Bengkel Penyediaan Modul Program Cemerlang Jabatan Pendidikan Melaka 2
-
Upload
pauling-chia -
Category
Documents
-
view
224 -
download
3
description
Transcript of Bengkel Penyediaan Modul Program Cemerlang Jabatan Pendidikan Melaka 2
BENGKEL PENYEDIAAN MODUL PROGRAM CEMERLANG
JABATAN PENDIDIKAN MELAKA 2014
TARIKH : 25.8.2014 HINGGA 27.8.2014
TEMPAT : AKAR BEACH RESORT PORT DICKSON
ASAK 1 : PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR
A- AMALAN S- SAHSIAH A-ARAH K- KEMENJADIAN
RASIONAL :
Pelajar merupakan generasi yang penting untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Mereka adalah golongan pemangkin kepada kecemerlangan dan keutuhan ummah. Ummah sesebuah tamadun akan goncang jika jiwa para pemudanya gersang dari nilaian Islam dan modal insan yang sepatutnya.
Bagi membolehkan para pelajar mencapai kejayaan yang sebenarnya, jiwa pelajar juga mesti diisi dengan roh rohani untuk menjadi benteng kekuatan dan ketahanan diri bagi melalui realiti kehidupan di zaman ini. Justeru itu pendedahan program bimbingan pelajar dan motivasi amat penting kepada semua pelajar yang ingin memperolehi kecemerlangan dalam tujuan hidup mereka.
Program ini diilham dan dirangka khas untuk melahirkan pelajar yang mempunyai daya juang yang tinggi,kerohanian yang mantap dan mempunyai semangat untuk berjaya melalui kesedaran yang wujud dari dalam diri belia itu sendiri.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah melakukan kesalahan disiplin untuk melakukan perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh melalui Program Murid Berisiko Disiplin dan Ponteng.
MATLAMAT : -Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek
OBJEKTIF
1. Membangunkan potensi murid serta membina kekuatan mental dan fizikal termasuk keyakinan diri ke dalam diri pelajar bagi meningkatkan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.
2. Meningkatkan disiplin murid untuk membentuk modal insan yang berkualiti seiring pembangunan negara menjadi Negara Maju menjelang 2020.
3. Mengubah tingkahlaku murid menjadi lebih baik bagi melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari sudut akademik tetapi merangkumi kecemerlangan dalam akhlak, budi bahasa dan berdisiplin.
4. Mempertingkatkan kecemerlangan prestasi akademik melalui perubahan sahsiah terpuji
5. Memupuk jati diri kepimpinan sebagai ketua di dalam diri murid supaya sejajar dengan pembangunan pendidikan negara.
JUSTIFIKASI
PONTENG SEKOLAH
1. Ponteng masalah serius negara
2. Hasrat kerajaan pelajar dapat bersekolah
3. Masalah ponteng harus ditangani oleh semua guru. Penglibatan guru setakat ini
tidak menyeluruh walaupun telah ditegaskan semua guru adalah guru disiplin
4. Semua pihak samada warga sekolah dan masyarakat dan komuniti luar
bertanggungjawab dalam menangani masalah ponteng di kalangan pelajar.
5. Sistem kawalan dan pemantauan yang tidak berterusan menyebabkan masalah
ponteng terus berleluasa
AHLI-AHLI : 1. PN. HJH HAMIZAH BINTI HASSAN
PENGETUA SMK (A) SHARIFAH RODZIAH
2. EN. LEE SOON LUWI
GPK HEM SMK TUN. HJ. ABDUL MALEK
3. EN. BONG JUN WAT
GPK HEM YOK BIN
4. EN.MOHD GHAZALI BIN MOHD YUSOF
GPK HEM SM(A) JAIM AL-ASYRAF
5. EN. ABD RAHIM BIN AHMAD
KAUNSELOR SMK TUN HJ. ABDUL MALEK
6. ROSLAN BIN OTHMAN
KAUNSELOR SMK METHODIST (ACS)
MASALAH PELAJAR :- 1. Masalah disiplin ponteng- Ponteng sekolah
- Ponteng kelas- Ponteng aktiviti
2. Biadap / Tak hormati
- biadap guru- staff- rakan
3. Vandalisme
4. Tidur
5. Aktif ko kurikulum – Lemah akademik
6. Kurang Minat & motivasi
7. Cinta
8. Tidak buat kerja & ulangkaji
BUKU KAWALAN KELAS
A. OBJEKTIF
1. Mengesan pelajar tidak hadir
2. Mengesan pelajar ponteng kelas
3. Mengesan masalah disiplin pelajar
4. Mengawal inventori kelas
B. PELAKSANAAN
1. Guru matapelajaran
2. Penyelaras Tingkatan / Penyelaras disiplin
3. GPK HEM
4. Guru Bimbingan & Kaunseling
C. CARA PELAKSANAAN
1. Guru Matapelajaran
- mencatat kehadiran pelajar (guru waktu pertama)
- mencatat masalah disiplin
- melaporkan peralatan dan inventori dalam bilik darjah
2. Penyelaras Tingkatan / Penyelaras Disiplin
- Memantau , mengumpul dan mengesahkan maklumat
- Melaporkan pelajar yang bermasalah kepada Ketua Guru
Disiplin ( Borang Disiplin )
- Melaporkan sebarang kerosakan dan inventori kepada
penyelaras 3K
3. GPK HEM
- GPK HEM mendapatkan maklumat daripada Ketua Guru
Disiplin dan Penyelaras 3K
- Bersama-sama guru disiplin mengambil tindakan pelajar
terhadap masalah disiplin
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling
a. Mendapatkan maklumat nama pelajar yang
bermasalah
b. Membuat sesi kaunseling individu dan kelompok
c. Membuat tindakan susulan seperti menghubungi
ibu/bapa/penjaga
d. Maklumkan kepada GPK HEM tindakan yang telah
dilaksanakan
PEMBANGUNAN INSAN MENJANA KEMENJADIAN
BUKU MERAH / HIJAUA. OBJEKTIF
- Membangunkan potensi murid serta membina kekuatan
mental dan fizikal termasuk keyakinan diri ke dalam diri
pelajar bagi meningkatkan motivasi diri untuk mencapai
kejayaan
- Meningkatkan disiplin murid untuk membentuk modal
insan yang berkualiti seiring pembangunan Negara menjadi
Negara Maju menjelang 2020.
