BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

16
©YIK Hakcipta Terpelihara BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR 1430/APR 2009 Pelajar YIK cipta rekod baru Kuala Besar : 20 Mac - Nik Nur Madihah bt Mohd Kamal berjaya me- mecah rekod Siti Fatimah Mukhtar dengan mem- perolehi 20A dalam Sijil Pelajaran Ma- laysia yang diu- mumkan baru-baru ini. Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan ini telah menun- jukkan kemampuan akademiknya sejak dari awal lagi, di mana dalam Ujian Penilaian Rendah (UPSR) beliau mendapat 5A, Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) 10A, Penilaian Menengah Rendah (PMR) 9A, Sijil Menengah Ugama (SMU) 1 Cemerlang. Berasal dari keluarga nelayan Kampung Parang Puting Kota Bharu dan merupakan anak pertama dari 4 beradik Nik Nur Madi- han gigih meneruskan pengajian meskipun menghadapi pelbagai cabaran. Di sekolah beliau merupakan pelajar yang aktif sehingga diberi tanggungjawab se- bagai Penolong Ketua Pengawas sekolah. Dalam keputusan yang diumumkan beliau telah mendapat A1 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidi- kan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Perda- gangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Ta- sawwur Islam, Pendidikan Al Quran dan Sun- nah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Ing- geris untuk Sains dan Teknologi. Nik Nur Madihah men- dapat A2 dalam satu sahaja mata pelajaran iaitu Biologi. Pengarah YIK te- lah mengunjugi beliau di rumah- nya untuk men- yampaikan ucapan tahniah dan juga sumbangan di atas kejayaan beliau mengharumkan nama Maahad Muhammadi Perempuan dan Yayasan Islam Kelantan sekaligus menangkis segala persepsi negatif terha- dap sekolah agama dan seterusnya mem- buka mata masyarakat terhadap kemam- puan pelajar agama bersaing di aliran per- dana. Tahniah: Pengarah YIK, Hj. Che Ismail b. Hasabullah menyampaikan sumbangan kecemerlangan kepada Nik Nur Madihah bt Mohd Kamal di rumahnya. 20A: Nik Nur Madihah bt Mohd Kamal, Maahad Muhammdi (P) YIK turut meriahkan Majlis Taman Kanak-Kanak di Istana Negeri Kubang Kerian Kubang Kerian : 31 Mac - YIK turut me- meriahkan Majlis Taman Kanak-Kanak sem- pena sambutan Keputeraan al Sultan Kelan- tan ke 59. Majlis berkenaan berlangsung pada 31 Mac 2009 di perkarangan Istana Negeri Kubang Kerian. Majlis bermula jam 5.00 petang, Tarian kanak-kanak yang dis- ertai oleh 59 pelajar Tadika Tengku Anis dan 59 orang pelajar Tadika Perpaduan membuka tirai dengan diiringi koir dari pasukan Seko- lah Kebangsaan Pier Chih Kota Bharu. Se- terusnya ialah persembahan boria Sekolah Kebangsaan Sri Kota sebelum diakhiri den- gan pentomen “Perang Uhud” persembahan pelajar-pelajar Maahad Amir Indera Petra Beris Kubur Besar Bachok. Sementara itu dalam acara pengurniaan anu- gerah dan hadiah pula, seramai 24 orang pelajar mendapat kurniaan hadiah kecemer- langan peperiksaan dan satu Anugerah Khas Kemerlangan. 16 daripadanya adalah pelajar Yayasan Islam Kelantan sementara 8 pelajar Jabatan Pelajaran Negeri. Pengurniaan Sijil Pengakap Diraja turut diberi kepada 20 ang- gota Pengakap seluruh negeri telah disem- purnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mu- lia Tuanku Al Sultan manakala 40 pelajar kurang berkemampuan dan 20 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) menerima kurniaan dari Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan. Di penghujung majlis KDYMM Tuanku dan DYMM Raja Perempuan sempat beramah mesra ber- sama rakyat jelata dan telah berkenan mence- mar duli dalam sesi penggambaran bersama penerima-penerima anugerah dalam majlis berk- enaan.

Transcript of BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

Page 1: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

©YIK Hakcipta Terpelihara

BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR 1430/APR 2009

Pela jar Y IK c ipta rekod baru Kuala Besar : 20

Mac - Nik Nur Madihah bt Mohd Kamal berjaya me-mecah rekod Siti Fatimah Mukhtar d engan mem-perolehi 20A dalam Sijil Pelajaran Ma-laysia yang diu-mumkan baru-baru

ini.

Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan ini telah menun-

jukkan kemampuan akademiknya sejak dari awal lagi, di mana dalam Ujian Penilaian Rendah (UPSR) beliau mendapat 5A, Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) 10A, Penilaian Menengah Rendah (PMR) 9A, Sijil Menengah Ugama (SMU) 1 Cemerlang.

Berasal dari keluarga nelayan Kampung Parang Puting Kota Bharu dan merupakan anak pertama dari 4 beradik Nik Nur Madi-han gigih meneruskan pengajian meskipun menghadapi pelbagai cabaran.

Di sekolah beliau merupakan pelajar yang aktif sehingga diberi tanggungjawab se-bagai Penolong Ketua Pengawas sekolah.

Dalam keputusan yang diumumkan beliau telah mendapat A1 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidi-kan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Perda-gangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Ta-sawwur Islam, Pendid ikan Al Quran dan Sun-nah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Ing-geris untuk Sains dan Teknologi. Nik Nur Madihah men-dapat A2 dalam satu sahaja mata pelajaran iaitu Biologi.

Pengarah YIK te-lah mengunjugi beliau di rumah-nya untuk men-yampaikan ucapan tahniah dan juga sumbangan di atas kejayaan beliau mengharumkan

nama Maahad Muhammadi Perempuan dan Yayasan Islam Kelantan sekaligus menangkis segala persepsi negatif terha-dap sekolah agama dan seterusnya mem-buka mata masyarakat terhadap kemam-puan pelajar agama bersaing di aliran per-dana.

Tahniah: Pengarah YIK, Hj. Che Ismail b. Hasabullah menyampaikan sumbangan kecemerlangan

kepada Nik Nur Madihah bt Mohd Kamal di rumahnya.

20A: Nik Nur Madihah bt Mohd

Kamal, Maahad Muhammdi (P)

YIK turut meriahkan Majlis Taman Kanak-Kanak di Istana Negeri Kubang Kerian

Kubang Kerian : 31 Mac - YIK turut me-meriahkan Majlis Taman Kanak-Kanak sem-pena sambutan Keputeraan al Sultan Kelan-tan ke 59. Majlis berkenaan berlangsung pada 31 Mac 2009 di perkarangan Istana Negeri Kubang Kerian. Majlis bermula jam

5.00 petang, Tarian kanak-kanak yang dis-ertai oleh 59 pelajar Tadika Tengku Anis dan 59 orang pelajar Tadika Perpaduan membuka tirai dengan diiringi koir dari pasukan Seko-lah Kebangsaan Pier Chih Kota Bharu. Se-terusnya ialah persembahan boria Sekolah Kebangsaan Sri Kota sebelum diakhiri den-gan pentomen “Perang Uhud” persembahan pelajar-pelajar Maahad Amir Indera Petra Beris Kubur Besar Bachok.

Sementara itu dalam acara pengurniaan anu-gerah dan hadiah pula, seramai 24 orang pelajar mendapat kurniaan hadiah kecemer-langan peperiksaan dan satu Anugerah Khas Kemerlangan. 16 daripadanya adalah pelajar Yayasan Islam Kelantan sementara 8 pelajar Jabatan Pelajaran Negeri. Pengurniaan Sijil Pengakap Diraja turut diberi kepada 20 ang-gota Pengakap seluruh negeri telah disem-purnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mu-lia Tuanku Al Sultan manakala 40 pelajar

kurang berkemampuan dan 20 pelajar Orang

Kurang Upaya (OKU) menerima kurniaan dari

Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan.

Di penghujung majlis KDYMM Tuanku dan DYMM

Raja Perempuan sempat beramah mesra ber-

sama rakyat jelata dan telah berkenan mence-mar duli dalam sesi penggambaran bersama

penerima-penerima anugerah dalam majlis berk-

enaan.

Page 2: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

2

PENAUNG

Hj Che Ismail bin Hasabullah

PENASIHAT

Hj. Abdul Manan b. Ali

Haji Zakaria b. Mohamed

Haji Mohamed b. Ya

KETUA EDITOR

Hj. Sukeri Hussin

EDITOR

Junaidi Abdullah

Nathir Ishak

Wan Mahani Wan Haron

GRAFIK

Wan Mohd Rashidi Wan Abdullah Suara YIK diterbitkan oleh Yayasan Islam Kelantan setiap enam bulan sekali. Ia

diedar secara percuma kepda sekolah-sekolah agama di bawah YIK dan jabatan

berkaitan yang berurusan dengan YIK. Mana-mana pihak yang ingin mendapat

maklumat lanjut atau memberi buah fikiran atau sumbangan berupa rencana boleh-

lah menghubungi:

Suara YIK

Pusat Bahasa Arab, Yayasan Islam Kelantan ,Peti Surat 128

15730 Kota Bharu, Kelantan Tel: 09-7126933/09-7128144 Faks: 7127806

Sidang Pengarang Dari Meja Pengarang

Alhamdulillah kesyukuran jua kepada Allah yang

dengan nikmatNya kita masih lagi diberi kesem-

patan untuk berada di alam maya ini, Selawat dan

salam ke atas Rasul junjungan pembawa penyuluh

pelita kehidupan penunjuk kebenaran.

