BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat...
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat...
PSZ 19:16(Pin.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MOHD. ALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 95, JALAN SIMBANG, TAMAN PERLING, DR. HAMDAN BIN SAID 81200 JOHOR BAHRU. Nama Penyelia Tarikh: ___________________ Tarikh: ________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)”
Tandatangan : ...………………...…………….
Nama Penyelia : Dr. Hamdan B Said
Tarikh : …………………………………
PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN
DAERAH JOHOR BAHRU
MOHD. ALI BIN SUKOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2008
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)”
Tandatangan : ...………………...…………….
Nama Penyelia : Dr. Hamdan B Said
Tarikh : …………………………………
iii
PENGAKUAN PENGKAJI
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...………………...…………….
Nama Penulis : Mohd. Ali Bin Sukor
Tarikh : …………………………………
iv
DEDIKASI
Khas Buat Emak, Ayah, Ibu Mertua Dan Ayah Mertua
Teristimewa Untuk Isteriku,
Noor Ainda Binti Mohd. Aini Yang Tersayang
Putera-Puteriku Mohd Zakwan Fahim, Mohd. Zahin Fikri, dan Nurul Atikah
Pengorbanan Kalian,
Amat Bermakna Buatku.
v
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis iaitu
Dr. Hamdan B Said atas bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan
sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia serta pihak pentadbir sekolah serta guru-guru Sekolah Kebangsaan, Johor
Bahru di atas kerjasama yang telah diberikan.
Tidak lupa juga, jutaan terima kasih ini ditujukan buat rakan-rakan
seperjuangan yang sedia membantu dari segi perkongsian idea dan maklumat serta
pihak-pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan
kajian ini.
vi
ABSTRAK
Kajian yang menggunakan rekabentuk deskriptif ini bertujuan untuk meninjau
pelaksanaan penyeliaan pengajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Johor
Bahru. Kajian ini berfokus kepada tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran;
amalan penyeliaan pengajaran di sekolah; dan implikasi penyeliaan pengajaran
dalam meningkatkan professionalisme guru dari segi kualiti pengajaran, hubungan
professionalisme dengan penyelia, perkongsian maklumat antara penyelia dan guru,
dan bantuan daripada penyelia kepada guru dalam proses pengajaran. Satu
soalselidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu telah digunakan sebagai instrumen
kajian ini. Seramai 340 orang guru yang dipilih secara rawak daripada 14 buah
sekolah terlibat dalam kajian ini. Responden yang dipilih terdiri daripada mereka
yang telah disahkan jawatan dan pernah diselia oleh guru besar atau wakilnya. Data
kajian telah dianalisis menggunakan SPSS dan dilaporkan dalam bentuk peratus,
min, dan kerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua konstruk yang
dikaji mencatatkan skor min dan peratus yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan
bahawa guru-guru di Sekolah Rendah Kebangsaan beranggapan bahawa penyeliaan
pengajaran membantu mereka dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran.
vii
ABSTRACT
This descriptive study aims to survey the implementation of supervision of
instruction at the National Primary Schools in Johor Bahru District. This study
focuses on teachers’ perception towards supervision of instruction; the practice of
supervision of instruction at schools; and the implications of supervision of
instruction in the improvement of teachers’ professionalism with regard to teaching
quality, professional relationship with the supervisors, information sharing between
the supervisors and teachers, and support from the supervisors to the teachers in the
teaching process. A set of modified questionnaire from previous study was used as
an instrument for this study. A total of 340 teachers randomly selected from 14
schools involved in this study. These teachers have been in permanent positions and
have been supervised by the headmasters or their representatives. The data were
analyzed using SPSS and the findings were reported in the form of percentages,
means, and frequencies. The research findings show that all constructs scored high
in mean scores and percentages. The findings show that the teachers in National
Primary Schools agreed that supervision of instruction helped them to improve in
their teaching effectiveness.
