BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A...
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A...
i PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR-FAKTOR MENDORONG STRES DALAM KALANGAN GURU-GURU YANG MENGIKUTI PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG) SEPENUH MASA, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI.
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya HAMIZA BINTI MOHD SALLEH @ YAAKOB
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 4 )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO.21 FELDA CHINI 3, PM. DR. BAHARIN BIN ABU 26690 CHINI, PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR. Tarikh: ____________________ Tarikh: _____________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )”
Tandatangan : ……………………………………………………….
Nama Penyelia : PM. DR. BAHARIN BIN ABU
Tarikh : ……………………………………………………….
iii
FAKTOR-FAKTOR MENDORONG STRES DALAM KALANGAN GURU-GURU
YANG MENGIKUTI PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG)
SEPENUH MASA, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA.
HAMIZA BINTI MOHD SALLEH @ YAAKOB
Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………...
Nama Penulis : HAMIZA BINTI MOHD SALLEH @ YAAKOB
Tarikh : …………………………….
v
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang
serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. Terlebih dahulu
saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Prof. Madya. Dr. Baharin Bin Abu selaku penyelia saya yang banyak menolong dan
membimbing saya sehingga siapnya kertas projek ini. Ribuan terima kasih juga buat
Prof. Madya. Dr. HJ. Mohamed Sharif B. Hj. Mustaaffa kerana tunjuk ajar dan ilmu
yang diberikan.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan
khususnya kepada pelajar 4 SPH (PKPG) dan tidak lupa juga kepada semua yang
terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek
penulisan ini.
Penghargaan paling istimewa kepada suami tersayang En. Mohd Nazaruddin Bin
Mohd Ali, anak-anakku (Aizat Nasruddin dan Nur Auni Najihah), dan keluarga yang
banyak memberi dorongan, berkorban, bersabar dalam masa pengajian ini. Buat arwah
ibu, Siti Amah yang pergi disaat perjuangan anakmu ini belum selesai, ku doakan agar
roh mu berada di sisi orang-orang yang beriman. Akhir sekali, terima kasih dihulurkan
kepada semua pihak, khasnya rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu samada
secara langsung atau tidak langsung.
ABSTRAK
vi
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti lima faktor mendorong stres dalam
kalangan guru-guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Lima faktor yang dikaji
adalah hubungan kekeluargaan, persekitaran pembelajaran, kewangan, pengurusan masa
dan kemahiran belajar. Responden kajian ini terdiri daripada 48 orang guru yang
mengikuti prorgrm Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Satu set borang soal selidik telah
digunakan untuk mengumpul data. Kebolehpercayaan instrumen kajian adalah diproses
menggunakan perisian SPPS versi 15.0 dan dihuraikan dalam bentuk peratusan dan min.
Hasil keputusan kajian menunjukkan faktor kewangan (min = 3.01) merupakan faktor
yang lebih mendorong stres di kalangan guru PKPG berbanding dengan faktor-faktor
lain iaitu pengurusan masa (min = 2.83), kemahiran belajar (min = 2.75), hubungan
kekeluargaan (min = 2.65) dan persekitaran pembelajaran (min = 2.48). Faktor
kewangan berada ditahap stres yang tertinggi manakala faktor pengurusan masa, faktor
kemahiran belajar, faktor hubungan kekeluargaan dan faktor persekitaran pembelajaran
berada ditahap stres sederhana. Ini menunjukkan faktor kewangan perlu diambil berat
oleh guru PKPG dengan membuat persiapan kewangan keluarga sebelum mengikuti
Program Khas Pensiswazahan Guru.
vii
ABSTRACT
The study examines five factors which contribute stress to Special
Undergraduate Teacher Program Teachers at the Faculty of Education University
Teknologi Malaysia. The five factors studied were family relation, learning
environment, finance, time management and the learning skills. The respondent were 48
Undergraduate Teacher Program Teachers furthering studies at the Faculty of Education,
University Teknologi Malaysia. A set of questionnaire was employed to collect the data
for the study. The analysis was done using SPSS version 15.0 and intricate into
percentage and mean. The study indicate that the financial factor (mean =3.01) is the
major contribution to stress among Special Undergraduate Teacher Program Teachers
compared to other factors such as time management (mean = 2.83), learning skills
(mean= 2.75), family relationship (mean = 2.65) and learning environment
(mean = 2.48). Financial factor has the highest mean value while time management,
learning skills, family relationship and learning environment are considered mediocre.
