cara belajar hipnotis (08128290394), belajar hipnotis, cara hipnoterapi
Belajar cara-belajar
-
Upload
rohana-nanyan -
Category
Documents
-
view
1.182 -
download
1
Transcript of Belajar cara-belajar
BELAJAR CARA BELAJAR
Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan MalaysiaJulai 2001
KANDUNGAN• Pengenalan•Objektif Modul •Rasional Belajar Cara Belajar•Apakah Belajar Cara Belajar ?• Peranan Guru dan Murid•Kemahiran Belajar Cara Belajar•Kemahiran Maklumat• Strategi Metakognitif• Pengurusan Masa• Persediaan Peperiksaan•Contoh Rancangan Pelajaran
1. OBJEKTIF MODUL
Menjelaskan konsep BCB.
Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran.
Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran.
Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p
Membantu guru melatih guru lain BCB
Menyediakan contoh rancangan p & p
Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran.
Melatih murid memperoleh maklumat tambahan di luar waktu sekolah.
Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk belajar seumur hidup.
2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR
Murid berupaya belajar sendiri tanpa guru.
Murid menggunakan pengetahuan rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.
Murid menilai tahap pembelajaran sendiri.
3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR
Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak
4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR
Kemahiran Belajar
Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.
Kemahiran belajar melibatkan beberapa
kemahiran seperti:
Kemahiran Belajar
–Kemahiran Mendengar–Kemahiran Membaca–Kemahiran Menulis–Kemahiran Mengambil Nota–Kemahiran Mengingat
a. Kemahiran Mendengar
Apa yang didengar ..........pelbagai teks
seperti:
Arahan Lakonan Puisi Berita Ucapan Syarahan Lagu Taklimat Pengumuman Penerangan
Mengapa perlu didengar.... untuk mendapatkan:
Maklumat Fakta Data Pengetahuan Penjelasan Penghayatan – muzik, puisi, bunyi
Siapa yang didengar ….
Sesiapa sahaja yang
· memberi maklumat
· memberi penjelasan
· membuat pertanyaan
· memberi pendapat
b. Kemahiran Membaca
Skimming Untuk maklumat ringkas dan pantas Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan
Scanning/ Imbasan Untuk maklumat lebih dalam daripada skimming Baca pendahuluan, rumusan dan bab Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data
Bacaan Intensif
Untuk Maklumat Terperinci
strategi : SQ3R
Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan
Question –tajuk jadi soalan – jawab
Read – baca perenggan untuk maklumat
Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan
Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi
Baca Laju
Boleh baca laju dan faham kandungan Tumpuan sepenuhnya masa membaca Kesan isi penting melalui tanda:
tulisan condong/ bergaris/tebal
graf/gambar rajah/peta minda Membuat catatan nota
Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran
menulis dengan kepantasan yang tinggi dan
tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh
itu, menulis cepat memerlukan unsur: Kelajuan menulis Tulisan yang boleh dibaca
Mencatat Nota
Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.
Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.
Mengingat
Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik.
Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.
Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar
· Motivasikan diri untuk memberi
sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu · Menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis• · Memandang ke arah guru.
KEMAHIRAN MAKLUMAT
KEMAHIRAN MAKLUMAT
Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah suatu aspek kemahiran
belajar cara belajar yang penting.
Definisi Maklumat
Maklumat ialah pengetahuan,data,butiran,fakta, keterangan, atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang
Definisi Kemahiran Maklumat
Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan
mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan
tertentu.
Kemahiran maklumat terdiri daripada:
Kemahiran perpustakaan
Kemahiran belajar
Kemahiran penyelidikan
Kemahiran komunikasi dan penyampaian
SUMBER
MAKLUMAT
Bahan bercetak
Bahan audiovisual
Sumber berasaskan komputer Contohnya buku, majalah, monograf,surat khabar, jurnal dan laporan.
Contohnya filem, video, aset, cakera laser, mirofilem, mikrofis, pita magnetik
Contohnya dalam talian dan luar talian, cakera padat, dan internet.
Contohnya ibu bapa, guru, pakar bidang, tokoh dan sebagainya.
