Belajar ramal pasaran dengan analisis elliott wave's
-
Upload
zaidi-emas-kelantan -
Category
Documents
-
view
398 -
download
5
description
Transcript of Belajar ramal pasaran dengan analisis elliott wave's
BELAJAR RAMAL PASARAN DENGAN ANALISIS ELLIOTT WAVE’S Oleh : Mohd Zaidi bin Junus, Master Dealer Public Gold Malaysia (PG001425)
Website : www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com
Belajar ramal pasaran dengan Teori Elliot Wave sebagai panduan analisa teknikal pasaran komoditi seperti pasaran emas atau perak ataupun pasaran matawang asing
atau pasaran forex. Teori Elliot Wave adalah cara meramal pasaran melalui pola gelombang Elliott wave
yang memudahkan pelabur atau trader mengenalpasti gelombang dan seterusnya dapat meramal arah pasaran serta menjangka pasaran berada di puncak atau di dasar pasaran. Teori Elliot Wave diciptakan oleh seorang akauntan professional
warga Amerika, Ralph Nelson Elliot. Pekerjaannya sebagai akauntan professional yang sentiasa dngan data, angka dan statistik menyebabkan ia menemui sistem
analisa pergerakan harga saham, matawang dan sebagainya setelah menganalisis pasaran selama 75 tahun. Sekarang sistem analisis Elliot di kenali dengan Teori
Elliot Wave.
Teori Elliott Wave mengatakan bahawa pola pasaran perdagangan biasanya bergerak dalam ayunan atau gelombang yang berulang. Ayunan harga ke atas dan kebawah
disebabkan oleh kumpulan psikologi kolektif pelabur dan ayunan ini disebut 'Wave' atau gelombang. Gelombang pasaran ini akan berulang dalam pola-pola yang sama
dengan itu pelabur atau trader yang dapat mengenalpasti gelombang akan dapat meramal arah harga pasaran berikutnya. Teori ini akan memudahkan trader untuk
meramal harga pasaran berada paling mahal atau murah atau menjangka pasaran di puncak atau di dasar.
Perkara utama dalam Teori Elliott Wave adalah gelombang yang berbentuk fractal iaitu gelombang berstruktur besar yang boleh dibahagi kepada beberapa bahagian
struktur gelombang yang lebih kecil (sub wave). Gelombang atau wave bergerak mengikut pola trend yang di panggil gelombang 5-3 wave. Nombor 5 bermaksud terdapat 5 gelombang (1,2,3,4 dan 5) yang wujud yg dipanggil Impulse Wave dan nombor 3 merujuk kepada gelombang yang terjadi selepas sempurnanya impulse wave iaitu 3 gelombang ini (A,B dan C) dikenali sebagai Corrective Wave. Rujuk
rajah di atas untuk memahami bentuk gelombang menaik / uptrend atau gelombang menurun / downtrend bagi teori Elliott Wave.
Makna yang terkandung dari setiap gelombang dari contoh carta harga
emas XAUD/USD : Gelombang 1: Pelabur atau traders membeli emas kerana harga emas berada pada
paras terendah menyebabakan permintaan yang tinggi terhadap emas dan menyebabkan harga emas naik.
Gelombang 2 : Pelabur atau pembeli emas mula menjual emas atau mengambil keuntungan yang menyebabkan harga emas turun sedikit.
Gelombang 3 : Gelombang ini biasanya yang terpanjang dan tertinggi kerana pengambilan untung oleh pelabur akan menarik perhatian lebih ramai pelabur untuk
memasuki pasaran menyebabkan harga emasa akan melambung lebih tinggi berbanding gelombang 1.
Gelombang 4: Sebahagian pelabur emas mengambil untung kerana harga emas yang tinggi dan sebahagian pelabur masih bertahan kerana merasakan harga emas akan
terus menaik menyebabkan pasaran emas lemah dan harga emas turun. Gelombang 5: Situasi dimana emas telah menjadi popular dan menjadi tajuk hangat dalam media massa menyebabkan lebih ramai membeli emas walaupun harga emas
tinggi sedangkan pelabur professional hanya bertahan atau menjual emas. Di penghujung gelombang 5, pengambilan untung berlaku secara besar besaran.
Ini menyebabkan harga kembali jatuh dan membentuk Corrective Wave.
Gelombang Correction ke 1 : Harga balik arah kerana sudah terlalu tinggi dan overbought.
Gelombang Correction ke 2 : Harga kembali naik mencari keseimbangan untuk mencari titik tolak .
Gelombang Correction ke 3 : Harga turun lebih panjang dari correction wave ke 1, inilah wujud pembetulan atau koreksi sebenarnya.
Setelah terbentuk 5 Wave dan 3 Corection , selanjutnya harga biasanya akan
mengikuti arah trend yang dibentuk oleh 5 wave.
Prinsip Utama Teori Elliott Wave, EW dan perkara yang membatalkan kitaran EW jika prinsip utama tidak di patuhi :
1. Wave2 tidak boleh melepasi permulaan Wave1
2. Wave3 adalah yg terpanjang diantara impulse wave 3. Wave4 tidak boleh melepasi harga Wave 1
Bagi pelabur matawang asing atau forex, Wave 2 dan wave 4 biasanya diselidiki atau
retrace di level Fibonacci Retracement untuk mendapatkan harga terendah bagi memulakan trading kerana pelaburan forex adalah pelaburan jangkamasa pendek atau singkat. Biasanya pelabur forex akan mengenalpasti wave 2 untuk bertindak beli atau jual, kerana ingin mendapat keuntungan daripada wave 3 yang biasanya
terpanjang. Bagi pelaburan emas fizikal yang melabur dalam jangka masa sederhana atau panjang, analisis Fibonacci tidak berapa penting, namun akan di bincangkan di
artikel selanjutnya.
