Bingkisan - care.upm.edu.my · 43400, Serdang, Selangor motivasi, susu seperti yang di inginkan,...

2
Bingkisan Pengarah Prof. Dr. Latiffah A. Latiff Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Andi Anggeriana Andi Asri Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor Tel: 03-89471011 Talian bebas tol: 1-800-22-2233 www.care.upm.edu.my ISU JUN 2015 : CaRE UPM Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban 8 Mei 2015 yang lalu, pihak Pusat Sumber & Pendidikan kanser (CaRE) telah mengadakan lawatan ke wad 7C, Hospital Serdang bertujuan menemui Encik Mohd Ezahan Mokri, 27 tahun yang menghidap Non-Hodgkin Limfoma (NHL) sejak tahun 2006 namun telah melengkapkan kemoterapi pada tahun 2012. Beliau dimasukkan ke Hospital Serdang pada 22 April 2015 yang lalu kerana mengalami kesukaran bernafas. Beliau juga mempunyai sejarah pneumothorax yang terjadi daripada pembentukan bullae. Beliau telah didiagnosis mempunyai penyakit tuberculosis (TB) pada Disember 2014. Untuk penyakit TB, beliau telah melengkapkan rawatan fasa pertama pada bulan Februari yang lalu dan sedang meneruskan rawatan fasa susulan. Memandangkan tahap kesihatan yang kurang memuaskan, Encik Mohd Ezahan terpaksa berhen kerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat Asa Security, Sungai Besi dan di sekolah jenis kebangsaan cina untuk syif malam setelah dimasukkan ke hospital April lalu. Waktu bekerja di sebelah malam memungkinkan kesihatan beliau semakin merosot. Tambahan pula, kedudukan rumah senggi 4 ngkat menyebabkan beliau mengambil masa 30 minit untuk sampai kerana terpaksa berehat sebentar di seap ngkat dan menggunakan tongkat . Semasa lawatan, Prof. Dr. Laffah telah memberikan movasi untuk beliau meneruskan rawatan seper yang telah disyorkan oleh doktor dan jangan sesekali berputus asa. Pihak CaRE turut menyampaikan bahan pendidikan kanser dan buku movasi, susu seper yang di inginkan, senaskhah Al-Quran serta wang sumbangan yang dikumpulkan daripada Tabung Kanser, Masjid UPM kepada beliau. Pihak CaRE turut membantu menghubungkan En Mohd Ezahan dengan NGO seper MAKNA serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Jabatan Kerja Sosial Hospital. Pesakit juga ditemukan dengan Rosmadi, rakan pesakit kanser (limfoma) untuk memaskan beliau senasa bersemangat meneruskan kehidupan dan melawan penyakit kanser yang dihidapi. Untuk menderma kepada pesakit-pesakit kanser , sumbangan boleh disalurkan melalui akaun BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (8002151963—CIMB)

Transcript of Bingkisan - care.upm.edu.my · 43400, Serdang, Selangor motivasi, susu seperti yang di inginkan,...

Page 1: Bingkisan - care.upm.edu.my · 43400, Serdang, Selangor motivasi, susu seperti yang di inginkan, senaskhah Al Tel: 03-89471011 Talian bebas tol: í-8- î î- î î ï ï ISU JUN î

Bingkisan

Pengarah Prof. Dr. Latiffah A. Latiff

Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Andi Anggeriana

Andi Asri

Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE)

Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan dan Sains

Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor

Tel: 03-89471011

Talian bebas tol: 1-800-22-2233

www.care.upm.edu.my

ISU JUN 2015

: CaRE UPM

Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban

8 Mei 2015 yang lalu, pihak Pusat Sumber & Pendidikan kanser (CaRE) telah mengadakan lawatan ke wad 7C, Hospital Serdang bertujuan menemui Encik Mohd Ezahan Mokri, 27 tahun yang menghidap Non-Hodgkin Limfoma (NHL) sejak tahun 2006 namun telah melengkapkan kemoterapi pada tahun 2012. Beliau dimasukkan ke Hospital Serdang pada 22 April 2015 yang lalu kerana mengalami kesukaran bernafas. Beliau juga mempunyai sejarah pneumothorax yang terjadi daripada pembentukan bullae. Beliau telah didiagnosis mempunyai penyakit tuberculosis (TB) pada Disember 2014. Untuk penyakit TB, beliau telah melengkapkan rawatan fasa pertama pada bulan Februari yang lalu dan sedang meneruskan rawatan fasa susulan.

