan kumpulan B
4.2.8 Kekerapan lakuan menolak beban semasa 53
ujian Leg Press untuk ujian pos
bagi kumpulan A dan kumpulan B
xiv
4.2.9 Perbandingan ujian pra dan ujian pos 55
Subjek bagi ujian Leg Press
4.3.1.1 Subjek yang berlari tanpa menggunakan 57
seluar dengan bebanan bagi ujian Vertical Jump,
p = 0.020, signifikan pada aras 0.05.
4.3.1.2 Subjek yang berlari menggunakan 57
seluar dengan bebanan bagi ujian Vertical Jump,
p = 0.013, signifikan pada aras 0.05
4.3.2.1 Subjek yang berlari tanpa menggunakan 58
seluar dengan bebanan bagi ujian Leg Press,
p = 0.038, signifikan pada aras 0.05
4.3.2.2 Subjek yang berlari menggunakan seluar 59
dengan bebanan bagi ujian Leg Press,
p = 0.015, signifikan pada aras 0.05.
4.3.3.1 Perbandingan antara kumpulan A dan 59
Kumpulan B bagi ujian Vertical Jump,
p =0.010, signifikan pada aras 0.05.
4.3.3.2 Perbandingan antara kumpulan A dan 60
kumpulan B bagi ujian Leg Press,
p = 0.225, signifikan pada aras 0.05
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan sukan kebanyakannya dikaitkan dengan kemajuan sains sukan
yang mana dapat membantu meningkatkan prestasi atlet dan persembahan pasukan.
Kemajuan ini juga dapat membantu persediaan atlet untuk menghadapi sesuatu
pertandingan. Persediaan yang terperinci ini akan menentukan sama ada atlet
berkenaan akan berjaya atau tidak. Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr
Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa sukan merupakan salah satu cara
untuk memperkenalkan negara ke peringkat antarabangsa. Perkembangan sains
sukan juga dapat merealisasikan impian bekas Perdana Menteri Malaysia itu untuk
memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa, dan ini telah terbukti melalui
beberapa acara sukan seperti badminton, hoki dan skuasy. Penubuhan Majlis Sukan
Negara yang juga bertindak sebagai satu institusi yang dapat membantu atlet
berkembang dari segi mental dan fizikal merupakan satu langkah awal untuk
memajukan sukan negara kita.
2
Justeru itu, perkembangan dalam sains sukan perlu digunakan dengan
sebetulnya agar dapat membantu atlet dari segi persediaan mental dan fizikal. Selain
itu, perkembangan sains sukan telah banyak merombak dan mengubah sukan dari
segi peraturan, pakaian, alatan untuk latihan dan bentuk fizikal atlet. Dari segi
fizikal, dapat dilihat bahawa perubahan bentuk badan dari zaman dahulu dan zaman
moden. Otot-otot dikembangkan mengikut bidang sukan yang diceburi. Contohnya
sukan bola sepak, bola tampar, serta sukan-sukan yang memerlukan kekuatan kaki
secara keseluruhannya, otot gastrocnemius, otot quadriceps dan otot hamstring
adalah sebahagian daripada otot-otot yang perlu diberikan penekanan khusus.
Untuk melahirkan atlet-atlet yang akan menggegarkan dunia sukan tanah air
mahupun antarabangsa, atlet-atlet ini perlu menjalani corak latihan yang sistematik
dan teratur. Latihan-latihan ini perlu diberi mengikut kesesuaian atlet agar tidak
merosakkan struktur fizikal atlet mahupun mencederakannya. Latihan-latihan ini
perlu diberi penekanan dari segi masa, teknik serta corak latihan. Latihan-latihan ini
juga perlu mempunyai matlamat yang khusus serta terperinci. Latihan-latihan yang
diberikan perlu mengikuti protokol-protokol yang ditetapkan. Protokol-protokol ini
akan mengehendaki para jurulatih atau saintis sukan memerhatikan tahap
kemampuan dan perkembangan atlet sambil memberi perhatian kepada daya tahan
kardiovaskular atlet, kekuatan otot, daya tahan otot, tekanan darah atlet, penyakit
yang dialami contohnya semput dan peringkat mental atlet. Apabila perkara-perkara
ini dapat ditentukan maka tahap perkembangan atlet tersebut dapat ditingkatkan
dengan sempurna dan pencapaian atlet akan meningkat dengan baik.
