BMK 3023 Kemahiran Komunikasi (Tugasan 1)
-
Upload
nitotony73 -
Category
Documents
-
view
929 -
download
0
Transcript of BMK 3023 Kemahiran Komunikasi (Tugasan 1)
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013
BMK3023 – KEMAHIRAN KOMUNIKASI
TUGASAN 1
TAJUK ESEI
9. KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.
KUMPULAN: UPSI 21 (A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
NITO ANAK TONY D20112055167
NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK KHAIRUL AZAM BIN BAHARI
TARIKH SERAH: 19 OKTOBER 2012
Kandungan
Bil. Perkara Muka Surat
1. Pendahuluan 1
2. Definisi komunikasi dalam kumpulan kecil 1
3. Sebab-sebab mempelajari ilmu komunikasi kumpulan kecil 2
4. Kelebihan dan kelemahan komunikasi kumpulan kecil 3
5. Klasifikasi kumpulan 4
6. Motif menyertai sesuatu kumpulan 5
7. Membentuk dan meneguhkan kumpulan 6
8. Menyesuaikan diri dalam kumpulan 6
9. Format komunikasi kumpulan kecil 8
10. Penutup 8
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,
tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya
mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam
membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Khairul
Azam bin Bahari kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang
sejelasnya untuk membuat tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu
dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan
yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.
Pendahuluan
Sekolah di zaman moden ini beroperasi menerusi pelbagai jenis kumpulan kerja dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat kumpulan dibentuk khusus untuk menyelesaikan
masalah, ada kumpulan khusus untuk membuat keputusan, ada pula yang khusus untuk mencari
idea baru dan perubahan. Ringkasnya, kumpulan dibentuk dengan pelbagai tujuan yang
merangkumi pelbagai aspek mata pelajaran dan aktiviti termasuklah sosial, ekonomi, politik dan
sebagainya. Penggunaan pendekatan atau kaedah kumpulan secara berkesan memerlukan
anggota-anggota kumpulan mengetahui tentang dinamika kumpulan. Perkara asas yang
menyatukan anggota kumpulan dan membolehkan anggota kumpulan bekerjasama untuk
mencapai matlamat kumpulan ialah komunikasi.
Definisi komunikasi dalam kumpulan kecil
Secara umum kumpulan bermaksud himpunan individu yang berkongsi matlamat dan
berinteraksi antara satu dengan yang lain secara langsung atau tidak langsung. Devito (1997)
mendefinisikan kumpulan sebagai himpunan inidividu yang berstruktur dan berinteraksi untuk
mencapai matlamat yang sama. Definisi ini menekankan tiga unsur asas bagi membentuk
kumpulan iaitu matlamat, interaksi dan struktur. Maka tanpa unsur-unsur ini sesuatu himpunan
individu itu tidak boleh dikatakan sebagai kumpulan. Secara umum kumpulan kecil terdiri
daripada tiga hingga 20 orang. Napier dan Gershenfeld (1993) berpendapat lima orang hingga
tujuh orang adalah bilangan yang optimum bagi satu kumpulan. Namun saiz kumpulan yang
optimum sebenarnya bergantung pada matlamat kumpulan dan bentuk tugasan. Ciri-ciri sosio-
demografik dalam kumpulan mempengaruhi sikap atau perlakuan anggota-anggota kumpulan
dan corak komunikasi dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan dan
tanggungjawab terhadap kumpulan.
Asal perkataan komunikasi ialah “commune” bermaksud kesamaan iaitu suatu proses ke
arah mewujudkan kesamaan. Berkomunikasi adalah usaha membentuk kesamaan dengan cara
bertukar dan berkongsi maklumat secara lisan atau bukan lisan. Semua perlakuan bukan lisan
seperti senyum, anggukan kepala dan gerak geri, bercakap dan mendengar adalah komunikasi.
