bentuk2 pantun

32
Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan. Rujuk Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional, untuk huraian terperinci tentang bentuk pantun Melayu. Pantun Dua Baris Ada ubi ada batas, Ada budi ada balas. Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan merana. Pantun Empat Baris Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Sebab kasih saya turutkan.

Transcript of bentuk2 pantun

Page 1: bentuk2 pantun

      Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan. Rujuk Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional, untuk huraian terperinci tentang bentuk pantun Melayu. 

 Pantun Dua Baris

Ada ubi ada batas,Ada budi ada balas.

Sebab pulut santan binasa,Sebab mulut badan merana. 

Pantun Empat Baris

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga. 

Nasi lemak buah bidara,Sayang selasih saya lurutkan;Buang emak buang saudara,Sebab kasih saya turutkan.  

Pantun Enam Baris

Apa didapat orang memburu,Dapat rusa jantan betina,Sedang bersembunyi di celah batu;Bila mendapat bunga yang baru,

Page 2: bentuk2 pantun

Bunga yang lama tiada berguna,Adat dunia sudah begitu.

Bukan cempedak kami katakan,Buah delima dalam pasu,Pisau lipat baru diasah;Bukankah telah kami katakan,Pandang pertama cinta palsu,Tiada dapat dibawa bersusah. [Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319] 

Pantun Lapan Baris

Rumpun rotan di kota alam,Ditebang dibelah empat,Tumbuh serumpun di seberang,Selasih muara sungai;Penglihatan usah diperdalam,Pandang nan usah dipertepat,Adik di dalam tangan orang,Maksud rasa tak akan sampai. [Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68] 

Pantun Dua Belas Baris

Anak jintayu dari hulu,Disambar ombak Laut Cina,Dibawa terbang ke perahu,Hinggap minum ke muara,Anak ikan berkeliaran;Kamilah tahu dari dahulu,Adik jauhari bijaksana,Membuhul tidak membeku,Mengulas tidak mengesan,Meratap langit dengan bicara,Bumi tidak ketirisan.

 

 

 

 

 

 

 

Page 3: bentuk2 pantun

Rotan sepatah dua patah,Tarik kerakap batang padi,Dibawa Sutan dari Judah,Padi yang jangan digemparkan,Kalau gempar antara gugur,Bila gugur masuk perigi;Tuan di Mekah di Madinah,Naik akhirat batu haji,Tegak berdiri Rasulullah,Kami yang jangan dilupakan,Kalau lupa antara tidur,Dalam tidur menjadi mimpi.

[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20] 

Pantun Berkait

Angsana berpucuk di atas batu,Pucuk digangsa beribu-ribuan;Ada bunga di naung batu,Kuntumnya kaca tangkainya embun.

Pucuk digangsa beribu-ribuan,Kembang diuca balik beroleh;Kuntumnya kaca tangkainya embun,Dipandang sahaja diambil tak boleh.

Kembang diuca balik beroleh,Tambang garam di dalam sekoci;Dipandang sahaja diambil tak boleh,Bertambah geram di dalam hati.

 

 

 

 

[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28] 

Laman web ini disedia dan diselenggarakan oleh :Sekretariat Pantun Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. http://pantun.usm.my

 

2. PANTUN PANTUN

Page 4: bentuk2 pantun

3. BENTUK-BENTUK Berbentuk terikat. Bentuk paling popular : pantun dua kerat dan pantun empat kerat. Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud pantun. Terdapat juga pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. PANTUN 4. Contoh: Pantun Empat Kerat Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Pantun Dua Kerat Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Pembayang Maksud Pembayang Maksud 5. CIRI-CIRI PANTUN Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat, rima akhir dalam bentuk ‘aa’ . pantun empat kerat, rima akhir dalam bentuk ‘abab’ Contohnya: Pulau Pandan jauh ke tengah, (a) Gunung Daik bercabang tiga, (b) Hancur badan dikandung tanah, (a) Budi yang baik dikenang juga. (b) Setiap baris dalam pantun mempunyai 46. hingga 5 perkataan. Contoh: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Setiap baris dalam pantun mempunyai 8 hingga 12 suku kata. 7. PERANAN DAN FUNGSI Pantun memainkan peranan penting di dalam masyarakat Melayu seperti di dalam upacara meminang, majlis berbalas pantun, penghias ucapan dan sebagainya. Antara fungsinya ialah mendidik, menyindir, menyatakan perasaan, menyampaikan buah fikiran dan menghibur.

