BIODATA PENULIS - Portal Buku Teks

1
BIODATA PENULIS BIODATA PENULIS Chan Yook Lean dilahirkan pada 22 Februari 1962 di Jitra, Kedah. Kini, beliau bertugas sebagai guru cemerlang matematik di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1 , Kuala Lumpur. Beliau berkelulusan Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru, Johor pada tahun 1985. Kerjaya beliau sebagai pendidik bermula di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Tee, Kuala Selangor (1986-1988) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kepong 2, Kuala Lumpur (1989-1990). Seterusnya, beliau merupakan Ketua Panitia Matematik (1996 - 2016) , guru matematik dan Penyelaras Kebitaraan Matematik di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kepong, Kuala Lumpur (1991- Jun 2017). Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas sebagai pendidik, beliau diiktiraf sebagai Guru Cemerlang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 1999. Selain peranan di sekolah, beliau merupakan Jurulatih Utama KPM bagi penyebaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Matematik Tahun 4 pada tahun 2013. Beliau juga menjadi Jurulatih Utama Negeri bagi Kursus Conversion Mathematics Sekolah Rendah pada tahun 2001. Pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) turut menggunakan khidmat beliau sebagai Ahli Panel Penilai Isi Kandungan Bengkel Penilaian Papan Cerita PPSMI Matematik serta penulis skrip dan pelakon utama dalam penerbitan VCD sekolah rendah berjudul Best Teaching Practice Mathematics pada tahun 2006. Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik turut mengundang beliau sebagai Ahli Panel Forum Hari Akademik yang bertema Menjana Kreativiti dan Inovasi dalam Kalangan Guru Permulaanpada tahun 2012. Penglibatan beliau dengan pihak DBP bermula pada tahun 2007 sebagai Ahli Panel Jawatankuasa Kawalan Mutu bagi beberapa judul buku teks matematik. Beliau sangat berpengalaman dalam bidang penulisan buku teks KPM terbitan DBP bermula pada tahun 2010 sebagai penulis bersama pakej buku teks DBP bagi mata pelajaran Matematik Tahun 1 KSSR. Kepakaran dalam penulisan diteruskan apabila terpilih sebagai penulis bersama pakej buku teks Matematik Tahun 3 hingga Tahun 6 KSSR dan pakej buku teks Matematik Tahun 1 hingga Tahun 2 KSSR Semakan. Beliau juga aktif menghasilkan buku rujukan dan buku aktiviti matematik tahap 1 dan tahap 2 terbitan SASBADI. Sejak tahun 1999 sehingga kini, beliau menjadi penceramah Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR. Sumbangan besar beliau dalam pendidikan matematik turut diiktiraf oleh pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan menganugerahi beliau sebagai Guru Inovatif Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1997. Ganesh a/l Vellasamy dilahirkan pada 10 Ogos 1987 di Kluang, Johor. Sejak tahun 2011 sehingga kini, beliau bertugas sebagai guru matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Mengkibol, Kluang, Johor dan berperanan sebagai Ketua Panitia Matematik. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik Sekolah Rendah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang pada tahun 2010. Antara pengalaman beliau dalam bidang penerbitan adalah seperti Ahli Panel Jawatankuasa Penyemakan Pakej Buku Teks Matematik Tahun 6 SJK(T) KSSR peringkat KPM, penulis bersama pakej buku teks Matematik Tahun 1 SJK(T) KSSR Semakan terbitan Multi Educational Book Enterprise (2016) dan terpilih sebagai penulis bersama pakej buku teks DBP bagi mata pelajaran Matematik Tahun 2 SK KSSR Semakan. Haji Rosli bin Maun dilahirkan pada 9 November 1966 di Ipoh, Perak. Kini, beliau bertugas sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, Kota Setia, Kampung Gajah, Perak. Kerjaya sebagai seorang guru sehingga kini telah menjangkau 26 tahun. Beliau berkelulusan Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan, Pahang pada tahun 1989. Minat yang mendalam dalam bidang matematik telah menyuntik semangat beliau untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (dengan kepujian) dalam bidang matematik pada tahun 2014. Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas sebagai pendidik, beliau diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 2003 sehingga tahun 2015. Selain peranan di sekolah, beliau merupakan Jurulatih Utama Kebangsaan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM sejak tahun 2000 dan bergiat aktif dalam program penyebaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahap 1 dan Tahap 2 di peringkat daerah dan negeri. Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia turut melantik beliau sebagai Ahli Panel Jawatankuasa dalam bengkel pembinaan item KBAT (2013-2014) dan Jurulatih Utama Penyebaran Format Terkini UPSR 2016. Beliau mula terlibat dengan pihak DBP sebagai Ahli Panel Penilai Jawatankuasa Penilaian Bab Contoh pada tahun 2010. Kemudian, beliau menceburkan diri dalam bidang penulisan selepas terpilih sebagai penulis bersama pakej buku teks DBP bagi mata pelajaran Matematik Tahun 2 KSSR (2011), Tahun 3 KSSR (2012) dan Tahun 5 KSSR (2014) serta Matematik Tahun 2 KSSR Semakan (2017). Sumbangan besar beliau dalam pendidikan matematik turut dihargai oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan memberikan Hadiah Penghargaan Guru kepada beliau sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Perak Tengah pada tahun 2012. Usaha murni beliau dalam kerjayanya turut melayakkan beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak lima kali sehingga kini.

