BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT...

146

Transcript of BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT...

Page 1: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa
Page 2: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

1

BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT MENGGUNAKAN TULISAN JAWI - GPMS

Date: 24-01-2013 Author: Nurul Azila Mohamad / PNABM KHY KLS GPMS-CADANGAN KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencadangkan kerajaan memberi pengurangan cukai kepada mana-mana peniaga atau syarikat yang menggunakan tulisan jawi dalam urusan syarikat seperti papan tanda bertulisan jawi. Timbalan Presidennya Ezaruddin Abd Rahman berkata itu adalah salah satu inisiatif yang perlu diterapkan dalam memperkukuhkan lagi tulisan jawi memandangkan ia semakin lama semakin pudar dalam kalangan orang Melayu. "Tulisan jawi bukan sahaja harus diperkasakan dalam pelajaran malahan dalam industri perniagaan juga harus diperhebatkan lagi. "Mungkin dengan memberi pengurangan cukai terhadap peniaga dan syarikat yang menggunakan tulisan jawi, akan menarik lebih ramai pihak luar yang menggunakan tulisan jawi di organisasi mereka," katanya ketika dihubungi Bernama. Selain itu, Ezaruddin juga turut melahirkan rasa bimbang dengan peredaran masa yang kini semakin moden menjelang Wawasan 2020. "Kami sebagai pihak NGO turut berasa bimbang dengan peredaran masa berteknologi tinggi menjelang Wawasan 2020. Saya bimbang apabila dunia sudah semakin maju tulisan jawi ini akan diketepikan. "Pemerhatian saya mendapati kebanyakan bahan bacaan hiburan di pasaran juga tiada tulisan jawi...kalau boleh biarlah dua tiga muka surat ada diselitkan ruangan jawi," katanya yang juga berpendapat bahawa laman web serta laman sosial perlu diadakan dalam tulisan jawi. Beliau juga memohon supaya Majlis Agama Islam mempromosi laman sosial dalam tulisan jawi supaya ia lebih dekat dengan golongan pembaca. "Saya berbangga dengan surat khabar Utusan Malaysia yang menyelitkan ruangan tulisan jawi pada setiap Isnin. Mungkin dengan cara ini ramai pembaca lebih tertarik untuk menguasai tulisan jawi," katanya. Sementara itu generasi muda yang ditemu bual Bernama mengenai isu tulisan jawi yang semakin pupus dalam kalangan generasi masa kini turut memberikan

Page 3: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

2

beberapa cadangan bagi melestarikan tulisan warisan itu. Pelajar Mohd Faiz Haiqal, 23, yang kecewa dengan tulisan jawi yang diterjemahkan dalam tulisan rumi pada sesi pembelajaran Agama Islam di peringkat pengajian tinggi berkata mahasiswa-mahasiswi akan pudar dengan penggunaan tulisan jawi. "Kalau boleh biar segala urusan rasmi kerajaan juga ada menggunakan tulisan jawi walaupun tidak sepenuhnya seperti mana pada zaman Melayu Melaka dulu," katanya. Rashida Ali, 17, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Shah alam berkata beliau pandai membaca al-Quran tetapi membaca secara menghafal bukannya mengenal huruf membuatkan beliau tidak minat untuk membaca dalam tulisan jawi. "Saya pandai baca al-Quran tetapi apabila hendak membaca dalam tulisan jawi saya jadi kekok kerana kurang pendedahan terhadap tulisan jawi. Saya nak kalau boleh banyakkan aktiviti menarik berasaskan tulisan jawi," katanya. Bagi Nor Syazwani Madam, 23, untuk mengelakkan tulisan jawi pupus dalam kalangan orang Melayu terutamanya anak muda, ibu bapa harus memainkan peranan penting mendidik anak-anak mereka. "Kebanyakan ibu bapa hanya mengharapkan pembelajaran tulisan jawi di sekolah sahaja. Bagi mereka, jika anak-anak lulus dalam mata pelajaran yang diambil itu sudah memadai tetapi mereka kena ingat bukan mudah tugas guru mahu mengajar anak didiknya setiap seorang," katanya. -- BERNAMA PNABM KHY KLS

Page 4: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

3

PROF KOREA MAHU POPULARKAN TULISAN JAWI

Date: 16-01-2013 Author: Fadzli Ramli / FBR KHY HBS1 NH JAWI-KOREA KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- "Saya akan pertahankan warisan bahasa Melayu dan tulisan jawi yang amat saya cintai ini hingga ke hembusan nafas saya yang terakhir," demikian tekad Prof Dr Kang Kyoung Seok, seorang profesor berbangsa Korea. Itulah antara kata-kata terakhir beliau setelah menamatkan tugas sebagai Profesor Tamu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, pada 3 Jan lepas dan akan pulang ke negaranya malam ini bagi meneruskan tugas sebagai Ketua Pengajian Malaysia di Busan University of Foreign Studies, Korea Selatan. "Saya mahu pulang ke Korea Selatan kerana di sana sekarang bahasa dan budaya Malaysia semakin kurang dikenali berbanding tahun 80an dan 90an dulu, terutama di kalangan pelajar kami yang sedang belajar dan mengkaji budaya dan bahasa Melayu. "Pelajar mahu belajar dan kaji ini semua, tetapi kebanyakan mereka menyangka bahasa dan budaya Indonesia itu sama dengan Melayu, jadi mereka hanya belajar bahasa Indonesia. Ini perlu diperbetul, pelajar mesti belajar bahasa Melayu dan tulisan jawi jika mahu mendalami Malaysia," katanya. Kang berkata demikian dalam temu bual eksklusif dengan Bernama setelah menerima Anugerah Pakar Penyelidik Tulisan Jawi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disampaikan Ketua Pengarahnya Dr Awang Sariyan di sini, hari ini. Pada Januari tahun lepas, Kang yang bertugas di UPSI sejak 2010, melahirkan kebimbangan bahawa tulisan jawi semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Mengulas perkara itu, beliau berkata tindakan masyarakat Melayu yang meletakkan tulisan jawi eksklusif kepada perkara berunsur Islam perlu dihindari bagi memastikan tulisan itu sesuatu yang lebih universal. "Tulisan ini perlu digunakan untuk berbagai perkara, antaranya sebagai satu daripada teks utama universiti yang membolehkan generasi baharu Malaysia mempelajarinya lebih mendalam," katanya. Ditanya apa yang perlu dilakukan bagi mempopularkan kembali tulisan jawi di kalangan generasi muda Malaysia, Kang berkata inisiatif luar biasa seperti dilakukan penyanyi Korea Selatan, PSY yang mempopularkan budaya Korea melalui

Page 5: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

4

lagu 'Gangnam Style' boleh dilakukan. "Gangnam Style ini memang sesuatu yang luar biasa kerana mengambil kuda, iaitu sesuatu yang dilihat biasa di Korea dan jadikan sesuatu di luar kebiasaan. Di Malaysia juga ada kuda, saya percaya kita boleh lakukan sesuatu yang serupa," katanya. Bercerita tentang kajian terbaharunya, Kang berkata beliau sedang mengusahakan teori 'Jawiology', sebuah teori yang mampu memperkenalkan tulisan jawi itu kepada masyarakat dunia. "Melalui teori ini saya mahu menerangkan tentang perkembangan tulisan jawi daripada sebuah tulisan dalam Al-Quran disesuaikan menjadi tulisan yang melambangkan Melayu itu sendiri. Teori saya juga memastikan tulisan jawi mudah difahami dan dipelajari masyarakat bukan Melayu seluruh dunia," katanya. Bercakap mengenai kajian tulisan jawi yang amat dekat dihatinya, Kang memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang dilakukannya sejak pertengahan tahun 80an. "Saya masih mengkaji tulisan pada batu bersurat itu. Sukar memastikan apa yang dimaksudkan kerana tulisan itu ada sedikit kerosakan seperti hilang titik yang membezakan huruf seperti 'ba' dan 'nun'. "Setakat ini tiada tafsiran yang benar-benar tepat, hanya agak-agak sahaja. Saya sendiri mahu lakukan kajian lebih dalam lagi," katanya. Mengakhiri temu bual, Kang melahirkan azamnya untuk menjadi jambatan penghubung di antara masyarakat Korea dengan Malaysia terutama bagi generasi muda melalui perkongsian bahasa dan budaya. "Saya mahu kita menjadi rakan karib. Orang muda Malaysia amat minat dengan budaya K-Pop Korea jadi saya juga mahu orang muda Korea minat bahasa dan budaya Malaysia," katanya. Sementara itu, Awang berkata DBP akan meneruskan kerjasama dengan Kang bagi mengkaji lebih 200 manuskrip Melayu lama yang kini berada dalam simpanan dewan itu. "Walaupun Kang kini jauh, kita akan tetap bekerjasama dengan beliau. Melalui beliau juga kita akan bertindak sebagai penghubung melakukan pelbagai program bersama dengan Busan University of Foreign Studies bagi memperkenal bahasa dan budaya Malaysia di Korea Selatan," katanya. -- BERNAMA FBR KHY HBS1 NH

Page 6: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

5

LEBIH 4,000 MANUSKRIP DALAM TULISAN JAWI BELUM DIKAJI

Date: 18-10-2012 Author: / AZM AZM NH MANUSKRIP-JAWI KUALA TERENGGANU, 18 Okt (Bernama) -- Lebih 4,000 manuskrip dalam tulisan jawi yang belum dikaji dan diterjemah kini berada dalam simpanan Perpustakaan Negara Malaysia dengan yang paling lama dianggarkan berusia kira-kira 400 tahun. Ketua Pengarahnya Datuk Raslin Abu Bakar berkata jika manuskrip tersebut dapat direkod semula dalam tulisan Rumi, lebih banyak lagi ilmu untuk beberapa bidang seperti perubatan dan perniagaan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu selepas zaman keagungan kesultanan Melaya dapat dibongkar. "Ada banyak kitab Melayu lama yang ditulis dalam jawi yang belum lagi "digali" dan kita percaya ia kaya dengan pelbagai catatan ilmu pengetahuan berkaitan bidang perubatan dan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Semarak Jawi Kebangsaan 2012 sebagai mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf di sini, hari ini. Beliau berkata pakar tulisan jawi yang sedia ada termasuk Unit Jawi di Perpustakaan Negara kini sedang giat membuat kajian-kajian terhadap manuskrip lama dalam tulisan jawi untuk direkod semula dalam tulisan Rumi. Menurutnya maklumat dalam tulisan jawi itu sukar untuk diterjemah kerana ia menggunakan ejaan Bahasa Melayu lama. -- BERNAMA AZM AZM NH

Page 7: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

6

RAIS MAHU GENERASI MUDA MARTABATKAN TULISAN JAWI MELALUI TEKNOLOGI MASA

Date: 02-10-2012 Author: / PNW HK NH RAIS-JAWI KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu generasi muda memanfaatkan perkembangan teknologi masa kini bagi mengangkat martabat tulisan jawi. Beliau berkata tulisan jawi harus kekal sebagai identiti bangsa Melayu walaupun medium penulisan masa kini terus berkembang dengan pelbagai teknologi baharu. Katanya apa yang berlaku sekarang adalah generasi muda tidak lagi menggunakan tulisan jawi untuk berhubung dengan sesama rakan melalui kiriman surat sebaliknya hanya menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel. Beliau berkata demikian semasa melancarkan buku 'Precious Gift', yang merupakan buku terjemahan Tuhfat Al Nafis karya agung Raja Ali Haji ke dalam bahasa Inggeris oleh ahli akademik Australia Prof Emeritus Virginia Matheson Hooker. Buku asal Raja Ali Haji yang ditulis dalam tulisan jawi pada tahun 1885 itu, yang mengupas sejarah Melayu di rantau Asia pada abad ke-20, antara lain menyentuh era kegemilangan serta konflik Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau serta pelbagai kejadian sepanjang Selat Melaka ke kepulauan Riau-Lingga. Rais berkata usaha untuk mengekalkan tulisan jawi yang pada satu ketika dulu merupakan identiti kepada tamadun Melayu itu, bukan merupakan tanggungjawab kementerian, tetapi juga tanggungjawab masyarakat Melayu secara keseluruhan. "Saya berharap tulisan Jawi akan muncul sebagai skrip kebudayaan di mana kita boleh (menggunakannya untuk) mengajar Al-Quran, di mana kita boleh menulis pantun kita dan murid Tahun Satu hingga Lima masih boleh menulis Jawi jika keadaan memerlukan," katanya. Mengenai buku itu, Rais berkata ia mampu memperluas aksesibiliti dunia luar kepada sejarah Melayu secara amnya. Sementara itu, Hooker yang fasih berbahasa Melayu berkata beliau mengambil masa kira-kira dua tahun untuk melengkapkan terjemahan buku itu.

Page 8: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

7

Hooker yang sebelum ini banyak menulis mengenai undang-undang Asia Tenggara berkata beliau tertarik untuk menterjemah buku berkenaan selepas meneliti hasil tulisan sejarah itu. "Raja Ali Haji ini suka meletakkan tanggal (tarikh) untuk setiap peristiwa yang berlaku berasaskan kepada situasi sebenar, dan peristiwa yang berlaku itu juga digambarkan secara menyeluruh," katanya. Hooker berkata beliau kini mula tertarik dengan hasil seni Islam dan merancang untuk menulis mengenainya. -- BERNAMA PNW HK NH

Page 9: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

8

PNM ADAKAN KLINIK TULISAN JAWI DI RADIO IKIM.FM

Date: 07-06-2012 Author: / MAMA PZZS KHY JAWI-PNM KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini melancarkan Klinik Jawi di Radio IKIM.fm bagi menggalakkan pembelajaran tulisan Jawi secara tidak formal menerusi saluran elektronik. Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar berkata,"Klinik Jawi di IKIM.fm sebagai salah satu strategi kita untuk meningkatkan lagi penggunaan, seterusnya menyuburkan semula kecintaan (terhadap tulisan jawi) dengan harapan ia dapat dihidupkan semula sebagai tulisan utama oleh masyarakat, setaraf dengan rumi". Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata sebelum ini PNM hanya menaja akhbar sisipan Jawi yang terbit seminggu sekali pada setiap hari Isnin tetapi kini PNM memperluas usaha dengan menaja 39 episod program Klinik Jawi. "Bukan sahaja PNM, IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) memainkan peranan penting tetapi semua pihak perlu terlibat... bagi menjayakan perjuangan ini," katanya. "Klinik Jawi IKIM.fm ini terbahagi kepada tiga musim iaitu 13 episod bagi setiap musim dan ke udara selama 15 minit pada setiap Sabtu, mulai jam 10 pagi pada 2 Jun lepas," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata program itu membantu usaha menyemai rasa cinta terhadap penulisan dan pembacaan jawi di kalangan pendengar sekaligus menjadikan mereka celik al-Quran. -- BERNAMA MAMA PZZS KHY

Page 10: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

9

PSM PERLIS USAHA MARTABATKAN SEMULA TULISAN JAWI

Date: 12-05-2012 Author: / RIS AD RS PERTANDINGAN-JAWI KANGAR, 12 Mei (Bernama) -- Sebanyak 38 pelajar daripada 19 buah sekolah rendah seluruh Perlis hari ini mempamerkan keupayaan mereka menguasai tulisan Jawi pada pertandingan pandai jawi anjuran Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) cawangan Perlis di sini. Pertandingan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang penggunaan tulisan dan bacaan jawi yang kini makin terpinggir. Bercakap kepada Bernama, Setiausaha PSM cawangan Perlis, Abdul Hadi Lebai Shariff berkata, peserta antara lain dikehendaki menjawikan sebuah karangan dari tulisan rumi, diikuti dengan mengeja perkataan yang disebut oleh hakim dalam tulisan jawi serta membaca sebuah karangan dalam tulisan jawi. Menurut Hadi, pemenang dan penyampaian hadiah mereka yang berjaya dalam pertandingan tersebut akan diumumkan pada hari mesyuarat agung PSM cawangan Perlis Jun depan, bersama keputusan pertandingan pengkisahan sejarah diadakan dua minggu lepas di Sekolah Menengah Vokasional Kangar di sini. -- BERNAMA RIS AD RS

Page 11: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

10

GENERASI MUDA PERLU KUASAI TULISAN JAWI

Date: 30-01-2012 Author: Normawati Muhamad Nor / NIM RV SBB JAWI-GENERASI MUDA KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Pelbagai pihak mengakui tulisan Jawi perlu dikuasai generasi muda di negara ini bagi mengelak ia dilupakan suatu hari nanti. Pensyarah Pemikiran Islam Jabatan Usululuddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Zakaria Setapa berkata tulisan Jawi adalah pembendaharaan yang tidak wajar ditinggalkan kerana ia melibatkan jati diri orang Melayu. "Ini skrip asal yang kita gunakan sebelum kedatangan tulisan Rumi. Tulisan Rumi boleh berkembang bersama-sama tulisan Jawi. Jadi, kita sepatutnya boleh menguasai kedua-dua tulisan ini dengan baik. "Kita tidak akan rugi apa-apa (jika kuasai dua tulisan) malah semakin banyak pengetahuan yang boleh diperoleh," katanya kepada Bernama hari ini. Bernama semalam melaporkan kebimbangan Pensyarah Korea Profesor Dr Kang Kyoung Seok iaitu tulisan Jawi semakin dilupakan, terutama di kalangan generasi muda di Malaysia. Dr Kang dari Pusat Pengajian Asing, Universiti Pusan, yang mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974, menganggap ia satu keunikan milik Malaysia. Profesor Zakaria berkata untuk meningkatkan penguasaan tulisan Jawi di kalangan generasi muda, program pembelajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang dilaksanakan di sekolah rendah perlu dilanjutkan di peringkat menengah. "Program ini adalah satu wahana untuk mengembangkan tulisan Jawi dalam keadaan sekarang yang dilihat tulisan Jawi semakin diketepikan," katanya. Timbalan Ketua Pengarah Dasar Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Awang Sariyan berkata tulisan Jawi penting sebagai alat wasilah perkembangan tamadun, terutama dalam penghasilan karya ilmu, sastera dan puisi sejak ratusan tahun. Beliau berkata untuk memartabatkan penggunaan tulisan Jawi, ia perlu dilestarikan di tempat awam termasuk menggunakannya pada papan tanda, logo, slogan dan kempen. "Logo, slogan dan kempen perlu ada versi Jawi sebagai satu imej jati diri kebangsaan orang Melayu," katanya yang meminta media elektronik

Page 12: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

11

memperbanyakkan program Jawi untuk meningkatkan penguasaan tulisan itu di kalangan kanak-kanak. Beliau berkata mata pelajaran Agama Islam di sekolah juga patut menekankan penggunaan tulisan Jawi. Sementara itu, Pengarang Utusan Melayu Mingguan Mohd Kamil Yusuff berkata sikap orang Melayu yang memandang remeh serta tidak mempunyai jati diri terhadap tulisan Jawi menyebabkan ia semakin dilupakan. Beliau berkata walaupun pelbagai cara dilakukan, termasuk memberi nafas baru untuk memartabatkan tulisan Jawi, namun jika sikap orang Melayu masih di takuk lama, ia tidak akan mengubah apa-apa. "Kita orang Melayu ada lebih 17 juta di negara ini, kenapa kita tidak boleh hidupkan tulisan Jawi sedangkan orang Cina yang mempunyai kira-kira lapan juta orang mampu menerbitkan 14 akhbar berbahasa Cina sehari," katanya. Beliau berkata Utusan Melayu menerbitkan akhbar bertulisan Jawi sejak 75 tahun lepas, namun dihentikan pada 2006 kerana tidak mendapat sokongan pembaca. "Bagaimanapun, atas (dasar) tanggungjawab sosial syarikat dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, akhbar bertulisan Jawi dihidupkan semula," katanya. Utusan Melayu kini menerbitkan akhbar itu setiap Isnin. Mohd Kamil berkata pelbagai cara dilakukan untuk menarik minat pembaca terhadap tulisan Jawi, termasuk menyediakan ruangan interaktif dua hala mulai Mac tahun lepas serta memperbanyakkan isi kandungan yang memfokus kepada pelajar. Selain itu, beliau mencadangkan agar kerajaan mewujudkan akta berkaitan tulisan Jawi agar ia terus terpelihara pada masa akan datang. "Kita boleh mengekalkan tulisan Jawi di negara ini dengan menggunakan kuasa politik yang ada di negara kita," katanya. -- BERNAMA NIM RV SBB

Page 13: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

12

PENSYARAH KOREA BIMBANG TULISAN JAWI SEMAKIN DILUPAKAN

Date: 29-01-2012 Author: Fadzli Ramli / FBR MAM RHM KOREA-JAWI KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti. "Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?," kata Dr Kang yang fasih berbahasa Melayu kepada Bernama. Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas. Dr Kang berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini membacanya. Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan lebih banyak buku ke tulisan jawi, katanya. "Di Korea, kami terjemah banyak buku ke bahasa dan tulisan Korea kerana kami mahu rakyat kami lebih menguasai bahasa dan tulisan Korea daripada bahasa-bahasa lain. "Bagi kami, bahasa dan tulisan Korea adalah jati diri rakyat kami. Dan pada pendapat saya, tulisan jawi merupakan jati diri Malaysia sendiri. "Maka rakyat Malaysia perlu mempelajari tulisan jawi bagi memastikan mereka mempunyai jati diri Malaysia yang sejati," kata Dr Kang yang mula menjejak kaki ke Malaysia pada 1984 untuk melakukan kajian lebih mendalam terhadap tulisan jawi. Menurut Dr Kang, rakyat Malaysia kini lebih selesa dengan tulisan rumi yang digunakan secara lebih meluas berbanding tulisan jawi, dan ini menjadi faktor faktor utama kenapa tulisan jawi semakin dilupakan.

Page 14: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

13

"Selain itu pengaruh barat juga menjadi penyebab kerana sistem ejaan rumi diambil daripada bahasa Inggeris, yang menjadikan rakyat Malaysia lebih selesa dengan sistem rumi," jelasnya. Dr Kang menarik perhatian bahawa sistem ejaan jawi sekarang perlu dikembalikan kepada sistem ejaan jawi Za'ba yang lebih ringkas dan mudah dipelajari bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya generasi muda menggunakan sistem tulisan itu. Beliau berkata jika rakyat Malaysia menguasai sistem ejaan jawi Za'ba, mereka akan lebih mudah memahami sistem ejaan jawi yang lebih kuno, malah mampu memahami manuskrip jawi berusia ratusan tahun. "Ini kerana asas ejaan jawi Za'ba menggunakan asas yang sama dengan tulisan jawi kuno yang berasal daripada tulisan Al-Quran. Tulisan jawi sekarang asasnya daripada tulisan rumi yang 'lari' daripada asas tulisan jawi kuno," jelas beliau. Beliau berkata Malaysia perlu melahirkan lebih ramai pakar tulisan jawi terutamanya daripada kalangan generasi muda bagi menggantikan pakar yang telah bersara. -- BERNAMA FBR MAM RHM

Page 15: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

14

CINTA SEORANG PENSYARAH KOREA TERHADAP TULISAN JAWI

Date: 04-02-1012 Author: Fadzli Ramli / FBR RON JAWI-KOREA KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ketika budaya K-pop popular dan diminati kalangan generasi muda negara ini, seorang ahli akademik Korea Selatan pula mengakui beliau menyukai tulisan jawi. Penulis berpeluang menemu bual Prof Dr Kang Kyoung Seok dari Busan University of Foreign Studies, yang memberikan pandangannya mengenai tuliasn jawi dan budaya Melayu. Dr Kang, 57, yang fasih berbahasa Melayu, begitu meminati semua perkara mengenai tulisan jawi, yang disifatkannya begitu indah. "Budaya Melayu ini, daripada lagunya, bahasanya, semua amat halus dan lembut membuatkan saya jatuh cinta terutama lenggok tulisan jawi," kata Dr Kang. CINTA KEPADA TULISAN JAWI Cinta Dr Kang kepada tulisan jawi berputik pada tahun 1974 ketika belajar di sebuah universiti di Korea Selatan. "Pensyarah saya masa itu beritahu bahawa Malaysia memiliki tulisan unik diberi nama tulisan jawi. Bila saya tanya apa itu tulisan jawi, pensyarah saya tidak tahu. "Di Korea masa itu tiada buku tulisan jawi, rujukan mengenai jawi pula amat kurang. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengkaji tulisan ini," katanya. Pada 1982, pertemuan Dr Kang dengan seorang pendakwah Islam bernama Abdul Ghani yang berasal dari Pattani, Thailand di Busan, merupakan titik penting percintaannya dengan tulisan jawi. Melalui Abdul Ghani, Dr Kang mengenali huruf jawi dan sistem penulisan ini. Buku tulisan jawi bertajuk 'Sejarah Melayu Pattani', menjadi kegemarannya pada masa itu. Dr Kang membulatkan tekadnya untuk pergi ke Malaysia bagi mendalami tulisan jawi dan pada tahun 1984 impiannya menjadi kenyataan apabila mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Malaya. Namun persepsi rakyat Korea Selatan terhadap Malaysia pada masa itu menjadi

Page 16: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

15

cabaran besar bagi Dr Kang dalam merealisasikan impiannya. "Masa itu Korea Selatan tidak mengenali Malaysia seperti sekarang. Kita sekarang kawan baik. Dulu orang Korea tengok Malaysia sebuah negara yang mundur, miskin dan banyak masalah. "Ibu bapa saya masa itu menangis tidak mahu benarkan saya pergi Malaysia, tetapi saya sudah cintakan tulisan jawi dan saya mahu pergi belajar tulisan itu di Malaysia," katanya. Setelah melakukan kajian terhadap tulisan jawi sejak sekian lama, Dr Kang mengakui amat tertarik dengan kitab Al-Quran yang disifatkanya sebagai anugerah paling bernilai buat umat Islam di seluruh dunia. "Paling menarik perhatian saya bagaimana tulisan jawi dalam kitab Al-Quran mampu menghasilkan cara bacaan yang amat indah sekali. Saya selalu dengar orang baca di tilawah Al-Quran, amat indah dan buat jiwa saya tenteram," katanya. JAWI, PENYAMBUNG LEGASI BANGSA Dr Kang berkata generasi muda Malaysia sekarang tidak menyedari betapa bertuahnya mereka memiliki sebuah warisan unik yang menjadi identiti dan penyambung legasi bangsa. "Tulisan jawi sekarang sudah tenat, tidak ramai generasi muda tahu membaca dan menulis jawi. Bilangan pakar jawi juga semakin berkurangan kerana ramai pakar yang saya kenali telah bersara tanpa ada pengganti," katanya. Dr Kang menyertai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai pensyarah pada 2010. "UPSI sebuah universiti yang mendidik guru. Jadi bila saya ajar guru ini tulisan jawi, mereka akan ajar tulisan jawi ini kepada anak murid mereka, yang juga generasi muda negara ini. Maka semakin ramai tahu tulisan jawi," katanya. Beliau berkata pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak berkuasa pendidikan supaya kembali kepada sistem ejaan jawi Za'ba yang lebih ringkas dan mudah difahami. Media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas. Dr Kang berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat Malaysia. Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemah lebih banyak buku ke tulisan jawi. MALAYSIA 'CIKGU' SAYA Mengimbau kenangan Dr Kang semasa pertama kali menjejakkan kaki di bumi

Page 17: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

16

bertuah ini, Dr Kang menyedari persepsi rakyat Korea terhadap Malaysia meleset sama sekali. "Keluar lapangan terbang saya lihat kemajuan Malaysia di sana sini, bangunan tinggi. Macam-macam jenis kereta saya jumpa, kereta mewah seperti BMW dan Mercedes pun ada," katanya. Selain itu, beliau turut tertarik kepada keunikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang hidup aman damai dan bekerjasama dengan baik bagi memajukan negara. "Masa saya datang ke Malaysia, saya amat tertarik dengan konsep ini kerana masa itu Korea tidak banyak campuran bangsa di sana. Bila dunia semakin berubah, sekarang ramai bangsa lain datang ke Korea. "Jadi Korea belajar untuk sesuaikan diri dengan pelbagai bangsa ini, tetapi Malaysia sudah lama belajar tentang ini dan saya belajar dengan Malaysia," katanya. Dr Kang turut tertarik dengan percampuran budaya antara kaum di negara ini, mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai identiti tersendiri seperti masyarakat baba nyonya di Melaka. Beliau berkata masyarakat berbilang kaum ini membuatkan Malaysia menjadi sebuah negara yang kaya dengan pelbagai kesenian dan kebudayaan yang diwarisi sejak berkurun lamanya. "Apa yang menarik perhatian saya bagaimana budaya Melayu boleh berada di tengah-tengah dan menjadi pengikat semua budaya ini. Budaya Melayu ini amat istimewa, memang ramai pengkaji asing yang sukakanya termasuk saya," katanya. Dr Kang berpesan kepada generasi muda Malaysia: "Bagus jika kita memahami budaya lain dan tidak salah meminati K-pop. Tetapi jangan kita terlalu taksub hingga budaya dan identiti sendiri dipinggir dan dilupakan," katanya. -- BERNAMA FBR RON

Page 18: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

17

RAJA MUDA PERLIS MAHU TULISAN JAWI DIMARTABAT

Date: 05-12-2011 Author: / PNW RV MAI RAJA-JAWI KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu semua pihak memartabatkan tulisan Jawi ke tahap lebih tinggi setara dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. "Pada hari ini, kita menghadapi satu persimpangan dan persoalan realiti iaitu bagaimana kita selaku generasi pewaris hendak menjulang tulisan Jawi ke suatu tahap baharu di era globalisasi ini, sebagai identiti dan lambang jati diri kita," titah baginda semasa merasmikan Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi kali kedua dan Karnival Jawi 2011 di Perpustakaan Negara di sini hari ini. Menurut baginda, selain program-program lebih menyeluruh perlu dilakukan secara berterusan oleh semua pihak, usaha ke arah itu juga perlu dilakukan melalui medium yang pelbagai termasuk melalui bidang teknologi. "Medium IT yang digemari oleh masyarakat kini juga harus digunakan oleh penggiat tulisan Jawi dengan mengeksploitasi apa sahaja media baru dalam menyampaikan atau akses segera dalam usaha mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajarannya," titah baginda. Bimbang dengan perkembangan terkini di mana tulisan itu hanya dicetak di dokumen berkaitan urusan agama dan hanya menjadi tempelan di papan tanda, baginda menyarankan agar akhbar Utusan Malaysia dapat menyediakan sekurang-kurangnya satu muka surat tulisan Jawi setiap hari berbanding sekali pada setiap minggu pada masa ini. Tuanku Syed Faizuddin bertitah pendedahan tulisan Jawi kepada kaum bukan Melayu juga perlu dipergiatkan lagi melalui pelbagai pendekatan bagi mengikis persepsi bahawa mempelajari tulisan itu "tidak bermakna masuk Melayu atau masuk Islam". Sambil memuji usaha kerajaan setakat ini dalam membudayakan tulisan berkenaan, baginda bertitah bahawa antara impak positif daripada memartabatkan tulisan itu ialah mengekalkan identiti Melayu Islam. "Ini kerana banyak rujukan klasik atau buku agama, sastera dan undang-undang ditulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi juga akan memudahkan pengenalan kepada pembacaan Al-Quran," titah baginda. Baginda menyarankan agar pembelajaran tulisan itu di sekolah rendah dapat diteruskan ke tingkat sekolah menengah. -- BERNAMA PNW RV MAI