viii
JADUAL KANDUNGAN
BAB
PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Tajuk Kajian i
Pengesahan Penyelia ii
Pengakuan Pengkaji iii
Dedikasi iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Jadual Kandungan viii
Senarai Jadual xiii
Senarai Rajah xiv
Senarai Lampiran
xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
ix
BAB
PERKARA MUKA SURAT
1.8 Skop Kajian 12 1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Tanggapan
1.9.2 Amalan
1.9.3 Penyeliaan Pengajaran
12
13
13
1.10 Kesimpulan 13
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Tujuan Penyeliaan 19
2.3 Fungsi Penyeliaan 22
2.4 Harapan Guru Terhadap Penyelia dan
Penyeliaan
25
2.5 Teori-Teori Penyeliaan 26
2.6 Model-Model Penyeliaan
2.6.1 Model Penyeliaan Pengajaran Acheson
dan Gall (1980)
2.6.2 Model Penyeliaan Klinikal Goldhammer
2.6.3 Model Penyeliaan Guru: Lucio dan
McNeil
2.7 Pendekatan Penyeliaan Pengajaran
2.7.1 Penyeliaan Bersama (collaborative
supervision)
29
31
34
35
34
x
BAB
PERKARA MUKA SURAT
2.7.2 Penyeliaan Berbeza (differentiated
supervision)
2.7.3 Penyeliaan Berterusan/Pembangunan
(developmental supervision)
35
36
2.8 Kajian Lepas
2.8.1 Penyeliaan Pengajaran
2.8.2 Peranan Guru Besar Dalam Penyeliaan
Pengajaran
37
41
2.8.3 Halangan-Halangan Dalam Menjalankan
Tugas Penyeliaan Pengajaran
45
2.9 Pandangan Guru Terhadap Penyeliaan Pengajaran
2.10 Kesimpulan
47
50
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 52
3.2 Reka Bentuk Kajian 53
3.3 Persampelan 54
3.4 Instrumen Kajian 55
3.5 Kajian Rintis 58
3.7 Penganalisaan Data 60
3.8 Kesimpulan
61
xi
BAB
PERKARA MUKA SURAT
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 62
4.2 Latar Belakang Responden 62
4.3 Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian:
4.3.1 Persoalan 1 : Tanggapan Guru Terhadap
Penyeliaan
4.3.2 Persoalan 2 : Amalan Penyeliaan
Pengajaran Yang Dijalankan di Sekolah
4.3.3 Persoalan 3 : Implikasi Penyeliaan
Pengajaran Terhadap Profesionalisme
Guru:
4.3.3.1 Peningkatkan Kualiti Pengajaran
Guru
4.3.3.2 Memperkukuhkan Hubungan
Profesionalisme
4.3.3.3 Aspek Berkongsi Pengalaman dan
Pengetahuan
4.3.3.4 Aspek Membantu Guru Dalam
Proses Pengajaran
66
67
70
72
70
73
74
4.4 Kesimpulan 75
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 77
5.2 Rumusan 78
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
79
xii
BAB
PERKARA MUKA SURAT
5.3.1 Tanggapan Guru Terhadap Penyeliaan
Yang Dijalankan Di Sekolah
5.3.2 Amalan Penyeliaan Pengajaran Yang
dijalankan di Sekolah
5.3.3 Implikasi Penyeliaan Pengajaran
Terhadap Peningkatan Profesionalisme
Guru
79
80
81
5.4 Cadangan 83
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84
5.6 Penutup 85
RUJUKAN
86
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
Jadual Muka
Surat
1.1 Dimensi Penyeliaan Pendidikan 8
3.1 Pemilihan Sampel Kajian 54
3.2 Jumlah Taburan Item 57
3.3 Skala Likert 5 Pemeringkatan 58
3.4 Pekali Alpha Cronbach 59
3.5 Analisis Skor Min 60
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina Dan Kaum 63
4.2 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik
Tertinggi 63
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 64
4.4 Taburan Responden Mengikut Kekerapaan Diselia 65
4.5 Taburan Bilangan, Peratusan dan Skor Min Tanggapan Guru
Terhadap Penyeliaan Di Sekolah 66
4.6 Taburan Bilangan, Peratusan dan Skor Min Amalan
Penyeliaan Di Sekolah 68
4.7 Taburan Bilangan, Peratusan dan Skor Min Peningkatan
Kualiti Guru 71
4.8 Taburan Bilangan, Peratusan dan Skor Min Pengukuhan
Hubungan Profesionalisme Guru 72
4.9 Taburan Bilangan,Peratusan dan Skor Min Perkongsian
Pengalaman Dan Pengetahuan 73
4.10 Taburan Bilangan,Peratusan dan Skor Min Membantu Guru
Dalam Proses Pengajaran 74
