BIG Etika.docx

18
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, JALAN KOLEJ, KUCHING NAMA : Aaron Lee Hsien Liang NO KAD PENGENALAN : 930423-10-5543 NO MATRIK : 201106599 NO. TELEFON : 017-3269154 KUMPULAN : PISMP BI (SK) 1 AMBILAN JAN 2013 TARIKH : 29 OGOS 2013 TEMPAT : AUDITORIUM TAZA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013 LAPORAN PEMBINAAN PORTFOLIO INDIVIDU KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) CERAMAH ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL SEMESTER 2 TAHUN 2013

Transcript of BIG Etika.docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, JALAN KOLEJ, KUCHING

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013

LAPORAN PEMBINAAN PORTFOLIO INDIVIDU KURSUS BINA INSAN GURU (BIG)CERAMAH ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOLSEMESTER 2TAHUN 2013

TAHUN 2013

NAMA: Aaron Lee Hsien LiangNO KAD PENGENALAN: 930423-10-5543NO MATRIK: 201106599NO. TELEFON: 017-3269154KUMPULAN: PISMP BI (SK) 1 AMBILAN JAN 2013TARIKH: 29 OGOS 2013TEMPAT: AUDITORIUM TAZAPENSYARAH MENTOR: PUAN ANIS ALISYA ABDULLAH

Senarai Kandungan Muka Surat1.Biodata ........32.Pengenalan........43.Matlamat..54.Objektif.....65. Jadual Pelaksanaan.. 76.Tempat.. 77.Kandungan..88.Refleksi Kendiri...... 99.Penilaian Kendiri... 1110.Penutup....... 13

1.0 BIODATA

NAMA: AARON LEE HSIEN LIANGJANTINA : LELAKIBANGSA : CINASTATUS PERKAHWINAN : BUJANGKUMPULAN : PISMP BI SK 1 AMBILAN JANUARI 2013SEMESTER : 2ALAMAT : No, 319, Jalan Jasmin 10, Taman Jasmin, 43000 KajangNO H/P : 0173269154NAMA WARIS TERDEKAT : Anita Yeo Chye LuanPERHUBUNGAN : IbuNO. TELEFON : 019-2899709

2.0 PENDAHULUAN/ PENGENALANProgram Bina Insan Guru atau lebih sinonim dengan singkatan BIG adalah merupakan satu program yang khusus dijalankan bagi melatih para guru pelatih di semua Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan bagi melengkapkan para guru pelatih dengan kemahiran jasmani, emosi, rohani, intelektual dan juga sosial. Oleh kerana guru merupakan aset bagi pembentukan masa depan negara, program BIG ini merupakan satu medium yang baik untuk para guru pelatih membina serta memupuk nilai-nilai murni bagi memastikan guru-guru pelatih di IPG seluruh Malaysia mempunyai minda kelas pertama dan bersifat holistik. Oleh yang demikian, pada semester 2 ini, kami dikehendaki menghadiri ceramah Protokol dan Etiket tentang kesempurnaan dan kesesuaian berpakaian di Auditorium Taza, Kuching untuk memenuhi keperluan kurikulum PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) Semester

3.0 MATLAMATSecara amnya, program Bina Insan Guru ini diharap dapat memupuk semangat dan sikap positif serta nilai-nilai positif dlam menjalankan tugas sebagai seorang guru. Guru merupakan contoh teladan kepada anak-anak murid dan masyarakat di sekeliling kita. Ceramah protokol dan etiket ini dapat memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih tentang tanggungjawab kita sebagai seorang guru untuk menjaga tingkah laku dan sentiasa beradab sopan. Guru juga harus bersikap professional dalam melaksanakan tugas-tugas dan berhemah. Hal ini kerana masyarakat dan para murid sentiasa memberi aspektasi yang amat tinggi terhadap guru yang merupakan pemangkin kepada kejayaan murid-murid pada masa kelak.

4.0 OBJEKTIFProgram Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada pembinaan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, serta bermanfaat kepada keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Melalui program Bina Insan Guru (BIG) ini, peserta-peserta dapat mencapai matlamat berikut:3.1 Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar berkaitan domain kandungan kurikulum Bina Insan Guru (BIG) 3.2 Membina kualiti peribadi dan professional sebagai seorang insan guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat 3.3 Meningkatkan tanggungjawab guru dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara.