Pertamanya Saya mengambil kesempatan ini

untuk merakamkan ribuan terimakasih kepada

semua pembaca yang sudi meluangkan masa

mengikuti peristiwa dan perkembangan YIK dari

masa ke semasa, terima kasih juga terhadap ker-

jasama semua menyumbang pelbagai idea dan

cadangan serta menyalurkan informasi untuk

dimuatkan dalam Suara YIK kali ini.

Kemajuan dunia pendidikan begitu pantas bergerak ke hadapan seiring

dengan kemajuan dan penerokaan dalam teknologi dan maklumat. Justeru

itu guru pada hari ini bukan sekadar “Chalk and Talk” tetapi perlu membuat

persiapan untuk bersaing menyahut cabaran teknologi yang semakin cang-

gih pada hari ini. Sikap static dan tidak mahu berubah hendaklah dibuang

jauh dari minda para guru bagi mempastikan pengajaran dan pembela-

jaran selamat sampai ke destinasi sasaran dan mampu menjana kecemer-

langan berganda kepada semua pelajar. Capaian di hujung jari dan maklu-

mat dari pelbagai arah seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin,

sikap tidak mengambil tahu dan tidak berusaha menambah maklumat

akan membawa akibat kekontangan ilmu dan ketandusan cara untuk pen-

yampaian yang berkesan.

Kepada para pelajar, terokailah dunia tanpa sempadan dengan berhe-

mah, demi menambah ilmu di dada dan jangan sekali-kali leka dihanyut

arus kerana masa tidak pernah menunggu kita, bak kata pepatah Arab

“Tercicirlah orang yang cuai namun kafilah tetap teruskan perjalanan”.

Sekian - Ketua Editor.

Perutusan Pengarah Sabda Rasulullah yang

bermaksud: “ Allah

menyayangi orang

yang tekun dalam

sesuatu kerja di kalan-

gan kamu”.

Alhamdulillah saya

mengatur syukur yang

sebanyak-banyaknya

kepada Allah s.w.t

kerana dengan keizi-

nanNya jua Suara YIK dapat diterbitkan

untuk tatapan umum pada kali ini.

Saya mengambil peluang ini untuk mengu-

capkan terimakasih kepada sidang penga-

rang Suara YIK yang berusaha gigih men-

gumpul dan menghidangkan berita serta

peristiwa saban bulan untuk menjadi bahan

renungan bersama terhadap kerja-kerja

yang telah kita laksanakan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan selamat bertemu di

bawah bumbung Yayasan Islam Kelantan

untuk sama-sama memikul tugas dan tang-

gungjawab ke arah kemajuan dan kece-

merlangan bidang pendidikan agama di

negeri ini.

Seterusnya tidak lupa saya ucapkan set-

inggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar

yang berjaya mendapat keputusan cemer-

lang dalam peperiksaan yang baru diu-

mumkan, terutamanya kepada Nik Nur

Madihah bt Mohd Kamal yang muncul se-

bagai pelajar terbaik Negara, sekaligus me-

letakkan Yayasan Islam Kelantan sebagai

sebuah institusi yang dihormati.

Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-

orang yang tekun dalam melaksanakan

tugas, serta memandang tugas sebagai

suatu kewajipan yang harus disempurnakan,

bukan kerana sesuatu tekanan, desakan

atau konkongan.

Berasaskan kepada pernyataan ini kita se-

mua seharusnya memahami tugas masing-

masing dan sentiasa berusaha menyempur-

nakan tugasan tersebut semampu mungkin

untuk membolehkan kita tergolong dari

kalangan orang-orang yang disukai Allah.

Apabila masing-masing berada dalam posisi

yang betul dan melaksanakan semua tugas

dengan penuh tanggunjawab dan sem-

purna, saya yakin dan percaya Yayasan

Islam Kelantan akan dapat melakar sejarah

yang lebih gemilang. Usaha semua pihak

dan kesungguhan yang lahir dari jiwa yang

murni pastinya membuahkan kemanisan

dalam kita berkerjaya.

Untuk mencapai hasrat dan impian tersebut

pengorbanan adalah asset yang paling

bernilai, dengan mengorbankan sedikit

masa dan tenaga pastinya banyak perkara

yang kita dapat kita selesaikan.

Dalam menjana pembangunan insan tang-

gugjawab yang sama-sama dipikul terlalu

besar, kesilapan membuat perhitungan

pada hari ini mengundang risiko yang bu-

kan sedikit, Justeru itu saya menyeru kepada

diri saya dan seluruh warga YIK agar men-

gambil langkah proaktif dalam membuat

keputusan samada di peringkat jabatan

dan sekolah supaya nanti kita dapat mem-

berikan perkhidmatan yang terbaik dan

mampu menjadi contoh dalam pengenda-

lian sekolah-sekolah agama.

Keprihatinan kerajaan terhadap perkem-

bangan positif ini sewajar diimbangi dengan

perkhidmatan yang terbaik dalam men-

corak dan mewarnai generasi yang akan

datang.

Akhirnya marilah kita sama-sama jayakan

konsep Ubudiyyah, Mas’uliah dan Itqan

yang menjadi teras pentadbiran Kerajaan

Negeri dalam merealisasikan “Baldatun

Thoyibatun wa Rabbun Ghafur” semoga kita

tersenarai dalam pemegang saham wawa-

san mulia menuju keredhaan ilahi.

Page 3: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

3

SUARAYIK

Tazkirah Pengarah Tahun Baru 2009

Alhamdulillah pertamanya kita mengu-capkan kesyukuran yang tidak ter-hingga kehadarat Allah swt, kerana masih lagi memberi peluang kepada kita menghirup udara segar di tahun 2009 ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Ta-hun Baru” kepada semua Pegawai,

guru-guru dan seluruh kakitangan Yayasan Islam Kelantan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Setiap kali menjelma tahun baru, kita masing-masing memasang azam dan cita-cita baru, untuk melakukan pe-rubahan daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik, samada dari sudut keperluan dan juga pelaksanaan tugas dan tanggung-jawab. Azam dan cita-cita ini sekiranya dibajai dengan usaha yang bersung-guh-sungguh sudah tentu akan mem-buahkan hasil sebagaimana yang diim-pikan, tetapi sekiranya setiap kali menjelang tahun baru maka kita turut membuat azam yang baru hanya un-tuk menambah koleksi yang sedia ada sudah pasti hasil yang kita akan perolehi tidak akan mempunyai apa-apa perubahan

Kita umat Islam sentiasa dituntut berubah ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa, hari ini perlu lebih baik dari hari semalam, justeru itu anjakan perubahan dalam profesionalisme kita amat-amat menjadi harapan agar kita dapat menyumbangkan khidmat yang lebih berkualiti dan lebih bernilai.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Untuk bergerak maju ke hadapan kita perlu membuat lakaran strategi dalam pengurusan, strategi yang berkesan adalah dengan membuat “semak kerja” kepada agenda-agenda yang telah dilak-sanakan sebelum ini, dan hari semalam

merupakan cermin kepada hari esok,pengalaman cukup berharga dan amat bermakna dalam merangka

strategi agar semua lakaran itu menjadi suatu kenyataan dan bukan suatu khaya-lan. Pengalaman adalah guru tanpa bilik darjah, memandu kepada suatu mat-lamat dengan meletakkan jangkaan-jangkaan yang hampir tepat dan mampu tiba di destinasi penuh keyakinan. Oleh yang demikian program-progra yang telah dilaksanakan perlu diadakan post mortem untuk mengesan titik-titik kekuatan dan kelemahan yang ada, dan

sebarang kesilapan yang berlaku perlu

segera diperbaiki bagi menjamin perkara

yang sama tidak berulang pada masa akan

datang. Sebagaimana yang kita semua

maklumi tiada seorang pun manusia

mempunyai kesempurnaan yang lengkap,

dengan demikian proses pembelajaran

hendaklah sentiasa berlaku sepanjang

masa, kakitangan yang baru akan belajar daripada yang lama dan meminta bantuan

dari rakan-rakan sejawatan dalam

melaksanakan sebarang tugas. Kesalingan

ini perlu menjadi amalan kita selamanya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dalam menjalankan tugas kita sering

berhadapan dengan berbagai-bagai masalah

dan rintangan, untuk itu kita perlu

memperhalusi segala permasalahan yang

ada dan mencari jalan penyelesaian yang

terbaik, yang mampu menjana kekuatan

kepada organisasi dan sumber kerjanya.

Selain itu,kita diingatkan agar tidak mudah

menabur janji dan sekiranya perlu setiap janji hendaklah dilandaskan kepada

prosedur serta peraturan yang sedia ada.

Selain itu kita juga perlu membuat

perancangan dan mengatur persiapan yang

rapi apabila mengendalikan program-

program mega khususnya melibatkan

orang-orang kenamaan dan sehingga dapat

meningkatkan imej pengurusan dari masa

ke semasa, dan sebarang kesilapan yang berlaku perlu menjadi panduan kepada kita

untuk kita memperbaiki keadaan dan

akhirnya kita dapat sesuatu yang terbaik.