4.11 Perbandingan Skor Min-Skor Min Konstruk 76
xiv
SENARAI RAJAH
RAJAH MUKA
SURAT
1.1 Penyeliaan Bagi Sekolah Berjaya 3
2.1 Model Penyeliaan Pengajaran Acheson dan Gall (1980) 29
2.2 Model Penyeliaan Klinikal Goldhammer 31
2.3 Model Penyeliaan Guru - Lucio dan McNeil (1969) 34
3.1 Pemilihan Sampel Kajian 55
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
No. Ruj. KP(BPPDP)603/5/JLD.08(356) bth. 13 Ogos 2008
LAMPIRAN B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Jabatan Pelajaran Johor
No. Ruj. JPNJ/31/1128/Jld.43(38) bth. 22 Ogos 2008
LAMPIRAN C Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987
LAMPIRAN D Borang Penyeliaan Format Jemaah Nazir (SKPM)
LAMPIRAN E Senarai Sekolah Daerah Johor Bahru 2008
LAMPIRAN F Borang Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang
berkesan. Peranan yang dimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi
menjadikan sekolah mereka sebagai institusi pembelajaran yang berkesan. Dengan
keupayaan mereka menggembleng seluruh tenaga guru dan pelajar-pelajar diyakini
matlamat menjadikannya sekolah cemerlang akan tercapai. Tumpuan pengurusan
sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan bidang akademik di
sekolah akan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan
pembelajaran mereka dengan lebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan
pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam usaha untuk menjadikan sekolah sebagai
pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian
pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian pelajar.
2
Perekat penyeliaan adalah metaphor untuk kejayaan : Kita dapat samakan
penyeliaan di sekolah-sekolah yang berjaya seperti perekat yang menyatukan
elemen-elemen keberkesanan arahan yang terpisah-pisah kepada tindakan bersepadu
sekolah. Kajian menunjukkan bahawa sekolah-sekolah yang dapat menggabungkan
arahan dan pengurusan kelas dengan perkembangan professional, bimbingan terus
kepada guru, perkembangan kurikulum, perkembangan kumpulan dan kajian
tindakan kepada satu matlamat yang sama akan mencapai objektif mereka
(MacKenzie,1983). Dengan kata lain dapat dirumuskan bahawa sesebuah sekolah itu
akan berjaya mencapai matlamatnya apabila guru akur dan menerima matlamat
bersama untuk murid, saling memberi kata-kata semangat kepada rakan sejawatan,
penyelia menjalankan tugas penyeliaan sejajar dengan apa yang guru itu patut
laksanakan kepada pelajar, hanya dengan demikian sekolah itu akan mencapai
matlamatnya. Sekolah-sekolah yang berjaya mempunyai ciri-ciri perekat yang sama
yang mengikat utuh fakulti sekolah dan mewujudkan ketekalan elemen-elemen yang
berbagai yang dinyatakan di atas, mengatasi perkara-perkara yang sering dijadikan
alasan seperti kebolehan pelajar, perbezaan taraf sosio-ekonomi dan keadaan fizikal
sekolah. Perekat yang dimaksudkan ialah adanya proses di mana ada individu atau
kumpulan tertentu memikul tanggungjawab menyediakan saluran bagi memenuhi
keperluan guru dan matlamat organisasi. Dengan itu warga sekolah dapat bekerja
dalam keadaan yang harmomi kearah visi bersama yang telah dipersetujui.
3
Rajah 1.1: Penyeliaan bagi Sekolah Berjaya
Sumber: Glickman (1998)
Rajah 1 menggambarkan proses penyeliaan yang dilaksanakan di sekolah-
sekolah yang berjaya. Keperluan asas yang mesti ada di dalam diri penyelia ialah
ilmu pengetahuan, kemahiran antara personal dan kemahiran teknikal. Penyeliaan
dilihat sebagai satu bentuk perkembangan guru dengan cara memberi bimbingan
terus kepada guru, perkembangan kurikulum, perkembangan kumpulan,
perkembangan professional dan kajian tindakan. Seterusnya ia akan memenuhi
malamat organisasi dan keperluan guru. Hasil akhirnya ialah pembelajaran pelajar
bertambah baik.
