Big Gorong Royong

18
KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU ( BIG ) WAJ 3114 - BINA INSAN GURU ( BIG ) GOTONG-ROYONG LALUAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SEKOLAH 2013 TARIKH : 21 OGOS 2013 HARI : RABU TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS, NEGERI SEMBILAN. DISEDIAKAN OLEH NAMA : MASANAH BINTI YA’CCOB UNIT : BMM2 (AMBILAN FEB 2012) PENSYARAH : PN HJH MARIAM BT CHE LAT

description

biro tatanegara tajuk gotong royong

Transcript of Big Gorong Royong

Page 1: Big Gorong Royong

KERTAS KERJA

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

BINA INSAN GURU ( BIG )

WAJ 3114 - BINA INSAN GURU ( BIG )

GOTONG-ROYONG LALUAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SEKOLAH 2013

TARIKH : 21 OGOS 2013

HARI : RABU

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS,NEGERI SEMBILAN.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA : MASANAH BINTI YA’CCOB

UNIT : BMM2 (AMBILAN FEB 2012)

PENSYARAH : PN HJH MARIAM BT CHE LAT

Page 2: Big Gorong Royong

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4/2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

DI SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS,

GEMAS, NEGERI SEMBILAN

Sukatan Pelajaran Pendidikan Bina Insan Guru disediakan untuk

memenuhi keperluan Latihan Program Pensiswazahan Guru. Sukatan

Pelajaran ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama

sebagai fokus utama dalam proses pembinaan Insan Guru yang berpaksikan

kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan

masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.

Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa guru

adalah pembina generasi cemerlang, pembentukan jati diri dan menjadi

qudwah hasanah kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu

menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran

era globalisasi.

Sukatan pelajaran Bina Insan Guru ini mengandungi tiga tema utama

iaitu Konsep dan Ciri-Ciri Dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan

Insan Guru serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema

utama ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti kemasyarakatan.

KERTAS KERJA

Page 3: Big Gorong Royong

GOTONG-ROYONG LALUAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS 2013

1.0 PENDAHULUAN

Program ini adalah kesinambungan dengan pencapaian sekolah yang

mewakili Negeri Seremban ke peringkat Kebangsaan dalam

Pertandingan Laluan PPDa 2013. Program ini secara tidak langsung

mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan warga SK Gemas

yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam meraikan bulan

kemerdekaan serta membina hubungan yang erat di antara pihak

sekolah dengan ibubapa/penjaga, agensi kerajaan dan swasta di

sekitar Gemas. Warga SK Gemas juga dapat mempelajari makna

sebenar kemerdekaan serta bahaya D.A.R.I.H iaitu Dadah, Arak,,

Rokok, Inhalan dan HIV/AIDS melalui pengisian sepanjang program ini.

2.0 RASIONAL

Setiap individu seharusnya mempunyai nilai patriotisme yang tinggi

dalam diri masing-masing. Nilai ini penting untuk mengekalkan

keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. Ini Juga akan

mendukung hasrat negara Malaysia Bebas Dadah 2015. Dengan

adanya keharmonian dan semangat perpaduan akan dapat

mengeratkan hubungan silaturahim merentas kaum, budaya, bangsa

dan agama.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk menerapkan nilai patriotisme dan

mendidik warga SK Gemas agar menjadi insan yang cintakan tanah air

serta dapat memberi sumbangan atau berbakti kepada masyarakat dan

negara yang bebas dadah.

4.0 OBJEKTIF

Page 4: Big Gorong Royong

Program ini dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:

1. Menyemai nilai kecintaan dan kesetiaan terhadap tanah air.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat diantara pihak sekolah dengan

ibubapa/penjaga serta agensi kerajaan atau swasta.

3. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa kerjasama

dan permuafakatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam

semua aspek pendidikan disekolah.

4.Guru-guru dapat memahami dan menghayati dalam merangka dan

melaksanakan tindakan untuk mewujudkan budaya gotong –

royong disekolah

5. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang

bersih,ceria, kondusif dan bermaklumat.