Sebagai kakitangan Yayasan Islam Kelantan

kita perlu sentiasa bergerak maju ke

hadapan dan perlu menumpukan perhatian

yang sewajarnya kepada tahap pengurusan

yang telah kita laksanakan pada hari ini,

kaedah yang sesuai perlu dikemukakan

dengan menetapkan format-format

pengurusan yang jelas bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Ketegasan adalah

kunci kejayaan pelaksanaan ini, kerana

itulah sebarang pergerakan kakitangan yang

berlaku perlu mempunyai kewajaran yang

tinggi di samping mengambil langkah-

langkah awal menanggani sebarang

kemungkinan yang akan berlaku. Membuat

persiapan kerja yang lebih awal khususnya

melalui pengalaman kerja dan kes-kes yang

pernah berlaku sebelum ini. Oleh yang demikian saya menekankan bahawa

kerjasama semua adalah penting.

Keakraban dan kejituan ukhuwwah itu

membentuk satu pasukan kerja yang

mantap dan dapat saling bantu membantu.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ciri-ciri kepimpinan dalam pengurusan perlu

dipupuk dengan sebaiknya, untuk

membentuk kepimpinan yang berkaliber

seseorang itu perlu mempunyai ilmu dan

pengetahuan yang luas, dengan demikian ia dapat mencorakkan orang yang berada di

bawah pimpinannya. Pemimpin juga perlu

mempunyai sikap yang sabar apabila

berdepan dengan situasi-situasi yang

mencabar dan mempunyai ketangkasan

daya fikir segera bagi menyelesaikan

sebarang kekusutan yang berlaku. Mereka

juga perlu tenang, tidak tergopoh gapah

dalam membuat sesuatu keputusan.

Keputusan pemimpin adalan masa depan orang yang dipimpin, justeru itu

pertimbangan yang adil dan budi bicara

yang tinggi menjadi ukuran terhadap daya

kepimpinan seseorang.

Sebagai kakitangan YIK, kita perlu merasa

bangga dengan karier dan jabatan, usaha

dan keringat kitalah melahirkan anak

bangsa yang berilmu dan beriman. Kejayaan

mereka meredah lautan dan terbang di

angkasa juga adalah hasil dari usaha kita

bersama, dan doa mereka akan menambahkan keberkatan dalam hidup kita.

Oleh itu tiada sebabnya kita tidak boleh

berbangga dengan kerjaya dan jabatan yang

kita berada pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

YIK juga tidak sunyi dari halangan-halangan

yang melanda, dan antara cabaran yang

perlu kita harungi ialah cabaran kewangan,

dan kita perlu merenung sejenak membuat

perkiraan dan mengatur perhitungan

dengan merangka jadual pengurusan

kewangan lebih awal, meluaskan hubungan

dengan jabatan-jabatan lain dan seterusnya

manfaatkan ilmu dan kemahiran yang kita

ada mengikut keadaan dan situasi,

khususnya untuk mengatasi belenggu

kemelut kewangan ini.

Selain itu, YIK juga berhadapan dengan masalah

kelembapan perkembangan sekolah-sekolah

kecil, dan tiada salahnya kita memberi

peluang sekolah di peringkat bawah

berkembang, dengan melakukan

penyelidikan keadaan sekolah-sekolah ini, mengkaji sejauhmana keprihatinan kita

terhadap kebajikan guru dan kakitangan.

Kesemua ini perlu termasuk dalam

perkiraan kita apabila ingin melihat sekolah-

sekolah ini berkembang subur.

Kita sebenarnya mempunyai banyak

kelebihan, dan dengan kepakaran serta

pengalaman yang ada kita mampu satukan

pemikiran dan halakan fikrah kita untuk

menuju kemajuan, untuk itu kakitangan kita

perlu membuat kajian dasar secara intensif

dan mengemukakan segala hasil untuk kita

bina harapan yang lebih gemilang menjana

kejayaan untuk YAYASAN ISLAM

KELANTAN

Page 4: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

4

SUARAYIK

Wanis anjur program khas untuk wanita

Gotong Royong Perdana 5S suburkan semangat kerjasama

Nilam Puri: 1 Dis - Dalam usaha meningkatkan imej dan budaya kerja 5S di Yayasan Islam Kelantan , sekali lagi pihak pentadbiran telah mengan-jurkan Gotong-Royong Perdana 5S.

Gotong-royong ini adalah bertujuan menampung segala ketidaksempur-naan di bahagian luaran dan juga termpat-tempat strategic.

Arahan berkerja kepada semua kaki-tangan memudahkan lagi pengurusan gotong-royong pada kali ini.

Para kakitangan telah dibahagikan ke bahagian-bahagian tertentu yang tahap pencapaian 5Snya masih lagi

rendah.

Antaranya ialah membuang saki-baki debu-debu di seluruh laluan dan menyusun landskap agar menjadi le-bih menarik. Pihak pentadbiran telah mengeluarkan arahan agar semua kawasan yang dikawalselia oleh zon masing-masing membuat pemantauan penuh agar ciri-ciri 5S dapat diterap-kan dan dapat diiktiraf sebagai sebuah jabatan yang berjaya memdapat sijil 5S.

Dengan langkah yang serupa diambil untuk semua unit dan ketua-ketua unit, gotong-royong pada kali ini lebih mendasar kepada sasaran sebenar,

dan bukan mengikut cara dan haluan masing-masing.

Selain itu, gotong-royong yang meli-batkan kawasan yang luas di luar banggunan juga menyaksikan seman-gat kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan.

Kesungguhan mereka terpancar apa-bila dapat melaksanakan tugas den-gan penuh sabar dan dalam suasana yang penuh kemesraan.

Yayasan Islam Kelantan berharap agar usaha-usaha mereka ini akhirnya ber-baloi dengan penganugerahan sijil Kelak.

Nilam Puri 1 Dis - Persatuan Wanita Islam Yayasan Islam Kelantan (WANIS) baru-baru ini telah mengadakan pro-gram khas untuk kakitangan wanita dan isteri-isteri kakitangan bertempat di Musalla Yayasan Islam Kelantan.

Program berkenaan adalah bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim antara kakitangan wanita dan isteri-isteri kakitangan yang berada dibawah bumbung YIK.

Selain itu, ia dapat menyemarakkan semangat kerjasama dan ikatan uk-huwwah yang berpanjangan melalui slot-slot yang di adakan.

Dalam rangka program terbaru, Wanis mengadakan solat tasbih, Bacaan Yasin dan sesi ceramah kesedaran untuk

wanita. Program telah dikendalikan oleh Puan Datin Hajjah Samihah bt Hj Md Salleh penceramah undangan yang dijemput khas.

Datin Hajjah Samihah dalam ceramah-nya turut menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan perkara asas farhu ain, seperti kaedah dan cara untuk menyucikan diri dari hadas besar, dan asas-asas farhu ain yang lain. Beliau juga turut mengingatkan kaum ibu agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian. Malah beliau turut men-yentuh bagaimana untuk melipat kain

solat agar sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Lebih 80 kakitangan hadir dalam majlis berkenaan termasuk isteri timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai

dan isteri kakitangan-kakitangan yang lain.

Majlis berakhir dengan jamuan ten-gahari di Dewan YIK.

Saling membantu: Kakitangan YIK saling bekerjasama menjayakan gotong-royong Perdana 5S di YIK baru-baru ini.

Page 5: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

5

SUARAYIK

Sa©YIK Hakcipta Terpelihara

Lawatan Pra Audit Amalan Persekitaran Berkualiti

Nilam Puri :4 Dis – Unit Kuriku-lum Arab/Agama dengan ker-jasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur telah menganjurkan Kursus dan Bengkel Penulisan Jawi Dewan di Yayasan Islam Kelantan pada awal Disember lalu. Program

sehari ini melibatkan se-mua sekolah dibawah kel-olaan Yayasan Islam Kelan-tan.

Kursus dan Bengkel ini diadakan adalah bertujuan memberi kefahaman dan kemantapan penulisan jawi Dewan kepada guru-guru untuk menghadapi sesi permbelajaran yang akan datang. Sebagaimana lazimnya, YIK mengadakan kelas-kelas intensif jawi

dan Bahasa Arab setiap musim cuti Persekolahan,

kursus musim cuti ini dapat mem-beri peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian pada tahun 2009 me-mahirkan diri dengan beberapa kemahiran terutamanya tulisan jawi dan Bahasa Arab.

Hampir 200 guru mengikuti Kursus dan Bengkel berkenaan yang disampaikan oleh Ust. Salehuddin b. Hj Arshad dari Negeri Perak. Program ini mendapat tajaan dan kerjasama sepenuhnya dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Sementara majlis perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah YIK.

Nilam Puri :11 Dis – Lawatan Pra Audit untuk persijilan 5S di Yayasan Islam Kelantan telah dilakukan oleh Hj. Osman Ismail bersama-sama dengan wakil MPC cawangan Kelan-tan. Dalam lawatan berkenaan,

antara perkara yang diberi perhatian ialah, SUDUT 5S, sudut ini perlu sentiasa di up date, dan tarikh up date perlu ada. Begitu juga dengan carta perbatuan turut perlu dikemaskini termasuk Tandatangan Pengarah di Polisi Selain itu Perlu asingkan antara polisi dan objektif dan adakan borang soal selidik pencapaian objektif jabatan untuk pengukuran peningkatan perkhidmatan.

Sudut 5S induk perlu disertakan PIC,

Gambar sebelum dan selepas beserta tarikh, Di samping itu semua kakitangan perlu tahu dan faham polisi, objektif dan matlamat dan hendaklah ditempatkan polisi di mana-mana tempat yang strategik, seperti Bilik Mesyuarat, Bilik Pengarah, Timbalan Pengarah ataupun tempat-tempat tumpuan umum agar semua 5S perlu difahami oleh kakitangan .