Page | 6

5.0 Jadual PelaksanaanTarikh:29 Ogos 2013

Masa:1400-1700 (2 petang - 5 petang)

6.0 TempatAuditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching, Sarawak

7.0 Kandungan8.0 Refleksi kendiriProgram Bina Insan Guru (B.IG) pada kali ini amat berbeza dengan B.I.G yang lepas yang baru sahaja dijalankan pada tahun ini juga iaitu kerja khidmat masyarakat yang berlangsung di dalam IPG Batu Lintang juga. Ia berbeza kerana kali ini B.I.G dilakukan secara ceramah. Saya agak terkejut kerana saya berfikiran dari B.I.G yang pertama bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah outdoor tetapi kali ini adalah indoor dan versi ceramah. Saya langsung tidak tahu bahawa ceramah ini merupakan salah satu aktiviti dalam program ini tetapi secara langsung ceramah ini juga memberi ilmu and input yang baharu kepada saya. Penceramah untuk ceramah Etiket Sosial dan Protokol ini adalah Encik Azahary Ahmad. Beliau merupakan seorang penceramah yang bagus dari segi penyampaian serta penerangan yang amat jelas. Pada mulanya, beliau memberi penerangan tentang Etiket Sosial dan Protokol. Etiket Sosial didefinisikan sebagai satu bentuk, cara dan upacara yang diwujudkan secara kurang formal tetapi diterima dan diamalkan oleh masyarakat, dalam sesuatu profesion dan hubungan rasmi. Dengan ini, saya juga dapat menjadikan pengalaman yang diperolehi ini ke arah menjadi guru yang lebih bagus. Tambahan pula, saya juga memperolehi ilmu pengetahuan tetang kepentingan menguasai kemahiran asas intrapersonal dan juga pengamalan etika, adab, peraturan serta protokol dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti. Aspek yang diberi keutamaan dalam ceramah ini ialah etika sosial dan protokol yang termasuk pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja, pengendalian majlis rasmi dan juga etika berpakaian. Oleh itu, aspek pertama yang beliau ialah pemakaian. Selama ini, saya tidak begitu mengetahui cara pemakaian yang betul kerana saya berpendapat bahawa asalkan baju itu cantik dan harga berpatutan maka baju tersebut akan dibeli oleh saya. Pakaian menampiikan imej seseorang lagi-lagi imej seorang guru. Penilaian dari segi kedudukan ekonomi, tahap pelajaran, tahap kedudukan sosial, kejayaan, moral, tahap boleh dipercayai, kecanggihan atau kehebatan, imej kendiri dan masa hadapan seseorang boleh dinilai melalui pakaian yang dipakai. Beliau kemudian memberi beberapa contoh cara pemakaian yang sering dipakai oleh pelbagai orang yang berpangkat tinggi, seperti Perdana Menteri kita sendiri. Cara beliau pakai yang sentiasa kemas dan terapi kerana beliau harus menarik kepercayaan rakyat serta menunjuk bahawa beliau adalah seorang yang berkaliber. Selepas itu, Encik Azahary memberi beberapa tips tentang pakaian yang sering kita sendiri tidak sedar. Beliau mengatakan bahawa pakaian yang dipakai haruslah bersesuaian dengan bentuk badan, warna kulit, bentuk muka, dan padanan warna. Terdapat pelbagai cara untuk bergaya dengan betul iaitu mengenali bentuk badan diri sendiri supaya senang untuk mencari potongan dan warna pakaian yang sesuai. Sentiasa memilih pakaian yang besesuaian dengan majlis, umur serta potongan badan. Oleh itu, pemakaian yang baik dan sesuai ialah warna yang dipilih ada padan dengan warna kulit, pakaian tersebut selesa dan kelihatan kemas. Kemudiannya, beliau juga menerangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan kaum lelaki seperti kolar kemeja, tali leher dan kasut. Setelah habis menerangkan kod pakaian, beliau menyentuh perkara seterusnya iaitu tataterbib di majlis formal dan di meja makan. Pertama sekali adalah isu masa yang ditekankan kerana masa itu adalah penting dan kita harus sentiasa datang tepat pada waktunya untuk menghormati majlis yang berlangsung. Beliau juga menjelaskan sistem tempat duduk di dalam majlis rasmi serta cara untuk mencari tempat duduk. Semasa dalam majlis rasmi juga, kita harus bertutur dengan sopan dan mengamalkan kesantunan bahasa supaya mengelak berlakunya perselisihan faham dalam majlis tersebut. Pengamalan mengguna ganti diri nama yang betul selalu ditekan dan harus dielakkan berlaku. Kemudian, beliau mengambil tempat duduk di atas pentas. Terdapat meja dan terdapat pelbagai peralatan dan barang di atas meja dan sekeliling meja itu. Beliau menerangkan tatatertib di meja makan terutamanya semasa masa untuk makan. Encik Azahary mengajar beberapa cara yang betul semasa di meja makan. Apabila makanan telah dihidang, jangan merebut-rebut untuk mengambil makanan. Minum air dulu dan bersabar untuk giliran. Apabila mengambil pula, kita harus mengambil kuantiti yang mencukupi supaya mengelak berlakunya pembaziran makanan. Beliau kemudian mengajar untuk menggunakan peralatan yang betul untuk jenis makanan yang berbeza. Saya juga tahu bahawa dilarang sama sekali untuk menghirup sup dan ada cara yang betul untuk menikmati sup tersebut. Setelah habis, tamat sesi ceramah dan penyampaian cenderamata diberi kepada Encik Azahary.9.0 Penilaian kendiri Ceramah ini telah memberi beberapa manfaat kepada saya dan saya percaya juga kawan-kawan saya turut memperolehi manfaat serta kebaikan daripada ceramah ini. Saya belajar untuk bersabar dalam B.I.G ini kerana ceramah ini dikatakan akan diadakan pada hari Rabu. Oleh itu, semua kumpulan telah sampai dan kami tunggu sehingga sejam setengah termasuk guru pembimbing. Setelah lama menunggu, guru pembimbing saya mengambil keputusan untuk menelefon pihak berkenaan dan bertanya. Selepas itu, baru kami tahu bahawa ceramah itu sebenarnya ditundakan pada hari esoknya iaitu Khamis. Kebanyakkan kami memang tidak puas hati kerana dengan masa kerja kursus yang periu dihantar pada hari Jumaat tetapi saya mengambil keputusan untuk bersabar dan berfikiran positif. Etika pemakaian yang disampaikan oleh Encik Azahary amat berguna dan baru kepada saya. Saya baru sahaja tahu bahawa kalau baju yang besar dan tidak bersesuaian dengan badan saya, baju kemeja tersebut akan terlipat-lipat dikelilingi pinggang saya. Kawasan lengan juga akan kelihatan besar. Aspek-aspek begini akan menyebabkan pemakai tersebut tidak kelihatan segak dan selekeh. Saya turut terkejut dan agak terhibur apabila beliau memberi cara untuk menseterika pakaian apabila dihantar ke kawasan pendalaman untuk mengajar. Tempat yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan kemudahan saterika dan papan saterika. Cara yang terbaik untuk seluar adalah luruskan dan di letak bawah tilam untuk satu malam. Hari keesokannya, seluar itu akan lurus dan kemas. Bagi baju kemeja pula, cuci di tempat yang kotor sahaja, bilas dengan air kemudian terus sidai di ampaian. Jangan perah air dari baju untuk mengelakkan kedutan.Selain itu, etika semasa makan juga penting kerana di IPG, setiap tahun majlis makan tahunan dijalankan. Pada ketika itu, pengetahuan sebegini amat penting supaya menjaga nama baik saya dan taraf saya sebagai guru pelatih dan juga berguna pada masa yang akan datang apabila di sekolah yang sering mengadakan jamuan makanan. Etiket makanan ini kelihatan senang tetapi sering saya lakukan kesalahan di majlis rasmi. Saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan etiket sosial dan protokol, seperti cara menggunakan sudu dengan betul semasa makan, cara makan yang betul iaitu perlu mendahulukan jenis makanan yang mana, cara berpakaian yang sesuai dalam majlis-majlis tertentu serta cara-cara duduk yang betul.