6. Meningkatkan kesedaran dan keprihatinan semua murid dan warga

Sekolah terhadap Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

SK Gemas.

5.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn. Zaharah bt Sarbini (GURU BESAR)

Pengerusi : En. Mohd Zaini b Abu bakar(GPK KOKO)

N/Pengerusi: En. Hanafiah b Ismail(GPK 1)

: Pn. Siti Khadijah bt Norani(GPK HEM)

Setiausaha 1 : Pn. Khursiah bt Kamaruddin

Setiausaha 2 : En. Zainurul Izwan B. Zainal

N/ setiausaha : Pn. Zaini bt Abd Rahim

Juru acara :Pn. Fauziah bt Maarit

Page 5: Big Gorong Royong

Bacaan doa :En. Zainurul Izwan b Zainal

Buku Program:Pn. Roslilah bt Maamor

Siaraya : En. Nuzulhakim b Mohd Ali

Hiasan latar :Pn. Kimasisni bt Md Ali

:Pn. Tg Normarina bt Tg Ismail

Cenderahati :Pn Hamidah bt Hashim

AJK KERJA:

Persiapan dewan/tempat:Pekerja sekolah : Pengawal Keselamatan

Mural Blok A : Pn. Masanah bt Yaacob (K)

: Pn. Rozita bt Ismail

: Cik Aini bt Zainol Azlin

: Pn. Hawa bt Ibrahim Khan

: Murid Lelaki Tahun 5M

Mural Blok B : Pn. Aishah bt Ismail(K)

: Pn. Fadzilah bt Hamzah

: Cik Ras Amylia Abd Rahim

: Pn. Roslilah bt Maamor

: Murid Perempuan Tahun 5M/5K

Juru Gambar : Pn.Nurul Asyikin bt Abu Bakar

Mural Blok D : Pn. Khursiah bt Kamaruddin (K)

:Pn. Zanalullaily bt Mohd Sofian

Page 6: Big Gorong Royong

:Pn. Tuan Zunaida bt Raja Ismail

:Pn. Halimah bt Shamsudin

:Pn. Zaini bt Abdul Rahim

:Murid perempuan tahun 6M/6K

Taman baru : En. Hanafiah b Ismail (K)

: En. Zainurul Izwan b Zainal

: Anggota Polis Gemas

: Murid lelaki tahun 6K

Taman SPBT : En Nuzulhakim b Mohd Ali (K)

: En. Mohd Shukurudin

: JPAM

: Murid lelaki tahun 5K

Gantung Baner: En. Mustaffa Kamal b Kalik(K)

: En. Mohd Isa b Abu Bakar

: Pasukan Bomba Gemas/Belia

: Murid lelaki tahun 5A

Pasang bendera :En.Mohammad Arif b Ludin (K) : Pn. Lailawaty bt Muhamed

: Murid lelaki tahun 6M

Memasak bubur: Pn. Fauziah bt Basaruddin (K)

:Pn. Farawahida bt Mohamad :Pn. Norhanani bt Mohd Kadir

:Pn. Normasidah bt Ghani

Page 7: Big Gorong Royong

:Pn. Rohana bt Mohd Isa

Penyediaan air: Pn. Norhidayah bt Md Jali (K)

: Pn Wan Norzakiah bt Baharuddin

: Pn. Anisah Bt Abdullah

: Pn. Che Hafiza bt Hamid

Jamuan VIP : Pn. Ayu bt Wen (K)

: Pn. Kimasisni bt Md Ali

: Pn. Suzana bt Sulaiman

Jamuan Murid :Pn. Bizisumala bt Hussin (K)

:Pn. Fariza bt. Adnan

:Guru KAFA

Jamuan Penjaga:Pn. Tg Normarina bt Tg Ismail :Pn. Fauziah Bt Maarit

:Pn. Nur Aishah bt Mokhtar

Kebersihan :Cik Norsyamiha Mat Nawang(K)

Sekitar sekolah:Cik Norshila bt Md Som :Unit Kesihatan Tampin

:Semua murid Tahun

6.0 PERBELANJAAN

Page 8: Big Gorong Royong

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1 BENDERA - 20 X RM 3.00 RM 60.00

