batik idol

22
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012 ISI KANDUNGAN SEKAPUR SIREH………………………………………………………….M/S 1 JENIS PERNIAGAAN……………………………………………………...M/S 2 LATAR BELAKANG KEHIDUPAN………………………………………..M/S 3 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI………………………………..M/S 6 VISI/MISI DALAM PERNIAGAAN…………………………………………M/S 7 PRINSIP HIDUP…………………………………………………………….M/S 8 CIRI-CIRI/KOMPETENSI USAHAWAN YANG DIMILIKI……………….M/S 9 KEBAJIKAN/SUMBANGAN………………………………………………..M/S 11 KESIMPULAN……………………………………………………………….M/S 12 LAMPIRAN…………………………………………………………………..M/S 13 0

Transcript of batik idol

Page 1: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

ISI KANDUNGAN

SEKAPUR SIREH………………………………………………………….M/S 1

JENIS PERNIAGAAN……………………………………………………...M/S 2

LATAR BELAKANG KEHIDUPAN………………………………………..M/S 3

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI………………………………..M/S 6

VISI/MISI DALAM PERNIAGAAN…………………………………………M/S 7

PRINSIP HIDUP…………………………………………………………….M/S 8

CIRI-CIRI/KOMPETENSI USAHAWAN YANG DIMILIKI……………….M/S 9

KEBAJIKAN/SUMBANGAN………………………………………………..M/S 11

KESIMPULAN……………………………………………………………….M/S 12

LAMPIRAN…………………………………………………………………..M/S 13

0

Page 2: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

SEKAPUR SIREH

Alhamdulillah syukur saya kehadrat ilahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan bagi subjek Entrepreneurship untuk semester 4 bagi sesi Julai – Disember 2010. dengan limpah dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun mengalami serba sedikit masalah.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Wan Zaiti Hastuti iaitu pensyarah subjek ini kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada keluarga saya yang juga memberi semangat dan dorongan. Ribuan terima kasih saya juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sokongan dan sedikit tunjuk ajar kepada saya sepanjang tugasan ini dijalankan.

Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tn. Haji Nordin b Mohamad yang merupakan tokoh pilihan saya untuk tugasan Usahawan Idola serta semua staff Nordin Batik Sdn Bhd walaupun saya tidak sempat bersua muka dengan Tn Hj Nordin Bin Mohamad kerana beliau mempunyai hal yang tidak dapat di elakkan, hasil daripada maklumat semua ahli keluarga beliau, staff beliau akhirnya tugasan ini berjaya di siapkan. Semua jasa baik yang terlibat dalam proses menyiapkan tugasan ini adalah amat saya hargai.

Sekian, Terima Kasih.

1

Page 3: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

TUAN HAJI NORDIN BIN MAHMOOD PENGURUS NORDIN BATIK SDN BHD

JENIS PERNIAGAAN

Nordin Batik Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perusahaan batik di negeri Kelantan. Syarikat ini adalah hak milik Tn Haji Nordin dengan berasaskan nama Syarikat Sendirian Berhad. Syarikat ini beroperasi di bawah naungan Tn Haji Nordin b. Mahmood yang menubuhkannya pada tahun 1993 iaitu tambahan kepada perniagaan yang dahulunya didaftarkan di bawah Ordinan Perniagaan 1956 sebagai pemilik tunggal pada 1hb September 1981. Dewasa ini, Nordin Batik telah menjadi syarikat yang terulung di negeri Kelantan apabila wujudnya Wisma Nordin yang terletak pada di Lot 74, Kampung Paloh Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan yang mana bernilai lebih kurang 2 juta. Di samping mengusahakan perusahaan batik, Tn Haji Nordin juga telah membangunkan hotel bajet Paloh Inn yang terletak pada bangunan yang sama, di mana sekarang ini di uruskan oleh puteri Tn Haji Nordin, Pn. Azlizan bt Nordin. Di bangunan wisma nordin juga terletaknya Showroom Nordin Batik iaitu merupakan sebuah pusat jualan kraftangan yang pertama seumpamanya di Bandar Kota Bharu yang di uruskan oleh puteri Tn Haji Nordin iaitu Pn Azlinda bt Nordin.

