Biodata Yusuf

2
SEJARAH AWAL Dilahirkan pada 17.8.1955 di Kg Baru, Bukit Mertajam sebagai Elanggovan anak kepada Nagamuthu a/l Kannan dan Suppamah a/p Sominathan.Ayah beliau berasal dari Taiping dan ibu beliau dari Bukit Mertajam. Beliau merupakan anak yang kesembilan dalam kalangan 11 orang adik-beradik. Daripada 10 orang adik beradik, 2 abang dan 2 kakak beliau sudah meninggal dunia. Nama domestik beliau adalah Dorai. Beliau juga dikenali sebagai Lango dalam kalangan guru-guru beliau, Django kerana suka memakai topi koboi, Djanggomen, Ringo, Elan (di Kelantan) dan Usop. Dibesarkan di Taiping di Kuarters Penjara, belakang Muzium Taiping selama 3 tahun dan di Assam Kumbang selama17 tahun. Beliau memeluk Agama Islam pada 23.3.1977 di hadapan 6 orang sahabat serumahnya tetapi tidak mendaftar dengan Jab. Agama Islam Pulau Pinang kerana hendak mengekalkan nama asalnya. Bagi makluman tuan-tuan dan puan-puan, beliau mendaftar sebagai Muslimin di Kota Bharu, Kelantan dalam bulan November 1987 kerana berhajat menikahi seorang gadis dari Kampong Boyan, Taiping. Nama beliau kini adalah Yusuf Rafael Elanggovan bin Abdullah. Isteri beliau bernama Siti A tiah bt. Mohamed Haneef, Melayu keturunan India dan Turki. Pada tahun 1996, apabila didapati beliau layak digelar Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia, nama beliau menjadi Yusuf Rafael bin Abdullah. Namun demikian segala maklumat lama tentang diri beliau masih ada dalam komputer dan fail Jabatan Pendaftaran Negara. Alamat tetap beliau adalah no 35, Jalan Pulai Jaya 1, Bandar Pulai Jaya, 31300 Kampong Kepayang, Perak Darul Ridzuan. Beliau dikurniakan 2 orang anak. Yang pertama bernama Mohamad Rifdi, dilahirkan pada 18.12.1988 di Kuala Krai, Kelantan. Yang kedua bernama Siti Afiqah dilahirkan di HB Ipoh pada 12.8.1997. PENDIDIKAN Bersekolah di SK Assam Kumbang, Taiping dari 1962 hingga 1967. 1968 hingga 1971 beliau bersekolah dalam aliran Inggeris di Lower Secondary School (Boys) Taiping (sekarang dikenali sebagai SMK Darul Ridzuan) dan pada tahun 1972 hingga 1973, beliau mendapat pendidikan di King Edward Seven Secondary School, Taiping. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ikhtisas di Malayan Teachers College (Maktab Perguruan Persekutuan), Pulau Pinang dari 1976 hingga 1977.

description

biodata

Transcript of Biodata Yusuf

Page 1: Biodata Yusuf

SEJARAH AWAL

Dilahirkan pada 17.8.1955 di Kg Baru, Bukit Mertajam sebagai Elanggovan anak kepada Nagamuthu a/l Kannan dan Suppamah a/p Sominathan.Ayah beliau berasal dari Taiping dan ibu beliau dari Bukit Mertajam. Beliau merupakan anak yang kesembilan dalam kalangan 11 orang adik-beradik. Daripada 10 orang adik beradik, 2 abang dan 2 kakak beliau sudah meninggal dunia.

Nama domestik beliau adalah Dorai. Beliau juga dikenali sebagai Lango dalam kalangan guru-guru beliau, Django kerana suka memakai topi koboi, Djanggomen, Ringo, Elan (di Kelantan) dan Usop.

Dibesarkan di Taiping di Kuarters Penjara, belakang Muzium Taiping selama 3 tahun dan di Assam Kumbang selama17 tahun.

Beliau memeluk Agama Islam pada 23.3.1977 di hadapan 6 orang sahabat serumahnya tetapi tidak mendaftar dengan Jab. Agama Islam Pulau Pinang kerana hendak mengekalkan nama asalnya.

Bagi makluman tuan-tuan dan puan-puan, beliau mendaftar sebagai Muslimin di Kota Bharu, Kelantan dalam bulan November 1987 kerana berhajat menikahi seorang gadis dari Kampong Boyan, Taiping. Nama beliau kini adalah Yusuf Rafael Elanggovan bin Abdullah.