2 PLAKA - 10 X RM 8.00 RM 80.00

3 CENDERAHATI 2 X RM 30.00 RM 60.00

5 JAMUAN MAKAN/MINUM

320 ORANG X RM 2.00

RM 640.00

6 PERALATAN MENGECAT

RM 60.00

7 RUNCIT RM 100.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 1000.00

7.0 TARIKH, MASA DAN LOKASI PROGRAM

Tarikh : 21 Ogos 2013

Page 9: Big Gorong Royong

Hari : Rabu

Masa : 2.30 – 5.30 petang

Tempat Program : SK Gemas, Negeri Sembilan

8.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru, murid, ibu-bapa dan badan bukan kerajaan dan swasta

9.0 TENTATIF PROGRAM GOTONG ROYONG LALUAN PENDIDIKAN

PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

Tarikh : 21 Ogos 2013

Hari : Rabu

Anjuran : Pihak sekolah & PIBG SK Gemas

2.30 PM : Berkumpul di Dewan Anggerik

2.35 PM : Nyanyian Lagu Negaraku

2.40 PM : Bacaan Doa

2.45 PM : Ucapan Guru Besar

2.50 PM : Ucapan Perasmian & Pelancaran Gotong Royong

Oleh PPD Tampin

3.00 PM : Penyampaian cenderahati

3.05 PM : Aktiviti gotong royang bermula.

5.00 PM : Jamuan

5.30 PM : Bersurai

Page 10: Big Gorong Royong

10. LAPORAN KRONOLOGI PROGRAM

10.1 PENDAFTARAN

Sebelum program diadakan, pendaftaran guru, ibu bapa dan penjaga di

adakan di Dewan Anggerik pada Jam 2.15 PM. Seramai 256 orang telah hadir

pada gotong-royong ini.

10.2 TAKLIMAT PERJALANAN PROGRAM

Sebelum program diadakan, sesi taklimat ringkas telah diadakan di dewan

Anggerik oleh En Mohd Zaini (GPK KO-KU) selaku pengerusi bermula jam 3.00

petang.. Taklimat bertujuan untuk pebahagian kumpulan dan membincangkan

secara ringkas program ini untuk memastikan perjalanan program sentiasa

berjalan dengan lancar. Kumpulan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan

menjalankan tugasan yang berbeza. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 hingga 6

orang.

10.3 SEBELUM AKTIVITI

Page 11: Big Gorong Royong

Sebelum program diadakan, semua peserta Program Khidmat Masyarakat

dikehendaki pergi ke tempat yang telah di arahkan untuk melaksanakan aktiviti

ini. Selepas itu, pembahagian cat, berus dan peralatan lain diagihkan mengikut

kumpulan dan tugasan yang telah diberikan.

10.4 SEMASA AKTIVITI BERJALAN

Setiap kumpulan telah melaksanakan tugas masing-masing dengan

penuh dedikasi dan bersemangat. Pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan

dapat dilaksanakan dengan jayanya.

10.5 JAMUAN RINGAN

Page 12: Big Gorong Royong

Aktiviti gotong-royongselesai dalam jam 5.00 petang. Setelah selesai,

semua telah dijemput ke kantin untuk sedikit jamuan ringan. AJK makanan telah

menyediakan mi goreng dan bubur kacang hijau durian beserta minuman.