Boardman, et. al. (1953: 3) menyatakan bahawa penyeliaan adalah " to
oversee, to superintend, or to guide and to stimulate the activities of others with a
view to their improvement" bermaksud penyeliaan adalah untuk memerhati,
menyelaras, membimbing dan memberi rangsangan aktiviti-aktiviti pihak lain dengan
pandangan untuk menambah baik. Harris (1975) menyatakan penyeliaan dalam
pengajaran bermaksud segala tindakan yang diambil ke atas kakitangan dengan
tujuan melaksanakan atau membaiki proses pengajaran di sesebuah sekolah. Alfonso
et. al.(1980) menyatakan konsep penyeliaan sebagai satu tingkahlaku yang
4
dipertanggungjawabkan secara rasmi kepada seseorang yang mendatangkan kesan
kepada guru untuk mempertingkatkan lagi pembelajaran murid-murid dan seterusnya
mencapai sesuatu matlamat tertentu.
Dalam pengurusan kurikulum, aspek penyeliaan adalah penting dalam
memantau keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Penyeliaan oleh pihak
pengurusan sekolah amat perlu dalam memastikan kecemerlangan kerja guru secara
berterusan. Penyeliaan akan dapat membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran
dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang serta dapat
memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangan sekiranya ada.
Menurut Aminuddin (2005), penyeliaan oleh guru besar dapat membantu guru
meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan. Menurutnya
lagi, dengan penyeliaan guru besar dapat melihat dengan lebih dekat lagi apa yang
sebenarnya berlaku dalam bilik darjah agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-
amalan yang baik dapat dikukuhkan.
Dalam menjalankan penyeliaan di bilik darjah, guru besar perlu mempunyai
pengetahuan yang cukup serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran. Guru
besar juga harus mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalah-
masalah pedagogi yang timbul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang munasabah untuk membaiki
kelemahan yang dikesaninya. Justeru, kebolehan untuk berkomunikasi juga penting
agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk mengubah cara dan sikap
dalam menjalankan tugas. Menurut Asnah (1993), gaya guru besar memainkan
peranan yang penting terutama selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan
dan cara arahan, penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan
pengajarannya. Jika wujud pertembungan antara guru besar dan guru ia boleh
mewujudkan ketidak sefahaman haluan antara mereka.
Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah atau di bilik darjah ialah mengajar
dan mendidik pelajar secara serius sehingga pelajar tersebut dapat menguasai
5
kemahiran atau ilmu yang diajarkannya. Pengajaran yang berkesan akan dapat
membantu pelajar memperkembangkan intelek, sosial dan personal dengan baik.
Setiap guru akan merancang pengajaran yang tersusun dan berfokus. Pemilihan tajuk
dan isi pelajaran yang sesuai dan mampu disampaikan kepada murid dengan
berkesan. Objektif pengajarannya mudah difahami dan jelas hala tuju yang hendak
dicapai. Di samping itu, guru tersebut akan menentukan bahan bantu mengajar
(BBM) yang sesuai dan menarik bagi mewujudkan rangsangan murid untuk belajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penyeliaan pengajaran telah menjadi satu aspek penting dalam pengurusan
dan pentadbiran di semua institusi pengajian seperti di sekolah, politeknik, maktab,
pusat pengajian tinggi dan sebagainya. Penyeliaan pengajaran ini bertujuan untuk
memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran para pendidik seterusnya
meningkatkan kualiti pcndidikan di institusi tersebut. Oleh yang demikian arahan
oleh Kementerian Pendidikan yang meminta setiap guru besar menyelia pengajaran
guru di sekolah seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas, Bil. 3/1987
diharapkan dapat membina suasana penyeliaan yang sihat dan berkesan. Dengan
terlaksananya arahan ini, guru besar terpaksa kembali kepada tugas asas mereka iaitu
membimbing guru dalam tugas profesional mereka (Abdul Shukur, 1988).
