Bahasa Ibanik Purba

28
39 Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo Muhammad Nur Latif ABSTRAK Penulisan ini bermaksud memperesantasikan aspek fonologi dan Morfologi serta sejarah perkembangan bahasa Ibanik dari waktu ke waktu, kerana ia telah dikaji selama lebih kurang 150 tahun lamanya. Kelompok Ibanik ini merupakan satu kelompok bahasa yang mempunyai darjat kesamaan yang amat tinggi dengan bahasa Melayu, sama ada dialek-dialek yang memperlihatkan ciri bahasa Austronesia Purba (BAP) *-an > -ay. Pada tatanan fonologi bunyi-bunyi diklasifikasikan berdasarkan distribusinya. Pada sisi yang lain, oleh kerana bahasa didahului oleh ujaran, maka timbul pula ciri-ciri bunyi segmental dan suprasegmental. Berbicara mengenai bahasa Ibanik di Pulau Borneo, terutama menyangkut fonologi, sebenarnya sudah banyak dilakukan oleh para pakar linguistik, baik bahasa Ibanik di Sarawak mahupun di Kalimantan Barat. Akan tetapi, informasi perbandingan yang tersedia selama ini sebagian besar hanya bersifat leksikal, dan sedikit yang menyinggung perbandingan pada tataran tata bahasa. Varian Ibanik yang digunakan dalam penulisan ini sebenarnya merujuk kepada berbagai varian Ibanik yang diteliti dari dua wilayah geografi yang berbeza, iaitu di Sarawak, khasnya di daerah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Limbang. Sementara di Kalimantan – Indonesia, Kaum Ibanik ini tersebar di 5 kabupaten, iaitu kabupaten Bengkayang, Sanggau, Sekadau, Sintang dan Kapuas Hulu. Kata Kunci: Sejarah bahasa Melayu dan Ibanik, Kategorisasi bahasa Ibanik, Fonologi bahasa Ibanik, Morfologi bahasa Ibanik, dan Perbandingan bahasa Ibanik. Pengenalan Kepulauan Borneo sememangnya kaya dengan kepelbagaian khazanah bahasa-bahasa Austronesia seperti kelompok bahasa Melayik, Ibanik, Bidayuhik, Kayanik, Rejang-Baram, Tamanik, Dusunik dan sebagainya (Rahim 2008: 15). Bahasa Ibanik merupakan antara sekian banyak cabang bahasa Austronesia di Borneo Barat dan bahasa ini tersebar dari Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM 39

description

Bahasa Ibanik Purba

Transcript of Bahasa Ibanik Purba

Page 1: Bahasa Ibanik Purba

39

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

Dinamika Bahasa Ibanik Purbadi Pulau Borneo

Muhammad Nur Latif

ABSTRAK

Penulisan ini bermaksud memperesantasikan aspek fonologi dan Morfologiserta sejarah perkembangan bahasa Ibanik dari waktu ke waktu, kerana iatelah dikaji selama lebih kurang 150 tahun lamanya. Kelompok Ibanik inimerupakan satu kelompok bahasa yang mempunyai darjat kesamaan yangamat tinggi dengan bahasa Melayu, sama ada dialek-dialek yangmemperlihatkan ciri bahasa Austronesia Purba (BAP) *-an > -ay. Padatatanan fonologi bunyi-bunyi diklasifikasikan berdasarkan distribusinya.Pada sisi yang lain, oleh kerana bahasa didahului oleh ujaran, maka timbulpula ciri-ciri bunyi segmental dan suprasegmental. Berbicara mengenaibahasa Ibanik di Pulau Borneo, terutama menyangkut fonologi, sebenarnyasudah banyak dilakukan oleh para pakar linguistik, baik bahasa Ibanik diSarawak mahupun di Kalimantan Barat. Akan tetapi, informasi perbandinganyang tersedia selama ini sebagian besar hanya bersifat leksikal, dan sedikityang menyinggung perbandingan pada tataran tata bahasa.

Varian Ibanik yang digunakan dalam penulisan ini sebenarnya merujukkepada berbagai varian Ibanik yang diteliti dari dua wilayah geografi yangberbeza, iaitu di Sarawak, khasnya di daerah Sri Aman, Betong, Sarikei,Sibu, Kapit, Bintulu dan Limbang. Sementara di Kalimantan – Indonesia,Kaum Ibanik ini tersebar di 5 kabupaten, iaitu kabupaten Bengkayang,Sanggau, Sekadau, Sintang dan Kapuas Hulu.

Kata Kunci: Sejarah bahasa Melayu dan Ibanik, Kategorisasi bahasa Ibanik,Fonologi bahasa Ibanik, Morfologi bahasa Ibanik, dan Perbandingan bahasaIbanik.

Pengenalan

Kepulauan Borneo sememangnya kaya dengan kepelbagaian khazanahbahasa-bahasa Austronesia seperti kelompok bahasa Melayik, Ibanik,Bidayuhik, Kayanik, Rejang-Baram, Tamanik, Dusunik dan sebagainya(Rahim 2008: 15). Bahasa Ibanik merupakan antara sekian banyakcabang bahasa Austronesia di Borneo Barat dan bahasa ini tersebar dari

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM39

Page 2: Bahasa Ibanik Purba

40

Jurnal ASWARA

hujung barat Sarawak disebelah utaranya hinggalah ke daerah utara diKalimantan Barat, iaitu kira-kira 500 kilometer ke selatan dariKhatulistiwa. Di bahagian timur, varian ini bersempadan dengan sungaiSekadau (lihat Wurm dan Hattori (1983). Dengan persebaran yang luas,iaitu merangkumi Kalimantan Barat (Indonesia) dan bahagian baratSarawak (Malaysia), bahasa Ibanik mempunyai bilangan penutur yangramai dan sebahagian besar daripadanya tersebar di Wilayah KalimantanBarat, Indonesia. Varian Ibanik yang digunakan dalam penulisan inisebenarnya merujuk kepada berbagai varian Ibanik yang diteliti dari duawilayah geografi yang berbeza, iaitu di Sarawak, khasnya di daerah SriAman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Limbang. Sementara diKalimantan – Indonesia, Kaum Ibanik ini tersebar di 5 kabupaten, iaitukabupaten Bengkayang, Sanggau, Sekadau, Sintang dan Kapuas Hulu.

Penggunaan nama “bahasa Ibanik” dalam catatan sejarahnyamenurut Collins (2007: 70) dikemukakan pertama kali oleh Hudson (1970),dikeranakan ditemukannya persamaan fonologi tertentu dengan bahasaIban yang merupakan sub-cabang Melayik, beliau memperkenalkanaffiks-ik (ic) untuk bahasa-bahasa yang sekerabat.1 Contohnya istilah“Melayik” merujuk kepada pelbagai turunan bahasa Melayu-Purba,seperti bahasa Melayu, Iban, Selako dan MinaNgkabau. Selanjutnya,bahasa Iban dikenal pasti terdiri daripada pelbagai dialek, dan berbezadengan varian Melayik lain. Dengan itu, dialek-dialek yang memperlihatkanciri bahasa Austronesia Purba (BAP) *-an>-ay dikategorikan kelompokBahasa-bahasa yang tergolong dalam kelompok Ibanik.2

Penulisan sederhana ini bermaksud untuk memberikan gambaranberdasar pada analsis linguistis mengenai bahasa Ibanik untuk khalayakpembaca dalam bahasa Melayu/Indonesia, mengingat sumber linguististertulis semacam ini sangat kurang tersedia dalam bahasa tersebut. Darihuraian ini diharapkan didapati pemahaman mengenai ciri bahasa Ibanikdan penggunaannya dalam masyarakat khususnya di Sarawak.