PANTUN

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Berbalas Pantun

Pantun Agama

Jual :

Bila todak melanda SingapuraHabis dikerat dicincang lumatBila khianat pada manusiaDunia akhirat takkan selamat

Beli :

Page 5: bentuk2 pantun

1.Habis dikerat dicincang lumatPatinya diaduk dijadikan obatDunia akhirat takkan selamatKecuali minta ampun nasuha tobat

2.

Anak jantan anak temenggungPergi memburu sampai ke GombakLalu berhenti mengutip petaiBerani buat, berani tanggungKalau takut dilambung ombakJangan berumah ditepi pantai

3.

Surat ditulis dalam gelapSalah huruf banyak tak kenaJagalah diri jangan silapJika silap dapat bencana

Jual :

Kemuning daunnya lampaiTubuh dijirat paduka tuanDiatas dunia kaul tak sampaiDidalam surga ada penantian

Beli :

1.Tubuh dijirat paduka tuanTidak cacat tidak seliaDidalam surga ada penantianHanya untuk yang beramal mulia

2.

Sungguhlah besar taman Seri MahkotaTempat bermain bidadari Lela UtamaSungguhlah benar bagi orang yang takwaAda tempat yang aman dan bahagia

Page 6: bentuk2 pantun

Jual :

Kain basurek kain bertulisPakaian raja Bugis - MakassarDi Luh Mahfuz sudah tertulisJanji sudah tak dapat ditukar

Beli :

1.Anak merak anak merbahBeradu kedua di dalam sarangSiibu mendodoiAnak sungai lagikan berubahInikan pula hati orangMengapa dirindui

2.

Cari lebah bersarang besarJangan tersengat racun berbisaJanji Allah adalah benarJangan tertipu kehidupan dunia

Jual :

Harban Dewa anaknya ZanggiManis rupanya elok bercahayaJika perempuan taatkan lakiBeroleh surga Jannatul Mahwa

Beli :

1.Menantunya pula Lela SariSemua melihat jatuh berahiSelagi ugama tidak diingkariSebarang perintah wajib dipatuhi

2.

Kelat sekali buah periaKelatnya kurang buah dibelahTaatkan laki beroleh surga

Page 7: bentuk2 pantun

Taat mutlak semata kepada Allah

Pantun Budi

Jual :

Payah kami menabur padiNenas juga ditanam orangPayah kami menabur budiEmas juga dipandang orang

Beli :

1.Tinggi bukit gilang-gemilangAir laut tenang-tenanganBudi sedikit tidakkan hilangItu menjadi kenang-kenangan

2.

Jentayu burung jentayuHinggap dibalik pokok mayangBunga kembang akan layuBudi baik bilakan hilang

Jual :

Biarlah orang bertanam buluhMari kita bertanam padiBiarlah orang bertanam musuhMarilah kita bertanam budi

Beli :

1.Ayam jantan siayam jalakJaguh Siantan nama diberiRezeki tidak saya tolakMusuh tidak saya cari

2.

Jikalau kita bertanam padiSenanglah makan adik-beradik

Page 8: bentuk2 pantun

Jikalau kita bertanam budiOrang yang jahat menjadi baik

Jual :

Baik-baik makan keladiKeladi itu ada miangnyaBaik-baik termakan budiBudi itu ada hutangnya

Beli :

1.Miang buluh miang keladiMiang kedua tiada badiBaik-baik memakan budiJangan sampai tergadai body

2.

