Bicara Tokoh - Hajah Khuzaimah.pahang
-
Upload
lovekingsley -
Category
Documents
-
view
270 -
download
3
Transcript of Bicara Tokoh - Hajah Khuzaimah.pahang
BICARA TOKOH (32 tahun 7 bulan dalam perkhidmatan pendidikan)
Pengalaman selaku penjawat awam; Cabaran-cabaran yang dihadapi
khasnya yang berkaitan dengan isu-isu integriti; dan
Cara menanganinya; serta pencapaian yang diperolehi
Oleh :Hjh Khuzaimah binti Hj Sulaiman
Sejarah selaku penjawat awam dalamperkhidmatan pendidikan :Bil Jawatan Tempoh
1. Guru Pendidikan Islam 11 th 10 bl
2. Guru Penolong Kanan HEM 6 th 5 bl
3. Guru Penolong Kanan 1 1 th 0 bl
4. Pengetua DG48 6 th 5 bl
5. Pengetua Kanan DG54 2 th 7 bl
6.7.
Pengetua Cemerlang JUSA CPerunding Kanan IAB
2 th 3 bl
1 th 9 bl
PESAN IBU KUNCI KEPADA PEMBINAAN INTEGRITI DALAM HATI DAN MINDA
1. Bersyukurlah kepada Allah kerana kamu dapat kerja kerajaan, ada gaji tetap dan akan dapat pencen sekiranya panjang umur.
2. Jangan sekali-kali lawan Guru Besar (hormati ketua), Jika lawan ketua kamu akan susah nanti. Berbincang kalau ada masalah. Cakap elok-elok, jangan sakitkan hati orang.
PESAN IBU KUNCI KEPADA PEMBINAAN INTEGRITI DALAM HATI DAN MINDA
3. Jangan sesekali ponteng kerja, supaya halal setiap sen gaji yang kamu terima.
4. Jika kamu sakit atau kurang sihat, kalau masih terdaya ke sekolah, pergi… sebab murid kamu akan terbiar kalau tidak ada guru ganti. Kerja guru berbeza dengan kerja pegawai di pejabat, mereka mengadap fail, tapi kamu mengadap murid…
PESAN IBU KUNCI KEPADA PEMBINAAN INTEGRITI DALAM HATI DAN MINDA
5. Buat baik dengan semua orang, walaupun orang itu berbuat jahat kepada kita. Sidikitpun tidak rugi kalau kita buat baik dengan orang, malah untung.
6. Emak tak ada harta kekayaan nak beri kamu, dengan kelulusan dan kerja yang kamu sudah dapat sekarang, itulah harta dari emak. Ingatlah, setiap harta yang kita miliki biar berkat.
IMPAK MENGHAYATI PESAN IBU
Amanah dan tanggungjawab sebagai guru, tidak berani diabaikan sama sekali.
Rasa amat bersalah jika tidak masuk kelas tepat pada waktunya.
Pergi juga bekerja walaupun dapat MC. Berusaha sedaya upaya menyiapkan
tugasan supaya tidak melepasi tarikh yang ditetapkan, dengan itu tidak akan menyusahkan orang lain.
IMPAK MENGHAYATI PESAN IBU Belajar memahami, menghormati dan
menghargai orang lain (pemimpin/rakan sejawat/staf sokongan/murid).
Tidak mudah terpengaruh dengan sikap negatif atau tidak berintegriti rakan sejawat.
Bersedia bekerja lebih masa tanpa rasa terpaksa, untuk memastikan matlamat yang disasarkan tercapai sepenuhnya.
Belajar bekerja sepasukan untuk mencapai matlamat bersama.
