BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY(CBCT2203)

22
FACULTY OF SCIENCE & TECHNOLOGY (FST) CBCT 2203 BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY SEMESTER JANUARY 2015 ASSIGNMENT NAMA: AHMAD MIRZA RUSYAIDI BIN MOHD RAFI NO IC: 930930-11-5375 NO TEL: 010-9184212 EMAIL: [email protected] NO MATRIK 930930115375-01

description

semester january 2015

Transcript of BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY(CBCT2203)

FACULTY OF SCIENCE & TECHNOLOGY (FST)CBCT 2203BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGYSEMESTERJANUARY 2015ASSIGNMENT

NAMA:AHMAD MIRZA RUSYAIDI BIN MOHD RAFI

NO IC:930930-11-5375

NO TEL:010-9184212

EMAIL:[email protected]

NO MATRIK930930115375-01

LEARNING CENTRESyah Alam Learning Center

SEMESTER: 2KANDUNGAN

Pengenalan

Jenis-jenis Storan Sekunder

Storan Sekunder Di Dalam Perniagaan

Storan Sekunder Pilihan Untuk Perniagaan Kecil Dan Sederhana

Kesimpulan

PENGENALAN

Teknologi maklumat merupakan satu industri yang telah dibangunkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad dengan terbinanya Multimedia Super Corridor (MSC) kini telah menunjukkan kesan-kesan yang memberansangkan dengan pencapaian kemajuan yang tinggi serta telah membuktikan mampu mengatasi sistem penggunaan yang telah dipraktik sejak dahulu bagi membangunkan sesuatu industri untuk mencapai objektif perniagaan dari segi keperluan pengurusan mahupun perniagaan tersebut.

Kemajuan dalam sistem teknologi maklumat dan komunikasi telah membolehkan pelbagai data-data rekod di dalam suatu perniagaan dalam disimpan dalam bentuk yang mampu memudahkan pengguna bagi mencapai suatu kemajuan didalam perniagaan. Teknologi maklumat ini juga mampu membantu pembangunan industri dari segi pentadbiran dan pengurusan dan pada masa yang sama dapat memaksimakan output pengeluaran sesuatu industri.

KAJIAN KES

Definisi Perniagaan Bersaiz Kecil Dan SederhanaPada 1 Januari 2014, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah merasmikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membantu transformasi negara menjadi negara berpendapatan tinggi melalui inisiatif-inisiatif di bawah Pelan Induk PKS. Hasil daripada perubahan ini, peratusan bilangan PKS daripada jumlah keseluruhan perniagaan di negara ini dijangka akan meningkat dari 97.3% pada masa ini ke 98.5%.

Perusahaan perniagaan bersaiz kecil mengikut definisi mengikut dari segi pembuatan adalah perusahaan yang mempunyai hasil jualan tahunan sebanyak dari RM 300, 000 hingga kurang daripada RM 15 juta secara keseluruhannya. Selain itu perniagaan bersaiz kecil bagi pembuatan ini juga merupakan perniagaan yang mempunyai pekerja seramai dari 5 hingga kurang daripada 75 pekerja. Mengikut dari segi perkhidmatan dan sektor lain pula adalah perusahaan yang mempunyai hasil jualan tahunan sebanyak dari RM 300, 000 hingga kurang daripada RM 3 juta secara keseluruhannya. Selain itu perniagaan bersaiz kecil bagi perkhidmatan dan sektor lain ini juga merupakan perniagaan yang mempunyai pekerja seramai dari 5 hingga kurang daripada 30 pekerja.

Manakala jika dibandingkan dengan perusahaan perniagaan bersaiz sederhana pula, definisi mengikut dari segi pembuatan adalah perusahaan yang mempunyai hasil jualan tahunan sebanyak dari RM 15 juta hingga kurang daripada RM 50 juta secara keseluruhannya. Selain itu perniagaan bersaiz sederhana bagi pembuatan ini juga merupakan perniagaan yang mempunyai pekerja seramai dari 75 hingga kurang daripada 200 pekerja. Mengikut dari segi perkhidmatan dan sektor lain pula adalah perusahaan yang mempunyai hasil jualan tahunan sebanyak dari RM 3 juta hingga kurang daripada RM 20 juta secara keseluruhannya. Selain itu perniagaan bersaiz sederhana bagi perkhidmatan dan sektor lain ini juga merupakan perniagaan yang mempunyai pekerja seramai dari 30 hingga kurang daripada 75 pekerja.