Page 19: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

18

T'GANU USAHA MARTABAT TULISAN JAWI DAN BAHASA MELAYU DENGAN KERJASAMA

Date: 11-05-2011 Author: / NSM TAJ AZH DEWAN-T'GANU (JAWI) KUALA TERENGGANU, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dalam usaha memartabatkan tulisan jawi dan merancakkan lagi penggunaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat dan pelajar. Pengerusi Jawatankusa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahamd Razif Abdul Rahman (BN-Seberang Takir) berkata antara agensi yang terlibat dalam menyediakan program itu termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Pelajaran dan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Beliau berkata JHEAT mengambil tanggungjawab memastikan penyediaan program keagamaan ditulis dalam tulisan jawi seperti teks khutbah Jumaat, dan mewajibkan salah satu sepanduk dalam perarakan sambutan maulidur Rasul bertulisan jawi, di samping mewajibkan calon-calon yang ingin memasuki tingkatan satu sekolah menengah agama negeri menguasai tulisan jawi. "Antara keutamaan yang diberikan kepada pelajar yang ingin memasuki sekolah menengah agama ialah mereka dimestikan mendapat peratus tertinggi dalam ujian tulisan jawi," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Pehimi Yusof (BN-Kota Putera) yang ingin tahu kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan tulisan jawi dan merancakkan penggunaan Bahasa Melayu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ke-12 di sini hari ini. Ahmad Razif berkata Perpustakaan Negeri juga turut memainkan peranan dengan menganjur beberapa program promosi seperti pertandingan poster dalam tulisan jawi, dan sebagainya. Katanya dalam usaha merancakkan penggunaan Bahasa Melayu pula, kerajaan

Page 20: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

19

negeri berganding bahu dengan dengan Jabatan Pelajaran untuk mengadakan pelbagai program promosi setiap tahun. Beliau berkata antaranya menganjurkan program Bulan Bahasa Kebangsaan, Malam Puisi Bahasa Jiwa Bangsa, sayembara dan deklamasi Puisi, festival teater, pertandingan pengkesahan tokoh sekolah, kuiz bahasa dan lain-lain. Sementara itu persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini diberitahu bahawa terdapat 6,924 ibu tunggal dan 798 bapa tunggal daripada 25,000 penduduk miskin yang berada dalam senarai e-Kasih negeri Terengganu hingga akhir tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad berkata walaupun program khusus bagi golongan itu dari segi pembiayaan modal belum ada, tetapi kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan program khas buat mereka di bawah kendalian Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu. "Antaranya program jaya diri iaitu program yang berbentuk pemberian pinjaman modal berdasarkan kemampuan dan penilaian jabatan yang mana peserta terlibat hanya perlu membayar berdasarkan ketetapan oleh jabatan terbabit," katanya. Yahya (BN-Pengkalan Berangan) berkata demikian ketika menjawab soalan Abd Halim Jusoh (BN-Permaisuri) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu kali ke 12 di sini hari ini yang mahukan penjelasan mengenai program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu ibu tunggal. Menurutnya selain itu program-program untuk memperkasa golongan ibu tunggal juga diadakan seperti menubuhkan kelab ibu tunggal mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri bagi membantu mereka. "Kami juga membekalkan bantuan kewangan dan mengadakan bengkel pemantapan kelab ibu tunggal, bengkel pembimbing, bengkel kemahiran ekonomi dan juga lawatan yang bermaklumat untuk kepentingan mereka," katanya. -- BERNAMA NSM TAJ AZH

Page 21: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

20

TULISAN JAWI HADAPI BAHAYA KEPUPUSAN - AHLI AKADEMIK

Date: 28-04-2011 Author: / YAM AKT RHM TULISAN-JAWI KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Semua pihak perlu bersama-sama menghidupkan semula program membaca dan menulis dalam tulisan Jawi demi memastikan tulisan Melayu tertua itu tidak hilang dan pupus ditelan arus pemodenan sekarang, kata seorang ahli akademik hari ini. Ketua Jabatan Perpustakaan dan Sains Maklumat Universiti Sains Malaysia Dr Wan Ali Wan Mamat berkata sehingga kini kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran masih menggunakan tulisan Jawi dalam satu subjek di peringkat sekolah rendah dan menengah, bagaimanapun ia masih belum mencukupi. "Selain kerajaan, pihak swasta juga perlu memainkan peranan dengan mempromosikan penggunaan tulisan Jawi kerana setakat ini hanya akhbar Utusan Melayu terbitan Utusan Melayu (M) Berhad yang masih menggunakan tulisan itu. "Bagaimanapun ia bakal hilang dalam arus pemodenan sekiranya tiada usaha untuk menyelamatkannya" kata Wan Ali. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Wacana Manuskrip Melayu "Paleografi Melayu: Pengenalan kepada Tulisan Melayu Lama" di Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini hari ini. Wan Ali berkata tulisan jawi bukan hanya terhad kepada pembaca kaum Melayu sahaja tetapi kaum-kaum lain juga boleh mempelajarinya dan sekiranya ia dibaca oleh semua kaum sudah pasti penggunaan tulisan jawi akan lebih mendapat sambutan pada masa depan kelak. Selain itu, katanya media massa juga boleh membantu mempromosikan tulisan Jawi dengan menerbitkan lebih banyak bahan bacaan dalam tulisan itu seperti suratkhabar, majalah dan dalam internet. Mengenai manuskrip Melayu, beliau berkata manuskrip Melayu merupakan satu warisan dalam bentuk penulisan daripada zaman silam yang sangat tinggi nilai harganya. "Isi kandungan manuskrip tersebut adalah pelbagai, antaranya perubatan,

Page 22: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

21

agama Islam, fiqah, tauhid, tasawuf, tajwid, sejarah, undang-undang dan lain-lain yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan tamadun Melayu yang mesti dipelihara bagi faedah generasi kini dan akan datang," katanya. Justeru, katanya semua pihak perlu mencontohi apa yang dilakukan oleh PNM kerana keprihatinannya untuk menyelamatkan warisan intelektual itu dengan cermat dan selamat bagi kegunaan orang ramai. Wan Ali berkata PNM yang juga merupakan Pusat Manuskrip Melayu di Malaysia mempunyai sejumlah 4,300 manuskrip di mana sebahagian besar koleksi itu adalah berkaitan agama Islam. -- BERNAMA YAM AKT RHM

Page 23: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

22

KEMENTERIAN PELAJARAN DIMINTA PERLUASKAN AKTIVITI TULISAN JAWI

Date: 24-03-2010 Author: / NUA HK AZH RAIS-JAWI KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelajaran diminta supaya memperluaskan lagi aktiviti penulisan jawi di sekolah-sekolah bagi meningkat dan membudayakan penggunaan tulisan itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata walaupun Kementerian Pelajaran sudah melaksanakan program pengajian Jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain yang dikenali sebagai j-QAF di sekolah-sekolah, usaha menjalankan aktiviti bagi membudayakan tulisan jawi di kalangan pelajar masih perlu ditingkatkan. "Pengajian j-QAF adalah penentuan menerusi akademik, yang saya maksudkan adalah pergiatkan dari segi aktiviti atau usaha yang perlu diambil dalam membudayakan terutamanya pelajar, dalam menanam minat menggunakan tulisan itu. "Contohnya pembekalan suratkhabar jawi (Utusan Mealyu) ke sekolah-sekolah, misalnya jika ada 10,000 sekolah yang beli akhbar (jawi) ini, maka sudah ada 10,000 naskah Utusan yang boleh dijual. Ini meringankan beban untuk mempromosi tulisan jawi," katanya selepas melancarkan Wajah Baru Akhbar Jawi Utusan Melayu Mingguan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini, hari ini. Turut hadir ialah Ketua PNM Datuk Raslin Abu Bakar dan Ketua Pengarah Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak. Rais juga berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan meneruskan bantuan RM2.2 juta kepada syarikat Utusan untuk meneruskan penerbitan kolum tulisan jawi dalam akhbar Jawi Utusan Melayu Mingguan. "Komitmen kami dari tahun lalu tak putus. Kami juga berharap agar Kementerian Pelajaran juga teruskan dana sumbangan mereka juga. Tahun lalu, menerusi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KekWa) pun dah beri RM2.2

Page 24: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

23

juta, dan Kementerian Pelajaran RM1.5 juta untuk aktiviti promosi," katanya. Utusan sejak 1938 semasa beroperasi di Singapura menerbitkan akhbar Utusan Melayu (Jawi) secara harian, menjadi suara orang Melayu pada waktu itu, namun selepas 67 tahun beroperasi akhbar itu terpaksa berhentikan penerbitannya pada 29 Jan 2006 kerana tiada sambutan dan kekurangan pembaca. Bagaimanapun pada 1 Mei 2006 ia diterbitkan semula secara mingguan sebagai sisipan akhbar Utusan Malaysia setiap Isnin dengan nama Utusan Melayu Mingguan, dan pada 1 Mac lepas, Utusan Melayu Mingguan diterbitkan dengan wajah baru yang kandungannya antara lain meliputi berita semasa dalam dan luar negara, kolum-kolum menarik, pendidikan jawi, cerpen, hiburan dan sukan. -- BERNAMA NUA HK AZH

Page 25: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

24

MAJLIS PERBANDARAN TAWAU GUNA TULISAN JAWI DI PAPAN TANDA LORONG

Date: 14-12-2009 Author: / IL KI AZH TAWAU-JAWI TAWAU, 14 Dis (Bernama) -- Majlis Perbandaran Tawau (MPT) akan membanyakkan penampilan papan-papan tanda penunjuk jalan dan lorong yang menggunakan tulisan jawi di kawasan perbandaran itu pada masa akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Penamaan Jalan MPT Mansur Palulah berkata pihaknya sudah menyediakan 20 nama lorong yang ditulis menggunakan tulisan jawi dalam peringkat pertama usaha ke arah memartabatkan tulisan jawi itu. "Penggunaan tulisan jawi di papan-papan tanda lorong dan jalan ini dibuat secara berperingkat, dalam fasa pertama ini kami tumpukan kawasan perumahan kerajaan dan lorong-lorong di kawasan perkampungan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas upacara meletakkan tanda lorong di Tanjung Batu Keramat di sini, hari ini. -- BERNAMA IL KI AZH

Page 26: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

25

MPKB WAJIBKAN TULISAN JAWI LEBIH BESAR PADA PAPAN TANDA

Date: 12-08-2009 Author: / HNH MRA SN MPKB-JAWI KOTA BAHARU, 12 Ogos (Bernama) -- Mulai tahun depan, Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) akan mewajibkan tulisan jawi ditulis lebih besar atau sekurang-kurangnnya sama saiz dengan tulisan rumi pada setiap papan tanda dan iklan di bandar ini. Penolong Pengarah Perhubungan Awam MPKB Azman Mohd Daham berkata peniaga atau pemilik premis yang gagal berbuat demikian boleh diambil tindakan dan permohanan untuk memperbaharui atau permohonan baru papan iklan mereka tidak akan dilayan. "MPKB juga akan menurunkan papan tanda atau papan iklan yang tidak menggunakan tulisan jawi lebih besar atau sekurang-kurangnnya sama dengan tulisan rumi selepas tarikh akhir 31 Dis ini," katanya kepada Bernama di pejabatnya, hari ini. Beliau berkata notis pemberitahuan awal telah dihantar kepada peniaga dan pemilik di kawasan majlis perbandaran ini supaya mereka mematuhi peraturan itu yang akan dikuatkuasakan awal Januari tahun depan. Azman berkata pada ketika ini ramai peniaga dan pemilik premis yang mengabaikan peraturan mewajibkan tulisan jawi ditulis pada papan tanda atau papan iklan mereka. "Ada di antara mereka yang menggunakan tulisan jawi terlalu kecil semata-mata untuk memenuhi syarat MPKB," katanya. -- BERNAMA HNH MRA SN

Page 27: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

26

MY JAWI GAMES BUKTI KESERIUSAN KUIS MARTABATKAN TULISAN JAWI

Date: 10-06-2009 Author: Suriani Razali / SURI JH RON CR KUIS-JAWI BANGI, 10 Jun (Bernama) -- Mengikut catatan sejarah, tulisan Jawi wujud di Nusantara sejak abad ke-14. Pembangunannya dikaitkan dengan penyebaran Islam dari tanah Arab. Di Tanah Melayu, dan kemudiannya Malaysia, apabila tulisan Jawi sedikit demi sedikit kehilangan pengaruh berikutan perkembangan tulisan Rumi, isu memartabatkan tulisan Jawi mula diperkata. Bagi masyarakat Islam, kepentingan tulisan Jawi dilatari kewajipan mempelajari ilmu agama, yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Namun begitu, keistimewaan tulisan Jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut dan penggemar dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Justeru, sebarang usaha dalam mengetengahkan penggunaan tulisan Jawi tentunya berbaloi. Baru-baru ini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) melakar kejayaan dengan penghasilan permainan komputer berasaskan tulisan Jawi yang dinamakan 'My Jawi Games'. Dicipta oleh pensyarah di Fakulti Teknologi dan Sains Informasi KUIS, Noor Azli Mohamed Masrop, 37, permainan ini boleh dikategorikan sebagai satu aplikasi 'mobile learning' atau kaedah pembelajaran cara mudah alih. Pada Pameran Penciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-20 (20th International Invention , Innovation and Technology Exhibition - ITEX 2009) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 15 hingga 17 Mei lepas, My Jawi Games memenangi Anugerah Pingat Emas. Pameran itu melibatkan penyertaan institusi pengajian tinggi, pertubuhan, syarikat dan individu dari dalam dan luar negara. CERITA RAKYAT My Jawi Games direkabentuk berasaskan cerita rakyat Pahang iaitu 'Azimat Awang Miskin' dengan menggunakan platform animasi multimedia Adobe Flash sepenuhnya. Cerita Azimat Awang Miskin mengisahkan seorang anak yatim piatu, Awang,

Page 28: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

27

yang merantau untuk menuntut ilmu. Dalam pengembaraannya, Awang perlu menghadapi pelbagai cabaran. Melalui tujuh modul, pengguna dicabar dengan pelbagai aktiviti seperti mengutip dan mengira buah-buahan, mendaki bukit, menyeberang sungai yang penuh buaya, memasak dan menangkap ikan. "Alhamdulillah, permainan ini dapat disiapkan dalam lebih kurang setahun," kata Noor Azli, yang telah berkhidmat di KUIS selama 13 tahun. "Saya amat berterima kasih kepada KUIS kerana memberikan kerjasama dan bantuan, termasuk cuti bergaji penuh," tambahnya. Projek ini juga mendapat sokongan daripada pelajar serta guru sekolah, yang memberikan maklum balas dan nasihat berkenaan pendekatan pembelajaran di sekolah. Permainan ini telah diuji di beberapa buah sekolah di sekitar Bangi dan mendapat sambutan yang amat baik. Hasilnya, ada murid sekolah terlibat yang sebelum ini tidak cekap membaca tulisan Jawi kini dapat membacanya dengan lancar. OBJEKTIF DAN SASARAN My Jawi Games dihasilkan bertujuan memperkasa dan memartabat tulisan Jawi bermula di peringkat kanak-kanak. Dengan menggabungkan pembelajaran tulisan Jawi bersama cerita rakyat, penghasilan My Jawi Games dilihat sebagai menyahut saranan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang mahu menjadikan tulisan Jawi serta cerita rakyat sebagai warisan negara yang sentiasa diguna pakai dalam kehidupan seharian. Pada masa yang sama, My Jawi Games memberi pendedahan kepada pengguna, iaitu kanak-kanak, kepada teknologi maklumat dan multimedia dengan cara yang menyeronokkan. Idea untuk menghasilkan permainan ini bermula apabila bapa kepada lima anak ini sering mendengar kes pelajar ponteng sekolah dan mengunjungi pusat permainan video. Bertolak dari rasa tanggungjawab yang menebal, Noor Azli berusaha mencari alternatif yang dapat membendung gejala tersebut. "Lumrah kanak-kanak sukakan permainan yang menggembirakan, saya membina permainan Jawi yang sekali gus dapat memberi motivasi dan nilai-nilai murni kepada mereka," kata Noor Azli. Menurut Noor Azli, projek ini dihasilkan bagi melengkapi sebahagian daripada

Page 29: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

28

kajian beliau di peringkat kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dijangka selesai pada tahun hadapan. RANCANGAN MASA HADAPAN Harapan Noor Azli, My Jawi Games dapat diterima ramai. Anak kelahiran Selangor ini berkata, permainan ini belum dipatenkan lagi kerana masih dalam peringkat percubaan. Beliau ingin terus menjalankan percubaan di mana-mana pusat pendidikan untuk memenuhi syarat permohonan paten bagi permainan ini. Noor Azli, yang pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo pertandingan Kemahiran Asean, berhasrat menaik taraf dan mempelbagaikan lagi ciptaannya agar penggunaannya tidak terhad kepada peringkat awal pembelajaran (beginners) sahaja malah sesuai untuk semua peringkat umur. Contohnya, pendekatan Jawi boleh digunakan dalam permainan komputer berunsur aksi lasak yang digemari oleh golongan remaja, katanya. Melihat lebih jauh ke hadapan, Noor Azli juga mengimpikan untuk menerapkan penggunaan tulisan Jawi dalam pembelajaran matematik dan sains, sebagaimana ia boleh diajar dalam bahasa Inggeris pada masa ini. Dalam semangat yang sama, jika tulisan Jawi dapat diangkat sebagai satu daripafa komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang dinilai dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkemungkinan murid akan lebih bersungguh-sungguh untuk mempelajari Jawi, kata Noor Azli. Menurutnya, pelbagai usaha penyelidikan melibatkan tulisan Jawi sememangnya telah dan sedang dijalankan di beberapa institusi pengajian tinggi; antaranya seperti penciptaan pemproses perkataan Jawi, penukar Rumi-Jawi, pengimbas Jawi, penukar laman web Rumi ke Jawi dan perisian pembelajaran Jawi. My Jawi Games pula sebagai permainan komputer diharap akan menjadi permulaan kepada satu lagi sumbangan ke arah memartabatkan tulisan Jawi. Rektor KUIS Datuk Adanan Isman turut mengakui kepentingan usaha membangunkan permainan Jawi ini. "My Jawi Games merupakan satu penemuan inovasi yang baik. Dahulu, kita mendapat sumber bacaan Jawi daripada kitab-kitab, surat khabar serta makalah-makalah, tetapi (kini bahan-bahan ini) kurang mendapat sambutan," katanya kepada Bernama. "Penemuan teknologi yang sangat menarik ini diharapkan dapat memberi

Page 30: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

29

suntikan baru kepada pembangunan tulisan Jawi. "Pihak KUIS amat mengalu-alukan usaha sebegini. Jika ada antara para pensyarah KUIS atau para pelajar yang ingin menghasilkan penemuan baru seperti ini, kami sedia memberi kerjasama dan bantuan kepada mereka," katanya. -- BERNAMA SURI JH RON CR

Page 31: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

30

KEBANYAKAN DAERAH DI SABAH GUNA TULISAN JAWI PADA PAPAN TANDA AWAM

Date: 21-10-2008 Author: / NAB NAB ROS DBP-JAWI KOTA KINABALU, 21 Okt (Bernama) -- Penggunaan tulisan jawi pada papan tanda jalan dan iklan mendapat sokongan menggalakkan di kebanyakan daerah di Sabah, kata Pengarah Dewan dan Bahasa (DBP) Sabah Zubaidi Abas. "Pihak DBP mendapat kerjasama yang sangat baik daripada majlis daerah berkenaan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda. Mereka juga sentiasa berhubung dengan kami mengenai penggunaan bahasa dan ejaan yang betul. "Kami amat mengalu-alukan dan memuji usaha daerah seperti Lahad Datu, Sipitang, Kinabatangan dan Beaufort dalam memartabatkan bahasa kebangsaan kita melalui penulisan jawi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Penganjuran Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2008 di sini, hari ini. Katanya usaha menggunakan tulisan jawi juga akan diperluaskan ke daerah lain. Dalam perkembangan lain, Zubaidi berkata DBP Negeri akan meminta syarikat pengiklanan di negeri itu untuk merujuk kepada DBP dalam penggunaan bahasa kebangsaan pada iklan. Katanya setiap permohonan untuk membuat iklan pada papan iklan menggunakan bahasa kebangsaan perlu mendapat kelulusan daripada DBP sebelum mengiklan. Mengenai BBSN 2008, Pengarah DBP Malaysia Izzah Abd Aziz yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata pelancaran BBSN akan diadakan di Padang Merdeka pada 24 Okt ini. Katanya majlis pelancaran itu dijangka disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, selaku pengerusi jawatankuasa induk BBSN, juga dijangka hadir. Antara artis yang diundang pada majlis pelancaran itu ialah Ramli Sarip, Abu Bakar Ellah dan bintang Akademi Fantasia Felix Agus. Izzah berkata pelbagai aktiviti diadakan sempena BBSN itu dari 18 Okt hingga 9 Nov ini, antaranya Ekspo BBSN pada 24-26 Okt, Sayembara Lagu Puisi pada

Page 32: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

31

26 Okt, Larian BBSN pada 27 Okt dan Khemah Bahasa Pelbagai Kaum pada 28-30 Okt bagi peringkat negeri Sabah dan pada 7-9 Nov bagi peringkat Labuan, katanya. -- BERNAMA NAB NAB ROS

Page 33: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

32

PENGGUNAAN TULISAN JAWI PADA PAPAN-PAPAN TANDA DI KOTA BELUD DITINGKATKAN

Date: 11-08-2008 Author: / NOK NT AZH JAWI-SABAH KOTA BELUD, 11 Ogos (Bernama) -- Penggunaan tulisan jawi pada papan-papan tanda di sekitar bandar Kota Belud dan jalan-jalan utama ke kampung-kampung tertentu di daerah ini akan ditingkatkan. Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli berkata Umno daerah berkenaan bertekad untuk menggerakkan usaha itu sebagai langkah permulaan bagi merintis jalan untuk memartabatkan tulisan jawi. Beliau berkata Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah sudah menyuarakan sokongan mereka terhadap usaha itu di samping bersedia membantu pelaksanaannya, dan beliau seterusnya menyarankan agar penggunaan tulisan jawi diperluaskan di seluruh Sabah. Menurutnya penggunaan tulisan jawi yang meluas mencerminkan budaya Malaysia yang berbilang, menjadikan minat masyarakat terhadap keunikan tulisan itu perlu sentiasa dipupuk agar ia tidak hilang begitu sahaja. "Saya adalah pencinta Budaya Malaysia berbilang kaum. Saya sangat berminat dengan keunikan tulisan jawi yang menjadi simbol kepada perpaduan Melayu dan berharap tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman," katanya kepada Bernama selepas merasmikan konsert pentarama anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dewan Terbuka Kampung Taun Gusi dekat sini malam tadi. Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu Musbah berkata, rakyat Malaysia bertuah kerana memiliki sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin mengenai masalah rakyat serta mementingkan perpaduan. -- BERNAMA NOK NT AZH

Page 34: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

33

ZAHID CADANG KEPALA SURAT KEMENTERIAN DAN JABATAN GUNA TULISAN JAWI

Date: 16-06-2008 Author: / RP RP SN ZAHID-JAWI SEREMBAN, 16 Jun (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencadangkan agar semua kementerian dan jabatan turut menggunakan tulisan jawi pada kepala surat mereka. Beliau berkata penggunaan tulisan jawi, selain tulisan rumi itu adalah sebagai langkah memartabatkan tulisan jawi di negara ini. "Pada hemat saya, penggunaan tulisan jawi ini tidak akan menghilangkan identiti kementerian dan jabatan terbabit. Kami telah memulakan langkah itu dan saya harap kementerian serta jabatan lain mengikutnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program "Jawi Warisan Bangsa" anjuran Tabung Haji dan Utusan Malaysia di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Ahmad Hashim Makarudin. Beliau berkata usaha untuk memartabatkan tulisan jawi itu penting kerana ia adalah warisan bangsa yang harus dijaga dan dipertahan oleh semua lapisan masyarakat. "Perubahan zaman menjadikan masyarakat kita tidak mengendahkan kepentingan tulisan ini, lebih-lebih lagi di kalangan generasi muda. Justeru, amatlah wajar sekali masyarakat kita memainkan peranan untuk mengangkat martabat tulisan ini," katanya. Ahmad Zahid berkata program mengembangkan tulisan jawi seharusnya dirangka dan diperluas agar tulisan itu terus kekal sebagai warisan budaya bangsa. -- BERNAMA RP RP SN

Page 35: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

34

MB SELANGOR MAHU SEKOLAH AGAMA BERI PENEKANAN MENGUASAI TULISAN JAWI

Date: 17-05-2008 Author: / SYA MK RS AGAMA-JAWI SHAH ALAM, 17 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu semua sekolah agama di negeri ini memberikan penekanan terhadap penguasaan tulisan jawi oleh kalangan pelajarnya. Beliau berkata tulisan jawi perlu dikuasai memandangkan ia merupakan satu aspek kebudayaan dan memperlihatkan cara pemikiran masyarakat Melayu yang diwarisi dari generasi terdahulu. "Kita mahu tulisan Jawi dikuasai oleh orang Melayu kerana ia identiti dan membantu dalam beberapa aspek kehidupan termasuk membantu kita memahami dan membaca al-Quran dengan lebih baik..." katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2008 di sini hari ini. Abdul Khalid berkata apabila seseorang itu mengenali dan tahu tulisan Jawi mereka juga mampu memahami Bahasa Arab yang asasnya ialah tulisan Jawi. Beliau berkata penekanan tulisan Jawi di sekolah agama boleh dilakukan dengan menambah satu kelas khas subjek itu. Selain itu, katanya penguasaan tulisan Jawi juga boleh membantu kembali survival akhbar bertulisan jawi. Abdul Khalid berkata dengan jumlah kira-kira 60 peratus orang Melayu di Malaysia sepatutnya akhbar tulisan Jawi (yang wujud dulu) mampu bertahan jika mereka menguasai dan mahir menulis serta membaca tulisan Jawi. "Masyarakat India misalnya, hanya kira-kira 10 peratus sahaja di Malaysia tetapi akhbar menggunakan tulisan Tamil ada tiga kalau tidak silap saya dan semuanya sukses," katanya. Terdahulu dalam ucapannya Abdul Khalid berkata guru agama perlu mempertingkatkan penguasaan mereka dalam bidang ICT bagi menyampaikan teknik pengajaran yang lebih berkesan dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Abdul Khalid turut menyampaikan hadiah kepada dua tokoh guru sekolah agama JAIS iaitu Ismail Ibrahim dari Sabak Bernam bagi kategori lelaki dan Jama'aiah Boyok dari Sepang (wanita). Kedua-dua tokoh guru itu dipilih kerana dedikasi mereka dalam bidang pendidikan sejak 30 tahun lepas dan masih aktif sehingga kini walaupun telah bersara. – BERNAMA SYA MK RS

Page 36: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

35

PNM MEMARTABATKAN TULISAN JAWI

Date: 15-03-2008 Author: / PNAB NH RHM PNM-JAWI KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sentiasa berusaha memartabatkan tulisan jawi, kata Ketua Pengarahnya Raslin Abu Bakar. Beliau berkata bagi memastikan objektif itu tercapai, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PNM akan turut diselitkan dengan acara berkaitan tulisan jawi. "PNM turut menyelitkan acara berkaitan tulisan jawi bagi menyemarakkan lagi penggunaannya dan memupuk minat khususnya di kalangan kanak-kanak dan pengunjung Perpustakaan Negara," katanya semasa merasmikan Program 'Keluarga Ceria...Mari Membaca' di ruang pameran PNM di sini hari ini. Raslin berkata pelbagai aktiviti galakan membaca telah dirangka oleh PNM sepanjang tahun ini bagi menjayakan kempen membaca di seluruh negara. Jika sebelum ini, kempen membaca hanya diadakan pada Julai, kini PNM dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah menambah baik pelaksanaan kempen itu kepada sepanjang masa, katanya. Pegawai Perhubungan Awam PNM, Nurazila Azizan pula berkata anggota PNM telah bertambah sehingga mencecah 768,345 orang sehingga akhir tahun lepas. -- BERNAMA PNAB NH RHM

Page 37: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

36

DBKL PERKENAL TULISAN JAWI PADA PAPAN NAMA JALAN

Date: 19-02-2008 Author: / NIM RAR KAY DBKL-Jawi KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan penambahan tanda nama jalan dalam tulisan jawi secara berperingkat bermula awal tahun ini dalam usaha memartabatkan serta membudayakan tulisan itu di semua peringkat. Pegawai Perhubungan Awam dan Antarabangsa DBKL Anwar Mohd Zain berkata langkah terbaru itu selaras dengan usaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membiasakan dan menggalakkan penggunaan tulisan jawi di kalangan warga kota dalam urusan seharian. "Saiz tulisan jawi ini adalah kecil tetapi mudah dilihat orang ramai termasuk angka poskod," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Menurutnya langkah itu tidak akan menjejaskan nama jalan dalam tulisan rumi sedia ada. Beliau berkata pada masa yang sama DBKL turut menggunakan plat tulisan nama jalan daripada bahan aluminium komposit kerana ia tahan lama dan mampu mengurangkan kecurian dan vandalisme. Anwar juga mengalukan sebarang cadangan daripada orang ramai dalam usaha penambahbaikan itu. -- BERNAMA NIM RAR KAY

Page 38: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

37

MINAT DORONG WANITA INDIA BELAJAR SENDIRI TULISAN JAWI

Date: 16-06-2007 Author: Che Saad Nordin / CSN MZM RHM India-Jawi BALING, 16 Jun (Bernama) -- Pada masa tulisan jawi semakin dipinggirkan masyarakat Melayu, seorang wanita berketurunan India di sini berusaha belajar sendiri sehingga mahir membaca dan menulis jawi. V. Kamala Devi, 58, ibu tunggal lima anak yang tinggal di Kampung Bawah Gunung, Jalan Weng, berkata beliau mula mempelajari jawi semasa belajar di Sekolah Pusat Baling (sekarang Sekolah Kebangsaan Baling). Akibat dihimpit kemiskinan, beliau hanya sempat belajar setakat darjah tiga apabila terpaksa berhenti sekolah. "Walaupun belajar setakat darjah tiga, saya terus belajar secara sendiri tulisan berkenaan sehinggalah sekarang saya masih membaca tulisan jawi termasuk membaca akhbar jawi," katanya kepada Bernama semasa ditemui di rumahnya di sini, hari ini. Katanya waktu di sekolah dahulu, hanya ada 10 murid India yang belajar di sekolah berkenan dan mereka belajar dengan tekun untuk memahami bacaan dan tulisan jawi. Menurut Kamala, beliau berbangga kerana mampu menguasai bacaan dan tulisan jawi sehingga membolehkannya membaca pelbagai buku hikayat lama Melayu yang ditulis dalam jawi. Selain itu, Kamala juga mampu menulis dan membaca tulisan tamil walaupun tidak pernah bersekolah tamil sepanjang hayatnya. "Saya hanya belajar menulis dan membaca tamil sewaktu di rumah dari ayah, P. Veeraputran yang bekerja sebagai buruh di Jabatan Kerja Raya Baling," katanya yang merupakan anak ketiga dari empat beradik. Ditanya mengenai tulisan jawi yang semakin terpinggir, wanita itu berkata:" Saya sedih kerana generasi muda tidak berminat lagi untuk belajar jawi sedangkan ia sesuatu yang senang dipelajari". Wanita itu turut membuktikan kemampuannya dengan menulis perkataan "Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50 Malaysia" dalam jawi dengan pantas dan tepat. -- BERNAMA CSN MZM RHM