‘Encyclopedia Of Sport Science and Medicine’ tahun 1971, telah
mendefinisikan daya tahan otot sebagai penguncupan otot yang berulang-ulang
mengatasi sesuatu rintangan di dalam sesuatu jangka masa. Menurut McCloy dan
Young (1954), kekuatan otot, daya tahan otot dan kecekapan jantung dan paru-paru
adalah saling diperlukan antara satu sama lain. Walaupun kekuatan otot dan daya
tahan otot saling berkait, keduanya adalah tidak sama. Contoh terbaik yang dapat
3
membezakan keduanya adalah jika seseorang itu dapat melakukan 35 kali tekan tubi,
tekan tubi itu merupakan ujian daya tahan otot untuknya. Berlainan pula dengan
seseorang yang hanya mampu melakukan satu kali tekan tubi, ini bermakna itu
hanya latihan kekuatan untuk orang itu. Kunci di sini ialah daya tahan otot ialah
kebolehan seseorang itu menggunakan kuasa berulang-kali atau dalam satu jangka
masa. Contoh sukan yang memerlukan daya tahan otot ialah seperti sukan gusti,
renang, olahraga,lumba basikal dan sebagainya. Daya tahan otot terbahagi kepada
dua iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan otot dinamik. Daya tahan otot statik
ialah kemampuan otot untuk menampung daya pada kedudukan yang tetap. Daya
tahan otot dinamik pula ialah kemampuan otot menampung daya dalam pergerakan.
Pembinaan otot yang sempurna perlu dilakukan dengan sistematik dan
teratur. Menurut McGlynn dan Moran (1997) pembinaan otot bukan sahaja penting
untuk atlet yang ingin meningkatkan prestasi tetapi juga pada orang yang inginkan
gaya hidup yang sihat ataupun yang memerlukan senaman yang bertenaga. Menurut
McGlynn dan Moran (1997) lagi, latihan pembinaan otot amat penting. Seseorang
individu hanya perlukan rasa keinginan dan semangat yang jitu untuk melakukannya.
Daya tahan otot maksimum atau daya tahan otot sehingga mencapai kelesuan
atau kepenatan (muscular fatigue) adalah satu fenomena yang kompleks, subjektif
dan berkait rapat dengan fisiologi yang kompleks serta faktor psikologi. Simonson
(1971) mencadangkan bahawa perkataan kelesuan (fatigue) harus digunakan untuk
semua proses yang berkaitan dengan penurunan prestasi. Istilah kelesuan dalam
fisiologi senaman yang akan digunakan oleh penyelidik ialah penurunan sementara
dalam kapasiti kerja yang berpunca daripada aktiviti fizikal yang lepas. Kelesuan
neuromuscular pula adalah penurunan sementara dalam kapasiti kerja otot biasanya
akibat kegagalan untuk mengekalkan atau meningkatkan satu kuasa atau daya yang
sepatutnya.
4
Cogan kata Otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat perlu
diambil sebagai panduan. Semua manusia memerlukan kekuatan dan daya tahan otot
yang tinggi untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Otot yang tidak kuat akan
cepat lesu dan menyebabkan aktiviti harian terganggu dan terbantut.
Menurut McGlynn dan Moran ( 1997) persepsi lama yang menyatakan
bahawa banyak atlet mengelakkan diri daripada latihan kekuatan otot adalah kerana
timbul persepsi menakutkan yang mana akan muncul masalah koordinasi badan,
kekurangan kelembutan dan sebagainya. Namun begitu, tanggapan ini adalah salah
hasil daripada kajian terperinci saintis sukan. Daripada kajian ini juga didapati
bahawa latihan kekuatan otot bukan sahaja meningkatkan daya tahan serta kekuatan
otot malah meningkatkan kelembutan otot serta memberikan otot tenaga yang lebih
untuk beraksi.
