BERITA PASIR GUDANG · acara tahunan MPPG yang telah ... lalu. Liga Perdana Pasir Gudang ini bukan...
-
Upload
nguyennhan -
Category
Documents
-
view
247 -
download
0
Transcript of BERITA PASIR GUDANG · acara tahunan MPPG yang telah ... lalu. Liga Perdana Pasir Gudang ini bukan...
TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
BERITABERITA
MAC 2017
RM150,000.00Milik Zon Kota Masai 1
KONVENSYEN JKZ :
PASIR GUDANG
“”
w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera
M/s11
PIALA SUMBANGSIH 2017
M/s7
TAkLIMAT EkoSISTEM koNdUSIf SEkTor AwAM (EkSA)
LIGA PERDANA PASIR GUDANG 2017Bakal Memulakan Tirai
PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG
KETuA EDITorEncik Saipol rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG
PENoloNG KETuA EDITorPuan rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat
PENGArANGEn. Nazarul bin Jaafar
PEMbErITA- Cik Nur lina binti Abdul Karim- Puan Nadztasha binti Mohd Puad
JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin roslan
AJK SIDANG REDAKSI 2017
BERITA PASIR GUDANG
PerutusanYANG dIPErTUA MAJLIS PErBANdArAN PASIr GUdANG
Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]...............................................................
Diterbitkan olehJABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
KANDUNGAN
2
BISMILLAHIrrAHMANIrrAHIM,
Kalam kata, dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha
Pengasih. Syukur kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir Gudang keluaran kali yang ketiga bagi tahun 2017.
Saya berharap di lembaran yang baru ini, semua warga Pasir Gudang berada dalam keadaan yang sihat senantiasa di bawah lindunganNya, serta dapat menjalankan aktiviti seharian dengan aman dan sejahtera.
Kini, memasuki bulan ketiga pada tahun 2017 di mana MPPG sentiasa menunjukkan prestasi yang semakin maju kehadapan disamping menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi komuniti Pasir Gudang secara amnya.
Permulaan bulan Mac didahului dengan program kaunter pandulalu MPPG untuk pembayaran sewa, kompaun dan cukai. Kaunter tersebut dibuka sebagai alternatif untuk kemudahan kepada penduduk kawasan sekitar di mana mereka tidak perlu beratur dan mengambil nombor giliran di kaunter. Cetusan idea ini selaras dengan aspirasi MPPG dan hasrat Perdana Menteri dalam memberikan yang terbaik khususnya dalam ‘Delivery Year’ selaras dengan keperluan pengguna masa kini.
Satu sesi taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) berlangsung di Dewan Al-Hamra Menara Aqabah, MPPG. Taklimat tersebut disampaikan oleh Puan Raha binti Jawahir selaku Timbalan Pengarah Pejabat Penjara Negeri Johor. EKSA bukanlah bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya bertujuan untuk menambahbaik sistem yang sedia ada yang memudahkan para pekerja sektor awam.
Bertempat di Amansari Residence Resort telah berlangsung Majlis Konvensyen Jawatankuasa Zon (JKZ) Ahli Majlis dengan jayanya. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program besar
Liga Perdana Pasir Gudang 2017 Bakal Memulakan Tirai
Konvensyen JKZ : RM150,000.00 Milik Zon Kota Masai 1
Program Derma Darah OlehPelajar UUM Kampus Johor
Perhimpunan Bulanan : Mac
Taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA)
Lensa MPPG Mac 2017
Karnival Sukan Perpaduan ‘Scientex Cergas’
Piala Sumbangsih - Saujana FCSingkir Kejora FC
Persembahan PGSB Di Kulai
Kemudahan Di MPPG
Yayasan Pasir Gudang (YPG)Terus Prihatin
Muzium Layang-LayangSarang Buaya Di Pasir Gudang
Cukai Taksiran
3
12
11
13
4
5
67
10
14
15
168&9
ini. JKZ sebagai badan induk dalam menyampaikan maklumat berkaitan kerajaan antara zon dan MPPG.
Bagi musim Liga Perdana Pasir Gudang 2017, majlis perasmian telah berlangsung di Dewan Al-Hamra, Menara Aqabah MPPG, merupakan acara tahunan MPPG yang telah dianjurkan sejak pada tahun 2014 yang lalu. Liga Perdana Pasir Gudang ini bukan sahaja menaikkan kualiti bola sepak itu sendiri, malah mengeratkan lagi kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-jabatan, Syarikat Swasta, NGO dan penduduk sekitar Pasir Gudang ini. Piala Sumbangsih memulakan tirai perlawanan pembukaan Liga Perdana Pasir Gudang musim 2017, yang telah diadakan bertempat di Stadium Bolasepak Pasir Gudang. Perlawanan ini melibatkan Johan Liga Perdana Musim 2016 antara pasukan Kejora FC menentang Johan Liga Piala FA iaitu pasukan Saujana FC.