11.0 LAPORAN KESELURUHAN

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan di sini bahawa Program Bina

Insan Guru Khidmat Masyarakat ini amat bermanfaat kepada setiap peserta

yang terlibat. Dengan program ini, kesemua pesertadapat menimba pelbagai

pengalaman yang sungguh menakjubkan. Antaranya ialah para peserta dapat

menimba pengalaman mengendalikan Program kemasyarakatan yang

melibatkan banyak pihak. Setiap pengalaman yang dikutip tentunya amat

berharga kepada kesemua peserta BIG kerana pengalaman tersebut sudah

pastinya akan berguna sewaktu mengendalikan program kemasyarakatan di

masa hadapan di sekolah kelak. Ini kerana guru merupakan antara individu

yang mempunyai pengaruh penting dalam struktur masyarakat dan kerjaya

sebagai seorang guru amat dipandang tinggi terutama oleh para ibubapa dan

masyarakat. Disebabkan oleh itulah segala pengalaman yang ada harus ditimba

untuk dijadikan bekalan kelak. Program Bina Insan Guru (BIG) ini telah

memberikan 1001 pengalaman dan kemahiran baru yang amat berharga

kepada setiap guru. Antara pengalaman dan kemahiran baru yang dapat

ditimba oleh setiap guru yang terlibat ialah kemahiran berkomunikasi

interpersonal dengan masyarakat luar dan pihak-pihak yang terlibat. Dengan

perlaksanaan program ini membuatkan para peserta menjadi lebih

Page 13: Big Gorong Royong

berpengalaman dan berkemahiran dalam pelbagai aspek berkaitan dengan

proses perlaksanaan program. Dengan ini, kesemua peserta dapat

mengaplikasikan kemahiran dan pengalaman tersebut untuk dijadikan

panduan sewaktu melaksana program di sekolah.

11.0 REFLEKSI

Alhamdulillah. Setelah pelbagai rintangan akhirnya dapat juga kami,

kumpulan Pengajian Islam 2 ( PAI 2 ) , Program Pensiswazahan Guru ( PPG )

Ambilan Jun 2011 , mengadakan program Bina Insan Guru ( BIG ) pada 21

Ogos 2013 bersamaan pada hari Rabu, bertempat di Sekolah Kebangsaan

Gemas, Negeri Sembilan.

Sesungguhnya kita sebagai makhluk Allah sentiasa ada kelemahan.

Begitulah juga kumpulan kami yang telah merencanakan program dengan

pelbagai maslah yang timbul. Namun kami sentiasa bersedia menghadapnya

dan sentiasa membuat perbincangan agar apa yang kusut dapat dileraikan.

Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan

dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya

sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif

yang sangat besar

Program ini banyak memberi pengajaran kepada saya. Saya telah

mendapat pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna sebagai seorang

pendidik.Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat bermula dengan

mesyuarat induk jawatankuasa program ini dan pembahagian tugas mengikut

kumpulan.

Aktiviti khidmat masyarakat ini sebenarnya memberi banyak manfaat

kepada saya.Aktiviti mengecat mural, membina taman PPDa, memurnikan

lorong PPDa yang dirjalankan telah memupuk semangat bekerjasama di antara

guru, PIBG dengan ibu bapa dan lain-lain pihak yang terlibat. Bahkan , sikap

Page 14: Big Gorong Royong

kerjasama ini dapat mengeratkan jalinan silaturahim di antara kami selain dapat

membantu menceriakan kawasan sekolah.

Di samping itu, saya sebagai setiausaha dan ahli jawatan kuasa kerja

untuk mengecat mural, saya kena pastikan semua keperluan mencukupi

mengikut kumpulan seperti cat, berus cat dan lain-lain keperluan lagi. Saya kena

pastikan ahli kumpulan mengecat mural berada dalam keadaan yang selesa

semasa aktiviti mengecat dijalankan.

Akhir sekali, program khidmat masyarakat ini memberi banyak manfaat

dan kebaikan kepada saya sebagai seorang guru. Ini kerana , pada zaman ini,

peranan guru bersama masyarakat amat penting.Justeru, apabila saya dapat

melibatkan diri dengan komuditi masyarakat setempat terutamanya dalam

membantu aktiviti bergotong-royong misalnya, imej seorang guru itu sentiasa

akan dipandang mulia.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………… ………………………………

(En. Zainurul Izwan B. Zainal) (Pn Hjh Zaharah binti Sarbini)

Setiausaha 2 Program Gotong-royong PPDa Guru Besar SK Gemas,

Sekolah Kebangsaan Gemas Gemas, Negeri Sembilan

Gemas, Negeri Sembilan