Page 39: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

38

WATIKAH PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN JEMPUTAN DIRAJA GUNA TULISAN JAWI

Date: 21-04-2007 Author: Haslinda Zainal / HAZ HK MAI Agong-Watikah SHAH ALAM, 21 April (Bernama) -- Penggunaan Jawi dalam tulisan watikah pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin serta surat jemputan kepada Raja-raja Melayu untuk berangkat ke majlis itu menghidupkan kembali budaya tulisan itu di istana seperti zaman dahulu kala. Ia seiring dengan usaha kerajaan memupuk dan meningkatkan penggunaan dan kemahiran tulisan Jawi dalam kalangan rakyat, kata Datuk Abdul Latiff Mirasa, pengerusi Yayasan Restu, sebuah badan bukan kerajaan yang telah dipertanggungjawab sekali lagi untuk menyediakan surat jemputan kepada Raja-raja Melayu serta watikah pertabalan menggunakan kertas khas. Yayasan berusia 20 tahun itu telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan 15 surat jemputan kepada semua Sultan dan Raja Melayu serta Yang Dipertua Negeri dan Perdana Menteri. Ia menyediakan empat jenis watikah iaitu Watikah Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, Watikah Ikrar, Watikah Doa dan Watikah Perisytiharan Pertabalan bersempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis ini, katanya kepada Bernama di Kompleks Taman Seni Islam Selangor di sini. Yayasan Restu, yang pakar dalam bidang kaligrafi khat, pernah ditugaskan untuk menyediakan dokumen yang serupa semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-12 Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 2002. Abdul Latiff berkata keputusan Istana Negara mengamanahkan tugas seperu sekali lagi kepada yayasan itu menunjukkan kepercayaannya terhadap kemampuan Yayasan Restu menghasilkan suatu seni Islam sebagai identiti masyarakat Melayu. Eksekutif Kanan Kaligrafi, Yayasan Restu, Abdul Baki Abu Bakar, berkata Istana Negara telah menyerahkan enam kepingan kulit kambing pada Selasa lepas untuk ditulis keempat-empat watikah tersebut. "Kulit kambing yang diimport dari United Kingdom itu diproses dan dipotong di Jabatan Ukur dan Pemetaan serta disiapkan dengan reka bentuk dan corak serta motif yang dipilih," katanya. Abdul Baki, yang akan menyediakan tulisan itu bersama seorang lagi penulis khat, Mohd Fadil Sulaiman, berkata ketelitian amat perlu ketika menulis watikah di atas kulit kambing kerana ia mempunyai tekstur yang agak licin seperti berminyak dan berbintik-bintik. "Kami perlu melakukan yang terbaik dan tumpuan perlu lebih kerana

Page 40: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

39

tugasan ini melibatkan Seri Paduka Baginda dan ia haruslah memenuhi kehendak Istana Negara," katanya. Abdul Baki berkata kesemua enam watikah itu, yang ditulis mengikut skrip yang disediakan oleh pihak Istana Negara, telah disiapkan dalam tempoh masa dua hari. "Untuk tajuk, kami menggunakan tulisan Jawi jenis khat thuluth, teks menggunakan khat nasakh manakala kalimah Bismillahirrahmanirrahim pula menggunakan khat diwani," katanya. Penulisan khat itu telah dibuat dengan menggunakan dakwat hitam yang terbaik dari Jepun, yang kalis air. Mohd Fadil, yang berpengalaman dalam penulisan Jawi selama 10 tahun, berkata menulis watikah Diraja ini amat berbeza kerana ia hanya berlaku sekali dalam tempoh lima tahun, dan hasilnya mestilah yang terbaik bagi mendapat kepuasan pihak Istana Negara. Mengenai kad jemputan Diraja, beliau berkata kerja penulisannya dimulakan pertengahan bulan lepas dan siap sepenuhnya awal bulan ini. Mohd Fadil berkata setiap surat jemputan mengambil masa empat jam untuk siap ditulis, kerana ia melalui pelbagai peringkat, dengan peringkat pertama meliputi aspek melakar skrip menggunakan pensil bagi mengelakkan kesalahan serta untuk mengimbangi tulisan. "Kemudian semakan akan dibuat oleh penyemak dari Yayasan Restu dan pihak Istana Negara dari segi perkataan dan ejaan," katanya. Surat jemputan itu ditulis di atas kertas manuskrip diperbuat daripada campuran kapas dan pulpa kayu dan bebas asid, dan kertas ini mampu bertahan selama 500 tahun. -- BERNAMA HAZ HK MAI

Page 41: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

40

SEMANGAT KEMERDEKAAN MEMBARA MENERUSI TULISAN JAWI

Date: 21-02-2007 Author: Melati Mohd Ariff / MMA PR 50 Tahun Merdeka KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Tulisan jawi adalah warisan, keperibadian dan citra Melayu. Jika hapusnya tulisan Jawi ini, maka hapuslah sebahagian daripada keperibadian orang Melayu. Begitu tingginya nilai tulisan jawi pada satu ketika dahulu tetapi ia kini semakin terpinggir daripada arus kehidupan masyarakat Melayu kata pejuang bahasa Dr Hashim Musa yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Gahnya tulisan atau skrip Jawi terserlah khususnya ketika pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka seawal abad ke 15 di mana penggunaannya bukan sahaja mencakupi urusan keagamaan tetapi juga semua bentuk urusan pentadbiran dan kebudayaan. Rakyat Malaysia hari ini sudah biasa dengan huruf rumi dan mungkin tidak menyedari bahawa sehingga 1960-an huruf Jawi sahaja yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Tulisan Jawi juga unggul dalam membangkitkan semangat nasionalisme serta perjuangan kemerdekaan tanah air dengan lahirnya begitu banyak majalah dan akhbar yang menggunakan skrip Jawi seawal kurun 19. MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA Begitu nostalgik sekali penulis membaca akhbar Utusan Zaman keluaran Ahad 1 September 1957 bersamaan 6 Safar 1377. Perkataan `Merdeka', `Merdeka', `Merdeka' dalam huruf jawi dengan megah menghiasi muka satu akhbar itu dengan foto pemasyhuran kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Tajuk kecil `Upacara Yang Bersejarah Dan Mengharukan Sekali Meriah Dan Penuh Dengan Kegembiraan' pula mendahului berita dengan perenggan pertamanya berbunyi seperti berikut: "Kuala Lumpur, 31 Ogos -- Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya merdeka tepat pukul 9.30 pagi ini oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dalam satu upacara bersejarah yang sungguh mengharukan di Stadium Merdeka di sini. Muka satu dada akhbar Utusan Zaman pada tarikh yang sama turut memaparkan isi kandungan "Proklamasi Kemerdekaan Tanah Melayu" yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Antaranya proklamasi itu berbunyi: "Dan bahawasanya oleh kerana dengan perjanjian yang disebut namanya perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat di antara duli yang maha mulia baginda Queen dengan duli-duli yang maha mulia raja-raja negeri-negeri Malaya maka telah

Page 42: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

41

dipersetujui bahawa negeri-negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak serta negeri yang dulunya dinamakan Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai daripada 31 haribulan Ogos 1957 hendaklah menjadi sebuah persekutuan baru bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu." Begitu tingginya martabat tulisan Jawi terbukti dengan dokumen proklamasi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ini disediakan dalam tulisan Jawi. Utusan Zaman adalah akhbar mingguan bagi Utusan Melayu dan kedua-duanya merupakan akhbar paling berpengaruh ketika itu dan diterbitkan sepenuhnya dalam skrip Jawi. Utusan Melayu mula diterbitkan di Singapura pada 7 Nov 1907. Keluaran pertama akhbar Utusan Melayu di Tanah Melayu ialah pada 29 Mei 1939 di bawah pimpinan Allahyarham Yusoff Ishak (Presiden Singapura dari 3 Dis 1959 hingga 23 Nov 1970). Utusan Zaman pula mula diterbitkan pada 5 Nov 1939. Catatan sejarah juga menunjukkan perjanjian-perjanjian penting antara pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris dengan pihak raja-raja Melayu turut disempurnakan dalam tulisan Jawi. Antaranya termasuk Perjanjian Pangkor 1874 yang membuka ruang untuk Inggeris campur tangan dalam pentadbiran di Perak. Di samping dokumen-dokumen perjanjian itu, surat-menyurat antara kedua-dua belah pihak juga dilaporkan banyak dibuat menggunakan skrip jawi. ASAL-USUL HURUF JAWI Huruf Jawi telah wujud di Nusantara (Kepulauan Melayu) berabad-abad lamanya. Huruf atau skrip Jawi mempunyai pertalian rapat dengan skrip Arab yang tiba di Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam yang disebarkan oleh pedagang dan pendakwah Islam berketurunan Arab, India dan Cina seawal abad ke-7 Masihi. Sebelum kedatangan skrip Arab, orang Melayu menggunakan tulisan rencong yang ditulis pada batang buluh dan daun. Ini diikuti dengan tulisan kawi dan tulisan palava, kedua-duanya tulisan keturunan India. "Bila masuk sahaja agama Islam, orang Melayu cuba menggunakan tulisan palava atau kawi untuk menulis tentang agama Islam tetapi tidak sesuai kerana tulisan-tulisan ini tidak dapat menampilkan dengan tepat bunyi-bunyi Quran dan Hadis. "Sebab itu orang Melayu membuat eksperimen menggunakan huruf Arab. Oleh yang demikian, tulisan Jawi adalah ciptaan asli dan kreativiti orang Melayu sendiri walaupun berasaskan tulisan Arab," demikian menurut Dr Hashim yang telah menghasilkan buku "Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi". Menurut beliau lagi, orang Melayu kemudiannya menambah beberapa huruf yang tidak terdapat dalam tulisan Arab untuk menyesuaikan dengan bunyi perkataan bahasa Melayu iaitu 'che', 'nge', 'pa', 'ge' dan 'nye'. Huruf 'vi' kemudiannya diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun

Page 43: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

42

90-an. Bukti awal kewujudan tulisan Jawi ialah penemuan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702H atau 1303 Masihi dan menurut Dr Hashim, pada batu itu masih terdapat perkataan-perkataan Sanskrit. Tokoh tempatan yang tersohor dalam usaha mensistemkan tulisan Jawi ialah Zainal Abidin Ahmad yang kemudiannya dikenali sebagai Pendeta Za'ba. Menurut Dr Hashim, Pendeta Za'ba menghasilkan buku `Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi' yang diusahakannya pada 1938 dan hanya dicetak pada 1949. TUMBUH BAGAI CENDAWAN Era pesat kelahiran pelbagai majalah dan suratkhabar yang kebanyakannya diterbitkan dalam tulisan Jawi boleh dikatakan sebagai cendawan tumbuh bermula lewat kurun ke 19. Ianya bermula dengan Jawi Peranakan yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1876 yang merupakan suratkhabar Melayu pertama di Malaya. Ini diikuti dengan pelbagai lagi penerbitan. Antara yang tersohor di samping Utusan Melayu dan Utusan Zaman termasuk Melayu Muda, Melayu Raya, Pelita Malaya, Perkhabaran Dunia, Perubahan Baharu, Saudara, Suara Melayu, Warta Kinta, Warta Malaya dan Warta Negara. Antara majalah sebelum merdeka yang unggul dan menggunakan tulisan Jawi ialah Majalah Guru iaitu suara bagi Kesatuan Penulis Guru Melayu Semenanjung (KPGMS). Golongan guru turut memainkan peranan penting menyuntik semangat kemerdekaan menggunakan majalah ini untuk melahirkan pelbagai artikel termasuk mengenai pendidikan di samping cerpen dan sajak. Mengikut catatan yang terkandung dalam "Katalog Suratkhabar dan Majalah Bahasa Malaysia Edisi II" keluaran Arkib Negara Malaysia, Majalah Guru diterbitkan dalam enam peringkat. Majalah ini dicetak dalam tulisan Jawi dari 1 November 1924 hingga 1 Januari 1950. Cetakan Rumi bermula dari 2 Januari 1950 hingga akhir tahun 1968. Satu lagi majalah yang tidak kurang hebatnya ialah Warta Ahad yang diterbitkan di Singapura pada 5 Mei 1935 oleh Warta Malaya Press Ltd. Turut menganggotai sidang pengarangnya ialah Datuk Onn bin Ja'afar dan Abdul Rahim Kajai. UTUSAN MELAYU SUARA KERAMAT Utusan Melayu sememangnya sinonim dengan tulisan Jawi. Kehebatan akhbar ini zaman sebelum dan pasca merdeka sememangnya tidak dapat dinafikan. Sayangnya pengaruh akhbar ini sedikit demi sedikit pudar apabila tulisan Rumi menjadi dominan terutama selepas pengisytiharan Akta Bahasa Kebangsaan 1963. Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Melayu Tan Sri Mazlan

Page 44: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

43

Nordin yang sempat ditemui penulis ketika berlangsungnya satu forum di sini baru-baru ini menegaskan Utusan Melayu dalam tulisan jawi yang wujud lama sebelum perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air mempunyai peranan besar dalam menyuntik semangat kemerdekaan di kalangan orang Melayu. Menurut beliau, antara lain, Utusan Melayu menggembleng suara orang Melayu menentang Malayan Union dan gerakan Parti Komunis Malaya. Mazlan yang menyandang jawatan Ketua Pengarang Utusan Melayu dari 1973-1982 berkata akhbar itu juga membantu menebus peminggiran orang-orang Melayu. "Jadi kita kena ingat peranan Utusan Melayu dan juga tulisan jawi serta akhbar-akhbar lain seperti Warta Malaya dan Majlis. Kita kena ingat peranan akhbar-akhbar jawi ini yang amat penting khususnya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan," tegasnya. KEMERDEKAAN DAN PATRIOTISME Peranan besar akhbar-akhbar Melayu Jawi seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman and majalah Warta Ahad dalam menyuburkan semangat kemerdekaan dan patriotisme di kalangan orang Melayu turut menjadi kebanggaan pejuang kemerdekaan tanah air yang berasal dari Melaka, Datuk Wira Borhan Md Yaman. "Banyak rencana ditulis mengenai soal semasa termasuk kemiskinan serta kemunduran orang Melayu di samping mengupas soal pelajaran dan menyeru orang Melayu supaya bersatu. "Tulisan-tulisan itu juga menyentuh betapa hinanya orang Melayu yang dijajah dengan membandingkan kegemilangan sejarah keagungan bangsa Melayu di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Orang yang pandai menulis ketika itu tidak mendapat bayaran setakat memberi kepuasan kepada jiwa mereka serta berbakti kepada tanah air dan bangsa," kata Borhan sambil mengingati nama-nama seperti Pendeta Za'ba, Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) dan Keris Mas (Kamaluddin Muhamad, salah seorang pengasas gerakan kesusteraan tanah air, ASAS 50). MENGUTARAKAN PEMIKIRAN BANGSA MENERUSI TULISAN JAWI Pandangan Borhan turut dikongsi bersama oleh seorang lagi pendokong tersohor tulisan jawi, Muhammad Mokhtar Taib atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob. "Dalam suratkhabar digambarkan kesedihan orang yang dijajah serta dipaparkan juga kelemahan dalam masyarakat. Rata-rata orang Melayu ketika itu berpendidikan setakat sekolah rendah Melayu, setakat boleh jadi peon dan kerani," kata Pak Matlob yang dianugerahi gelaran Tokoh Guru Kebangsaan Malaysia pada 16 Mei 1998.

Page 45: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

44

Menurut Pak Matlob yang ditemui selepas pelancaran Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi dan Karnival Semarak Jawi di sini baru-baru ini, tulisan seperti itu menjadikan semangat untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajah semakin membara demi membela nasib bangsa. "Semangat orang Melayu ketika itu lemah. Jurang kemiskinan begitu ketara antara penduduk kampung dan bandar. Orang Melayu rata-rata hidup sebagai nelayan dan petani di kampung. "Isu kemiskinan sememangnya isu besar dan yang mencetuskan semangat ialah pembaharuan hidup hanya boleh dicapai menerusi kemerdekaan," kata Pak Matlob yang menghasilkan pelbagai buku dalam pelbagai peringkat dan bidang khususnya dalam Jawi. Antara tokoh yang banyak menulis dan menarik perhatian beliau ialah Allahyarham Ahmad bin Abdullah yang menggunakan nama pena, `Ahmad Bakhtiar' yang merupakan gurunya di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC). "Tulisan-tulisannya telus, banyak membandingkan kehidupan orang Melayu dengan orang lain dan lebih berbentuk rangsangan dan psikologi," katanya. Sesungguhnya begitu besar sumbangan tulisan Jawi kepada masyarakat Melayu khususnya dalam perjuangan membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajahan. Adalah diharapkan usaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk menghidupkan kembali kegemilangan tulisan Jawi ini akan berhasil dan masyarakat Melayu khususnya akan kembali menghargai khazanah silam ini. -- BERNAMA MMA PR

Page 46: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

45

TERENGGANU BINA PUSAT PENGEMBANGAN TULISAN JAWI BERTARAF DUNIA

Date: 04-02-2007 Author: / IB ERE SN MAI T'ganu-Jawi KUALA TERENGGANU, 4 Feb (Bernama) -- Dalam usaha mengembalikan martabat tulisan jawi seiring dengan kemajuan teknologi, kerajaan Terengganu membina sebuah pusat Pengembangan Tulisan Jawi bertaraf dunia di tempat penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh, Hulu Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan NGO negeri, Din Adam berkata kerja awal pembinaan pusat berkenaan di kawasan seluas tujuh hektar itu telah bermula dan dijangka siap tahun depan. Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program persembahan Hujung Minggu 2007 di Kompleks Muzium Negeri di sini hari ini, beliau Kampung Buluh dipilih kerana ia merupakan tempat Batu Bersurat dijumpai di Terengganu. Katanya pusat itu akan menjadi tempat rujukan tulisan jawi dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, sosial dan ekonomi. Beliau berkata dengan adanya pusat itu, ia akan menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Terengganu pada masa akan datang. Pada majlis itu, buku bertajuk Permainan Tradisional Terengganu yang ditulis oleh Mohd Yusof Abdullah dan Mohamad Ismail berharga RM12 senaskhah turut dilancarkan. -- BERNAMA IB ERE SN MAI

Page 47: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

46

AKTIVIS GESA TULISAN JAWI DIKETENGAHKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Date: 24-09-2006 Author: / SHS SHS AZH Jawi-Pendidikan PORT DICKSON, 24 Sept (Bernama) -- Tulisan jawi perlu dikanun semula di dalam Akta Pendidikan supaya ia diajar sebagai tulisan Melayu sebenar selain tulisan rumi, kata seorang aktivis bahasa dan persuratan Hashim Musa. Beliau berkata ia adalah antara langkah yang boleh diambil untuk memupuk tulisan jawi serta seni khat, dan memperkasakannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengekalkan warisan sejak 1,000 tahun itu. "Langkah paling baik ialah memasukkan pembelajaran tulisan jawi dalam Bahasa Melayu dan bukan sekadar dalam Pendidikan Islam sahaja. Tulisan jawi hendaklah dikaitkan dengan khazanah persuratan Melayu," katanya di sini. Katanya antara langkah lain yang boleh dilakukan ialah mencetak kembali surat-surat emas raja dan pembesar Melayu, manuskrip lama dalam format besar, dan disebarkan dengan publisiti meluas, di samping boleh dijadikan hiasan di pejabat-pejabat kerajaan serta badan-badan berkanun. Menurutnya tulisan jawi juga perlu dibudayakan pada hari-hari perayaan masyarakat Melayu, seperti Aidil Fitri, Aidil Adha, Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan sebagainya, dan kain rentang bertulisan jawi mengenai sambutan itu hendaklah dipamerkan di kawasan umum. Hashim antara langkah lain yang boleh diambil ialah mengadakan minggu tulisan jawi di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, di samping membanyakkan bengkel, peraduan dan pameran. Menurutnya usaha menyuburkan serta mempromosikan tulisan jawi dan seni khat juga boleh dikembangkan ke dunia negara jiran seperti di Brunei, Indonesia, Singapura, selatan Thailand dan selatan Filipina dengan mengadakan seminar dan bengkel antarabangsa untuk memperkasakan tulisan berkenaan. Beliau berkata mereka yang menguasai jawi tidak rugi, bahkan mempunyai nilai tambah yang tinggi kerana mempunyai ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tamadun besar di rantau Asia Tenggara. Jawi juga boleh mencetus kepada satu jati diri yang asli dan utuh, yang dapat disemai dan dipupuk sebagai milik khusus bangsa Malaysia, katanya. -- BERNAMA SHS SHS AZH

Page 48: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

47

TIGA PERSATUAN MELAYU NEGERI SARAN WAJIBKAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH

Date: 10-05-2006 Author: / RIS SBB AZH Perlis-Tulisan jawi KANGAR, 10 Mei (Bernama) -- Tiga persatuan Melayu negeri-negeri di utara negara menyarankan agar Kementerian Pelajaran melaksanakan dasar mewajibkan pembelajaran tulisan jawi sebagai mata pelajaran utama di sekolah-sekolah. Saranan itu dibuat oleh Persatuan Melayu Perlis (Pemanis), Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Pertubuhan Melayu Kedah (Pemikat) dalam satu memorandum yang dihantar kepada kementerian terbabit baru-baru ini. Bercakap kepada Bernama, Yang Dipertua Pemanis, Mohd Zain Hamzah berkata langkah tersebut perlu jika mahu mendaulatkan penggunaan tulisan jawi di kalangan generasi muda sekarang. Beliau berkata ketiga-tiga persatuan turut menyokong usaha Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Kementerian Pelajaran serta Syarikat Utusan Melayu menghidupkan semula akhbar Utusan Jawi Mingguan, satu-satunya akhbar bertulisan jawi dalam negara. Menurutnya salah satu pendekatan yang boleh dilakukan dalam usaha menyuburkan tulisan ialah dengan menggalakkan anak-anak muda membaca dan menulis jawi. "Langkah ini hanya akan berjaya sekiranya Kementerian Pelajaran menjadikan tulisan dan bacaan jawi sebagai salah satu mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah," kata Mohd Zain. -- BERNAMA RIS SBB AZH

Page 49: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

48

KEMENTERIAN TIMBANG TULISAN JAWI DI SEKOLAH CINA DAN TAMIL

Date: 06-05-2006 Author: / WM ZBI KAY Hon-Jawi MACHANG, 6 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelajaran sedia menimbang untuk memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil sekiranya ada permintaan. Timbalan Menterinya Datuk Hon Choon Kim berkata bagaimanapun pertimbangan itu bergantung kepada keperluan di sesebuah sekolah berkenaan. "Sehingga ini kita sudah memperkenalkan tulisan Jawi, Bahasa Arab, Al-Quran dan Fardhu Ain di sekolah-sekolah kebangsaan dan jika ada permintaan untuk diajar di sekolah aliran Cina dan Tamil kita sedia mempertimbangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebudayaan Bahasa Cina di Sekolah Menengah Sains Labok di sini, hari ini. Hon berkata sehingga ini belum ada permintaan daripada mana-mana pihak agar tulisan itu diajar di sekolah terbabit. -- BERNAMA WM ZBI KAY

Page 50: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

49

PNM ANJUR SEMINAR UNTUK SEMARAKKAN SEMULA TULISAN JAWI

Date: 20-02-2006 Author: / MDC HK AZH Perpustakaan-Jawi KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan seminar tulisan jawi selama dua hari mulai 6 Mac ini di Auditorium Muzium Negara, yang akan disusuli dengan pameran tulisan jawi selama sebulan bagi menyemarakkan semula tulisan pusaka warisan bangsa itu. Ketua Pengarahnya Dr Wan Ali Wan Mamat berkata seminar itu bertujuan mencari jalan bagi meningkatkan lagi tahap penggunaan serta membudayakan tulisan jawi di semua peringkat umur. "Ada beribu-ribu manuskrip yang ditulis dalam tulisan jawi dan sejarah juga menunjukkan perkembangan tamadun khususnya Melayu adalah melalui tulisan jawi," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pertandingan menulis essei "IMPAC Dublin Literary Award for Young Malaysians 2006" di Perpustakaan Negara di sini hari ini. Pertandingan menulis esei itu dilancarkan oleh Duta Ireland Eugene Hutchison dan merupakan acara tahunan sejak tahun 2003, anjuran Kedutaan Ireland dengan kerjasama PNM. Wan Ali berkata tulisan jawi haruslah dikekalkan dan dipelihara kerana ia merupakan pusaka warisan yang tidak ternilai dan tidak wajar dibiarkan pupus ditelan zaman dan menurutnya tulisan jawi adalah identiti orang Melayu, cukup sinonim dengan budaya orang Melayu. Presiden Persatuan Seni Khat Malaysia Yusuf Abu Bakar dijangka akan membentangkan kertas kerja pada seminar itu. -- BERNAMA MDC HK AZH

Page 51: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

50

KEMENTERIAN SEDANG RANGKA LANGKAH HIDUPKAN SEMULA TULISAN JAWI

Date: 11-02-2006 Author: / NJ KAY Rais-Jawi PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sedang merangka langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghidupkan semula tulisan jawi termasuk menghidupkan kembali akhbar Utusan Melayu. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kempen akan turut diadakan yang telah diluluskan oleh Kabinet bagi tujuan menyemarakkan kembali tulisan itu yang merupakan pusaka warisan bangsa. "Masalahnya baru timbul dan kami sedang merangka langkah-langkah awalan dan kami akan bertemu dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Utusan Melayu atau individu yang berkaitan. "Program awalan menghidupkan kembali Utusan Melayu dan kami akan cari jalan untuk menghidupkannya kembali sekali seminggu sama ada dalam bentuk akhbar atau majalah," katanya kepada pemberita merasmikan Laman Seni Putrajaya di Promenad, Presint 1, di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman yang juga Presiden Perbadanan Putrajaya. Laman Seni Putrajaya adalah kesinambungan kepada Laman Seni Kuala Lumpur yang telah dilaksanakan dengan jayanya hampir setahun lalu dengan penganjuran pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan pada setiap Sabtu pertama. Akhbar Utusan Melayu -- satu-satunya akhbar yang mencetak beritanya dalam tulisan Jawi telah dihentikan penerbitannya pada 29 Jan lepas. Rais berkata apa yang menyedihkan ialah masyarakat Melayu tidak ambil peduli tentang warisannya sendiri apabila akhbar berkenaan dihentikan operasinya. "Apa yang menyedihkan ialah, apabila akhbar itu tutup, saya tidak dengar suara sedih dan ini menunjukkan sebahagian besar masyarakat Melayu tidak hirau tentang warisannya sendiri. "Memang saya dah duga perkara itu dan kementerian tidak akan berdiam diri," katanya. Rais berkata pihaknya akan mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi memastikan tulisan jawi tidak terus berkubur begitu sahaja. "Masa kini, akhbar itu laku 15,000 naskhah seminggu dan jadi, ia tidak ada sebab perlu ditutup. Kami akan bermesyuarat dan akan mengetengahkan kepada Kabinet program-programnya," katanya. -- BERNAMA NJ KAY

Page 52: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

51

ORANG MELAYU HARUS RISAU JIKA TULISAN JAWI BERKUBUR

Date: 08-02-2006 Author: / AZE KHY Rais-Jawi PULAU PINANG, 8 Feb (Bernama) -- Masyarakat Melayu di negara ini haruslah mengambil sesuatu langkah bagi menghidupkan semula tulisan Jawi ekoran tulisan itu telah "berkubur" apabila akhbar Utusan Melayu -- satu-satunya akhbar yang mencetak beritanya dalam tulisan Jawi -- kini telah dihentikan penerbitannya. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penutupan penerbitan akhbar Utusan Melayu seharusnya dipandang sebagai satu kematian kepada warisan bangsa kerana tulisan Jawi adalah satu pusaka warisan bangsa yang telah menjadi skrip rasmi dan lidah Melayu selama lebih 600 tahun. Katanya masyarakat Melayu tidak seharusnya cuma berpeluk tubuh melihat tulisan Jawi menghilang dari ufuk budaya dan persoalan berat ini menuntut penyelesaian daripada orang Melayu sendiri. Beliau berkata apabila penerbitan akhbar tulisan Jawi dihentikan pada 29 Jan lepas, adalah jelas orang Melayu tidak mempedulikannya sedangkan pada hakikatnya ia bererti kematian kepada sebahagian jasad budaya warisan Melayu itu sendiri. "Tidak ada orang yang mendengus, tidak ada orang yang mempolemikkan kematian ini dan minat terhadap tulisan Jawi telah menurun," katanya pada ucaptama bertajuk "Unsur-unsur dan Cabaran Perpaduan Ke Arah membina Negarabangsa Malaysia" sempena majlis Perhimpunan Perdana Perpaduan Awam anjuran Majlis Perundingan Muhibah di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini. Teks ucapannya disampaikan oleh Naib Cancelor USM Datuk Prof Dzulkifli Abdul Razak. Rais berkata apabila akhbar Utusan Melayu yang mengoborkan politik dan perjuangan Melayu berdekad-dekad lamanya mati kerana tidak dibeli lagi oleh orang Melayu dan dalam masa yang sama populariti bahasa Inggeris berterusan seperti apa yang berlaku sekarang, suatu ketika kelak akhbar-akhbar bahasa Melayu juga akan mengalami nasib yang sama. Katanya jika peredaran zaman menjadi alasan sehingga bangsa Melayu tidak lagi berminat dengan tulisan Jawi, bukan sahaja budaya Melayu akan terjejas malah perpaduan Melayu juga tidak akan tercapai. "Kita tidak boleh menerima hujah ini (peredaran zaman) kerana ia membawa keranapan warisan bangsa sedangkan bagi kaum Cina dan India, walaupun zaman berubah namun akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil masih bertahan dengan warisan mereka," kata beliau.