Buah nenas bawa berlayarDimakan sebiji di Tanjung JatiHutang emas boleh dibayarHutang budi dibawa mati

Jual :

Tenanglah tenang air di lautSampan kolek mudik ke tanjungHati terkenang mulut menyebutBudi yang baik rasa nak junjung

Beli :

1.Cindai bercorak penuh berpitaPakaian anak Panglima GarangEmas dan perak pengaruh duniaBudi yang baik dijunjung orang

Jual :

Page 9: bentuk2 pantun

Jangan suka mencabut padiBila dicabut hilang buahnyaJangan suka menyebut budiBila disebut hilang tuahnya

Beli :

1.Kalau keladi sudah ditanamJangan lagi meminta talasKalau budi sudah ditanamJangan lagi meminta balas

Jual :

Singgah ke pulau menggali ubiKalau ke beting berdayung jugaSepuluh kali kita berbudiKalau miskin terbuang juga

Beli :

1.Sudah lama memakai gelangGelang berukir sirama-ramaHarimau mati meninggalkan belangManusia mati meninggalkan nama

Jual :

Mati kayu karena benaluPatah layu dahannya matiMati Melayu karena maluKalah Melayu termakan budi

Beli :

1.Mencari ikan belidaTerpancing pula si ikan keliBuat baik berpada-padaBuat jahat jangan sekali

2.

Page 10: bentuk2 pantun

Jauh sungguh pergi mandiSetapak jalan lewatkan humaBerat sungguh menanggung budiSeribu tahun takkan lupa

Jual :

Ragi pulut dalam katiTapai manis dalam kualiSelagi hidup dalam pekertiSampailah mati dalam budi

Beli :

1.Pisang emas dibawa belayarmasak sebiji di atas petilalu diambil untuk dimakan

Hutang emas boleh dibayarhutang budi dibawa matibudi tuan tuhan balaskan

2.

Kain prai baju praiPakaian anak raja YamtuanBadan berkecai tulang berceraiBarulah lupa budimu tuan

Pantun Jenaka

Jual :

Oh bulan kemana bintangAtas pucuk kayu araOh tuan kemana hilangDalam bilik anak dara

Beli :

1.Atas pucuk kayu araLebat daunnya pokoknya rindang

Page 11: bentuk2 pantun

Hilang kedalam bilik nak daraCuma meminta rokok sebatang

Jual :

Ambil segulung rotan sagaSudah diambil mari diurutDuduk termenung harimau tuaMelihat kambing mencabut janggut

Beli :

1.Sudah diambil mari diurutDiurut dibawah pokok senaMelihat kambing mencabut janggutGajah pula mengorek telinga

2.

Ambilkan bilah pokok senaJadikan lata tempat berhandaiAndaikan gajah korek telingaGiliran buaya hajat berinai

Jual :

Jadikan lata tempat berhandaiTerbang sekawan burung belibisGiliran buaya hajat berinaiPipit pula membilang tasbih

Beli :

1.Ambil sejimpit beras dan bertihDitabur penawar merubah nasibAndaikan pipit membilang tasbihTafakur elang membaca ratib

2.

Ditabur penawar merubah nasibNasib baik bukan sebarang

Page 12: bentuk2 pantun

Tafakur elang membaca ratibMelihat sitikus mengasah parang

3.

Janda berhias merambah karangSirih kuning disangka seraiMelihat tikus mengasah parangDatang kucing meminta damai

4.

Sirih kuning disangka seraiDijemur panas daunnya keringMelihat kucing meminta damaiAyam memasak pulut kuning

Jual :

Elok sungguh bunga kantilTumbuh kearah kolam telagaElok sungguh berbini sungilWalaupun marah tersenyum juga

Beli :

1.Tumbuh kearah kolam telagaTelaga mencuci badan yang melekitWalaupun marah tersenyum jugaTangan ketam cubitnya sakit

2.

