bmm3105

download bmm3105

of 29

description

bmm 3105

Transcript of bmm3105

  • 1

    Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Hasil Pembelajaran 1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model

    perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.

    2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.

    3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.

    4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.

    5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.

    6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

    Sinopsis: Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Tajuk kursus: Tajuk Kandungan Jam Catatan

    1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu Menggunakan web, video, audio, dan imej Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai

    untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

    Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

    6

    Modul

    2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.

    Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

    6

    Amali

    3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

    Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet

    Memindahkan garis panduan dan etika

    6

    Modul

  • 2

    Tajuk Kandungan Jam Catatan

    penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint

    4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Memilih bahan sastera Memilih bahan tatabahasa Memilih bahan bidang ilmu lain

    6

    Amali

    5 Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

    Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

    Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu

    Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.

    6

    Modul dan Amali

    6 Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Struktur Hierarki dan Struktur Komposit Struktur Linear Struktur Rangkaian

    6

    Modul

    7 Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat

    Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.

    Membina bahan.

    6

    Amali

    8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

    Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian. Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan

    luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

    6

    Amali

    9 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman

    Prosedur pengeditan Prinsip pengeditan

    6

    Modul

  • 3

    Tajuk Kandungan Jam Catatan

    Melaksanakan pengeditan Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.

    10 Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

    Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa

    Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

    Membina bahan video dan audio Menggunakan persian audio untuk pengajaran

    kemahiran mendengar bertutur dan membaca.

    6

    Modul dan Amali

    11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video Konferensi secara dalam talian Mengadakan sidang video untuk mengajarkan

    kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.

    6

    Amali

    12 Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

    Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah

    Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

    6

    Modul

    13 Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

    Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint

    Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet

    Memanipulasi animasi dalam persembahan

    6

    Amali

    14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

    Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat Memilih cakera padat pembelajaran bahasa

    Melayu Menggunakan cakera padat dalam aktiviti

    pengajaran

    6

    Amali

    15 Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang

    Mengadakan seminar Mengadakan pameran

    6

    Amali

    JUMLAH 90

    Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi:

  • 4

    Lokman Abd Wahid IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur [email protected] Maklumat yang berkaitan terdapat di laman pembelajaran yang berikut: http://bme3103.tripod.com http://bmm3105.tripod.com http://bmm3105.bravehost.com/index http://media14minggu.tripod.com Arahan umum kepada pelajar. 1. Sila buka folder utama dan namakan folder utama itu sebagai BMM3105 2. Di dalam folder utama itu, buka 15 folder dan namakan setiap folder dengan tajuk 1, tajuk 2,

    sehinggalah ke tajuk 15. 3. Simpan kerja setiap tajuk ke dalam folder yang telah dibuka. 4. Pensyarah akan memeriksa semua kerja pelajar yang telah disimpan ke dalam folder 3 kali

    satu semester. 5. Pada penghujung semester, pelajar akan memindahkan semua kerja mereka ke dalam

    folder dan menyimpan kekal sebelum diserahkan kepada pensyarah.

  • 5

    Tajuk 1

    Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

    1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej 1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran

    bahasa Melayu. 1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet. 1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej 1.1.1 Menggunakan laman web. Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik. Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet: www.yahoo.com www.yahoo.co.uk www.yahoo.com.my www.google.com

    Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat contoh di bawah. Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan

  • 6

    Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet. Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan. 1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran

    bahasa Melayu.

    Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.

    Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan resepi + masakan. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda seperti resepi masakan. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

  • 7

    1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.

    Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah. 1.3.1 Alamat Internet

    Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya. Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy. Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word. Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

  • 8

    Alamat Internet. Wajik http://ms.wikipedia.org/wiki/Wajik Karipap http://ms.wikipedia.org/wiki/Karipap Menambah Nilai Buku http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm Memperkasa Pantun Melayu http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

  • 9

    Bergaya Dengan Teknologi Nano http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm Pantun Melayu http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm 1.3.2 Katalog Alamat Internet. Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan. Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini: Tajuk

    URL

    Sinopsis

    Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya. Katalog Alamat Internet

    Tajuk Peribahasa Melayu

    URL http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a

    Sinopsis Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.