Menurut suatu kajian dalam Journal The Applied Physiology (1990), latihan
kekuatan otot juga dapat membantu meningkatkan jumlah serta mengaktifkan lagi
hormon tumbesaran badan. Kajian itu juga menyatakan bahawa latihan kekuatan
otot dapat meningkatkan produktiviti hormon tumbesaran badan sehingga 50 peratus.
Daripada kajian ini didapati bahawa latihan kekuatan otot dapat meningkatkan saiz
badan menjadikan badan lagi besar dan segak.
Menurut McGlynn dan Moran ( 1997), phrasa kekuatan, daya tahan otot dan
tenaga otot merupakan istilah yang berlainan maksudnya. Kekuatan otot bermaksud
jumlah daya yang boleh dikeluarkan oleh otot tersebut untuk sesuatu pergerakan atau
pergerakan yang berulang. Manakala daya tahan otot pula ialah keupayaan otot itu
melakukan sesuatu aktiviti pada penggunaan kuasa yang sama selama satu jangka
masa yang ditetapkan. Tenaga pula adalah hasil gabungan kekuatan dan masa.
Terdapat juga beberapa istilah-istilah lain yang mempunyai penggunaan yang salah.
5
Weight Training merupakan satu program latihan mengangkat berat untuk tujuan
meningkatkan kekuatan, tenaga, ketahanan, kelembutan, kemahiran dan kuasa.
Secara amnya, kekuatan adalah perkara yang penting dalam menentukan
kecergasan seseorang. Kekuatan otot juga dapat memberi kesan yang baik dalam
membantu meningkatkan prestasi seseorang atlet. Kekuatan otot hasil daripada
latihan yang sistematik adalah kekuatan yang lebih jitu dan dapat bertahan lebih
lama. Prinsip reversibility yang menyatakan bahawa kekuatan otot mahupun
kecergasan akan hilang dan tidak kekal lama jikalau latihan yang tetap tidak
dilakukan. Perlu diberikan perhatian juga ialah tahap kekuatan otot juga bergantung
kepada umur seseorang atlet apabila suatu program latihan diberikan serta dilakukan.
Menurut Chad Tackett (2001) faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan otot
seseorang ialah tempat pelekatan otot, umur, jantina, kepanjangan otot, latihan
yang sistematik serta jenis fiber otot.
Terdapat 2 jenis fiber otot dalam badan seseorang manusia iaitu Slow Twitch
Muscles dan Fast Twitch Muscles. Jikalau seseorang individu itu mempunyai jumlah
atau kuantiti Fast Twitch Muscles yang banyak, maka individu tersebut lebih sesuai
untuk latihan anaerobik seperti larian pecut, angkat berat yang memerlukan
penghasilan tenaga dalam jangka masa yang singkat. Bagi individu yang
mempunyai jumlah atau kuantiti Slow Twitch Muscles yang banyak, maka badan
individu itu lebih sesuai untuk aktiviti aerobik seperti larian jarak jauh, bola sepak
serta sesuai untuk aktiviti yang memerlukan daya tahan kardiovaskular.
Dari segi umur pula, didapati bahawa umur yang paling sesuai untuk
pembinaan otot yang sempurna adalah daripada umur 10 tahun sehingga 20 tahun.
Latihan yang sistematik perlu diberikan pada peringkat ini agar saiz dan kekuatan
otot berkembang dengan seimbang. Jika seseorang individu terlalu tua, otot- otot
yang diberikan latihan ini akan berkembang dengan lambat.
6
Dari segi faktor jantina pula, sebenarnya faktor ini tidak mempunyai kaitan
dengan kualiti otot tetapi berkadar terus dengan kuantiti ataupun jumlah tisu otot.