- Meningkatkan tingkahlaku murid menjadi lebih baik
merangkumi kecemerlangan akademik , akhlak , dan
berdisiplin
- Mempertingkatkan kecemerlangan prestasi akademik.
- Memupuk jati diri kepimpinan sebagai ketua di dalam diri
murid supaya sejajar dengan pembangunan pendidikan
Negara
- Mengukur perubahan tingkahlaku kepada yang lebih baik
B. PELAKSANAAN
1. Guru Disiplin
2. Guru Bimbingan & Kaunseling
3. GPK HEM
4. Guru Matapelajaran
5. Guru mentor
C. TATACARA PELAKSANAAN
1. Guru Disiplin
a. Memilih pelajar yang disiplin tegar untuk menyertai program ini
( Program Buku Merah )
b. Memantau disiplin pelajar yang terlibat dari masa ke masa
c. Sebagai panel untuk mencadangkan pelajar ini untuk menukar ke buku
hijau
d. Memastikan buku dikumpul mencukupi di bilik disiplin
2. Guru Bimbingan & Kaunseling
a. Pendedahan awal untuk kesedaran
b. Mengadakan kaunseling kelompok
c. Analisis kumpulan sasaran yang akan bertukar buku hijau
3. GPK HEM
a. Melantik guru mentor kumpulan sasaran
b. Mengesahkan pelajar berubah dari buku merah ke buku hijau yang telah
dicadangkan oleh panel penilai
c. Mengadakan pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya membentuk sikap
positif
d. Merancang tindakan susulan mengikut keperluan
4. GURU MATAPELAJARAN
- Guru matapelajaran memberi ulasan dan menilai
perubahan sikap pelajar
5. GURU MENTOR
- Memantau dan membimbing mentee
- Menyemak dan menandatangani buku hijau/merah
- Memaklumkan kepada guru disiplin atau GPK HEM pelajar
yang masih melakukan kesalahan termasuk yang tidak
menghantar buku
PROGRAM TRANSFORMASI INSANA. PELAKSANA
1. Pembantu Rintis / Pembantu Tadbir Data
2. Guru mata pelajaran
3. Guru Bertugas
4. Guru Disiplin
5. GPK HEM
6. Guru Bimbingan & Kaunseling
B. MASA
Selepas sekolah hingga 4.00 ptg
C. AKTIVITI
Menghabiskan keja sekolah
Kerja amal
D. BIDANG TUGAS PELAKSANA
1. Pembantu Tadbir Rintis
- setiap petang Pembantu Tadbir Rintis menyenaraikan pelajar tidak hadir
2. Guru Matapelajaran
- mencatat nama pelajar ponteng dalam buku kawalan
3. Guru Disiplin
- menyenaraikan murid yang ponteng kelas.
4. GPK HEM
- melaksanakan dan memantau Kelas Tahanan
5. Guru Bertugas
- memastikan kehadiran pelajar
- menyelia aktiviti kelas tahanan
6. Guru Bimbingan & Kaunseling
- mengadakan sesi kaunseling dan peneguran
PROGRAM-PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH
1. Santapan Rohani semasa perhimpunan
2. Bacaan Surah Yassin
3. Solat Hajat / Solat Taubat / Solat Berjemaah/Video
4. Program Pembentukan Nilai Murni
5. Ceramah Muzakarah Ilmu
6. Program Memperkasakan Kepimpinan Sekolah
7. Briged Komuniti
8. Program Khidmat Sukarela
JUSTIFIKASI
PONTENG SEKOLAH
6. Ponteng masalah serius Negara
7. Hasrat kerajaan pelajar dapat bersekolah
8. Masalah ponteng harus ditangani oleh semua guru. Penglibatan guru setakat ini
tidak menyeluruh walaupun telah ditegaskan semua guru adalah guru disiplin
9. Semua pihak samada warga sekolah dan masyarakat dan komuniti luar
bertanggungjawab dalam menangani masalah ponteng di kalangan pelajar.
10. Sistem kawalan dan pemantauan yang tidak berterusan menyebabkan masalah
ponteng terus berleluasa