4 kisah teladan zaman silam yang menyentuh hati, menjadi benteng : Menjadi khadam 4 tahun kerana
makan sebiji epal. Khalifah Umar Al-Khatab dengan
Pengembala Kambing. Gadis miskin penjual susu kambing. Khalifah Umar Abdul Aziz dengan
pelitanya.1. Sh A. Kadir Jailani b Abu Saleh + Ummul Khair Fatimah bt Sh Abdullah(buta>tak lihat lelaki, pekak>tak dengar yg haram, bisu>tak sebut yg keji & mengumpat orang, kudung>tangan & kaki tak pernah melakukan maksiat atau yg haram)3. Umar al-Khatab, ‘Ashim + (Asma’ =gadis miskin) = Laila + A.Aziz b Marwan = Umar A.Aziz
ISU-ISU INTEGRITI DAN CARA MENANGANINYA (sekolah 1)
BULAN KE-3 BERTUGAS SEBAGAI GPK HEMISU 1 : Staf sokongan (PRA) PRA (tukang kebun dan tukang sapu)
enggan membantu penyelia asrama menyusun kerusi dan meja di dewan untuk tempat pendaftaran tingkatan 1 dalam masa cuti sekolah dua hari sebelum hari pendaftaran.
PRA marah-marah kepada penyelia asrama, sebab itu bukan tugas mereka.
… sambungan Isu 1 Penyelia asrama mengadu dan meminta
saya arahkan PRA buat kerja berkenaan. Staf sokongan tiada siapa yang hirau :
keluar - masuk, buat kerja – tak buat kerja, bebas sesuka hati mereka.
GPK 1 yang baru naik pangkat menjadi Pengetua di sekolah lain belum berganti.
Pengetua tak pernah berada di sekolah sepanjang cuti persekolahan, surat dan apa-apa yang perlu ditandatangani, PAR pejabat akan hantar ke rumah beliau.
Cara menangani Minta penyelia asrama beritahu semua
PRA berkenaan, saya hendak jumpa. Berkenalan dengan setiap individu yang
hadir secara baik, set minda sama taraf dengan mereka, tunjukkan keikhlasan/ tidak berpura-pura.
Nyatakan hasrat dengan jelas kenapa perlunya bantuan mereka.
Selepas selesai kerja pada hari itu, saya belanja makan nasi lemak dan makan bersama-sama dengan mereka.
PENCAPAIAN : Objektif pertemuan tercapai 100% Selepas peristiwa itu :
hubungan kami semakin akrab tugas hakiki mereka dijalankan dengan baik
dan tidak perlu diarah-arah lagi Sekolah semakin bersih dan ceria 1994 Johan 3K peringkat Negeri, tempat ke-
6 peringkat kebangsaan 2004 Johan 3K Kebangsaan kategori
kebersihan & kesihatan
ISU-ISU INTEGRITI DAN CARA MENANGANINYA (sekolah 2)
BULAN KE-3 BERTUGAS SEBAGAI GPK 1ISU 2 : Akademik Tidak Terurus Guru-guru berada dalam zon selesa Aliran sains tulen batch pertama terabai Peralatan dalam makmal tidak lengkap,
Fizik, Kimia, Bio T5 belajar teori sahaja Pengetua yang bersara belum berganti Sekolah telah naik gred A, tetapi masih
belum mempunyai Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
Cara menangani Mohon kepada Jabatan Pelajaran Negeri
menempatkan GKMP dengan kadar segera
Semua guru dan semua ketua panitia diberi bimbingan khusus berkaitan dengan pengurusan matapelajaran dan pengurusan dalam bilik darjah berasas-kan pekeliling-pekeliling yang berkaitan.
Sebuah bilik gerakan diwujudkan.
….sambungan Cara menangani Kursus Bina Semangat diadakan untuk
semua guru, di luar kawasan sekolah. Pemantauan terancang dilaksanakan
bagi buku rekod mengajar guru dan buku latihan murid.
Pencerapan dilaksanakan ke atas guru : mengajar dalam bilik darjah, makmal sains, bengkel dll.
Ibu bapa dijemput hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak mereka.