Page 53: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

52

Mengenai perpaduan kaum, beliau berkata, perpaduan kaum di negara ini sebenarnya banyak bergantung kepada faktor ekonomi selain daripada memahami dan bertoleransi di kalangan pelbagai kaum, agama dan budaya yang menjadi teras muhibah. Katanya jika agihan ekonomi bagi mencapai perolehan 30 peratus kepada kaum Bumiputera tidak tercapai, ia akan menjadi isu politik kaum dan jika ekuiti kekayaan masih tidak berjaya diperjuangkan, selama itulah ia menjadi isu gelap bagi orang Melayu. Rais juga mencadangkan agar program Khidmat Negara perlu diselitkan dengan program-program sampingan bagi mencipta dan mewujudkan bangsa yang terhindar daripada sikap perkauman. "Kita harus sentiasa curiga dan berbiaga. Dalam pada itu unsur-unsur yang mampu menaupkan jurang perbezaan harus dikenal pasti dan diamalkan bersama ke arah mewujudkan negarabangsa yang diidamkan," kata beliau. Katanya kejuruteraan membina bangsa tidak seharusnya bermusim dan mesti dijalankan secara berterusan sebagai jentera kehidupan sendiri. -- BERNAMA AZE KHY

Page 54: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

53

MELAKA AKAN MEMPERKASA TULISAN JAWI, KETUA MENTERI

Date: 01-10-2004 Author: / NO LAT Melaka-Jawi MELAKA, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan Melaka akan memperkasakan penggunaan tulisan jawi menerusi bahan penerbitan serta percetakan selain pembelajaran pengunaan jawi di Internet, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohamed Ali Rustam. Beliau berkata penerbitan dan percetakan risalah agama oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang kini dibuat sebahagian dalam tulisan rumi dan jawi akan dipastikan dicetak sepenuhnya dalam tulisan rumi dan jawi. "Selain itu, tulisan jawi juga akan diperluaskan dalam sistem pendidikan sekolah agama yang dikendalikan oleh JAIM," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Tulisan Jawi Dunia Melayu 2003 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini. Seminar julung kali itu yang dianjurkan oleh kerajaan Melaka dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Utusan Melayu (M) Berhad dan Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dirasmikan oleh Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. Mohamed Ali berkata satu kaedah pembelajaran jawi secara dalam talian akan diperkenalkan menerusi Internet e-melaka selain pemasangan papan tanda tulisan jawi dan rumi di tempat dan jalan utama yang sesuai. Sementara itu, Abdul Hamid berkata tulisan jawi yang merupakan teras bangsa Melayu mesti kekal dan dipulihara kerana ia merupakan tulisan unik yang digunakan meluas di alam Melayu. "Cuma sebagai satu tulisan ilmiah di kalangan bangsa Melayu satu ketika dahulu, kini telah digantikan oleh bahasa rumi. Kita harus mempertahankan jawi sebagai identiti umat Melayu," katanya. Dalam perkembangan lain, Mohamed Ali berkata kerajaan negeri sedia berunding dengan ibu bapa 24 pelajar negeri itu yang dilaporkan terkandas di Mesir sejak setahun lepas kerana gagal melanjutkan pengajian tahfiz di sana. "Sekiranya terpaksa, kita bersedia membawa pelajar itu pulang ke Melaka dan seterusnya berunding untuk pelajar berkenaan menyambung pendidikan mereka di sini," katanya. Menurut laporan sebuah akhbar hari ini, pelajar terbabit yang membiayai sendiri pengajian mereka, belajar di sebuah pusat bahasa yang dikendalikan individu di Mesir sebelum layak menduduki peperiksaan kemasukan ke Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar. -- BERNAMA NO LAT

Page 55: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

54

BUKU MELAYU KLASIK TULISAN JAWI AKAN DITRANSLITERASI KEPADA RUMI

Date: 09-08-2004 Author: / IB ERE MOZ DBP-Jawi KUALA TERENGGANU, 9 Ogos (Bernama) -- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mentransliterasi beberapa naskhah Melayu klasik dalam tulisan jawi kepada rumi supaya ia mudah dibaca dan dihayati oleh golongan remaja, kata Pengarah Jabatan Sastera DBP Abdul Rahman Yusof. "Kita mempelawa bekas-bekas guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang jawi lama untuk melakukan kerja-kerja transliterasi manuskrip sastera jawi lama kepada rumi. "Kita ada sedikit peruntukan untuk bayaran kepada mereka yang dilantik dan kita jemputlah kalau sesiapa yang berminat untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu IV di Muzium Negeri di sini hari ini. Abdul Rahman berkata usaha membuat intisari kepada puluhan karya klasik juga telah dijalankan dan buku intisari karya klasik tersebut dijangka dapat diterbitkan awal tahun depan. Mengenai bengkel itu, beliau berkata kajian terhadap naskhah-naskhah Kesultanan Melayu telah dijalankan oleh DBP sejak 2001 dan masih banyak naskhah Melayu lama yang belum dikaji. Sementara itu, semasa merasmikan bengkel, Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh berkata kerajaan negeri akan terus memberi galakan dan sokongan kepada usaha-usaha positif ke arah untuk mengembalikan kegemilangan naskhah warisan Melayu itu. Beliau berkata sejarah keilmuan secara bertulis di Terengganu telah dikesan sejak awal abad ke-14 dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 Masehi. "Jelas kepada kita bahawa batu bertulis ini berkait rapat dengan agama Islam dan sultan pada masa itu yang telah menitahkan peraturan itu ditulis," katanya. Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Wanita Negeri, Rosol Wahid. Bengkel tiga hari anjuran DBP dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu itu dihadiri 70 peserta. -- BERNAMA IB ERE MOZ

Page 56: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

55

CADANGAN PENUBUHAN SEKRETARIAT TETAP UNTUK MARTABAT TULISAN JAWI

Date: 03-10-2003 Author: / SBS ROS Jawi-Sekretariat MELAKA, 3 Okt (Bernama) -- Kerajaan dicadang supaya menubuhkan satu urusetia atau sekretariat tetap bagi memartabatkan tulisan Jawi di negara ini, seterusnya memperteguhkan penggunaannya di kalangan rakyat. Cadangan itu termasuk dalam sembilan resolusi yang dikeluarkan sempena Seminar Tulisan Jawi Dunia Melayu 2003, yang berlangsung di Melaka yang berakhir hari ini. Resolusi yang dibacakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Abd Halim Tawil itu turut mencadangkan supaya negeri Melaka dijadikan tempat untuk menubuhkan sekretariat berkenaan sejajar dengan usahanya menganjurkan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam yang akan berlangsung esok. Penutupan seminar tiga hari itu dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Rusli Joharie yang membacakan teks ucapan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Seramai 500 perwakilan dari seluruh negara termasuk dari Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia menghadiri seminar berkenaan yang membentangkan sebanyak 21 kertas kerja khusus membincangkan memartabatkan tulisan Jawi di kalangan umat Islam. Selain itu, resolusi itu turut mencadangkan supaya kerajaan pusat meminda Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dengan menjadikan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi setaraf dengan tulisan rumi. Penguasaan tulisan jawi turut dicadangkan menjadi pra-syarat untuk lulus bagi kursus Sijil Perguruan Islam dan Bahasa Melayu manakala guru-guru sedia ada diberikan kursus pemulihan tulisan berkenaan. Resolusi itu turut menyarankan agar kemahiran tulisan Jawi dimulakan sejak di peringkat pra-persekolahan dan sekolah dibekalkan dengan buku-buku pinjaman tulisan Jawi serta set komputer yang lengkap dengan perisian Jawi. Sistem persekolah Sekolah Rendah Arab di Melaka dan Johor dicadangkan digunapakai di negeri-negeri lain dalam memperluaskan penguasaan tulisan Jawi di kalangan pelajar. Resolusi itu turut mencadangkan agar kempen besar-besaran tulisan Jawi di media massa dan penggunaan di kepala surat menyuarat jabatan kerajaan dan agensinya turut diperkenalkan. Pihak berkuasa tempatan turut diminta mengambil bahagian dengan menyertakan sekali tulisan Jawi di papan-papan tanda serta papan arah jalan serta kerajaan diminta mewujudkan pusat kemahiran tulisan Jawi dan seni

Page 57: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

56

khat standard dalam memastikan penyeragaman tulisan berkenaan. Cadangan lain, termasuk menjadikan tulisan Jawi sebagai tulisan utama pada Bulan Bahasa dan Sastera Negara, kerajaan mewujudkan institusi displin ilmu tulisan Jawi dan khat dengan menawarkan biasiswa atau tajaan kepada pelajar yang berminat mengenai tulisan itu. -- BERNAMA SBS ROS

Page 58: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

57

IBU BAPA HANTAR ANAK KE SAR KERANA MAHU KUASAI TULISAN JAWI

Date: 04-12-2002 Author: / AR LAT Tajol-Jawi IPOH, 4 Dis (Bernama) -- Perlunya menguasai tulisan Jawi selain pengajaran di jalankan di sebelah pagi dan petang merupakan antara sebab utama ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama rakyat (SAR) dan bukannya sekolah kebangsaan (SK), kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali. Beliau berkata ibu bapa lebih gemar memilih SAR kerana mereka mahu anak-anak mereka pandai menulis dan membaca Jawi selain menguasai ilmu agama. "Mereka beranggapan pelajar-pelajar yang pergi SK faham agama dan membaca Al Quran tetapi tidak pandai menulis Jawi," katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung sempena Hari Raya Aidilfitri di Plaza Ipoh Selatan di sini. Selain itu, ketika SAR dimulakan, ia hanya mengajar agama pada sebelah petang tetapi kini ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak ke SAR sahaja apabila pengajaran dibuat pagi dan petang. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman bahawa mesyuarat ke-88 Menteri Besar dan Ketua Menteri semalam bersetuju supaya 126,000 SAR diserapkan ke SK bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan lebih berkualiti. Tajol Rosli berkata perlunya memperluaskan pengajaran Jawi di SK merupakan antara input yang akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan bagi menarik pelajar-pelajar belajar di SK. Beliau berkata penyerapan pelajar SAR ke SK tidak akan menjadi masalah kerana hampir kesemua SAR dibina dengan bantuan Kementerian Pendidikan. Katanya Kerajaan Negeri akan menghantar rombongan ke Johor untuk meninjau perkembangan SAR di sana yang dianggap mempunyai sistem pendidikan agama terbaik di negara ini. "Kita berharap semua negeri dapat membuat rombongan serentak supaya pihak Johor dapat memberi taklimat secara meluas. Pelajar di sana pergi SK pagi dan sebelah petangnya ke SAR," katanya. Tajol Rosli berkata Kerajaan Negeri Johor membelanjakan hampir RM97 juta setahun bagi membiayai pendidikan agama SAR sedangkan SAR di negeri lain kebanyakannya dibiayai oleh Kerajaan Pusat. -- BERNAMA AR LAT

Page 59: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

58

DBP KAJI TERBIT NOVEL DALAM TULISAN JAWI

Date: 21-10-2002 Author: / WM BD LAT KOTA BAHARU, 21 Okt (Bernama) -- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bercadang menerbitkan novel dalam tulisan jawi sebagai usaha menghidupkan semula penggunaan tulisan itu secara lebih meluas di kalangan rakyat Malaysia. Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Aziz Deraman berkata di peringkat awal, novel itu akan diterbitkan untuk bacaan golongan kanak-kanak dan remaja. "Ini memandangkan penggunaan tulisan jawi sudah mula berkembang bukan sahaja di sekolah-sekolah agama malah di sekolah-sekolah kebangsaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata masyarakat pelbagai bangsa di negara ini tidak boleh lagi menganggap tulisan jawi hanya perlu digunakan di sekolah agama malah ia mampu memenuhi keperluan masyarakat di negara ini. Semua pihak boleh belajar tulisan itu termasuk kaum Cina dan India seperti yang berlaku di negara lain termasuk China yang rakyatnya belajar tulisan itu, katanya. Abdul Aziz berkata banyak khazanah ilmu ditulis dalam bahasa Arab dan oleh itu jawi perlu ditekankan bagi membolehkan masyarakat menguasai pelbagai bidang ilmu. -- BERNAMA WM BD LAT

Page 60: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

59

MURID TAHUN SATU PERLU DIDEDAHKAN KEPADA ASAS TULISAN JAWI

Date: 17-10-2002 Author: / NH LAT Aziz-Jawi LANGKAWI, 17 Okt (Bernama) -- Usaha menghidupkan tulisan Jawi perlu dimulakan dengan mengajar Murid Tahun Satu asas tulisan itu dalam tempoh enam bulan pertama persekolahan mereka. Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Abdul Aziz Shamsudin berkata sepanjang tempoh itu, murid berkenaan diajar khusus untuk mengenal huruf, mengingati, menulis dan seterusnya membuat ayat dalam tulisan Jawi. "Semuanya mesti bermula dari minat dan ia boleh digerakkan dan yang penting adanya permulaan kerana apabila sudah ada minat mereka akan dapat menguasainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Jawi peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan yang disertai lebih 100 peserta termasuk dari Brunei Darussalam dan Thailand. "Mesti ada satu kaedah untuk membolehkan usaha itu dilaksanakan dan tindakan susulan perlu dibuat dengan bimbingan guru seperti mengadakan pelbagai kegiatan seperti pertandingan menulis Jawi, membuat poster dalam tulisan Jawi dan menulis rencana," katanya. Katanya murid Tahun Satu sudah pasti boleh menguasai tulisan itu apabila meningkat ke Tahun Tiga dan pada masa itu pula usaha perlu dibuat untuk menubuhkan Kelab Jawi yang terbuka kepada semua kaum di sekolah bagi memupuk dan meningkatkan penguasaan Jawi. Abdul Aziz berkata program untuk menerbitkan buku kecil mengandungi asas tulisan Jawi bergambar kepada pelajar sekolah rendah untuk menambah minat mereka juga perlu dibuat. "Buku itu perlu dikeluarkan secara bersiri sebagai contoh mengenai buah-buahan, kenderaan laut, udara dan darat yang boleh menarik minat mereka mempelajari tulisan itu," katanya. Abdul Aziz juga mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengadakan kelas dewasa mengajar dan mengenal Jawi di kampung-kampung dan bandar. "Dengan minimum 10 hingga 25 orang, sesebuah kelas seumpama itu boleh diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak sempat belajar tulisan Jawi mempelajarinya," katanya. Beliau berkata usaha menggerakkan minat belajar Jawi perlu dimulakan oleh pihak kementerian dan jabatan, termasuk Jabatan Pendidikan Negeri dengan mempraktikkan penggunaan tulisan Jawi. Sebelum itu, dalam ucapannya beliau berkata usaha memartabatkan tulisan Jawi perlu dimulakan daripada perkara asas iaitu mengenal tulisan itu. -- BERNAMA NH LAT

Page 61: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

60

PELBAGAIKAN PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK

Date: 17-10-2002 Author: / NH LAT Media-Jawi LANGKAWI, 17 Okt (Bernama) -- Usaha menghidupkan semula tulisan Jawi perlu dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan tulisan itu dalam media cetak dan elektronik di negara ini. Pengarang Utusan Zaman Mohamed Jusoh berkata usaha itu juga boleh dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta syarikat percetakan lain dengan menerbitkan bahan, risalah, majalah dan buku dalam pelbagai bidang dengan menggunakan tulisan Jawi. Mereka boleh mendaulatkan tulisan Jawi dengan menerbitkan buku-buku bacaan seperti antologi puisi, cerpen atau novel dengan menggunakan tulisan itu, katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Jawi Dalam Media Tempatan" pada seminar Jawi peringkat kebangsaan di sini yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Abdul Aziz Shamsudin hari ini. Mohamed berkata Kementerian Dalam Negeri juga wajar menasihatkan semua syarikat percetakan dan penerbitan termasuk institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mengadakan ruangan khas Jawi dalam penerbitan mereka. Selain itu, usaha juga perlu dibuat dengan memperbanyakkan lagi surat menyurat rasmi kerajaan dan swasta serta papan tanda bangunan dalam tulisan Jawi bagi memupuk minat terhadap tulisan itu, katanya. Bagi menggalakkan penggunaan jawi di sekolah, Mohamed berkata Kementerian Pendidikan hendaklah menetapkan supaya diperbanyakkan ruangan khas dalam tulisan jawi pada risalah, majalah bulanan dan tahunan yang diterbitkan di sekolah-sekolah. Di samping itu juga, beberapa subjek seperti Bahasa Melayu dan agama Islam atau yang sesuai dan relevan penggunaannya hendaklah dibekalkan dengan bahan dalam tulisan Jawi dari peringkat prasekolah, rendah, menengah dan atas, katanya. Mohamed berkata institusi pendidikan atau maktab perguruan yang mengeluarkan produk pendidikan khususnya guru Bahasa Melayu dan Agama Islam hendaklah menjalankan usaha untuk memantapkan lagi pengguasaan tulisan Jawi di kalangan mereka. Bagi membantu ke arah itu, alat bantuan mengajar dalam tulisan Jawi yang boleh menarik perhatian pelajar perlu dicipta supaya mereka lebih berminat mempelajari Jawi. Beliau juga menyarankan sekolah, IPT termasuk Jabatan Bahasa atau Unit

Page 62: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

61

Bahasa Melayu di IPT melanggan akhbar Jawi seperti Utusan Melayu dan Utusan Zaman bagi meningkatkan penguasaan Jawi di kalangan mereka. -- BERNAMA NH LAT

Page 63: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

62

BAYARAN LESEN PREMIS KURANG JIKA PAPAN TANDA GUNA TULISAN JAWI

Date: 26-09-2002 Author: / AZL NAK Selangor-Jawi SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Bayaran lesen premis di Shah Alam akan dikurangkan jika pemilik menggunakan tulisan jawi pada papan tanda premis mereka, kata Datuk Bandar Shah Alam Datuk Abu Sujak Mahmud. Beliau berkata langkah itu selaras dengan arahan Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mahu melaksanakan pemakaian tulisan jawi di negeri ini. Katanya penggunaan tulisan jawi telah dipraktikkan di pejabat-pejabat kerajaan di Shah Alam tetapi ia masih belum meluas lagi. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menubuhkan jawatankuasa untuk menyemak dan memantau tulisan-tulisan jawi sedia ada di Shah Alam serta memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan dan swasta berhubung penggunaan tulisan jawi, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA di sini, hari ini. Satu garis panduan tulisan jawi juga akan dikeluarkan untuk premis di bandaraya ini dengan pemilik premis akan diberi insentif di atas usaha mereka itu. "Kita tidak akan memaksa mereka menggunapakai tulisan jawi, sebaliknya menggalakkan mereka dan satu insentif akan diberikan dalam bentuk pengurangan bayaran lesen premis," katanya. Abu Sujak berkata MBSA juga akan mengadakan program penghayatan pemakaian tulisan jawi bersama masyarakat dan pertandingan permainan Jawi Pro Skrabel antara sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi di sini untuk menarik minat golongan muda mengenali dan mempraktrikkan tulisan jawi. Selain itu, MBSA akan menaja akhbar jawi ke sekolah-sekolah di sekitar bandar raya ini di samping mengamalkan pemakaian tulisan jawi bagi pengisian maklumat pada papan digital. MBSA juga akan menimbangkan subjek tulisan jawi dimasukkan dalam kurikulum bahasa kebangsaan sebagai syarat untuk mendapatkan permit penubuhan institusi pendidikan swasta di Selangor. "Kita berharap segala perancangan ini akan dapat menggalakkan penggunaan tulisan jawi secara khusus dan menyeluruh di kalangan masyarakat," katanya. -- BERNAMA AZL NAK

Page 64: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

63

TULISAN JAWI SEBAGAI MATA PELAJARAN PADA 2003

Date: 17-10-2001 Author: / SHS SHS RHM Parlimen-Jawi KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kementerian Pendidikan yakin dapat melaksanakan mata pelajaran tulisan jawi di peringkat sekolah rendah pada 2003 seperti yang dirancang. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Datuk Mahadzir Mohd Khir berkata kementerian telah dan akan mengambil langkah khusus daripada segi tenaga pengajar sebagai persediaan untuk melaksanakannya. "Antara tindakan yang diambil ialah melatih bakal guru di maktab-maktab perguruan di dalam pengkhususan dalam bidang pengajian Islam di mana satu dari komponen mata pelajarannya ialah tulisan jawi dan khat," katanya menjawab soalan Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed (BN-Shah Alam) di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata selain itu guru mata pelajaran lain seperti guru Bahasa Melayu diberi peluang untuk mengajar mata pelajaran tulisan jawi dan kursus kaedah pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi juga disediakan kepada guru pendidikan Islam yang sedang berkhidmat. Menjawab soalan tambahan Ramli Ibrahim (Keadilan-Kota Baharu) beliau berkata kerajaan memang sentiasa memberi galakan kepada pihak percetakan dan penerbit menghasilkan buku-buku dalam tulisan jawi. Beliau berkata tanggungjawab mencetak buku tulisan jawi tidak tertakluk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sahaja. Mahadzir berkata mata pelajaran tulisan jawi itu kelak terbuka kepada semua bangsa di negara ini untuk menikmati tulisan berkenaan. Menjawab soalan tambahan Mohd Zin, beliau berkata memang diakui terdapat sedikit kelemahan daripada segi penguasaan tulisan jawi di kalangan anak-anak muda. "Saya cadangkan ibu bapa turut berperanan menggalakkan anak-anak membaca dalam tulisan jawi seperti melanggan akhbar Utusan Melayu untuk membiasakan diri dengan tulisan berkenaan," katanya. -- BERNAMA SHS SHS RHM

Page 65: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

64

NEGARA: KEMENTERIAN KAJI SEMULA KURIKULUM TULISAN JAWI

Date: 08-08-2001 Author: / FA FA RON KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa pelajaran Jawi akan diwajibkan dan akan dinilai dalam peperiksaan awam mulai tahun 2003. "Sebagai usaha memartabatkan tulisan Jawi, Kementerian Pendidikan telah menyemak semula kurikulum Pendidikan Islam dengan memasukkan pelajaran Jawi sebagai satu bidang dalam mata pelajaran itu," kata Setiausaha Parlimen kementerian berkenaan Datuk Mahadzir Mohamed Khir. Pelajaran Jawi sudahpun diajar di peringkat sekolah rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan menggunakan masa mata pelajaran Pendidikan Islam, katanya ketika menjawab soalan Senator Abdul Malek Abdul Ghani. Peruntukan masa bagi mata pelajaran Jawi itu ialah selama 30 minit seminggu dengan menggunakan Sukatan Pelajaran Khas untuk mata pelajaran berkenaan. Mahadzir berkata pengukuhan penggunaan tulisan Jawi juga telah dilaksanakan dalam pengajaran dan juga pembelajaran Pendidikan Islam, dengan memastikan buku teks yang digunakan adalah dalam tulisan Jawi. -- BERNAMA FA FA RON

Page 66: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

65

PELEPASAN CUKAI IKLAN GALAK PREMIS NIAGA GUNA TULISAN JAWI

Date: 14-06-2001 Author: / RIZ NMO Selangor-Jawi SHAH ALAM, 14 Jun (Bernama) -- Kerajaan Selangor bercadang akan memberi pelepasan cukai iklan kepada peniaga yang menggunakan tulisan jawi pada iklan yang dipasang pada premis mereka. Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata ini adalah satu bentuk insentif yang difikir berkesan bagi menggalakkan penggunaan tulisan jawi dengan lebih menyeluruh. Katanya, beliau akan berbincang seterusnya bagi mendapatkan persetujuan majlis-majlis berkuasa tempatan supaya perkara itu dilaksanakan. "Mungkin dengan memberikan pelepasan cukai iklan ini, ia akan menggalakkan para peniaga menggunakan dua tulisan iaitu tulisan jawi dan tulisan rumi pada iklan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel Akhbar Jawi Dalam Kelas anjuran Jabatan Pengajian Melayu, Pusat Bahasa dan Jabatan Pendidikan Seni Fakulti Senilukis dan Senireka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Utusan Melayu (M) Bhd di sini hari ini. Menurut Dr Mohamad Khir, kerajaan negeri sudah memulakan proses menggunakan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan di seluruh negeri di samping tulisan rumi yang sedia tertera. "Usaha ini telah dimulakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di kawasan bandar raya itu dan akan diikuti oleh kawasan lain secara berperingkat-peringkat," katanya. Dr Mohamad Khir juga berkata penggunaan tulisan jawi dalam kehidupan seharian seharusnya ditingkatkan kerana ia sebahagian daripada budaya Melayu, dan sebahagian daripada khazanah bangsa Malaysia. "Ini juga bagi mengelak tulisan jawi daripada tidak diingati dan tidak digunakan langsung terutamanya oleh masyarakat muda dan generasi baru," katanya. Beliau juga berkata usaha itu tidak boleh dianggap sesuatu yang keterlaluan dan satu perkara sensitf bagi sesetengah pihak kerana tulisan jawi juga digunakan dan dikaji oleh masyarakat bukan Melayu di negara ini. "Tulisan jawi lebih bersifat universal," katanya. -- BERNAMA RIZ NMO

Page 67: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

66

KEKURANGAN GURU MAHIR PUNCA KEMEROSOTAN PENGUASAAN TULISAN JAWI

Date: 08-04-2000 Author: / AYB RI Pendidikan-Jawi KUALA TERENGGANU, 8 April (Bernama) -- Kekurangan guru yang mahir dalam kaedah pengajaran tulisan jawi dikenal pasti sebagai punca kemerosotan penguasaan tulisan itu di kalangan para pelajar di negara ini. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Abdul Shukur Abdullah berkata, kementeriannya akan berusaha mencari pendekatan tertentu termasuk melatih lebih ramai guru yang mahir dalam pengajaran tulisan jawi bagi menangani masalah itu. "Perkara itu memang dalam perhatian kita dan kementerian pendidikan akan menjalankan kajian dengan mencari pendekatan tertentu agar masalah tersebut tidak lagi berlarutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bakat Pelajar Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar, di sini. Beliau menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan sistem pendidikan negara sekarang menjadi punca utama yang menyebabkan tulisan jawi semakin tersisih dan gagal dikuasai dengan baik. Beliau mengulas kenyataan Senator Datuk Zainuddin Maidin yang mencadangkan supaya tulisan jawi diwajibkan dalam jawapan soalan mata pelajaran agama Islam sebagai langkah menyuburkan kembali tulisan tersebut. Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu itu berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mendekatkan para pelajar kepada tulisan jawi. Dr Abdul Shukur berkata pada masa ini kementeriannya masih memberikan pilihan sama ada pelajar mahu menjawab soalan mata pelajaran agama dalam tulisan rumi atau jawi. Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan berusaha mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan tulisan jawi secara berperingkat-peringkat. Beliau berharap dengan usaha yang sedang dilaksanakan, ia akan memberi kesan yang positif ke arah penggunaan tulisan jawi yang lebih baik di kalangan para pelajar. --BERNAMA AYB RI

Page 68: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

67

PAPAN IKLAN PERNIAGAAN AKAN DIWAJIBKAN TULISAN JAWI

Date: 04-01-2000 Author: / WM NAK Iklan-Jawi PASIR PUTEH, 4 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Kelantan bercadang mewajibkan setiap papan iklan premis perniagaan di negeri ini menggunakan tulisan jawi di samping tulisan lain, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Sains dan Teknologi Negeri, Ahmad Yakub. Beliau berkata sebagai permulaan, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bulan ini bagi tujuan itu. "Bagaimanapun, penguatkuasaannya tidak akan diadakan dalam jangka masa yang pendek dan kemungkinan diberi tempoh lima tahun kepada premis sedia ada menggunakan tulisan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Bukit Yong, di sini, sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ahmad berkata bagi premis yang baru memulakan perniagaan, mereka akan diminta menggunakan tulisan itu serta merta pada sebelah atas papan iklan. Beliau berkata cadangan itu bertujuan menghidupkan budaya Melayu lama dengan pelbagai tulisan jawi cantik yang kini semakin dilupakan oleh generasi moden. Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri bercadang memindahkan penduduk yang tinggal di Jalan Hamzah, di sini bagi membolehkan Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (PKINK) membina rangkaian pusat membeli belah di kawasan itu. Beliau berkata penduduk itu akan ditawarkan menduduki kawasan perumahan kos rendah yang akan dibina di Wakaf Che Yeh, berhampiran pasar tani yang ada sekarang. Bank Negara Malaysia sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk membina projek perumahan itu yang pembinaannya dijangka bermula bulan depan, katanya. Beliau berkata dengan adanya projek itu, kerajaan negeri dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi di kawasan itu terutamanya kepadatan penduduk. Katanya kerajaan negeri tidak akan memaksa mereka menduduki projek perumahan itu dan pemindahannya tidak akan dilakukan secara terburu-buru sebelum projek perumahan siap dibina dalam tempoh setahun. --BERNAMA WM NAK

Page 69: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

68

PWM DESAK DIWUJUDKAN SEMULA PELAJARAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH

Date: 15-12-1999 Author: / MEO zb KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM) mendesak Kementerian Pendidikan supaya mengadakan semula pembelajaran tulisan jawi di seluruh sekolah di negara ini. Presiden PWM Yazid Othman dalam kenyataan hari ini berkata PWM akan menghantar memorandum mengenai mata pelajaran tulisan jawi di sekolah-sekolah kepada Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad. Beliau turut berbangga dengan Utusan Melayu yang satu-satunya akhbar tulisan jawi di tanah air dan menjadi pemangkin kepada kegemilangan tulisan jawi. Beliau juga berharap Musa akan memberi perhatian terhadap kemerosotan moral di kalangan pelajar yang disebabkan kurang aktiviti kerohanian di sekolah. "Penumpuan Kementerian Pendidikan dalam matapelajaran sains dan matematik turut memberi kesan kepada usaha-usaha pemupukan nilai-nilai murni pelajar," katanya. -- BERNAMA MEO zb

Page 70: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

69

PERLIS LANCAR PROGRAM CELIK AL-QURAN DAN TULISAN JAWI

Date: 28-10-1999 Author: / AD NMO KANGAR, 28 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri akan melancarkan program celik Al-Quran dan tulisan jawi tahun depan dengan menjadikan sekolah di negeri ini sebagai institusi latihannya. Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim berkata walaupun kelas pengajian Al-Quran telah dilaksanakan secara meluas di negeri ini, ia kini perlu dijalankan secara lebih sistematik. Ketika berucap pada perjumpaan dengan para pengetua dan guru besar seluruh Perlis di sini hari ini, beliau berharap pihak sekolah dapat menerima tanggungjawab berkenaan. Shahidan berkata, program berkenaan akan lebih lancar jika dilaksanakan di sekolah kerana mereka dilingkungi dengan persekitaran yang terkawal. Katanya, semua guru Al-Quran di negeri ini akan dibanci untuk membolehkan mereka memberi khidmat mengajar Al-Quran di sekolah. Para pelajar yang menguasai Al-Quran secara tidak langsung akan turut menguasai tulisan Jawi, katanya. Shahidan juga berkata, belanjawan 2000 bagi negeri ini akan dibentang akhir November dan akan membabitkan pertambahan perbelanjaan sebanyak RM20 juta berbanding tahun ini. -- BERNAMA AD NMO

Page 71: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

70

PELAN TINDAKAN UNTUK PERLUASAKAN TULISAN JAWI PERLU DIADAKAN

Date: 28-08-1998 Author: / RAM NMO KOTA TINGGI, 28 Ogos (Bernama) -- Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Khalid Yunus hari ini mencadangkan agar satu pelan tindakan selama 10 tahun diadakan di sektor awam dan swasta bagi memperluaskan penggunaan tulisan Jawi. Katanya, langkah itu bukan sahaja dapat mengembalikan penggunaan tulisan jawi yang telah lama disisihkan masyarakat, malah dapat memulia dan menaikkan semula martabat tulisan itu. "Pelan tindakan itu perlu dirancang dengan teratur dan sistematik serta mengambil kira penggunaan tulisan jawi untuk jangka masa pendek dan panjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi jawi dan penubuhan kelab jawi Utusan Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu, dekat sini, hari ini. Katanya, pihak pentadbiran sekolah juga perlu mengambil inisiatif untuk memerluaskan penggunaan tulisan jawi di kalangan pelajar melalui penubuhan kelab jawi serta menambahkan bahan pengajaran tulisan itu. Di samping itu, syarikat penerbit buku, media cetak dan elektronik juga boleh memainkan peranan lebih aktif dengan memperbanyakkan lagi bahan penulisan mereka dalam bentuk tulisan jawi. Khalid juga mencadangkan agar satu institusi tulisan khas jawi tubuhkan. Sehubungan itu, beliau berkata Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), jabatan-jabatan agama Islam negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seharusnya memberi kerjasama dalam membentuk pelan tindakan itu. -- BERNAMA RAM NMO