Malah,sebagai seorang guru yang berdisiplin, kita haruslah sentiasa berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak dan orang sekelilingi. Berpenampilan sempurna ini sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada orang lain. Cara berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan orang lain amat penting untuk menjaga nama baik kita seorang guru. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam kalangan guru pelatih; selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita haruslah berpakaian mengikut norma ataupun cara yang disetujui ramai dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah berpakaian berdasarkan imej sebagai seorang guru. Oleh itu, pakaian-pakaian yang jenis singkat, ketat, menjolok mata dan tidak menutup aurat haruslah dielakkan walaupun kita berada di luar kawasan sekolah, di pusat membeli belah, di cafe makanan, dan sebagainya. Sama juga seperti kasut, tas tangan, rambut, kuku, barang-barang perhiasan, dan sebagainya, kita haruslah memakai mengikut peraturan dan norma masyarakat yang ditetapkan.Di samping itu, saya juga menyedari bahawa kepentingan menjadi teladan yang baik kepada anak murid-murid sekolah. Saya yang merupakan seorang bakal guru pada masa akan datang, dengan Program Bina Insan Guru (BIG) ini, pemahaman saya terhadap etika dan protokol sosial adalah sangat penting. Ini telah menjadi kunci kejayaan saya dalam mendisiplinkan murid-murid sekolah dalam pemupukan etika dan protokol dalam sosial. Keupayaan seorang guru menjadi contoh teladan yang baik adalah sangat penting bagi mendorong murid-murid mengikuti tingkah laku guru. Jika guru sendiri berselekeh ke sekolah, bagaimana murid-murid akan mempelajari cara yang betul untuk berpakaian kemas dan sedap dipandang. Oleh itu, saya rasa bahawa sebagai guru amatlah penting untuk sentiasa dalam keadaan mantap supaya bukan sahaja menjadi teladan kepada pelajar tetapi juga di mata masyarakat.

10.0 PenutupSecara konklusinya, program BIG memberikan banyak manfaat dan impak kepada guru-guru pelatih, kerana kami telah mengetahui cara-cara memilih pakaian mengikut bentuk badan, warna kulit dan situasi-situasi tertentu. Setiap aktiviti BIG yang dijalankan mempunyai objektif dan kepentingan yang tersendiri, sama ada terhadap individu, masyarakat, agama dan negara. Dengan menghadiri ceramah ini, maka para guru pelatih akan lebih mengambil berat tentang penampilan diri sendiri dan sentiasa memastikan diri sendiri menjaga etika keguruan untuk menjadi teladan yang baik kepada para murid pada masa yang akan datang.