Sebelum saya mengakhiri coretan untuk lembaran buletin pada edisi kali ini, saya ingin tekankan kepada warga MPPG agar sentiasa mempunyai kredibiliti yang tinggi disamping menjalankan tugas dengan penuh komited dengan harapan yang tinggi, saya berharap semoga bumi Pasir Gudang sentiasa dalam perlindungan Allah SWT agar dapat kita hidup dalam suasana harmoni, tenang dan aman. Amin.
Hasrin kamal bin HashimYang dipertua MPPG
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3
Pada 11 Mac 2017 yang lalu, telah berlangsung satu Majlis
Perasmian Liga Perdana Pasir Gudang 2017. Pertandingan Liga Perdana Pasir Gudang Piala Yang Dipertua merupakan acara tahunan MPPG yang diperkenalkan sejak tahun 2014. Piala FA pula telah diperkenalkan pada tahun 2015 dan disusuli dengan Piala Sumbangsih pada tahun 2016. Seterusnya menjadikan Liga Perdana Pasir Gudang kini mempunyai 3 Piala yang akan menjadi rebutan di antara pasukan-pasukan yang akan menyertai kejohanan ini
Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah sekali lagi kepada penyandang juara tahun 2016, di mana Johan Piala Yang Dipertua 2016 telah dimenangi oleh Kejora FC dan johan bagi Piala FA
pula telah dimenangi oleh Saujana FC manakala bagi Piala Sumbangsih, piala telah dimenangi oleh MPPG FC. Beliau juga berharap dengan adanya Liga Perdana Pasir Gudang ini, ianya dapat menambahkan lagi kerancakan kepada Kejohanan Liga Malaysia yang meningkat naik melalui pasukan bolasepak JDT. Selain ianya mampu meningkatkan ketahanan fizikal dan semangat jati diri seseorang itu disamping mampu mengeratkan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-jabatan, Syarikat Swasta, NGO dan penduduk sekitar Pasir Gudang ini. Kejohanan seperti ini juga adalah landasan kearah memupuk perpaduan, menjalin sifat hormat menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi.
Untuk liga kali ini, padang perbandaran sekali lagi akan menjadi padang rasmi bagi liga pertandingan ini dengan struktur kawasannya yang begitu terbuka dan mudah dilihat, ianya dapat menarik minat penduduk sekitar untuk turun ke padang serta menyaksikan perlawanan-perlawanan yang akanberlangsung. Pasukan yang layak
ke pertandingan akhir kelak berpeluang untuk bermain di padang bolasepak MPPG iaitu padang di mana dikhususkan untuk team JDT 2 bermain sebagai tuan rumah.
Majlis diteruskan dengan pengundian dan sesi taklimat untuk menentukan kumpulan bagi pasukan yang menyertai liga perdana. Setiap pasukan haruslah bersemangat dan berusaha untuk merebut piala yang akan dipertandingkan. Turut hadir Encik Saipol Rahman bin Haji Amat Setiusaha MPPG, Puan Rahamah binti Mahmood Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Tuan Haji Adnan bin Abd Gahni Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan.
LIGA PERDANA PASIR GUDANG 2017
Bakal Memulakan Tirai
BERITA PASIR GUDANG4
Jawatankuasa Zon (JKZ) ditubuhkan pada 1 Mei 2016 bagi memudahkan lagi pengurusan penyampaian maklumat kepada masyarakat di Pasir Gudang. Terbahagi kepada 15 zon di Parlimen Pasir Gudang dan 9 zon
di Parlimen Tebrau yang menjadikan jumlah keseluruhan 24 zon di dalam kawasan pentadbiran MPPG.
Konvensyen JKZ telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 26 Mac 2017 bersamaan 27 JamadilAkhir 1438H di Amansari Residence Resort. Konvensyen JKZ ini melibatkan pelbagai jabatan dan agensi termasuk Kementerian Perumahan dan Tempatan.
Objektif konvensyen ini adalah JKZ sebagai badan induk dalam zon yang menjadi sumber utama penyampaian maklumat berkaitan kerajaan dan menjadi medium perhubungan antara zon dan MPPG selain memberi maklumbalas dan fungsi tentang perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang kepada Masyarakat.