1
Terdapat tiga peringkat dalam komunikasi iaitu peringkat pertama ialah kesamaan dari segi
perkataan yang merupakan peringkat asas dalam komunikasi. Peringkat kedua ialah kesamaan
dari segi makna merupakan syarat bagi menjayakan komunikasi di mana komunikator dapat
membentuk kesamaan makna dalam perkataan tetapi tidak pada makna. Peringkat ketiga pula
ialah kesamaan dari segi kepercayaan atau keyakinan di mana seseorang mungkin faham akan
maklumat yang didengar namun mungkin tidak mempercayai apa yang dia dengar dan faham.
Tubbs (1998) mendefinisikan komunikasi kumpulan kecil ialah proses anggota-anggota
kumpulan bertukar dan berkongsi maklumat lisan dan bukan lisan bagi mempengaruhi antara
satu sama lain. Beebe dan Masterson (1994) berpendapat komunikasi kumpulan kecil adalah
interaksi bersemuka di kalangan individu yang berkongsi matlamat dan merasakan diri sebagai
ahli kumpulan yang saling bergantung dan mempengaruhi antara satu dengan lain,
perkembangan teknologi komunikasi membolehkan kumpulan berkomunikasi tanpa perlu
bersemuka. Barker, Wahlers dan Watson (1995) menyatakan yang komuinkasi kumpulan kecil
boleh dibezakan dengan komunikasi lain dalam tiga perkara. Pertama ialah dalam komunikasi
kumpulan terdapat kesan pemerhati, kedua ialah interaksi di kalangan anggota menjadi
bertambah kompleks dengan pertambahan bilangan anggota kumpulan dan ketiga ialah dalam
komunikasi kumpulan berlaku pengaruh majoriti dan minoriti.
Sebab-sebab mempelajari ilmu komunikasi kumpulan kecil
Komunikasi kumpulan kecil memainkan peranan yang amat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan mempelajari ilmu komunikasi dalam kumpulan kecil
diperkuat dengan pernyataan-pernyataan berikut. Pertama, hampir 70% daripada masa belajar
melibatkan komunikasi dalam kumpulan terutama bagi para pelajar. Kajian mendapati bahawa
prestasi dan kejayaan pelajar berdasarkan kemahiran berkomunikasi dan belajar dalam kumpulan
termasuklah kemahiran bekerjasama, memberi pandangan, mendapatkan maklum balas,
membuat keputusan, menyelesai masalah atau konflik, bermesyuarat, memimpin, menjalin
komunikasi menyokong dan sebagainya. Kedua, pendekatan belajar secara kumpulan menjadi
suatu arah aliran atau standard dalam sekolah di zaman moden ini. Ketiga, belajar dalam
kumpulan adalah proses dan pengalaman yang kompleks tetapi menarik. Ketidakselesaan dan
2
ketidakpastian adalah agak tinggi apabila belajar dalam kumpulan terutamanya kumpulan yang
ahli-ahlinya tidak rapat atau mengenali antara satu sama lain. Kefahaman cara kumpulan
berfungsi, membolehkan komunikator mengurangkan ketidakselesaan dan ketidakpastian apabila
belajar dalam kumpulan. Keempat, keberkesanan dan produktiviti kumpulan dapat dipertingkat
dengan mengetahui dan memahami cara kumpulan menyelesai masalah dan membuat keputusan.
Ilmu tentang cara kumpulan berfungsi membolehkan kumpulan mengelakkan masalah
pembaziran masa dan tenaga akibat kerenah cara kumpulan belajar. Dasarnya, tujuan utama
mempelajari komunikasi dalam kumpulan ialah untuk meningkatkan kecekapan ahli-ahli
kumpulan menjalankan peranan dan tugas sama ada sebagai peminpin atau pengikut.
Kelebihan dan kelemahan komunikasi kumpulan kecil
Sange (1990), sarjana pengurusan menegaskan bahawa orang yang berkaliber pun
mendapat faedah dari kerja berpasukan. Antara kelebihan belajar secara kumpulan berbanding
dengan belajar secara bersendirian ialah berkomunikasi membolehkan pelajar mempunyai lebih
banyak maklumat dan idea. Konsep komunikasi membolehkan ahli kumpulan berkongsi
maklumat dan bertukar-tukar pandangan. Kedua, kumpulan mempunyai daya kreativiti yang
lebih daripada daya kreativiti bersendirian iaitu lebih banyak alternatif boleh dikenal pasti
apabila berfikir secara kumpulan. Kita dapat menggunakan pelbagai kaedah menyelasaikan
masalah dan teknik menjana idea agar sesuatu masalah diselesaikan dengan kreatif. Ketiga,
pembelajaran adalah lebih berkesan apabila pelajar belajar dalam kumpulan termasuklah
kefahaman dan daya ingatan turut meningkat melalui peluang untuk bertanya dan berbincang.