2

Page 4: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

LATAR BELAKANG KEHIDUPAN TN HAJI NORDIN B MAHMOOD

ama Tn. Hj Nordin b. Mahmood tidak asing lagi dalam kalangan pengusaha batik di negeri Kelantan malahan telah menempa nama sebagai pengusaha batik negara. Beliau merupakan hasil

perkahwinan Mahmood b Mohamad bersama isterinya dimana kedua-duanya adalah merupakan peengusaha batik tradisional. Beliau di lahirkan pada tanggal 24 September 1949 di negeri Cik Siti Wan Kembang di daerah Kubang Kerian. Beliau telah menamatkan zaman bujangnya, berkahwin dan telah di kurniakan dengan 6 orang cahaya mata iaitu 2 orang putera serta 4 orang puteri.

N

Anak jati negeri Kelantan ini menerima pendidikan pertamanya di Sekolah Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu. Seterusnya telah melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan MCE di Sultan Ismail College (SIC), Kota Bharu.Perumpamaan “ mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi “, cukup sinonim dengan Tn Haji Nordin kerana beliau telah mewarisi bakat serta kepakaran membuat batik dari ayah beliau iaitu Mahmood b. Mohamad.

Kehidupan zaman kanak-kanak beliau mungkin berbeza dengan kanak-kanak lain, tatkala kanak-kanak lain cukup sibuk dengan permainan masing-masing, mandi sungai dan sebagainya, beliau hanya bermain dengan warna dan kain sahaja. Masakan tidak, apabila bangun pada waktu pagi, bapa beliau sudah membuat batik. Di sebabkan itu beliau banyak menghabiskan masa di bangsal batik bapa beliau.

Beliau telah memulakan perusahaan batik ini dari peringkat bawahan iaitu dengan mengusahakan batik tradisional (batik blok) pada tahun 1972 dengan menyewa premis di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu.Perusahaan batik blok tradisional adalah langkah bagi melangsungkan usaha bapa beliau dan di sinila bermulanya era Nordin Batik.

3

Page 5: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

Beliau telah mendaftarkan perniagaan di bawah Ordinan Perniagaan 1956 iaitu sebagi pemilik tunggal pada 1hb September 1981. Seterusnya beliau telah maju setapak dan masuk ke arena batik ‘ canting ‘ pada tahun 1985 dan telah berpindah ke Kg Sireh, Kota Bharu. Setelah menempuh pelbagai ranjau dalam perniagaan beliau telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat yang berasaskan Syarikat Sendirian Berhad iaitu Nordin Batik Sdn. Bhd pada tahun 1993 dan berpindah sekali lagi ke Kampung Paloh Pintu Geng. Pada tahun 1993 juga merupakan tahun yang amat mendukacitakan bagi beliau, kerana sekitar tahun itu zaman perniagaan batik merudum menyebabkan permintaan terhadap batik menurun dan kemuncaknya kemelesetan ekonomi negara setahun dua selepas itu. Situasi ini telah memaksa tiga perempat pembuat batik di Kelantan gulung tikar akibat terpaksa menanggung kerugian. Keadaan ini mengambil masa tujuh tahun untuk di pulihkan dan perusahaan pada masa itu boleh di ibaratkan “ hidup segan mati tak mahu”, sehingga ada orang bertanya masih adakah orang membuat batik ketika itu.

Berkat kesabaran beliau, setahun dua selepas itu perusahaan beliau mulai bernafas kembali, batik mula laris seperti goreng pisang panas kerana kain sutera dan penggunaan teknik lukis tangan di perkenalkan. Cara ini telah membuka era baru dalam perusahaan batik.