This shows financial is the key factor to be considered by the PKPG teachers in
preparing family fund before enrolling the programmed.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Soalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi 9
1.9 Penutup 10
ix
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Teori Keperluan dan Stres 11
2.2.1 Teori Pembelajaran Dewasa 12
2.2.2 Teori Hirarki Keperluan Maslow 12
2.2.3 Teori ERG 13
2.2.4 Model Ketegangan Robbins 14
2.2.5 Model Stres Manusia Chendra Patel 15
2.2.6 Teori Atribusi 17
2.3 Kajian-Kajian Lalu Mengenai Stres 17
2.4 Penutup 25
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Tempat Kajian 28
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian 31
3.6 Kajian Rintis 32
3.7 Prosedur Kajian 32
3.8 Analisis Data 32
3.9 Penutup 34
x
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 35
4.2.1 Jantina 36
4.2.2 Umur 36
4.2.3 Status Perkahwinan 37
4.2.4 Bilangan Tanggungan Anak 37
4.2.5 Pendapatan Bulanan 38
4.3 Analisis Data Bahagian B 38
4.3.1 Faktor Hubungan Kekeluargaan 40
4.3.2 Faktor Persekitaran Pembelajaran 41
4.3.3 Faktor Kewangan 43
4.3.4 Faktor Pengurus Masa 45
4.3.5 Faktor Kemahiran Belajar 47
4.4 Analisis Tahap Faktor Yang Mendorong Stres 49
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Rumusan 52
5.2.1 Faktor Hubungan Kekeluargaan Dan Stres 52
5.2.2 Faktor Persekitaran Pembelajaran Dan Stres 53
5.2.3 Faktor Kewangan Dan Stres 54
5.2.4 Faktor Pengurusan Masa Dan Stres 55
5.2.5 Faktor Kemahiran Belajar Dan Stres 56
5.3 Perbincangan Kajian 56
5.3.1 Faktor Hubungan Kekeluargaan Dan Stres 57
5.3.2 Faktor Persekitaran Pembelajaran Dan Stres 58
5.3.3 Faktor Kewangan Dan Stres 60
xi
5.3.4 Faktor Pengurus Masa Dan Stres 61
5.3.5 Faktor Kemahiran Belajar Dan Stres 63
5.4 Faktor Stres Dan Tahap Stres 64
5.5 Cadangan 65
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 68
5.7 Penutup 69
RUJUKAN 70
LAMPIRAN 75
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
M/ SURAT
3.1 Jadual Pembahagian Item Soalselidik Bahagian A 29 3.2 Jadual Mata Skala Bagi Item-Item Soal selidik 30 3.3 Jadual Penunjuk Skala Empat Mata 30 3.4 Jadual Faktor-faktor Yang Dikaji dan Item Mengikut
pembahagian 31
3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 34 4.1 Jadual Analisis Peratus Dan Kekerapan Mengikut
Jantina Responden. 36
4.2 Jadual Peratusan Dan Kekerapan Mengikut Umur Responden
36
4.3 Jadual Analisis Peratusan Dan Kekerapan Mengikut Status Perkahwinan Responden
37
4.4 Jadual Analisis Peratusan Dan Kekerapan Mengikut Bilangan Anak Responden
39
4.5 Jadual Analisis Peratusan Dan Kekerapan Mengikut Pendapatan Sebulan Responden
40
4.6 Jadual Analisis Peratusan Dan Min Bagi Faktor Hubungan Kekeluargaan Mendorong Stres
40
4.7 Jadual Analisis Peratusan Dan Min Bagi Faktor Persekitaran pembelajaran Mendorong Stres
42
4.8 Jadual Analisis Peratusan Dan Min Bagi Faktor Kewangan Mendorong Stres
44
4.9 Jadual Analisis Peratusan Dan Min Bagi Faktor Pengurusan Masa Mendorong Stres
46
4.10 Jadual Analisis Peratusan Dan Min Bagi Faktor Kemahiran Belajar Mendorong Stres
48
4.11 Jadual Analisis Nilai Min Dan Tahap Faktor Mendorong Stres Secara Keseluruhan
49
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK M/ SURAT
2.2.2 Gambarajah Teori Hirarki Keperluan Maslow 12
2.2.4 Rajah Model Ketegangan Robbins 14
2.2.6 Rajah Model Stres Manusia Chedra Patel 16
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
Lampiran A Borang Soal Selidik
Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik
xv
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universti Teknologi Malaysia
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
PJJ - Pengajian Jarak Jau
i
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Persidangan Perkhidmatan Pendidikan anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran (SPP) yang akan berkuatkuasa dari tahun 2006 hingga 2010 telah menggariskan
empat perkara utama dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan negara. Dua
daripada empat perkara tersebut adalah peningkatan kualiti guru sebagai pra-syarat
kepada pembangunan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan semangat yang
terkandung dalam Peruntukan 144 (1) Perlembagaan Persekutuan diterjemahkan ke arah
menjadikan profesion perguruan lebih perkasa dan berintegriti kearah pembangunan
modal insan yang kukuh. Dalam melaksanakan dasar itu lima fokus utama digariskan
iaitu menambah baik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan,
memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru serta
memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.