Namun begitu ada wave atau bentuk gelombang lain yang tidak membatalkan Elliott Wave iaitu :
1. Extention Wave (Gelombang lanjutan)
Extension atau lanjutan adalah gelombang lanjutan yang biasanya terdapat pada gelombang wave 3 juga dikenali sebagai 1-9 waves. Gelombang ini terbentuk
daripada 9 wave lanjutan bagi menyempurnakan kitaran wave 5. Extention wave juga boleh di dapati pada wave 1 atau wave 5. Lihat jenis extention wave seperti di
atas.
2. Truncation (pemotongan) Gelombang wave 3 lebih tinggi dari gelombang wave 5 namun tidak membatalkan Teori Elliott Wave kerana di sebabkan truncation atau pemotongan seperti contoh
bull market truncation pada wave 5.
3. Alteration (perubahan)
Dalam Impulse Wave, wave 2 dan wave 4 kerap membuat alteration (perubahan) antara dua jenis corrective wave iaitu sharp retracement dan flat retracement.
Corrective Wave dalam teori Elliot wave :
Corrective wave adalah tiga gelombang yg wujud selepas gelombang wave 5 sempurna kitarannya. Ia dilabel sebagai A,B dan C
Rajah diatas menunjukan corretive wave terbentuk dalam formasi zig-zag. Dalam formasi ini, wave B lebih pendek dari A atau C. Terdapat juga corrective wave yg
terbentuk dalam formasi lain.
Formasi atau bentuk corrective lain antaranya: 1. Flats Wave (Gelombang Mendatar)
Flat wave adalah gelombang yang terbentuk dari panjang yang sama ataupun wave B yang melebihi permulaan wave A.
2. Triangles Wave Triangles Wave adalah bentuk gelombang segitiga yang semakin mengecil dan
berlainan dari pattern corrective. Triangles adalah corrective pattern yang terikat oleh pasaran
konvergen atau divergence trend. Triangle terdiri dari 5 gelombang yang bergerak melawan trend dengan cara membuat gelombang yang semakin mengecil. Triangles Wave terdiri daripada symmetrical, descending (menurun), ascending (menaik) dan
expanding (mengembang).
Analisa Teknikal Dengan Teori Elliot Wave adalah sesuai untuk belajar trading emas atau ramalan harga komoditi seperti emas dan perak ataupun belajar trading
matawang asing atau forex. Apabila telah mempelajari teori Elliott wave, trader akan dapat meramal arah pasaran harga emas atau pasaran matawang supaya dapat
membeli pada harga termurah. Sebenarnya banyak lagi bentuk gelombang dalam teori Elliott Wave dan apa yang di paparkan di sini adalah bentuk asas gelombang Elliot wave. Bagi mendapatkan ramalan yang lebih tepat teori Elliott wave boleh di gabungkan dengan analisa yang lain atau indicator tertentu yang bersesuaian. Klik
BELAJAR ANALISIS TEKNIKAL CARA MUDAH bagi mempelajari asas analisis teknikal pasaran daripada indicator atau penunjuk pasaran.
Bagi pelabur emas fizikal, belajar asas teori Elliott Wave berserta gabungan indicator analisis teknikal dalam pelaburan emas fizikal sudah memadai sebagai strategi
trading untuk meramal arah pasaran harga emas untuk bertindak membeli atau menjual emas kerana pelaburan emas fizikal adalah pelaburan yang tiada risiko
kerugian dan merupakan pelaburan jangka sederhana atau pelaburan jangka panjang. Klik RAMALAN HARGA EMAS AKHIR TAHUN 2014 bagi meneliti gelombang atau wave yang terbentuk daripada Teori Elliott Wave dan seterusnya
cuba membuat ramalan harga emas. Tujuan mengenal gelombang Teori Elliott Wave dalam pelaburan jongkong emas fizikal adalah untuk mengelak daripada membeli emas pada wave 5 iaitu pada harga tinggi. Pelaburan terbaik tanpa risiko kerugian adalah pelaburan emas fizikal public gold yang dapat melindungi dari kebocoran
wang dan menjamin masa depan yang lebih baik. Maklumat lanjut mengenai pelaburan jongkong emas dan perak public gold layari
www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com atau sms/whatsapp 019-9185593 ( Mohd Zaidi bin Junus, Master Dealer Public Gold Malaysia,PG001425 )
BELAJAR RAMAL PASARAN DENGAN ANALISIS ELLIOTT WAVE’S
Belajar ramal pasaran dengan Teori Elliot Wave sebagai panduan analisa teknikal pasaran komoditi seperti pasaran emas atau perak ataupun pasaran matawang asing
atau pasaran forex
Belajar,cara,ramal pasaran,Elliott wave’s,analisis Elliott wave,Teori Elliot Wave,analisis teknikal,panduan,analisa teknikal Elliott wave,analisis teknikal
pasaran,pasaran komoditi,pasaran emas,pasaran matawang asing,pasaran forex