Definisi Storan SekunderPeranti pada komputer yang mampu menyimpan maklumat di dalam kuantiti yang besar. Ianya disebut mengikut ukuran Kilobait (KB), Mega Bytes (MB) atau Giga Bytes (GB) Ia dicapai melalui Main Memory atau Primary Storage dan melalui Auxiliary Storage ' atau Secondary Storage. Cakera keras (Hard Disc), cakera liut (Floppy Disc), cakera padat (Compact Disc) dan Pita Magnetik (Magnetic Tape Storage) adalah contoh storan sekunder (Secondary Storage). Peranti ini ternyata lebih sedikit ruang yang digunakan dan lebih mudah untuk dikendalikan jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang dibuat diatas kertas yang memakan ruang yang banyak dan perlu disusun dengan banyak fail-fail yang memakan banyak ruangan di dalam tempat ruangan kerja.

PermasaalahanPada ketika dahulu setiap dokumen rasmi syarikat akan disimpan di dalam bentuk tulisan di atas kertas. Banyak risiko yang telah dihadapi pengguna-pengguna pada era terdahulu seperti kesukaran untuk mencari suatu dokumen didalam fail yang banyak. Selain itu bahan ini juga merupakan bahan yang mudah rosak dan lupus di dalam satu jangka masa yang panjang. Contohnya seperti jika terdapat bencana seperti kebakaran atau banjir di segala dokumen-dokumen ini sudah pasti tidak akan dapat diselamatkan dan segala data urusniaga syarikat akan hilang serta merta. Ini akan mengakibatkan masalah kepada syarikat untuk mengenalpasti rekod-rekod di sepanjang perjalanan syarikat tersebut.

Dengan terciptanya secondary storage ini ia ternyata mampu mengubah setiap cara kerja yang telah menjadi permasaalahan di era terdahulu dan menjadi solusi kepada setiap peniaga termasuklah kepada peniaga yang menjalankan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana berasaskan internet. Disamping data dapat disimpan dengan lebih efisyen dan selamat, ia juga dapat mempercepatkan urusan-urusan yang dijalankan oleh para peniaga untuk terus membangun menjadi lebih maju.

Perniagaan Bersaiz Kecil Dan Sederhana Berasaskan Atas Talian (internet)Hari ini urusan jual beli tidak lagi spesifik kepada kedai-kedai dan juga pasaraya, ia telah berkembang semakin maju dengan lebih banyak kemudahan samaada kepada para peniaga mahupun kepada para pengguna. Pada masa kini, pengguna tidak perlu lagi untuk keluar untuk membeli barangan di pasaraya kerana kini semuanya dapat dilakukan secara terus melalui atas talian. Perkara ini tidak lagi asing di negara-negara barat manakala di negara kita, negara Malaysia perniagaan jenis ini baru lagi berkembang di dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kebanyakan perniagaan ini juga termasuk di dalam perniagaan yang bersaiz kecil dan juga sederhana. Ini kerana pekerja yang digunakan untuk jenis perniagaan seperti ini tidak diperlukan di dalam jumlah yang besar dibandingkan dengan perniagaan secara berdepan (face to face) seperti biasa.

Perniagaan secara atas talian ini dijalankan oleh peniaga dengan cara mengiklankan barangan yang dijual oleh syarikat beliau secara atas talian pada sumber-sumber yang dapat dipercayai dan terjamin keselamatan pengguna dan peniaga. Para pengguna dapat melihat senarai-senarai barangan yang telah diiklankan oleh peniaga dalam bentuk gambar dan segala ciri-ciri barangan yang dijual. Para peniaga kebiasaannya akan mendaftar di laman sesawang yang dikhaskan oleh para peniaga bagi memastikan keselamatan bagi setiap pengguna seperti mudah.my. Terdapat juga sesetengah perniagaan atas talian yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di laman rasmi mereka sendiri seperti Amazon.