Sumber berasaskan manusia
SUMBER MAKLUMAT
JENIS SUMBER/BAHAN
1. Jurnal 2. Laporan /Statistik3. Kertas Kerja4. Paten5. Standard/Piawaian6. Tesis/Disertasi7. Katalog Perdagangan8. Ensiklopedia9. Kamus10. Tesaurus11. Atlas/Peta12. Gazetiar13. Brosur/risalah14. Akhbar15. Majalah/Buletin16. Buku teks/rujukan
17. Buku Tahunan18. Monograf19. Buku log/diari20. Kitab suci/Hadith21. Almanak22. Indeks23. Abstrak24. Bibliografi25. Ulasan/Resensi26. Direktori27. Biografi28. Buku Panduan /Manual29. Pangkalan Data Dalam Talian30. Internet31. CD-ROM
MENGENAL PASTI MASALAH DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
• Memahami tugasan• Menggunakan pelbagai sumber rujukan• Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat• Membina soalan asas• Menentukan maklumat yang diperlukan• Mengenal pasti skop sumber• Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir semula masalah
MENILAI DAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT
• Gunakan teknik imbasan dan luncuran• Pilih bahan, baca, dengar dan tonton• Pastikan sumber sama ada sumber primer atau sekunder• Mentafsir maklumat visual seperti graf, peta dan carta.• Kumpulkan bukti., alasan dan butiran
yang dapat menyokong pandangan/hujah• Menilai sumber maklumat dan laman
web untuk mendapatkan yang tepat, boleh dipercayai, diperakui, dan sesuai dan pandangan.
Kemahiran Menemu Ramah
Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat
secara langsung dalam sesuatu peristiwa.
Tentukan maklumat yang diperlukan. Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak
ditemu ramah. Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan
maklumat yang dikehendaki (latar belakang tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya).
Buat janji temu dengan tokoh (tarikh, masa dan tempat).
Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki.
Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan.
PERSEDIAAN MENEMU RAMAH
Tepati janji temu Beradab dan gunakan bahasa yang santun
(memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan mengucapkan terima kasih).
Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat.
Adakan hubungan mata dan mendengar dengan teliti.
Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai soalan jika perlu.
Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku catatan.
Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar foto dan lain-lain).
SEMASA MENEMU RAMAH
Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya.
KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN
KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS
menggunakan dengan
kad katalog pembaca
mikrofis
dengan komputer OPAC
MENGGUNAKAN LACI KAD KATALOG
Ada tiga jenis laci kad katalog :
· Laci kad pengarang· Laci kad perkara · Laci kad judul Anda boleh menggunakan satu daripada lacI
tersebut berdasarkan maklumat yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara dan / atau judul.
Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu:
000-099 Karya Am100-199 Falsafah200-299 Agama300-399 Sains Kemasyarakatan400-499 Bahasa 500-599 Sains Tulen600-699 Teknologi700-799 Kesenian dan Hiburan800-899 Kesusasteraan900-999 Geografi, Sejarah dan Biografi
Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku
Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit
belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks,
bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan
maklumat yang tertentu .
Terdapat dua jilid ensiklopedia:Jilid maklumat umum atau jilid makro Jilid maklumat terperinci jilid mikro
Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang dicap dengan huruf besar yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT, dan KEJADIAN.
KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA
KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA KAMUS
Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa yang disusun mengikut urutan abjad.
Terdapat dua jenis kamus:
• kamus umum• kamus khas atau kamus istilah.
MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM KAMUS
1. Pecahan makna bagi entri dan subentri (literal dan idiomatik)2. Jenis kata3. Maklumat etimologi4. Label penggunaan5. Rujuk silang6. Varian7. Ejaan8. Sebutan9. Istilah10.Peribahasa11.Contoh ayat
MENGESAN MAKLUMAT DARIPADA KAMUS
1. Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad.
2. Pada sudut atas kiri setiap halaman dalam kamus tertulis kata pertama.
3. Pada sudut atas kanan tertulis kata terakhir bagi halaman tersebut.
4. Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah dapat halaman, cari perkataannya.
Fabulous fabulous – wonderful a fabulous dayIt was a fabulous week. Everything went well
entrifrasa
ayat Keterangan makna
Senarai enjin pencarian:
Infoseek (http://www.go.com) Alta Vista (http://www.altavista.com) Yahoo (http://www.yahoo.com) Google (http://www.google.com) Lycos (http://www.lycos.com) Cari (http://www.cari.com.my)
CONTOH ENJIN PENCARIAN
1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netschape, Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin utama.
2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan.
3. Taip kata carian (search word/search term) yang berkait dengan perkara , topik atau tugasan yang dicari.
4. Sebagai contoh jika anda ingin membuat tugasan tentang ‘keris’ taipkan keris jika enjin carian yang dipilh menyediakan versi Bahasa Melayu atau taip ‘dagger’ sekiranya tiada
CARA MENCARI MAKLUMAT DARIPADA INTERNET
pilihan Bahasa Melayu. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan dengan kata carian yang dimasukkan.
4. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dikehendaki.
5. Cuba kata carian yang lain sekiranya anda masih tidak memperoleh maklumat yang sesuai atau kurang lengkap.
Selamat Mencuba!
STRATEGI METAKOGNISI
An intellect is someone whose mind watches itself.
- Albert Camus
Metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui.
(Costa, A.L.:1981)
Metakognisi ialah kesedaran tentang hal yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.
Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaran merupakan perkara penting dalam aspek metakognisi. Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawal fikirannya untuk merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari .
Pengertian Metakognisi
STRATEGI METAKOGNISI
I. Merancang apa yang ingin dipelajari.Ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri. Iii Menilai apa yang dipelajari.
Pelajar mengawal pembelajarannya dengan:
KEMAHIRAN MERANCANG
• Meramal
• Menyediakan diri
• Membuat perancangan
KEMAHIRAN MEMANTAU
Kemahiran ini memerlukan: Murid bertanya soalan seperti:
Adakah ini membawa makna kepada saya? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Apakah soalan yang harus saya tanyakan?
KEMAHIRAN MENILAI
Murid perlu membuat refleksi:
Mengapa kemahiran, nilai dan pengetahuan dapat dikuasai ?
Bagaimanakah sesuatu dapat dijalankan ?
Dengan pengetahuan itu pelajaran baru dipelajari dengan strategi yang sesuai.
CARA MENGAJAR METAKOGNISI
Metakognisi tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran. Metakognisi perlu disisipkan dalam kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan.
STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN METAKOGNISI
MERANCANG Sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan,
guru mengajarkan peraturan yang patut dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah dan hala tuju yang harus diikuti.
Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan pandangan tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan itu dipatuhi .
KEPENTINGAN MENYOAL PADA SEMUA PERINGKAT METAKOGNISI Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran.
Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu.
Bincang dengan murid tentang pemilihan mereka dari segi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat.
Ini akan membantu pelajar mengikuti proses metakognisi .
PEMILIHAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA
Guru harus memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteria penilaian sama ada
- membantu atau menghalang; - yang disukai dan tidak disukai; atau - baik dan buruk sesuatu aktiviti.
MENILAI DENGAN PELBAGAI KRITERIA
Bagaimanakahtindakan itu
harus diberikan pengiktirafan?
Apakah tindakan yang
membanggakn diri anda?
MENGAMBIL KREDIT
Guru harus meminta pelajarmendapatkan maklum balas daripadarakan dengan mengajukan soalan seperti:
Pelajar harus menanyakan beberapa soalan:
“Apakah informasi yang diperlukan?” “Apakah alatan yang diperlukan?” “Apakah kemahiran yang diperlukan untuk
melakukan tingkah laku berkenaan?”
Soalan ini akan memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru, keyakinan murid dapat dipertingkatkan.
MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR
MENGGALAKKAN IDEA DARIPADA MURID
Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya: GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya ialah …
GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu saya tentang …
MEMBERIKAN LABEL BAGI SESUATU TINDAKANGuru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan itu dengan memuji dan memberi kan pengiktirafan seperti: “Bagus, kamu sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi …”“ Apa yang kamu semua buat adalah satu eksperimen yang baik.” “Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang baik.”
Biasanya murid mengeluarkan perkataan seperti“tidak adil’, ‘tidak baik’, “sangat tegas.” Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan “tidak adil”, “tidak baik”,
atau “sangat tegas” kepada murid.
MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN
MAIN PERANAN DAN SIMULASI Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi secara metakognitif tingkah laku dan sifat peranan tersebut. Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan.
Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini membantu murid:
- Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbolik / grafik. - Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru.
- Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara
membuat keputusan.
- Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami.
MENULIS JURNAL
· Contoh teladan oleh guru dan menjadi ikutan oleh murid adalah proses sangat berkesan. · Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana guru merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah lakunya supaya murid dapat mencontohinya.
MEMBERIKAN TELADAN
PENGURUSAN MASA
Murid yang berjaya biasanya mempunyai:
1. Jadual waktu
2. Perancangan yang tersusun dan
sistematik.
Apakah jadual waktu dan Perancangan ?
Jadual Waktu Pembahagian masa hari ke hari yang
terperinci dan merangkumi:
1. Sesi pembelajaran2. Aktiviti-aktiviti lain.
PerancanganPandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.
Bagaimana menghasilkan jadual waktu persendirian? Tentukan masa untuk sesuatu
mata pelajaran. Pilih keutamaan. Tumpuan kepada topik sukar. Pembahagian sama rata hari ke
hari. Pilih masa yang paling sesuai. Peruntukan masa untuk aktiviti-
aktiviti lain.