Lelaki mempunyai kuantiti tisu otot yang lebih banyak daripada wanita. Faktor
hormon memainkan peranan di sini iaitu hormon testosteron yang dihasilkan oleh
lelaki mempengaruhi kuantiti atau jumlah tisu otot.
Otot yang panjang juga memberikan kelebihan kepada individu yang
memilikinya untuk membina saiz dan kekuatan otot yang lebih berbanding individu
yang mempunyai otot yang pendek. Otot yang panjang mempunyai potensi yang
tinggi untuk meningkat dari segi saiz dan kuasa berbanding dengan otot yang
pendek.
Faktor tempat pelekatan otot juga memainkan peranan dalam menentukan
kekuatan otot seseorang. Contohnya seseorang individu yang otot bisepnya yang
melekat lebih jauh dari sendi siku dapat mengangkat lebih banyak beban daripada
individu yang otot bisepnya melekat dekat dengan sendi siku.
Latihan yang sistematik dan yang mengikut protokol yang ditetapkan adalah
penting dalam menentukan kekuatan otot seseorang. Menurut Charles Tackett
(2001) salah satu cara untuk meningkatkan serta menghasilkan kekuatan otot yang
sempurna ialah melalui latihan bebanan yang sistematik dan teratur. Latihan-latihan
yang diberikan kepada atlet perlulah mengambil kira intensiti, set serta ulangan.
Menurut Brian J. Sharkey (1990) perkara-perkara seperti isokinetik, latihan
bebanan, kalis tenik, frekuensi, set dan ulangan merupakan enam perkara yang
dapat meningkatkan kekuatan otot seseorang individu. Teori ini telah diperkukuhkan
lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh McGlynn (1997) dengan menyatakan
7
bahawa apabila seseorang individu menjalani latihan yang sistematik dan teratur
maka secara tidak langsung kekuatan otot individu tersebut akan meningkat.
McGlynn dan Moran (1997) juga menyatakan akan kebaikan melakukan
aktiviti membina daya tahan otot serta kekuatan otot. Di antara kelebihan yang
dinyatakan adalah meningkatkan ketebalan rawan, meningkatkan kelembutan,
meningkatkan kemahiran, meningkatkan stamina, meningkatkan jisim otot,
menguatkan ligamen dan tulang, meningkatkan kepadatan kapilari dalam otot,
mengurangkan kecederaan, mengurangkan lemak, mengurangkan tekanan dan
mempercepatkan kadar penyembuhan badan.
Daripada penerangan yang diberikan, jelas bahawa kekuatan otot bukannya
datang secara semula jadi tetapi adalah hasil latihan bebanan yang sistematik dan
terperinci. Melalui latihan bebanan, atlet-atlet dapat dilatih untuk menjadi atlet yang
mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan seterusnya memajukan kualiti sukan
tanah air.
1.2 Penyataan Masalah
Kebelakangan ini kebanyakan sukan memerlukan seseorang itu memiliki
kekuatan serta daya tahan otot yang tinggi untuk mencapai sesuatu kejayaan yang di
impikan. Otot-otot ini terutamanya otot pada bahagian kaki seperti otot
gastrocnemius, otot quadriceps dan otot hamstring yang kebiasaannya melibatkan
keseluruhan sukan terutamanya sukan bola tampar, badminton, sepak takraw serta
bola sepak yang mana memerlukan atlet mempunyai kekuatan yang tinggi. Ini
adalah perlu semasa melakukan kemahiran seperti lompatan untuk merejam ataupun
semasa menendang. Kekuatan otot yang tinggi juga perlu bagi mereka yang terlibat
dalam acara-acara sukan jarak jauh seperti maraton dan duathlon mahupun trithlon.
