big sekolah cemerlang.docx
Transcript of big sekolah cemerlang.docx
PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada
kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus
mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenaldiri (real-self) dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah
dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen
Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “.pendidikan guru hendaklah
berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina,
membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan
profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan
hasrat negara”.
Banyak manfaat dan pengetahuan yang diperolehi oleh Pelajar Program
Pensiswazahan Guru ( PPG ) semasa melaksanakan Prorgam Bina Insan Guru (BIG) .
Antaranya ialah Program Bina Insan Guru (BIG) dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk ;
Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan
atau aktiviti,
Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza,
Menilai kesesuaian ciri persenoliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan,
Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan,
Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,
kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai,
Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah,
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual)
dan sosial,
Memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan,
Semoga dengan terlaksananya Bina Insan Guru Fasa 6 ini akan dapat melahirkan
Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) khususnya Kohot 2 Ambilan Feb
2012 seorang guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan
yang mantap, memiliki personaliti yang unggul dan berkualiti profesionalismenya,
memiliki daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan
prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru.
KERTAS KERJA BINA INSAN GURU
NAMA PROGRAM ;
LAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING)SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH
TARIKH :
05 MEI 2014 ( ISNIN )
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN
ANJURAN :
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PETITI
1.0 PENGENALAN
2.0 MATLAMAT
Rancangan Malaysia ke-9 yang telah dibentang oleh mantan Perdana Menteri
Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen telah menegaskan bahawa
pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan
pembanguanan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif serta nilai etika dan moral yang timggi.
Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) disediakan bagi memenuhi keperluan latihan
Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) di Intitut Pendidikan Guru ( IPG ) seluruh
Negara mulai Ambilan Jun 2011 Kohot 1. Justeru bertepatan dengan aspirasi
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghasilkan guru yang bersifat holistic dan
abgi memenuhi keperluan Kursus Bina Insan Guru Fasa 6 , Saya sebagai salah
seorang pelajar kohort 2 IPG Kampus Sultan Mizan Besut kursus PSV bersama dengan
warga SK Bukit Petiti telah merancang membuat lawatan Penanda Aras
(BenchMarking) ke Sekolah Kebangsaan Kg Dusun, Kuala Berang, Terengganu.
Lawatan Penanda Aras ini merupakan salah satu komponen dalam Bina Insan Guru
( BIG ) Fasa 6 yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar Program
Pensiswazahan Guru untuk melibatkan diri dalam perancangan dan pengelolaan
program dan menyediakan sebuah penulisan refleksi mengenainya dengan mengambil
kira domain kandungan kurikulum kursus ini. Antara yang ditekankan dalam lawatan ini
Penanda Aras ini termasuklah ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim dan
budaya sekolah, infrastruktur dan infostruktur sekolah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi
kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta
berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara
berterusan ,
3.2 Menunjukkan keceknaan terhadap kepentingan perkhidmatan terhadap
komuniti ,
3.3 Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan kepelbagaian
budaya ,
3.4 Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan ,
3.5 Merancang, melaksana, memimpin program, bertanggungjawab, bekerjasama
dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan ,
3.6 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal,mental, emosi, rohani
(spiritual) dan social ,
3.7 Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti
pendidikan ,
3.8 Menilai kesesuaian ciri peronaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan ,
3.9 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan
atau aktiviti.