Adalah penting bagi setiap peniaga untuk memaparkan segala perincian barangan-barangan yang dijual oleh mereka kerana ini dapat menguatkan lagi teknik pemasaran kepada para pengguna. Ini juga dapat menjadi bahan rujukan kepada pengguna untuk memilih produk yang sesuai digunakan oleh mereka.

Oleh itu segala data-data barangan serta perincian setiap produk adalah amat perlu untuk disimpan pada tempat yang sesuai bagi memudahkan urusan perniagaan ini bagi peniaga atas talian.

JENIS-JENIS STORAN SEKUNDER

HarddiskHard disk berfungsi untuk melakukan segala penyimpanan. Semua data yang disimpan di komputer kita ada terdapat di dalam hard disk. Hard disk dapat menyimpan bukan sahaja dokumen, malah turut dapat menyimpan gambar, musik, dan video. Tambahan lagi.perisian-perisian seperti program, preferensi, dan sistem operasi juga semuanya disimpan dalam hard disk komputer kita.

Semua data yang dapat disimpan di dalam hard disk dapat diukur berdasarkan ukurannya saiznya. Contohnya ukuran fail yang berbentuk teks adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan gambar, musik dan fail berformat video adalah yang terbesar. Hard disk mengukur sesuatu fail berdasarkan unit ukuran megabyte (MB), gigabyte (GB), dan terabyte (TB.) Secara kasar, 1 megabyte sama dengan 1 juta byte, 1 gigabyte sama dengan 1 bilion byte, dan 1 terabyte sama dengan 1 trilion byte.

CD/DVDCD atau compact disc adalah sebuah piring yang terbuat dari logam atau plastik daripada bahan bersifat magnet. CD juga turut berfungsi menyimpan data. Data dirakam di atasnya, kemudian dibaca dari disk dengan menggunakan pengkonduksi yang dinamakan head. Selama proses pembacaan, head tidak akan bergerak sama sekali. Sedangkan piring disk bergerak di bawahnya.

Disc terbuat dari bahan polycarbonate yang berlapis dengan alumunium kerana permukaannya yang reflektif. Informasi dibaca dari CD dengan menggunakan laser berkuasa rendah yang ditempatkan di dalam optical disc player atau drive unit.

DVD tidak jauh berbeza dengan CD, hanya kapasitinya sahaja yang membezakannya. Kapasiti CD antara 650 MB hingga 1 GB, sedangkan DVD mampu menampung 4.7 GB hingga 17 GB.

Mobile StoragePeranti mudah alih pada umumnya dapat menyimpan informasi di tiga lokasi. Salah satunya adalah memori internal. Memori internal pada peranti mudah alih terdiri dari RAM (Random Access Memory) dan ROM (Read Only Memory). Kesimpulannya RAM adalah ruang memori pada peranti mudah alih yang dapat digunakan untuk menyimpan segala informasi secara sementara selama peranti ini menjalankan tugasnya. Saat peranti dimatikan, semua data di dalam RAM secara umumnya akan hilang. ROM khususnya pre-diprogram, sering dirancang untuk melakukan tugas-tugas diskrit tertentu. Peranti mudah alih juga menyimpan informasi dalam SIM (Subscriber Identity Module) dan memory kad. Terakhir, peranti mudah alih dapat menyimpan informasi tentang berbagai mesin dan peranti lainnya yang berinteraksi dengan peranti mudah alih, termasuk server email, server dari selular penyedia jasa (untuk pesan teks), dan komputer pribadi.TapeIa merupakan cara menyimpan rekaman gambar dan bunyi dalam pita magnetik, berbeza dengan film teater. Akan tetapi kaset audio sudah jarang kita temui saat ini karena banyak yang sudah beralih ke CD.