Latar Belakang Penutur Iban dan Ibanik

Bahasa Ibanik dituturkan oleh suku kaum Iban yang merupakan sukukaum yang paling ramai terdapat di Sarawak. Selain di Sarawak, bahasaIban juga turut dituturkan di Kalimantan Barat, Indonesia. Sarawakmerupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai jenis suku kaumyang mendiaminya. Antaranya Melayu, Iban, Bidayuh Serian, Biatah,Kayan Long Miri, Kelabit, Kenyah Merawan, Lun Bawang, Lun Dayeh,

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM40

Page 3: Bahasa Ibanik Purba

41

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

Melanau Bintulu, Narom dan Penan Selungo (Asmah 1985: 43). Darisegi penggunaan bahasa, kebanyakan penutur bahasa Iban, Melayu, danbahasa lain di Borneo, tidak mengalami kesulitan jika berkomunikasidengan penutur bahasa Ibanik. Sebab, sememangnya bahasa ini memilikihubungan yang sangat dekat. Tidak jarang komunikasi antara penutur-penutur bahasa itu dilakukan dalam bahasa masing-masing, tanpahambatan. Komunikasi antara penutur bahasa Ibanik dan bahasa Melayudapat dilakukan dengan mudah karena banyak persamaan. Bahkanbeberapa peneliti meletakkan bahasa ini dalam satu rumpun, yakni rumpunMelayik (Lihat penjelasannya dalam Collins 1999). Tidak saja dalamsoal bunyi, namun juga dalam kosa kata.

Suku Iban sebenarnya tidak memiliki gelar atau nama yang khususuntuk mengenali identiti mereka. Menurut Sandin (1967: xx), lazimnyagelar yang ada pada suku Iban ini berdasar pada nama sungai atau namatempat yang diduduki oleh mereka. Sandin memberikan contoh, iatu sukuIban selalu menyebut diri mereka sebagai ‘kami Undop’, ‘kami Skrang’atau ‘kami Menoa’. Undop dan Skrang merupakan nama sungai yangterdapat di bahagian Sri Aman, manakala ‘Menoa’ merujuk kepada daerahatau nama sebuah rumah panjang, di sisi lain orang Barat menyebutsuku ini sebagai ‘Sea Dayak’ atau Dayak Laut (Asmah, 1993).3

Sehubungan dengan itu, istilah Dayak Laut semakin kurangdigunakan pada ketika ini. Orang Dayak Laut lebih dikenali dengan namaIban. Seperti dengan nama Dayak Laut, asal usul perkataan ‘Iban’ jugatidak diketahui, tetapi kini ia digunakan secara meluas. Berdasarkan Asmah(1981: 2), perkataan ‘Iban’ ini diambil daripada bahasa Kayan, iaitu ‘ivan’yang bermaksud ‘pengembara’. Inilah yang digunakan oleh orang-orangKayan di Rajang untuk merujuk orang Iban yang lincah dan menyebabkanmereka merupakan jiran yang begitu menyenangkan. Namun, ada jugayang menyangkal bahawa perkataan ‘Iban’ bukan berasal daripadabahasa Kayan. Menurut Richards (dalam kajian Tom 1959), orang Dayaksendiri menyatakan ‘Iban’ membawa makna ‘seseorang’ dan selaludigunakan untuk merujuk kepada ‘sesiapa’. Kenyataan ini adalah benardan disokong oleh kamus bahasa Iban yang telah diterbitkan oleh DewanBahasa dan Pustaka. Berdasarkan Kamus Bahasa Iban-BahasaMelayu, perkataan ‘Iban’ bermaksud orang biasa dan kenyataan ini jugaturut dijelaskan dalam The encyclopaedia of Iban studies (1967),bahawa ‘Iban’ adalah sinonim dengan manusia, iaitu merujuk kepadaseseorang.

Dalam hal asal usul ras Iban ini, sesungguhnya tidak ada catatansejarah yang komprehensif tentang tanah asal usul ras Iban.4 Namun

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM41

Page 4: Bahasa Ibanik Purba

42

Jurnal ASWARA

begitu, menurut Darke (1982: 22) suku Iban berasal dari sungai Sai, iaitucawangan kecil sungai Ketungau (Kapuas Hulu).5 Akibat munculnyakegiatan mengayau, sesama suku Iban ini saling berperang dan bertelagahdi antara satu dengan lain. Suku Iban kemudiannya memasuki Sarawakmelalui lembah Kumpang lalu ke hulu sungai hingga ke Lubok Antu. Rasini kemudiannya tinggal berpecah-pecah di beberapa kawasan, iaituLemanak, Undop, Sebuyau, Sadong, Semarahan dan Lundu (Jamilah1993: 2).6 Daerah tumpuan suku Ibanik umumnya di bahagian utaralembah alur Kapuas (kira-kira 300 km dari persisiran pantai). Anak-anak Sungai Kapuas yang terkenal dengan suku Ibanik ialah SungaiKantuk, Seberuang, Belitang dan Ketungau.7 Sebagai sebuah tradisi,kaum Iban umumnya tinggal atau berkampung di rumah panjang yangkebiasaannya terletak di tebingan dan di tepi jalan raya ini adalah bagimempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antarasatu sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskanhukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (toleransi), dan berteraskanperhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. MasyarakatIban mayoriti beragama Kristian sebagai pegangan, meskipun ada jugaberagama Islam terutama melalui perkahwinan campur. Meskipun sudahberagama rasmi, tetapi dalam masa yang sama orang Iban juga masihmengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadilambang tradisi dan sebagai identiti masyarakat Iban. Setiap kumpulanetnik tersebut mempunyai adat resam, agama, bahasa dan cara hiduptersendiri. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini pengkaji hanyamenfokuskan kepada suku Iban sahaja kerana bahasa Iban merupakanbahasa yang dikaji oleh penulis.

Berdasarkan jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik dan daerahpentadbiran Sarawak pada tahun 2000 pula, dianggarkan seramai 603,735orang terdiri daripada suku kaum tersebut (untuk keterangan lanjut silalihat Lampiran A).

Asas permasalahan dalam kajian bahasa Ibanik ini adalah usahauntuk mengklasifikasikan bahasa Iban yang dituturkan oleh suku Iban ditujuh buah bahagian di Sarawak dan 3 buah di bahagian KalimantanBarat. Bahagian yang menjadi sasaran pengkaji ialah Sri Aman, Betong,Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Limbang. Peta 1 menunjukkan kawasankajian yang dimaksudkan.

Kebanyakan kaum Iban tinggal atau berkampung di rumah panjangyang kebiasaannya terletak di tebingan dan di tepi jalan raya ini adalahbagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antarasatu sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM42

Page 5: Bahasa Ibanik Purba

43

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

Peta

1: L

okas

i Kaj

ian

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM43

Page 6: Bahasa Ibanik Purba

44

Jurnal ASWARA

Peta

2: P

eta P

enye

bara

n Ib

anik

di K

alim

anta

n Ba

rat

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM44

Page 7: Bahasa Ibanik Purba

45

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (toleransi), dan berteraskanperhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.

Pada umumnya masyarakat Iban beragama Kristen sebagaipegangan, meskipun ada juga beragama Islam terutama melaluiperkawinan campur. Meskipun sudah beragama rasmi, tetapi dalam masayang sama orang Iban juga masih mengekalkan nilai adat resam danciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi dan sebagai identitimasyarakat Iban. Namun berbeza situasinya bilamana membicarakanIban dan puak-puaknya, ertinya bukan sekedar membincangkan Ibansahaja, tetapi juga turut berbicara kelompok masyarakat yang semiripdengan orang Iban atau lebih tepatnya membicarakan seluruh keluargakelompok puak berkenaan yang dengan kepelbagaian penamaan menurutimasyarakatnya sendiri (self identity) sebagaimana yang dijumpai Ibanikdi kawasan Indonesia yang cukup banyak.

Orang Ibanik sebagai salah satu suku bangsa pribumi (di Indonesiamenyebutnya sebagai masyarakat adat atau suku asli). Berdasarkan hasilkajian para pakar, di pulau Kalimantan kawasan Indonesia, puak Ibaniksetekat ini baru dijumpai di Kalimantan Barat sahaja, sebagaimana tampakpada Peta 2.

Dari (Peta 2) tampak nyata, bahawa di Kabupaten Landak,Pontianak, Ketapang, dan Melawi tidak dijumpai kelompok Ibanikapalagi Iban yang hanya bermukim di Kapuas Hulu sahaja (Sujarni2007: 104).