Sisih pula perlu ada polisi, seperti sehingga 3 tahun, 4 tahun dan lima tahun,

dokumen lama perlu ditukar, dengan menentukan tempoh tertentu.Kerusi dan bangku yang tidak perlu juga perlu disisih atau letakkan di tempat yang khusus.

Sebahagian ruang telah membuat proses susun, masih terdapat ruang yang belum tersusun.Susun kebanyakannya tanpa sistem, tujuannya adalah untuk memudahkan bahan tersebut dikembalikan ke tempat asalnya.

Rekod masuk keluar perlu, untuk menyenangkan pemunya mengesan pergerakan fail dan kelengkapan miliknya, Jangan biarkan terdapat kertas atau fail di atas lantai, belakang pintu dan bawah meja.

Sementara ruang kerja pula masih berdebu.Tindakan membersih dan menyedut habuk serta mengelap peralatan perlu dilakukan setiap hari, sebelum dan selepas kerja.sekiranya terdapat ruang kerja yang tidak diselanggara dengan baik dari sudut kebersihan dan susunan ia akan memberi kesan kepada peratus pencapaian keseluruhan markah jabatan.

Audit Dalam perlu lebih tegas dalam pelaksanaan. Keputusan Audit hen-daklah dinyatakan di sudut 5S zon,

selailn itu perlu diadakan perbincangan dengan zon dalam setiap kekurangan yang ada dan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu.Audit sebenar akan menyemak minit mesyuarat yang terakhir dan melihat keputusan yang diambil serta tindakan yang telah dilaksanakan.

Mengenai gerakkarja jawatankuasa, Jawatankuasa perlu bergerak aktif dengan sentiasa mengadaka Mesyuarat J/K dan zon.

Semua Jawatan Kuasa Induk dan Jawatankuasa Zon perlu adakan Blueprint pelaksanaan program 2009 dan sebarang perancangan hendaklah disertakan dalam dokumen.

Beri Panduan: Hj. Osman Ismail sedang memberi komentar kepada

Sudut 5S zon untuk penambahbaikan sebelum auditor sebenar.

Bengkel Pemantapan dan Penulisan Jawi Dewan Bagi Kelas Musim Cuti dan Persediaan sesi 2009

Hadir Kursus: Sebahagian peserta Kursus dan Bengkel sedang

mengikuti penerangan di Dewan Utama Yayasan Islam Kelantan.

Terimakasih: Pengarah YIK menyumbangkan tanda

kenangan kepada En. Saluhuddin Hj. Arshad.

Page 6: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

6

SUARAYIK

Nilam Puri: 17 Dis - Yayasan Islam Kelantan telah diumumkan layak untuk dipersijilkan Amalan

Persekitaran Berkualit (5S) oleh Malaysia Productivity Corporation pada 17 Disember 2008.

Ini adalah berdasarkan tahap pergerakan kerja yang melepasi tahap yang diperlukan dalam menentuc ir ikan pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S di di Yayasan Islam Kelantan.

Auditor bertauliah dari negeri bawah bayu En. Suslezaan Supu

berkata demikian dalam lawatan audit di Pejabat YIK baru-baru ini.

Rombongan Audit yang tiba pada jam 9.30 pagi itu disambut oleh Sek ta r ia t 5S Jabatan bersama Ahli Jawatankuasa I n d u k , A h l i Jawatankuasa Zon serta Penyelia-

penyelia Zon di

Bilik Mesyuarat P e j a b a t Pengarah YIK.

Audit membuat s e m a k a n k e p a d a p e n y e d i a a n d o k ume n t a s i y a n g m e r a n g k u m i Jawatankuasa Induk beserta gerakkeraja dan c a r t a

pelaksanaan, diikuti dengan peringkat jawatankuasa seperti jawankuasa latihan, Audit dan promosi. Di samping itu Audit turut dibuat kepada Jawatankuasa-jawatankuasa peringkat zon yang juga melibatkan pergerakan aktiviti sepanjang perjalanan program yang bermula pada Jun 2008 sehingga 17 haribulan ini.

Auditor juga membuat lawatan ke tempat-tempat tugasan, ruang-ruang kerja, stor dan juga bahagian zon halaman di hadapan dan di

belakang pejabat.

Yayasan Islam Kelantan lulus audit 5S

Semak : En En. Suslezaan sedang melakukan audit dokumen kepada dokumen-

dokemen jawatankuasa induk dan jawantakuasa peringkat zon.

Nilam Puri: 17 Dis - Dalam me-nentusah Yayasan Islam Kelantan dapat dianugerah Sijil Amalan

Berkualit atau tidak, satu men-syuarat khas diadakan di Bilik Me-syuarat. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh En. Suslezan Supu , iaitu auditor yang telah di-

t u g a s k a n untuk mem-buat audit 5S di YIK dan dibantu oleh En. Omar b. M o h a m a d Wakil Malay-sian Produc-tivity Corpo-ration cawan-gan Kelantan.

S e t e l a h m e m b u a t penelitian dan s e m a k a n kepada do-k u m e n -

dokumen yang dikemukakan, pihak MPC telah bersetuju untuk mengik-tiraf pencapaian yang telah dilak-sanakan di Yayasan Islam Kelantan menepati dengan amalan dan cirri-ciri yang ditetapkan dalam pro-gram Amalan Persek i taran Berkualiti 5S. Sebagaimana ka-

tanya: “ Secara amnya amalan persekitaran berkualiti yang dilaksanakan di Yayasan Islam Kelantan adalah memuaskan, begitu juga kerjasama antara warga kerja. Walaubagai-manapun banyak lagi perkara yang perlu ditambah baik, con-tohnya system dokumentasi, di mana di setiap fail jawa-tankuasa perlu diletakkan kera-tin minit, kerja-kerja pembersi-han di kawasan sekitar luar pejabat perlu dipergiatkan lagi seperti pembersihan longkang-longkang bagi melancarkan aliran air, begitu juga dengan peralatan yang tidak dipakai, yang dilektakkan di tepi bang-gunan perlu disimpan di tempat yang sesuai seperti pasu dan kerusi”

Dengan demikian pihak sektariat mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program amalan persekitran berkualiti ini di semua peringkat.

Mesyuarat pengesahan persijilan 5S

Berdebar: Ahli jawatankuasa 5S sabar menunggu pengumuman pengiktirafan sijil 5S.

Tinjau : Auditor bertauliah sedang melakukan lawatan ke zon halaman dan bahagian

belakang pejabat sebelum pengiktirafan sijil 5S.

Page 7: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

7

SUARAYIK

Nilam Puri: 21 Dis - Bersempena dengan penganugerahan sijil Ama-lan Persekitaran Berkualiti 5S, Yayasan Islam Kelantan telah men-

gadakan jamuan sebagai tanda ke-syukuran terhadap pencapaian dan memberi perangsang kepada kaki-tangan yang bertungkus lumus menjayakan program berkenaan.

Majlis bermula dengan tayangan gambar-gambar yang diambil se-cara rawak oleh auditor pada hari

pengauditan yang merakamkan tem-pat-tempat yang masih lagi tidak menepat ciri-ciri 5S mengikut zon dan bahagian masing-masing, dan di ulas oleh wakil sektariat ust. Sukeri b. Hussin. Kemudian Pengarah YIK turut m e n y a m p a i k a n amanat kepada se-mua kakitangan yang antara lain

mengingatkan kepada semua

bahawa kita adalah sebuah organisasi yang berpotensi dan berke-mampuan untuk maju

jauh ke hadapan. Bukti yang paling jelas adalah kejayaan kita mendapat pengikti-rafan dari pihak MPC dalam program 5S ini, tanpa jalinan ker-jasama dan kesatuan tenaga yang padu su-

dah tentu kejayaan yang kita kecapi pada hari ini tidak akan tercapai, ujarnya. Selain itu Pengarah turut menyeru kepada semua kakitangan agar dapat menumpukan sepenuh masa kepada meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan sehingga menjadi antara jabatan yang dise-gani dan dihormati. Turut hadir dalam majlis berkenaan Timbalan-timbalan dan penolong-penolong pengarah.

Kesyukuran persijilan amalan 5S

Minat: Pelajar-pelajar Yayasan tertarik dengan kecanggihan

Menjamu Selera: Pengarah YIK bersama-sama kaki-tangan menikmati sarapan pagi khas yang disediakan

sempena majlis kesyukuran kejayaan program 5S.

Akhlak penentu kecemerlangan pelajar - Pengarah

Pantai Sri Tujuh : 10 Mac - “Akhlak merupakan penentu kepada ukuran kecemerlangan pelajar”, demikian ditegaskan oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan dalam ucapan perasmian penutup Seminar Tahsinul Akhlak yang di-wakili oleh Timbalan Pengarah (Akademik) Hj. Zakaria Mohamed. Menurut beliau lagi, guru-guru perlulah menjadi model terbaik

dengan bersedia berubah dan mengikis sifat-sifat buruk serta menggunakan pendekatan lisanul Hal lebih daripada Lisaul Maqal. Ini bertujuan untuk memaut hati pela-

jar berakhlak mu-lia sebagaimana yang mereka sak-sikan sendiri dari p e m b i m b i n g -p e m b i m b i n g mereka.

Seminar sehari itu yang diuruseti-akan oleh Unit Hal E h w a l M u r i d

(HEM) adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peranan yang perlu dimainkan

dalam penbentukan akhlak pelajar. Ia juga tertumpu ke arah meng-gariskan langkah-langkah segera mempertingkatkan syakhsiyah pelajar dengan menyediakan pan-duan-panduan gerakkerja serta aktiviti yang bersesuaian dengan ke arah pemupukkan akhlak terpuji di kalangan pelajar.