KONVENSYEN JKZ : RM150,000.00 MILIk ZON kOTA MASAI 1
Sambutan konvensyen ini sangat menggalakkan dengan kehadiran wakil zon seramai 15 orang setiap zon. Hampir 400 orang yang hadir mewakili agensi yang berbeza memeriahkan konvensyen JKZ ini. Konvensyen JKZ ini telah di rasmikan oleh YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang.
Majlis perasmian Konvenysen JKZ ini diserikan lagi dengan gimik dan pelancaran buku Garis Panduan Jawatankuasa Zon (JKZ) Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang oleh YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad. Beliau juga turut menyampaikan hadiah Pertandingan 5S Masjid dan Surau 2016.
Konvensyen diteruskan dengan pembentangan fungsi jabatan kepada hadirin tetamu oleh Ketua Jabatan yang terlibat diselangi dengan sesi soal jawab YDP bersama penduduk dan wakil JKZ. Hadiah utama Anugerah Zon Teraktif 2016 telah dimenangi oleh Zon Kota Masai 1 yang membawa pulang hadiah berupa projek bernilai RM150,000.00, Naib Johan Zon Nusa Damai, Ketiga Zon Mawar yang membawa hadiah berupa projek RM100,000.00 dan RM50,000.00
SENArAI PENErIMA HAdIAH dAN ANUGErAH
Anugerah Khas Anugerah Agensi Kerajaan : Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir GudangAnugerah Agensi Swasta : Johor Halal ParkAnugerah Individu : Encik Shamsul Bahrin bin Ibrahim
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5
Bertemakan ‘Darah Menyelamatkan Nyawa’ sebagai satu simbolik untuk
menarik minat masyarakat untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan, Pelajar Luar Kampus Universiti Utara Malaysia Kampus Johor Baru (PLK) menganjurkan kempen derma darah bertempat di ruang legar Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada 21 Mac 2017.
Program kerjasama Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang ini bertujuan untuk membantu pesakit yang memerlukan darah serta mengurangkan beban kepada keluarga mereka, memupuk sifat kasih sayang, saling bantu membantu antara satu sama lain dalam diri setiap anggota masyarakat. Selain itu, memupuk semangat kekitaan (sense of belonging) dan sayangi pelatih serta tenaga pengajar dan mendedahkan mereka kepada sesuatu perkara yang baru serta mencabar fizikal dan mental selaku penganjur.
Menurut Pengerusi program ini iaitu Encik Mohamad Suhaizal, Program khidmat masyarakat ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus mata pelajaran Pembangunan Masyarakat yang memberi peluang kepada pelajar PLK UUM Johor untuk mengendalikan satu program berbentuk kemasyarakatan.
Kempen ini terbuka kepada semua pengunjung Kompleks Pusat Bandar, penyewa-penyewa dan kakitangan Kompleks Pusat Bandar itu sendiri. Walaubagaimanapun, program ini mensasarkan lebih kurang 50 orang pengunjung untuk menjayakan program ini. Program ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang.
PROGRAM DERMA DARAHOLEH PELAJAR UUM
KAMPUS JOHOR
BIL MASJId HAdIAH
1 Masjid Politeknik Ibrahim Sultan RM 1500 + SIJIL
2 Masjid Al-Munawarah, Jalan Ciku, Taman Kota Masai RM 1200 + SIJIL
3 Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang RM 1000 + SIJIL
4 Masjid An-Nur Taman Cendana RM 500 + SIJIL
5 Masjid Ittihad, Perjiranan 9, Taman Air Biru RM 500 + SIJIL
6 Masjid Jamek Jalil Hassan, Kampung Pasir Putih RM 500 + SIJIL
7 Masjid At-Taqwa, Jalan Nenas, Taman Kota Masai RM 500 + SIJIL
8 Masjid Al-Ulya, Taman Air Biru RM 500 + SIJIL
9 Masjid An-Nur Pasir Gudang RM 500 + SIJIL
10 Masjid Nusa Damai RM 500 + SIJIL
BIL SUrAU HAdIAH
1 Surau Al-Bararah, Peringkat 2, Kg Cahaya Baru RM 1000 + SIJIL
2 Surau Al-Ghufran, Bandar Bistari Perdana. RM 700 + SIJIL
3 Surau An-Nur, Perjiranan 8, Taman Air Biru RM 500 + SIJIL
4 Surau Assobirin, Taman Bukit Dahlia RM 300 + SIJIL
5 Surau Al-Barakah, Taman Mawar RM 300 + SIJIL
6 Surau Pringkat 1, Jalan Delima, Kg Cahaya Masai RM 300 + SIJIL
BIL kATEGorI kEdUdUkAN NAMA PESErTA
1 Rumah Kos Rendah dan Sederhana Murah