Ciri Linguistik Varian Ibanik

Mengenai bahasa Ibanik di Pulau Borneo, terutama menyangkut fonologi,sebenarnya sudah pun banyak dilakukan oleh para pakar linguistik, baikbahasa Ibanik di Sarawak mahupun di Kalimantan Barat. Beberapa namatersebut dapat disebutkan antaranya Hudson (1970), Asmah (1981),Rahim (1997), Collins (2004), Chong (2003; 2006), Dedy (2004) danChairil Efendi dkk (2006). Varian Ibanik yang digunakan dalam penulisanini sebenarnya merujuk kepada sepuluh varian Ibanik yang diteliti daridua wilayah geografi yang berbeza, iaitu di Sarawak, khasnya di daerahSri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Limbang. Sementaradi Kalimantan – Indonesia, Kaum Ibanik ini tersebar di 5 kabupaten,iaitu kabupaten Bengkayang, Sanggau, Sekadau, Sintang dan KapuasHulu. Untuk lebih jelasnya mengenai bahasa Ibanik di Borneo, berikutini akan dipaparkan beberapa ciri fonologi bahasa Ibanik terutama

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM45

Page 8: Bahasa Ibanik Purba

46

Jurnal ASWARA

menyangkut perubahan vokal akhir /ay/ yang berkorespondensi dengan/-n/, /-ng/, dan /-ar/.

Sistem Fonem Varian Ibanik

Kajian fonologi dalam sebuah bahasa merupakan satu tatanan pentingdalam ilmu bahasa. Menurut Crystal (1980: 268), fonologi adalah satucabang ilmu linguistik yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasasementara Bloomfield (1992: 89) berpendapat bahawa fonologi adalahkajian bunyi bahasa yang bererti atau yang melibatkan pertimbanganmakna. Acuan bahasan yang dimanfaatkan dalam kajian fonologi bahasaIbanik ialah acuan Struktural, yang diasumsikan secara hipotesis yangterdapat dalam acuan ini dikeranakan berbagai alasan. Pertama, kaedahyang digunakan dalam penelitian ini adalah kaedah empiris (induktif),dimana dalam kaedah ini sejumlah korpus bahasa yang diperoleh dilakukangeneralisasi dan sistematisasi. Kedua, bahasa itu adalah ujaran dan barulahkemudian tulisan. Jadi, yang diteliti dan dicatat ialah bahasa lisan. Ketiga,bahasa merupakan ekspresi bunyi dan makna, maka dapat ditelaah satuterlepas dari yang lain. Keempat, klasifikasi berdasarkan distribusi.Penerapan konsep ini dapat dilaksanakan pada tatanan fonologi dan padatatanan-tatanan yang lain. Pada tatanan fonologi bunyi-bunyidiklasifikasikan berdasarkan distribusinya. Berdasarkan perbedaan antaradistribusi bunyi inilah yang kemudian lahir konsep alofon. Pada sisi yanglain, oleh kerana bahasa didahului oleh ujaran, maka timbul pula ciri-ciribunyi segmental dan suprasegmental.

Bahagian ini secara khusus menghuraikan sistem fonologi varianIban, Kantuk, Mualang, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu,dan Limbang. Aspek yang disentuh seperti inventori fonem, distribusi,diftong. Berdasarkan pada sepuluh varian yang diteliti dalam bahasaIbanik ini, keseluruhannya terlihat memiliki enam buah fonem vokal iaitu/i, u, e, , o, dan a/. inventori fonem vokal dapat dilihat dalam (Rajah 1) dibawah.

Rajah 1: Inventori Vokal Bahasa Ibanik

TengahDepan

Tinggi

Belakang

Rendah

Madya

a

o

u

e

i

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM46

Page 9: Bahasa Ibanik Purba

47

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

Vokal tinggi depan /i/, vokal tinggi belakang /u/, dan vokal rendahtengah /a/ boleh hadir dalam semua posisi suku kata, iaitu pada sukukata awal, suku kata tengah, suku kata terbuka dan suku kata tertutup.Adapun vokal madya depan /e/ tidak hadir pada suku kata awal danakhir, sementara itu, vokal madya tengah // boleh hadir pada posisiawal, tengah, suku kata terbuka dan suku kata tertutup, manakala vokalmadya belakang /o/ hanya hadir pada posisi tengah kata sahaja. Dalambahasa Ibanik keseluruhan varian, wujud vokal rangkap yang terdiri atasderetan dua vokal sahaja dengan struktur dan jenisnya terbagi pada tigabahagian iaitu; Vokal rangkap depan, vokal rangkap belakang dan vokalrangkap tengah. Contoh /bγundie/ ‘berfikir’, /muluot/ ‘mulut’, /paeh/‘paha’.

Selanjutnya, bahasa Ibanik memiliki 19 buah fonem konsonan; tujuhkonsonan plosif /p, b, t, d, k, g, ?/, empat konsonan nasal /m, n, , /sebuah konsonan likuida /1/, dua buah konsonan frikatif tidak bersuara /s, h/ satu konsonan frikatif bersuara/γ/, Selanjutnya, sebuah konsonanafrikat tidak bersuara /t/ dan sebuah afrikatif bersuara /d/, serta duakonsonan separuh vokal /w, y/. Berikut ini menggambarkan skemainventori fonem konsonan varian tersebut (Rajah 2).

Rajah 2: Inventori Konsonan Bahasa Ibanik

Plosif Tbs. p t k ?

Bs. b d g

Nasal Bs. m n

Frikatif Tbs. s h

Bs. γ

Afrikatif Tbs. t

Bs. d

Lateral Bs. l

Separuh Vokal Bs. w y

Bilabial

Dental

Velar

Glotal

Alveolar

Palatal

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM47

Page 10: Bahasa Ibanik Purba

48

Jurnal ASWARA

Analisis Perbandingan Antara Varian

Hasil daripada penelitian pengkaji terhadap varian Ibanik Sarawaktersebut, mendapati bahawa terdapat persamaan dan perbezaan dalamsistem fonologi yang menyangkut dalam distribusi fonem danpendiftongan. Pengkaji mendapati lebih banyak persamaan yang wujudberbanding dengan perbezaan antara varian Ibanik Sarawak.Perbezaannya boleh dikatakan agak kecil. Berikut dihuraikan beberapabentuk perbezaan yang wujud.

Distribusi Fonem

Berdasarkan data pengkaji, konsonan plosif bersuara /b/ didapati wujuddalam semua posisi, iaitu pada awal, tengah dan akhir kata untuk varianSri Aman, Sarikei dan Sibu. Namun, untuk varian Betong, Kapit, Bintuludan Limbang hanya terbatas pada posisi awal dan tengah kata sahaja.Bagi sistem fonem vokal pula, memperlihatkan varian Betong dan Sarikeimempunyai alomorf untuk vokal separa tengah rendah [a], iaitu [].Alomorf [] dalam varian Betong didapati wujud dalam dua posisi, iaitupada suku kata terbuka pada akhir kata dan suku kata tertutup padatengah kata. Contohnya, /mu/ ‘muka’ dan /but// ‘buta’. Sebaliknyauntuk varian Sarikei pula, alomorf [] ini hanya hadir pada suku katatertutup pada tengah kata sahaja, iaitu di depan konsonan plosif ///.Misalnya, /priy// ‘peria’ dan /kr// ‘kera’.

Pendiftongan

Bentuk diftong /-uy/ didapati tidak wujud dalam varian Sibu dan Kapit.Bentuk diftong yang wujud dalam kedua-dua varian hanya /-ay/ dan/-aw/ sahaja. Sebaliknya, varian yang lain mempunyai tiga bentuk diftong,iaitu /-ay/, /-aw/ dan /-uy/. Merujuk kepada data pengkaji, terdapat satucontoh sahaja yang memperlihatkan penggunaan diftong /-uy/, iaitu/ukuy/ ‘anjing’. Selain diftong, kehadiran geluncuran vokal [e] di depanvokal /a/ paling kerap wujud dalam varian Kapit, Sibu dan Bintulu. VarianIbanik Sarawak yang lain didapati jarang menggunakan geluncuran vokal[e] di depan vokal /a/.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM48

Page 11: Bahasa Ibanik Purba

49

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

Diftong-diftong

Bahasa Ibanik memiliki tiga buah diftong, iaitu /-ay, -uw dan -aw/.Beberapa contoh data untuk memperlihatkan fenomena ini, misalnya /lmay/ ‘petang’, asuw/ ‘berburu (anjing)’ dan /pagaw/ ‘bantal’.

Vokal akhir /ay/ yang berkorespondensi dan beraturan

Bejalay ‘berjalan’bukay ‘bukan’makay ‘makan’datay ‘datang’pulay ‘pulang’paay ‘panjang’bsay ‘besar’

Selain bentuk morespondensi di atas, bentuk diftong /ay/ yangdigunakan secara tak beraturan boleh dikata sebagai ciri yang kentaradalam bahasa Ibanik, ini dapat dilihat dari beberapa kata dalam senaraiberikut.

