BIG LAPORAN SELEPAS.docx

3
SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) KEKUATAN: Antara kekuatan yang saya dapati sepanjang program BIG yang dijalankan ini ialah dari aspek cuaca. Cuaca yang baik semasa aktiviti telah menaikkan lagi semangat kami untuk berkhidmat kepada masyarakat di sana. Selain itu, dari aspek kemudahan, alatan untuk aktiviti mural seperti berus dan cat mural yang dibekalkan oleh pihak sekolah walaupun kebanyakkannya telah usang tetapi bilangan yang disediakan adalah mencukupi. Hal ini memudahkan lagi kerja membuat mural. Selain itu, penyertaan semua guru pelatih adalah amat memuaskan. Lebih-lebih lagi, ahli-ahli kumpulan juga menunjukkan sikap kerjasama dan toleransi yang amat tinggi sepanjang proses menjalankan program BIG ini, di mana kami saling bantu-membantu untuk menyiapkan tugasan kami dengan lebih efektif. Bukan setakat itu sahaja, hubungan sosial dengan pihak sekolah juga berjaya diwujudkan. Lebih penting lagi, program BIG ini juga banyak menerapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu kepada semua peserta. KELEMAHAN: Terdapat juga kelemahan yang wujud dalam program BIG ini. Antaranya ialah masalah bekalan air di dalam tandas telah menyukarkan kami untuk menggunakannya terutamanya bagi peserta perempuan kerana bilangan perserta perempuan adalah jauh lebih banyak daripada lelaki. Disebabkan bekalan air dalam tandas terhad, maka wujudlah situasi merebut tandas. Bukan itu sahaja, keadaan bertambah serius apabila sesiapa yang lambat mandi akibat gagal merebut tandas, mereka tidak mendapat makanan kerana telah pun habis diambil oleh rakan-rakan lain. Maka, di sini timbullah masalah makanan tidak cukup. Dari aspek pengurusan masa, kebanyakkan aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan mengikut masa yang dirancang. Hal ini mungkin disebabkan adanya peserta yang malas, buat kerja lambat dan sentiasa tidak menepati masa. Lebih-lebih lagi, masa yang diperuntukkan untuk aktiviti mural sememangnya sangat kurang. Situasi ini

Transcript of BIG LAPORAN SELEPAS.docx

SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

KEKUATAN:Antara kekuatan yang saya dapati sepanjang program BIG yang dijalankan ini ialah dari aspek cuaca. Cuaca yang baik semasa aktiviti telah menaikkan lagi semangat kami untuk berkhidmat kepada masyarakat di sana. Selain itu, dari aspek kemudahan, alatan untuk aktiviti mural seperti berus dan cat mural yang dibekalkan oleh pihak sekolah walaupun kebanyakkannya telah usang tetapi bilangan yang disediakan adalah mencukupi. Hal ini memudahkan lagi kerja membuat mural. Selain itu, penyertaan semua guru pelatih adalah amat memuaskan. Lebih-lebih lagi, ahli-ahli kumpulan juga menunjukkan sikap kerjasama dan toleransi yang amat tinggi sepanjang proses menjalankan program BIG ini, di mana kami saling bantu-membantu untuk menyiapkan tugasan kami dengan lebih efektif. Bukan setakat itu sahaja, hubungan sosial dengan pihak sekolah juga berjaya diwujudkan. Lebih penting lagi, program BIG ini juga banyak menerapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu kepada semua peserta.

KELEMAHAN:Terdapat juga kelemahan yang wujud dalam program BIG ini. Antaranya ialah masalah bekalan air di dalam tandas telah menyukarkan kami untuk menggunakannya terutamanya bagi peserta perempuan kerana bilangan perserta perempuan adalah jauh lebih banyak daripada lelaki. Disebabkan bekalan air dalam tandas terhad, maka wujudlah situasi merebut tandas. Bukan itu sahaja, keadaan bertambah serius apabila sesiapa yang lambat mandi akibat gagal merebut tandas, mereka tidak mendapat makanan kerana telah pun habis diambil oleh rakan-rakan lain. Maka, di sini timbullah masalah makanan tidak cukup. Dari aspek pengurusan masa, kebanyakkan aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan mengikut masa yang dirancang. Hal ini mungkin disebabkan adanya peserta yang malas, buat kerja lambat dan sentiasa tidak menepati masa. Lebih-lebih lagi, masa yang diperuntukkan untuk aktiviti mural sememangnya sangat kurang. Situasi ini telah menyebabkan kumpulan yang ditugaskan untuk membuat mural terpaksa meneruskan aktiviti membuat mural selepas pulang daripada aktiviti kembara sosial. Tegasnya, kekurangan ini perlulah diperbaiki untuk program BIG yang akan datang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :Sehubungan dengan itu, saya ingin menyatakan beberapa cadangan penambahbaikan dalam program BIG ini iaitu dari segi pemilihan tempat. Saya mencadangkan untuk memilih tempat yang lebih selamat daripada serangan nyamuk. Seterusnya, memastikan bekalan air di tandas berfungsi dan mencukupi supaya masalah merebut tandas tidak akan berlaku. Kemudian, mewajibkan untuk menunggu semua peserta bersiap sedia di kantin barulah kami semua membaca doa dan makan bersama-sama. Ini bukan sahaja dapat memastikan semua peserta mendapat makanan yang mencukupi malah hubungan silaturahim juga dapat dipupuk. Bagi mengatasi masalah pengurusan masa, pengurusan dan pengelolaan program perlulah lebih teratur dan tersusun supaya perjalanan program lebih lancar. Di samping itu, saya juga mencadangkan supaya memaklumkan lebih awal kepada para peserta mengenai perjalanan aktiviti supaya mereka dapat bersedia lebih awal.

PELUANG :Sesungguhnya, program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Sebagai contoh, program ini telah mengajar saya cara bergaul dan bekerjasama dengan orang lain. Ini kerana profession perguruan memang memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang pelbagai ragam dan perangai. Dan ini secara langsung telah merapatkan hubungan silaturahim antara saya dengan rakan-rakan lain dan semua pensyarah yang mengikuti BIG ini. Selain itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti kembara sosial, saya berpeluang untuk menyelami kehidupan masyarakat kampung. Walaupun saya bukan orang bandar, tetapi ini merupakan kali pertama saya memasuki rumah papan di mana sebelum ini saya cuma tengok dari luar sahaja. Di samping itu, program ini juga membolehkan saya pergi ke tanah perkuburan Islam. Di sini saya berpeluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai cara pengebumian bagi orang Islam. Lebih penting lagi, program BIG ini juga memberikan peluang untuk membuat mural bersama dengan rakan-rakan saya dan ini dapat mengeratkan hubungan sesama kami. Pada masa yang sama, aktiviti membuat mural ini juga memberikan peluang kepada kami bagi mewujudkan hubungan yang mesra dengan pihak sekolah.

ANCAMAN :Walaupun program BIG ini membawa banyak manfaat kepada kami semua, namun terdapat juga sedikit ancaman. Antaranya ialah terlalu banyak nyamuk, terutamanya pada waktu subuh dan waktu malam. Ini adalah sangat membahayakan kerana kes denggi semakin meleluasa di negara kita. Selain itu, cuaca yang terlalu panas semasa aktiviti membuat mural dan ceramah motivasi telah menyebabkan segelintir peserta berasa mengantuk dan malas untuk membuat kerja.