Pertama En Roslan Bin Paiman
Kedua Ali Bin Omar
Ketiga Pn. Nurfadilah Abdullah
2Rumah Kos Sederhana Lot Tengah (setingkat & dua tingkat)
Pertama En. Mohd Jizan Bin Rahmat
Kedua Linda Anak Linggi
Ketiga Pn Faridah Wan Mohammad
3Rumah Kos Sederhana Lot Tepi (setingkat & dua tingkat)
Pertama Pn. Kartini Hassan
Kedua Muhamad Ali Bin Harun
Ketiga Pn. Zaiton Bte Jantan
4 Taman Komuniti
Pertama T.K. Desa Rakyat Perdana
Kedua T.K. Ciku, Taman Kota Masai
Ketiga T.K. Cahaya Masai
5 Bangunan KerajaanPertama Balai Polis Pasir Gudang
Kedua Balai Bomba Pasir Gudang
6 Bangunan Swasta
Pertama Savannah Hill Resort
Kedua Johor Port Berhad
Ketiga Tanjung Puteri Golf Resort
7 Institusi Pengajian Tinggi
Pertama UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
Kedua Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
Ketiga Politeknik Ibrahim Sultan
8 Sekolah Rendah
Pertama Sek. Keb. Taman Cendana
Kedua Sek. Keb. Pasir Gudang 1
Ketiga S.K. Kong Kong Laut
9 Sekolah Menengah
Pertama Sek. Men. Keb. Ulu Tiram
Kedua Sek. Men. Keb. Pasir Gudang 3
Ketiga Sek. Men. Keb. Pasir Gudang
10 Industri
Pertama Johor Port Berhad
Kedua Petronas Gas Berhad
Ketiga PGEO - PKG Division
11 Masjid
Pertama Pusat Islam UiTM Caw. Johor Kampus Pasir Gudang
Kedua Masjid Jamek Jalil Hassan
Ketiga Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Pemenang Amalan Persekitaran Berkualiti Masjid dan Surau Pasir Gudang 2016
Pemenang Pertandingan Landskap Laman Indah 2016
Pertama : RM1000.00 Kedua : RM700.00 Ketiga : RM500.00
Tuan Haji Adnan bin Abd. Gahni Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan selaku wakil Encik Hasrin
Kamal bin Hashim Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang menyampaikan amanat pada kali ini.
Menurut Tuan Haji Adnan, tujuan perhimpunan pagi ini diadakan setiap bulan adalah bagi membolehkan pihak pengurusan menyampaikan amanat dan maklumat semasa kepada warga kerja mengenai program-program pentadbiran yang perlu warga kerja ketahui dan perkembangan terkini jabatan termasuk makluman pekeliling-pekeliling baru sekiranya ada. Beliau di dalam ucapannya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja MPPG dalam usaha dan hadir menjayakan program-program yang telah dijalankan sepanjang bulan Februari 2017 samada secara langsung mahupun tidak langsung, antaranya ialah lawatan penanda arasan ke Majlis Perbandaran Kulai oleh Ahli Jawatankuasa Aduan MPPG, Program Qiamullail kali ke-2 “Journey To Jannah” bersama YDP MPPG di Masjid An-Nur, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
PERHIMPUNANBULANAN:
Selain itu, Majlis Pecah Tanah Pasar Muafakat Sabah@Johor dan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Masyarakat Sabah di Jalan Suria 66, Bandar Seri Alam dan acara penting tahunan MPPG iaitu Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke 22, 2017 yang telah berjaya di jalankan pada 22 Februari 2017 hingga 26 Februari 2017. Tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan festival pada kali ini.
Beliau selaku Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan mengharapkan seluruh warga kerja MPPG dapat memainkan peranan dengan memberikan komitmen dan kerjasama yang berterusan, serta bersama-sama melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan.
BERITA PASIR GUDANG6
Satu sesi taklimat telah berlangsung di Dewan Al-Hamra, Menara Aqabah pada pukul 2.30 petang.
Semua warga kerja turut hadir untuk mendengar taklimat tersebut. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Raha binti Jawahir selaku Timbalan Pengarah Pejabat Penjara Negeri Johor.
Majlis Perbandaran Pasir Gudang tidak ketinggalan untuk mengambil peluang untuk bersama-sama penjenamaan semula Amalan 5S. Menurut Puan Raha, fasilitator EKSA yang dilantik oleh pihak MAMPU Jabatan Perdana Menteri, EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih lagi berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu.