Vokal akhir /ay/ yang tak beraturan

naday ‘tidak ada’utay ‘barang/benda’bekeay ‘seperti itu’kemenay ‘kemana’namay ‘apa namanya’makay ‘makan (aktiviti)’ay ‘tidak mau’uγai bukay ‘orang lain’ntkay ‘prenggi (nama buah sayur)’apay ‘bapak’inay ‘ibu’

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM49

Page 12: Bahasa Ibanik Purba

50

Jurnal ASWARA

Vokal akhir campuran /aw/

inu?dara ‘perempuan gadis/perwan’bejaku? ‘kata’meadi? ‘saudara’ayi? ‘air’

Vokal akhir campuran /?/

Menurut Collins (1983; 1987; 2004), ciri lain bahasa Ibanik adalahdiftongisasi vokal tinggi pada akhir kata dan diikuti dengan geluncuran,Geluncuran vokal sekali lagi ditegaskan di sini bahawa ia merupakanantara ciri Varian lbanik, menurut Dedy (2005: 80-81) vokal tinggi /u/dan/i/ dalam bahasa Ibanik dengan berbagai variannya memaparkangeluncuran // di depan //, contohnya: [pucua?] ‘pucuk’, [uliah] ‘dapat’[buru] ‘burung’ berikut senarainya.

nmuw ‘dapat/tau/boleh’nunuw ‘membakar’mauwah ‘banyak’manuak ‘ayam’pucuak? ‘pucuk’laua? ‘lauk’buru ‘burung’aue ‘mengantar/dorong ke atas’

taw ‘mengetam/menuai padi’b anaw ‘ngobrol (bercengkramah)’mansaw ‘matang/masak’bdaw ‘sudah’

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM50

Page 13: Bahasa Ibanik Purba

51

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

Afiksasi dalam Bahasa Ibanik

Pengertian morfologi menurut Matthews (1991: 1) ialah merujuk salahsatu cabang linguistik yang mengkaji bentuk-bentuk kata. Jensen(1995: 1) mengajukan morfologi adalah kajian tentang struktur dalamankata-kata. Sebaliknya, Nik Safiah Karim (2004: 43) pula berpendapatmorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk danpenggolongan kata. Pelbagai takrifan yang telah diberikan olehkebanyakan ahli linguistik terhadap morfologi. Oleh yang demikian, secararingkasnya, pengkaji menyatakan morfologi berfungsi untuk mengkajimorfem dan cara morfem disusun dan dibentuk.

Terdapat beberapa perkara utama yang dikaji dalam morfologitermasuklah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalampembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut(Ramli 2006: 61). Di samping itu, terdapat beberapa proses morfologiyang berperanan dalam menghasilkan kata terbitan. Antaranya ialahproses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Namun demikian,kajian ini membataskan skop kajiannya dengan hanya membincangkanaspek pengimbuhan atau afiksasi8 yang wujud dalam bahasa IS.

Afiks Bahasa Iban

Asmah (1981: 43), menyenaraikan imbuhan bahasa Iban sebanyaksebelas sahaja, iaitu lapan imbuhan kata kerja dan tiga imbuhan katanama.9 Sebaliknya, Rahim (2006b: 73) pula menyatakan bahawa bahasaIban memiliki 15 jenis imbuhan iaitu, enam imbuhan awalan kata kerja,tiga imbuhan awalan kata nama, lima imbuhan apitan kata kerja dan satuimbuhan akhiran.10 Perbezaan pendapat antara kedua-dua pengkajitersebut bukan menjadi persoalan dalam kajian ini. Ini kerana, iabergantung kepada lokasi mahupun kaedah kajian pemerolehan data yangdigunakan oleh seseorang pengkaji tersebut. Begitu juga dengan kajianini, data afiks pengkaji agak terhad namun, mencukupi untuk mengetahuiperbezaan afiks yang wujud dalam bahasa IS.

Sistem Afiks Ibanik dan Variannya

Varian SA memiliki 15 jenis afiks. Afiks tersebut terdiri daripada limaafiks prefiks kata kerja, dua afiks prefiks kata nama, dua afiks prefiks

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM51

Page 14: Bahasa Ibanik Purba

52

Jurnal ASWARA

kata adjektif, satu afiks sufiks dan lima afiks sirkumfiks kata kerja. Selainitu, pengkaji turut menemui satu afiks gabungan yang terbit hasil daripadaafiks gabungan /di + ke + kata dasar + ka/. Menurut Zaharani (2008:72), imbuhan gabungan melibatkan proses penggabungan yang berlakusecara berperingkat-peringkat. Kewujudan bentuk afiks sedemikian akanpengkaji huraikan menggunakan teori fonologi leksikal.11

Prefiks Kata Kerja

Prefiks kata kerja yang wujud dalam varian SA terdiri daripada {N},{di-}, {b(R)-}, {t(R)-} dan {N-}. Penghuraian afiks tersebut akandijelaskan pada bahagian seterusnya.

Prefiks Nasal {N}

Prefiks nasal {N} merupakan prefiks kata kerja yang paling produktifdalam varian SA. Prefiks ini berfungsi untuk membentuk kata kerja aktif.Terdapat enam bentuk alomorf untuk prefiks {N}, iaitu /m/, /n/, //, //,// dan /m-/. Alomorf /m/ hadir pada kata dasar yang bermula dengankonsonan plosif bilabial /p/ dan /b/. Kata dasar yang bermula dengankonsonan plosif dental /t/ dan /d/ pula akan menerima alomorf /n/,manakala alomorf // didapati hadir pada kata dasar yang bermula dengankonsonan plosif velar /k/, /g/ dan vokal seperti /i/, /a/ dan /u/.

Selanjutnya, kata dasar yang bermula dengan konsonan /s/ dan/d/ akan menerima alomorf //. Proses afiksasi untuk alomorf /m/,/n/, // dan // sebenarnya wujud melalui proses asimilasi penggantiannasal (bunyi yang diartikulasikan pada titik artikulasi yang sama.12 Alomorf// dan /m/ pula didapati wujud pada kata dasar yang bermula dengankonsonan /l/, /m/ dan /r/ tanpa sebarang proses penggantian nasal. Selainitu, alomorf tersebut turut hadir pada fonem yang telah mengalami prosespenggantian daripada bunyi plosif ke bunyi nasal. Penyebaran alomorftersebut dapat dilihat melalui contoh yang dikemukakan seperti berikut:

Kata Dasar Kata Terbitan[putaw] ‘jampi’ [mutaw] ‘menjampi’[blit] ‘belit’ [mlit] ‘membelit’[tia] ‘timpa’ [nia] ‘menimpa’[dia] ‘dengar’ [nia] ‘mendengar’

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM52

Page 15: Bahasa Ibanik Purba

53

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

[kaaw] ‘panggil’ [aaw] ‘memanggil’[iit] ‘gigit’ [iit] ‘menggigit’[isi/] ‘isi’ [isi/] ‘mengisi’[anti/] ‘tunggu’ [anti/] ‘menunggu’[udi] ‘cuba’ [udi] ‘mencuba’[dmbuy] ‘jemur’ [mbuy] ‘menjemur’[slam] ‘selam’ [lam] ‘menyelam’[laban] ‘lawan/kerana’ [laban] ‘melawan’[malu] ‘malu’ [malu] ‘memalukan’[rampas] ‘rampas’ [rampas] ‘merampas’[pdis] ‘sakit’ [mdis] ‘menyakitkan’[raaw] ‘rangkak’ [mraaw] ‘merangkak’

Prefiks {di-}

Prefiks kata kerja {di-} yang wujud dalam varian SA merupakan prefikspasif. Apabila prefiks {di-} ini bergabung dengan kata dasar dari golongankata kerja transitif, ia akan membentuk kata kerja pasif. Terdapat duabentuk alomorf untuk imbuhan ini, iaitu /di/ dan /d/. Alomorf /di/ dalamvarian SA hadir pada kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan.Sebaliknya, alomorf /d/ didapati wujud pada kata dasar yang bermuladengan bunyi vokal. Oleh kerana data pengkaji terhad, pengkaji tidakmenemui data untuk alomorf /d/. Hanya data untuk alomorf /di/ sahajayang ditemui. Sungguhpun begitu, pengkaji akan mengemukakan datatambahan untuk mengukuhkan lagi kajian. Contohnya seperti berikut:

Kata Dasar Kata Terbitan[pda/] ‘lihat’ [dipda/] ‘dilihat’[ma/] ‘galas’ [dima/] ‘digalas’[kna/] ‘guna’ [dikna/] ‘diguna’[tupi/] ‘pelihara’ [ditupi/] ‘dipelihara’[adu] ‘kemas/baiki’ [dadu] ‘dikemas/dibaiki’[iruop] ‘minum’ [diruop] ‘diminum’

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM53

Page 16: Bahasa Ibanik Purba

54

Jurnal ASWARA

Prefiks {b(R)-}

Seterusnya, prefiks kata kerja {b(R)-} boleh membentuk kata kerjaintransitif dan kata kerja transitif. Bentuk afiks ini didapati bergabungdengan kata dasar yang bermula dengan bunyi vokal. Berpandukan data,pengkaji hanya menjumpai satu bentuk alomorf dalam varian SA, iaitu /br/. Berikut diberikan beberapa contoh etimon yang ditemui olehpengkaji yang menggunakan prefiks tersebut dalam varian SA:

Kata Dasar Kata Terbitan[ana/] ‘anak’ [brana/] ‘beranak’[asay] ‘rasa’ [brasay] ‘berasa’

Prefiks {t(R)-} dan {N-}

Prefiks kata kerja {t(R)-} dan {N-}, turut wujud dalam varian SA.Kedua-dua bentuk afiks ini didapati membentuk kata kerja transitif danintransitif. Berpandukan data, pengkaji hanya menjumpai satu jenisalomorf yang mewakili prefiks {t(R)-}, iaitu /t/ dan juga satu jenisalomorf yang mewakili prefiks {N-}, iaitu //. Kedua-dua bentukalomorf tersebut masing-masing wujud pada kata dasar yang diawalidengan bunyi konsonan. Berikut dipaparkan data yang menunjukkanpenggunaan kedua-dua prefiks tersebut:

Kata Dasar Kata Terbitan[dani] ‘bangun’ [tdani] ‘terbangun’[kit] ‘peranjat’ [tkit] ‘terperanjat’[krtiek] ‘gerak’ [krtiek] ‘bergerak’

Prefiks Kata Nama

Prefiks {pN-} dan {s-} merupakan dua bentuk afiks prefiks katanama yang wujud dalam varian SA. Penghuraian untuk kedua-dua afikstersebut akan dijelaskan pada bahagian selanjutnya.

Prefiks {pN-}

Bersumberkan data, pengkaji mendapati prefiks {pN-} untuk varianSA mempunyai empat bentuk alomorf, iaitu /p/, /pn/, /p/ dan

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM54

Page 17: Bahasa Ibanik Purba

55

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

/p/. Fungsi prefiks {pN-} ini ialah merujuk kepada manusia, nominakonkrit dan nomina abstrak. Selain berfungsi sebagai prefiks kata nama,prefiks ini juga merupakan afiks prefiks kata adjektif. Keteranganselanjutnya untuk prefiks {pN-} yang menerbitkan kata adjektif akanpengkaji huraikan pada bahagian prefiks kata adjektif.

Alomorf /p/ hadir pada kata dasar yang bermula dengan bunyikonsonan nasal, manakala alomorf /pn/ hadir pada kata dasar yangsuku awalnya didahului oleh konsonan /t/ dan /d/. Seterusnya, bagi alomorf/p/, kehadirannya didapati wujud pada kata dasar yang bermula dengankonsonan plosif /g/ dan vokal /i/. Alomorf /p/ pula hadir pada katadasar yang bermula dengan konsonan getaran /r/. Berikut dipaparkandata yang mengandungi bentuk alomorf tersebut:

Kata Dasar Kata Terbitan[manah] ‘baik’ [pmanah] ‘kebaikan’[nmu] ‘tahu’ [pnmu] ‘pengetahuan’[tii/] ‘tinggi’ [pnii/] ‘ketinggian’[idup] ‘hidup’ [pidup] ‘kehidupan’[awa/] ‘bekerja’ [pawa/] ‘pekerjaan’[riat] ‘sakit hati’ [priat] ‘kesakitan hati’

Prefiks {s-}

Prefiks {s-}, didapati diimbuhkan dengan kata dasar yang bermuladengan bunyi konsonan seperti /k, b, p, r, d/. Afiks ini berfungsimembentuk kata nomina yang merujuk ‘satu’ dan ‘sama dengan’.Berdasarkan data pengkaji, terdapat satu etimon sahaja yangmenunjukkan penggunaan afiks prefiks {s-}, iaitu:

Kata Dasar Kata Terbitan[kaweah] ‘kawah’ [skaweah] ‘sekawah’

Bagi mengukuhkan lagi bukti kajian, pengkaji telah mengambilbeberapa contoh lain. Misalnya:

Kata Dasar Kata Terbitan[baka] ‘seperti’ [sbaka] ‘sama seperti’[rambaw] ‘baya’ [srambaw] ‘sebaya’

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM55

Page 18: Bahasa Ibanik Purba

56

Jurnal ASWARA

[dalay] ‘jalan’ [sdalay] ‘seiringan/seperjalanan’

[rumah] ‘rumah’ [srumah] ‘serumah’[pintu] ‘pintu’ [spintu] ‘satu bilik’

Prefiks Kata Adjektif

Terdapat dua bentuk afiks prefiks kata adjektif, iaitu {N-} dan{pN-} yang ditemui oleh pengkaji dalam cerita rakyat SA yang bertajuk“Ensera Gajah Lelang”. Penjelasan untuk kedua-dua bentuk afikstersebut akan dihuraikan pada bahagian selanjutnya.

Prefiks {N-} dan {pN-}

Prefiks {N-} dan {pN-} ini dapat menerbitkan kata adjektif apabilabergabung dengan kata dasar yang sememangnya terdiri daripada kataadjektif. Dalam kajian ini, terdapat satu bentuk alomorf yang mewakilikedua-dua bentuk prefiks tersebut. Alomorf tersebut ialah /m/ untukprefiks {N-} dan alomorf /pm/ untuk prefiks {pN-} yang manahadir pada kata dasar yang didahului dengan konsonan plosif /b/, /p/ dankonsonan nasal /m/. Fungsi kedua-dua prefiks ini ialah memberi maknapenguat kepada kata adjektif tersebut.

Penggunaan kedua-dua bentuk prefiks ini dalam bahasa Ibansebenarnya bergantung kepada konteks ayat untuk mengetahui samaada prefiks tersebut merupakan prefiks kata nama ataupun kata adjektif.Kedua-dua prefiks ini diimbuhkan dengan kata dasar melalui prosespenggantian nasal. Terdapat beberapa contoh sahaja kata terbitan yangdiwakili oleh kedua-dua bentuk afiks prefiks kata adjektif tersebut yangditemui oleh pengkaji.

Kata Dasar Kata Terbitan[bsay] ‘besar’ [msay] ‘sebesar/sangat

besar’[bsay] ‘besar’ [pmsay] ‘sangat besar’[mayuh] ‘banyak’ [mayuh] ‘sebanyak/sangat

banyak’[mayuh] ‘banyak’ [pmayuh] ‘sangat banyak’

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM56

Page 19: Bahasa Ibanik Purba

57

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

Selain, dua alomorf tersebut, terdapat beberapa bentuk alomorfyang lain wujud dalam bahasa Iban. Antaranya ialah //, /n/ untukprefiks {N-} dan /p/, /pn/ untuk prefiks {pN-}. Alomorf inihadir pada kata dasar yang suku awalnya didahului dengan konsonan /k/dan /t/. Oleh kerana data agak terhad, pengkaji melampirkan datatambahan untuk mengukuhkan lagi pernyataan tersebut.