Selain itu seminar berkenaan turut mendedahkan peraturan-peraturan Am Disiplin Sekolah ke arah mewu-judkan pelaksanaan tatacara

disiplin yang mengikut prosedur dan peraturan. Kertas kerja Cabaran Gejala Sosial dan Implikasinya terhadap Pelajar disampaikan oleh Tn. Hj. Nik Abdul Kadir Nik Muhamad, manakala “Pengurusan Berkualiti Organisasi Cemerlang disampaikan oleh YB. Che Abdullah b.Mat Nawi, Pengerusi J/K Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri Ke-lantan.

Bertugas: En. Abd Ghafar, Ust. Kamarjan dan En. Samsudin sibuk melayan pengunjung di sudut pam-

eran YIK Program Sukaneka Jajahan Kota Bharu.

Sampai Amanat: Tn.Hj. Zakaria b. Mohamed mewakili Pengarah Yayasan Islam

Kelantan menyampaikan ucapan Perasmian Penutup Seminar Tahsinul Akhlak.

Page 8: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

8

SUARAYIK

©YIK Hakcipta Terpelihara

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMRU, SMU, SMTQ DAN STUP

Pulai Chondong : 8 Jan – Yayasan Islam Kelantan menerusi Unit Penilaian dan Peperiksaan telah mengadakan Majlis Pengumuman Peperiksaan untuk Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama ( P M R U ) , S i j i l M e n e n g a h Ugama(SMU), Sijil Menengah Tahfiz al Quran (SMTQ) dan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP).

Pengumuman pada kali ini disem-purnakan oleh YB. Pengerusi Pem-bangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar b. Nik Abdullah

di Maahad Tahfiz Wal Qiraat Pulai Chondong.

Peperiksaan PMRU, pencapaian pe-lajar dalam Tahap Penguasaan Mini-mum (TPM) ialah 84.05 % dari jum-lah calon seramai 5285 orang. Dari sudut kecemerlangan pula seramai 340 calon yang mendapat 9A, 307

calon 8A dan 265 calon mem-perolehi 7A. Keputusan pencapaian terbaik matapelajaran didahului oleh matapelajaran Al Quran Tajwid 97.76% diikuti Nahu Soraf dan Mu-talaah Nusus.

Dalam keputusan Sijil Menengah Ugama (SMU) pula Pencapaian ke-seluruhan ialah 64.41% kurang 14% berbanding tahun sebelumnya, jumlah calon pada tahun 2008 juga meningkat seramai 6886 orang ber-banding 4048 pada tahun sebelum-nya. Dari angka tersebut seramai 634 mendapat pangkat Mumtaz, 1039 Jayyid Jiddan, 1303 Jayyid

dan 1374 mendapat pangkat Maqbul. Quran dan Tajwid terus mendahului pencapaian terbaik matapelajaran dengan 96.63%.

Keputusan Sijil Menengah Ugama Tahfiz Al Quran mencatatkan kelulu-san 100% dengan 38 calon menda-pat pangkat Mumtaz 18 orang Jay-yid Jiddan, dan Maqbul 3 orang.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Timbalan-timbalan Pengarah, Pe-nolong-penolong Pengarah, pega-wai-pegawai dan semua guru-guru yang terlibat dari seluruh Negeri.

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT MUNCUL SEKOLAH TER-BAIK PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)

Pulai Chondong : 8 Jan – Maa-had Tahfiz Al Quran wal Qiraat, Pulai Chondong telah diumumkan sebagai sekolah terbaik Peperik-saan SMU 2008. Ini berdasarkan pencapaian Maahad berkenaan yang mendahului Maahad dan se-kolah-sekolah Yayasan yang lain dengan pencapaian 100% dalam peperiksaan berkenaan.

Manakala tempat kedua tertinggi ialah Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dengan 98.90% diikuti den-gan Maahad Muhammadi Perem-

puan yang memperolehi 97.99%.

Di peringkat sekolah Bantuan pula, sekolah terbaik SMU ialah SMU(A) Tarbiah Islamiyah Lepah, 75.00%, SMU(A) Azhariah Melor 73.28% dan SMU(A) Darul Anuar 71.51%.

YB.Pengerusi Jawatankuasa Pem-bangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan telah menyempurnakan penyampaian hadiah penghargaan kepada Pen-getua Maahad Tahfiz, Ust. Mohd Mansor b. Hj. Daud dalam Majlis Pengumuman Peperiksaan yang diadakan di Maahad berkenaan

Januari lalu.

Umum Keputusan: YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan,

Mohd Amar b. Hj.Nik Abdullah sedang menyampaikan ucapan pengumuman keputusan peperiksaan .

Terbaik SMTQ: Muhammad Hariz Syazwan b. Mohd

Arifin menerima hadiah dari YB.Exco.

Page 9: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

9

SUARAYIK

©YIK Hakcipta Terpelihara

YIK kumpul 73,726.15 untuk Tabung Cakna Palestin

Nilam Puri : 21 Jan – Menginsafi nasib yang dialami oleh saudara-saudara seagama di bumi Gaza yang diganyang teruk oleh rejim Yahudi Israel, Yayasan Islam Kelan-tan turut menyambut baik usaha Kerajaan Negeri yang menganjur-

kan program Cakna Palestin.

Untuk tujuan tersebut peringkat YIK telah mengadakan Program Misi Cakna Palestin dengan menganjur-kan pungutan dana dari pelajar-pelajar sekolah dan mengadakan demontrasi aman sebagai tanda

bantahan kepada kekejaman Yahudi dan mengumpul ban-tuan untuk penduduk Gaza.

Acara kemuncak pen-yerahan dana dan penyerahan sepan-duk bantahan telah diadakan di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan pada 21 Januari lalu.

Penyerahan dana oleh para pengetua

kepada YB. Mohamad b. Awang mewakil YB. Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan berjaya mengumpul sebanyak RM73,726.15 dengan Maahad Muhammadi Perempuan Jalan Merbau menyumbang seban-yak RM10,021.00, Maahad Muham-madi Pasir Mas, RM 4,263.00, Maa-had Muhammadi Lelaki, Jalan Peng-kalan Chepa RM 4,128.00, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah sebanyak RM2,77400 dan Maahad Amir Indera Petra RM2,616.00.

Yayasan Islam Kelantan mensasar-kan RM1 untuk setiap pelajar, walaubagaimanapun kutipan terse-but ternyata telah meningkat sekali ganda, berdasarkan jumlah pelajar seramai 35 ribu orang.

Sumbangan be rkenaan ke-mudiannya diserahkan oleh Penga-rah YIK kepada YAB Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz b. Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dalam majlis Cakna Palestin di Stadium Sultan Mohd ke IV Kota pada 23 Januari lalu.

Kakitangan YIK gotong royong masak Bubur Asyura

Nilam Puri : 22 Jan – Kaki-tangan Yayasan Islam Kelantan berpadu tenaga menjayakan program memasak bubur asy-ura di Pejabat YIK.

Program yang dicetuskan oleh Pengarah ini mendapat sambu-tan begitu menggalakkan dari semua lapisan kakitangan, se-banyak tujuh kawah telah di masak dan di kendalikan oleh Ust Azhar b. Salleh selaku Pengarah Program.

Antara matlamat program memasak bubur asyura ini ialah untuk men-jalin semangat kerjasama dan tolong menolong antara sesame kakitangan selain dari dapat memu-

puk semangat suka membantu dan sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada orang lain.

Disamping itu, program sehari ini juga dapat merapatkan hubungan

serta mendekatkan silaturrahim khususnya kakitangan yang baru sahaja memulakan khidmat mereka di Pejabat Yayasan Islam Kelantan.

Menurut Pengarah Program, aktiviti seumpama ini amat memberi kesan dalam meningkatkan semangat ker-jasama dan semangat berpasukan

sekaligus dapat diaplikasikan dalam kerja-kerja seharian, katanya.

Ini, katanya lagi, setiap kawah di selia oleh seorang ketua dan masa bertugas ditentukan secara giliran

sehingga selesai.

Beliau juga turut menaruh harapan yang tinggi agar semangat ber-lumba ke arah kebaikan itu dapat diterapkan dalam perkhidmatan sehingga mampu menjadi kakitan-gan perkhidmatan awam yang bukan sahaja cemerlang tetapi dapat meningkatkan imej or-ganisasi dan jabatan.

Pengarah YIK turut berkesempatan menghadiri program berkenaan sebaik kembali dari lawatan kerja di Gua Musang.

Serah : Pengarah YIK, Hj. Che Ismail b. Che Hasabullah, menyerahkan

kutipan dana Palestin kepada YAB. Tuan Guru Menteri Besar

Sumbang: Hj. Mohd Razif Othman sedang

menyampaikan kutipan dana sekolahnya kepada YB.

Page 10: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

10

SUARAYIK

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Bahasa Arab Komunikasi PMR 2009

Nilam Puri : 28 Jan – YIK terus mempertingkatkan tahap profesion-alisme guru-guru ke arah meman-tapkan keupayaan berdepan den-gan kaedah pengajaran Bahasa Arab Komunikasi PMR tahun 2009. Program kendalian unit Kurikulum Arab/Agama itu melibatkan semua sekolah-sekolah YIK dari seluruh

negeri yang berjumlah lebih 120 guru.