Floppy DiskFloppy Disk ini seringkali kita sebut dengan Disket. Sekarang disket ini tidak banya beredar, bahkan sudah dalam kategori kepunahan. Orang lebih memilih menggunakan USB disk, dimana ukuran dan bentuk juga lebih unggul.

Floppy Disk ada 2 jenis, yang membedakan nya hanya bentuk ukuran fisik dan ukuran data yang dapat ditampung. Kapasitas disket yang paling umum adalah 1,44 MB (seperti yang tertera pada disket), meski kapasitas sebenarnya adalah sekitar 1,38 MB.

Smart CardSmart Card adalah media penyimpanan yang mirip dengan kad ATM dan dapat menyimpan data pada sebuah microprocessor tipis yang dilekatkan di dalam sebuah kad.

USB DiskUSB Disk seringkali kita sebut dalam sebutan USB atau pendrive. Media jenis ini dapat menyimpan data bersaiz antara 128 MB hingga 1 TB. USB sendiri merupakan alat penyimpanan yang dapat digunakan dengan cara memasukkannya ke port USB pada sebuah komputer atau portable device. Bentuk nya sendiri sekarang sudah pelbagai di pasaran, ada yang berbentuk patung, robot, malah ada yang berbentuk yang teramat nipis dan kecil.

Cloud StorageCloud storage merupakan satu model penyimpanan data di mana data digital disimpan dalam logical pool, secara fizikal ia meliputi beberapa server, dan ia biasanya dimiliki dan diuruskan oleh sebuah syarikat host. Pembekal cloud storage bertanggungjawab untuk menyimpan data yang ada dan boleh diakses, dan ia haruslah sentiasa dilindungi dan terus berjalan. Orang dan organisasi akan membeli suatu kapasiti penyimpanan daripada pembekal cloud storage untuk menyimpandata pengguna, data sesuatu organisasi, atau data aplikasi.

Perkhidmatan cloud storage boleh diakses melalui perkhidmatan komputer awan, perkhidmatan web application programming interface (API) atau dari aplikasi yang menggunakan API, seperti cloud desktop storage, cloud storage gateway atau sistem pengurusan berasaskan web.

STORAN SEKUNDER DI DALAM PERNIAGAAN

Kelebihan Setoran Sekunder Untuk PerniagaanDapat menyimpan sesuatu data di dalam jumlah kuantiti yang besar dengan tarikh dan segala informasi perniagaan dan juga komersial sesuatu organisasi dapat disimpan dan ia dapat memudahkan untuk dikendali dan di selenggara sebagai rekod perniagaann dan untuk digunakan di dalam pelbagai tujuan seperti pengawalan inventori, analisis perniagaan, payroll accounting, penjadualan sumber dan report pengurusan suatu syarikat. Penyimpanan data di dalam setoran sekunder ini juga dapat membantu peniaga untuk mengawal data dan dapat menyususn, menggabungkan atau menambah baik pada bila-bila masa jika diperlukan berbanding dengan cara penyimpanan yang lama di dalam rekod di atas kertas yang tidak boleh diubah begitu sahaja.

Setoran sekunder kebiasaannya muncul di dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti yang telah diterangkan di atas dan setiap perniagaan yang berbeza memerlukan penggunaan alat peranti yang berbeza mengikut kesesuaian tersendiri. Kebanyakan daripada setoran sekunder ini telah diciptakan untuk tahan lasak di dalam pelbagai risiko untuk menyimpan data yang disimpan oleh peniaga sebagai pengguna. Jika dibandingkan penyimpanan dokumen di dalam bentuk kertas bencana dapat merosakkan dan melupuskan segala simpanan tersebut. Akan tetapi, melalui setoran sekunder ini masaalah tersebut dapat dikendali dengan pelbagai penyelesaian seperti cloud storage dapat melindungi fail-fail peniaga di dalam pelbagai cara kerana segala data yang disimpan oleh penggguna akan di simpan di atas talian dan mampu diakses di mana-mana sahaja peranti yang dapat memuat turun data penggunanya.