Keempat, penglibatan dalam kumpulan memberikan kepuasan kerana ia membolehkan pelajar
memenuhi keperluan sosial, misalnya dapat mengenali orang dan merasa diri dihargai serta
berharga kerana dapat memberi sumbangan.
Namun begitu, komunikasi kumpulan kecil juga mempunyai kelemahan-kelemahan
tertentu yang wujud akibat ahli yang tidak mengetahui dan memahami peranan dan tugas sendiri
atau pun tidak mempunyai kemahiran belajar, bergaul dan berinteraksi dengan ahli lain. Antara
kelemahan-kelemahan belajar secara kumpulan ialah ahli kumpulan mungkin didesak atau
terdorong untuk mengikut pendapat majoriti. Perkara ini dikenali sebagai pemikiran kelompok
3
yang boleh menjejaskan proses pembuatan keputusan dan kualiti keputusan. Kedua, terdapat
kemungkinan ahli yang mendominasikan perbincangan atau kumpulan untuk tujuan tertentu.
Ketiga, timbul sikap suka bergantung kepada ahli lain dengan anggapan ahli lain akan
melakukan tugasnya. Keempat, aktiviti kumpulan jika dibandingkan dengan individu akan
mengambil masa untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Ramai menerima pendapat yang belajar secara berkumpulan lebih efisien dari sudut
prestasi dan jangka masa daripada belajar secara sendirian. Terdapat tiga perkara yang perlu
diambil kira dalam penggunaan kaedah kumpulan iaitu (i) ahli di dalam kumpulan itu mesti
dapat menyumbang dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran bagi menjayakan kumpulan;
(ii) kepemimpinan kumpulan itu diterima; dan (iii) iltizam dari semua ahli yang terbabit adalah
amat diperlukan. Cooley (1994) menyatakan ada tiga perkara yang dapat menyekat atau
merosakkan keberkesanan kumpulan iaitu kecelaruan, salah faham dan ketidakterlibatan dalam
penyelesaian masalah.
Klasifikasi kumpulan
Pelajar adalah anggota sebuah kelas yang termasuk dalam pelbagai kumpulan kecil
seperti kumpulan penyelesaian masalah, kumpulan pencetusan idea, kumpulan bertindak,
kumpulan terapi atau pembangunan diri dan kumpulan belajar. Ini adalah jenis-jenis kelompok
yang diutarakan oleh Devito (1985). Rahmat (1989) menyatakan, walaupun terikat kepada
banyak kelompok, kita terikat secara emosional dengan beberapa kelompok sahaja. Hubungan
kita dengan keluarga kita, hubungan dengan kawan-kawan seperjuangan adalah lebih akrab,
lebih personal dan menyentuh hati kita. Kelompok seperti ini disebut sebagai kelompok primer
manakala lawannya ialah kelompok sekunder.
Cargan & Wright (1980) membahagi kelompok kepada dua kategori iaitu deskriptif dan
preskriptif. Kategori deskriptif menunjukkan kelompok dengan melihat proses pembentukannya
secara alamiah berdasarkan tujuan yang bersifat antara perseorangan hingga ke tugas kelompok
dapat disusun dalam kontinum kelompok sepintas, kelompok sosial, kelompok penyedar,
kelompok belajar, kelompok pembuat keputusan dan penyelesai masalah, dan kelompok
bertindak. Pada kategori preskriptif pula kelompok diklasifikasikan menurut langkah-langkah
4
rasional atau prosedur yang harus dilalui oleh anggota kelompok untuk mencapai tujuan.