EKSA juga bukanlah bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya bertujuan untuk menambahbaik sistem yang sedia ada yang memudahkan para pekerja sektor awam. Sistem ini untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif atau lebih sistematik.
Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S sektor awam kepada EKSA adalah untuk membolehkan jabatan mahupun agensi kerajaan :- Meningkatkan imej korporat- Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras
dengan tuntutan pihak berkepentingan- Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan
persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau
- Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran kondusif
- Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan
Majlis itu berakhir pada pukul 4.30 petang. Turut hadir Encik Hasrin Kamal bin Hashim, YDP MPPG, dan Encik Saipol Rahman bin Haji Amat, Setiausaha MPPG serta semua Ketua Jabatan.
TAKLIMATEKOSISTEM KONDUSIFSEKTOR AWAM (EKSA)
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7
BERITA PASIR GUDANG8
konvensyen Jawatankuasa Zon (JkZ) 2016.
Program derma darah oleh Pelajar UUM kampus Johor.
Tuan Haji Adnan bin Abd. Ghanisemasa berucap mewakili YdP MPPG.
Antara staf-staf baru yang dilantik telah diumumkan pada perhimpunan pagi.
Merebut Piala SumbangsihLiga Perdana Pasir Gudang 2017.
Majlis Perasmian Liga Perdana Pasir Gudang 2017.
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9
Taklimat Ekosistem kondusif Sektor Awam (EkSA).
Lawatan YAB Menteri Besar Johor ke Parlimen Tebrau.
Persada Selatan Café, Aras 1.
‘SCIENTEX CERGAS’
KARNIVALSUKAN PERPADUAN
Zon Scientex 1 telah menganjurkan sukan yang berlangsung pada 18-19 Mac 2017 bertempat di
Padang Awam Amanpuri, Taman Scientex. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Zon Scientex. Program yang berjalan selama dua hari itu berlangsung dengan meriah. Merupakan satu usaha untuk mewujudkan kesedaran kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup.
Pada 18 Mac 2017, dimulakan dengan program 1,000 Langkah yang mensasarkan 500 orang peserta. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang. Dalam ucapannya, beliau mengajak setiap lapisan masyarakat supaya memberi respon dan menyertai dalam kegiatan fizikal dan rekreasi. Aktiviti seperti ini perlu diteruskan untuk menikmati kebaikan yang melibatkan diri dari segi fizikal.
Pada 19 Mac 2017, Senamrobik dimulakan seawal 7.30 pagi dan diteruskan dengan sesi pendaftaran untuk acara untuk acara yang dipertandingkan antaranya pancing botol, basikal lambat, boling kelapa, ‘marathon family’ dan pertandingan mewarna. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
BERITA PASIR GUDANG10
Sebanyak 32 pasukan telah mengesahkan penglibatan mereka di Liga Perdana Pasir Gudang.
Liga ini dibahagikan kepada 4 kumpulan saringan yang akan merebut Piala Yang Dipertua MPPG dengan hadiah berupa wang tunai RM10,000.00 beserta medal manakala RM2,000 beserta medal diperuntukkan bagi Piala FA.
Sepak mula bagi Liga Perdana Pasir Gudang Piala Yang Dipertua bagi musim 2017 dengan berlangsungnya Piala Sumbangsih bertempat di Stadium Bolasepak MPPG. Perlawanan ini melibatkan Johan Liga Perdana Musim 2016 antara pasukan Kejora FC menentang Johan Liga Piala FA iaitu pasukan Saujana FC. Seramai 5 orang pengadil telah dilantik untuk mengadili perlawanan Piala Sumbangsih ini.
Perlawanan ini tamat dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Saujana FC. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim, YDP MPPG. Johan telah membawa pulang hadiah Wang Tunai berjumlah RM1,000.00, medal dan piala pusingan. Manakala pasukan Kejora FC tidak pulang dengan kosong dengan hadiah berjumlah RM700.00 beserta dengan medal.
Perlawanan Liga akan dimulakan pada 25 Mac 2017 dan akan dijangkakan berakhir pada bulan November, 2017. Semoga dengan kejohanan ini akan dapat menarik lebih ramai lagi warga Pasir Gudang untuk terus melakukan aktiviti sukan.