Memandangkan tahap kesihatan yang kurang memuaskan, Encik Mohd Ezahan terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat Asa Security, Sungai Besi dan di sekolah jenis kebangsaan cina untuk syif malam setelah dimasukkan ke hospital April lalu. Waktu bekerja di sebelah malam memungkinkan kesihatan beliau semakin merosot. Tambahan pula, kedudukan rumah setinggi 4 tingkat menyebabkan beliau mengambil masa 30 minit untuk sampai kerana terpaksa berehat sebentar di setiap tingkat dan menggunakan tongkat .

Semasa lawatan, Prof. Dr. Latiffah telah memberikan motivasi untuk beliau meneruskan rawatan seperti yang telah disyorkan oleh doktor dan jangan sesekali berputus asa. Pihak CaRE turut menyampaikan bahan pendidikan kanser dan buku motivasi, susu seperti yang di inginkan, senaskhah Al-Quran serta wang sumbangan yang dikumpulkan daripada Tabung Kanser, Masjid UPM kepada beliau. Pihak CaRE turut membantu menghubungkan En Mohd Ezahan dengan NGO seperti MAKNA serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Jabatan Kerja Sosial Hospital. Pesakit juga ditemukan dengan Rosmadi, rakan pesakit kanser (limfoma) untuk memastikan beliau sentiasa bersemangat meneruskan kehidupan dan melawan penyakit kanser yang dihidapi.

Untuk menderma kepada pesakit-pesakit kanser , sumbangan boleh disalurkan

melalui akaun BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (8002151963—CIMB)

Page 2: Bingkisan - care.upm.edu.my · 43400, Serdang, Selangor motivasi, susu seperti yang di inginkan, senaskhah Al Tel: 03-89471011 Talian bebas tol: í-8- î î- î î ï ï ISU JUN î

Tajuk buku: Rawatan Kanser bersumberkan ayat-ayat suci Al-Quran

Buku ini mengandunigi susunan ayat-ayat Al-Quran serta doa sebagai panduan dan

amalan bagi pesakit kanser. Dengan izin Ustaz Dr. Abdullah Yasin yang menterjemah

buku asal “Rawatlah Diri Anda dengan Al-Quran” oleh Abu Al Fida Muhammad ‘Azat

berasas amalan pengubatan yang berjaya oleh seorang pengamal di Saudi Arabia,

semoga Allah s.w.t memberi keredhaanNya.

Jika berminat untuk mendapatkan bahan terbitan ini, sila hubungi TALIAN KANHELPLINE :

1-800-22-2233

Bil. Tarikh Program Tempat

1 ADK ESQ – HIKMAH SEBUAH KEHIDUPAN

#berjayaduniadanakhirat

Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM

2 11/6/2015 Program CPD: Kursus Asas Kaunseling Hospital Sultanah Bahiah, Alor Setar, Kedah

3 16/6/2015 Ceramah motivasi: Pulih dari Kanser Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM

Bil. Tarikh Program Tempat

1 Julai 2015 Ceramah bulanan: Ceramah Pemakanan

untuk Pesakit Kanser

Hospital Sultanah Bahiah, Alor Setar, Kedah

2 Julai 2015 Tatacara Pemakanan Sunnah yang Betul Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM

BUKU TERBITAN CaRE

AKTIVITI SEMASA CaRE

AKTIVITI CaRE AKAN DATANG

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

TAZKIRAH

Hadis Kesihatan

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah

menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya".

(HR Bukhari, Muslim)

Karnival Jom Sihat di Pangsapuri Sri Penara, Cheras

Kempen Kesedaran Kesihatan di Naza World, Kuala Lumpur

Kempen Kesedaran Kesihatan di TNB Klang, Jalan Meru