Pendedahan matapelajaran peperiksaan ini dijangka mampu memberi input kepada semua guru memperbarui tekad melonjak kecemerlangan pencapaian pelajar dalam peperiksaan di akhir tahun nanti.

Selain itu ia lebih menjurus kepada pendedahan yang lebih praktikal bagaimana sepatutnya pelajar-pelajar mengemukakan jawapan mereka dengan tidak membuang masa mahupun menjawab dengan jawapan yang jauh tersasar dari kehendak soalan.

Guru-guru juga ditekankan agar dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin khususnya

mempastikan tugasan-tugasan yang seharusnya diselesaikan dapat diurus mengikut jadual termasuk gerakkerja perancangan tahunan yang telah disediakan.ursus berkenaan telah dijayakan oleh Ust Nik Adnan b. Nik Mat, Penolong Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kuala Lumpur.

7,185 pelajar mendaftar di sekolah-sekolah YIK

Minat : Sebahagian dari para guru yang mengikuti

kursus berkenaan mendengar ceramah Ust. Nik Adnan.

Semangat : Penceramah undangan sedang

menyampaikan ceramah dalam kursus berkenaan.

Nilam Puri : Seramai 7,185 pelajar mendaftar untuk mengikuti pengajian di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan 2009. Kecenderungan ibubapa untuk menempatkan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan agama dari sekolah kel-olaan Kerajaan Negeri ini menjadikan suasana pada peringkat awal persekolahan agak kelam kabut, terutamanya untuk menyediakan kelengka-pan pembelajaran seperti kerusi dan meja.

Dari jumlah tersebut , bilangan dari Sekolah-sekolah kerajaan ialah 3,402 dengan 1,386 lelaki dan 2,016 perempuan, yang diwakili oleh Maahad Muhammadi Perempuan seramai 401, Maahad Muhammadi Lelaki 275 pelajar Maahad Amir

Indera Petra 277, Maahad Saniah Pasir Puteh 269 dan Maahad Yaakubiah Nipah 248 orang.

Manakala sekolah Bantuan Kerajaan berjumlah 2,789 pelajar dengan 1,618 lelaki dan 1,171 per-empuan. Sementara itu 308 orang mendaftar di Maahad Tahfiz Sains dan juga Maahad Tahfiz Wal Qiraat.

Bilangan yang mendaftar di SABK ialah seramai 686 pelajar dari 20 buah sekolah.

Secara keseluruhannya seramai 3,695 pelajar lelaki dan 3,490 perempuan berada di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan untuk sesi penga-jian tahun 2009. Pihak YIK mengucapkan selamat datang dan selamat mengikuti pengajian di seko-lah-sekolah agama negeri demi mengutip ilmu berguna di dunia dan akhirat.

Taklimat Pelaksanaan Kelas Khas Ba-

Pengarah YIK lawat Ladang

Gua Musang : 21 Jan Pengarah Yayasan Islam Kelantan En. Ismail Hasabullah telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke ladang yang diusahakan untuk penanaman ke-lapa sawit di Gua Musang. Syarikat berkenaan ialah SYARI-

KAT FIRST AND NATIONWIDE KEL SDN. BHD dan sebuah

lagi syarikat SYARIKAT FAUZI LIM PLANTATION SDN BHD.

Ianya adalah bertujuan meninjau dengan lebih dekat aktiviti perladangan dan kemajuan syarikat sehingga ini.

Nilam Puri : 29 Jan – Pelaksanaan Kelas Khas Bahasa Arab yang bermula 2007 diteruskan lagi pada tahun ini dengan penglibatan 50 buah sekolah setelah 25 buah pada tahun lalu. Satu taklimat penerusan kepada kelas sedia ada serta pembentukan Kelas Khas untuk tingkatan satu. Taklimat disampaikan oleh Pegawai Pusat Bahasa Arab, Ustazah Zai-mah bt Mohd Zain dengan dibantu oleh Ustaz mohd Suazhar b. Abdullah. Sebuah buku garis panduan pelaksanaan diedarkan dengan menyertan kaedah-kaedah pelaksanaan di peringkat sekolah dan peringkat kelas.

Page 11: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

11

SUARAYIK

©YIK Hakcipta Terpelihara

260 hadiri Taklimat Pelajar ambilan pertama Kolej Yayasan Islam Kelantan (Kolej YIK) 2009

Nilam Puri : 5 Feb – Seramai 260 pelajar dan ibubapa mengikuti takli-mat yang diadakan oleh Yayasan Islam Kelantan khusus untuk pela-jar-pelajar yang ditawarkan men-yambung pelajaran ke Kolej Yayasan Islam Kelantan (Kolej YIK) Kok Lanas di Dewn Besar Yayasan Islam Kelantan.

Kolej Yayasan Islam Kelantan yang dibina bersebelahan dengan Maahad

Tahfiz Sains Nurul Aman dijangka akan memulakan sesi pengajian ambilan pertama awal Mac depan. Pembinaan Kolej adalah untuk men-jadikan pembelajaran berpusat bagi tingkatan enam rendah dan enam atas sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Penempatan berpusat juga dijangka dapat mengurangkan jumlah guru di sesebuah sekolah selain dapat menjadikan Kolej pusat kecemerlangan apabila dibimbing

oleh Guru-guru Pakar peperiksaan.

Dengan ke-luasan 10 ekar, Kolej YIK dijangka m a m p u menampung s e h i n g g a 1500 pelajar dalam satu-satu sesi p e ng a j i a n . Kolej juga yang t urut d i l e n g k a p i dengan ke-m u d a h a n

asrama dan

juga mas-jid.

Kos pembi-n a a n a d a l a h dianggar-kan ber-j u m l a h lebih 3.3 juta.

T a k l i m a t yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Sekolah) Ust Mohamed b.Ya turut mendapat reaksi berbeza dari pelajar, khususnya dalam ko-mitmen YIK untuk memartabatkan pendidikan dalam semua peringkat. Pelajar juga membangkitkan isu bayaran yang disifatkan sebagai membebankan ibubapa yang ber-pendapatan rendah, meskipun YIK hanya mengenakan sewa asrama serendah RM50.00 sebulan dengan kos makanan harian terpulang kepada pelajar, dan pihak Kolej menyediakan kafe. Selain itu pelajar memohon kepastian daripada pihak pengurusan YIK tentang tarikh se-benar Kolej YIK mula beroperasi agar tidak merugikan masa pembe-lajaran mereka.

Taklimat Pelaksanaan Program

Usahawan Muda (PUM)

Pantai Cahaya Bulan : 02 Feb – YIK terus mempertingkatkan kefahaman terhadap pelaksanaan Program Usahawan Muda (PUM) kepada Guru-guru Penasihat melalui Program Taklimat yang diada-kan di Perdana Resort Februari lalu.

Program Usahawan Muda yang dilaksanakan mulai 1995 seme-mangnya mampu mengasah bakat keusahawan di kalangan pelajar melalui program-program yang sesuai dan menarik.

Lebih 100 peserta yang mengikuti taklimat tersebut yang bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan kepada semua peserta khususnya Guru Pengelola mengenai objektif serta faedah dari pe-laksanaan program keusahawanan remaja di sekolah masing-masing.

Selain itu ia juga memberi panduan kepada guru-guru yang terlibat tentang tatacara pelaksanaan Program Usahawan Muda (PUM) men-gikut modul Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Sebanyak 13 buah sekolah mengikuti taklimat tersebut yang turut memberi panduan dalam penasihatan dan pemantauan program secara serentak dengan lebih sistematik dan efektif.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Per-badanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Program anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan PKINK Negeri Kelantan turut mengundang 17 buah sekolah menengah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Motivasi Kesedaran

Belajar Nilam Puri : 09 Feb - Hampir 40 orang pelajar yang tidak mencapai tahap prestasi yang disa-sarkan mengikuti Motivasi Kesedaran Belajar anjuran Unit Kurikulum Umum dan Ko-kurikulum di Dewan Seminar Yayasan Islam Kelantan.

Program yang dikendalikan oleh pakar motivasi terkenal Nik Muhammad b. Nik Lib lebih mem-beri penekanan kepada keperluan pelajar me-mahami situasi dan bagaimana kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan-permasalahan rutin yang dihadapi khususnya sewaktu berde-pan dengan beban pelajaran.

Selain itu para pelajar juga disarankan agar dapat membahagikan masa dengan sempurna dan keupayaan mengurus masa adalah menjadi kunci utama untuk pelajar bangkit mencapai kecemerlangan dalam setiap peperiksaan.

Kelemahan pada hari ini bukan noktah terakhir untuk kembali membina impian, ujarnya. Ke-sungguhan dan ketekunan merupakan resepi asas memulihkan kembali kekuatan dalam membina semangat yang lebih kental.

Tumpu: Sebahagian daripada 260 pelajar yang menghadiri Taklimat Ambilam Pertama

Kolej Yayasan Islam Kelantan di Dewan Besar YIK

Beri taklimat: Timb.Pengarah

(Sekolah) Mohamed b Ya.

Page 12: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

12

SUARAYIK

©YIK Hakcipta Terpelihara

Nilam Puri : 8 Feb – Program meningkatkan kemampuan mengu-rus Persatuan Bahasa Arab di seko-lah terus dipergiatkan, pada awal Februari lalu Pusat Bahasa Arab telah mengumpul hampir 180 pela-jar dari semua sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan yang me-megang jawatan Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Bahasa Arab sekolah.