Dengan perkembangan yang positif itu, ramai pengusaha batik dan penggemar batik telah membuat tempahan kepada beliau untuk menjual batik di seluruh negara. Setelah sekian lama beliau mengambil tempahan, beliau telah mengambil langkah drastik iaitu dengan membuat keputusan untuk menjenamakan batik buatan beliau sendiri pada tahun 2003 kepada Nordin Batik. Dengan kegigihan dan ketabahan yang di miliki oleh beliau, syarikat ini telah berkembang maju tahun demi tahu di dalam perusahaan batik seterusnya menjadi syarikat yang terulung di Kelantan. Pada masa yang sama beliau telah mewujudkan sebuah bangunan di atas tanah yang berkeluasan 11,200 kaki persegi iaitu Wisma Nordin, Kota Bharu di Lot 74, Kampung Paloh Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan.

4

Page 6: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

Sebagai seorang usahawan, usaha beliau tidak terhenti situ sahaja malah beliau telah mempelbagaikan cabang dalam perusahaan beliau, antaranya adalah Nordin Batik Showroom yang terletak di Wisma Nordin, di mana showroom tersebut merupakan pusat pameran dan jualan kraftangan yang pertama di Kelantan selain itu tidak melupakan misi asal beliau iaitu memasarkan batik.

Selain itu juga, beliau turut menceburi bidang perhotelan iaitu dengan penubuhan Paloh Inn Hotel yang terletak di Wisma Nordin juga. Ini sangat bertepatan dengan perumpamaan “sambil menyelam minum air”, kerana beliau cukup bijak dalam merebut peluang yang berada di hadapan beliau. Sekarang Showroom Nordin Batik dan Paloh Inn Hotel kini adalah di bawah pengurusan kedua puteri beliau iaitu Pn Azlinda bt Nordin merangkap Pengurus Showroom Nordin Batik dan Pn Azlizan bt Nordin merangkap Pengurus Paloh Inn Hotel.

Selain menguruskan perusahaan beliau, Tn Hj Nordin b Mahmood juga tidak memandang enteng tentang kesihatan, oleh itu beliau bergiat aktif dalam Persatuan Hexiang Zhuang Qigong Kelantan dan telah mendapat pengiktirafan Yang Di Pertuan Agong.Bakat kepimpinan beliau kian terserlah apabila beliau di pilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Batik Negeri Kelantan sehingga sekarang.

5

Page 7: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI.

Setiap insan di dunia ini tidak boleh lari dari cabaran dan dugaan dalam hidup, begitu juga dengan Tn Hj Nordin b Mohammad sendiri. Pelbagai asam garam dalam selok belok perniagaan telah beliau lalui. Beliau juga telah merasa bermula dari bawah, kemerosotan ekonomi, karenah pelanggan dan banyak lagi.

Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh beliau adalah masalah untuk bertapak dalam industri batik. Untuk menjadikan batik beliau di kenali orang ramai, beliau pernah menjual kain batik dari rumah ke rumah dengan menggunakan basikal dan beliau berjalan kaki sambil memikul kain batik sekiranya basikal beliau rosak. Setelah orang ramai mula mengenali akan kain batik tersebut, beliau mula mendapat tempahan dari pelusuk Kota Bharu.

Di samping itu juga, kehidupan keluarga beliau yang serba kekurangan telah menaikkan lagi motivasi beliau untuk berdikari sendiri. Betapa susahnya hidup beliau sehingga beliau mengambil langkah untuk meneruskan usaha bapa beliau dalam mengusahakan batik tradisional. Sehinggalah beliau berjaya menjadikan syarikat beliau antara yang elit di Kelantan pada masa ini. Apa yang menarik perhatian saya adalah beliau tidak langsung meninggi diri malah selalu mengingati asal usul beliau. Sampai begitu sekali beliau merendahkan diri namun beliau percaya pasti ada hikmah di sebalik apa yang di lakukannya.Cabaran yang paling besar yang pernah di tempuhi dan tidak mungkin di lupakan adalah kegawatan ekonomi Malaysia pada sekitar tahun 1993 sehingga hujung 1998. Di antara tahun itu, perniagaan beliau mula jatuh dan permintaan terhadap batik merudum secara mendadak sehinggakan tiga perempat dari pengusaha batik di negeri Kelantan telah kerugian teruk dan ada yang telah lingkup. Pelbagai inisiatif telah di lakukan oleh beliau untuk mengukuhkan kembali perniagaan beliau hinggalah diperkenalkan kain sutera dan penggunaan teknik lukis tangan. Sejak dari itu bermulalah evolusi dalam batik sehingga ke hari ini.