Bunga kantil sunting di AcehBunganya putih dalam ceranaBiarlah sungil hatinya kasihCubitnya perih saya terima

Jual :

Bunganya putih dalam ceranaDipetik dijual didalam pekan

Page 13: bentuk2 pantun

Sementelah cubitan tuan terimaHatinya jangan tuan lukakan

Beli :

1.Bentan Telani diberi namaLagunya indah menawan merayuJangan hatinya diberi lukaNantinya hilang kawan beradu

Jual :

Disana merak disini merakMerak mana hendak dikepungDisana hendak disinipun hendakPening kepala terajang punggung

Beli :

1.Diumpan merak dengan dedakHendak ditangkap dengan segeraDi sana hendak di sinipun hendakTepuk dada tanyakan selera

2.

Bayan merbah merbuk daraTerbang bebas hiasan angkasaJangan salah tertepuk dadaBadan terhempas mara bencana

3.

Tuan puteri di atas puriDato hulubalang di atas padangBila dinasihati dengar-dengariBila bertepuk pandang-pandang

Jual :

Air tawar ditambah gulaLalu dihidang beralaskan kain

Page 14: bentuk2 pantun

Memang awak mencari balaPergi menepuk dada yang lain

Beli :

1.Bertelepuk emas diatas kainAda sirih bergambir tiadaTak menepuk dada yang lain ?Dada sendiri berdaging tiada

2.

Bertelepuk emas diatas kainKain pelangi dari MelakaBerani tuan menepuk yang lainBila dah kena... Padan dengan muka

3.

Tuah merbuk pada kung-nyaBandan menukik begap rupaRaja Chola menggeleng kepalaBerubah tepuk pada dadaPadan menjadi usap dimukaInikah tanda millenium tiga ?

Jual :

Bergetah putih pokok ketiauGaru pelandok lumut garitManalah hati tak geruh risauLalu bidukku umbut berkait

(awas batal puase je)

Beli :

1.Garu pelandok lumut garitGugur pucuk habis kontotLalu bidukku umbut berkaitLenguh sendi siku dan lutut

Page 15: bentuk2 pantun

2.

Pelatuk besi lupuh melurutHarimau dahan pelandok melompatMelenguh sendi siku dan lututBalikkan badan biduk terjungkat

3.

Harimau dahan pelandok melompatJulang enggang sayap mengepakBalikkan badan biduk terjungkatTanya penumpang apakah mendapat

(hati2 tak dibuatkan breakfast je)

Jual :

Kerbau putih membongkah tanahBadak sambu pagut resamKalau mandi biarlah basahBidukku lalu umbut terendam

Beli :

Pantun Percintaan

Jual :

Jahit setangan pinggirnya dikelimBaik dikelim kembang kelapaRindu dendam kemana nak dikirimNak dikirim kepada siapa

Beli :

1.Segak menawan datuk penghuluMahir berlawan langkahnya tangkasKirimkan saja diangin laluAtau melalui SMS pesanan ringkas

2.

Hijau daun diranting kayu

Page 16: bentuk2 pantun

Mayang ditabuh bulir hamburanHajat dikirim di angin laluSayang dihembus balik haluan

Jual :

Bukan kacang sembarang kacangKacang melilit kayu jatiBukan datang sembarang datangDatang melihat sijantung hati

Beli :

1.Apa guna pasang pelitaJika tidak dengan sumbunyaApa guna bermain mataKalau tidak dengan sungguhnya

(Takkan tenguk je)

2.

Ambil gendang di kampung KandisDitabuh ramai ditingkah biolaMakin dipandang semakin manisDilabuh hati menyala cinta

3.

Dipanah semata Indera SaktiSeekor dara dipohon keranjiSudah sama menaruh hatiDiekor mata konon berjanji

4.

Pat-pat nyaSiapa cepat dia punya.Lain padang lain belalangBelalang kunyit dilihat jarangAsik dok pandang-pandangBunga terlepas dikebas orang

5.

Page 17: bentuk2 pantun

Belalang Kunyit dilihat jarangKinantan lelah lagi lunglaiKononnya pula terok bertarungBunga terlepas dikebas orang ?Ditangan Raja lagi diungkaiKononlah pula ditangan orang

6.