4.0 TARIKH DAN HARI
5.0 LOKASI
6.0 SASARAN PESERTA
7.0 PENGANGKUTAN
Tarikh : 05 Mei 2014 Hari : Isnin
Sekolah Kebangsaan Dusun, Kuala Berang, Hulu Terengganu
Guru Besar : En Ahmad Suhaimi bin Said
Guru Penolong Kanan Pentadbiran : En Zainuddin bin Jusoh
Guru Penolong Kanan HEM : En Nor Shafizan bin Husain
Guru Guru SKBP :
1. En Rofiee bin Awang2. YM Raja Rosma Wati binti YM Raja Omar3. Puan Zanawati bt Zakaria4. Puan Faridah bt Mohamad5. Puan Suriyani bt Abdul Rashid
Kereta persendirian ( 3 buah )
8.0 ANGGARAN KEWANGAN
9.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Cenderahati SK Dusun RM 50.00
Pengerusi
Encik Ahmad Suhaimi Bin Said
Timbalan Pengerusi
Encik Zainuddin Bin Jusoh
Timbalan Pengerusi 1
Encik Nor Shafizan Binti Husain
Setiausaha
Puan Zanawati Binti Zakaria
Bendahari
Puan Faridah binti Mohamad
Ahli Jawatankuasa
Encik Rofiee Bin Awang
YM Raja Rosma Wati Binti YM Raja Omar
Puan Suriyani Binti Abdul Rashid
10.0 TENTATIF PROGRAM
TENTATIF PROGRAMLAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING )
SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH
MASA PERKARA TINDAKAN CATATAN
0800 Pagi Berkumpul di Tapak
Perhimpunan SK Bukit
Petiti
Semua guru
yang mengikuti
program
0830 Pagi Bertolak ke SK Kg Dusun
Hulu Terengganu
Semua Guru
yang mengikuti
program
0930 Pagi Tiba di SK KG Dusun
Suai kenal
Kudapan
Semua Guru
yang mengikuti
program
0945 Lawatan ke Pusat
Sumber SK Kg Dusun
Lawatan ke Bilik Galeri
SK Kg Dusun
Semua Guru
yang mengikuti
program
1015 Pagi Lawatan ke kelas-kelas
SK. Kg Dusun
Semua Guru
yang mengikuti
program
1100 Pagi Ucapan Guru Besar SK.
Kg Dusun
Ucapan Guru Besar SK
Bukit Petiti.
Sesi Berdialog dan
bertukar-tukar pendapat
Penyampaian
Cenderahati
Majlis bergambar
kenang-kenangan.
Semua guru
yang mengikuti
program
Guru –guru SK
Kampung
Dusun
1215
Tengahari
Menjamu selera Semua guru
yang mengikuti
program
Guru-guru SK
Kampung
Dusun
11.0 PENUTUP
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu mata pelajaran
dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar Program
Pensiswazahan Guru ( PPG ). Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar
dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian di bawah kelolaan
dan kendalian Unit Kokurikulum IPGK. Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan
memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang
unggul, pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat.
Semoga dengan terlaksananya Bina Insan Guru Fasa 6 ini akan dapat melahirkan
Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) khususnya Kohot 2 Ambilan Feb 2012
seorang guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang
mantap, memiliki personaliti yang unggul dan berkualiti profesionalismenya, memiliki
daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Oleh
itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan program ini.
Segala kerjasama, sumbangan dan sokongan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan Oleh :
Puan Zanawati bt Zakaria
Setiausaha
Program Bina Insan
SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Bil Jawatankuasa Bidang Tugas
01 Penasihat Menasihati Jawatankuasa dalam
mengambil semua tindakan dan perjalanan
program.
02 Pengerusi Mempengerusikan setiap mesyuarat.
Menandatangani surat berkaitan.
03 Timbalan Pengerusi Membantu pengerusi dalam menjalankan
mesyuarat dan membuat keputusan.
Mengantikan tempat pengerusi sekiranya
diperlukan.
04 Setiausaha Menyediakan surat jemputan mesyuarat.
Menyediakan kertas kerja .
Menyediakan minit mesyuarat.
Membuat pelaporan aktiviti.
05 Bendahari Menyimpan peruntukan dan sumbangan
dan mencatatkannya.
Bertanggungjawab membayar dan
mengeluarkan wang untuk tujuan program.
Membuat pelaporan kewangan.
06 Buku Aturcara/Buku
Program
Menyediakan dan membuat aturcara
program dalam bentuk booklet.
Memperbanyakkan aturcara dan
mengedarkan kepada warga SK.Saint
James dan semua peserta.
07 Aktiviti Program Bertanggungjawab menyediakan aktiviti
yang tersusun rapi.
Bertanggungjawab memastikan aktiviti
berjalan lancer mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
09
8
Jurukamera,Publisiti
dan Dokumentasi
Bertanggungjawab mengambil gambar
setiap masa semasa aktiviti berlangsung.
Menyediakan iklan dan pemberitahuan
tentang seminar.
Menyediakan dokumentasi dan diserahkan
kepada setiausaha untuk pelaporan.
10 Keselamatan Dan
Kebajikan
Mengurus keselamatan peserta.
Mengurus kebajikan peserta.
Memastikan keselamatan semua peserta
11 Cenderahati /
Sumbangan
peralatan Sekolah.
Bertanggungjawab menyediakan cenderahati
dan peralatan penyampaian cenderahati dan
sumbangan peralatan sekolah kepada guru
besar.