Beliau telah menanam sikap sentiasa maniskan muka apabila berdepan pelanggan walaupun mereka silap dan cerewet. Tapi masih tidak terlepas dari pelanggan yang menipu, tidak membayar batik yang sudah di ambil, dan lain- lain. Inilah asam garam perniagaan yang beliau pernah lalui.

6

Page 8: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

VISI/MISI TN HJ NORDIN DALAM PERNIAGAAN

VISI Menjadikan syarikatnya salah sebuah syarikat yang menjadi contoh kepada kaum Bumiputera, selain itu juga beliau ingin memperkembangkan lagi empayar batik beliau ke peringkat antarabangsa. Beliau juga ingin memastikan bahawa batik ini tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Malah semakin berkembang pesat sampai bila-bila.

MISI

Membantu keluarga menjadi misi utama beliau dalam perniagaan. Nasib keluarganya yang serba kekurangan dan susah menjadi titik tolak kepada penubuhan syarikat beliau ini. Beliau berazam untuk membantu keluarganya dengan kepakaran yang ada padanya.

Penubuhan syarikatnya juga telah banyak memberi peluang pekerjan kepada masyarakat setempat. Ini juga merupakan salah satu misi beliau dalam perniagaannya. Beliau dengan sikap yang terbuka menerima pekerja sama ada dari golongan muda dan ibu- ibu tunggal. Status pekerja tidak penting baginya asalkan dapat mengeluarkan mutu pekerjaan yang baik kepada syarikat.

Beliau juga mempunyai misi untuk memastikan syarikatnya berkembang pesat serta menjadi contoh kepada usahawan lain. Beliau ingin memastikan bahawa syarikatnya berjaya mengeluarkan mutu yang dapat memuaskan kehendak pelanggan.

7

Page 9: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

PRINSIP HIDUP.

Manusia sememangnya hidup dimuka bumi ini berpegangkan kepada kepercayaan atau pegangan masing-masing tidak kira lain agama atau adatnya. Pegangan kepada sesuatu adalah penting kerana ianya akan mencorak kehidupan kita nanti. Oleh sebab itu, prinsip hidup adalah satu kunci untuk seseorang itu berjaya dalam hidup.

Bagi Tn. Hj Nordin beliau berpegang pada prinsip “tiada kejayaan tanpa usaha”. Prinsip inilah yang dipegang olehnya sejak dari bangku sekolah lagi sehinggalah beliau berjaya dalam kerjayanya. Beliau juaga menggunakan slogan “pelanggan sentiasa betul”, sebagai platform atau kata-kata semangat bagi dirinya sama ada dalam pengurusan syarikat dan sebagainya. Ini semua jelas terbukti apabila beliau telah berjaya menubuhkan syarikat yang kini teguh dalam perniagaan, di samping khidmat mesra pelanggan yang boleh dikata antara yang terbaik.

8

Page 10: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

CIRI-CIRI / KOMPETENSI KEUSAHAWANAN YANG DIMILIKI.

Seperti yang diketahui umum, untuk seseorang itu bergelar usahawan yang berjaya mestilah berasaskan ciri-ciri keusahawanan yang dimilikinya. Dalam konteks usahawan, seseorang usahawan itu mempunyai ciri-ciri yang boleh mendorong mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Ciri-ciri keusahawanan begitu penting bagi usahawan kerana ianya akan membentuk atau mencorak diri kita kearah usahawan yang berjaya.