Menurut Cargan & Wright (1980) terdapat enam format kelompok preskriptif iaitu diskusi meja
bulat, diskusi penal, forum, kolokium, simposium dan prosedur parlimen. Pandangan Cargan &
Wright ini selari dengan pandangan Tubbs (1995) yang berpendapat format-format yang disebut
tadi adalah beberapa format perbincangan kumpulan.
Motif menyertai sesuatu kumpulan
Keanggotaan dalam sesuatu kumpulan tidak berlaku secara rawak atau kebetulan sebab
pelajar akan memilih kelompok yang ingin disertai. Motif yang mendorong seseorang menyertai
kumpulan boleh dikategorikan kepada tiga iaitu tarikan antara perseorangan, tarikan kelompok
dan keperluan antara perseorangan. Salah satu sebab pelajar menyertai sesuatu kumpulan ialah
tertarik dengan anggota kumpulan. Puncanya kerana anggota tersebut mempunyai imej yang
digemari, minat yang sama, kecenderungan dan nilai yang sama, sama bangsa, personaliti dan
perwatakan yang menarik, atau ada daya tarikan fizikal. Kenyataan ini disokong dengan hasil
kajian yang telah dijalankan oleh Theodore Newcomb mendapati seseorang itu tertarik dengan
orang lain yang dianggap sama dan dekat secara fizikal (Wilson & Hanna, 1993). Terdapat
pelajar menyertai sesuatu kumpulan kerana berasa seronok terlibat dalam aktiviti yang
dijalankan oleh kumpulan tetapi bukan matlamat kumpulan.
Faktor yang penting dalam pembentukan dan kemantapan kumpulan ialah tertarik dengan
matlamat kumpulan di mana pelajar akan lebih beriltizam. Wilson dan Hanna (1993) memetik
penemuan kajian oleh Sherif & Sherif bagi menyokong pendapat ini. Ada pelajar yang suka
menyatakan mereka menjadi ahli dalam sesuatu kumpulan dengan hanya menumpang status,
menghadiri mesyuarat dan prestij yang boleh membawa masalah kepada kumpulan jika dia
mempunyai tujuan tertentu. Ada juga pelajar yang menyertai sesuatu kumpulan kerana matlamat
peribadi. Keperluan antara perseorangan adalah faktor yang mempengaruhi keberkesanan
kelompok. Beebe dan Masterson (1994) melaporkan, menurut teori Maslow bahawa orang
menyertai kelompok bagi memenuhi keperluan untuk hidup dan keperluan psikologi. Schutz
(1971) pula mengemukakan Teori Keperluan Antara Perseorangan menyatakan orang memasuki
kelompok kerana didorongi oleh tiga keperluan antara perseorangan iaitu kemasukan,
5
pengawalan dan kemesraan.
Membentuk dan meneguhkan kumpulan
Pelajar menyertai sesuatu kumpulan kerana kumpulan itu dapat memenuhi keperluan
mereka. Sebagai pemimpin, keperluan-keperluan manusia yang pelbagai boleh dijadikan titik
tolak untuk mendorong anggota kumpulan dan seterusnya memantapkan kumpulan. Hyland dan
Yost (1994) berpendapat bagi membentuk kumpulan yang teguh, ketua mesti mengenali setiap
anggotanya iaitu dari aspek keupayaan, kemahiran, kekuatan dan kelemahan mereka, dan apa
yang mendorong mereka. Saranan yang dikemukakan ini merupakan petua-petua dalam
membentuk dan meneguhkan kumpulan. Ia berkait dengan unsur wawasan dan matlamat,
struktur dan pembahagian kerja, norma dan peraturan, serta penggunaan sumber.
Menyesuaikan diri dalam kumpulan
Hubungan dalam konteks ini merangkumi dimensi perasaan, peranan, norma, status dan
kepercayaan yang kesemuanya mempengaruhi kualiti komunikasi pelajar dengan anggota-
anggota kelompok. Kualiti komunikasi ini juga mempengaruhi hubungan di kalangan anggota
kumpulan. Dinamika kumpulan merujuk kepada cara anggota kumpulan berinteraksi. Terdapat
lima angkubah yang memberi kesan pada hubungan dan komunikasi pelajar dengan anggota-
anggota kumpulan iaitu peranan, norma, status, kuasa dan kepercayaan. Jadi untuk
menyesuaikan diri dalam kumpulan dan memahami dinamika kumpulan, pelajar perlu faham
mengenai peranan, norma, status, kuasa dan membentuk semangat saling mempercayai dalam
kumpulan.