Page 72: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

71

PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN PELAJAR MASIH LEMAH

Date: 05-08-1998 Author: / AKT oba Negara-Jawi KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Tahap penguasaan tulisan Jawi di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah masih rendah, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Fong Chan Onn berkata sungguhpun tiada kajian khusus mengenai perkara itu dijalankan, namun maklum balas yang diterima oleh kementerian daripada pelbagai pihak mendapati keupayaan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menulis dan membaca tulisan Jawi masih lemah. Menjawab soalan Senator Datuk Hajah Wan Intan Wan Ahmad Tajuddin, beliau berkata bagi menangani masalah itu Kementerian Pendidikan telah menetapkan agar penggunaan tulisan Jawi diwajibkan dalam pembelajaran mata pelajaran agama Islam di sekolah rendah dan menengah. --BERNAMA AKT oba

Page 73: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

72

MOU UNTUK PAPARKAN TULISAN JAWI DALAM INTERNET

Date: 25-06-1997 Author: / MHI WR AKD KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Penjawin (Persatuan Tulisan Jawi Malaysia) dan Alis Technologies dari Kanada hari ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan satu produk baru bagi menggalakkan penggunaan tulisan Jawi pada produk komputer di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Jawi di Internet (Jawinet) oleh Penjawin adalah satu produk untuk membantu usaha pembelajaran dan penggunaan tulisan jawi di kalangan masyarakat, menurut pengerusi Jawinet Prof Mashkuri Yaacob. Beliau berkata Jawinet akan memenuhi keperluan lebih 50 juta penduduk di rantau ini yang mahu mendapatkan akses Internet menerusi tulisan jawi. Ketua Pegawai Eksekutif Alis Technologies, Claude Lemay berkata Alis Technologies adalah pemimpin dalam pelaksanaan bahasa dalam industri teknologi maklumat khusus bagi Internet dan Intranet dan meliputi bahasa Asia, Eropah dan Asia Barat. Projek tulisan jawi itu, yang diselaraskan oleh kerajaan Malaysia, bertujuan melaksanakan penggunaan bahasa jawi di 8,000 sekolah, tujuh universiti sertai di jabatan dan agensi kerajaan. Penjawin berharap Jawinet akan diberikan sokongan dan diberikan peranan oleh Kementerian Pendidikan dalam merealisasikan Sekolah Bestari. -- BERNAMA MHI WR AKD

Page 74: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

73

UMAT ISLAM PERLU UTAMAKAN TULISAN JAWI

Date: 03-12-1996 Author: / RZS RON Hamid-Jawi KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Umat Islam di negara ini perlu mengutamakan penggunaan tulisan jawi bagi mengembalikan jatidiri tulisan itu sejajar dengan peranannya sebagai alat komunikasi yang diterima semua pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdul Hamid Othman. Usaha mengembalikan tulisan jawi dalam Bahasa Melayu adalah wajar kerana bahasa itu sentiasa berkembang dan mempengaruhi masyarakat Melayu menerusi tulisan itu, katanya dalam ucapan perasmian seminar Penghayatan Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan 1996 di sini hari ini. Teks ucapannya dibacakan Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamad Abdullah. Katanya masa depan tulisan jawi di negara ini akan terus luntur jika tiada usaha mengembalikan kepentingan kegunaannya seperti yang berlaku di Afrika Selatan, Sri Lanka, Kemboja dan Vietnam di mana tulisan itu tidak digunakan lagi. Beliau berkata: "Segala kekurangan dan kelemahan tulisan perlu diatasi dengan sempurna bagi mengelakkan timbulnya pandangan mengatakan masyarakat akan mundur jika mengutamakan tulisan jawi." "Fungsi tulisan jawi yang merupakan wacana ilmu dalam khazanah penulisan Islam di Nusantara dapat dilihat melalui penemuan sebahagian besar khazanah ilmu yang menggunakan tulisan itu," katanya. Penggunaan Bahasa Melayu dalam tulisan jawi pada abad-abad lalu berkembang pesat terutama dalam urusan perdagangan, perundangan, perjanjian antarabangsa dan penyebaran agama Islam di rantau ini. Othman berkata semua pihak perlu meningkatkan penggunaan tulisan jawi dengan memastikan bahan bacaan bertulisan itu berada di setiap perpustakaan dan bilik bacaan. Peralatan teknologi moden termasuk komputer juga wajar digunakan bagi menyenaraikan ejaan jawi yang betul, daftar ejaan jawi dan kamus jawi seperti juga tulisan lain, katanya. Seminar sehari anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam (Baheis) dan Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Malaysia (Penjawim) itu disertai 150 peserta kakitangan kerajaan, jabatan agama, orang perseorangan dan pelajar. -- BERNAMA RZS RON

Page 75: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

74

TERENGGANU GALAK PREMIS GUNA TULISAN JAWI

Date: 19-06-1996 Author: / IB OBA MAI Mokhtar - Jawi KUALA TERENGGANU, 19 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad berkata kerajaan Terengganu menggalakkan penggunaan Jawi dan tulisan lain di semua premis perniagaan, jabatan kerajaan dan bangunan swasta di negeri ini. Beliau berkata langkah itu bertepatan dengan identiti dan hasrat kerajaan negeri untuk menghidup dan mempopularkan tulisan itu. "Kerajaan negeri telah menggalakkan penggunaan tulisan Jawi ini sejak 15 tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini. Menurutnya tulisan Jawi mempunyai hubung kait dengan kemajuan dan pembangunan Islam di negeri ini. Wan Mokhtar berkata kerajaan belum bercadang untuk mewajibkan tulisan itu pada papan-papan tanda tetapi berharap semua pihak akan memberikan kerjasama untuk memenuhi matlamat kerajaan negeri itu. Beliau juga berkata kerajaan negeri akan menarik balik biasiswa para pelajar tajaan kerajaan negeri di Asia Barat yang kurang berdisiplin dan melanggar syarat perjanjian. Pegawai-pegawai Yayasan Terengganu telah dihantar ke sana untuk menjalankan siasatan terhadap sesetengah pelajar yang dilaporkan kurang berdisiplin itu. "Kita sedang menunggu laporan itu sebelum membuat apa-apa tindakan," katanya. Wan Mokhtar berkata bahawa selain mengutuk kerajaan, pelajar-pelajar itu dilaporkan enggan tinggal di bangunan yang disediakan oleh kerajaan. -- BERNAMA IB OBA MAI Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 30 Januari 2013

Page 76: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

1

Headline: Memartabat seni khat Publication: HM Date of publication: May 12, 2006 Section heading: Variasi Page number: 12 Byline / Author: Oleh Samadi Ahmad

DALAM usaha mengangkat dan memartabatkan seni khat dan tulisan jawi sebagai satu bidang kesenian masyarakat Melayu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia ( KeKKWa) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) menganjurkan Bengkel Pembudayaan Seni Khat, baru-baru ini. Bengkel tiga hari itu diadakan di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Ia menghimpunkan 70 peserta daripada seluruh negara. Bengkel itu diadakan bagi meningkatkan apreseasi seni warisan kepada masyarakat khususnya penggiat seni persuratan serta memastikan khazanah warisan itu terus dipelihara. Ia juga bagi mengukuhkan integrasi dan hubungan di kalangan penggiat seni bagi pembangunan tulisan jawi dan khat di negara ini. Sebanyak tujuh kertas kerja dibentangkan pada bengkel itu. Peserta turut didedahkan dengan demonstrasi penulisan seni khat dari jenis Kufi, Thuluth, Naskhi, Dewani, Farisi, Riqa'ah, Ta'liq dan Nasta'liq dari wakil PSKK. Pada hari terakhir bengkel, lapan resolusi dipersetujui untuk dikemukan ke peringkat kementerian, antaranya: * Mengwujudkan satu badan bagi mengiktiraf hasil kerja seni khat * Menubuhkan satu institusi seni khat di negara ini * Mengwujudkan satu perisian ilmu dan membentuk kurikulum di peringkat rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi * Balai Seni Lukis dan Muzium Negara Malaysia perlu mengumpul dan menempatkan hasil karya berkenaan bidang seni khat di negara ini * Wakil PSKK perlu dimasukkan di dalam ahli lembaga Amanah Seni Negara bagi membela dan mengenal pasti pengiat seni khat negara * Mengwujudkan satu geran bagi menjalankan kerja penyelidikan dan

Page 77: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

2

pembangunan berkenaan bidang terbabit * Mengiktiraf penggunaan tulisan khat bagi semua urusan berkenaan kerajaan dan label barangan negara. Pada majlis penutupan bengkel, pemenang pertandingan khat peringkat kebangsaan kategori awam, sekolah rendah dan menengah turut menerima hadiah masing-masing daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), KeKKWa, Mohamad Mohd Daud. (END)

Page 78: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

3

Headline: Pintar jawi

KEBIMBANGAN generasi muda tidak memahami

, seni khat Publication: HM Date of publication: Jun 28, 2006 Section heading: Bintang Page number: 10 Byline / Author: Oleh Samadi Ahmad

tulisan jawi menimbulkan kesedaran kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa), menganjurkan Seminar Pembudayaan Tulisan Jawi dan Seni Khat, baru-baru ini. Kursus tiga hari di Shah's Beach Resort, Tanjung Keling, Melaka itu membabitkan 40 peserta terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, penggiat seni khat, individu serta guru agama sekolah rendah dan menengah yang mengajar jawi dari seluruh negara. Peserta yang terpilih juga terdiri daripada penerima hadiah sagu hati yang menyertai pertandingan seni khat peringkat kebangsaan anjuran KeKKWa, tahun lalu. Kursus itu juga kesinambungan daripada resolusi yang dicapai melalui kursus kali pertama anjuran KeKKWa di ibu kota baru-baru ini. Kursus itu dibimbing tiga penceramah iaitu pengelola ruangan jawi Harian Metro, Mokhtar Taib atau Pak Matlob; pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr Abdul Raof Hasan Azhari; penggiat seni khat, Asrak Osman dan Nik Abdul Rahman Zaki. Pengarah Bahagian Pengembangan Kesenian KeKKWa, Mohd Razi Mohd Nor, berkata kursus itu diharap dapat mengembangkan tulisan jawi dan seni khat ke arah melahirkan lebih ramai masyarakat pintar jawi di negara ini. "Pihak kementerian akan terus bekerjasama dalam menganjurkan lebih banyak kursus berkaitan," katanya. Guru sekolah Kafa Integrasi, Masjid Al Falah USJ 9, Subang Jaya, Noor Khudza Ahmad, 30, berkata kursus itu banyak menambahkan ilmu kepada guru mengenai kaedah jawi baru dalam membantu kerjaya mereka. Rakannya, Sarina Abdul Rahim, 29, berkata tulisan jawi dan khat berkait rapat dan ia perlu diterapkan dari peringkat rendah. Guru Sekolah Agama Darul Ulum Al Muhammadiah Kolam, Kota Bharu, Kelantan dan pembimbing kursus jawi, Mansor Mohamad, 31, berkata sepanjang tiga tahun menjadi pendidik dan penceramah, dia mengikuti pelbagai kursus tulisan jawi. (END)

Page 79: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

4

Headline: Cop mohor lambang identiti Publication: HM Date of publication: Oct 13, 2006 Section heading: Variasi Page number: 06 Byline / Author: Oleh Idris Musa

CINCIN Rasulullah (s.a.w) dikatakan bukan perhiasan semata-mata, malah berfungsi sebagai cop mohor kepada surat-suratnya kepada maharaja Rom, Parsi dan Mesir ketika berdakwah. Kalangan sahabat juga mengikut jejak langkah baginda menggunakan cop mohor terhadap warkah kiriman mereka. Alam Melayu yang menerima Islam kira-kira abad ke-13 Masihi turut menerima tempias itu. Peranannya sangat penting, malah pada satu peringkat kegemilangannya, ia mempengaruhi dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu. Pakar manuskrip Melayu, Annabel Teh Gallop, berkata "Menurut catatan Undang-Undang Pelabuhan Kedah yang dihimpunkan pada 1650 mendapati penyembelihan kerbau pada masa itu memerlukan tanda mohor Shahbandar." Cop mohor dikenali juga meterai, tera dan cap yang lazimnya mempunyai maklumat seperti nama, gelaran, pangkat, tempat atau tarikh yang membawa makna penting dan bagi alam Melayu ia dikenali cop mohor Islam. Bagi mempertahankan tulisan jawi dan Islam, Yayasan Restu mengorak langkah memartabatkan kembali cop mohor. Justeru, selepas dua tahun menjalankan kajian, mereka melancarkan Seni Mohor dan penubuhan Arkib Seni Mohor Negara, di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam, baru-baru ini. Perasmiannya dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Penubuhan Arkib Seni Mohor Negara adalah usaha melahirkan identiti rumpun Melayu Islam yang memberi imej baik terhadap kualiti keilmuan, status kehidupan, ketinggian budaya, kehalusan nilai seni dan kemurnian akal budi. Ia boleh menarik minat masyarakat dan meningkatkan pembudayaan tulisan jawi dalam kehidupan masyarakat dengan menggunakan pendekatan seni mohor. "Kalau hendak pertahankan jawi dan dekat dengan Islam, kita rasa cop mohor

Page 80: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

5

yang dulu digunakan oleh raja-raja Melayu, kita akan pastikan digunakan orang Melayu," kata Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa. Yayasan itu akan merangka sistem rekod dan penyimpanan seni mohor asal serta menjalankan kajian terhadap reka bentuk seni mohor yang berkualiti. Arkib itu akan membolehkan usaha mengeluarkan pelbagai reka bentuk seni mohor negara, merekodkan reka bentuk dan paten serta menyelia penyimpanan asal bagi setiap seni mohor yang dihasilkan. Abdul Latiff berkata, beliau mahu supaya cop mohor benar-benar menjadi warisan jati diri Melayu dan orang Melayu ada cop mohor sendiri. (END)

Page 81: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

6

Headline: Membudayakan kesenian mohor Publication: BH Date of publication: Nov 4, 2006 Section heading: Sabtu Page number: 07 Byline / Author: Oleh Wan Jailani Razak

SHAH ALAM: Memegang dasar berdakwah melalui seni, Yayasan Restu melakar sejarah negara berikutan pelancaran seni mohor dan penubuhan Arkib Seni Mohor Negara, baru-baru ini. Berdasarkan pengalaman dalam bidang seni mushaf bertunjangkan seni khat dan seni ragam hias Melayu, yayasan itu memperkenalkan pelbagai inovasi dan kreativiti dalam bidang seni mohor. Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa, ketika menceritakan keistimewaan seni mohor berkata, ia adalah wadah jati diri rumpun Melayu dan strategi terbaik membudayakan tulisan Jawi dalam kehidupan seharian. Malah, ia adalah simbolik yang dikaitkan dengan adat yang memaparkan ketinggian ilmu dan kemuliaan budi. "Cadangan penubuhan Arkib Seni Mohor Negara menarik minat kerajaan untuk membudayakan seni mohor dalam kehidupan seharian. "Fungsi arkib ini dijangka dapat melahirkan budaya peradaban bangsa yang tinggi pada masa depan," katanya. Majlis pelancaran seni mohor itu di sempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kompleks Taman Seni Islam, di sini. Seni mohor yang juga dikenali sebagai meterai, tera dan cap adalah perkara penting dalam sesuatu warkah. Ia sunnah Rasulullah seperti yang dilihat pada warkah baginda kepada Maharaja Rom, Parsi dan Mesir. Sejak Tanah Melayu menerima agama Islam kira-kira abad ke-13/14 Masihi, pengaruh tulisan Jawi banyak mewarnai kehidupan orang Melayu. Pengaruh dan peranan tulisan Jawi ada dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya hubungan sosial seperti surat menyurat antara Raja dengan Raja sebangsa dan seagama. Tulisan Jawi juga digunakan bagi tujuan seni di samping untuk mendapat berkat. Potongan ayat suci al-Quran ditulis indah, begitu juga duit, cap mohor barangan tembaga dan tembikar.

Page 82: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

7

Abdul Latiff berkata, seni mohor turut melambangkan jenama atau ikon terkini terhadap ketinggian budaya bangsa Melayu dan berpotensi besar dalam memenuhi gaya hidup dan cita rasa rakyat Malaysia. Katanya, penggunaan dan inovasi tulisan Jawi yang diterapkan dalam seni mohor tidak harus terhad kepada masyarakat Islam saja, malah kepada kaum lain. Mengikut sejarah, seni mohor diperkenalkan ke alam Melayu oleh kerajaan China sejak zaman kegemilangan Melaka lagi. "Sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang berpengalaman dan memiliki rekod prestasi cemerlang dalam bidang seni Islam, usaha kami diharap mendapat sokongan semua pihak, terutama dalam melahirkan ikon terkini bangsa kita," katanya. Beliau berkata, penubuhan Arkib Seni Mohor Negara adalah strategi melahirkan identiti rumpun Melayu Islam yang memberi imej yang baik terhadap kualiti keilmuan, status kehidupan, ketinggian budaya, kehalusan nilai seni dan kemurnian akal budi. Ia juga menarik minat masyarakat dan meningkatkan pembudayaan tulisan Jawi dalam kehidupan masyarakat dengan menggunakan pendekatan seni mohor yang unik. Seni Mohor adalah unsur penyatuan rumpun Melayu Islam dan pemuliharaan warisan bangsa yang mempunyai nilai keilmuan yang tinggi. "Arkib ini berfungsi mengeluarkan pelbagai reka bentuk Seni Mohor Negara, merekodkan reka bentuk dan hak cipta serta menyelia penyimpanan asal bagi setiap Seni Mohor yang dihasilkan. "Selain itu ia mengenal pasti dokumen yang berpotensi untuk diguna pakai sebagai dokumen yang memerlukan pengesahan dalam bentuk seni mohor, mengenal pasti kesahihan dan ketulenan setiap salinan seni mohor yang dikemukakan," katanya. FAKTA Dokumen Seni Mohor Negara * Dokumen Pelantikan Ahli Jemaah Menteri. * Dokumen Pelantikan Kakitangan Kerajaan. * Dokumen Perjanjian Jual Beli Aset.

Page 83: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

8

* Dokumen Nikah Kahwin. * Dokumen Kelayakan Akademik. * Dokumen Saham. * Dokumen Pengiktirafan dan Penghargaan. (END)

Page 84: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

9

Headline: Karnival Gemilang Jawi Publication: BH Date of publication: Aug 15, 2007 Section heading: Klik Page number: 11

PADA era globalisasi ini tulisan Jawi semakin terpinggir dan dikhuatiri akan lenyap mengikut peredaran zaman. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) segera memulakan langkah dan iltizam untuk menarik generasi baru menguasai tulisan Jawi. KPM melalui Pelan Induk pembangunan Pendidikan (PIPP) telah memfokuskan pembudayaan tulisan Jawi dalam teras pertamanya membina negara bangsa. Usaha ini seiring dengan objektif kerajaan untuk memantapkan dan memperkasakan tulisan Jawi melalui program PIPP dan j-QAF di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sehubungan itu, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kuala Lumpur, Utusan Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua SM WP Kuala Lumpur dan Majlis Guru Besar WP Kuala Lumpur (termasuk Majlis Guru Besar SJKC dan Majlis Guru Besar SJKT) telah menganjurkan Karnival Gemilang Jawi yang dilancarkan pada 18 Julai 2007, oleh Tuan Haji Abas bin Haji Awang, Pengarah Pelajaran WP Kuala Lumpur, di Auditorium JPWPKL. Antara aktiviti yang diadakan sempena karnival tersebut ialah pertandingan membaca dan menulis Jawi, pertandingan menulis khat dan pertandingan buku skrap. Pameran dan kempen penulisan Jawi serta program lima minit Jawi juga turut diadakan di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur. Karnival Gemilang Jawi ini diharap menjadi medan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pendidik dan pelajar betapa pentingnya menguasai pembacaan dan penulisan jawi. Tulisan Jawi adalah warisan zaman berzaman yang perlu dimartabatkan oleh generasi kini. (END)

Page 85: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

10

Headline: Persidangan dan Pameran Tulisan Jawi Publication: BH Date of publication: Mar 20, 2006 Section heading: Klik Page number: 05

PADA 6 hingga 7 Mac 2006 lalu, Dawama Sdn. Bhd.telah mengadakan pameran dan jualan buku sempena Persidangan dan Pameran Tulisan Jawi yang berlangsung di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Persidangan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara dan Jabatan Muzium dan Antikuiti ini diadakan sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Kajian dan Pembudayaan Tulisan Jawi antara Kerajaan Malaysia dengan Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia yang dirasmikan oleh Y.B. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Sebanyak 130 judul buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diketengahkan dengan memberi fokus utama kepada buku-buku tulisan Jawi. Antara judul yang mendapat sambutan ialah Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, Daftar Ejaan Rumi Jawi, Buku Mudah Jawi dan Kad Imbasan serta Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan Jawi Jilid I dan II. (END)

Page 86: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

11

Headline: `Saya jatuh cinta seni tulisan jawi

LEE Guan Hooi, 50, pada mulanya menyangka

' Publication: BM Date of publication: Jun 29, 2008 Section heading: Dimensi Page number: 04 Byline / Author: Oleh Wan Faizal Ismayatim

tulisan jawi, adalah sebahagian huruf trengkas apabila melihat keasyikan beberapa rakannya menulis nota ceramah kursus yang disertai ketika mula menyertai perkhidmatan awam kira-kira 30 tahun lalu. Bermula daripada situ, beliau yang kemudian bertugas di Jabatan Penerangan Kelantan, Gua Musang, mulai 1978, mula mempelajari tulisan jawi dan mengakui jatuh cinta terhadap keindahan seni penulisan itu hingga menjadikannya hobi mengisi masa lapang. "Saya tidak pernah berguru dengan sesiapa, sebaliknya belajar sendiri melalui perbandingan ejaan rumi dan jawi serta bertanya kepada rakan sepejabat," katanya yang kini bertugas sebagai Pembantu Pe-nerangan Kanan, Jabatan Penerangan Kelantan di Kota Bharu. Berasal dari Alor Star, Kedah dan bersekolah serta membesar dalam komuniti Cina, Lee mampu menguasai sepenuhnya kaedah penulisan dan sistem ejaan jawi lama dan baru tanpa bantuan guru serta mampu membaca akhbar jawi dengan lancar. Lantaran sikap ingin terus mendalami tulisan itu, beliau menjadi pembaca setia Ruangan Belajar Jawi yang disiarkan Berita Harian dan Harian Metro di bawah kelolaan Mokhtar Talib atau lebih dikenali Pak Matlob, yang diakui meningkatkan lagi penguasaannya. "Selepas bertahun-tahun belajar jawi sendirian sambil mengikuti ruangan jawi di akhbar, pada 2004 barulah saya dapat bersemuka dengan Pak Matlob pada Kursus Intensif Jawi kelolaan beliau yang menjadi `guru' selama ini sehingga menjadikan saya mahir menulis jawi," katanya. Lee berkata, berdasarkan pengalamannya mempelajari jawi sendirian selama 25 tahun itu, beliau mengambil inisiatif memperkenalkan kaedah mudah mempelajari teknik menguasai tulisan dan membaca jawi dengan cepat dan berkesan, dikenali Kaedah Jawi Mesra Pengamal Rumi. Menerusi kaedah itu, beliau berkata, sesiapa saja termasuk bukan Melayu yang sebelum ini langsung tidak mampu membaca serta menulis jawi dijamin dapat menguasai tulisan itu dalam tempoh yang singkat termasuk hanya dua hari.

Page 87: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

12

Beliau menjelaskan, kaedah ciptaannya itu membabitkan 13 disiplin asas mengeja dan menulis dalam jawi, antaranya Berhenti Roda Bertitik, Tutup Kata Pecat Alif, Kata Melayu Kaf-Qaf, Kata Inggeris Kaf-Kaf dan Kata Melayu Ha, Kata Arab Ha. Kaedah pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi secara pantas yang diperkenalkannya itu turut merangkumi 10 rumusan dan mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memberi pengiktirafan kepadanya pada majlis Anugerah Maulidur Rasul 2005. "Berdasarkan pengalaman, beberapa individu termasuk yang tidak tahu langsung menulis dan membaca jawi, dapat menguasainya dalam tempoh singkat menggunakan kaedah yang saya cipta ini. Bagaimanapun, mereka perlu memberi perhatian penuh terhadap teknik pembelajarannya. "Kaedah Jawi Mesra Pengamal Rumi membolehkan seseorang menguasai kemahiran mengeja dengan cepat, mengelakkan kesalahan ejaan, mengatasi kekeliruan dengan ejaan serta menguasai tulisan jawi baku mengikut ketetapan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)," katanya. Menerusi kaedah terbabit, Lee berkata, seseorang itu perlu terlebih dulu menguasai tulisan dan membaca rumi kerana teknik pembelajaran yang ditekankan banyak membuat perbandingan antara jawi dan rumi. "Bagi murid Pra-Sekolah dan Tahun Satu, yang baru belajar mengeja dan membaca, mungkin belum bersedia mempelajari jawi menggunakan kaedah ini, tetapi tiada masalah bagi mereka yang sudah menguasai rumi termasuk warga emas dan bukan Melayu. "Pengajaran kaedah ini juga tidak akan membebankan minda pelajar kerana ia berasaskan minda pengamal Bahasa Melayu bertulisan rumi dengan memberi perhatian khusus kepada perbezaan ejaan antara rumi dan jawi. "Maka, pelajar tidak perlu mempelajari ejaan jawi secara total, melainkan mereka memberi tumpuan ke atas kategori tulisan jawi yang sememangnya dieja berlainan dengan sistem ejaan rumi itu saja," katanya yang mengakui isteri serta tiga anaknya turut menguasai tulisan itu. Menceritakan lebih lanjut kaedah itu, beliau berkata, ia hanya dapat dipelajari apabila seseorang mengenali dengan mantap semua huruf jawi dalam abjad Arab iaitu dari Alif hingga Ya, di mana tanpa kemahiran itu, kaedah terbabit tidak dapat dipraktikkan. Lee yang berkelulusan Sijil Khas Komunikasi Massa dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 1987, berkata beliau menghasilkan kaedah belajar jawi pada beberapa helai kertas A4 kerana lebih selesa menulis dan

Page 88: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

13

mudah mempraktikkannya. Kaedah Jawi Mesra Pengamal Rumi ciptaannya itu dipatenkan pada 2005 dan didaftarkan mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Berikutan kejayaannya menghasilkan kaedah pantas itu, beliau dijemput memberi ceramah dan membentangkan kertas kerja di bengkel peringkat Sekolah Menengah, Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Persidangan dan Pameran Tulisan Jawi di Muzium Negara selain Seminar Antarabangsa di Brunei, dua tahun lalu. Mei lalu, beliau memenangi Anugerah Khas Pertandingan Apresiasi Jawi 2007 anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menerusi esei bertajuk Saranan Mengangkat Martabat Tulisan Jawi Di Negara Kita dihasilkan dalam 800 patah perkataan jawi. Profil Lee Guan Hooi * Usia: 50 tahun * Pekerjaan: Pembantu Penerangan Kanan, Jabatan Penerangan Kelantan * Asal: Alor Star, Kedah * Kelulusan: Sijil Khas Komunikasi Massa, Universiti Sains Malaysia (USM) 1987 * Isteri: Law Kim Soon, 43, (Jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian), dikurniakan tiga anak * Pencapaian: - Anugerah Maulidur Rasul 2005 anjuran Jakim - Anugerah Khas Pertandingan Apresiasi Jawi 2007 anjuran Yapeim (END)

Page 89: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

14

Headline: Pensyarah cipta aplikasi tulisan jawi

KUANTAN: Penat lelah dalam mencipta aplikasi penggunaan

Publication: BH Date of publication: Jan 25, 2013 Section heading: Sentral Page number: 006

tulisan jawi yang dinamakan Asarfonts berjaya melayakkan pensyarah Universiti Malaysia Pahang, Asar Abdul Karim, 39, menerima Anugerah Maulidur Rasul, di sini, semalam. Anugerah itu diberikan berdasarkan kejayaan beliau mencipta aplikasi berkenaan yang dapat menyelesaikan masalah berkaitan penggunaan tulisan jawi sekarang. Asar berkata, penghargaan itu meniup semangatnya untuk mencipta pelbagai aplikasi seumpama itu supaya memudahkan masyarakat Islam menggunakan tulisan jawi dalam urusan seharian. "Kegembiraan saya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata kerana ia anugerah pertama saya. Sebelum ini saya banyak terbabit dalam penulisan buku agama sejak kira-kira lima tahun lalu. "Anugerah ini menjadi pemangkin untuk terus berbakti kepada masyarakat Islam sejagat," katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Maulidur Rasul, di sini. Selesai masalah Katanya, perisian berkenaan mampu menyelesaikan masalah kestabilan huruf jawi dan transliterasi bahasa Arab dengan hanya menaip menggunakan satu huruf saja. Beliau antara empat individu menerima Anugerah Maulidur Rasul yang disampaikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam. Hadir sama, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Asar berkata, beliau lebih mudah untuk berdakwah menerusi penulisan buku dan sehingga kini beliau sudah menghasilkan lebih 40 jenis buku agama dan bahasa Arab. Seorang lagi penerima, Mohd Nainar Sheikh Dawood, 66, berkata, tugas

Page 90: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

15

seorang pendakwah pada masa kini berdepan dengan cabaran amat hebat termasuk pengaruh anasir luar yang boleh menggoyahkan akidah. Katanya, beliau menjadikan perjuangan dan pengorbanan Rasulullah dalam mengembangkan agama Islam sebagai panduannya untuk berdakwah.