PENCAPAIAN : Mendapat 4 orang GKMP serentak. Guru-guru keluar dari kepompong zon
selesa, mereka mula peka dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Bilik gerakan beroperasi dengan sewajar-nya, dokumen kemaskini dan teratur.
Menjadi Johan Pengurusan Akademik peringkat negeri 1995.
Keputusan peperiksaan PMR dan SPM meningkat.
ISU-ISU INTEGRITI DAN CARA MENANGANINYA (sekolah 3)
BULAN KE-8 SEBAGAI PENGETUAISU 3 : Pengurusan Kewangan Tidak
mengikut Prosidur Sekolah gred A Laporan Audit bersyarat/berteguran Kutipan yuran sekolah/ yuran asrama/
sewa kantin tidak diurus dengan baik Terdapat guru tingkatan buat kutipan
yuran tidak serahkan ke pejabat
… sambungan Isu 3
Pengurus kantin ‘semasa’ tidak bayar sewa sepanjang tahun sebelumnya, pengurus kantin 10 tahun dulu tidak bayar sewa hingga meninggal dunia
Kutipan yuran asrama bank in hanya 4 kali sahaja dalam setahun
Yuran asrama yang belum dikutip tidak ada apa-apa tindakan susulan
Pengetua tandatangan apa sahaja yang dikemukakan oleh kerani, tanpa soal.
Cara menangani Teliti satu persatu teguran audit Semak semua dokumen pengurusan
kewangan khususnya yang berkaitan dengan teguran audit
Kenalpasti punca teguran Taklimat khas kepada semua guru yang
terlibat dengan kutipan wang Buat perbincangan khas dengan
pengurus kantin ‘semasa’ & kemukakan cadangan penyelesaian hutang sewa
….sambungan Cara menangani Hantar surat peringatan hutang lapok
pengurus kantin terdahulu hingga 3 kali Mohon hapuskira hutang lapok Memastikan kerani kewangan menjalan-
kan tugas ikut prosidur sebenar Memastikan semua bayaran asrama yang
tidak dikutip sejak beberapa tahun diambil tindakan susulan
Memastikan pada akhir tahun kewangan ‘semasa’, teguran audit tidak berulang.
PENCAPAIAN : Semua guru tingkatan tahu dan faham
prosidur kutipan wang yuran Kerani kewangan dapat kerjasama guru Permohonan hapuskira hutang lapok : lulus Yuran asrama tertunggak dapat dikutip
sepenuhnya Pengurus kantin ‘semasa’ menjelaskan
hutang dahulu dan bayar sewa ‘semasa’ Laporan audit tidak lagi bersyarat Naib Johan Anugerah Kualiti Pengurusan
Kewangan peringkat kebangsaan 2006
Integriti Integriti adalah Kejujuran dan Keikhlasan
Jujur dan ikhlas dapat diungkapkan sebagai:
“Buat sesuatu dengan betul walaupun tidak ada sesiapa
yang nampak.”
Agama Islam merangkumi 3 tingkat : 1. Islam: anda melakukan 5 Rukun Islam2. Iman : anda percaya 6 Rukun Iman3. Ihsan: (Islam + Iman) “Anda beribadah* kepada Allah seolah-
olah anda sedang melihat-Nya, jika anda tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat anda.”
(* beribadah/buat baik/buat yang betul/buat apa saja)
Kesimpulan BicaraUntuk menjiwai integriti : sebagai individu : kita semestinya berpegang teguh kepada ajaran agama, menghayati nilai-nilai murni, mematuhi etika kerja, sentiasa bermuhasabah diri dan tidak hanya menyalahkan orang lain.sebagai pemimpin : kita dituntut menjadi teladan yang baik, beri arahan tidak ber- canggah dengan peraturan, jauhi “cakap tak serupa bikin” dan tidak malu minta bantuan orang lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran.
Sekian, Terima Kasih
Selamat Maju Jaya