Transcript of BIODATA PENULIS - Portal Buku Teks

Page 1: BIODATA PENULIS - Portal Buku Teks

BIODATA PENULISBIODATA PENULISBIODATA PENULIS

Chan Yook Lean dilahirkan pada 22 Februari 1962 di Jitra, Kedah. Kini, beliau bertugas sebagai guru cemerlang matematik di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur. Beliau berkelulusanDiploma Perguruan dari Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru, Johor pada tahun 1985. Kerjaya beliau sebagai pendidik bermula di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Tee, Kuala Selangor (1986-1988) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kepong 2, Kuala Lumpur (1989-1990). Seterusnya, beliau merupakan Ketua Panitia Matematik (1996 - 2016), guru matematik dan Penyelaras Kebitaraan Matematik di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kepong, Kuala Lumpur (1991-

Jun 2017). Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas sebagai pendidik, beliau diiktirafsebagai Guru Cemerlang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) sejak tahun 1999. Selain peranan di sekolah, beliau merupakan Jurulatih Utama KPM bagi penyebaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Matematik Tahun 4 pada tahun 2013. Beliau juga menjadi Jurulatih Utama Negeri bagi Kursus Conversion Mathematics Sekolah Rendah pada tahun 2001. Pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) turut menggunakan khidmat beliau sebagai Ahli Panel Penilai Isi Kandungan Bengkel Penilaian Papan Cerita PPSMI Matematik serta penulis skrip dan pelakon utama dalam penerbitan VCD sekolah rendah berjudul Best Teaching Practice Mathematics pada tahun 2006. Pihak Institut PendidikanGuru Kampus Pendidikan Teknik turut mengundang beliau sebagai Ahli Panel Forum Hari Akademik yang bertema “Menjana Kreativiti dan Inovasi dalam Kalangan Guru Permulaan” pada tahun 2012. Penglibatan beliau dengan pihak DBP bermula pada tahun 2007 sebagai Ahli Panel Jawatankuasa Kawalan Mutu bagi beberapa judul buku teks matematik. Beliau sangat berpengalaman dalam bidang penulisan buku teks KPM terbitan DBP bermula pada tahun 2010 sebagai penulis bersama pakej buku teks DBP bagi mata pelajaran Matematik Tahun 1 KSSR. Kepakaran dalam penulisan diteruskan apabila terpilih sebagai penulis bersama pakej buku teks Matematik Tahun 3 hingga Tahun 6 KSSR dan pakej buku teks Matematik Tahun 1 hingga Tahun 2 KSSR Semakan. Beliau juga aktif menghasilkan buku rujukan dan buku aktiviti matematiktahap 1 dan tahap 2 terbitan SASBADI. Sejak tahun 1999 sehingga kini, beliau menjadi penceramah Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR. Sumbangan besar beliau dalam pendidikan matematik turut diiktiraf oleh pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan menganugerahi beliau sebagai Guru Inovatif Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1997.

Ganesh a/l Vellasamy dilahirkan pada 10 Ogos 1987 di Kluang, Johor. Sejak tahun 2011 sehingga kini, beliau bertugas sebagai guru matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Mengkibol, Kluang, Johor dan berperanan sebagai Ketua Panitia Matematik. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik Sekolah Rendah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang pada tahun 2010. Antara pengalaman beliau dalam bidang penerbitan adalah seperti Ahli Panel Jawatankuasa Penyemakan Pakej Buku Teks Matematik Tahun 6 SJK(T) KSSR peringkat KPM, penulis bersama pakej buku teks Matematik Tahun 1 SJK(T) KSSR

Semakan terbitan Multi Educational Book Enterprise (2016) dan terpilih sebagai penulis bersama pakej buku teks DBP bagi mata pelajaran Matematik Tahun 2 SK KSSR Semakan.

Haji Rosli bin Maun dilahirkan pada 9 November 1966 di Ipoh, Perak. Kini, beliau bertugas sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, Kota Setia, Kampung Gajah, Perak. Kerjaya sebagai seorang guru sehingga kini telah menjangkau 26 tahun. Beliau berkelulusan Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan, Pahang pada tahun 1989. Minat yang mendalam dalam bidang matematik telah menyuntik semangat beliau untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda PendidikanSekolah Rendah (dengan kepujian) dalam bidang matematik pada tahun 2014. Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas sebagai pendidik, beliau diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 2003 sehingga tahun 2015. Selain peranan di sekolah, beliau merupakan Jurulatih Utama Kebangsaan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM sejak tahun 2000 dan bergiat aktif dalam program penyebaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahap 1 dan Tahap 2 di peringkat daerah dan negeri. Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia turut melantik beliau sebagai Ahli Panel Jawatankuasa dalam bengkel pembinaan item KBAT (2013-2014) dan Jurulatih Utama Penyebaran Format Terkini UPSR 2016. Beliau mula terlibat dengan pihak DBP sebagai Ahli Panel Penilai Jawatankuasa Penilaian Bab Contoh pada tahun 2010. Kemudian, beliau menceburkan diri dalam bidang penulisan selepas terpilih sebagai penulis bersama pakej buku teks DBP bagi mata pelajaran Matematik Tahun 2 KSSR (2011), Tahun 3 KSSR (2012) dan Tahun 5 KSSR (2014) serta Matematik Tahun 2 KSSR Semakan (2017). Sumbangan besar beliau dalam pendidikan matematik turut dihargai oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan memberikan Hadiah Penghargaan Guru kepada beliau sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Perak Tengah pada tahun 2012. Usaha murni beliau dalam kerjayanya turut melayakkan beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak lima kali sehingga kini.