Belalang

2

Click here to load reader

description

cerita pendek untuk kanak - kanak

Transcript of Belalang

Page 1: Belalang

Belalang

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang cerdik pandai, guru - guru dan rakan - rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Belalang.

Di sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari.

Setiap hari, belalang akan menyanyi, menari dan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain.

Pada suatu hari, belalang mencari semua rakan-rakannya untuk bermain. Tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba.

Belalang tidak percaya hujan akan tujun. Ia asyik menyanyi dan menari. Kemudian, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan.

Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang kembali tidur.

Belalang menyesal kerana tidak mendengar nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit.

Lebah mencari belalang yang sudah lama tidak dilihat. Barulah lebah tahu bahawa belalang sudah jatuh sakit.

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang.

Akhirnya belalang sembuh dan dia insaf dengan perangainya.

Pengajaran cerita:

1) kita perlulah menerima nasihat daripada orang lain

2) kita perlulah rajin mencari rezeki

Sekian dahulu cerita saya. Terima kasih.