Minum air, air dijerangUntuk dibuat si air ketumRasa mabuk tidur belekorApa dilihat di tangan orangBunganya bukan sekuntumKumbangnya bukan seekor

Jual :

Batu loyang buat asahanBatunya hitam seruas jariBimbang siang boleh ditahanBimbang malam serasa mati

Beli :

1.Banyak orang mengetam pulutSaya sendiri mengetam padiBanyak orang karam dilautSaya sendiri karam dihati

2.

Balam mendengut tengah rimbaBalam serati jambul merahKaram dilaut boleh ditimbaKaram dihati bilakan sudah

3.

Biskut dalam petiAmbil satu hendak rasaKalau diikut hati; matiIkut rasa, habis binasa

4.

Page 18: bentuk2 pantun

Rumput manis cemperai hidupLada muda perca kainJangan menangis bercerai hidupSama-sama mencari lain

Jual :

Ikan belanak hilir berenangBurung reruak menata sarangMakan tak enak tidur tak tenangKonon teringat dinda seorang

Beli :

1.Kumbang menyumbang bunga berseriBunga ditaman puteri rajaEntahkan benar demikian periAtau sekadar cakap sahaja

2.

Api-api unggunan kandisDamar tumpah dikulit tengarLaki-laki mulutnya manisJika bersumpah jangan didengar

3.

Habis jalan, bangunan bergegarTanda bencana yang amat beratKalau sumpah selalu dilanggarTidak selamat dunia akhirat

Jual :

Dimana tempat murai berbunyi ?Pokok kekabu ditepi kolamDimana tempat kita berjanji ?Dalam kelambu diatas tilam

Beli :

Page 19: bentuk2 pantun

1.Pelbagai penangan telah dibeliBuat jamuan lepas berzanjiKerbau dipegang pada taliManusia dipegang pada janji

2.

Anak raja mendaki bukitPatah galah dalam perahuPegang tangan jeling sedikitHati didalam Allah yang tahu

3.

Buah jering diatas paraDiambil budak sambil berlariHingga kering lautan MelakaBarulah saya mungkir janji

4.

Kalau roboh kota MelakaPapan di Jawa saya dirikanKalau sungguh bagai di kataBadan dan nyawa saya berikan.

Jual :

Ke teluk sudah, ke siam sudahKe Mekkah saja saya yang belumBerpeluk sudah bercium sudahMenikah saja saya yang belum

Beli :

1.Si Luncai bermain rodatMemukul tetawak pelbagai lakunyaTidak sopan menyalahi beradatBerbulu mata lihat lakunya

2.

Terang bulan cahaya berseri

Page 20: bentuk2 pantun

Nampak dilihat dari saujanaSiksanya tuan cinta birahiSemua dibuat serba tak kena

3.

Terang bulan cahaya berseriBerbalam-balam diperdu rotanKalau sungguh cinta birahiHantarkan utusan sempurnakan ikatan

Jual :

Mahu dihitung bilangan bintangTidak terkira jumlah adanyaJika dihitung kasih dan sayangTidak terukur sebesar mana

Beli :

1.Pinggan tak retak nasi tak dinginKalau tak salah orang tak tegorOrang tak hendak, kenapa awak masih ingin?Bunga tak sekuntum, kumbang tak seekor

2.

Anak beruk duduk bersandingCari makan dalam hutanTujuh teluk sudah dibandingMana sama padamu tuan

Pantun Perpisahan

Jual :

Pucuk pauh selara pauhSembilu ledung ledungkanAdik jauh kekanda jauhKalau rindu sama menungkan

Beli :

Page 21: bentuk2 pantun

1.Pucuk pauh selara pauhPucuk terjuntai di atas titiAdik jauh kekanda jauhMenaruh rindu di dalam hati

2.