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1
PIAlA SuMbANGSIHSAUJANA FC SINGKIR KEJORA FC
BERITA PASIR GUDANG1 2
PERSEMBAHAN PGSBDI KULAI
S empena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi D.Y.M.M Sultan Johor, pasukan pancaragam Sekolah-sekolah Pasir Gudang atau Pasir Gudang School Band (PGSB) nyata telah memulakan tahun 2017 dengan membuat
persembahan di Dewan Raya Putra, Bandar Putra, Kulai pada 23 Mac 2017 seawal 8.00 pagi. Seramai 40 orang pelajar dari SMK Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang 2, SMK Pasir Gudang 3, SMK Taman Nusa Damai dan terbaru SMK Taman Scientex dan diiringi oleh 4 orang pengiring termasuk jurulatih berpengalaman dalam pancaragam sekolah Encik Sani Es Lee.
Pasukan pancaragam mengiringi wakil D.Y.M.M Sultan Johor iaitu Encik Md. Za’nal bin Haji Misran selaku Pegawai Daerah Kulai menerima upacara tabik hormat dan Lagu Bangsa Johor dimainkan secara ‘Half Score’. Selain itu, pasukan ini juga turut menghiburkan para tetamu dengan memainkan beberapa lagu antaranya ‘Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta’.
Menurut Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Puan Rahamah binti Mahmood, ahli pasukan memerlukan tahap disiplin yang tinggi kerana bidang ini perlu seiring bidang akademik di
sekolah selain dapat menerapkan budaya sebagai satu komuniti yang perlu dikekalkan kerana menjadi keunikan kerana percampuran empat budaya sekolah.
kAUNTEr PANdULALU MPPG
Kaunter Pandu Lalu untuk pembayaran sewa, kompaun dan cukai di Majlis Perbandaran
Pasir Gudang di sini menarik perhatian orang ramai khususnya penduduk di sekitar kawasan ini.
Ia nyata memudahkan mereka yang ingin membayar sewa, kompaun dan cukai dengan cepat tanpa perlu ke kaunter dengan proses yang lebih cepat, mudah dan lebih teratur.
Menurut Puan Mariaton binti Ibrahim, Ketua Jabatan Kewangan MPPG, kaunter ini dibuka sebagai satu alternatif untuk kemudahan kepada penduduk kawasan sekitar di mana mereka tidak perlu untuk beratur dan menunggu mengambil nombor giliran seperti di kaunter.
Kaunter pandu lalu ini beroperasi pada: • Ahad-Rabu:8.00pagi-5.00petang • Khamis :8.00pagi-3.30petang
Kaunter ini juga telah beroperasi sejak 15 Mac 2017 yang lalu. Pihak MPPG berharap agar kemudahan dan perkhidmatan ini dapat dimanfaatkan oleh penduduk sekitar Pasir Gudang.
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3
DI MPPGKEMUDAHAN
CAfÉ PErSAdA SELATAN
Aspirasi Encik Hasrin Kamal bin Hashim, YDP MPPG untuk
mewujudkan satu ruang khas kafeteria di MPPG untuk memudahkan semua warga kerja untuk ‘breakfast’ dan makan tengahari. Orang awam juga dialu-alukan untuk datang ke cafeteria yang dikenali sebagai Persada Selatan.
Waktu beroperasi: • Ahad-Rabu:7.30pagi-5.00petang • Khamis :7.30pagi-3.30petang
Menurut pengusaha café, Encik Halil bin Haron, pelbagai menu dan juadah yang disediakan mengikut pilihan hati dan selera masing-masing. Turut mengalu-alukan kedatangan para warga kerja dan orang awam.
Café ini sangat selesa kerana suasananya yang tenang dan berhawa dingin sangat sesuai untuk menjamu selera. Café ini telah beroperasi pada 1 Mac 2017. Tambahan pula, makanan serendah RM1.00 boleh didapati di kafeteria MPPG ini.
1 Mac 2017, Encik Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPG bersama-sama Ahli-Ahli Majlis MPPG,
Puan Hajah Ilhazrah binti Mohd Yusof, Tuan Haji Herman Irmadi bin Ismail, dan YBhg. Dato’ Syahrin bin Md. Jamaluddin telah menziarahi Encik Saimat Siran dikediaman beliau di Jalan Nenas 22, Taman Kota Masai.
Beliau yang dijaga oleh anaknya Mohammad Noor, 21 tahun kini terlantar selepas terjatuh selain menghidap penyakit ‘Chronic Subdural Haemorrhage’.
Dikesempatan ini, bantuan dan sumbangan dihulurkan kepada beliau yang berupa pampers, susu dan keperluan lainnya sebagai tanda YPG & MPPG peduli dan prihatin terhadap masyarakat terutamanya di komuniti di Pasir Gudang.