Oleh itu, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan
adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara. Sejajar dengan itu,
kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan
dari semasa ke semasa. Bagi berhadapan dengan cabaran dan tuntutan daripada
perubahan-perubahan dalam sistem pendidikan, guru-guru telah berusaha meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dengan melanjutkan pengajian di institut-institut pengajian
tinggi.
2
Memandangkan guru-guru ini telah lama meninggalkan alam persekolahan dan
kembali mengikuti proses pembelajaran dalam situasi yang baru maka tidak mustahirlah
guru-guru ini turut terdedah dengan masalah tekanan atau stres. Begitu juga dengan guru-
guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa tidak
ketinggalan dari menghadapi masalah stres sepanjang pengajian mereka di Universiti
Teknologi Malaysia.
Guru PKPG terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan seperti
terpaksa meninggalkan keluarga, mendapat separuh gaji setiap bulan, menghabiskan
masa untuk belajar dan membuat tugasan serta pelbagai lagi cabaran lain. Cabaran ini
akhirnya menjurus kepada stres. Stres yang melebihi tahap tertentu sekiranya tidak
dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap individu (Romas dan Sharma,
2004). Kebiasaannya, stres akan dialami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian,
kurang tidur, keresahan serta kebimbangan yang tinggi. Oleh itu, stres boleh
menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian seseorang guru PKPG terjejas sehingga
memberikan impak yang negatif.
Pengurusan stres perlu diberi perhatian oleh guru-guru PKPG bagi memastikan
prestasi dan reputasi mereka tidak terjejas. Oleh itu adalah penting bagi mengenalpasti
faktor-faktor mendorong stres terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi direka
bentuk. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti lima faktor
mendorong stres dalam kalangan guru-guru yang mengikuti Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKPG) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
1.2 Latarbelakang Masalah
Profesion keguruan adalah satu profesion yang memerlukan perhatian dan kajian
yang berterusan kerana di sinilah letaknya kekuatan dan imej guru. Kedudukan perguruan
sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan
3
cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari
masa ke semasa. Oleh yang demikian, bagi mengangkat martabat perguruan satu langkah
telah diambil oleh pihak kerajaan iaitu mewujudkan satu program yang dikenali Program
Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa.
Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa merupakan satu
program yang memberi ruang kepada guru-guru yang telah mengajar melanjutkan
pengajian mereka di institusi-intitusi pengajian tinggi di Malaysia. Oleh itu, tentulah agak
berbeza kehidupan dan sistem pembelajaran mereka berbanding dengan pelajar-pelajar
yang lebih muda usianya. Ini kerana golongan guru ini berhadapan dengan banyak
tuntutan dan tanggungjawab dari pelbagai pihak terutama keluarga dan tanggungjawab
sebagai seorang pelajar.
Tuntutan dan tanggungjawab yang pelbagai ini boleh menimbulkan tekanan atau
stres. Stres merupakan satu pengalaman atau kejadian yang sering dialami oleh seseorang
individu. Stres boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti
seharian. Lessard (1998) mendapati bahawa stres bukan sahaja dialami oleh orang
dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar universiti. Ini kerana universiti merupakan
persekitaran unik yang seringkali menuntut pelajar mengimbangkan pelbagai peranan dan
tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka.