Selain belajar, masa harus diperuntukkan untuk :
Berehat. Membuat kerja rumah. Bersukan. Membantu ibu bapa Aktiviti yang diminati Kelas tambahan
Apakah kelebihan mempunyai jadual waktu? Mengurangkan pembaziran waktu. Fokus pada pelajaran. Teratur. Mengambil kira semua mata pelajaran. Keutamaan. Melatih diri supaya tidak menangguhkan
kerja.
GAYA PEMBELAJARANMengapa perlu mengenal pasti gaya pembelajaran?
Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.
Fokus terhadap apa yang diperlajari Memaksimumkan hasil pembelajaran.
Apakah Gaya Pembelajaran?
1. Gaya pembelajaran VAK
2. Gaya pembelajaran Dunn & Dunn
1. Gaya pembelaran VAK
VISUAL
AUDITORI
KINESTETIK
2. Gaya Dunn & Dunn
Berasaskan beberapa aspek :
Alam Sekitar Emosi Sosiologi Fizikal Psikologi
Alam Sekitar
Bunyi Cahaya Suhu Pola
Emosi
Motivasi Ketabahan Tanggung jawab Struktur
Sosiologi
Sendiri Pasangan Rakan Sebaya Pasukan Guru Pelbagai cara
Fizikal
Persepsi Makan Waktu Gerakan
Psikologi
Global atau Analitik Otak Kiri atau Otak Kanan Impulsive atau Refleksif
PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAANPeperiksaan memberikan pelbagai pengalaman
RISAU
SUKA
DUKA
KECEWA
dan sebagainya….
SEBELUM PEPERIKSAAN
Bersedia Latihan Tidur secukupnya Yakin Makan secukupnya Awal Tenang Jangan mengulang kaji pada saat-saat akhir
SEMASA PEPERIKSAAN
Baca arahan dengan teliti
Anggarkan masa Teruskan kepada
soalan yang lebih mudah
Jangan panik releks
GURU PERLU:
Bantu murid tekun belajar.
Tingkatkan minat murid terhadap kerja sekolah.
Bantu murid memberi perhatian.
Ajar murid teknik belajar yang betul
Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu
Tingkatan : EmpatMasa : 80 minitTajuk : Berita / Laporan SukanBidang : Maklumat dan Interpersonal Hasil pembelajaran: 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan
gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi penting tentang pelbagai bahan yang didengar, dibaca dan ditonton.
7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan berdasarkan konteks.
Aras 1 (i) Mendengar dan memahami pelbagai teks. (ii) Mengenal pasti dan menyatakan gambaran umum dan idea utama dalam pelbagai bahan. 1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila dengan menggunakan soalan pelbagai aras. Aras 1 (v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapan yang sesuai dalam perbualan secara bertatasusila. Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulisSistem bahasa: Kosa kata
Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulisSistem bahasa: Kosa kataIlmu: SukanPeraturan Sosiobudaya: bekerjasama, bertolak ansur dan patriotismeKemahiran bernilai tambah: - Belajar Cara Belajar (merujuk kamus, membuat nota ringkas dan metakognisi) - Kajian Masa Depan
Langkah pengajaran dan pembelajaran: 1. Murid mendengar rakaman audio muzik montaj rancangan sukan TV, dan bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang didengar. (set induksi) 2. Guru mengemukakan soalan sebelum memperdengarkan rakaman audio laporan sukan dan mencatat isi penting kepada murid. (metakognisi)
3. Murid dan guru bersoal jawab untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan dan format laporan sukan yang
didengar. 4. Murid mendengar rakaman audio temu bual
dengan seorang ahli sukan terkenal dan menyenaraikan isi penting.
(kemahiran mencatat isi) 5. Murid menyenaraikan isi penting dan
membandingkan jawapan dengan senarai isi yang disediakan oleh guru.
6. Guru mengedarkan teks temu bual dan menerangkan cara mengesan isi penting dalam teks tersebut. (kemahiran mengenal isi penting)
7. Murid membaca teks yang diedarkan dan mengesan perkataan sukar serta merujuk kamus untuk mengetahui makna perkataan mengikut konteks kemahiran merujuk. 8. Murid menjalankan main peranan sebagai pemain badminton negara dan wartawan. Murid mengulas tentang teknik penyoalan dan kata yang digunakan dalam temu bual. Guru membuat ulasan dan rumusan. 9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti dalam bentuk dialog