Page 91: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

16

Headline: Jawi tulisan serantau Publication: BH Date of publication: Jan 25, 2013 Section heading: Main Section Page number: 028 Byline / Author: Oleh Dr Abd Jalil Borhan

TULISAN Jawi sudah wujud sejak sekitar 1300M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan itu diubah suai agar bersesuaian dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri dan ditokok dengan enam huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu `ca', `pa', `ga',`nga', `va' dan `nya'. Tulisan ini berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai sebelum disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M, manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi juga adalah tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ketika penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu di Malaysia. Pada zaman dulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Ia digunakan dalam perjanjian penting antara Raja Melayu dengan pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Malah, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi Persekutuan Tanah Melayu juga tertulis dalam abjad Jawi. Tulisan Jawi ialah tulisan huruf Arab yang digunakan di kepulauan Melayu. Perkataan Jawi berasal daripada bahasa Arab dan dipanggil Yawi di Pattani, ialah sejenis abjad Arab yang disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu (Mahyudin Yahya: 1986). Perkataan ini adalah kata adjektif bagi kata nama Arab "Jawah" dan apabila dijadikan kata adjektif "Jawah" menjadi "Jawi" (Amat Juhari: 1996). Ibn Batutah menggunakan nama al-Jawah bagi merujuk kepada Nusantara. Perkataan Jawi adalah nama bagi penduduk-penduduknya. Dengan itu nama Jawah dan Jawi tidak hanya merujuk kepada kepulauan Jawa dan penduduknya sahaja bahkan digunakan untuk seluruh daerah Asia Tenggara dan

Page 92: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

17

penduduknya sekali (Ibn Batutah: 1964). Ejaan Jawi adalah warisan khazanah bangsa Melayu yang sangat berharga. Ia memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu dan kebudayaan bangsa Melayu. Berbagai bidang ilmu terutama pengajian Islam, kesusasteraan, sejarah dan perubatan ditulis dalam bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Asal huruf Arab Ejaan Jawi di Tanah Melayu adalah berasal daripada huruf Arab. Ismail Hamid (1981) menerangkan bahawa ejaan Jawi telah diperkenalkan dan disebarkan oleh pedagang yang mengembangkan Islam di Nusantara, khasnya di Tanah Melayu. Selepas Islam bertapak dengan pesatnya di Tanah Melayu maka berkembanglah usaha untuk mempelajari Islam dari sumbernya yang utama iaitu al-Quran dan hadis. Berdasarkan kepada fakta sejarah bahawa pendidikan Islam yang mula-mula diperkenalkan ialah berbentuk mengajar al-Quran dan pembelajarannya dimulakan dengan pelajaran mengenal huruf. Maka untuk memudahkan lagi usaha penyebaran ilmu Islam, ulama dan pendakwah Islam memperkenalkan suatu tulisan huruf yang menyerupai tulisan huruf Arab dikenali sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam selepas orang Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini (Wikipedia: 2012). Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Quran. Penggunaan tulisan Jawi adalah faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai bahasa serantau di samping penyebaran agama Islam. Ia digunakan secara meluas di negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Aceh dan Ternate seawal abad ke-15 untuk urusan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di Pelabuhan Melaka. Ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Undang-Undang Johor, Pahang, Kedah dan Brunei semua ditulis dalam Jawi. Selain teks Sejarah Melayu, sumber perundangan di Melaka dapat dirujuk melalui teks undang-undangnya. Kaitan kedatangan Islam Sejarah tulisan Jawi di Nusantara berkait rapat dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Berpandukan kepada beberapa fakta, kebanyakan sejarawan

Page 93: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

18

terutama dari Barat berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Nusantara berlaku pada abad ke-13 Masihi. Islam dibawa oleh saudagar Islam dari Arab, Parsi dan India. Menurut catatan Cina, pada zaman Dinasti Yuan telah datang satu rombongan diplomatik Melayu ke istana kerajaan tersebut pada 1281-1282M (SQ Fatimi, 1963: 10). Rombongan itu diketuai dua orang Islam. SQ Fatimi melaporkan bahawa dua orang utusan tersebut adalah dari Samudera atau Sa-Mu-Ta yang bernama Hassan dan Sulaiman. Dalam catatan lain, kedua-duanya disebut sebagai Sulaiman dan Shamsuddin (RO Winstedt, 1917). Manakala AH Hill pula menyebut Husain dan Sulaiman (Dr AH Hill, 1960: 8). Asar Font mudah dipraktik pengguna Dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi, Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai sebuah universiti berteraskan teknologi berjaya mengaplikasikan penggunaan teknologi dengan memperkenalkan Perisian Asar Font yang mampu menyelesaikan permasalahan penulisan transliterasi huruf Arab dan Jawi yang dihadapi orang ramai terutama guru j-Qaf, pelajar pensyarah dan penulis buku. Perisian ciptaan pensyarah UMP, Asar Abdul Karim itu dapat membantu penghasilan Jawi dengan lebih tepat kerana ia lebih stabil, mesra pengguna dan mampu beroperasi dalam pelbagai aplikasi dengan mudah. Asar Font mudah dipraktikkan oleh semua pengguna komputer seperti penyediaan kertas soalan peperiksaan, membuat tesis dan penerbitan buku dalam tulisan Jawi. Perisian baru martabat tulisan Jawi Dengan adanya perisian baru mengandungi 10 jenis font ini, ianya mampu meningkat dan memartabatkan penggunaan tulisan Jawi secara interaktif serta dapat menyelesaikan permasalahan karektor transliterasi huruf Arab dan karektor Jawi. Pelbagai usaha dilihat untuk terus memperkasa tulisan Jawi di Malaysia. Begitu juga dengan penganjuran Seminar Tulisan Jawi dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012 anjuran UMP turut berjaya menghimpunkan perspektif pakar mengenai usaha memartabatkan tulisan Jawi melalui teknologi, membentangkan mekanisme dan teknik terkini untuk memperkasa tulisan Jawi dan meningkatkan kefahaman masyarakat tentang peranan teknologi dalam memperkasa tulisan Jawi. Sejarah jelas menunjukkan bahawa tulisan Jawi yang diperkenalkan sejak kurun

Page 94: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

19

ke-14 itu bertapak kukuh di Tanah Melayu dan dijadikan sebagai tulisan serantau. Pengaruhnya juga begitu meluas dalam perkembangan Bahasa Melayu. Saingan bahasa Melayu Namun, sejak sistem ejaan Rumi diperkenalkan untuk menulis bahasa Melayu pada awal kurun ke-20 dan digunakan dalam sistem pendidikan di Malaysia, kedudukan tulisan Jawi mula mendapat persaingan. Semoga dengan usaha yang berterusan dari pelbagai pihak dalam agenda memartabatkan tulisan Jawi akan memberi kesan positif bagi mengangkat tulisan Jawi ke persada dunia dan kekal dihayati di rantau Asia Tenggara. INFO Tulisan Jawi * Wujud sekitar 1300M di Kepulauan Melayu. * Tulisan Jawi juga adalah tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ketika penguasaan British. * Perkataan Jawi berasal dari bahasa Arab dan dipanggil Yawi di Pattani, ialah sejenis abjad Arab yang disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu (Mahyudin Yahya: 1986). * Perkataan ini adalah kata adjektif bagi kata nama Arab "Jawah" dan apabila dijadikan kata * adjektif "Jawah" menjadi "Jawi" (Amat Juhari: 1996). * Sejarah tulisan Jawi di Nusantara berkait rapat dengan kedatangan Islam ke rantau ini. * Penggunaan tulisan Jawi adalah faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu.

Page 95: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

20

Headline: Aplikasi pendidikan jawi

SEKUMPULAN penyelidik Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta perisian permainan

pupuk minat kanak-kanak Publication: BH Date of publication: Dec 20, 2012 Section heading: Varsiti Page number: 006 Byline / Author: Oleh Puteri Murni Salleh Hudin

Jawi pada peranti mudah alih (PSP) dan komputer tablet bagi memartabat semula tulisan jawi dalam kalangan generasi muda. Kaedah pendidikan Jawi berteras teknologi maklumat itu hasil kajian Diah Norizan Mat Diah, Dr Marina Ismail, Suzana Ahmad, Putri Mazliana Abdul dan Syed Anwar Shahrim Syed Abdullah. Diah Norizan berkata, perisian interaktif Assisted Jawi Writing (AJaW) itu membantu kanak-kanak mengenal huruf Jawi dan seterusnya belajar menulis Jawi dengan mudah menerusi pelbagai aktiviti menarik. "Menulis huruf Jawi agak sukar bagi kanak-kanak kerana ia memerlukan penggunaan kemahiran motor halus. Kajian kami mendapati hampir 95 peratus pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawi kerana menganggap ia tulisan rumit dan sukar dipelajari. "Sesuai kecenderungan kanak-kanak masa kini yang gemar permainan video, kami gabungkan teknologi terkini dengan pendidikan jawi untuk menarik minat mereka mengenali dan mencintai tulisan jawi," katanya. Reka bentuk menarik Diah Norizan berkata, AJaW dibangunkan menerusi geran penyelidikan diperoleh dengan menggunakan tablet grafik dan pen khas. Bagi membangunkan perisian itu, katanya, kajian dan tinjauan dijalankan di sembilan sekolah agama sekitar Lembah Klang membabitkan 50 guru untuk mengenal pasti kaedah pengajaran menulis Jawi yang biasa digunakan di sekolah untuk diadaptasi ke dalam perisian. "Reka bentuk memberi tumpuan kepada pergerakan tangan dalam proses penulisan termasuk demonstrasi teknik memegang pensil yang betul, aktiviti prapenulisan, latihan dan penilaian. "Komputer tablet grafik dan PSP digunakan sebagai peranti input dalam kajian kerana gajet ini paling banyak dimiliki dan digunakan oleh kanak-kanak," katanya.

Page 96: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

21

Diah Norizan berkata, hasil kajian penggunaan perisian itu memberangsangkan kerana kanak-kanak teruja mencubanya berikutan elemen multimedia menarik dan paparan antara muka (interface) mudah diikuti. Tingkatkan kemahiran motor Katanya, antara dapatan menerusi hasil kajian terhadap 10 kanak-kanak yang menggunakan perisian itu adalah manfaat bagi kanak-kanak belajar mengasah kemahiran motor kerana ia membabitkan pergerakan tangan dan jari ketika mereka mencuba menulis Jawi. "Jika kanak-kanak yang menggunakan perisian ini memegang pena dan menulis huruf jawi yang betul, tidak mustahil mereka dapat menguasai kemahiran menulis dan membaca tulisan jawi dengan cepat. "Inisiatif ini diharap mampu memartabat semula tulisan Jawi khususnya dalam kalangan generasi muda selain menjadi titik permulaan untuk membangunkan perisian yang lebih kompleks serta penggunaan peranti lebih canggih agar tulisan ini tidak hilang ditelan zaman," katanya.

Page 97: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

22

Headline: Pelajar juara kad raya Jawi

Kuala Lumpur: Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Indah, Puchong, Selangor, Amir Zharif Firdaus Rahman, 12, dipilih pemenang pertama Peraduan Kad Raya Bertulisan

Publication: BH Date of publication: Nov 23, 2012 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Nor Azma Laila

Jawi anjuran Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dengan kerjasama BH, yang diadakan pada Ogos lalu. Kad raya kreatif yang memaparkan maklumat mengenai kemeriahan sambutan Aidilfitri di Malaysia itu membolehkan Amir Zharif membawa pulang hadiah wang tunai RM300. Tempat kedua dimenangi Zafirah Abd Rahim, 12, dari SK Seri Sekinchan, Selangor manakala Nurul Farhana Mohd Azmi dari SK Batu 38, Sabak Bernam, Selangor dipilih sebagai pemenang tempat ketiga. Masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM200 dan RM100. Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali, berkata penganjuran peraduan berkenaan bertujuan membudayakan tulisan jawi dalam kalangan pelajar dan memastikan ia terus menjadi warisan yang tidak dilupakan. Tingkat kreativiti pelajar "Selain peraduan ini, Tabung Haji dengan kerjasama BH juga menganjurkan Peraduan Reka Cipta Poster Pasukan Bola Sepak Kegemaran Anda bagi mencungkil dan meningkatkan kreativiti pelajar sekolah rendah dan menengah. "Semua peraduan yang diadakan ini sebagai satu daripada tanggungjawab sosial yang dilaksanakan Tabung Haji bagi membantu mengekalkan penggunaan tulisan jawi yang semakin dilupakan serta menggalakkan percambahan idea kreatif di dalam diri pelajar," katanya selepas sesi pemilihan pemenang dua peraduan itu di Menara Tabung Haji, semalam. Hadir sama, Pengurus Besar (Khidmat Pelanggan), Jabatan Khidmat Pendeposit dan Operasi Tabung Haji, Mohammad Saimi Mat Som dan Pengurus Kanan (Khidmat Pelanggan), Jabatan Khidmat Pendeposit dan Operasi Tabung Haji, Noorazmima Ismail. Sementara itu, Puteri Najihah Megat Zakaria, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu dipilih sebagai pemenang pertama Peraduan Reka Cipta Poster Pasukan Bola

Page 98: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

23

Sepak Kegemaran Anda sekali gus mendapat hadiah wang tunai RM300. Tempat kedua pula menjadi milik Nadzirah Afiqah Adam, 15 dari SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu manakala Muhammad Luqman Hakim, 14 dari Tarbiah Islamiah Chabang Empat, Tumpat, Kelantan dipilih sebagai pemenang tempat ketiga. Masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM200 dan RM100. Sepuluh pemenang sagu hati yang dipilih mendapat hadiah wang tunai RM50.

Page 99: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

24

Headline: Simpan syiling usia berabad Publication: HM Date of publication: Nov 16, 2012 Section heading: Main Section Page number: 058 Byline / Author: Oleh Rizanizam Abdul Hamid

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan di sini mendakwa memiliki koleksi ratusan keping duit syiling lama termasuk satu berusia 196 tahun yang ditemuinya di Bukit Cina, Melaka, 44 tahun lalu. Muhammad Baba Kutty, 58, berkata, syiling berkenaan unik kerana pada permukaannya terukir gambar ayam jantan dan tulisan serta huruf jawi bermaksud Tanah Melayu, 'satu keping' dan 1237 yang diyakini bermaksud keluaran 1237 Masihi. Dia yang ditemui di kediamannya di Setapak, di sini berkata, semua syiling lain dalam simpanannya adalah daripada koleksi arwah bapanya, Baba Kutty Abdullah yang pernah menjalankan perniagaan barangan antik di Jalan Gelanggang, Melaka. "Saya meneruskan minat arwah bapa dengan mengumpul syiling lama ini sejak berusia 13 tahun sehinggalah koleksi syiling bertambah menjadi lebih 300 keping. "Kebanyakannya keluaran negara yang pernah dijajah British seperti Tanah Melayu, Filipina, India, Bangkok, Thailand, Australia dan Indonesia keluaran tahun 1790 hingga 1916," katanya. Menurutnya, dia berasa puas kerana koleksi syiling itu membuktikan sistem mata wang mula digunakan pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan pedagang ketika itu bukanlah menggunakan sistem tukar barang semata-mata. Dia juga berbangga memiliki wang syiling India suku sen keluaran 1916 memaparkan wajah dan perkataan 'George V King and Emperor of India'. "Selain itu, saya juga mempunyai sekeping syiling yang sukar diketahui asalnya kerana cuma tertera tiga huruf VOC dicantum menjadi logo keluaran tahun 1790," katanya. Walaupun duit syiling itu mempunyai nilai sejarah dan sukar ditemui, Muhammad berhasrat menjualnya daripada dibiarkan tanpa penjagaan rapi dan lapuk ditelan masa.

Page 100: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

25

Headline: Giatkan usaha memartabat tulisan jawi

MUNGKIN pada segelintir pihak tiada apapun yang mengejutkan apabila Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar memberitahu bahawa terdapat sebanyak 4,600 manuskrip Melayu lama yang bertulisan

Publication: HM Date of publication: Nov 12, 2012 Section heading: Variasi Page number: 015

jawi lama belum terusik untuk dilakukan sebarang kajian atau usaha menterjemahkannya ke dalam tulisan rumi. Cuba kita fikirkan apakah manuskrip tersebut akan menerima nasib serupa, seandainya ia berada di dunia Barat? Sudah tentu jauh sekali perbezaannya kerana mereka begitu meraikan khazanah lama yang pada mereka perlu diteroka sedalam-dalamnya demi mencari sesuatu yang bermanfaat untuk diangkat sebagai ilmu. Tapi di negara kita, dalam keasyikan mengejar memperkasakan sains dan teknologi, elemen ketamadunan lama tidak dijadikan sebagai keutamaan. Bagaimanapun, masih belum terlambat untuk memulakan langkah pertama biarpun pada masa sama dihambat faktor kurang tenaga pakar yang mahir dalam selok belok tulisan jawi lama. Jangan biarkan manuskrip berharga itu terperap dan terpendam begitu saja. Melalui penterjemahan terhadap manuskrip lama berkenaan, sudah pasti akan memudahkan lagi generasi baru memahami segala susur galur yang emartabatkan kaum Melayu di negara kita suatu ketika sekali gus menjadi faktor kepada usaha mengekalkan kejayaan hidup lebih dinamik. Bayangkan betapa ruginya kita apabila manuskrip yang berusia ratusan tahun itu tidak dapat difahami dan dihayati oleh generasi muda. Justeru, apa yang diberitahu itu seharusnya menyedarkan banyak pihak bahawa negara kita begitu kaya dengan tinggalan khazanah ilmu. Selain itu, kita turut mendapat iktibar bahawa kita semakin ketandusan golongan yang mahir tulisan jawi. Semakin hari tulisan jawi semakin dilupakan. Amat mustahak memperkasakan usaha mengembalikan celik huruf dan celik baca tulisan jawi dengan cara berterusan. Jangan hanya melaksanakannya secara berkala dan bermusim kerana tidak banyak memberikan kesan secara menyeluruh. Antara langkah yang perlu dilakukan ialah melalui Kementerian Pelajaran

Page 101: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

26

Malaysia (KPM) dengan menjadikan tulisan jawi sebagai salah satu unsur kurikulum. Kalau elemen lain, seperti keselamatan jalan raya, ilmu koperasi dan alam sekitar, KPM begitu bersungguh-sungguh menjayakannya, mengapakah tidak dalam aspek tulisan jawi ini? Kita bersetuju seperti apa yang pernah disuarakan oleh Prof Dr Kang Kyoung Seok seorang pakar tulisan Jawi dari Pusan Universiti of Foreign Studies bahawa generasi muda di negara semakin melupakan tulisan bangsa mereka sendiri. Beliau nyata begitu risau akan berlaku ketandusan generasi yang mampu menguasai tulisan jawi. Lihatlah sendiri bagaimana bangsa asing yang tinggal jauh dari bumi kita ini berupaya muncul sebagai pakar dalam tulisan jawi, malah menjadi seorang pencinta tulisan jawi! Tidakkah ada sedikit rasa malu kita kepada Profesor itu yang nampaknya lebih menghargai tulisan jawi sedangkan anak-anak muda kita sendiri buat tidak peduli saja. Dr Amin Amir Abdullah, pensyarah Usuluddin Hubungan Muslim-Bukan Muslim, Pemikiran dan Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia turut meluahkan rasa bimbangnya isu tulisan jawi yang semakin ketiadaan 'pewarisnya'. Beliau dengan nada sinis mengatakan rasa hairan kerana bangsa lain yang berhijrah ke negara ini suatu ketika dulu membawa bersama tulisan ibunda mereka. "Lihatlah bagaimana orang Cina yang begitu cintakan seni kaligraf mereka. Demikian dengan orang-orang India yang dilihat sentiasa mengagungkan bahasa Tamil. Tetapi tidak bangsa kita?" katanya. Beliau juga menyarankan agar tulisan jawi dimasukkan dalam peperiksaan awam dan dikenakan syarat wajib lulus. Kita perlu bermula dari awal semula dan secara berperingkat dalam semua sektor khususnya di sekolah-sekolah. Malah di peringkat institusi pengajian tinggi juga adalah dirasakan munasabah dan wajar juga dihidup-suburkan penghayatan tulisan jawi di kalangan warganya. Kita masih ada masa dan ruang untuk bertindak menghidupkan kembali aura tulisan jawi. Jangan menyesal di kemudian hari tatkala tulisan jawi hanya tinggal sebagai koleksi sejarah saja. * Penulis pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang. ** Warga kampus yang mempunyai pandangan mengenai pelbagai isu semasa boleh menghantarnya ke ruangan ini dan e-mel kepada [email protected]

Page 102: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

27

Headline: 384 sertai pertandingan khat Publication: BH Date of publication: Oct 31, 2012 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Adnan Ibrahim

KLUANG: Seramai 384 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussein Onn menyertai Pertandingan Khat Jawi anjuran Berita Harian dan Adabi. Program dengan kerjasama pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran daerah itu bertujuan memberi pendedahan mengenai seni tulisan berkenaan sekali gus mengenal pasti bakat pelajar. Pengurus Bahagian Pengedaran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Batu Pahat, Mahat Latip, berkata selain menjadi program tanggungjawab sosial, ia juga antara usaha memperkenalkan seni tulisan khat Jawi agar tidak pupus. Rancang lebih tinggi "Bermula dengan pertandingan di sekolah ini, kami merancang mengadakan program sama ke peringkat lebih tinggi seperti peringkat daerah atau negeri agar tulisan Khat Jawi akan sentiasa dikenali. "Kita juga mengharapkan kerjasama Jabatan Pelajaran untuk melaksana dan mencapai sasaran mendedahkan seni tulisan tangan ini," katanya selepas Majlis Anugerah Cemerlang dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Khat Jawi di sekolah itu di sini, semalam. Sementara itu, Pengetua SMK Tun Hussein Onn, Fauzan Sukimi, berkata kemahiran dalam seni tulisan tangan Khat Jawi kini semakin berkurangan dan dikhuatiri akan pupus akibat peredaran masa serta kecanggihan teknologi dunia.

Page 103: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

28

Headline: Ilmu belum terungkai Publication: HM Date of publication: Oct 19, 2012 Section heading: Main Section Page number: 039 Byline / Author: Oleh Nazdy Harun

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 4,600 manuskrip Melayu bertulisan Jawi lama yang disimpan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) masih belum terungkai maksudnya berikutan kekurangan tenaga mahir bagi menjalankan penyelidikan ke atas manuskrip itu. Ketua Pengarahnya, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, ia adalah koleksi manuskrip Jawi terbesar di dunia yang antaranya menceritakan mengenai ilmu perubatan dan perniagaan dengan manuskrip paling lama dianggarkan berusia 400 tahun. "Kami sedang menjalankan kerja-kerja menterjemah manuskrip Jawi itu kepada tulisan rumi tanpa mengubah maksud sedia ada bagi memudahkan golongan muda membaca serta memahami isi kandungannya," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Karnival Semarak Jawi Kebangsaan di Pusat Dagangan Terengganu, semalam. Menurutnya, sejarah penulisan Jawi di negara ini bermula 700 tahun lalu dan buktinya boleh dilihat menerusi penemuan Batu Bersurat di Terengganu. Sementara itu, pengunjung, Diyana Amirah Zainudin, 15, berkata, pendedahan mengenai tulisan Jawi kepada generasi muda perlu diperhebatkan memandangkan ia semakin dilupakan. "Arus pemodenan banyak menghakis penggunaan Jawi berikutan generasi muda lebih banyak menggunakan rumi sebagai tulisan perantaraan mereka. "Begitu juga di sekolah lebih banyak menggunakan tulisan rumi dan meminggirkan Jawi yang satu masa dulu berperanan penting dalam perkembangan bangsa Melayu," katanya. Menurutnya, karnival seumpama perlu dijadikan acara tahunan kerana ia antara pendekatan terbaik untuk memperkenalkan tulisan Jawi kepada masyarakat khususnya pelajar.

Page 104: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

29

Headline: Mengarang Pantun Jawi

PERTANDINGAN Mengarang Pantun

Publication: BH Date of publication: Sep 25, 2012 Section heading: Main Section Page number: 034

Jawi Peringkat Kebangsaan 2012 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terbuka kepada orang awam dan pelajar sehingga 31 Oktober ini. Pertandingan bertema Tulisan Jawi Citra Keunggulan Budaya Melayu itu dibahagi kepada tiga kategori, iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan terbuka. Johan kategori terbuka bakal meraih hadiah RM2,000; naib johan (RM1,000); ketiga (RM800) dan tujuh hadiah sagu hati (RM200). Bagi kategori sekolah menengah, johan menerima RM1,000; naib johan (RM800); ketiga (RM500) dan tujuh hadiah sagu hati (RM250), manakala tempat pertama kategori sekolah rendah mendapat RM500; kedua (RM300); ketiga (RM200) dan tujuh hadiah sagu hati (RM100). Penyertaan terbanyak dari sekolah akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan sijil. Karya berbentuk pantun empat kerat dengan peserta kategori terbuka perlu menghantar 10 rangkap pantun; sekolah menengah (enam rangkap) dan sekolah rendah (empat rangkap). Penyertaan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan jawi menggunakan sistem ejaan baru yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan rujukan Daftar Kata Bahasa Melayu: RumiSebutan Jawi Edisi Kedua terbitan 2008. Pertandingan itu bertujuan menjelmakan pemikiran murni masyarakat dalam penulisan pantun yang puitis dan indah, mengangkat budaya penulisan jawi serta menyediakan ruang berkarya kepada masyarakat. Pemilihan tema pertandingan itu juga diharap dapat menggambarkan kehebatan dan keistimewaan tulisan jawi yang menjadi warisan tamadun dan peradaban Melayu. Maklumat lanjut hubungi Kalthom Kassim di talian 0326874392; Patimah Ab Rahman (0326871858); emel semarakjawi@ pnm.my atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.

Page 105: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

30

Headline: Gembira kain rentang jawi dibentang di perhimpunan Gabung Publication: HM Date of publication: Jun 12, 2012 Section heading: Main Section Page number: 030

SEGAMAT: Sembilan anak muda daerah ini berbangga kerana empat kain rentang bertulisan jawi hasil tulisan mereka, berjaya dibentangkan pada Perhimpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor di perkarangan Istana Pasir Pelangi, petang kelmarin. Kumpulan belia yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Generasi Kedua Segamat Lebih Hormat Sultan' itu, terdiri daripada Noresam Ismail; Haikal Hazim; Maliki Ponoran; Aidil Othman; Azali Ithnin; Mohd Asraf Azman; Mohd Fitri Muhamad; Mohd Syafi Norul Amin dan Roeny Md Zin berusia antara 17 sehingga 24 tahun. Ketuanya, Aidil Othman, 26, berkata, apabila diberitahu mengenai perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) di perkarangan Istana Pasir Pelangi, mereka teruja dan tidak mahu melepaskan peluang mengambil bahagian. Katanya, tulisan jawi pada kain rentang berukuran 1.5 meter lebar dan lima meter (panjang) hanya mengambil masa dua jam disiapkan sebelum mereka bergerak ke Johor Bahru untuk turut serta dalam perhimpunan itu. "Antara tulisan pada kain berwarna putih itu ialah Bangsa Johor Tolak Kebiadapan; Daulat Tuanku; Allah Peliharakan Sultan dan Pihak Luar Jangan Biadap Terhadap Sultan Kami, menggunakan warna hitam, biru dan merah bersempena warna bendera Johor. "Kami berkongsi semua kos yang hanya menelan belanja RM150 dan berpuas hati dengan hasilnya. "Kami berbuat demikian kerana berpendapat, kebiadapan pihak luar yang cuba menyerang keperibadian Sultan Johor seharusnya ditangkis rakyat Johor terutama generasi muda," katanya. Menurutnya, institusi Kesultanan Melayu di negara ini tidak seharusnya dipolitikkan demi menjaga keamanan yang terjalin sejak merdeka.

Page 106: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

31

Headline: Martabatkan tulisan jawi pada papan tanda Publication: BH Date of publication: Mar 2, 2012 Section heading: Main Section Page number: 023

? LANGKAH penganjuran pelbagai program dan promosi masih tidak cukup dan kuat dalam mengimarahkan tulisan jawi kerana masyarakat kita kelihatan bersikap acuh tidak acuh untuk memartabatkan tulisan jawi. Kita lihat saja di jalanan iaitu di papan tanda di kebanyakan negeri sukar bertemu dengan yang bertulis jawi. Alangkah menariknya jika pihak Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) memartabatkan jawi dengan menulis tulisan itu di semua papan tandanya di sepanjang Lebuh Raya Utara, Selatan, Timur dan Barat. PERINDU JAWI Tanjung Malim PLUS Malaysia Sdn Bhd (PLUS Malaysia) ingin memaklumkan reka bentuk papan tanda PLUS yang sedia ada mematuhi garis panduan Expressway Signing System yang dikeluarkan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM). Pihak PLUS sentiasa menyokong usaha untuk memartabatkan tulisan jawi. Justeru, pada setiap musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan musim haji, PLUS memasang kain rentang yang menggunakan tulisan jawi di plaza tol utama untuk menyampaikan mesej kami. PLUS menghargai cadangan memartabatkan tulisan jawi itu, namun langkah pelaksanaan cadangan itu perlu membabitkan koordinasi antara pihak LLM, Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan dalam menguatkuasakan sebarang peraturan baru kerana pelaksanaannya perlu dikaji secara terperinci dan menyeluruh kerana ia akan membabitkan sistem papan tanda di lebuh raya PLUS, jalan persekutuan dan jalan perbandaran. KHALILAH MOHD TALHA Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Sdn Bhd

Page 107: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

32

Headline: Masyarakat Melayu kena imarah tulisan jawi

KEBIMBANGAN yang ditimbulkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, baru-baru ini mengenai sikap segelintir masyarakat Melayu terhadap

Publication: BH Date of publication: Feb 10, 2012 Section heading: Sentral Page number: 007

tulisan jawi, ada kewajarannya. Pandangan itu berikutan lontaran pendapat sarjana dari Korea Selatan, Prof Dr Kang Kyoung Seok, mencerminkan amalan tulisan dalam kalangan masyarakat Melayu di negara ini berada pada tahap membimbangkan. Tidak dinafikan pelbagai usaha dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran supaya pelajar di sekolah rendah dan menengah mahir dalam penulisan jawi. Namun, saya berpendapat langkah penganjuran pelbagai program dan promosi saja masih tidak cukup dan kuat dalam mengimarahkan tulisan jawi. Ini kerana, di luar sana masyarakat kita kelihatan bersikap acuh tidak acuh memartabatkan tulisan jawi. Kita lihat saja di jalanan iaitu di papan tanda di kebanyakan negeri sukar bertemu dengan yang bertulis jawi. Alangkah menariknya jika pihak Lebuh Raya Utara-Selatan menyambut seruan memartabatkan jawi dengan menulis tulisan itu di semua papan tandanya di sepanjang Lebuh raya Utara, Selatan, Timur dan Barat. Pemimpin Melayu yang berada di persada politik negara perlu bingkas bangun memperjuangkan tulisan jawi supaya negara ini terpancar jati diri rakyatnya. Kalau kita tinjau di premis perniagaan, tulisan Cina begitu dimartabatkan oleh kebanyakan peniaga Cina sekali gus membuktikan mereka bangga dengan tulisan mereka. Saya berpendapat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu berfikiran terbuka untuk menguatkuasakan peraturan supaya papan tanda di jalan dan premis perniagaan diwajibkan ada tulisan jawi. Meskipun memandang setiap hari dengan mata, namun akhirnya akan jatuh ke hati juga. Selain itu, tulisan jawi akan lebih mendekatkan diri anak-anak kita dengan budaya membaca al- Quran. Hanya dengan membaca al-Quran akan dapat melembutkan hati anak-anak kita yang sekarang mudah terpengaruh dengan budaya hedonism (kebanyakan anak Melayu).

Page 108: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

33

Mahasiswa yang beragama Islam di semua IPTA juga sepatutnya diwajibkan mempelajari asas tulisan jawi melalui kursus berkredit supaya mereka dapat menguasai tulisan jawi dengan baik. Hakikatnya, kempen, pelbagai program masih belum mencukupi dan tidak begitu efektif kerana semangat akan pudar semula sebaik saja program berakhir, sedangkan kos yang tinggi perlu dilangsaikan, tetapi hasilnya tidak ke mana. PERINDU JAWI, Tanjung Malim.

Page 109: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

34

Headline: Pensyarah Korea khuatir tulisan jawi

KUALA LUMPUR: Seorang pakar

dilupakan Publication: BH Date of publication: Jan 30, 2012 Section heading: Main Section Page number: 022

tulisan jawi dari Korea Selatan menyuarakan kebimbangan apabila mendapati keindahan dan seni tulisan jawi yang dianggapnya sebagai keunikan Malaysia, semakin dilupakan generasi muda negara ini. Pensyarah Universiti Kajian Luar Negara Pusan, Prof Dr Kang Kyoung Seok, yang mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 berkata, tulisan jawi sedang 'tenat' dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti. "Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemuliharaan tulisan jawi nanti?," kata Dr Kang yang fasih berbahasa Melayu. Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas, selain berharap akhbar yang menggunakan tulisan jawi perlu diterbitkan kembali. Selain itu, katanya, pihak lain seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia serta Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan lebih banyak buku ke tulisan jawi. "Di Korea, kami terjemah banyak buku ke bahasa dan tulisan Korea kerana kami mahu rakyat kami lebih menguasai bahasa dan tulisan Korea berbanding bahasa-bahasa lain. "Bagi kami, bahasa dan tulisan Korea adalah jati diri rakyat kami. Dan pada pendapat saya, tulisan jawi adalah jati diri Malaysia sendiri. "Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mempelajari tulisan jawi bagi memastikan mereka mempunyai jati diri Malaysia yang sejati," kata Dr Kang yang mula menjejak kaki ke Malaysia pada 1984 untuk melakukan kajian lebih mendalam terhadap tulisan berkenaan. Dr Kang berkata, generasi muda di negara ini lebih selesa dengan tulisan rumi yang digunakan secara lebih meluas berbanding tulisan jawi, dan ini menjadi faktor faktor utama kenapa tulisan jawi semakin dilupakan.