    Tajuk Seni Tenun Melayu URL http://culture.melayuonline.com/?a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D= Sinopsis Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.

    Tajuk Tatabahasa : Kata Nama URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm

  • 10

    Sinopsis Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.

    Tajuk Tatabahasa : Penjodoh Bilangan URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm

    Sinopsis Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah

    atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.

    Tajuk Pakaian Tradisional URL http://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg

    Sinopsis Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia

    Tajuk Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah URL http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sp_hsp.htm

    Sinopsis Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan

    Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.

    Tajuk Pusat Perkembangan Kurikulum URL http://www.ppk.kpm.my/

    Sinopsis Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian sukatan

    pelajaran bagi semua matapelajaran. Tajuk Ayat Inti URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm

    Sinopsis Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.

    Tugas pelajar:

    1. Dapatkan bahan dalam bentuk elemen audio, video, teks, dan grafik dan simpan dalam bentuk alamat internet dan katalog internet.

    2. Bagi setiap elemen, dapatkan 10 bahan 3. Jangan gunakan bahan yang sama bagi katalog internet. 4. Simpan semua kerja Tajuk 1 ke dalam folder tajuk 1.

    Selamat belajar.

  • 1

    Tajuk 3

    Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

    3.1 Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet 3.2 Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint Amali:

    Mengakses maklumat tentang garis panduan dan etika penggunaan Internet. Membina brosur dan power point menggunakan publisher Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan

    Power Point Catatan: Secara individu pelajar dapat menghasilkan: Brosur dan power point yang memuatkan garis panduan dan etika penggunaan internet. Brosur yang dicetak dalam bentuk hardcopy. Klik di sini untuk mendapatkan bahan rujukan: http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%20etika%20profesional%20TM.pdf Arahan kepada pelajar: 1. Pensyarah akan menjelaskan etika penggunaan internet kepada anda. 2. Pensyarah meminta anda memuat turun bahan asal daripada laman web yang disediakan di

    atas. 3. Setelah memuat turun bahan yang berkenaan, anda diminta menjadikan bahan yang

    berkenaan kepada bentuk persembahan Power Point dengan menggunakan konsep tapak. 4. Anda juga diminta menukarkan bahan etika penggunaan internet kepada bentuk brosur

    dengan menggunakan templat yang diambil daripada Microsoft Publisher. 5. Setelah siap, sila simpan bahan yang berkenaan di dalam folder tajuk 3. 6. Sila lihat contoh yang telah disediakan. 7. Sila hayati etika penggunaan internet kerana etika ini perlu dipatuhi. 8. Sebarang penyalahgunaan bahan internet dan perkakasan TMK, ialah tanggungjawab anda

    sendiri. Kepada Pensyarah: Sila hantarkan emel kepada [email protected] untuk mendapatkan bahan asal, tapak persembahan power point, dan brosur. Terima kasih.

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    1

    Etika Penggunaan Internet

    Objektif Kod Etika:

    1. Mengetahui masalah moral

    dan isu etika komputer

    2. Memahami prinsip etika

    komputer

    3. Memahami etika profesional

    Teknologi Maklumat

    4. Mengetahui fungsi kod etika

    profesional

    5. Keperluan etika komputer

    ETIKA

    PRINSIP

    RUKUN ETIKA

    ISU ETIKA

    CIRI PROFESIONALISME

    KOD ETIKA

    KERANGKA KOD

    KOD ETIKA PROFESIONAL

    PENUTUP

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    2

    Prinsip

    1. Keseimbangan

    Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik

    daripada risiko dan keburukan.

    2. Keizinan termaklum

    Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham

    dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah

    faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang

    timbul.