Patah pasak dalam kemudiPatah diruang bunga kiambangKalaulah tidak bertemu lagiBulan yang terang sama dipandang

Jual :

Batang selasih permainan budakBerdaun sehelai dimakan kudaBercerai kasih bertalak tidakSeribu tahun kembali juga

Beli :

1.Batang selasih permainan budakTumbuhnya jarang tepi telagaBercerai kasih bukan kehendakPaksaan orang dituruti juga

2.

Sayang Semarang Gunung MerapiAnak gelama dituba janganTidak dilarang adik berlakiJanji yang lama dilupa jangan

3.

Ikan sepat dimasak berladaKuah cencaluk jadi bumbunyaKalau tak dapat dimasa mudaAkan kutunggu sampai menjanda

Jual :

Page 22: bentuk2 pantun

Harum sungguh bunga melatiKembang setangkai diwaktu pagiHancur sungguh rasa dihatiSedang berkasih ditinggal pergi

Beli :

1.Jauh berdagang ditengah kotaMenjual dagangan pelbagai bendaAbang pergi mencari hartaBuat meminang akan adinda

2.

Kalau ada sumur diladangBoleh saya menumpang mandiKalau ada umur yang panjangBoleh kita berjumpa lagi

3.

Anak tani mengutip lokanLokan dikutip untuk dimakanSayang anak tangan-tangankanSayang isteri tinggal-tinggalkan

Jual :

Pulau Sipadan pulau LigitanTempat singgah raja BulunganRisau dibadan galau ingatanIngat pungguk rindukan bulan

Beli :

1.Serapah disembur mengubat gatalTok bomoh membaca jampiSebelum tidur ditepuk bantalMenyeru nama dalam mimpi

2.

Berjalan di malam kelam

Page 23: bentuk2 pantun

Baiklah kiranya bertemanKenapa pungguk rindukan bulanBunga banyak kembang ditaman

3.

Hilir rakit berkajang kainDimana teluk singgah bertimbaNiatku tidak pada yang lainAdinda seorang tiadalah dua

Jual :

Berinai orang berhitam kukuMandi disiram si air mawarTuan seorang biji matakuRacun diminum jadi penawar

Beli :

1.Leher merah itu helangTerbangnya tangkas perangai garangJangan dinda berhati walangKasih kanda padamu seorang

2.

Bunga lada tingginya samaAmbil setangkup bunga melatiKanda berjanji terlalu lamaManalah sanggup dinda menanti

3.

Ambil setangkup bunga melatiHiasan rambut puteri jelitaKenapa dinda tak sanggup menantiMana perginya janji setia

4.

Kayu mempoyan kulitnya manisPatah galah dalam payaLaku perempuan mulutnya manis

Page 24: bentuk2 pantun

Cakap sepatah jangan percaya

5.

Kerisi, Cencaru, siikan ParangIkan Belut siikan gerutTidak sangka orangnya curangLain dimulut lain diperut

6. Dari Lagu " Kerana budi Jasad Tertawan" Kain buruk jatuh di papan, Patah terkulai dahan meranti; Biarlah buruk rupamu tuan, Asal pandai mengambil hati.

7. Dari Lagu "Kerana Budi Jasad Tertawan" Tengah padang pasang pelita, Anyam ketupat bulan puasa; Bukan nak pandang cantiknya rupa, Hati terpikat budi bahasa.

Jual :

Kalaulah jadi pergi keladangKain panjang cari dahuluKalaulah jadi pergi berdagangInduklah semang cari dahulu

Beli :

Pantun Nasihat

Pantun Mercun

Orang buta pergi ke kebunMakan longan dibekal cucurJanganlah kita bermain mercunKelak badan pasti hancur

uyn,

Pantun dari filem-filem Melayu klasik

1.Kajang Pak Malau kajang berlipatKajang saya mengkuang layuDagang Pak Malau dagang bertempatDagang saya musafir lalu(Filem Seri Mersing)

Page 25: bentuk2 pantun

2.Tuai padi antara masakEsok jangan layu layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan(Filem Gurindam Jiwa - 1966)

3.Burung nuri burung helangTidak sama terbang tinggiSekarang puteri berangkat pulangBila pula berjumpa lagi

Kain buruk tepi perigiDibuat orang pengesat belangaEsok kita berjumpa lagiTunggulah Teja di taman bunga(Filem Hang Tuah - 1956)

Pantun Moden

1.Burung pekaka menangkap ikanDi atas tender duduk terpakuPergi berdagang apa takutkanKartu kredit ada disaku(Pantun Moden)

2.