Isteri beliau bernama Siti A’tiah bt. Mohamed Haneef, Melayu keturunan India dan Turki.

Pada tahun 1996, apabila didapati beliau layak digelar Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia, nama beliau menjadi Yusuf Rafael bin Abdullah. Namun demikian segala maklumat lama tentang diri beliau masih ada dalam komputer dan fail Jabatan Pendaftaran Negara.

Alamat tetap beliau adalah no 35, Jalan Pulai Jaya 1, Bandar Pulai Jaya, 31300 Kampong Kepayang, Perak Darul Ridzuan.

Beliau dikurniakan 2 orang anak. Yang pertama bernama Mohamad Rifdi, dilahirkan pada 18.12.1988 di Kuala Krai, Kelantan. Yang kedua bernama Siti Afiqah dilahirkan di HB Ipoh pada 12.8.1997.

PENDIDIKAN

Bersekolah di SK Assam Kumbang, Taiping dari 1962 hingga 1967. 1968 hingga 1971 beliau bersekolah dalam aliran Inggeris di Lower Secondary School (Boys) Taiping (sekarang dikenali sebagai SMK Darul Ridzuan) dan pada tahun 1972 hingga 1973, beliau mendapat pendidikan di King Edward Seven Secondary School, Taiping.

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ikhtisas di Malayan Teachers College (Maktab Perguruan Persekutuan), Pulau Pinang dari 1976 hingga 1977.

Page 2: Biodata Yusuf

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Penempatan kerjaya beliau kali pertama di SMK Kuala Krai, Kelantan. Beliau berada di situ hingga 31 Disember 1987 iaitu selama 10 Tahun. Di sini beliau pernah menjadi Ketua Panitia Sains dan juga Pendaftar. Beliau mengajar Sains Paduan, Rampaian Sains dan Bahasa Inggeris. Beliau pernah menjadi Pemeriksa Kertas B.I. SPM dan juga SRP.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai PK Kokurikulum mulai 1 Januari 1988 di SK Peria, Kuala Krai. Di sini beliau mengajar Bahasa Melayu dan menjadi pemeriksa kertas BM UPSR.

Bertukar ke SK Haji Mahmud, Chemor pada 1.12.1991sebagai Guru Penolong B8 (setara), ‘turun pangkat’ kerana Skim Siswazah dan Bukan Siswazah yang tidak membezakan Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Penolong. Sesi sekolah 1992 bermula pada 4 Disember 1991. Di sini beliau mengajar BM, Matematik, Pendidikan Seni dan Pend Jasmani.

Menjadi guru Bahasa Inggeris (sambilan) di Ma’ahad Al-Ummah dari Jun 1993 hingga Jun 1998.

Dinaikkan pangkat semula 2.10.1995 atas ihsan KPM dan ditempatkan di SK Manjoi Satu sebagai Penolong Kanan Petang.

Bertukar ke SK Kuala Pari sebagai PK Kokurikulum pada 1.10.1999 dan berada di sana hingga 4.7.2002.

Bertugas di SK Syed Idrus mulai 5 Julai2002 hingga 6 Julai 2004 sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.

Seterusnya, beliau bertukar ke SJK (T) Kinta Kellas sebagi Guru Besar (setara) mulai 7.7.2004 dan bertugas di situ hingga 15 Disember 2004 iaitu selama 5 bulan setengah.

Kemudian, beliau dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke SK Klian Intan, Hulu Perak pada 16.12.2004 dan bertugas di situ hingga 28 Februari 2006.

Beliau ditukarkan ke SK Guru Kalgidhar pada 1 Mac 2006 dan berada di situ hingga 30 Jun 2008. Beliau kemudiannya bertukar ke SK Buntong pada 1 Julai 2008 dan berkhidmat di sana hingga Januari 2010.

Bertukar ke SK Temong, Kuala Kangsar pada 16.1.2010. Kemudian ke SK Coronation Park pada 16.2.2011 dan akhir sekali beliau bertukar ke SK Pos Raya pada 30. 9.2013 dan berkhidmat di sini sehingga hari ini.

Sebagai rumusannya beliau telah bertugas sebagai Guru Bertauliah selama 37 tahun, 5 bulan dan 16 hari. Ini tidak termasuk jawatan beliau sebagai Guru Sementara.