Bertanggungjawab semasa penyampaian
cenderahati dan sumbanganperalatan
sekolah.
LAWATAN KE SK DUSUN
HULU TERENGGANU
LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Dusun merupakan antara sekolah terpenting yang dibina
di daerah Hulu Terengganu. Seawal tahun 1941, sekolah ini telah diwartakan wujud
hasil usaha dan cadangan Penghulu Hitam dan anak-anak jati Kampung Dusun.
Cadangan ini telah mendapat sokongan dari pihak kerajaan British pada waktu itu yang
telah menyegerakan penubuhan sekolah tersebut. Guru pertama yang mengajar di
sekolah ini dikenali sebagai Encik Othman.
Bangunan asalnya hanyalah beratapkan rumbia, bertiangkan batang pinang dan
berdindingkan buluh separuh terbuka menjadi tempat pembelajaran kepada penduduk-
penduduk kampong Dusun, Berkuh (tidak wujud lagi), Jenagor, Temir, Kuala Pueh dan
Pauh. Sistem pembelajarannya bermula dari darjah satu hingga lima tanpa mengira
peringkat umur. Bahan pembelajarannya hanya menggunakan papan batu dan pensel
batu.
Sewaktu pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu, sekolah ini telah ditutup
sehinggalah Jepun menyerah kalah dan dibuka semula pada tahun 1946. Secara
umumnya sekolah ini telah dibuka secara rasminya pada tahun tersebut. Guru Besar
pertamanya pada waktu itu ialah Encik Said Bin Daud.
Bilangan murid yang kian bertambah telah menyebabkan bangunan asal
sekolah itu tidak lagi mampu menampung keramaian murid. Justeru, pada tahun 1955,
Sekolah Kebangsaan Dusun telah beralih tapak di atas sebidang tanah kerajaan yang
dibina bersebelahan dengan klinik kerajaan. Sebuah bangunan kayu yang
menempatkan tiga buah bilik darjah telah dibina bagi menampung keperluan ini.
Sehingga kini sekolah ini telah dilihat sebagai sebuah sekolah Melayu yang
telah berjaya melahirkan ramai golongan terpelajar dari daerah Hulu Terengganu yang
menjawat pelbagai jawatan penting di sektor awam dan swasta.
VISI SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN
VISI
SKD Kompeten Ke Arah Sekolah Terbilang Di TerengganuMenjelang 2015
MISI
Melahirkan warga cemerlang, berakhlak mulia, berdisiplinDan berilmu serta bermaklumat ke arah merealisasikan
wawasan negara
FALSAFAH
Penggabungan ilmu dan amal teras utama bagi melahirkan insan yang kamil
GAMBAR-GAMBAR SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN
Lawatan ke Pusat Sumber SK Kampung Dusun
Lawatan ke Bilik Galeri SK Kg Dusun
Lawatan ke kelas-kelas SK. Kg Dusun
Persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan kondusif memberi keselesaan dan
mengambarkan rasa sayang dan cinta serta kerjasama yang tinggi di kalangan warga
sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat
mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa kea
rah tercapainya visi dan misi sekolah. Keberkesanan proses pembelajaran dan
pengajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam sebuah
bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan , Sekolah Kebangsaan Kampung
Dusun sentiasa memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang
bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah
dipertingkatkan dari masa ke semasa. Untuk mencapai tujuan ini , pertandingan bilik
darjah bersih, ceria dan kondusif dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun
secara berterusan. Pemenang akan diumumkan setiap minggu di perhimpunan rasmi
sekolah. Pemenang sebanyak tiga kali berturut-turut pula akan mendapat hadiah dan
anugerah khas. Usaha ini dilakukan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam
keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti proses pembelajaran dan
pengajaran dengan baik dan berkesan. Suasana pembelajaran dan pengajaran yang
baik dan berkesan di kalangan pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan
dalam akedemik dan disiplin pelajar. Hal ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Pondok-Pondok Bacaan
PENCAPAIAN TERBAIK UPSR
ANUGERAH
LAPORAN
BINA INSAN
GURU
LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )
KE SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN
Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Kohot 1 Ambilan Jun 2011 bagi Kelas
PSV kumpulan 1 dan Kelas PSV Kumpulan 2 telah berada dalam semester enam, dan
untuk semester enam ini kami perlu melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Bina
Insan Guru (BIG) merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang
mesti diikuti oleh semua pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ). Program ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam
semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Unit Kokurikulum IPGK.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang
ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul, pembina generasi, pembentuk jati diri dan
role model kepada masyarakat.