Umumnya, peranan yang dimainkan oleh anggota kumpulan ada kaitannya dengan
kedudukan dalam organisasi dan konsep diri. Konsep diri pelajar mempunyai pengaruh yang
kuat terhadap hubungan pelajar dengan anggota-anggota kumpulan dan perlakuan pelajar dalam
kumpulan. Peranan dan pengharapan mempunyai perkaitan. Menurut Ellis dan Fisher (1994),
peranan timbul akibat apa yang kita harapkan dari diri kita dan apa yang orang lain harapkan dari
kita. Pengharapan berkaitan dengan kedudukan, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran yang
kita ada. Anggota yang baik dapat memainkan pelbagai peranan sama ada peranan formal atau
6
tidak formal secara berkesan mengikut keperluan dan situasi. Pelajar memainkan peranan kerana
minat, kebolehan dan pengharapan orang lain di samping keperluan situasi. Ada peranan
diberikan secara formal oleh anggota kumpulan seperti dalam mesyuarat.
Norma kumpulan ialah peraturan dan standard yang perlu dipatuhi oleh anggota
kelompok bagi memastikan proses kumpulan berjalan licin ke arah pencapaian matlamat
kumpulan (Rothwell, 1992). Norma kumpulan terdiri daripada dua jenis iaitu norma yang
bertulis dan formal, dan norma yang tidak dinyatakan secara bertulis dan bukan formal.
Bormann (1990) melaporkan bahawa keakuran atau konformiti anggota kelompok kepada norma
kelompok bergantung kepada lima perkara: (1) kejelasan pernyataan norma-norma serta
hukumannya jika anggota melanggar norma itu, (2) bilangan anggota yang telah menerima dan
memperakukan norma itu, (3) kualiti hubungan antara perseorangan di kalangan anggota
kumpulan, (4) kekuatan semangat kekitaan di kalangan anggota kumpulan, (5) mahu bersama
dengan kumpulan bagi jangka masa yang lama.
Status adalah keutamaan atau kepentingan seseorang anggota dalam kelompok. Orang
yang berstatus tinggi selalunya lebih dihormati, disegani dan didengari. Dalam kumpulan kecil,
status atau kedudukan sosial mempunyai pengaruh terhadap hubungan antara perseorangan.
Norma kelompok juga menetapkan bagaimana anggota kumpulan mengambil perbezaan status di
dalam kelompok. Status seseorang boleh menentukan peranannya di dalam kelompok. Kuasa
atau pengaruh di dalam kelompok adalah kemampuan menimbulkan ketundukan akibat interaksi
di kalangan komunikator. Seseorang anggota kelompok dikatakan mempunyai kuasa jika dia
dapat mempengaruhi dan membuatkan anggota lain menerima dan akur kepada permintaan,
arahan atau kehendaknya. Kekuasaan ini dimiliki berdasarkan keupayaan dan sumber yang ada
pada seseorang. Sebagai anggota kelompok, pelajar perlu memahami dasar kuasa dan pengaruh
dalam kelompok dan kesannya di dalam kelompok kepada lima jenis (Tubbs, 1995; Beebe dan
Masterson, 1994) iaitu kuasa koersif, kuasa keahlian, kuasa bermaklumat, kuasa rujukan timbul
dan kuasa undang-undang. Semangat percaya dan saling mempercayai adalah sangat penting
dalam kumpulan. Bekerja sebagai satu pasukan yang jitu dan padu memerlukan anggota-
anggotanya mempunyai hubungan antara perseorangan yang mesra. Menyesuaikan diri di dalam
7
kumpulan adalah asas kepada penyertaan dan menyumbang kepada kejayaan kumpulan. Gibson
dan Hanna (1995) mengemukakan empat garis panduan dalam penyertaan dalam kumpulan iaitu
berusaha melakukan yang terbaik, bertindak secara rasional, berlaku adil, mendengar dengan
teliti dan terlibat secara aktif.
