BENGKEL .doc
-
Upload
lleesaylan-lan -
Category
Documents
-
view
222 -
download
0
Transcript of BENGKEL .doc
BENGKEL MENJAWAB SOALAN
BENGKEL MENJAWAB SOALAN
PEPERIKSAAN
AKHIR SEMESTERKURSUS EDU3083
ASAS KEPIMPINAN DAN
PERKEMBANGAN PROFESIONAISME GURU
BAHAGIAN A
Jawab semua soalan.
1.aKesantunan merujuk kepada tatacara adat atau kebiasaan yang
beraku dalam seseuah masyarakat.
Jelaskan dua cara guru dapat memperihatkan kesantunan tinggi.
i(5 markah)
bEncik Rahman, seorang guru Matematik sering masuk lewat ke
kelas disebabkan urusan menjual serunding ayam kepada rakan s
ejawat sekolahnya. Ini menyebabkan beliau mengajar secara
gopoh-gapah kerana ingin menghabiskan topik yang telah
dirancang. Beliau juga selalu tidak memberi tumpuan terhadap
murid-muridnya. Beliau tidak mementingkan perkembangan murid
dari segi JERI. Murid tidak diberi peluang langsung untuk bertanya
atau memberikan pendapat mereka. Justeru murid-murid berasa
gurunya tidak mengambil berat terhadap diri mereka.
Berdasarkan kes di atas, bincangkan isu etika yang wujud.
(10 markah).
2.aTrater (1986) telah mengemukakan teori lima perimgkat
perkembangan yang dilalui oleh seseorang guru sehingga menjadi
pakar dalam bidang yang diceburi.
Bezakan pencapaian penguasaan dalam pendidikan bagi seorang
guru di peringkat novis dengan seorang guru pakar dari aspek
tindakan pedagogi.
(5 markah)
bCikgu Anas ingin memohon kenaikan pangkat sebagai seorang
Guru Cemerlang bagai mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Jelaskan aspek kemahiran utama yang perlu diberi perhatian oleh
beliau supaya melayakkannya memohon jawatan tersebut.
(10 markah)
3.aKarim seorang murid Tahun 6, didapati sering membuli murid
Tahun 1 dan Tahun 2 yang bertubh kecil. Hasil siasatan, didapati
Karim selalu didera oleh arwah bapanya sewaktu kecil dahulu. Kini
dia tinggal bersama neneknya yang sangat uzur.
Jelaskan secara ringkas dua cara bagaimana anda dapat
membantu mengubah tingkah laku Karim.
(5 markah)
bAntara peranan seorang guru sekolah rendah adalah sebagai agen
sosialisasi yang banyak dikaitkan dengan aktivitiviti-aktiviti
kemasyarakatan.
Huraikan bagaimana seorang guru boleh bertindak sebagai agen
sosalisasi.
(10 markah)
4.aKonsep Guru Cemerlang muali diperkenalkan pada tahun 1993
sebagai peluang kenaikan pangkat bagi pemimpin guru gemilang
yang tidak meninggal bilik darjah.
Nyatakan dua peranan Guru Cemerlang.
(5 markah)
bKepimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah organisasi.
Kejayaan sesebuah sekolah dalam mencapai status sekolah
berkesan mennjukkan kebolehan kepemmpinan guru besar.
Bincangkan aspek kepemimpinan guru besar di sekolah.
(5 markah)
5.aNyatakan dua ciri ketepatan masa yang perlu diamalkan oleh guru
yang memperlihatkan keupayaannya untuk mengurus masa
dengan baik.
(5 markah)
bTingkah laku dan budi pekerti yang harus dilakukan oleh guru
mestilah mengikut budaya setempat.
Bincangkan etika kesantunan berbahasa yang perlu ada pada
seorang guru.
(10 markah)
6.aTentukan dua ciri seorang guru yang cekap dalam urusan
pengajaran dan pembelajaran.
(5 markah)
bVan Hooser ((1998) mendapati bahawa tiga unsur penting dalam
menentukan kejayaan seseorang guru. Tiga unsur ini iaitu ilmu
pengetahuan, kemahiran dan sikap saling berkaitan antara satu
sama lain dan dalam bentuk Triangle of Success.
Bincangkan unsur-unsur yang dinyatakan dengan jelas.
(10 markah)
7.aCikgu Laili ingin melaksanakan kajian tindakan agi menambah baik
amalan pengajaran dan pembeajarannya.
Jelaskan secara ringkas dua amalan baik dalam bilik darjah yang
boleh dijadikan isu dalam kajian tindakan.
(5 markah)
bSebagai seorang guru permulaan, cikgu Laili berusaha
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan
penglibatan serta kerjasama murid dalam aktiviti bilik darjah..
Huraikan perkara-perkara yang beliau harus laksanakan untuk
menjadi seorang pengurus pembelajaran yang berkesan.
(10 markah)
8.aNyatakan dua elemen yang mempengaruhi gaya kpimpinan.
(5 markah)
bBincangkan kesimpulan yang dapat anda rumuskan dari Teori
Kepimpinan Mengikut Situasi.
(5 markah)
BAHAGIAN B
1.Tanggungjawab dan akauntabiliti keguruan dilihat sebagai amalan yang amat berkait rapat dengan profesion keguruan.
Huraikan aspek-aspek akauntabiliti keguruan yang perlu dilaksanakan oleh guru.
(20 markah)
2.Guru berkemampuan untuk menyebarkan pelbagai disipilin ilmu melalui pengamalan dan pelaksanaan yang efektif. Perkembangan kognitif, fizikal dan sosial murid-murid perlu diaplikasikan oleh guru secara bijak.
Bincangkan strategi-strategi relevan yang dapat dilaksanakan untuk memenuhi peranan guru sebagai penyampai ilmu yang beresan.
(20 markah)
3.Pembelajaran Sepanjang Hayat merujuk kepada motivasi dalaman dan kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal mahupun profesional bersesuaian dengan pepatah menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahat.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan cara-cara seseorang guru boleh mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat sebagai guru yang berkesan.
(20 markah)
4.Sebagai pejawat awam, eorang guru perlulah telus dan tulus selain memikul tanggungjawab terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain. Maka, tanggungjawab guru amat berat dalam mendidik murid dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan negara kita.
((institut Integriti Malaysia, 2004)
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan peranan da tanggungjawab yang perlu dipiku oleh guru dalam sistem penddkan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang berintegriti..
(20 markah)
5.
Petikan akhbar di atas mempamerkan sebahagian daripada isu nasional dan mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika isu ini tidak ditangani sewajarnya.
Sebagai guru permulaan, bincangkan langkah persediaan mental, fizikal dan emosi yang perlu dipersiapkan supaya tugas dan tanggngjawab guru dapat dilaksanakan dengan penuh amanah dan dedikasi ke arah memartabatkan profesion keguruan..
(20 markah)
6.Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisme keguruan yang bersesuaian dengan hasrat pendidkan hari ini adalah dengan menggalakkan guru menjalankan penyelidikan tindakan. Setiap guru harus sentiasa berusaha memperoleh kefahaman lanjut dengan mengumpul maklumat, memikir dan membuat refleksi demi meningkatkan kesedaran kendiri tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah.
Berikan pendapat anda tentang kebaikan mengamalkan penyelidikan tindakan sepanjang kerjaya seorang guru.
(20 markah)
Kementerian Pelajaran menerusi Jabatan Pelajaran memandang serius isu ketidakhadiran guru di sekolah..... hasil pemantauan dari pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 22 Februari 2010 di salah sebuah negeri, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.
(petikan Borneo Pos Onine pada 24 Disember 2011)