Page 110: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

35

Malah apa yang lebih menarik, beliau turut mencadangkan supaya sistem ejaan jawi sekarang perlu dikembalikan kepada sistem ejaan jawi Za'ba yang lebih ringkas dan mudah dipelajari bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia, terutama generasi muda menggunakan sistem tulisan itu.

Page 111: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

36

Headline: Minat tulisan Jawi

SENI khat berkait rapat dengan kemahiran

Publication: BH Date of publication: Dec 13, 2011 Section heading: Hip Page number: 023 Byline / Author: Oleh Shaidah Shafie

tulisan Jawi kerana khat adalah cantuman aksara Jawi yang ditulis dengan larik yang sangat indah dan berseni, selain menjaga setiap titik mahupun baris. Paling penting, tulisan Jawi adalah tulisan dalam al-Quran. Justeru, keunikan dan keindahan tulisan Jawi itulah mendorong murid Tahun Tiga, Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Qarira Mohd Izzudin, tekun mendalami khat dan belajar Jawi pada waktu senggang di rumah. Katanya, selain belajar Jawi di sekolah, beliau berminat mempelajari khat kerana tulisan berkenaan dirasakan sangat cantik dan berseni. "Saya suka belajar tulisan Jawi dan khat, cantik. Pada mulanya saya lihat sepupu, Mohd Aqmal Rushdi berlatih menulis khat di rumah. Lama-kelamaan saya suka kerana hurufnya memang cantik, ada lengkok, ada tegak dan macam-macam bentuk. "Selain itu, kalau mahir Jawi, boleh mengenai huruf dalam alQuran dengan mudah. Di sekolah juga ada belajar Jawi. Saya mahu jadi seperti Mohd Aqmal yang mahir menulis khat," katanya ketika ditemui di Karnival Khat dan Jawi di Perpustakaan Negara Malaysia, baru-baru ini. Qarira yang ditemani bapa dan abang, Qayyim Mohd Izzudin menunjukkan minat mendalam terhadap tulisan Jawi apabila beliau sendiri mahu mencuba menulis khat di meja pameran yang disediakan penganjur. Ternyata Qarira mempunyai kemahiran yang baik dan tidak kekok walaupun ramai yang melihat beliau mencuba bakat di meja pameran sambil dibantu pengendali khat serta Jawi. "Saya berlatih memahirkan tangan dengan tulisan Jawi di rumah bila ada kelapangan. Kalau tidak menulis, saya membaca akhbar Jawi dengan bantuan ayah atau kakak. Seronok apabila boleh membawa Jawi dengan lancar. "Apabila saya sudah mahir menulis khat, saya ingin menyertai pertandingan menulis khat seperti Mohd Aqmal. Dia rajin berlatih menghasilkan khat di rumah. Saya juga perlu memahirkan tangan kerana latihan akan membuatkan saya lebih cekap menulis khat," katanya.

Page 112: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

37

Mohd Izzudin, berkata beliau membawa Qarira dan Qayyim ke pameran berkenaan bagi mengisi masa lapang cuti sekolah mereka memandangkan pameran berkenaan sangat bermanfaat untuk kanak-kanak atau dewasa. "Mereka bersekolah di Bandar Baru Bangi dan kami tahu mengenai pameran Jawi dan khat ini menerusi anak saudara saya, Mohd Aqmal yang menyertai pertandingan menulis khat. "Memandangkan Qarira juga berminat menguasai khat dan mendalami Jawi, saya bawa mereka untuk melihat keindahan seni khat dalam Islam. Banyak yang mereka boleh pelajari dengan hadir ke pameran sebegini," katanya.

Page 113: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

38

Headline: Kemelut tulisan dan khat jawi

INSTITUSI pengajian tinggi awam (IPTA) diminta memberi penekanan pada pengajaran

Publication: BH Date of publication: Dec 13, 2011 Section heading: Hip Page number: 014 Byline / Author: Oleh Adli Shahar

tulisan Jawi dan seni khat aksara terbabit bagi membolehkan khazanah bangsa Melayu terus bertahan pada era rempuhan globalisasi yang mengganas ketika ini jika tidak mahu melihat ia berkubur. Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr Muhammad Bukhari Lubis berkata, kajian di IPTA menunjukkan mereka kurang memberi penekanan kepada perkara terbabit. "Dapatan kajian yang membabitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pengajaran Jawi biasanya dilaksanakan menerusi subjek Bahasa Melayu. "Pendekatan ini tidak mencukupi bagi membolehkan pelajar menguasai tulisan terbabit apalagi mengembangkan minat mereka kepada tulisan terbabit," katanya ketika melapah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi/Khat Di Peringkat Universiti pada Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi Kali Ke2 anjuran bersama UPSI dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di PNM, Kuala Lumpur, barubaru ini. Beliau berkata, kajian itu secara umum menunjukkan bahawa universiti terbabit tidak menawarkan subjek khusus pengajaran, perbahasan atau kajian berkaitan Jawi walaupun sesetengahnya ada melaksanakan aktiviti berkaitan kesenian khat. "Pengajaran tulisan Jawi kurang walaupun tidak dinafikan bahawa sesetengah kolej kediaman di universiti ada menawarkan kegiatan kesenian khat seperti mengadakan pertandingan untuk penyertaan pelajar," katanya. Bagi tujuan memantapkan pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di universiti, beliau mencadangkan sekretariat peringkat Kementerian Pengajian Tinggi dibentuk bagi mengkaji dan menyelaras kursus membabitkan tulisan Jawi. "Dalam konteks ini, kegiatan di kolej kediaman universiti juga boleh diperluaskan lagi seperti mengadakan pertandingan menguasai tulisan Jawi sama ada dalam kalangan pelajar Melayu atau bukan," katanya. Selain itu, Prof Muhammad Bukhari turut mencadangkan agar kursus dan

Page 114: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

39

kegiatan seni khat di IPTA diselaraskan agar pertandingan khat pada peringkat universiti dapat dilaksanakan setiap tahun secara lebih bersistematik. Beliau turut mencadangkan supaya pihak yang berkaitan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang berjasa dan berjaya dalam arena penulisan Jawi dan seni khat di negara ini bagi menyuburkan minat pada perkara terbabit. "Perkara yang dicadangkan ini perlu mendapat sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri, dan Jabatan Kebudayaan Negeri," katanya. Wakil EJawi, Nik Muhammad Nik Abdul Kadir pula berkata, kini sudah ada pelbagai perisian dan aplikasi yang dapat membantu memantapkan penggunaan tulisan Jawi ekoran daripada perkembangan teknologi perkomputeran. Beliau berkata, dengan kepelbagaian tulisan yang wujud, kebanyakannya dapat dikumpulkan dan didigitalkan dalam bentuk kod, manakala web EJawi di alamat www.ejawi.net menyediakan beberapa aplikasi termasuk transliterasi rumi ke Jawi dan sebaliknya. "Tidak ketinggalan kami turut menyediakan aplikasi penyemak ejaan Jawi, papan kekunci Jawi maya dan transliterasi untuk laman web bagi memberi kemudahan kepada masyarakat menggunakan tulisan Jawi," katanya ketika membicarakan Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Teknologi. Aplikasi di laman web berkenaan boleh digunakan oleh pelajar, pendidik, syarikat penerbitan, syarikat percetakan, badan kerajaan dan penyelidik.

Page 115: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

40

Headline: Kad Raya tulisan jawi

USAHA tujuh jam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Nur Liyana Omar, 17, menghasilkan Kad Raya Bertulisan

Nur Liyana paling menarik Publication: BH Date of publication: Nov 9, 2011 Section heading: Skor Page number: 004 Byline / Author: Oleh Shahrin Osman

Jawi membuahkan hasil apabila berjaya menewaskan 4 000 peserta lain di seluruh negara. Peraduan Kad Raya Bertulisan Jawi itu dianjurkan Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Berita Harian membabitkan ahli Kelab TaHa dalam pertandingan sepanjang Ramadan lalu. Dengan kemenangan itu, pelajar Tingkatan Lima dari Kampung Binjai, Tok Kun Atas itu menerima hadiah wang tunai RM200 yang disampaikan Timbalan Pengarah Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang, Encik Amat Kassim Pait di sekolahnya, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Jualan New Straits Times Press (NSTP) Pulau Pinang, Puan Wan Zarifah Wan Ibrahim dan Pengetua SMK Machang Bubok, Puan Norlelawati Abdul Aziz. Dalam pertandingan itu, Nur Liyana menghasilkan sebuah kad ucapan Aidilfitri dalam tulisan jawi yang ditujukan kepada datuk serta neneknya. Nur Liyana berkata, dia yang meminati tulisan seni khat dan jawi sejak sekolah rendah, menggunakan internet untuk mencari jenis tulisan jawi, contoh kad ucapan Aidilfitri yang menarik, cantik serta kreatif bagi menarik perhatian juri. Selain itu, dia juga menggunakan pengalaman daripada subjek rekaan dan jahitan pakaian di sekolah untuk membuat rekaan menarik. "Saya terkejut dan tidak menduga diisytiharkan pemenang tempat pertama peraduan itu yang diumumkan pengetua sekolah," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek replika. Anak keempat daripada tujuh beradik itu menganggap kejayaannya sebagai pembakar semangat untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bermula Isnin depan. Sementara itu, Norlelawati berkata, sekolah berbangga dengan kejayaan Nur Liyana memenangi pertandingan yang diadakan untuk mempromosi seni khat tulisan Jawi. "Ia patut menjadi teladan kepada pelajar lain untuk mengekalkan tulisan Jawi supaya ia tidak pupus dalam era globalisasi," katanya.

Page 116: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

41

Headline: UMP cipta perisian tulis Arab-Jawi

KUANTAN: Perisian AsarFonts yang dibangunkan UMP Holdings Sdn Bhd, mampu menyelesaikan permasalahan transliterasi huruf Arab dan penulisan

lebih tepat Publication: BH Date of publication: Nov 1, 2011 Section heading: Main Section Page number: 009 Byline / Author: Oleh Rosli Abdul Jalil

Jawi yang dihadapi orang ramai terutama guru J-Qaf, pelajar, pensyarah dan penulis buku. Ia memudahkan pengguna menghafal huruf Arab dan Jawi kerana disusun mengikut huruf pada papan kekunci berdasarkan QWERTY. Perisian ciptaan Pensyarah Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Asar Abdul Karim itu dapat membantu penghasilan karya penulisan Jawi dengan lebih tepat kerana ia lebih mesra pengguna, stabil serta mampu beroperasi dalam sistem operasi (OS) Windows dengan mudah. Beliau yang mengambil masa satu setengah tahun untuk menghasilkan perisian itu berkata, menerusi AsarFonts, pengaturcara perisian Arab-Jawi dengan mudah dapat mengembangkan pelbagai perisian baru kerana permasalahan karakter transliterasi huruf Arab dan karakter Jawi diselesaikan. Beliau berkata, ia mudah dipraktikkan kepada semua pengguna komputer, seperti menyediakan kertas soalan peperiksaan, membuat tesis, penerbitan buku cerita atau novel dalam tulisan Jawi seterusnya dapat memartabatkannya di kalangan generasi muda. Sebelum ini, katanya, banyak perisian bagi tujuan transliterasi huruf Arab dan penulisan Jawi yang ada di pasaran tidak lengkap dan kurang stabil serta tidak serasi terutama untuk beroperasi dalam sistem OS Windows. "Ini menyebabkan kita terpaksa menggunakan pelbagai cara termasuk secara manual (menulis dengan tangan) dan tidak mesra pengguna untuk menyiapkan sesuatu penulisan atau penerbitan akademik. "Ada yang terpaksa menggunakan kaedah salin dan tampal, penggunaan butang 'alt' dan 'ctrl' pada papan kekunci komputer yang kadang-kadang mengelirukan dan memenatkan," katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam. Oleh demikian, beliau berkata, kebanyakan buku agama yang sedia ada di pasaran ditulis tanpa berpandukan kepada sistem transliterasi huruf Arab tepat dan disepakati dunia akademik.

Page 117: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

42

Asar berkata, perisian itu dapat membantu pembelajaran seni khat menggunakan komputer bagi subjek Jawi seterusnya dapat diperkenalkan di sekolah rendah dan menengah. Sementara itu, Pengurus Projek UMP Holdings Sdn Bhd, Sa`udin Sulong berkata, pihaknya dalam proses mempromosikan produk perisian itu kepada agensi terbabit dalam penggunaan Jawi, termasuk Kementerian Pelajaran. "Setakat ini, kami berharap perisian ini dapat digunakan negara yang menggunakan tulisan Jawi dalam menghasilkan bahan penerbitan termasuk di rantau Asia Tenggara," katanya sambil memberitahu bahawa perisian itu sudah memenangi beberapa anugerah peringkat tempatan dan antarabangsa.

Page 118: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

43

Headline: Ahli Kelab TaHa kreatif tulis Jawi

KIRA-KIRA 4,000 ahli Kelab TaHa menyertai Peraduan Kad Raya Bertulisan

Publication: BH Date of publication: Oct 10, 2011 Section heading: Hip Page number: 016 Byline / Author: Oleh Rusnita Pechok

Jawi anjuran Tabung Haji dengan kerjasama akhbar Berita Harian menerusi sisipan Didik, Minda dan Skor yang berlangsung sepanjang Ramadan, baru-baru ini. Penyertaan menggalakkan itu mencerminkan tulisan jawi masih mendapat tempat di hati golongan muda, jika disediakan ruang untuk mereka memanfaatkannya. Pengurus Kanan (Khidmat Pelanggan), Jabatan Khidmat Pendeposit dan Operasi Tabung Haji, Noorazmima Ismail, berkata peraduan kali pertama itu bertujuan menjadikan tulisan jawi sebagai warisan yang tidak dilupakan. Katanya, usaha itu juga antara tanggungjawab sosial yang dilaksanakan bagi membantu mengekalkan penggunaan tulisan jawi yang semakin dilupakan. "Peraduan itu diadakan berikutan sambutan yang menggalakkan peraduan silang kata bersempena dengan musim haji tahun lalu yang menggunakan medium sama, iaitu tulisan jawi. "Berdasarkan penyertaan, kami terkejut kerana peserta bukan saja kreatif dalam mereka bentuk kad, bahkan mempunyai tulisan yang cantik. Penyertaan menyeluruh membabitkan pelajar aliran agama dan kebangsaan. "Perkembangan ini sangat bagus dan saya percaya program j-QAF (Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain) di sekolah yang mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran jawi, al-Quran dan Fardu Ain membantu pelajar meningkatkan kemahiran menulis dengan baik," katanya selepas sesi pemilihan pemenang peraduan itu di Menara Tabung Haji, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Hadir sama Ketua Pembangunan Perniagaan, Jabatan Pengedaran New Straits Times Press (M) Berhad, Salmah Hanim Hares, Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Nuradli Mohd Nazri dan Ketua Unit (Khidmat Pelanggan), Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Rozi Ariffin. Peraduan terbuka kepada ahli kelab berusia tujuh hingga 17 tahun itu mensyaratkan peserta menghantar kad raya yang direka sendiri, bertulisan jawi

Page 119: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

44

dan ditujukan kepada ibu, ayah, datuk, nenek atau kawan-kawan. Sementara itu, kad raya yang ditujukan kepada datuk dan nenek ciptaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang Bubuk, Pulau Pinang, Nurliyana Omar menyentuh hati juri sehingga dipilih sebagai pemenang pertama dengan hadiah RM200. Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak, Nur Latifah Leayana Zakaria, pula tempat kedua dengan hadiah RM150, manakala tempat ketiga dimenangi murid SK Baling, Kedah, Nurul Awatif Mohamad dan membawa pulang RM100. Seramai 10 peserta terpilih mendapat tempat keempat dengan hadiah RM50, manakala 10 lagi, masing-masing memenangi hadiah sagu hati berupa beg TaHa. Senarai Pemenang Pertama Nurliyana Omar Kedua Nur Latifah Leayana Zakaria Ketiga Nurul Awatif Mohamad Keempat 1. Husni Naeem Gani 2. Muhammad Afiq Ikmal Aznan 3. Zaleha Akma Hanizah 4. Aimaan Zain Al-Aabideen 5. Ika Nor Rochana Sumeh 6. Zatul Iffah Zulkefly 7. Nurul Nadiah Jamil 8. Siti Nurhazirah Mohamad

Page 120: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

45

9. Nurfarhana Abd Rahman 10. Nursyadiyah Abdul Rahim Sagu hati 1. Ain Syafiqah Abu Sofian 2. Nor Jalilah Balqish 3. Nur Farah Hanim Shukri 4. Muhammad Fariz B Busra 5. Muhammad Zulhairi B Rusli 6. Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi 7. Khalisah Khalid 8. Muhammad Khairul Nizam 9. Nurul Ain Muhammed 10. Nur Shaima Khairiah Hashim

Page 121: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

46

Headline: UiTM memartabatkan tulisan jawi

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sekali lagi mencatat sejarah apabila usahanya mencipta rekod penyertaan penulisan

Publication: BH Date of publication: Apr 13, 2011 Section heading: Sentral Page number: 006

jawi paling ramai diiktiraf The Malaysia Book of Records. Seramai 4,000 pelajar dan kakitangan UiTM menyertai acara dianjurkan oleh Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM itu di Dewan Agong Tuanku Canselor, baru-baru ini. Menerusi program itu, semua peserta diminta menulis Wasiat Raja-Raja Melayu, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 3 dan Perkara 38 dalam tulisan jawi. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM, Datuk Prof Dr Abdullah Mohamed Said, berkata program itu bertujuan memupuk kesedaran di kalangan pelajar dan kakitangan UiTM mengenai kepentingan penulisan jawi. Katanya, kebanyakan generasi muda kini tidak lagi mempraktikkan penulisan jawi dalam kehidupan mereka. "Dengan adanya program ini, warga UiTM diharap dapat memupuk perasaan sayang pada tulisan jawi kerana ia adalah identiti masyarakat Melayu. "CITU juga sedang dalam perancangan untuk mewujudkan penulisan jawi dan khat dalam bentuk kokurikulum. Ia akan mula ditawarkan kepada pelajar bermula Julai ini," katanya. Beliau berkata, UiTM juga merancang memperbanyakkan papan tanda dalam tulisan jawi ke arah memartabatkan tulisan itu selaras konsep universiti itu yang mengutamakan masyarakat Melayu dan Bumiputera. Sementara itu, wakil The Malaysia Book of Records, Zulkhairi Md Zain, berkata kriteria utama penilaian adalah berdasarkan jumlah penyertaan. "Kami akan menilai penulisan setiap peserta berdasarkan ketepatan, terjemahan dan tulisan yang betul. Semua peserta diberikan masa selama sejam untuk menyiapkan tulisan jawi itu. Hanya penulisan yang lengkap saja akan dikira penyertaannya," katanya. Sebelum ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pernah mencatat rekod hampir sama dalam The Malaysia Book of Records iaitu penyertaan paling ramai dalam penulisan karangan Bahasa Arab pada 2003.

Page 122: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

47

Headline: 4,000 tulis jawi

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali lagi mencatat nama di dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya menghimpunkan lebih 4,000 pelajar bagi menyertai majlis penulisan

tanpa henti Publication: HM Date of publication: Apr 8, 2011 Section heading: Main Section Page number: 039

jawi tanpa henti selama sejam, di sini, semalam. Hasil kesungguhan peserta memperkasakan tulisan jawi ternyata membuahkan hasil apabila berjaya mencapai sasaran untuk rekod 'Penyertaan terbanyak dalam penulisan Jawi' di samping menanam minat pelajar UiTM mencintai tulisan jawi. Program itu dianjurkan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) bermatlamat menjadikan majlis berkenaan sebagai platform perkongsian idea dan sumbangan ke arah memartabatkan Jawi di UiTM khususnya. Naib Canselor UiTM, Sahol Hamid Abu Bakar, berkata tulisan jawi merupakan tulisan unik yang memerlukan kecekapan minda untuk mempelajarinya dan ianya tidak patut ditinggalkan dan dilupakan orang Melayu khususnya. "Ramai yang masih tidak menyedari jika mempelajari tulisan jawi, sistem otak akan terdidik sekali gus menjadikan pemikiran seseorang semakin cerdik dan mampu berfikir dengan lebih pantas. "Apabila orang Melayu semakin cerdik, secara tidak langsung tulisan jawi yang telah digunakan oleh nenek moyang kita akan dimartabatkan dan generasi akan datang turut berpeluang mengenali tulisan jawi", katanya. Sahol yang ditemui semasa majlis perasmian Program Memperkasa Jawi berkata pihak UiTM akan melaksanakan secara berperingkat memasukan tulisan jawi dalam semua papan tanda di seluruh UiTM seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. "Ini termasuklah menulis nama jalan, nama fakulti, nama jabatan atau bahagian, kepala surat dan juga kain rentang pengumuman dan iklan. "Tetamu yang memasuki ke mana-mana kawasan UiTM akan disambut dengan kata aluan selamat datang dalam tulisan jawi yang cantik dan unik dalam masa terdekat dari sekarang", katanya. Pelajar baru peringkat UiTM yang menjejakkan kaki ke UiTM akan juga diberi kemahiran menulis dan membaca tulisan jawi melalui subjek- yang ditawarkan oleh CITU dan juga menerusi aktiviti kokurikulum Jawi.

Page 123: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

48

Headline: Tulisan Jawi khazanah bangsa perlu dipertahan Publication: BH Date of publication: Jan 14, 2011 Section heading: Main Section Page number: 042

IPOH: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan orang Melayu jangan terlalu cepat melatah dan terbawa-bawa dengan agenda sulit serta terselindung yang mahu menghapuskan warisan bangsa. Baginda bertitah, orang Melayu yang mempunyai sifat demikian biasanya bersedia diperalatkan untuk membunuh warisan bangsanya sendiri. Untuk itu, titahnya, usaha memastikan tulisan Jawi terus hidup dan tidak pupus adalah perjuangan bangsa kerana ia sebahagian khazanah yang wajib dikekal, diberi keutamaan dan dipertahankan selagi Melayu tidak hilang di dunia. "Keupayaan membaca dan menulis Jawi juga mempunyai kaitan penting dengan penghayatan terhadap agama Islam. Al-Quran, hadis dan kitab utama agama Islam adalah dalam tulisan Jawi. "Ketidakupayaan umat Islam untuk menguasai tulisan Jawi dikhuatiri menjauhkan mereka daripada sumber dan nashkah asal khazanah ilmu hasil karya pujangga serta ilmuwan Islam," titahnya ketika merasmikan Persidangan Ke-174 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, semalam. Raja Nazrin bertitah, semangat pejuang bahasa untuk terus mempertahankan warisan bangsa Melayu perlu diberi penghargaan serta sokongan oleh setiap anak Melayu yang berjiwa dan bersemangat Melayu. Titahnya, walau setinggi mana seseorang Melayu itu mencecah awan, akar bangsanya harus mencecah bumi di tanah airnya serta tahu menghargai khazanah bangsanya dan tidak merelakan warisan itu dihina atau dicerca. Baginda bertitah, tulisan Jawi adalah sebahagian warisan sejarah Melayu dan berjaya memartabatkan Bahasa Melayu. "Tulisan Jawi adalah tulisan yang mendapat pengiktirafan tinggi dan diguna pakai di istana Raja Melayu, malah surat dari luar negara yang diutus kepada Raja-Raja Melayu serta perjanjian yang dimeterai dengan Raja-Raja Melayu, ditulis dengan tulisan Jawi," titah baginda.

Page 124: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

49

Headline: Memartabatkan seni khat

Publication: MA Date of publication: Jan 9, 2011 Section heading: Informasi Elektif Page number: 004 Byline / Author: Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

SENI kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama seni khat adalah khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki umat Islam hingga kini. Perkataan kaligrafi ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu kalios bermaksud indah manakala graphia pula bererti tulisan atau coretan. Kaligrafi adalah karya seni ukiran tangan yang artistik selain memiliki nilai seni estetika tinggi. Di sebalik nilai seni kandungannya, ia turut sarat dengan budaya Islam disebabkan strukturnya yang bukan hanya bertindak sebagai karya seni, tetapi juga sebagai satu cara penyebaran Islam. Penulisan khat dipercayai dihasilkan secara meluas di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh, namun ia dikatakan bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW hingga zaman sahabat dan diikuti zaman pemerintahan Islam lain seperti kerajaan Umawiyyah, Abbasiyyah, Mughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain. Di Malaysia, pertemuan Batu Bersurat di Terengganu membuktikan khat Arab diguna pakai di alam Melayu sejak ratusan tahun lagi. Ia bermula sekitar kurun ketujuh hijrah iaitu 702H/1303M di mana khat Arab terpahat di lubuk hati masyarakat Melayu. Khat berkenaan ditulis menggunakan bahasa Melayu. Berhampiran dengan batu itu ada batu pedang. Padanya ada khat kalimah Allah yang mirip khat Kufi. Sejak itu, penggunaan tulisan ini menjadi semakin meluas dan menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan. Di negara ini, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang. Seperti contoh, tulisan ini diukir di atas kayu keras. Ini adalah keistimewaan seni khat di Malaysia, yang diwarisi turun temurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat Islam. Ayat al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga diukir dengan ayat al-Quran. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam, seni khat diabadikan di atas duit syiling seperti pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455-1459).

Page 125: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

50

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1632-1677), wang emas diukir dengan khat. Begitu juga dengan cokmar, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat al-Quran. Di antara ahli khat Malaysia yang masyhur adalah Syed Abdul Rahman al-Attas. Khat beliau diabadikan di bangunan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu, Masjid Jamek, Bangunan Parlimen Malaysia, koleksi Muzium Seni Asia (Universiti Malaya), koleksi Sultan Johor dan lain-lain. Bagaimanapun, kini kecintaan terhadap seni khat, terutama di kalangan generasi muda, kian suram apabila tiada pendedahan meluas mengenainya. Bagi terus memartabatkan peninggalan seni Islam itu, Mohammad Firdaus Mahadi, 26, antara golongan belia yang masih memperjuangkan tulisan jawi berkenaan. Minat mendalam terhadap subjek seni sejak sekolah rendah membuatkan dia tertarik untuk terus mempelajari seni khat secara serius. "Saya bukan pakar sebab lebih banyak belajar sendiri dan tidak mengambil sebarang kelas intensif. Contohnya, menekap dan melukis hasil karya penulis khat tersohor sebagai proses pembelajaran awal. "Lama-kelamaan seni khat sebati dalam jiwa disebabkan keindahan ukiran kalimah Allah selain dorongan daripada keluarga, guru dan rakan," katanya. Menurutnya, sewaktu di tingkatan tiga dia menyertai pertandingan khat peringkat kebangsaan buat pertama kali anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia dan muncul sebagai pemenang termuda pertandingan berkenaan. Bermula saat itu, dia tekad mendalami ilmu seni khat secara serius bersama guru dan rakan dengan mempelajari kelemahan dan selok-belok sesuatu tulisan. "Ada ratusan jenis tulisan khat, namun yang biasa digunakan hanya tujuh iaitu Khat Riq'ah, Kufi, Nasakh, Diwani Jali, Farsi, Thuluth dan Diwani. "Paling rumit adalah Thuluth sebab perlukan ketelitian untuk menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf dan biasanya khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya iaitu dua hingga tiga milimeter," katanya. Bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ini, usaha kerasnya terus membuahkan hasil apabila diberi kepercayaan menulis nama pelajar pada sijil konvokesyen graduan Usim.

Page 126: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

51

Bukan itu saja, kualiti seni yang halus dan menakjubkan itu turut mendapat kepercayaan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Pusat Zakat Melaka (PZM), Masjid Al-Azim Melaka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Hijjaz Records dan Jamiyah Singapura. Hasil tulisan anak tempatan itu bukan saja dikenali dalam negara, malah turut mendapat perhatian dan permintaan tinggi daripada negara jiran, Singapura. Tulisannya turut dapat dilihat pada setiap majlis sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah atau pertandingan yang memerlukan tulisan jawi seluruh negara. Dia turut menjejakkan kaki ke Korea Selatan menyertai Celebrating Of The Golden Anniversary Of Islam In Korea bertujuan memperkenalkan Islam di sana dan bersyukur kedatangannya disambut baik rakyat negara itu selain menerima banyak tempahan. "Saya tidak sangka sambutan yang diterima luar biasa. Rakyat Korea meminati seni khat dan paling mengejutkan, majoriti yang menghadiri pameran itu adalah bukan Islam. "Situasi ini secara tidak langsung membuktikan Islam agama yang mudah diterima dan satu cara untuk saya berdakwah," kata anak bongsu daripada tiga beradik ini. Meskipun berjaya mengukir nama sebagai penulis khat disegani, Firdaus belum puas dengan apa dikecapi dan berhasrat berkongsi dengan orang ramai yang berminat mendalami seni khat. "Saya berhasrat mengembalikan semula zaman kegemilangan seni khat, terutama kepada golongan muda, khususnya yang meminati seni ini dengan mengadakan kelas intensif. "Saya turut memasang impian mewujudkan galeri pameran sendiri khusus untuk mempamerkan hasil pelbagai jenis tulisan khat," katanya yang masih mencari penaja bagi merealisasikan impiannya. Pada masa sama, Firdaus turut menerima tempahan karya tulisan khat tradisional, digital dan kanvas seperti ayat al-Quran, hadis, nama, logo syarikat, rekaan dalaman masjid dan pejabat. Firdaus turut berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang berminat mendalami seni khat melalui tutorial di laman blognya iaitu callidesign.blogspot.com. Beliau berharap dengan tertubuhnya Persatuan Seni Khat Kebangsaan yang menjadi penggerak aktiviti berteraskan seni khat itu mampu menarik lebih minat

Page 127: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

52

orang ramai untuk menghargai seni warisan Islam. "Saya yakin seni khat mempunyai masa depan cerah berdasarkan pengalaman di luar negara apabila ia mendapat sambutan hebat meskipun bukan daripada individu beragama Islam," katanya yang juga jurugambar.