Begitu juga dengan Tn Hj Nordin beliau telah mempunyai bakat atau ciri-ciri untuk menjadi usahawan sejak dari kecil lagi. Ini jelas terbukti apabila beliau sanggup mengorbankan masa mudanya dengan melakukan pekerjaan bersama bapanya di kilang batik. Pengorbanan ini sememangnya berat baginya namun atas tekad dan usahanya untuk membantu keluarga, beliau sanggup berkorban masa demi keselesaan keluarga. Pada usia muda juga, beliau begitu tekun belajar dan menimba pengalaman tentang serba sedikit ilmu pengetahuan. Beliau belajar daripada bawah lagi sehingga ilmu yang diperolehinya itu dapat dipergunakan untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Beliau juga berfikiran kreatif dalam melakukan perniagaan dengan berjaya mengabungkan syarikat batik yang diwarisi olehnya itu dengan hotel bajet serta showroom Nordin Batik. Di sini dapat dilihat betapa tajamnya pemikiran beliau dalam merebut peluang perniagaan mengikut permintaan ramai. Sikap kompetensi ini harus ada pada usahawan untuk berjaya dalam kerjayanya.

Nordin Batik Sdn.Bhd, adalah merupakan hasil titik peluh Tn. Hj Nordin yang selama ini berusaha bersungguh-sungguh dalam meneruskan perniagaannya. Seperti kata pepatah, “alang-alang celup perkasam, biarlah dari rebungnya”. Mungkin ini menjadi kata-kata semangat untuk menjadikan syarikatnya sebuah syarikat yang mampu bersaing dengan syarikat-syarikat maju yang lain.

9

Page 11: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

Beliau begitu bersungguh-sungguh memajukan syarikatnya tanpa erti jemu. Beliau juga merupakan anak yang tidak mudah mengenal erti putus asa dalam apa jua perkara yang dilakukannya. Ini jelas dapat digambarkan berdasarkan pengalamannya ketika usia remaja lagi yang terpaksa menempuhi kegawatan ekonomi sekitar tahun dan hujung tahun 1997, hinggakan perniagaan beliau jatuh selama tujuh tahun. Namun begitu, beliau tetap juga tidak berputus asa dan sedikit demi sedikit beliau dapat menyesuaikan dirinya. Sikapnya inilah yang dibawa dalam perniagaannya biarpun banyak cabaran yang dihadapinya dalam dunia keusahawanan namun beliau tidak pernah mengenal erti putus asa.

Dalam sesuatu organisasi syarikat, pekerja merupakan tenaga penting untuk melaksanakan atau menjalankan operasi syarikat. Tanpa pekerja maka tempanglah sesebuah syarikat tersebut. Oleh itu pekerja amat penting untuk syarikat. Mungkin inilah yang diterapkan dalam diri Tn Hj Nordin yang sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya. Beliau tidak mengambil mudah segala masalah berkaitan pekerjanya, malah sentiasa memandang serius walaupun kebanyakkan pekerjanya terdiri daripada golongan remaja dan ibu-ibu tunggal. Ciri inilah yang patut ada pada usahawan yang berjaya.

Selain daripada itu, beliau juga mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menguruskan syarikatnya. Biarpun beliau tidak berpendidikan tinggi dan tidak pernah masuk belajar di university namun status itu tidak diambil peduli olehnya malah beliau yakin akan berjaya di masa akan datang. Keyakinan pada dirinya ini terserlah pada apabila beliau telah berjaya menubuhkan empayar Nordin Batik Sdn Bhd, dan ini adalah hasil usaha beliau yang yakin pada dirinya. Beliau berharap ciri ini akan terus kekal dalam dirinya untuk berjaya di masa akan datang.

10

Page 12: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

Beliau juga berpandangan jauh ke depan dan sentiasa memikirkan kemajuan dirinya dan syarikat. Setelah tertubuhnya Nordin Batik Sdn Bhd, beliau memikirkan bahawa tidak cukup baginya untuk bergelar usahawan. Dengan itu, beliau mengambil inisiatif untuk mengembangkan perniagaannya dengan menubuhkan sebuah lagi kilang. Kali ini beliau menubuhkan gabungan bilik pameran Nordin Batik, bengkel batik dan hotel bajet Paloh Inn yang terletak di bangunan yang sama iaitu Wisma Nordin.