Program yang terus kepada kum-pulan sasar, iaitu penggerak Per-satuan sekolah adalah bertujuan

meningkatkan kefahaman mereka dalam merangka dan mengaktifkan aktiviti-aktiviti persatuan di seko-lah masing-masing. Mereka juga turut diberi pendedahan bagai-mana harus seseorang itu menjadi pemimpin yang berjaya sehingga

mampu melonjak kecemerlangan dalam pengurusan Persatuan standing dengan persatuan-persatuan lain yang lebih terkeha-

dapan di sekolah. Program sehari itu turut membekalkan kemahiran merancang melalui bengkel-bengkel yang disediakan.

Tingkat kemampuan mengurus Persatuan Bahasa Arab Sekolah

Pengarah pantau Maahad Muhammadi Lelaki

Nilam Puri : 10 Feb – Pengarah Yayasan Islam Kelantan mengadakan pemantauan ke Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Peng-kalan Chepa untuk meninjau dengan lebih dekat permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah, kunjungan itu juga dapat memberi gambaran sebenar perjalanan dan pengurusan peringkat sekolah selain dari dapat menghayati sendiri suasana pembelajaran di sekolah berkenaan. Pen-garah turut memberi pandangan dalam pelaksanaan pelan pembangunan sekolah khususnya banggunan Asrama yang se-dang dibina untuk menampung pertamba-han pelajar dari masa ke semasa.

Nilam Puri : 24 Feb – Syarikat Takaful Malaysia Cawangan Kelanan melalui Pengurusnya Pn Norshar-mawati bt Ahmad telah mengadakan taklimat kepada Penolong-penolong Kanan dan Guru-guru Kebajikan atau Guru Takaful Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan dan SABK di Dewan Besar YIK.

Taklimat ini melibatkan semua seko-lah dengan penyertaan lebih 170 orang.

Takaful berkelompok membabitkan semua pelajar adalah program yang ditujukan khas kepada pelajar samada pelajar sekolah rendah dan

sekolah menengah. Skim yang disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) menda-pat kerjasama sepenuhnya dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang merangkumi skop per-lindungan seperti kematian aki-bat kemalangan, lumpuh berkekalan seluruh badan akibat kemalangan, kehilangan anggota, khairat kema-tian dan elaun tuntutan hospital.

Pn. Norsharmawati turut menyentuk dalam taklimatnya mengenai cara-

cara untuk membuat tuntutan se-kiranya berlakus sesuatu yang tidak diingini dengan melengkapkan bo-

rang tuntutan, menyertakan laporan polis, salinan permit menguburkan (sekiranya melibatkan kehilangan jiwa) dan sijil kematian yang disahkan.

Majlis perasmian penutup telah dis-

empurnakan oleh Timbalan Pengarah (Sekolah) Tn. Hj. Mohamed b. Ya.

Taklimat Takaful Pelajar Sekolah Agama

Tambah Pengetahuan: Sebahagian dari 180 pelajar yang mengikuti program sehari Pengurusan Persatuan

Bahasa Arab di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan

Page 13: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

13

SUARAYIK

©YIK Hakcipta Terpelihara

45 Pentadbir sekolah YIK ikuti Kursus Pengurusan Kewangan

Program penyeliaan dan pemantauan sekolah sasar pengurusan

mantap pelbagai peringkat

Nilam Puri : 11 Feb – Dalam rangka memperkemaskan pengurusan di se-mua peringkat termasuk sekolah-sekolah, Unit Kenaziran telah men-ngerakkan penyeliaan dan peman-tauan kepada sekolah-sekolah pilihan bermula pertengahan Februari hingga

pertengahan bulan Mac 2009.

Berbeza dengan penyeliaan kenaziran sebelum ini yang memberikan tum-puan kepada penyediaan rancangan pengajaran dan memastikan guru mengikut jadual masing-masing, pen-yeliaan pemantauan pada kali ini lebih menyeluruh kepada semua aspek pendidikan.

Bermula dengan bahagian pentadbi-ran, semua yang berhubungkait den-

gan pentadbiran akan dise-mak dan diperincikan, ini termasuklah kekemasan susunatur pejabat, khidmat perkeranian, Falsafah Pen-didikan Yayasan Islam Kelan-tan, Carta Organisasi seko-lah, data guru, data pelajar, rekod kehadiran guru, jadual bertugas, kebersihan dan keceriaan pejabat, jadual agung, ciri—ciri keselamatan, kemudahan asas dan susu-natur bangunan yang teran-cang dan terusus. Selain itu semakan juga dilakukan

kepada iventori dan penyelenggaraan peralatan, peraturan tatater-bib guru serta kakitangan dan program pembangunan guru dan pekerja.

Dalam aspek pengurusan HEM, penumpuan semakan dibuat kepada kelancaran perjalanan pengurusan terma-suk kekerapan mengadakan mesyuarat, penyediaan belan-jawan tahunan,perancangan program tahunan, peman-tauan kepada unit-unit berkai-tan, pengemaskinian fail serta rekod-rekod pendaftaran pela-jar.

Pemantauan juga turut dilaku-

kan kepada pengurusan kurikulum yang melibatkan peracangan panitia sekolah, kekerapan mengadakan me-syuarat, penyelarasan tugasan, pen-yediaan belanjawan dan semakan kepada Buku Rancangan Mengajar.

Manakala dalam Pengurusan Kewan-gan, tumpuan diberikan kepada pen-yediaan perkara-perkara asas yang semestinya disediakan untuk melan-carkan system pengurusan berkenaan sesuai dengan arahan perbenda-haraan.

Pemantauan ini dijangka dapat men-genalpasti beberapa permasalahan dasar yang dihadapi pihak sekolah.

Sri Tujuh, Tumpat : 23 Feb –

P e n g u r u s a n Kewangan yang bertanggung-jawab adalah menjadi mani-festasi kepada Kursus Pengu-rusan Kewan-g a n y a n g diadakan di Chalet Pantai Sri Tujuh pada 23 Februari lalu. Kursus yang

dihoskan oleh En Zahari Mat Amin mengumpulkan seramai 45 orang pentadbir kewangan sekolah turut mensasarkan kepentingan pengu-rusan kewangan yang standard ke arah menyediakan rekod-rekod dokumentasi kewangan secara

teratur dan telus. Program selama 2 hari satu malam yang diken-dalikan Unit Audit juga menyentuh tentang tugas dan tanggungjawab pentadbir sekolah dan pentadbir kewangan dan pengurusan kewan-gan. Ini bertujuan memberi kefa-haman kepada mereka mengenai bidang tugas dan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam pengurusan tersebut.

Selain itu, peserta juga didedahkan tentang kaedah penyimpanan re-kod-rekod dan dokumen yang se-

laras. Sementara itu untuk mem-perkukuhkan input kursus, beng-kel-bengkel turut diadakan dengan membawa modul penyelesaian masalah berhubung dengan ke-wangan. Syarikat i-Ked turut mem-promosi penyediaan dokumen ke-wangan berkomputer.

Semakan Menyeluruh: Salah seorang pegawai YIK sedang membuat semakan pemantauan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah

Getting.

Perkukuh input: Sebahagian dari peserta yang mengikuti Kursus Pengurusan Kewangan sedang

mengikuti benkel pengukuhan input.

En. Zahari b. Mat Amin

Page 14: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

14

SUARAYIK

©YIK Hakcipta Terpelihara

Muzakarah matapelajaran jana keyakinan diri guru

Takziah buat keluarga Soleha

YIK menang 4-1 dalam perlawanan menentang PTU (Pegawai Tadbir Ugama)

Nilam Puri : 19 Feb – Guru adalah pemangkin kecemerlangan pelajar dan sekaligus meningkat-kan prestasi pencapaian sekolah.

Justeru itu unit kurikulum Arab Ugama terus mengorak langkah menjana kemahiran guru mengua-sai bidang dan matapelajaran masing-masing melalui Muzakarah Matapelajaran yang bermula dari 9 hingga 19 Februari di Yayasan Is-lam Kelantan.

Muzakarah ini meliputi matapela-jaran Al-Quran yang dikendalikan oleh Ust. Che Yahya Daud dari Maahad Amir Indera Petra, Tafsir oleh Ust. Wan Nuh b. Hamzah dari Maahad Muhammadi Lelaki, Hadith oleh Ust. Ahmad Hasyimi b. Che Pa dari Maahad Tahfiz al Quran Bang-gol Chica, Feqah dikendalikan oleh Ust. Abd. Razak b. Muhammad dari Maahad Yaakubiah Nipah, mana-

kala Nahu pula d i s a mp a i k a n o l e h U s t . Mohamad b. Mohad Noor dari Maahad yang sama.

Sementara itu matapelajaran Sorf diken-dalikan oleh Ust Mohd Suazhar b.Abdullah dari Pusat Bahasa

Arab, Imla’ oleh Ust Faleh Lai b. Abdullah dari Maahad Mu-hammadi Le-laki, Taabir oleh Ustazah Zaimah bt Mohd Zain dan matapelajaran Khat di bawah bimbingan Ust.Nik Abdul Rahman Zaki b. Nik Abdul Kadir dari Maahad Tumpat.

Muzakarah ini adalah untuk mem-beri pendedahan khusus kepada guru-guru matapelajaran berke-

naan dari tingkatan satu

Nilam Puri : 26 Feb – Pasukan bolasepak Yayasan Islam Kelantan berjaya mengatasi pasukan Pega-wai Tadbir Ugama (PTU) dalam perlawanan persahabatan yang diadakan pada 26 Februari lalu. Menurut pengurus pasukan YIK, En Sansudin Che Mud, YIK mengatur perlawanan ini untuk menjalin

hubungan yang lebih erat antara pegawai-pegawai tadbir negeri dan juga pegawai tadbir ugama.