Format komunikasi kumpulan kecil
Komunikasi kumpulan kecil yang tertutup adalah seperti perbincangan kumpulan, sesi
sumbang saran dan mesyuarat. Komunikasi kumpulan kecil yang mempunyai atau melibatkan
audien merangkumi forum, panel, kolokium dan simposium. Forum adalah bentuk komunikasi
kumpulan kecil yang memberi peluang kepada audien untuk terlibat dan perbincangan umum
yang dikendalikan oleh seorang pengerusi. Tajuk forum ditentukan oleh pengelola dan diberitahu
terlebih dahulu kepada penceramah dan hadirin. Jangka masa forum biasanya ialah antara sejam
hingga satu setengah jam. Panel ialah perbincangan awam yang melibatkan 4 hingga 8 orang
pembicara utama dan perbincangan itu dibuat di hadapan audien di bawah kendalian seorang
pengerusi. Kolokium merupakan campuran antara panel dengan forum. Kolokium boleh
didefinisikan sebagai perbincangan awam yang melibatkan tiga hingga enam orang pembicara
utama, di hadapan audien dan perbincangan itu dikendalikan oleh seorang pengerusi. Simposium
dan variasinya seperti seminar, persidangan, muktamar adalah perhimpunan orang-orang yang
mempunyai minat atau kepentingan bersama sama ada bersifat akademik, politik atau am.
Simposium, seminar dan persidangan merupakan pembentangan kertas kerja di hadapan audien,
di bawah kendalian seorang pengerusi dan berlangsung dalam satu jangka masa tertentu.
Mesyuarat adalah satu perjumpaan formal yang diadakan oleh anggota kumpulan untuk
membincangkan agenda yang telah ditetapkan terlebih dahulu (Omar, 1996).
Penutup
Kelebihan kumpulan hanya dapat dimanfaatkan sekiranya anggota kumpulan mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan memainkan peranan dengan berkesan. Prinsip-prinsip yang
diterangkan bukan untuk diketahui tetapi untuk dipraktikkan. Manusia berjaya kerana amalannya
dan bukannya apa yang dia tahu.
8
Rujukan
Baker, L. L., Wahlers, K. J., & Watson, K. W. (1995). Group in process: An introduction to
small group communication. Boston: Allyn and Bacon.
Beebe, S. A., Masterson, J. T. (1994). Communication in small group: Principles and practices.
New York: HarperCollins.
Bormann, E. E. (1990). Small group communication. Theory and practices. New York: Harper &
Row.
Cargan, J. F., & Wright, D. W. (1980). Communication in small group discussion. New York:
West Publishing Company.
Cooley, E. A. (1994). Training an interdisciplinary team in communication and decision making
skills. Small Group Research, 25(1), 21-26.
Devito, J. A. (1997). Human communication: The basic course. New York: Longman.
Ellis, D. G., & Fisher, B. A. (1994). Small group decision making. New York: McGraw-Hill.
Ezhar Taman. (1999). Menjayakan komunikasi kumpulan kecil. Serdang, Selangor Darul Ehsan:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Gibson, J. W., & Hanna, M. S. (1992). Introduction to human communication. Dubuque, Iowa:
Wm. C. Brown.
Hyland, B., & Yost, M. (1994). Reflections for managers. New York: McGraw-Hill.
Napier, R. W., & Gershenfeld, M. K. (1993). Groups: Theory and experience. Boston: Houghton
Mifflin.
Rahmat, J. (1989). Psikologi komuinkasi. Bandung: Penerbit Remadja Karya.
Sange, P. (1990). The fifth discipline. New York: Doubleday.
Schutz, W. C. (1971). Here comes every body: Bodymind and counter culture. New York:
Harper & Row.
Tubbs, S. L. (1998). A systems approach to small group interaction. New York: McGraw-Hill.
Wilson, G. L., & Hanna, M. S. (1993). Groups in contexts. New York: McGraw Hill.
Omar, Asmah. (1996). Wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.