8
Untuk memperoleh kekuatan otot yang maksimum bukanlah sesuatu yang
datang dengan begitu sahaja, ia memerlukan seseorang atlet itu melakukan latihan
yang khusus serta sistematik seperti latihan bebanan. Alatan yang digunakan juga
perlulah sesuai. Pada kebiasaannya kita dapat lihat atlet-atlet ini akan melakukan
latihan bebanan dengan menggunakan alat-alat pemberat yang terdapat di gimnasium
sahaja. Namun demikian alat-alat ini kebiasaannya tidak fleksibel dan hanya boleh
digunakan dalam situasi tertentu sahaja di mana atlet tidak boleh menggunakannya
atau memakainya bersama-sama semasa melakukan latihan kemahiran untuk sesuatu
acara.
Hasil kemajuan sains sukan maka terciptalah bag pasir yang membolehkan
atlet menggunakannya semasa melakukan kemahiran-kemahiran sukan yang
diceburi. Ini membolehkan atlet melakukan dua latihan dalam satu masa iaitu latihan
untuk meningkatkan kemahiran permainan serta latihan untuk meningkatkan
kekuatan otot. Namun demikian alat ini mendatangkan ketidakselesaan kepada atlet
kerana alat ini mengganggu pergerakan mereka. Maka dengan terciptanya alat ini
maka diharap ia dapat membantu atlet melakukan dua latihan dalam satu masa, iaitu
latihan bebanan serta latihan kemahiran sukan tanpa sebarang masalah.
9
1.3 Objektif Kajian
Kajian yang akan dijalankan mempunyai objektif seperti yang berikut:
1.3.1 Menghasilkan satu alat yang dapat memberikan kelebihan kepada atlet-atlet
dalam meningkatkan kekuatan ekplosif otot kaki untuk melakukan sesuatu aktiviti
sukan yang diceburi.
1.3.2 Menghasilkan satu alat yang sesuai untuk latihan bebanan dalam
meningkatkan kekuatan otot kaki secara keseluruhannya.
1.3.3 Memastikan bahawa kekuatan otot kaki dapat ditingkatkan dengan program
latihan yang disusun khas menggunakan alat ini.
1.4 Kepentingan Kajian
Kajian yang akan dilakukan adalah untuk menghasilkan satu alat latihan atau
pakaian untuk latihan bebanan yang mana boleh memberikan lebih kesesuaian
kepada atlet semasa menjalankan aktiviti sukan yang diceburi di samping membina
kekuatan otot maksimum melalui prinsip latihan bebanan terutamanya otot
gastrocnemius, otot quadriceps dan otot hamstring. Alatan ini diharap dapat
membantu atlet serta jurulatih dalam membina kekuatan otot kaki dan dapat
menjimatkan masa di mana atlet atau jurulatih tidak perlu memperuntukkan satu
masa khas untuk latihan yang hanya bertujuan untuk meningkatkan kekuatan otot
sahaja. Dengan terhasilnya alat ini atlet boleh melakukan dua aktiviti dalam satu
10
masa di mana atlet dapat menjalani latihan harian mereka serta latihan untuk
membina kekuatan otot.
Alat ini juga diharap dapat memudahkan para jurulatih dan atlet terutamanya
dari segi pengendalian serta penggunaannya terutamanya semasa melakukan latihan
harian di samping latihan untuk membina kekuatan otot kaki tanpa perlu
menyediakan satu sesi khas.
Akhir sekali, diharap alatan ini dapat memberikan kesan yang
memberangsangkan kepada atlet serta jurulatih dalam membina kekuatan ekplosif
serta kekuatan otot keseluruhannya terutamanya otot bahagian kaki iaitu otot
gastrocnemius, otot quadriceps dan otot hamstring dalam mengharungi sesuatu
tempoh permainan.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang di bangkitkan sepanjang kajian ini di jalankan :-
1.5.1 Adakah dengan penggunaan seluar dengan bebanan yang di cipta ini dapat
membantu atlet dalam membina dan meningkatkan kekuatan ekplosif otot kaki ?
1.5.2 Adakah alat ini dapat membantu dalam meningkatkan kekuatan otot kaki
secara keseluruhan penggunanya ke tahap maksimum?
11
1.5.3 Adakah alat ini sesuai digunakan dalam latihan untuk meningkatkan kekuatan
kaki?