Kata Dasar Kata Terbitan[kamah] ‘kotor’ [amah] ‘sekotor/sangat

kotor’[kamah] ‘kotor’ [pamah] ‘sangat kotor’[tadam] ‘tajam’ [nadam] ‘setajam/sangat

tajam’[tadam] ‘tajam’ [pnadam] ‘sangat tajam’

Sufiks {-ka}

Sufiks {-ka} sama seperti sufiks {-kan} yang terdapat dalam bahasaMelayu. Menurut Rahim (2006b: 85), imbuhan akhiran {-ka} dalambahasa Iban ini merupakan satu akhiran penanda kata kerja yangmenerbitkan makna benefaktif atau melakukan sesuatu dan kausatif.Terdapat sedikit sahaja data yang ditemui oleh pengkaji yang menggunakansufiks {-ka}. Contoh data ini dapat dilihat seperti berikut:

Kata Dasar Kata Terbitan[mrti] ‘faham/sopan’ [mrtika] ‘memahami’[nuntuo] ‘sehingga’ [nuntuoka] ‘sehinggakan’

Sirkumfiks Kata Kerja

Berpandukan cerita rakyat dari SA yang bertajuk “Ensera GajahLelang” dan “Ensera Puntat Mati Kentut”, pengkaji telah menemuilima bentuk sirkumfiks kata kerja, iaitu {N-ka}, {di-ka}, {b-ka}, {t-ka} dan {N-ka}. Kelima-lima bentuk sirkumfiks tersebut akan pengkajijelaskan pada bahagian seterusnya.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM57

Page 20: Bahasa Ibanik Purba

58

Jurnal ASWARA

Sirkumfiks {N-ka}

Sirkumfiks {N-ka} merupakan bentuk afiks sirkumfiks yang palingproduktif dalam bahasa Iban berbanding dengan sirkumfiks yang lain.Sirkumfiks ini mendukung makna 'melakukan sesuatu'. Contoh datanyaadalah seperti berikut:

Kata Dasar Kata Terbitan[rari] ‘lari’ [rarika] ‘melarikan’[ulieh] ‘dapat’ [uliehka] ‘mendapatkan’[sua/] ‘serah’ [ua/ka] ‘menyerahkan’[kaaw] ‘panggil’ [aawka] ‘memanggil’[taa/] ‘tanya’ [naa/ka] ‘menanyakan’[padah] ‘beritahu/maklum’ [madahka] ‘memberitahu/

memaklumkan’

Sirkumfiks {di-ka}

Sirkumfiks {di-ka} dalam varian SA mempunyai fungsi yang sama dengansirkumfiks {di-kan} dalam bahasa Melayu yang membawa makna pasif.Berikut disertakan data untuk mengukuhkan lagi pernyataan tersebut.

Kata Dasar Kata Terbitan[sau] ‘lambung’ [disauka] ‘dilambungkan’[ksay] ‘kibas’ [diksayka] ‘dikibaskan’[tua/] ‘hala’ [ditua/ka] ‘dihalakan’[tambah] ‘tambah’ [ditambahka] ‘ditambahkan’[kah] ‘letak’ [dikahka] ‘diletakkan’

Sirkumfiks {b-ka}

Sirkumfiks {b-ka}, membawa makna 'melakukan sesuatu’, ‘memiliki’dan ‘bersalingan’. Namun, pengkaji hanya menemui satu etimon sahajayang menggunakan sirkumfiks tersebut. Contohnya, seperti berikut:

Kata Dasar Kata Terbitan[rundie] ‘fikir’ [brundieka] ‘memikirkan’

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM58

Page 21: Bahasa Ibanik Purba

59

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

Bagi mengukuhkan lagi bukti, pengkaji telah mengambil beberapacontoh lain. Misalnya:

Kata Dasar Kata Terbitan[rbuot] ‘rebut’ [brbuotka] ‘berebutkan’[dual] ‘jual’ [bdualka] ‘berjualkan’[tantut] ‘seluar’ [btantutka] ‘berseluarkan’[tuay] ‘ketua/tua’ [btuayka] ‘berketuakan’

Sirkumfiks {t-ka}

Sirkumfiks {t-ka} merupakan sirkumfiks penanda kata kerja transitifsama seperti sirkumfiks {b-ka}. Berdasarkan analisis pengkaji dalamcerita rakyat varian SA, sirkumfiks ini mendukung makna‘ketidaksengajaan’ dan ‘kemampuan melakukan sesuatu’. Berikutdipaparkan data yang ditemui oleh pengkaji:

Kata Dasar Kata Terbitan[pda/] ‘nampak’ [tpda/ka] ‘ternampak’[tmu] ‘jumpa’ [ttmuka] ‘terjumpa’[bri/] ‘beri’ [tbri/ka] ‘terberikan’[padah] ‘beritahu’ [tpadahka] ‘terberitahu’

Sirkumfiks {N-ka}

Gabungan sirkumfiks {N-ka} dengan kata adjektif telah menerbitkankata kerja transitif yang membawa pengertian ‘menjadikan sesuatu’.Pengkaji menemui satu etimon sahaja yang mewakili sirkumfiks tersebut.Sungguhpun, dapatan yang diperolehi agak terbatas, namun pengkaji yakinbahawa kajian yang lebih mendalam akan dapat memperjelaskan lagisirkumfiks ini. Berikut diberikan satu-satunya etimon yang menunjukkanpenggunaan sirkumfiks tersebut:

Kata Dasar Kata Terbitan[takut] ‘takut’ [nakutka] ‘menakutkan’

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM59

Page 22: Bahasa Ibanik Purba

60

Jurnal ASWARA

Afiks Gabungan {di + k + Kata Dasar + ka}

Terdapat satu contoh etimon yang ditemui oleh pengkaji yangmenggunakan afiks gabungan. Afiks gabungan ialah gandingan samaada afiks prefiks, sufiks dan sirkumfiks yang melingkungi kata dasarsecara berperingkat-peringkat.13 Berikut ditunjukkan bagaimana prosesafiks gabungan /di + k + kata dasar + ka/ tersebut berlaku:

(a) /dikedekaka/ ‘diinginkan’

Merujuk kepada jadual tersebut, kata akar /deka/ ‘hendak/ingin/mahu’ merupakan kata kerja bantu. Pada strata 1, proses afiksasi prefiks/k-/ dilaksanakan untuk menerbitkan kata nama /kedeka/ ‘kehendak/keinginan’. Perkataan /kedeka/ pula akan diturunkan ke strata 2 untukproses afiksasi sirkumfiks /di-ka/ bagi membentuk kata kerja /dikedekaka/‘diinginkan’ yang juga bertindak sebagai output. Berdasarkan analisistersebut, mendapati afiks gabungan yang wujud dalam perkataan /dikedekaka/ terhasil daripada gabungan dua jenis afiks, iaitu prefiks /k-/ dan sirkumfiks /di-ka/.

Kesimpulan

Bahasa Ibanik yang tersebar dari pinggiran bandar Sarawak sehinggalahwilayah Kalimantan Barat telah dikaji secara mendalam dalam tempohmasa melebihi 150 tahun dengan menggunakan pelbagai pendekatananalisis dan dikaji pula oleh mereka yang datang daripada pelbagai latarbelakang pendidikan, iaitu agama, antropologi dan linguistik. Selanjutnya,mengenai latar belakang penutur bahasa Iban turut dipaparkan melalui

B.IBN BM

Strata 1 [dka/] ‘hendak/ingin/mahu’ kata dasar

[k[dka/]] ‘kehendak/keinginan’ afiksasi prefiks /k-/

Strata 2 [kdka/] -

[di[kdka/]ka] ‘diinginkan’ afiksasi sirkumfiks /di-ka/

Output dikdka/ka ‘diinginkan’

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM60

Page 23: Bahasa Ibanik Purba

61

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

sejarah awalnya untuk memberi gambaran kepada umum mengenai kaumtersebut secara lebih dekat serta latar belakang kawasan kajian yangmenjadi sasaran pengkaji

Sesungguhnya, sistem fonologi bahasa Ibanik Sarawak tidak begitubanyak perbezaannya. Dari segi inventori vokal, kesemua varian memilikienam fonem vokal dan dari segi inventori konsonan, kesemua varianmempunyai 19 fonem konsonan. Ini menunjukkan hubungan sesamavarian tersebut adalah dekat. Cuma yang jelas, pengkaji mendapatiterdapat banyak perbezaan leksikal, namun tetap mengandungi maknayang sama.