KEBAJIKAN / SUMBANGAN

Sebagai manusia yang hidup dimuka bumi ciptaan Allah S.W.T ini, kita tidak pernah lari daripada amal-amal jariah dan kebajikan. Susah senang kehidupan didunia ini adalah mengikut kehendak-Nya. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat golongan yang susah dan senang cuma kita sahaja yang dapat membezakannya. Oleh itu, soal kebajikan adalah penting dalam kehidupan seharian manusia. Usahawan seperti Tn. Hj Nordin sememangnya susah untuk dicari di kalangan masyarakat sekarang ini. Beliau bagaikan satu dalam seribu kerana kegigihannya selama ini telah menunjukkan hasil yang menguntungkan dirinya sendiri. Tidak lengkap bagi seseorang usahawan jika tiada sumbangan atau kebajikan. Beliau juga sering menyumbangkan kebajikan kepada rumah-rumah kebajikan yang ada di Kelantan. Walaupun sumbangannya tidak seberapa, namun keikhlasan dan kejujurannya menjadi satu sifat yang semulajadi kekal ada dalam dirinya.

Sumbangannya kepada ekonomi setempat juga tidak kurang banyaknya. Setelah beliau berjaya menubuhkan syarikatnya, ekonomi setempat menjadi meningkat kearah positif. Ekonomi masyarakat setempat meningkat apabila terdapatnya peluang-peluang pekerjaan di syarikatnya. Ini merupakan sumbangannya kepada ekonomi biarpun sumbangan ini secara tidak langsung.

11

Page 13: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

KESIMPULAN

Keistimewaan pada seseorang insan yang bernama manusia adalah merupakan pemberian Tuhan. Kita sebagai makhluk-Nya patut merasa bertuah dan bersyukur kerana setiap manusia yang dicipta di atas muka bumi ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Cuma kita sahaja yang dapat menggunakannya dengan cara kita sendiri. Sebagai contoh yang terbaik, Tn. Hj Nordin Bin Mohamad. Namun sifat keperibadiannya yang begitu menarik telah berjaya membawa nama beliau sebagai usahawan berjaya dan pernah mendapat Tokoh Usahawan Negeri Kelantan Kategori Batik 3 tahun berturut, Tokoh Usahawan Berdikari Kelantan selama 3 tahun berturut-turut juga. Walaupun beliau istimewa, beliau sangat meminati bidang usahawan ini sehinggakan sanggup mengorbankan masa dan tenaganya untuk mencapai apa yang diimpikannya selama ini. Ketabahan dan kecekalan beliau dalam menghadapi segala cabaran-cabaran dalam perniagaan telah mengajar beliau erti dunia usahawan yang sebenarnya. Biarpun kadang kala beliau merasakan susahnya untuk berjaya, namun beliau tetap dengan pendiriannya. Semua kejayaan yang telah dikecapainya selama ini adalah hasil daripada berkat usahanya dan dorongan daripada keluarganya sendiri. Walaupun beliau adalah seorang yang berpendidikan setakat sekolah menengah, ilmu yang diperolehinya itu tidak dapat membataskannya untuk berjaya dalam kerjayanya. Beliau merupakan seorang tokoh yang patut dijadikan contoh kepada masyarakat serta usahawan-usahawan lain untuk berjaya. Beliau bagaikan titik tolak perjuangan kepada golongan Bumiputera. Sebagai masyarakat yang cukup sempurna kita seharusnya mencontohi beliau sebagai model untuk kita berjaya dalam kerjaya masing-masing.

12

Page 14: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

LAMPIRAN

Temuramah bersama En. Ruhi Mukhlis Muhammad(Pengarah Showroom Nordin Batik)

Di Bengkel Batik Nordin Batik Sdn Bhd

13

Page 15: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

Antara pencapaian Nordin Batik Sdn. Bhd.

Di Nordin Batik Sdn. Bhd Showroom di Wisma Nordin

14

Page 16: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

##TAMAT##

15

Page 17: batik idol

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

16