Bm Spm Set 1 Kertas 2

download Bm Spm Set 1 Kertas 2

of 8

Transcript of Bm Spm Set 1 Kertas 2

  • 8/19/2019 Bm Spm Set 1 Kertas 2

    1/8

     

    SET 1

    Soalan 1 :Rumusan

    (30 markah)

     Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan  tentang usaha-usaha

    untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan  dan kesan-kesannya

    kepada negara Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

    Industri pelancongan masih kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi dari

    segi pendapatan tukaran asing. Pelbagai usaha dan strategi dilakukan oleh kerajaan bagi

    meningkatkan kemajuan sektor pelancongan di negara ini. Nampaknya, usaha

    mempromosikan sumber baru pertumbuhan dalam pelancongan kesihatan telah berjaya

    meningkatkan bilangan pelancong yang mendapat rawatan di negara ini. Dengan kewujudan

    banyak hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan

    negara-negara lain yang telah  mempunyai prasarana kukuh  dalam industri baru ini.

    Malaysia sebenarnya mempunyai banyak kelebihan untuk mengembangkan industri

    pelancongan kesihatan kerana memiliki kepakaran dan peralatan yang tinggi untuk

    ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran wang asing.

    Keindahan yang dimiliki oleh negara ini menjadi penyumbang utama terhadap

    perkembangan dan peningkatan sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa pihak

    swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian

    Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar sebagai satu usaha untukmengembangkan industri pelancongan kesihatan negara.. Pelbagai langkah dilakukan untuk

    mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan, antaranya, menyusun pakej

    pelancongan kesihatan dengan menyelaras tawaran hospital dan hotel serta membentuk

    rangkaian rujukan antarabangsa. Selain itu, hospital-hospital digalakkan mendapat akreditasi

    antarabangsa dan mengadakan hubungan strategik dengan pusat perubatan terkemuka di

    dunia. Kerajaan juga menggalakkan pembentukan syarikat kesihatan multinasional Malaysia

    oleh pihak swasta sebagai usaha meningkatkan sumbangan dalam sektor ini. Syarat

    imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit turut dilonggarkan selain

    menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan untuk membina kecemerlangan

    klinikal.

    Kerajaan juga sentiasa menyokong dan mengalu-ngalukan usaha pihak swasta

    mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta

    tempatan. Sebagai contoh, pada tahun 2004 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

    Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination

    International Sdn. Bhd. (MSCI) yang menyumbang kepada perkembangan industri

    pelancongan kesihatan di negara ini. Sememangnya pelbagai usaha telah dijalankan oleh

    pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak

  • 8/19/2019 Bm Spm Set 1 Kertas 2

    2/8

     

    warga asing melalui produk pilihan khidmat kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang

    berterusan turut dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah

    Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, seterusnya menjadi galakan

    kepada perkembangan industri ini di Malaysia.

    ( Dipetik dan diubahsuai daripada Sektor Pelancongan Kesihatan –  Produk

     Perkhidmatan Kesihatan Pilihan yang berkualiti , oleh: Hj. Samat bin Buang,

     Fokus, Julai, 2006)

    Soalan 2 Pemahaman

    Soalan 2 (a) - Petikan Umum

    Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda

    sendiri.

    i)  Berikan maksud rangkai kata mempunyai prasarana kukuh.

    [2 markah]

    ii)  Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Malaysia dalam mengembangkan sektor

    pelancongan kesihatan negara ?

    [3 markah]

    iii)  Industri pelancongan negara semakin berkembang pesat. Pada pendapat anda,

    apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh kerajaan bagi mengembangkan

    lagi industri pelancongan negara?

    [4 markah]

  • 8/19/2019 Bm Spm Set 1 Kertas 2

    3/8

     

    Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen 

     Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan di

    mana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah. Pungguk itu ialah dirinya , rindu Si

    pungguk ialah rindunya, derita si pungguk ialah penderitaan dirinya. Ingatannya kepada

    Izwan, kepada Nuryani Iman, kepada Siti Nurhidayah tidak pernah luak, tidak pernah

    bertukar seperti rambutnya yang sudah memutih, tidak pernah bertukar seperti kulitnya yang

    berpintalan dengan seribu kedutan.

    Angin malam terus bertiup, terlalu dingin, membawa bersama-sama bau cempaka dan

    melur di halaman. Pak Itam terasa segar. Terasa semakin syahdu, kesepian malam ini kian

    mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Terasa dirinya kian mengecil, rumput-rampai, daun-

    daunan, walaupun ditiup angin, tetapi tetap menunduk, sujud kepada Tuhan, berzikir dan

    bertasbih. Bukankah Tuhan jadikan manusia, para malaikat, jin dan makhluk seisi alam ini

    supaya sujud kepada-Nya?

    (Dipetik daripada cerpen ‘Memori Seorang

    Tua’  oleh Zahari Affandi dalam antologi

    Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka)

    m/s 119

    i) Apakah yang menyebabkan Pak Itam begitu sedih? [2 markah]

    ii) Andaikan anda Pak Itam, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda lakukan

    untuk mendapatkan anak-anaknya kembali? [3 markah]

    iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan dan satu persoalan daripada

    keseluruhan cerpen. [4 markah]

  • 8/19/2019 Bm Spm Set 1 Kertas 2

    4/8

     

    Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik 

     Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

    berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Mendengar jawapan itu Tuanku Nakhoda Tua bertanya kepada puterinya, “Wahai

    anakanda, nampaknya Awang Sulung telah berkecil hati kepada ayahanda, sedangkan dulu

    ayahanda tidak tahu tentang kelebihannya! Pergilah anakanda memanggilnya pula.” 