Menurut anaknya, ayahnya hanya mampu untuk menggerakkan tangan kanan sahaja selain percakapannya kurang jelas. Semoga dengan bantuan ini serba sedikit akan dapat meringankan bebanan keluarga ini dan meneruskan kehidupan.
4 Mac 2017 Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Komuniti (PTK) Percuma Kijang Taman Scientex yang diadakan
di Dewan Terbuka Kijang, Taman Scientex. PTK ini menjadi yang ke-11. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. Pelajar PTK ini dipilih menerusi yang mengambil Peperiksaan PT3.
18 Mac 2017 Walkabout Smart Food MyKasih YPG 2017 yang disempurnakan oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG selaku wakil YAB Menteri
Besar Johor merangkap Timbalan Pengerusi YPG di Pasaraya Econsave Taman Scientex. Seramai 150 penerima menerima manfaat daripada program ini bagi tahun 2017.
BERITA PASIR GUDANG14
YAYASAN PASIR GUDANG (YPG)
Muzium Layang-Layang tidak asing lagi di kalangan penduduk sekitar Pasir Gudang. Muzium Layang-
Layang Pasir Gudang sebuah muzium yang menyimpan pelbagai koleksi Wau dan Layang-layang dalam dan luar negara dan juga pertama di Malaysia. Muzium ini berbentuk eleps.
Muzium ini terletak di Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang Johor dan dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari. Muzium Layang-Layang ini berkeluasan 1,200 meter persegi. Jumlah keseluruhan wau dan layang-layang yang terdapat di muzium adalah 800.
Pada awalnya, muzium ini adalah bangunan kincir angin tetapi telah dinaiktaraf menjadi muzium pada tahun 2002 dan dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail.
Sarang Buaya Pasir Gudang merupakan sebuah taman ekopelancongan mesra alam dengan konsep utamanya sebagai Santuari Buaya Tembaga di mana kawasan ini mampu menempatkan lebih 500 ekor buaya di dalam 12 kolam khas.
Berkonsepkan santuari kerana bagi melindungi dan memelihara haiwan purba yang hampir mengalami kepupusan ini iaitu buaya. Matlamat utama pembinaan ialah membangunkan sebuah Taman Awam yang berlandaskan konsep Mesra Alam Sekitar (Environmental-Friendly) sebagai kemudahan awam untuk komuniti Pasir Gudang khususnya dan pengunjung luar. wAkTU oPErASI Setiap hari : 9.00 pagi - 5.00 petang
kAdAr BAYArAN Kanak-kanak (KK) : RM2.00 (setelah diskaun 50%)Remaja (R) : RM3.00 (setelah diskaun 50%)Dewasa (D) : RM4.00 (setelah diskaun 50%)Pelajar (P) : RM1.50 (setelah diskaun 50%)
IPT : RM2.50 (setelah diskaun 50%)Pelancong Asing (KK) : RM6.00 (setelah diskaun 50%)Pelancong Asing (D) : RM10.00 (setelah diskaun 50%)
SARANG BUAYADI PASIR GUDANG
MUZIUML AYA N G - L AYA N G
wAkTU oPErASI Sabtu - Rabu : 8.30 pagi - 5.00 petangKhamis : 9.00 pagi - 5.00 petangJumaat : 8.30 pagi - 12.15 tengahari 2.45 petang - 5.00 petang
kAdAr BAYArAN Kanak-kanak (KK) : RM2.00Dewasa (D) : RM1.00Bukan Warganegara : RM3.00
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5
CUKAI TAKSIRAN
APAkAH ITU CUkAI TAkSIrAN?
BAGAIMANA IANYA dIBAYAr?
APAkAH IMPLIkASI SEkIrANYA ANdA GAGAL UNTUk MENJELASkAN CUkAI dALAM TEMPoH TErSEBUT ?
BAGAIMANA CArA UNTUk MENGELAkkAN dENdA ATAU TINdAkAN MAHkAMAH ?
APAkAH YANG PErLU ANdA LAkUkAN JIkA BIL TIdAk dITErIMA ?