Untuk Program ini , Saya sebagai setiausaha Program telah berbincang dengan
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk membuat Lawatan Penanda
Aras (BenchMarking) Ke Sekolah Cemerlang SK Kampung Dusun, Hulu Terengganu.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kecemerlangan sekolah ini terhadap keceriaan kelas-
kelasnya di daerah Hulu Terengganu. Mesyuarat pertama telah diadakan, dan
dipengerusikan oleh Encik Ahamad Suhaimi Bin Said Sebagai pengerusi program.
Dalam mesyuarat pertama ini , Pengerusi telah memohon kepada setiausaha agar
dapat mengedarkan kertas kerja yang kepada sidang mesyuarat agar mereka dapat
menilai, memahami dan memberi respon terhadap perkara yang hendak dibincangkan.
Kertas kerja telah dibentangkan kepada sidang untuk sebarang respond dan
perbincangan. Ahli Jawatankuasa Induk serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana telah
dibentuk untuk memudahkan sistem pengurusan kelak. Agenda yang turut
dibincangkan ialah anggaran punca kewangan dan anggaran perbelanjaan kewangan.
Cadangan tentatif program telah dibincangkan secara terperinci agar mencapai
matlamat dan objektif.
Mesyuarat
Saya Sebagai selaku setiausaha Program telah menyediakan dan mengurus
surat kebenaran melawat kepada Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan
Kampung Dusun, Hulu Terengganu. Encik Ahmad Suhaimi Bin Said selaku pengerusi
Program telah menghubungi pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun
untuk memastikan Lawatan Penanda Aras (BenchMarking) Sistem Pentadbiran Dan
Pengurusan Sekolah ke Sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar.
Untuk memastikan Program ini berjalan dengan lancer mesyuarat kali kedua
pula telah diadakan dan dipengerusikan oleh Encik Ahmad Suhaimi Bin Said selaku
pengerusi Program. Dalam mesyuarat kedua ini , setiap ahli jawatankuasa diminta
untuk membentangkan persediaan dan persiapan yng telah diusahakan mengikut tugas
masing-masing. Encik Ahmad Suhaimi juga telah membacakan senarai bidang tugas
ahli jawatankuasa pelaksanaan sebagai rasa perihatin terhadap tugas dan
tanggungjawab masing-masing. Mesyuarat ini telah berlangsung selama lebih kurang 2
jam bagi membincangkan persediaan yang telah dibuat untuk melaksanakan Program
Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking ) Ke SK Kampung Dusun, Hulu Terengganu.
pada 05 Mei 2014 bersamaan hari Isnin.
Sebelum bertolak untuk melaksanakan Program Lawatan Penanda Aras
(BenchMarking) Ke Sekolah Kebangsaan Kampung telah mengadakan perjumpaan
secara tidak rasmi bagi membincangkan persediaan dan persiapan rapi yang telah
dibuat bagi melancarkan pelaksanaan Program Lawatan yang akan dibuat pada
keesokan harinya.
Pada 05 Mei 2014 bersamaan hari Isnin, semua Guru yang mengikuti Program
Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking ) sama-sama bertolak ke Sekolah Kebangsaan
Kampung Dusun, Hulu Terengganu.
Kami telah selamat tiba di Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun Saint James
Apin-Apin pada sekitar jam 0930 pagi. Rombongan kami disambut oleh barisan Guru
Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru SK Kampung Dusun dengan mesra,
ramah dan dalam suasana harmoni. Kami sangat merasa dihargai dalam suasana
sekolah yang ceria, nyaman dan selesa mata memandang. Rombongan kami telah
dibawa persekitaran SK Kampung Dusun.
Tempat yang mula-mula kami lawati ialah kami telah dibawa melawat Pusat Sumber
Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Pusat Sumber SK KG Dusun menjadikan
Pusat Sumber ini unik dan istimewa seperti sudut-sudut bacaan di setiap kelas atau
mini pusat sumber yang diwujudkan di setiap kelas serta telah diwujudkan juga Pusat
Sumber Panitia yang mengandungi bahan rujukan untuk setiap panitia matapelajaran.