    “Anakanda tidak mahu, ayahanda. Adakah patut enau mencari sigai, lesung

    mendapatkan antan? Pergilah ayahanda memanggilnya sendiri.” 

    Mahu tak mahu terpaksalah Tuanku Nakhoda Tua berangkat sendiri ke jubungan

    seraya bertitah, “Wahai anakanda, janganlah berkecil hati dengan perbuatan ayahanda, kerana

    ayahanda ini sudah tua: penglihatan sudah kabur, pendengaran pun sudah kurang, haram

    ayahanda tidak mengetahui bahawa rupa-rupanya anakandalah yang telah memelihara

    geliung ini seisi-isinya!” 

    “Ampun Tuanku, titah Tuanku itu adalah benar, tetapi patik adalah menumpang teduh

    di dalam geliung ini saja, patik telah berhutang dan patik belum pun melunaskannya lagi.” 

    (Dipetik daripada “Pelayaran yang Penuh Peristiwa” dalam antologi Harga Remaja, DBP)

    (i)  Berikan maksud memelihara geliung ini seisi-isinya.  [2 markah]

    (ii)  Apakah alasan-alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung kepada Tuanku

    Nakhoda Tua apabila baginda memujuknya? [3 markah]

    iii) Pada pendapat anda, wajarkah orang seperti Tuanku Nakhoda Tua itu meneruskan

    tugas sebagai seorang ketua? Berikan alasan anda. [3 markah]

  • 8/19/2019 Bm Spm Set 1 Kertas 2

    5/8

     

    Soalan 2 (d) –  Pemahaman Sajak

     Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    BANGKITLAH

    Anak-anak yang sedang lena

    bangkitlah

    matahari sudah tinggi

    di puncak gunung.

    Lihat jernihnya pagi ini

    burung-burung berterbangan di udara

    dan pepohon hijau merendang daunnya

    apa kau masih belum bangkit?

    Bangkitlah

     jangan sesal nanti

    madu bumi yang kekeringan

    isi laut kekosongan

    dan perut belantara menjadi ladang.

    Anak-anak

    esok apa yang akan kaumakan?

    tanah atau batu atau debu?

    kau mahu terus nangis

    tanpa air mata?

    Kalau tidak

    bangkitlah

    matahari belum lagi rembang

    dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

    Rejab F.I

    Langit di Tangan,1995.

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    i)  Mengapakah anak-anak muda diseru untuk ‘bangkit’ oleh penyajak?  [3 markah]

    ii)  Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh remaja untuk

    mencapai aspirasi negara? [3 markah]

    iii)  Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam sajak di atas? [3 markah]

  • 8/19/2019 Bm Spm Set 1 Kertas 2

    6/8

     

    Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

    [30 markah]

    Jawab semua soalan 

    (a) Tulis dua  ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham

    akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhanatau menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas.

    i. jalan

    ii. makan

    iii.  pucuk

    [6 markah]

    (b)  Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya,

    ayat seruan atau ayat perintah. 

    i. 

    Puan Ruslah berasal dari utara semenanjung.

    ii. 

    Amboi, sopan sungguh percakapan pemuda itu!

    iii.  Mengapa kamu tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan semalam?

    iv.  Jangan bermain di rumah yang usang itu.

    v.  Rosli sanggup memutuskan persahabatannya dengan Meor kerana berebut

     jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Paroi Jaya.

    vi.  Pergilah cari maklumat berkaitan dengan kerjaya yang kamu minati daripada

    guru kaunseling.

    [6 markah]

    (c)  Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

     penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

    setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan

    satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

    i.  Kepulangan peninju negara yang memperolehi pingat emas dalam Sukan

    Komanwel telah disambut dengan meriah.

    ii.  Wabak selsema burung akan menjadi merbahaya kepada penduduk dunia

    sekiranya tidak dicegah dari awal.

    iii.  Pengusaha gerai satay itu telah memperisteri anak lelakinya dengan anak

    pengusaha Restoran Azizah.

    [6 markah]

  • 8/19/2019 Bm Spm Set 1 Kertas 2

    7/8

     

    (d )  Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

    dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

     Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu

    menyalin ayat itu semula.

    i. Rumah mangsa angin ganas pada minggu lepas telah mereka bina semula.

    ii. Saya suka menengok rancangan kartun dengan semua adik-beradik saya pada

    waktu lapang.

    iii. Hakim mengenakan hukuman penjara selama lima tahun terhadap banduan itu

    di atas kesalahannya memukul Wak Jani.

    [6 markah]

    (e)  Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang

    menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan-petikan tersebut.

    i.  Pengurus bank itu telah melakukan kesalahan pecah amanah dan akan

    didakwa di mahkamah.Dia merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap

    segala urusan bank tetapi dia pula yang melakukan perbuatan yang keji itu.

    ii.  Walaupun Asmadi telah lama tinggal di Australia, sebuah negara yang maju

    tetapi dia tetap berhasrat untuk kembali semula ke Malaysia dan menetap di

    sini walaupun Malaysia tidak semaju Australia.

    iii.  Adnan telah bergelar pelawak yang terkenal. Kini dia ingin pula menjadi

    seorang pelakon, namun bakatnya tidak terserlah dalam bidang lakonan malah

     jenakanya pula tidak lagi mendapat sambutan daripada peminatnya.

    [6 markah]

  • 8/19/2019 Bm Spm Set 1 Kertas 2

    8/8

     

    Soalan 4: Novel

    [15 markah]

     Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:

    (i) Papa … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof  

    (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

    (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

    (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

    (vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

    (vii) Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah

    (viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

    (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang

    dikaitkan dengan persoalan maruah. [7 markah]

    (b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan cara-cara watak utamamenyelesaikan konflik yang dialaminya. [8 markah]