BIL kAdAr CUkAI JUMLAH dENdA (rM)1 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 50.00 dan kurang 2.00
2 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 50.01 hingga RM 500.00 4.00
3 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 500.01 hingga RM 1,000.00 6.00
4 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 1000.01 hingga RM 3,000.00 10.00
5 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 3,000.01 hingga RM 5,000.00 20.00
6 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 5,000.01 hingga RM 10,000.00 30.00
7 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 10,000.01 dan lebih 50.00
BIL kAdAr CUkAI JUMLAH dENdA (rM)
1 Tidak melebihi RM RM 500.00 10.00
2 Melebihi RM 500.00 tetapi tidak melebihi RM 1,000.00 30.00
3 Melebihi RM 1,000.00 tetapi tidak melebihi RM 3,000.00 50.00
4 Melebihi RM 3,000.00 tetapi tidak melebihi RM 5,000.00 70.00
5 Melebihi RM 5,000.00 tetapi tidak melebihi RM 10,000.00 90.00
6 Melebihi RM 10,000.00 1 % dari jumlah tunggakan (dikira dari jumlah paling hampir)
Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan seperti :• HartanahPertanian&Bangunan • HartanahPerumahan&Bangunan• HartanahPerdagangan/Perkedaian&Bangunan • HartanahPerindustrian&Bangunan
Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu :• PenggalPertama - Mulai1Januaridanpadaatausebelum28Februaripadatiap-tiaptahun.• PenggalKedua - Mulai1Julaidanpadaatausebelum31Ogospadatiap-tiaptahun.
• SemuabayaranhendaklahdisertakandenganbilTUNTUTANCUKAIHARTA• Pembayaranbolehdibuatsecaratunai,cek,kirimanwang/wangpos,sepertiberikut:
- Kaunter bayaran dipejabat MPPG pada waktu pejabat. - Kaunter ‘Pandu Lalu’ MPPG.- Kiosk pembayaran disebelah kaunter bayaran MPPG, Terminal Bas Taman Kota Masai, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang,
Pasaraya Maslee Taman Cendana dan Pasaraya Kip Mart Masai Taman Bukit Dahlia.- Kaunter Bank Islam Malaysia Bhd atau secara ‘on-line’ melalui www.bankislam.biz- Kaunter Bank Simpanan Nasional atau secara ‘online’ melalui www.mybsn.com.my- Kaunter bayaran di Pejabat Pos Malaysia Bhd atau secara ’online’ melalui www.pos.com.my- Secara ‘online’ melalui www.standardchartered.com.my- Secara ‘online’ melalui www.cimbclicks.com.my- Secara ‘online’ melalui www.maybank2u.com.my
• Cek-cekpembayaranhendaklahdipalang(TidakBolehNiaga)dandibayarkepadaMajlis Perbandaran Pasir Gudang.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta untuk menjelaskan Cukai Taksiran pada setiap penggal. Bagi mendapatkan maklumat sila datang sendiri ke pejabat Jabatan Penilaian, Majlis Perbandaran Pasir Gudang untuk membuat semakan dan mendapatkan bil cukai tuan-tuan/puan-puan.Janganlupabawamaklumat-maklumatsepertiberikut:• No.AkaunCukaiHarta/No.Lot/No.Rumahdankedudukanhartanah.• Bawabilyanglamauntukrujukan.
Bayar segera sebelum 28 Februari bagi Penggal Pertama dan 31 Ogos bagi Penggal Kedua tiap-tiap tahun.
Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan-tindakan seperti berikut :• NotisTunggakan(BorangE)akandikeluarkankepadaandadandikehendakimenjelaskandalammasa15haridaripadatarikhnotis
dengan dikenakan denda mengikut Seksyen 147(1). (Sila rujuk jadual A)• Jikamasihgagal,WaranTahanan(BorangF)akandikeluarkankepadaandamembolehkanMajlisPerbandaranPasirGudangmenyita
hartaalih/barang-barangyangdidalambangunandaripadamenjalankanoperasinyaataumelelongbangunan/tanahmelaluiPendaftarMahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151.
(Sila rujuk jadual B)
SILA HUBUNGI JABATAN PENILAIANHARTA MPPG SEKIRANYAN PIHAKTUAN/PUANINGINMEMBUATSEBARANG PERTANYAAN DI TALIAN :07-2547777
ATAU
HADIR KE PEJABAT :MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG ARAS 19, MENARA AQABAH,JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG
AHAd hingga rABU
8.00 pagi hingga 5.00 petang
kHAMIS
8.00 pagi hingga 3.30 petang
JUMAAT & SABTU
9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
(bulan Januari - Februaridan Julai - Ogos sahaja)
JAdUAL AwAkTU kAUNTEr BAYArAN
JAdUAL B
JADUAL BAYARAN DENDA LEWAT BAYAR BERDASARKAN SEKSYEN 147 DAN SEKSYEN 148
CARA-CARA BAYARAN
JADUAL BAYARAN KOS WARAN TAHANAN YANG DIKENAKAN BERDASARKAN SEKSYEN 14