Bagaimana sistem pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber yang baik. Bagaimana
Organisasinya berfungsi dan berperanan dengan baik dan berkesan. Pengalaman dan
pengetahuan baru yang kami perolehi tentang Pengurusan Pusat sumber akan kami
manfaati untuk Program Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking) ini.
Sekitar jam 010.00 pagi pula, Kami di bawa pula ke bilik galeri Sk KG Dusun. Di
bilik ini Kami melihat pelbagai anugerah yang telah dicapai oelh SK KG Dusun.
Antaranya Ialah pencapaian terbaik UPSR, anugerah sukan bola tampar dan
sebagainya lagi. Di harap apa yang kami lihat dapat memberi semangat kepada kami
untuk lebih maju dalam bidang pendidikan ini.
Bagi meneruskan lawatan ini lagi, kami telah di bawa pula melawat keceriaan
kelas-kelas di sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Semasa proses lawatan ini
banyak pengalaman dan pengetahuan yang kami pelajari. Antaranya ialah
keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah adalah berkait rapat
dengan iklim dan suasana di dalam sebuah bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai
kecemerlangan , Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun ini sentiasa memastikan
bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan
keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa ke
semasa. Untuk mencapai tujuan ini , pertandingan bilik darjah bersih, ceria dan kondusif
dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun secara berterusan. Pemenang
akan diumumkan setiap minggu di perhimpunan rasmi sekolah. Pemenang sebanyak
tiga kali berturut-turut pula akan mendapat hadiah dan anugerah khas. Usaha ini
dilakukan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan
seterusnya dapat mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan baik dan
berkesan.
Suasana pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkesan di kalangan
pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akedemik dan disiplin
pelajar . Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,
ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras
dengan visi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah
warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal. Hal ini adalah sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Sekitar jam 1100 pagi rombongan kami telah berkumpul di bilik mesyuarat bersama
warga Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Kami telah mendengar ucapan dari
Pengerusi Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking ) iaitu Encik Ahmad Suhaimi bin
Said Guru Besar kami dan juga ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung
Dusun iaitu Puan Nurani binti Lebai Abdul. Rombongan kami juga telah menyediakan
dan menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan. Kami amat menghargai
keperihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir dan warga Sekolah
Kebangsaan Kampung Dusun. Kami sangat terharu dengan layanan yang mesra, baik
dan sempurna. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna untuk kami
manafaatkan dalam diri sendiri dan untuk kerjaya kami sebagai seorang
pendidik.Sudah pastinya aktiviti bergambar adalah perkara wajib bagi program lawatan
seumpama ini sebagai kenang-kenangan yang mungkin tidak akan berulang lagi. Majlis
berakhir dengan jamuan
PENUTUP
Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Kohot 2 Ambilan Feb 2012 bagi
Kelas PSV perlu melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Bina Insan Guru (BIG)
merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh
semua pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ). Program ini direalisasikan
melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh
pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Unit Kokurikulum IPGK. Aktiviti-aktiviti yang
dirancang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti
insan guru yang unggul, pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada
masyarakat.
Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) disediakan bagi memenuhi keperluan latihan
Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) di Intitut Pendidikan Guru ( IPG ) seluruh
Negara mulai Ambilan Jun 2011 Kohot 1. Justeru bertepatan dengan aspirasi
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghasilkan guru yang bersifat holistic dan
bagi memenuhi keperluan Kursus Bina Insan Guru Fasa 6 , Saya sebagai pelajar PPG
telah merancang dengan pentabdir SK Bukit Petiti sebuah lawatan Penanda Aras
( BenchMarking ) ke Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun, di Hulu Terengganu.
Banyak pengalaman dan pengetahuan yang kami perolehi semasa
melaksanakan Program Lawatan Penanda Aras ( BeancMarking ) ini. Banyak yang
telah kami pelajari dan ilmu pengetahuan ini amat berguna untuk diri kami dan juga
untuk kerjaya kami sebagai seorang pendidik. Kami sangat menghargai jasa baik dan
sikap ramah mesra Guru Besar dan warga Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Di
kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun Hulu Terengganu iaitu Puan Norani binti Lebai
Abdul, Warga Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Tidak lupa juga jutaan terima
kasih kepada Encik Ahmad Suhaimi bt Said, barisan Guru Penolong Kanan, Guru-guru
Sk Bukit Petiti yang memberi kerjasama di atas Program Lawatan Penanda Aras ini.
Budi baik cikgu-cikgu semua tetap dalam ingatan saya.