Dalam siri perlawanan persaha-batan yang telah dirangka ialah perlawanan persahabatan dengan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang berkesudahan dengan kekala-han YIK 4-0. Manakala dalam per-

lawanan persahabatan dengan pasukan bolasepak dari Pegawai Tadbir Negeri (PTN) berakhir den-gan keputusan seri. En. Sansudin berharap agar perlawanan seperti ini lebih kerap diadakan pada masa-masa yang akan datang dan dapat menjalin hubungan yang lebih erat antara satu sama lain.

Nilam Puri : 10 Feb – Pihak Yayasan Islam Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Soleha bt Abu Hasan yang meninggal akibat paru-paru berair dari Maahad Muhammadi Perempuan. Allahyarhamah yang yang berasal dari Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur dan merupakan pelajar tingkatan satu yang baru sahaja memulakan pengajian di sekolah tersebut. Soleha disahkan meninggal dunia pada jam 6.00 pagi dan dibawa ke Hospital Raja Per-empuan Zainab II untuk bedah siasat. Anak kepada Pegawai Eksekutif Telekom ini adalah merupakan anak keenam dari lapan beradik. Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan tanah perkuburan Islam Kuala Lumpur dengan diiringi oleh beberapa pegawai-pengawai YIK dan guru-guru Maahad Muhammadi (P). Al-Fatihah: Jenazah Allahyarmah Soleha sedang diangkat ke kenderaan polis

untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II bagi bedahsiasat.

Bimbing: Nik Abd.Rahaman Zaki sedang membantu guru-guru mendalami kaedah

penulisan Khat dalam sesi muzakarah matapelajaran berkenaan.

Page 15: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

15

SUARAYIK

Kota Bharu : 05 Mac - Yayasan Islam Kelantan turut mengambil bahagian dalam Program Sukaneka peringkat Jajahan Kota Bharu sem-pena Keputeraan Sultan Kelantan kali yang ke 59 dan diadakan di Padang Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra Kota Bharu.

Program yang pada awalnya di-jadualkan berlangsung di perkaran-gan Stesen Radio Malaysia (RTM) Wakaf Che Yeh dipindahkan ke sini

atas faktor cuaca.

Turut serta dalam pameran sehari ini ialah Kolej Islam Sains dan Teknologi, (KIST), Bank Rakyat, dan beberapa pengedar minuman herba serta wakil jualan kenderaan nasional Poton.

Menurut pen-gurus Pam-eran YIK, En. Abd. Ghafar S u l a i m a n , pameran ini

akan dapat men-g e n e n g a h k a n agenda dan program yang dilaksanakan di Yayasan Islam Ke-lantan ke pengeta-huan umum.

Selain itu ia juga dapat memberi input kepada masyarakat untuk mengetahui kedudukan dan pres-

tasi pendidikan melalui sekolah-sekolah agama yangjuga tidak per-nah ketinggalan dari arus pendidi-kan perdana, bahkan dalam se-setengah keadaan mereka lebih terkedepan. Beliau turut dibantu oleh Ust. Kamarjan Abd. Rahman, Penolong Pengarah (Kenaziran) dan En. Shamsudin Mohd Nor

YIK SERTAI PAMERAN JABATAN DI PROGRAM SUKANEKA JAJAHAN KOTA BHARU

Tumpuan: Sudut pameran YIK menjadi tumpuan pelajar

Bertugas: En. Abd Ghafar, Ust. Kamarjan dan En. Samsudin sibuk melayan

pengunjung di sudut pameran YIK Program Sukaneka Jajahan Kota Bharu.

Y IK t e r u s k a n t r a d i s i k e c e m e r l a n g a n

SPM: Capai 97.99% , 17 Sekolah 100%

Nilam Puri : 05 Mac - Y a y a s a n I s l a m K e l a n t a n meneruskan trasidisi kecemerlan-gan peperiksaan untuk tahun 2008, di mana pencapaian keselu-ruhan untuk SPM ialah 97.99% dengan jumlah calon seramai 3507 orang. Dari jumlah tersebut 2564 orang adalah dari SMU(A) Kerajaan

manakala bakinya dari SMU(A) Bantuan.

Sebanyak 17 buah sekolah memperolehi pencapaian 100% yang terdiri daripada 9 buah SMU(A) Kerajaan iaitu, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Mu-hammadi Pasir Mas, Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Maahad Syamsul Maarif Lelaki, Maahad Syamsul Maarif Per-

empuan, Maahad Tahfiz al Quran Wal Qira’at, Maahad Tahfiz

Sains Tanah Merah dan Pusat Pengajian Pondok.

Manakala SMU(A) Bantuan pula ialah,SMU(A) Darul Saadah Batu Mengkebang, SMU(A) Falahiah Sungai Sok, SMU(A) Ismailiah Bin-jai Manis, SMU(A) Muham-madiah Tawang, SMU(A) Nurul Huda Bukit Yong,

SMU(A) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh, SMU(A) Taqaddum Ilmi Ketereh dan Maahad Darul Anuar Pulau Melaka.

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal muncul sebagai pelajar terbaik Negara dan negeri dari Maahad Muhammadi Perempuan dengan pencapaian 20A (19A1, 1A2).

Agih Keputusan: Guru Maahad Muhammadi Lelaki sedang

mengagihkan penyata keputusan SPM kepada pelajar-pelajar.

Bangga: Pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Perempuan

mengusung Nik Nur Madihah setelah diumumkan sebagai pelajar

Page 16: BIL 12/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN JAMADIL AKHIR …

16

SUARAYIK

©YIK Hakcipta Terpelihara

Semangat kerja berpasukan jayakan sambutan Maulud

K o t a

Bharu: 23

Mac - Se-

m a n g a t

kerja ber-

p a s u k a n

kakitangan

Y a y a s a n

Islam Kelan-

tan terserlah

dengan ke-

j a y a a n

mengadakan sambutan Maulidur

Rasul bertempat di Pejabat YIK

baru-baru ini. Program yang an-

juran Badan Kebajikan ini diba-

hagikan kepada dua agenda

utama, yang pertama ialah ce-

ramah Maulidur Rasul sementara

seterusnya ialah jamuan untuk

semua kakitangan hasil sumban-

gan dermawan.

Pada sesi pertama yang diada-

kan pada 22 Mac, pihak pengan-

jur telah menjemput Ustaz Su-

ratemi b. Yusof, Kadi Jajahan

Kota Bharu. Manakala jamuan

pula diadakan pada hari berikut-

nya. Dalam ceramah tersebut,

penekanan diberikan kepada

perlunya kakitangan kerajaan

menanamkan semangat perham-

baan yang tinggi kepada Allah,

dengan semangat dan perasaan

perhambaan yang kuat pastinya

dapat mengelakkan diri daripada

berbagai gejala tidak sihat yang

sedan melanda Negara pada hari

ini. Meskipun manusia mempun-

yai kemampuan dan kemahiran

dalam memanipulasi sesuatu

perkara, mereka diingatkan tidak

akan terlepas dari berhadapan

dengan mahkamah Allah di akhi-

rat kelak.

Pengarah YIK turut sama me-

meriahkan sambutan Maulidur

Rasul dan turut bersama-sama

meninjau persiapan dan pen-

yediaan makanan oleh kakitan-

gan yang sememangnya dapat

merapatkan rasa ukhuwaah ke

arah membentuk satu pasukan

kerja yang padu menjayakan

misi Yayasan Islam Kelantan.

Ust. Suratemi b. Yusoff

Satu Tujuan: Kakitangan wanita turut tidak ketinggalan

Jamu Selera: Pegawai Khas YB Exco menikmati hidangan bersama Pengarah

YIK ambil bahagian meriahkan Pasaria Hari Keputeraan

Kota Bharu : 26 Mac - Sempena

sambutan Hari Keputeraan Al Sul-

tan Kelantan yang ke 59, telah

diadakan juga Pameran dan Pen-

jualan Barang-barang Kraftangan

dan Masakan Tradisional Kelantan

bertempat di Taman Perbandaran

Tengku Anis Kota Bharu.

Sebagaimana lazimnya, YIK

turut memeriahkan program

ini dengan menyertai jualan

masakan tradisional Kelantan.

Gerai jualan YIK menyediakan

beberapa jenis menu yang

menjadi kegemaran ramai

seperti Ayam Percik, Nasi Beri-

ani, serta kuih muih Kelan-

tan seperti Akok, Piana,

Buah Tanjong, dan lain-lain

lagi. Gerai berkenaan juga

turut menjual beraneka kek,

buah-buahan serta be-

berapa jenis air minuman.

Menurut Pengurus Gerai Jualan

YIK, Pn. Nik Hasmahwati bt Nik

Yaacob, sambutan dari pengunjung amat menggalakkan dan beliau mengalu-alukan penerusannya pada tahun-tahun akan datang. Beliau berterima kasih kepada semua staf dan kakitangan YIK

yang telah menunjukkan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam men-jayakan program pada kali ini.

Program ini turut disertai oleh semua Pejabat Tanah dan Jajahan, Persatuan-persatuan isteri pegawai seperti dari

Polis, Tentera, Pos Malaysia, Tenaga

Nasional Berhad dan Perbadan Iktisad

Negeri Kelantan.

Bertugas: Petugas-petugas gerai jualan YIK sibuk melayan pelang-

gan

Kunjungi: Isteri Pengarah tidak ketinggalan memeriahkan program

di Taman Perbandaran Tengku Anis.