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    3

    Prinsip

    3. Keadilan

    Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara

    adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama

    risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut

    menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil

    untuk kedua belah pihak.

    4. Meminimumkan risiko

    Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko

    yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang

    diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada

    risikonya.

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    4

    Etika

    Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang

    penggunaan komputer yang betul (panduan)

    Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat,

    harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang

    membabitkan etika penggunaan komputer dalam era

    maklumat.

    Penggunaan TM + tidak bertanggungjawab = isu etika/natijah

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    5

    Rukun Etika

    1. Tidak menggunakan komputer untuk

    membahayakan orang lain.

    2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

    3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.

    4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri

    5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    6

    Rukun Etika

    6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang

    tidak dibeli secara sah.

    7. Tidak menggunakan sumber daripada komputer

    orang lain tanpa kebenaran.

    8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk

    diri sendiri.

    9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang

    dibangunkan.

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    7

    Isu Etika

    1. Tidak nampak kesan dan masalah moral dari

    aspek sosial pengkomputeran.

    2. Pengetahuan dan penggunaan yang kurang

    mendalam dalam komputer berbanding

    dengan mereka yang sememangnya dalam

    bidang pengkomputeran.

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    8

    Isu Etika

    3. Kurang arif tentang undang-undang siber.

    4. Orang awam tidak menerima impak yang

    hebat apabila berlaku isu berkaitan dengan

    etika komputer.

    5. Kurangnya pendedahan dalam pengaruh,

    kegunaan dan kuasa yang ada pada

    komputer.

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    9

    Ciri Profesionalisme

    1. Harus ada pekhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.

    2. Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.

    3. Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam jangka masa tertentu.

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    10

    Ciri Profesionalisme

    4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan

    tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan

    profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu.

    5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi

    dengan tidak mementingkan keuntungan wang

    (gaji) semasa menjalankan tugas.

    6. Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus

    dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan

    profesion itu.

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    11

    Kod Etika

    1. Inspirasi dan panduan.

    2. Pencegahan dan disiplin.

    3. Memelihara maruah profesion.

    4. Memelihara keharmonian.

    5. Sokongan.

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    12

    Kerangka Kod Etika

    1. Kebersendirian

    2. Ketepatan

    3. Hak milik

    4. Capaian

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    13

    Kerangka Kod Etika: Kebersendirian

    1. Apakah maklumat tentang seseorang yang bolehatau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain.

    2. Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukanoleh majikan ke atas kaki tangan.

    3. Apakah perkara yang boleh disimpan secaraperibadi yang tidak boleh dipaksakan untukdimaklumkan kepada pihak lain.

    4. Apakah maklumat tentang individu yang perludisimpan dalam pangkalan data. Sejauh manakahselamatnya maklumat tersebut?

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    14

    Kerangka Kod Etika: Ketepatan Maklumat

    1. Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan, kesetiaan, ketepatan maklumat yang dikumpul.

    2. Bagaimana memastikan meklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna?

    3. Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak yang terjejas boleh dipampas?

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    15

    Kerangka Kod Etika: Hak Milik

    1. Siapa memiliki maklumat

    2. Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat.

    3. Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta.

    4. Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik.

    5. Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi.

    6. Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem pakar harus diberi pampasan.

    7. Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan.

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    16

    Kerangka Kod Etika:Capaian

    1. Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.

    2. Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat.

    3. Bagaimana capaian kepada komputer disediakan kepada kaki tangan yang tidak berupaya.

    4. Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat.

    5. Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dan jaminan apa?

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    17

    Kod Etika Profesional

    1. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.

    2. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.

    3. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.

    4. Bersikap adil dan tidak menindas.

    5. Menghormati hak cipta orang lain.

    6. Menghormati hak kebersendirian orang lain.

    03/11/2010

  • Lokman Abd Wahid, IPG Kampus

    Bahasa Melayu

    [email protected]

    18

    Sekian. Terima Kasih

    03/11/2010