Selanjutnya, kajian mengenai sistem afiksasi yang melibatkan tujuhvarian Ibanik Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintuludan Limbang) ini jelas memperlihatkan bahawa prefiks kata kerja {N},{di-}, {b(R)-}, {t(R)-} dan {N-}; prefiks kata nama {pN-}; prefikskata adjektif {pN-}; sufiks {-ka} dan sirkumfiks kata kerja {N-ka}dan {t-ka} mempunyai tahap kesepadanan yang tinggi antara varian.Sebaliknya, prefiks kata nama {s-}; prefiks kata adjektif {N-}; dansirkumfiks kata kerja {di-ka}, {b-ka} dan {N-ka} wujud secaratidak sepadan antara varian Ibanik Sarawak. Perbezaan yang wujudmungkin disebabkan hasil dapatan yang dimanfaatkan oleh pengkaji hanyabersumberkan satu hingga dua buah cerita rakyat sahaja yang masing-masing mewakili setiap bahagian. Pengkaji berkeyakinan bahawa masihada lagi beberapa jenis afiks yang sepatutnya wujud dalam sesebuahvarian tersebut, namun disebabkan kajian afiks ini berlandaskan sumberdaripada rakaman cerita, telah menyebabkan sesetengah afiks berkenaantidak digunakan. Tingkat perbezaan yang minimum jelas menggambarkanbahawa keterikatan antara ketujuh-tujuh varian tersebut tidak dapatdipertikaikan lagi. Setelah dianalisis, terbukti bahawa sistem afiksasi turutmembantu menjelaskan jauh dekatnya hubungan kekerabatan antaravarian Ibanik Sarawak.

Kajian varian Ibanik yang telah dilakukan oleh Rahim (1997), ChongShin (2006) dan Collins (2007) boleh dikatakan memberi nilai tambahkepada kajian Hudson (1970). Ini bererti bahawa kajian varian Ibaniksemakin cenderung ke arah satu kajian yang lebih sempurna. Walaupunklasifikasi kelompok Ibanik, sebagaimana yang telah dikemukakan olehHudson (1970), Blust (1988), Nothofer (1988), dan Adelaar (1993), tidakseiringan kerencaman pola klasifikasi ini menandakan betapa kajianperbandingan bahasa-bahasa sekerabat tidak ada titik penamatnya;ertinya dengan data-data baru yang diperoleh, pola klasifikasi sentiasaboleh berubah.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM61

Page 24: Bahasa Ibanik Purba

62

Jurnal ASWARA

Nota1 Kajian Hudson (1970) ke atas bahasa-bahasa di Sarawak dan Kalimantan Barat

bertujuan menghaluskan dikotomi Melayu-Dayak yang ditulisnya (Hudson,1967). Hudson menemukan bahawa bertentangan dengan penamaan yang popularsampai sekarang, hubungan bahasa Selako sangat dekat dengan bahasa Melayu,walaupun penutur bahasa Selako, seperti penutur bahasa Iban umumnya tidakberagama Islam Untuk menekankan pemecahan bahasa dan budaya antara Selakodan banyak bahasa pribumi yang telah mendapat cap “Dayak gunung” (LandDayak). Hudson memperkenalkan istilah “Dayak Melayik” untuk merujuk kepadavarian yang digunakan oleh orang Dayak bukan Islam, yang kenyataannya lebihdekat hubungannnya dengan bahasa Melayu disbanding dengan bahasa Kalimantanyang lain. Jadi “Dayak-Melayik” dimaksudkan untuk membezakannya dengan“Dayak gunung” di daerah Kalimantan Barat (Collins, 1996).

2 Ini seperti yang dijelaskan oleh Hudson (1970), iaitu: “members of an lbanicsub-group, comprising such isolects as Sebuyau, Mualang Kantu’, Seberuang,and the various related Iban dialects of Sarawak and Brunei. may be easilyidentified on the basis of the presence in word-final position in certain lexicalforms of /-ai/ where cognates in other Malayic, dialects exhibit /-an/, /-ang/, or.less frequently /-ar/

3 Menurut Pringle (1970: 20), gelar Sea Dayak kepada suku ini diberikan olehJames Brooke pada awal abad ke-19. Asmah (1993) berpendapat bahawa asalusul penamaan Dayak Laut pada suku ini berpunca pada aktiviti perdaganganyang melibatkan perjalanan orang-orang Melayu dari arah laut ke pedalaman.Dalam bahasa Iban ada kata ‘laut’ iaitu yang membawa erti ‘Melayu’ (dalambahasa Iban kata ‘tasik’ bererti ‘laut’). Bagi orang-orang Melayu, semua sukukaum bumiputera di Serawak digelar sebagai ‘Orang Dayak’; kerana adanyahubungan perdagangan antara orang Melayu dengan penduduk bumiputeraSarawak, dirasakan perlu memberikan nama yang khusus kepada suku kaumDayak yang tertentu. Apabila orang-orang Iban merujuk orang-orang Melayusebagai ‘laut’, bagi orang-orang Melayu timbullah istilah ‘Orang Dayak Laut’untuk merujuk kepada suku tersebut. Kata ‘Iban’ sebenarnya berasal dari bahasaKayan, iaitu ‘ivan’ yang bererti ‘pengembara’. Suku Kayan menamakan ‘Iban’kepada orang-orang Iban kerana mereka dianggap sebagai golongan yang berani,agresif dan suka berpindah (Asmah, 1981: 2).

4 Dalam sejarah lisan disebutkan bahawa, asal orang Ibanik di daerah aliran SungaiKantuk di Empanang. Namun, kemudian karena alasan keamanan, ekonomi,sebagian besar berpindah ke selatan. Sedikit saja orang Ibanik yang masih tinggaldi daerah asal ini – misalnya di Telutuk, Kampung Lalang, Nanga Kantuk (TikulBatu, Tikul Tebing), dan Selupai. Para migrant ini pernah ingin kembali ke kampongasal ketika banjir besar terjadi di Kapuas lebih 50 tahun lalu, saat padi yangmereka tanam rusak binasa terendam air. Namun perpindahan dibatalkan karenatempat ini sudah ada penghuni baru. Perpindahan dari tanah Empanang ini yangkemudian menyebabkan orang Ibanik berada di aliran sungai Kapuas, antarasekitar Semitau hingga Putussibau. Mereka ini di kemudian hari lebih dikenalsebagai orang Ibanik Kapuas.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM62

Page 25: Bahasa Ibanik Purba

63

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

5 Dari sinilah mereka berpindah dan menyebar ke pelbagai daerah lain termasukSarawak pada zaman ngayau dan peperangan suku sejak abad ke-16. Menurutnyasuku ini masuk ke Sarawak melalui lembah Kumpang lalu ke hulu sungai hinggake Lubok Antu. Kemudian mereka tinggal berpencar di beberapa kawasan sepertiLemanak, Undop, Sebuyau, Sadong, Samarahan, dan Lundu (Jamilah 1993 dalamRahim 2006). Kemudian untuk kebanyakan Iban Sarawak menetap disepanjangsungai Batang Lupar dan Rejang yang meliputi kawasan Semanggang (Sri Aman),Lubok Antu, Kanowit dan Kapit (lihat Rahim, 2006; Freeman, 1955; Sandin,1967; 1968, Boyle, 1865). Inilah yang diangap sebagai migrasi pertama suku Iban(Ibrahim, 2006). Kemudian pada akhir abad 18 menjelang abad ke-19 Iban kembaliberpindah ke Wilayah Kalimantan Barat terutama sekitar Sempadan denganSarawak Malays ia, termasuk Badau, yang disebut migrasi kedua (sila semak:Chong dan Collins, 2007)

6 Menurut Lee (1981: 106) kebanyakan kawasan penempatan suku Iban di Sarawakterletak disepanjang sungai, terutamanya kawasan Sungai Batang Lupar dan SungaiRejang. Kawasan yang paling ramai diduduki oleh suku ini ialah di daerahSimanggang (Sri Aman), Lubuk Antu, Kanowik dan Kapit.

7 Walau bagaimanapun, suku Ibanik juga menghuni di luar sistem sungai-sungaitersebut. Menurut Sellato (1986), terdapat sebuah perkampung Iban (kira-kira107 keluarga) di Sungai Menukung, Melawi; Albertus (2002 dlm. Collins, 2005:22) melaporkan bahawa terdapat perkampungan Ibanik di Seluas. Sungai Sambas:dan Surjani (2002 dim. Collins, 2005: 22) mengatakan terdapat kampung Ibanik(Dayak Kedeh) kira-kira 40-50 km di timur Balai Karangan. Di sekitar DanauSenatrum, suku Iban dikenalpasti merupakan suku majoriti. Di samping itu,terdapat juga suku Ketungau Sesat di Sungai Sekadau, seperti yang dilaporkandalam Collins (2005).