Namun begitu, telah berlaku tanggapan dan reaksi yang kurang
menyenangkan di kalangan guru dan guru besar mengenai arahan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan yang terkandung dalam Surat Pekeliling lkhtisas Bil.
3/1987. Mereka telah menyuarakan pendapat dan pandangan mereka melalui
Kesatuan Perkhidmatan Penguruan Kebangsaan (KPPK). Kesatuan juga merasa
kurang senang dengan arahan tersebut. Masalah ini timbul kerana mereka
menganggap sistem penyeliaan pengajaran yang dijalankan menimbulkan keresahan
6
dan perasaan cemas di kalangan guru dan penyelia juga tidak menggunakan langkah
penyeliaan yang sepatutnya semasa menyelia (Sapon, 2001). Menurut Hashim
(2000), guru besar atau orang bawahannya yang diberikan kuasa untuk menyelia
hanya kadangkadang menyelia pengajaran dan kalau ada pun hanya menyemak buku
penyediaan rekod mengajar dan hanya menekankan ke atas penyediaan bahan bantu
mengajar sahaja dan kurang meningkatkan profesionalisme guru.
Namun ada juga yang menyokong kejayaan penyeliaan pengajaran ini dan
tidak kurang juga yang mempertikaikan akan kejayaannya. Justeru itu sekiranya
sistem penyeliaan ini dianggap sebagai satu sumber bagi para guru untuk
mendapatkan sesuatu yang positif terhadap profesion perguruan, maka matlamat
penyeliaan itu akan tcrcapai begitu juga sebaliknya.
Pihak yang menyokong sistem ini sudah tentu berpendapat bahawa
penyeliaan pengajaran adalah sumber bagi para guru untuk mendapatkan bimbingan
dan bantuan dalam meningkatkan profesion mereka. Manakala pihak yang
menentang sistem ini beranggapan bahawa kehadiran penyelia sebagai penilai yang
banyak mendatangkan rnasalah bagi yang dinilai. Dari situasi ini wujud satu
fenomena yang yang kurang sihat antara penyelia dan guru-guru.
Persoalannya ialah mengapa perlu adanya penyeliaan pengajaran? Adakah
peranan yang tclah diamanahkan kepada penyelia ini telah dijalankan dengan
rncnggunakan langkah dan pendekatan penyeliaan yang betul? Setakat manakah
keberkesanan perlaksanaan sistem penyeliaan pengajaran yang telah dijalankan
terhadap profesionalisme guru-guru? Adakah sistem penyeliaan yang dijalankan
telah mendatangkan kesan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sekolah berkesan adalah hasil dari pengurusan yang cemerlang. Usaha untuk
menjadikan sekolah berkesan atau sekolah cemerlang merupakan cabaran yang perlu
dilalui oleh setiap pengetua dan guru besar. Bagi mewujudkan sekolah berkesan,
7
peranan yang dimainkan oleh guru besar sebagai pemimpin kurikulum atau
pemimpin pengajaran adalah merupakan faktor penting. Menurut Duke (1993)
kepimpinan pengajaran mestilah terlibat dalam dua bidang aktiviti yang saling
berkaitan antara satu dengan lain iaitu :
i. Usaha guru untuk menjadikan pengajaran mereka berkesan dan
ii. Keupayaan guru besar secara berterusan memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran guru sentiasa mempunyai standard dan kualiti yang baik.
Oleh itu, sebagai pemimpin kurikulum guru besar perlu menilai dan menyelia
supaya guru telah melaksanakan aktiviti yang dinyatakan dengan cara yang terbaik
dan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran mereka
dari semasa ke semasa.
Pada kebiasaannya, budaya sekolah yang menitikberatkan aspek
kecemerlangan akan menjadikan proses penyeliaan sebagai satu aspek penting di
sekolah berkenaan. Penyeliaan juga merupakan tanggungjawab pihak guru besar
sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987, iaitu
menjadikan pemantauan sebagai sebahagian tugas harian bagi memastikan
pengajaran guru berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai piawai serta kualiti
yang tinggi.