Burung serindit jalannya kakuSayang sayapnya sudah terkulaiKartu kredit memang ada disakuSayang limitnya sudah terlampaui

3.

Sayang sayapnya sudah terkulaiLalu dianduh dengan kainKalau limitnya sudah terlampauiIsi borang pohon yang lain

4.

Sayap dianduh dengan kain ?Jadi tergulir tak dapat jalan

Page 26: bentuk2 pantun

Isi borang pohon yang lain ?Bagi dipikir dulu pendapatan

5.

Disana serindit disini pipitRamai merak mengigal badanDisana kredit disini kreditBagai beranak tak berbidan

6.

Kertas buruk jangan diruyukDibuat menyala unggun apiBesar kerak dari periukBabi gemuk pun boleh mati

7.

Di dalam laut ada buayaLemas kerana lautnya matiJangan ditakut pada bahayaEmas bernilai sinar dihati

8.

Cencaluk budu tempoyak sambalDicicah ulam enak sekaliHendak beradu rasanya janggalMencelah-celah dihujung kaki

9.

Pahlawan menggunakan kapakUntuk mengalahkan raksasaJangan suka melepakIa hanya membuang masa(2,12,09)

Rujukan

Pogadaev, Victor (2002). "Malay Pantun in Russia". in "Dewan Sastera", Jilid 32, Bilangan 10, 2002, p. 88-89.

Kategori:

Page 27: bentuk2 pantun

Kesusasteraan Puisi

Pantun

Oleh: Qamarul Arifin Abdullah

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu

tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat

dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh

Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Za’ba), Wilkinson, Winsteadt

dan Van Ophuijsen.

Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan keada

tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup

masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama

dan adat, dan pantun naratif atau cerita.

Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan, berpasangan, dan

berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema rima a/b /a/b yang terdiri

daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap serangkap

dapat menyelesaikan keseluruhan idea.

Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya

mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan

normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun mempunyai

Page 28: bentuk2 pantun

rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali pantun berkait), dan

setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna. Contohnya:

Sapu tangan berkaki merah, kakinya diletak dalam perahu,

Luka di tangan berdarah merah,

Luka di hati tak dapat nak tahu.PembayangMaksud

leh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti “pantun kanak-

kanak”, “pantun kasih-sayang”, “pantun budi” dan sebagainya bukanlah tergolong

sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang boleh berubah-ubah

menurut tafsiran dan penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris pantun ada jeda di dalamnya.

Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan lambang yang sesuai dengan norma dan

nilai masyarakat setempat. Terdapat juga pantun-pantun yang pembayangnya mempunyai

hubungan dengan maksudnya. Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu

membawa berbagai-bagai tema, persoalan dan mesej. Contohnya:

Pantun Budi

Bunga Cina di atas batu,

Jatuh daunnya ke dalam ruang,

Adat dunia memang begitu,

Sebab emas budi terbuang.

Buah langsat kuning mencelah,

Senduduk tidak berbuah lagi,

Sudah dapat gading bertuah,

Page 29: bentuk2 pantun

Tanduk tidak berguna lagi.

Baik bergalas baik tidak,

Buli-buli bertali benang,

Baik berbalas baik tidak,

Asal budi sama dikenang.

Tanam lenggundi tumbuh kelapa,

Terbit bunga pucuk mati,

Budi tuan saya tak lupa,

Sudah terpahat di dalam hati.

Padi dan nanas tanam di tanjung,

Tempat pipit membuat sarang,

Budi dan emas sama dijunjung,

Hidup aman dikenang orang.

Sumber: Zainal Abidin Bakar (penye), 1991. pantun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.