Setoran sekunder seperti USB disk atau pendrive pula amat sesuai digunakan bagi pelbagai jenis perniagaan kerana ianya adalah sebuah peranti yang dapat menyimpan data di dalam jumlah yang besar disamping mempunyai saiz yang teramat kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana dan keselamatannya adalah terjamin kerana pengguna dapat membawanya ke mana sahaja. Ini akan mengelakkan data pengguna hilang jika terdapat suatu bencana terjadi kepada premis peniaga.

File sharing dan file transfer juga adalah lebih mudah dijalankan dengan adanya storan sekunder seperti cloud storage digunakan di dalam suatu perniagaan. Segala data yang disimpan dapat dikongsi secara langsung melalui sumber-sumber di atas talian kepada pengguna. Selain ia lebih mudah tanpa perlu berjumpa secara direct kepada pengguna, urusniaga juga adalah lebih terjamin keselamatan dengan sistem-sistem keselamatan yang telah disediakan oleh syarikat host cloud storage tersebut.

Compact disc juga adalah peranti yang amat sesuai digunakan di dalam suatu perniagaan. Ini kerana ia membantu peniaga untuk menyalin fail-fail yang digunakan didalamnya dan keselamatan fail adalah terjaga kerana fail di dalamnya adalah tidak mudah rosak. Ia juga tidak memerlukan ruang yang besar dan harga setiap unit juga adalah jauh lebih murah berbanding storan sekunder yang lain di pasaran. Akan tetapi pada masa kini ia kurang menjadi sambutan dengan kejatuhan harga USB Disc yang kini menjadikan ia lebih menjadi pilihan disamping lebih selamat dan mudah dibawa ke mana-mana.

STORAN SEKUNDER PILIHAN UNTUK PERNIAGAAN KECIL DAN SEDERHANA

Perniagaan bersaiz kecil dan sederhana berasaskan secara atas talian adalah perniagaan yang tidak memerlukan sebarang rekod cetakan. Segala fail urusan jual beli dapat terus disimpan di dalam storan sekunder bagi memudahkan urusan menyimpan data mereka. Kebanyakan perniagaan secara atas talian ini juga tidak memerlukan bilik pejabat yang besar kerana tidak memerlukan pekerja di dalam jumlah yang ramai. Maka runang pejabat haruslah tidak diganggu oleh fail-fail urusan yang bertimbun. Oleh itu pilihan yang sesuai kepada para peniaga yang menjalankan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana ini adalah seperti berikut:-1. USB DiscUSB Disc ini adalah lebih dikenali sebagai Pendrive.ia adalah mudah didapati di mana mana kedai elektronik di pasaran dengan pelbagai jenama, saiz dan bentuk. Harga alat peranti ini juga adalah amat murah jika dibandingkan dengan alat-alat peranti yang lain di pasaran. USB Disc pada masa kini juga telah makin berkembang jika dibandingkan dengan pada mula penciptaannya. Kini ia boleh didapati dalam saiz yang amat nipis dan tahan lasak. Ini dapat membantu peniaga mengelakkan daripada alat peranti storan sekunder pilihan mereka tidak rosak jika berlakunya sesuatu kemalangan.

Selain dapat menjaga keselamatan fail, seperti sedia maklum peniaga memerlukan suatu peranti yang dapat membantu mereka untuk mudah bergerak melakukan kerja-kerja mereka walau dimana sahaja di pelbagai media. Pada masa kini, USB Disc juga telah menambahbaik satu lagi fungsi iaitu dapat dipasang secara terus kepada telefon pintar. Dengan adanya teknologi ini storan sekunder model ini akan dapat membantu peniaga untuk melakukan kerja urusniaga mereka di mana sahaja. Bak akata pepatah membawa pejabat ke luar. Ini bermakna segala urusan tidak lagi terhad kepada ketika berada di pejabat sahaja. Usaha dan komitmen adalah penggerak kepada suatu kemajuan, ini adalah konsep yang patut ada pada setiap peniaga bersaiz kecil dan sederhana berasaskan rangkaian atas talian.