8 Menurut Zaharani (2007: 18), pengimbuhan atau afiksasi (affixation) merupakansatu proses morfologi yang menerbitkan kata dengan cara menggabungkan afikspada kata dasar. Imbuhan atau afiks tersebut tergolong dalam jenis morfem terikat,manakala kata dasar pula lazimnya terdiri daripada morfem bebas. Ringkasnya,imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.

9 Lapan imbuhan kata kerja tersebut terdiri daripada enam imbuhan awalan, iaitu{N}, {/-}, {b-), {t-}, {di-} dan {s-}; satu imbuhan apitan {k-ka} dan satuimbuhan akhiran {-ka}. Seterusnya, tiga lagi imbuhan awalan kata nama, iaitu{p-}, {s-} dan {k-}.

1 0 Enam jenis imbuhan awalan kata kerja tersebut terdiri daripada {N}, {m(N-)},{b(R)-}, {t(R)-}, {di-} dan {bk-}. Tiga imbuhan awalan kata nama pulaterdiri daripada {p-}, {s-} dan {k-}. Selanjutnya, lima bentuk imbuhan apitan,iaitu {k-ka}, {p-ka}, {N-ka}, {b-ka} dan {t-ka}, manakala satu lagi bentukimbuhan yang wujud ialah imbuhan akhiran {-ka}.

1 1 Menurut Zaharani dan Teoh (2006: 195), teori fonologi leksikal merupakanrumus pembentukan kata dan rumus fonologi dalam nahu sesuatu bahasa. Teoriini dapat dibahagikan kepada beberapa tingkat atau strata yang berurutan. Setiapproses derivasi akan beroperasi secara berterusan melalui setiap tingkat tersebut,walaupun pada tingkat tertentu tidak berlaku sebarang proses morfologi ataufonologi yang relevan. Setiap perkataan dibentuk melalui pelaksanaan Rumus

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM63

Page 26: Bahasa Ibanik Purba

64

Jurnal ASWARA

Pembentukan Kata (RPK) (Word Formation Rule) secara berperingkat-peringkat.1 2 Proses penggantian nasal boleh juga dianalisis sebagai hasil daripada penggabungan

dua rumus yang berikut, iaitu (i) rumus asimilasi nasal dan (ii) rumus penggugurankonsonan tak bersuara yang dilaksanakan secara berurutan. Untuk keteranganlanjut, sila rujuk Farid (1980: 13-15) dan Zaharani (1989: 884-891).

1 3 Untuk keterangan lanjut tentang hal ini, sila rujuk (Zaharani & Teoh, 2006: 195-200).

Rujukan

Adelaar, K. A. (1994). Bahasa Melayik purba rekonstruksi fonologidan sebagian dari leksikon dan morfologi. Terj. Jakarta:Djambatan.

Albertus (2003). Klasifikasi varian Tengon dalam rumpun Bidayuhik(Borneo Barat). Tesis Sarjana, Institut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Arbak Othman (1983). Permulaan ilmu linguistik: Satu pengenalankonsep dan bidang kajian secara teoritis. Kuala Lumpur: SarjanaEnterprise.

Asmah Hj. Omar (1981). The Iban language of Sarawak: Agrammatical description. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Asmah Hj. Omar (1985). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar (1993). Perkaitan bahasa Melayu dengan bahasa Ibandari segi sejarah. Dlm. Nik Safiah Karim (pnyt.). Tinta Sejarah,hlm. 39-55. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu UniversitiMalaya.

Blust, R. A. (1986). Penyusunan salasilah bahasa di Malaysia. Terj.Collins, J. T. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Campbell, L. (2001). Historical linguistics: An introduction.Cambridge: The MIT Press.

Chong Shin (2005). Pemilihan bahasa dalam masyarakat multilingual:minoriti Cina di Pekan Sekadau, Pulau Borneo. Disertasi Ph.D.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chong Shin (2006a). Menilai distribusi dan ciri linguistik varian Ibanik.Dlm. Chong Shin, Karim Harun & Yabit Alas (pnyt.). Reflectionsin Borneo Rivers: 97-109. Pontianak: STAIN Pontianak Press.

Chong Shin (2006b). Bahasa Iban dan dialek Melayu di Saribas, Sarawak.The Sarawak Museum Journal LXII (83): 85-106.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM64

Page 27: Bahasa Ibanik Purba

65

Dinamika Bahasa Ibanik Purba di Pulau Borneo

Chong Shin (2007). Varian Ibanik Kumpang: analisis linguistik. Dlm.Chong Shin, Yusriadi & Dedy Ari Asfar (pnyt.). Kelompok Ibanikdi Kalimantan Barat. 100-110. Pontianak: STAIN Pontianak Press.

Collins, J. T. (1983). Penggolongan bahasa Bacan. Nusantara 10: 86-125.

Collins, J. T. (1986). Penyusunan salasilah bahasa di Malaysia. Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Collins, J. T. (1989). Antologi kajian dialek Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T. (2004). Ibanic languages in Kalimantan Barat, Indonesia:exploring nomenclature, distribution and characteristics. BorneoResearch Bulletin 35: 17-47.

Collins, J. T. (2007). Keluarga Ibanik di Pulau Borneo: bahasa Sekujam.Dlm. Chong Shin & Collins, J. T (pnyt.). Bahasa dan masyarakatIbanik di alam Melayu. 69-90. Bangi: Institut Alam dan TamadunMelayu.

Crowley, T. (1992). An introduction to historical linguistics. Auckland:Oxford University.

Farid M. Onn (1980). Aspects of Malay phonology and morphology:a generative approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hudson, A.B. (1970). A note on Selako: Malayic Dayak and Land Dayaklanguages in Western Borneo. The Sarawak Museum JournalXVIII (36-37): 301-318.

Ismail bin Jusoh (1991). Kajian bandingan fonologi bahasa Melayu danbahasa Iban. Jurnal Dewan Bahasa 35(2): 146-172.

Jaludin Chuchu (2003). Dialek Melayu Brunei dalam salasilah bahasaMelayu Purba. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamilah Hj. Ahmad & Jonathan Singki (pngr.) (1989). Cerita rakyatIban. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Mohamed (1994). Waktu pisah dan tingkat kekerabatan bahasaMelayu dengan bahasa Iban. Jurnal Dewan Bahasa 38(2): 129-142.

Nothofer, B. (1988). A discussion of two austronesian subgroup: Proto-Malay and Proto-Malayic. Dlm. Mohd. Thani Ahmad & ZainiMohamed Zain (pngr.). Rekonstruksi dan cabang-cabangbahasa Melayu induk: 34-58. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Nothofer, B. (1996). Migrasi orang Melayu purba: kajian awal. JurnalSari 14: 33-52.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM65

Page 28: Bahasa Ibanik Purba

66

Jurnal ASWARA

Pringle, R. (1970). Rajahs and rebels: the Iban of Sarawak underBrooke 1841-1941. London: Macmillan.

Rahim Aman (1997. Kebersamaan morfologis kelompok Ibanik daninovasi {Di} Ibanik + Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa 41(9):842-846.

Rahim Aman (1998). Inovasi dan retensi. Jurnal Pelita Bahasa. 42(5):26-27.

Rahim Aman (2006a). Linguistik Sejarah. Dlm. Zulkifley Hamid, RamliMd. Salleh & Rahim Aman (pnyt.). Linguistik Melayu: 142-159.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rahim Aman (2006b). Perbandingan fonologi dan morfologi bahasaIban, Kantuk dan Mualang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Rahim Aman (2008). Linguistik bandingan bahasa Bidayuhik. Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shahidi Abd. Hamid (2000). Analisis fonologi bahasa Iban. Jurnal DewanBahasa 44(4): 434-444.

Soriente Anotonia (2003). A classification of Kenyah variants in Sarawakand Kalimantan. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Sains Sosial danKemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Sujarni (2004). Klasifikasi bahasa Bidayuhik dialek Simpang di BorneoBarat Daya. Tesis Sarjana Persuratan, Institut Alam dan TamadunMelayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Vinson & Joanne Sutlive (2001). The encyclopaedia of Iban studies.Kuching: Tun Jugah Foundation.

Yabit Alas (2004). Rekonstruksi bahasa Dusunik dan klasifikasi varian-variannya. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Zaharani Ahmad (1989). Analisis sempadan dalam kajian fonologi bahasaMelayu. Jurnal Dewan Bahasa. 33(12): 884-891.

MUHAMMAD NUR LATIF, calon (Ph.D), di Universiti KebangsaanMalaysia. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel: [email protected]

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:35 PM66