Kajian yang dibuat ini memfokuskan faktor-faktor yang mendorong stres dalam
kalangan guru-guru yang kembali menyambung pengajian Universiti Teknologi
Malaysia. Setiap mereka yang menyambung pengajian ini pastinya mempunyai alasan
dan sebab tersendiri berkaitan dengan tujuan melanjutkan pengajian semula. Sama ada
alasan yang berbentuk peribadi, perkembangan kerjaya mahupun meningkatkan lagi
kemahiran dan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4
1.3 Penyataan Masalah
Menurut Aziz dan rakan (1995 dalam Hisamudin, 1997) sememangnya
wujud masalah bagi pelajar yang telah lama meninggalkan alam persekolahan seperti
guru PKPG yang mempunyai tanggungjawab tersendiri dan memasuki institusi
pengajian tinggi dengan mendapat separuh gaji sahaja.
Greeenberg (1990) mengenalpasti faktor tanggungjawab kekeluargaan dan
masalah kewangan merupakan antara masalah yang boleh mendatangkan stres.
Tanggungjawab berkeluarga memerlukan guru PKPG ini berkorban masa dan tenaga
untuk memenuhi antara tuntutan tanggungjawab keluarga dengan tuntutan sebagai
pelajar. Terutamanya bagi golongan wanita yang kebiasaannya menghadapi tuntutan
tambahan daripada keluarga dan anak-anak. Menurut Cros (1981), pelajar wanita dewasa
sering mengalami stres yang sangat tinggi dalam usaha mengendalikan pelbagai peranan
sebagai pelajar, ibu dan pasangan suami isteri.
Beban tugasan yang berlebihan juga merupakan antara faktor yang mendorong
stres dalam kalangan guru-guru PKPG ini. Menurut Greenberg (1990) beban tugas
dalam pendidikan merujuk kepada kerja-kerja atau tugasan-tugasan yang berkaitan
dengan pelajaran yang sukar untuk disempurnakan dalam satu semester. Ini melibatkan
jumlah pengambilan kredit yang terlalu banyak dalam satu semester termasuk pelbagai
tugasan penulisan untuk subjek-subjek yang telah diambil.
Sekiranya guru-guru PKPG tidak mengambil langkah awal bagi menangani stres
yang berlaku, berkemungkinan mereka tidak akan dapat memberi komitmen dengan baik
dan mungkin akan mengalami masalah dalam bidang akedemik, kewangan dan peribadi.
Selain itu, mereka juga akan kecundang dalam bidang yang diceburi dan sukar untuk
mengekalkan reputasi baik setiap masa. Oleh yang demikian, mengenalpasti faktor
pendorong stres dan mencari strategi menangani stres yang berkesan adalah penting
kerana ia dapat mempengaruhi bagaimana seseorang guru yang bakal meneruskan bidang
5
perguruannya bijak mengaplikasikan strategi yang hampir sama apabila berhadapan
dengan rakan sejawat atau kalangan pelajar mereka kelak.
Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor mendorong stres
dalam kalangan guru-guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
sepenuh masa, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Justeru lima faktor
yang boleh mendorong stres dalam kalangan guru PKPG telah dikenalpasti untuk dikaji.
Lima faktor itu adalah faktor hubungan kekeluargaan, persekitaran pembelajaran,
kewangan, pengurusan masa dan kemahiran belajar.
1.4 Objektif Kajian
Dalam konteks masalah yang dijelaskan di atas, kajian ini dilakukan adalah
bertujuan untuk :
a. Mengenalpasti samada faktor hubungan kekeluargaan mendorong stres dalam
kalangan guru –guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
sepenuh masa di Fakulti Pendidikan, UTM.
b. Mengenalpasti samada faktor persekitaran pembelajaran mendorong stres dalam
kalangan guru –guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
sepenuh masa di Fakulti Pendidikan, UTM.
c. Mengenalpasti samada faktor kewangan mendorong stres dalam kalangan guru-
guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa di
Fakulti Pendidikan, UTM.
d. Mengenalpasti samada faktor pengurusan masa mendorong stres dalam kalangan
guru –guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh
masa di Fakulti Pendidikan, UTM.
e. Mengenalpasti samada faktor kemahiran belajar mendorong stres dalam kalangan
guru –guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh
masa di Fakulti Pendidikan, UTM.