Page 128: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

53

Headline: MSU martabat tulisan jawi

DALAM usaha memartabatkan keagungan

Publication: HM Date of publication: Oct 4, 2010 Section heading: Variasi Page number: 014

tulisan jawi, Management & Science University (MSU) melalui jabatan sains media dan grafik, Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan (FISE) menganjurkan pertandingan kaligrafi dan penulisan jawi, baru-baru ini. Pertandingan itu bertujuan mencungkil bakat baru pelajar MSU dan kolej bersekutunya, PTPL selain menobatkan kembali tulisan jawi kepada masyarakat. Dekan FISE, Profesor Dr Md Gapar Md Johar berkata, penganjuran program itu langkah proaktif MSU memberi peluang pelajar menyerlahkan kreativiti masing-masing. Di samping memupuk minat, tidak meminggirkan jawi sebagai medium komunikasi. Menurutnya, keagungan tulisan jawi wajar dipertahankan supaya generasi masa depan tidak melupakannya dan usaha perlu dilakukan bagi memartabatkannya hingga ke peringkat global. "Langkah memperkenalkannya kepada generasi muda antara usaha awal. "Mereka perlu pendedahan dan maklumat lebih banyak bagi mengetahui peranan tulisan jawi kepada masyarakat. "Tulisan ini bukannya baru tapi wujud sejak dulu dan sudah ke peringkat global. Rugi kalau generasi muda di negara ini tidak berpeluang mendalaminya. "Program ini bukan saja bertujuan menyerlahkan kreativiti, tapi juga menobatkan kembali tulisan jawi supaya generasi muda tahu kepentingannya dalam medium komunikasi dan penulisan," katanya. Majlis penutup disempurnakan Presiden MSU & Kumpulan Kolej PTPL, Profesor Datuk Wira Mohd Shukri Ab Yajid. Penganjuran pertandingan berkenaan adalah kesinambungan usaha MSU yang sebelum ini turut bekerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjalankan penyelidikan dan pembangunan tulisan jawi dikenali K-Jawi.

Page 129: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

54

Perisian itu diperkenalkan di sekolah dan institusi awam dalam usaha tulisan jawi terus dipraktikkan. Pemenang penulisan jawi, Mohd Idham Ibrahim berkata, penyertaannya dalam pertandingan itu memberikan semangat untuk mendalami dan memperbaiki gaya penulisan. "Saya bukan saja dapat mengasah kemahiran sedia ada, malah memperoleh pengalaman baru mengenai selok belok gaya penulisan. "Sejak kecil lagi, saya sudah mendapat pendedahan mengenainya. "Tulisan jawi

Sumber :

sangat unik dan perlu ada usaha mempertahankannya supaya tidak pupus. "Pendedahan kepada generasi muda langkah baik supaya dapat meneruskan kesinambungannya pada masa depan," katanya.

http://emedia.com.my Tarikh Akses : 30 Januari 2013

Page 130: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

1

ARKIB : 19/10/2012

Pengajaran jawi di sekolah perlu dikaji

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH [email protected]

BEBERAPA pelajar SMA Tok Jiring ceria membaca sisipan Utusan Melayu Mingguan di khemah Utusan Publication & Distributor dalam Karnival Semarak Jawi Kebangsaan 2012, di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 18 Okt. - Kerajaan negeri mencadangkan pelaksanaan pengajaran Jawi di sekolah-sekolah dikaji semula supaya benar-benar terancang dan menjamin keberkesanan dalam usaha menyuburkan kembali khazanah warisan bangsa itu.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda berkata, bagi tujuan itu sukatan pelajaran di peringkat rendah dan menengah perlu dimantapkan manakala subjek itu juga diwajibkan di peringkat institusi pengajian tinggi.

Katanya, perkara itu merupakan sebahagian langkah yang boleh diberi perhatian supaya gambaran yang menyedihkan berhubung nasib tulisan yang mencerminkan ketamadunan bangsa itu berubah dengan keupayaan pelajar menghayati, membaca dan menulis dengan baik.

"Langkah yang diambil ini diharap dapat membantu mempertahankan kepentingan tulisan Jawi pada masa hadapan dan mendedahkan golongan muda mengenai pentingnya tulisan ini bagi masyarakat Melayu," katanya.

Page 131: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

2

Beliau berucap merasmikan Karnival Semarak Jawi Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan, Wan Mohd. Zaki Wan Abdullah.

Karnival itu dirasmikan Ketua Pengarah Perpustakaan Awam Negara, Datuk Raslin Abu Bakar mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Sri Kamaruddin Siaraf.

Menurut Datuk Wan Ahamad, perisian komputer yang memuatkan bacaan dan tulisan Jawi seperti e-Jawi perlu diperbanyakkan dan disebar-luaskan untuk menarik minat pengguna.

Menurut beliau, pengabaian tulisan Jawi terutama dalam sistem pendidikan negara bererti membiarkan nilai-nilai ilmu yang bermanfaat kepada tradisi persuratan Melayu dan nilai-nilai keislaman.

Sementara itu, Raslin berkata, kementerian akan menjadikan program Karnival Semarak Jawi sebagai acara tahunan bagi menyebar-luaskan pembudayaan tulisan Jawi di peringkat kebangsaan.

Katanya, Terengganu merupakan negeri pertama dipilih bagi zon Pantai Timur untuk mengadakan karnival tersebut dalam usaha memperhebatkan pembudayaan tulisan Jawi.

"Jawi bukan sahaja milik jiwa Melayu, malahan terdapat bangsa lain seperti Cina, India dan bangsa asing yang begitu menjiwai tulisan Jawi sehingga boleh membaca dan menulis dengan begitu baik," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121019/wt_01/Pengajaran-jawi-di-sekolah-perlu-dikaji#ixzz2JLj6ge7z © Utusan Melayu (M) Bhd

Page 132: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

3

ARKIB : 27/03/2010

Membudayakan tulisan jawi

Saya bagi pihak rakan-rakan dari kementerian sesungguhnya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kehadiran saudara dan saudari pada pagi ini untuk ke sekian kalinya kita melangkahkan kaki ke Auditorium Perpustakaan Negara ini.

Sebagaimana maklum, di sinilah dahulu kita melancarkan buku demi buku ataupun program demi program yang berkaitan dengan seni budaya atau apa jua yang boleh melonjakkan tamadun di tanah air yang dikasihi. Atas usaha-usaha itu juga, kita berkumpul pada pagi ini bagi meningkatkan semula azam ke arah mencetuskan minat supaya tulisan jawi amnya dan Utusan Melayu hidup terus kembang dan maju.

Saya masih ingat bagaimana sukarnya kita pada 2006 untuk menghidupkan semula cetusan perasaan dan sokongan terhadap akhbar ini. Setelah kita melangkah sekian lama dalam jurusan-jurusan yang pada saat ini tidak wajar kita sebutkan satu persatu, maka timbul persoalan yang paling penting untuk dijawab iaitu bagi kita bertanya kepada diri sendiri, bagaimanakah akhirnya skrip budaya, skrip tamadun tulisan jawi ini di sisi masyarakat Melayu dan di sisi masyarakat Malaysia sendiri.

Saya memang sedar tulisan skrip Mandarin boleh mendokong industri penerbitan yang menguntungkan dan saya diberitahu bahawa, akhbar seperti Nan Yang Siang Pao, China Press serta Sin Chew Jit Poh melonjak dan terus melonjak, bukan sahaja dari segi penerimaan masyarakat rakan-rakan Tiong Hua kita tetapi dari segi perusahaan perniagaan itu sendiri.

Mengenai tulisan Tamil yang didokong oleh akhbar-akhbarnya juga menjadi tamparan hebat kepada masyarakat Melayu di negara ini tentang skrip tulisan jawi kita sendiri yang tidak dapat muncul ke tahap seperti yang dilaksanakan bagi rakan-rakan kita di bawah etnik yang dua itu.

Bagi saya, tentu sekali hal ini berkaitan dengan pelbagai aspek persoalan, antara persoalan-persoalannya adalah soal budaya, soal pendekatan yang kita harus pecahkan dan atasi iaitu pembudayaan itu sendiri. Soal ini amat berat dan mendalam, tentu sekali tidak wajar dan tidak mampu bagi kita berpolemik. Ia mesti menjadi sebagai satu ukuran kepada pemikiran orang Melayu sendiri.

Tetapi soalnya adakah masyarakat Melayu itu sendiri berfikir ke arah itu, atau mereka hanya senang melihat apa yang dianggap sebagai kesimpulan-kesimpulan bahasanya sendiri. Adakah orang Melayu kita sedar bahawa bahasanya sendiri sedang berada pada graf yang menurun dari segi sebenar. Saya tanya rakan-rakan, antara lapan yang menjawab, dua kata benarlah itu tetapi yang enam lagi hanya melebarkan senyum kepada saya.

Page 133: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

4

Aspek pesimis ini kita lihat dahulu, kita lihat bagaimana Latin hilang daripada pengaruhnya, kita lihat bagaimana tulisan Palawi Melayu hilang setelah ia diinskripsi. Hal-hal ini bukan hanya menimbulkan inti pemikiran kepada para sarjana atau mereka yang menganggap diri mereka sebagai sarjana tetapi ini adalah landasan sejarah kita.

Apakah yang harus kita lihat semasa sempatnya kita bercakap secara spesifik sedikit tentang budaya dan tulisan serta bahasa kita. Pertama, saya tidak segan untuk menyatakan semula iaitu selagi orang Melayu tidak pasif terhadap budayanya, kepada seninya, kepada bahasanya, selama itulah kita terpaksa tanggal topi minta derma untuk menghidupkan budaya kita sendiri.

Ini merupakan satu perkara yang memalukan bagi kita. Sepatutnya Utusan Melayu diberi sebesar-besar sokongan, sepatutnya tulisan jawi orang berfikir dengan lenggok skripnya walaupun dengan wajah baru kita tukar sedikit, namun skrip jawi itu, ayat-ayat dalam al-Quran itu, ayat-ayat dalam hadis itu perlu kembali menjadi igauan kita atau impian kita.

Oleh kerana ini tidak berlaku, maka apa yang disebut oleh Ruth Benedict (buku Pattern of Culture) itu benarlah iaitu kita tidak dapat keluar dari kepompong yang menyekat kita untuk bertindak proaktif menerusi budaya kita sendiri.

Saya telah bandingkan iaitu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bahasanya sekarang bukan lagi sekerat ular tetapi hanya seperhitungan, sekecil-kecil dan sependek-sependek yang dapat kita baca.

Di negara Arab, didapati SMS itu masih dalam jawi sebahagiannya seperti di Mesir, Jordan dan di beberapa tempat. Tetapi di sini, kita tentu tidak memikirkan hal itu semua, jadi bagi kita untuk mempersoalkan dalam konteks komunikasi, apakah wajar atau tidak kita cuba menskripkan jawi menerusi SMS.

Ini namanya local content atau kandungan tempatan. Apabila dilihat dalam telefon bimbit, bahasa Mandarin boleh di SMS dari Hong Kong ke Singapura dan juga dari setempat ke tempat yang lain.

Apa yang ingin saya cetuskan adalah minda terbuka untuk membantu bibit budaya kita kembali. Soal yang penting dijawab kini apakah agensi budaya yang menyatukan kita adalah bahasa. Tetapi kalau bahasa tidak tercetus dalam hati kita untuk menggemblengkan tenaga, kita tidak akan sampai ke mana.

Kita hanya boleh menyanyi dalam lagu kita, bersenandung lagu lama dalam bahasa kita, tetapi kita tidak menjiwai bahasa kita.

Soalnya, apakah pembaharuan yang boleh kita bawa ini memerlukan pendekatan politik. Bukan itu sahaja tetapi kesedaran di kalangan kita seperti perkara 160 Perlembagaan Malaysia iaitu seseorang yang berbahasa Melayu secara lazim beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Page 134: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

5

Adakah ketiga-tiga itu kita isi dengan ketiadaan jawi kita, dengan salahnya kita bercakap sekarang, dengan rencong dan sukarnya kita berhubung dalam bahasa Melayu dan sentiasa menggunakan perkataan-perkataan orang lain.

Jawapan itu ada di dalam, cuma bagi kita yang hadir dan bagi mereka yang membuat dasar, mungkin apa yang disebut sebagai kilatnya beliung sudah ke kaki dan kilatnya cermin sudah ke muka.

Dalam konteks inilah, saya mengucapkan tahniah kepada Perpustakaan Negara, kepada Utusan Melayu, kepada cerdik pandai dan rakan-rakan yang masih tersisip di dalam dadanya untuk berjuang.

Sebab itu apa yang diserukan oleh Datuk Aziz Ishak perlu kita ambil sebagai natijah baru iaitu disisipkan dalam pemikiran kita dan saya pohon juga kepada Kementerian Pelajaran supaya soal tulisan jawi ini diperluaskan sedikit formatnya dan juga anjuran kita menerusi aktiviti.

Oleh yang demikian, saya suka memberikan komitmen kepada Utusan iaitu komitmen yang telah kita berikan selama ini sejak 2006 akan kami teruskan.

Tentu sekali orang-orang yang berskripkan yang lain seperti yang saya sebutkan tadi akan bertanya, apakah hanya dengan sokongan kerajaan sahaja maka Utusan dapat menerbitkan akhbar Utusan Melayu? Kita mahu menerangkan dan menyatakan kepada pengkritik kita, akan sampai masanya orang Melayu mampu mengeluarkan akhbar Utusan Melayu dalam konteks tulisan jawinya sendiri tanpa sumbangan orang lain.

Kita harus mencipta beberapa permulaan. Pertama adalah bagi kita menyedarkan korporat-korporat yang berwajib untuk menyumbangkan kepada penyelidikan dan promosi tulisan jawi ini menerusi pensosialan memasyarakatkan jawi dalam beberapa aspek.

Beberapa program kuiz, program mengarang dan juga penonjolan di televisyen serta radio perlu kita lakukan. Gurindam, pantun, perumpamaan mesti kita galakkan semula dan mengenal skrip jawi itu sebagai skrip budaya dan tamadun kepada orang Melayu.

Mari kita lihat bagaimana Tun Sri Lanang menulis bukunya, masa itu rumi tidak ada maka sejarah Melayu lahir. Bagaimana Hamzah Fansuri menjadi seorang intelek dan menyumbangkan kepada penulisannya, bagaimana undang-undang 99 Negeri Perak ditulis.

Semua ini mesti menaikkan semula perasaan hilang pusaka dan sekiranya hilang pusaka ini dapat kita rasai, kementerian ini dengan rakan-rakan di swasta dan juga kawasan-kawasan perjuangan yang lain, kita peruntukan bagi mereka azam dan program itu.

Page 135: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

6

Setelah itu, mungkin dapat kita lihat semula bagaimana jawi dibudayakan dalam penulisan dan untuk itu kementerian ini ingin mencadangkan bersama-sama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka kita terbitkan cerpen dan novel pendek dalam tulisan jawi.

Selain itu, parti politik yang utama, UMNO seharusnya memainkan peranan mengedarkan akhbar jawi Utusan Melayu Mingguan di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan.

Sekiranya kita mempunyai 138 pejabat penerangan di bawah kementerian ini, saya kira setiap hari Isnin harus kita letakkan edisi Utusan jawi di meja jabatan penerangan itu.

Inilah sebahagian daripada langkah-langkah yang mungkin dapat kita laksanakan secara sementara sebelum penggemblengan pemikiran dan tenaga dapat kita juruskan seterusnya.

Janganlah dirasakan bahawa saudara berseorangan dalam hal ini. Kami akan meneruskan peranan sebagai sahabat dan juga sebagai orang yang boleh diharapkan semasa kita memerlukan pertolongan.

Yang lebih penting pada saya adalah orang Melayu sendiri harus dijagakan daripada tidur mereka dan menghargai tulisan jawi ini. Soalan terakhir, adalah setakat mana mereka boleh berbuat demikian. Ini harus kita juruskan kepada program-program yang disajikan menerusi beberapa kementerian termasuk pelajaran, kementerian ini sendiri dan beberapa kementerian lain.

Menentukan had-had dan peranan kementerian adalah satu hal, tetapi ia merupakan satu hal yang lain bagi masyarakat sendiri untuk mengambil bahagian.

Dalam keadaan sebeginilah maka pada tengah hari ini, kita harus melafazkan kalau tadi kita telah disebutkan dalam selokanya apa yang harus kita dakapkan di dada kita berhubung dengan tulisan jawi.

Pulasan berduri di seberang

Ada jua di kampung Pandan

Tulisan jawi tetap dikenang

Selama hayat dikandung badan

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0327&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2JLjO2kfj © Utusan Melayu (M) Bhd

Page 136: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

7

ARKIB : 28/01/2007

K-Jawi di pasaran Oleh: ZABRY MOHAMAD

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Dalam usaha mengembalikan martabat tulisan jawi seiring dengan kemajuan teknologi, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) akan mengedarkan program perisian berkomputer K-Jawi secara meluas di pasaran bagi kemudahan orang ramai.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perisian tersebut direka khas supaya mudah digunakan oleh semua peringkat masyarakat dan mampu berinteraksi dengan setiap sistem komputer yang berada di pasaran.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya belum memutuskan harga program perisian itu tetapi membayangkan ia mampu dimiliki oleh setiap pengguna kerana penjualannya bukan berasaskan keuntungan.

‘‘Yang penting perisian K-Jawi mudah, boleh berinteraksi dengan sistem-sistem komputer yang ada.

‘‘Ia bakal diedarkan sebanyak mungkin bagi membolehkan orang ramai menggunakannya,’’ katanya.

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan perisian tersebut sempena Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KeKKWa, Datuk Zakiah Ahmad dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Siti Zakiah Aman.

K-Jawi merupakan projek penyelidikan dan pembangunan tulisan jawi terbaru yang diusahakan KeKKWa dan Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kolej Universiti Teknologi Pengurusan Malaysia (KUTPM).

Projek berkenaan bermula pada Oktober 2005 dengan pembiayaan sebanyak RM1.7 juta.

Sebagai permulaan, empat perpustakaan dari empat daerah di Negeri Sembilan, Perlis, Kedah dan Kelantan menjadi perintis dalam menggunakan perisian berkenaan.

Menurut Rais, KeKKWa akan meminta kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta MIMOS Berhad untuk memuat turun perisian K-Jawi ke dalam sistem berkomputer setiap kementerian bagi menggalakkan penggunaannya sama ada oleh kakitangan kerajaan atau orang ramai.

Page 137: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

8

Beliau turut memaklumkan mengenai peruntukan sebanyak RM2.1 juta setahun yang disediakan kerajaan untuk tempoh lima tahun bagi melaksanakan kempen membudayakan tulisan jawi.

Jelasnya, melalui peruntukan tersebut, pelbagai program akan dianjurkan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

‘‘Kita mahu menggalakkan pembabitan pelbagai kaum dengan tulisan jawi di mana kita akan serapkan sebagai cara hidup masyarakat di negara ini.

‘‘Antara aktivitinya ialah penulisan rencana, cerita pendek, sajak dan syair,’’ katanya lagi.

Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan orang dewasa diadakan sempena Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi.

Antaranya, demonstrasi seni penulisan jawi, persembahan artis terkenal, pameran dan jualan produk jawi.

Ia berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan berakhir esok.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0128&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04..htm#ixzz2JLjfdj00 © Utusan Melayu (M) Bhd

Page 138: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

9

ARKIB : 08/03/2006

Kerajaan digesa hidupkan semula Utusan Melayu Oleh: AZMAN CHE MAN

KUALA LUMPUR 7 Mac - Kerajaan digesa menerbitkan semula akhbar Utusan Melayu yang sebelum ini ditutup kerana ia satu-satunya penerbitan berjuang mempertahankan tulisan jawi sebagai lambang warisan khazanah orang Melayu.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Dr. Wan Ali Wan Mamat berkata, gesaan itu merupakan antara resolusi Persidangan dan Pameran Manifestasi Tulisan Jawi selama dua hari yang berakhir hari ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan diminta menggunakan pendekatan baru seperti menggalakkan syarikat korporat besar khususnya bumiputera membeli iklan dalam akhbar tersebut bagi memastikan ia dapat bertahan dan terus `hidup'.

``Resolusi persidangan juga menggesa supaya penerbitan Utusan Melayu pada masa depan mempunyai pendekatan baru seperti memuatkan berita-berita sendiri bagi menarik lebih ramai pembaca,'' katanya ketika membentangkan resolusi pada hari terakhir Persidangan dan Pameran Manifestasi Tulisan Jawi di Muzium Negara di sini hari ini.

Persidangan itu dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Muzium dan Antikuiti sempena majlis menandatangani Projek Kajian dan Pembudayaan Tulisan Jawi antara Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM).

Menurut Wan Ali, kerajaan juga diminta mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan-papan tanda perdagangan, papan kenyataan dan papan iklan termasuk label jenama semua produk keluaran bumiputera.

Selain itu katanya, resolusi turut menetapkan supaya satu usaha intensif dilakukan bagi mewujudkan Kelab Pencinta Jawi di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Bagi tujuan itu katanya, kementerian berkenaan termasuk Kementerian Pelajaran perlu menggembleng tenaga bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menggunakan tulisan jawi dilaksanakan di sekolah.

Dari segi pentadbiran dan pengurusan kerajaan pula, kata Wan Ali, peserta persidangan mencadangkan supaya semua agensi kerajaan turut menggunakan tulisan jawi pada kepala surat rasmi mereka.

Page 139: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

10

Bagi pihak berkuasa agama pula, katanya, agensi terbabit diminta menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi sesuai dengan peranan jabatan itu menguruskan hal ehwal agama Islam.

Wan Ali berkata, resolusi turut mencadangkan supaya bahan-bacaan dalam tulisan jawi diperbanyakkan sama ada dalam bentuk media cetak atau elektronik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Persidangan&pg=pr_01.htm#ixzz2JLjxW6DO © Utusan Melayu (M) Bhd

Page 140: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

11

ARKIB : 07/03/2006

Kerajaan tanggung sebahagian kos penerbitan akhbar jawi - Rais

KUALA LUMPUR 6 Mac - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan menanggung sebahagian kos penerbitan akhbar tulisan jawi Utusan Melayu dalam usaha memartabatkan semula tulisan itu di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata kementerian juga akan memperincikan kandungan serta pengedarannya supaya dapat meluas ke seluruh negara dan mendapat sambutan pembaca.

``Kementerian sudah menyediakan peruntukan khas dan kita akan biaya sehingga akhbar ini boleh diterima oleh seluruh masyarakat khususnya bangsa Melayu dan kita akan jadikan akhbar jawi ini sama popular dengan akhbar bertulisan Cina dan Tamil,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Manifestasi Tulisan Jawi di Muzium Negara di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian projek kajian dan pembudayaan tulisan jawi antara kerajaan dengan Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM).

Tanpa menyatakan jumlah peruntukan khas itu, Rais menjelaskan bahawa penghidupan semula akhbar jawi ini dilaksanakan di bawah program bersama kementeriannya, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan.

Memperkasakan

``Kerjasama antara pelbagai kementerian ini sangat penting dalam memperkasakan tulisan jawi. Kandungan akhbar ini juga akan menonjolkan kemajuan pendidikan negara, kebudayaan dan lunas-lunas kemajuan negara serta artikel yang menarik dan ini terserah kepada sidang redaksi mereka,'' katanya.

RAIS Yatim membuka jendela menandakan perasmian Pameran

Manifestasi Tulisan Jawi di Muzium Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Page 141: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

12

Beliau berkata, akhbar itu dijangka diterbitkan semula tahun ini dan kementerian kini di peringkat perbincangan dengan pengurusan akhbar itu.

``Kita perlu menghidupkan kembali akhbar Utusan Melayu kerana jika tiada medium yang menggunakan tulisan jawi, tulisan ini tidak akan mencapai tahap membanggakan sekaligus tidak dapat memelihara dan meningkatkan martabat tulisan jawi ini,'' katanya.

Rais berkata, permit edaran itu akan diberi kepada syarikat Utusan Melayu dan bukan kepada syarikat lain kerana hanya syarikat tersebut yang mempunyai hak cipta pengedaran akhbar jawi itu.

Utusan Melayu mula diterbitkan pada 1939 dan pengedaran harian akhbar tersebut dihentikan pada 2003 dengan diterbitkan secara mingguan kerana kemerosotan pembaca, edaran serta kekurangan kos penerbitan.

Apabila masalah bertambah meruncing, pengurusan akhbar itu mengambil langkah menghentikan terus penerbitannya pada 29 Januari lepas.

- Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0307&pub=utusan_malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm#ixzz2JLk6skVT © Utusan Melayu (M) Bhd

Page 142: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

13

ARKIB : 25/01/2013

GPMS saran inisiatif kukuh jawi

KUALA LUMPUR 24 Jan. — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencadangkan kerajaan memberi pengurangan cukai kepada mana-mana peniaga atau syarikat yang menggunakan tulisan jawi dalam urusan syarikat seperti papan tanda bertulisan jawi.

Timbalan Presidennya, Ezaruddin Abd. Rahman berkata, langkah tersebut adalah salah satu inisiatif yang perlu diterapkan dalam memperkukuhkan lagi tulisan jawi memandangkan ia semakin lama semakin pudar dalam kalangan orang Melayu.

"Tulisan jawi bukan sahaja harus diperkasakan dalam pelajaran malahan dalam industri perniagaan juga harus diperhebatkan lagi.

"Mungkin dengan memberi pengurangan cukai terhadap peniaga dan syarikat yang menggunakan tulisan jawi, akan menarik lebih ramai pihak luar menggunakan tulisan jawi di organisasi mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, Ezaruddin juga turut melahirkan rasa bimbang dengan peredaran masa yang kini semakin moden menjelang Wawasan 2020.

"Kami sebagai pihak NGO turut berasa bimbang dengan peredaran masa berteknologi tinggi menjelang Wawasan 2020. Saya bimbang apabila dunia sudah semakin maju tulisan jawi ini akan diketepikan.

"Pemerhatian saya mendapati kebanyakan bahan bacaan hiburan di pasaran juga tiada tulisan jawi...kalau boleh biarlah dua tiga muka surat ada diselitkan ruangan jawi," katanya yang juga berpendapat bahawa laman web serta laman sosial perlu diadakan dalam tulisan jawi.

Beliau juga memohon supaya Majlis Agama Islam mempromosi laman sosial dalam tulisan jawi supaya ia lebih dekat dengan golongan pembaca.

"Saya berbangga dengan surat khabar Utusan Malaysia yang menyelitkan ruangan tulisan jawi pada setiap Isnin. Mungkin dengan cara ini ramai pembaca lebih tertarik untuk menguasai tulisan jawi," katanya.

Sementara itu generasi muda yang ditemu bual mengenai isu tulisan jawi yang semakin pupus dalam kalangan generasi masa kini turut memberikan beberapa cadangan bagi melestarikan tulisan warisan itu.

Pelajar Mohd. Faiz Haiqal, 23, yang kecewa dengan tulisan jawi yang diterjemahkan dalam tulisan rumi pada sesi pembelajaran Agama Islam di peringkat pengajian tinggi berkata, mahasiswa-mahasiswi akan pudar dengan penggunaan tulisan jawi.

Page 143: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

14

"Kalau boleh biar segala urusan rasmi kerajaan juga ada menggunakan tulisan jawi walaupun tidak sepenuhnya seperti mana pada zaman Melayu Melaka dulu," katanya.

Rashida Ali, 17, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Shah Alam berkata, beliau pandai membaca al-Quran tetapi membaca secara menghafal bukannya mengenal huruf membuatkan beliau tidak minat untuk membaca dalam tulisan jawi.

"Saya pandai baca al-Quran tetapi apabila hendak membaca dalam tulisan jawi saya jadi kekok kerana kurang pendedahan terhadap tulisan jawi. Saya nak kalau boleh banyakkan aktiviti menarik berasaskan tulisan jawi," katanya.

Bagi Nor Syazwani Madam, 23, untuk mengelakkan tulisan jawi pupus dalam kalangan orang Melayu terutamanya anak muda, ibu bapa harus memainkan peranan penting mendidik anak-anak mereka.

"Kebanyakan ibu bapa hanya mengharapkan pembelajaran tulisan jawi di sekolah sahaja. Bagi mereka, jika anak-anak lulus dalam mata pelajaran yang diambil itu sudah memadai tetapi mereka kena ingat bukan mudah tugas guru mahu mengajar anak didiknya setiap seorang," katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130125/dn_13/GPMS-saran-inisiatif-kukuh--jawi#ixzz2JLl677Gk © Utusan Melayu (M) Bhd

Page 144: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

15

ARKIB : 24/01/2013

Beri pengurangan cukai kepada syarikat guna tulisan jawi-GPMS

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencadangkan kerajaan memberi pengurangan cukai kepada mana-mana peniaga atau syarikat yang menggunakan tulisan jawi dalam urusan syarikat seperti papan tanda bertulisan jawi.

Timbalan Presidennya Ezaruddin Abd Rahman berkata itu adalah salah satu inisiatif yang perlu diterapkan dalam memperkukuhkan lagi tulisan jawi memandangkan ia semakin lama semakin pudar dalam kalangan orang Melayu.

"Tulisan jawi bukan sahaja harus diperkasakan dalam pelajaran malahan dalam industri perniagaan juga harus diperhebatkan lagi.

"Mungkin dengan memberi pengurangan cukai terhadap peniaga dan syarikat yang menggunakan tulisan jawi, akan menarik lebih ramai pihak luar yang menggunakan tulisan jawi di organisasi mereka," katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130124/dn_21/Beri-pengurangan-cukai-kepada-syarikat-guna-tulisan-jawi-GPMS#ixzz2JLlGXHpV © Utusan Melayu (M) Bhd

BICARA AGAMA

Page 145: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

16

ARKIB : 02/01/2013

Semarak semangat cintai Jawi

PARA pemenang bersama Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf (tengah) pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Sahibba dan Pantas Jawi Peringkat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Turut hadir Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar (lima dari kiri).

PERTANDINGAN Pantas Jawi Peringkat Enam Sektor Tumpuan Utama yang diadakan baru-baru ini sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 telah berjaya mempamerkan dan meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam penulisan Jawi.

Pertandingan yang bertujuan menambah perbendaharaan kata serta memahami konsep Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan itu telah menyemarakkan semangat cintai Jawi di kalangan penjawat awam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Kegiatan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012, Sektor Tumpuan Utama, Siti Aisah Murad berkata selain merupakan warisan peradaban bangsa Melayu, tulisan Jawi juga telah mengangkat Bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa di dunia yang boleh ditulis dengan dua bentuk tulisan, Rumi dan Jawi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Sahibba dan Pantas Jawi, di sini yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama JPN Wilayah dan Perbadanan Putrajaya di DBP.

Sebanyak enam sektor tumpuan utama kerajaan antaranya Sektor Tempat Awam, Sektor Penyiaran dan Komunikasi, Sektor Perkhidmatan Awam, dan Sektor Pendidikan, mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Kementerian Pelajaran menjuarai pertandingan itu dengan tempat kedua dimenangi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Page 146: BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/756/5/Pembudayaan... · memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang ... bahasa

17

(KPDNKK) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menduduki tempat ketiga.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang turut diwakili seorang petugas dari Meja Arab, Perkhidmatan Berita Antarabangsa, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menduduki tempat keempat (sagu hati). Setiap kementerian diwakili oleh lima petugas.

Para peserta dikehendaki mengeja perkataan yang diberikan kepada bentuk penulisan Jawi selengkapnya dalam masa yang ditetapkan. Pemenang diadili berdasarkan ketepatan ejaan, kefasihan sebutan dan masa yang diambil untuk mengeja.

Pemenang pertama menerima wang tunai RM2,000, kedua RM1,500, ketiga RM1,000 sementara sagu hati RM500.

Pertandingan tersebut telah diadili oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada para pegawai yang dilantik dari DBP dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Mengulas mengenai pertandingan itu, Ketua Hakim Pertandingan Pantas Jawi Hamdan Abdul Rahman berkata, ini merupakan langkah awal yang dapat merangsang minat ke arah penghayatan semula tulisan Jawi di kalangan penjawat awam. - Bernama

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 29 Januari 2013