Penyeliaan kurikulum terhadap guru bertujuan untuk meningkatkan
perkembangan profesionalisme guru dan bukan bertujuan mencari kelemahan
mereka. Di samping itu juga penyeliaan kurikulum ini bertujuan untuk memperbaiki
atau memajukan lagi kualiti pengajaran serta memperbaiki kelemahan para guru.
Untuk berbuat demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru besar, sebagai
pemimpin pengajaran menjalankan penyeliaan kurikulum atau pencerapan bercorak
8
klinikal, memberi bimbingan dan sokongan membina sama ada secara formal atau
tidak formal.
Jadual 1.1 : Dimensi Penyeliaan Pendidikan
Formal Tidak formal
Menentukan matlamat
Merancang cerapan
Perbincangan selepas
Maklum balas
Refleksi
Menyelesai masalah
Membuat laporan
Menilai
Interaksi harian
Cadangan tak langsung
Memberi galakkan
Mengenepikan halangan untuk menjadi
lebih kreatif
Mencontohi kaedah pengajaran yang
berkesan /berjaya
Memahami tabiat murid
Sumber : Abu Bakar (1995)
Secara khususnya, staf profesional seperti guru diamanahkan untuk
menjalankan tugas, aktiviti dan tanggungjawab yang telah dirancang dan ditetapkan.
Menurut Asnah (1995), jika mereka tidak diselia dan melakukan kesilapan tanpa
menyedarinya, maka kebiasaan melakukannya akan terbentuk. Kebiasaan ini akan
menjadi sebati dan dianggap betul dan baik. Lama kelamaannya staf berkenaan akan
berasa sukar untuk membuat perubahan walaupun perubahan diperlukan. Oleh sebab
itu, dengan melakukan proses penyeliaan, staf dapat dibimbing, dibantu supaya lebih
imaginatif, kreatif dan inovatif untuk perkembangan kendiri sekali gus ke arah
peningkatan mutu pencapaiannya.
9
1.3 Pernyataan Masalah
Ketidakfahaman tentang proses dan konsep penyeliaan akan menyebabkan
penyeliaan diberikan tanggapan yang negatif oleh guru-guru dan dilihat sebagai helah
untuk mencari salah. Jika ini berlaku maka peranan guru besar sebagai pemimpin
pengajaran juga diragui dan dipersoalkan. Kekeliruan ini ditambah lagi berikutan
ada guru besar yang mendelegasikan fungsi menyelia kepada guru penolong kanan
yang juga diragui kemahiran dan kebolehan mereka di dalam penyeliaan pengajaran.
Berikutan dengan tindakan konsep dan amalan penyeliaan sudah tergelincir dari
konsep asasnya.
Berdasarkan kepada latarbelakang masalah yang dinyatakan di atas, melalui
kajian ini pengkaji ingin melihat sejauh manakah keberkesanan perlaksanaan sistem
penyeliaan pengajaran yang dilakukan oleh penyelia terhadap guru-guru di sekolah.
Kajian ini bertujuan untuk melihat tanggapan guru dan amalan pelaksanaan
penyeliaan dalam kalangan guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Johor
Bahru. Kajian ini juga turut meninjau samada penyeliaan pengajaran dapat
meningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme guru-guru di sekolah-sekolah
kebangsaan di daerah Johor Bahru.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk :
1.4.1 Mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran
yang dilaksanakan di sekolah;
1.4.2 Mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan
di sekolah;
10
1.4.3 Mengenalpasti keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap
tahap profesionalisme guru.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan berikut :
1.5.1 Apakah tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang
dilaksanakan di sekolah?
1.5.2 Apakah amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah?
1.5.3 Adakah amalan penyeliaan pengajaran di sekolah dapat meningkatkan
profesionalisme guru?
.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk menjawab persoalan di atas dan seterusnya menjadi
panduan kepada guru besar dan guru-guru sekolah:-
1.6.1 Membantu dan menjadi pegangan kepada guru besar, makna dan
fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar seterusnya dapat
merancang dan melaksanakan proses penyeliaan pengajaran dengan
betul dan bersistematik.
1.6.2 Panduan untuk guru-guru memahami proses penyeliaan pengajaran
yang dipertanggungjawabkan kepada guru besar. Dengan cara