2. Cloud StorageCloud storage merupakan pilihan yang utama yang patut digunakan oleh para peniaga yang menjalankan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana terutama kepada yang menjalankan perniagaan secara rangkaian atas talian. Storan sekunder ini adalah storan yang tidak mempunyai sifat fizikal dirinya sendiri kerana setiap data yang disimpan akan disimpan terus di atas talian dengan memerlukan sambungan internet sahaja. Storage ini dapat diperolehi daripada syarikat-syarikat yang menyediakan server kepada penggunanya untuk mengakses dan menyimpan segala data-data mereka dan fail-fail mereka.

Data yang disimpan di cloud storage adalah lebih terjamin keselamatannya berbanding dengan peranti storan sekunder lain di pasaran. Ini kerana ia tidak mempunyai fizikal tersendiri, maka ia tidak akan hilang seperti tercicir atau dicuri oleh pihak lain. Segala rekod akan sentiasa disimpan rapi dengan ciri-ciri keselamatan yang akan menghalang daripada diceroboh oleh pihak ke tiga. Antara contoh cloud storage yang dapat dilihat sekarang adalah seperti Dropbox.com. Peniaga boleh membeli ruangan penyimpanan daripada syarikat terbabit mengikut saiz yang diperlukan. Ciri-ciri keselamatan yang disediakan juga boleh di naiktaraf mengikut bayaran yang diberikan oleh para pengguna cloud storage tersebut. Akan tetapi mereka juga turut menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma terhadap pelanggan mereka yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk kapasiti yang rendah dan terhad sahaja.Sebagai peniaga, mereka adalah seorang yang sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan sehingga segala kerja akan dibawa pulang ke tempat kediaman sendiri. Ini juga memberikan risiko terhadap para peniaga untuk berlaku keciciran bahan-bahan kerja mereka. Setiap peniaga yang amat komited terhadap kerjaya mereka akan sentiasa mempraktik sifat menghargai masa. Bagi seorang peniaga masa adalah emas, setiap saat masa dibazirkan akan membawa kepada kerugian. Jika berlaku sebarang keciciran ini tidak menjadi masaalah kepada pengguna cloud storage kerana ia dapat diakses kepada mana-mana komputer dan para peniaga hanya perlu memuat turun fail yang mereka perlukan tanpa perlu bimbang.

Bagi yang melakukan perniagaan mereka tanpa pejabat ini juga dapat membantu memudahkan kerja mereka kerana kemudahan ini juga dapat digunakan di telefon-telefon pintar dengan hanya meuat turun aplikasi yang disediakan oleh syarikat pengendali cloud storage tersebut. Ini bermakna mereka dapat mengakses segala fail mereka pada pelbagai peranti pada waktu yang sama.

KESIMPULAN

Bagi seorang peniaga yang menceburi bidang perniagaan bersaiz kecil dan sederhana adalah perlu bagi mereka untuk mempunyai storan sekunder ini bagi memajukan perniagaan mereka. Ini bukan sahaja dapat memudahkan tugas-tugas mereka malah dapat mengatur segala aktiviti perniagaan mereka di mana sahaja dan pada bila masa sahaja.

Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak juga amat menyarankan kepada rakyat Malaysia supaya menceburi bidang perniagaan kerana perniagaan akan dapat menjana pendapatan negara dan membawa negara kita lebih tinggi di mata dunia. Ia juga dituntut oleh kita sebagai umat islam seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W 9 daripada 10 rezeki datang daripada perniagaan.

2897 patah perkataan

RUJUKAN1. http://www.b-u.ac.in/sde_book/bcom_ca.pdf

2. http://en.wikipedia.org/wiki/Computer_data_storage

3. http://www.entrepreneur.com/article/172226

4. http://www.smecorp.gov.my/vn2/node/534?language=ms

5. https://lidyarobby.wordpress.com/2014/03/19/media-penyimpanan-sekundersecondary-storage-device/

6. http://en.wikipedia.org/wiki/Cloud_storage