Bahasa arab
Transcript of Bahasa arab
1.0 Pengenalan
Manusia adalah makhluk yang sangat mulia dan makhluk yang pandai bermasyarakat
disebabkan manusia ini mampu berfikir dan berbahasa yang mana ciri ini merupakan ciri
utama yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain. Justeru itu, manusia
sentiasa berfikir berkaitan dengan perkara-perkara yang ada di sekeliling mereka.
Dengan adanya bahasa, manusia akan sentiasa berkomunikasi di antara satu sama lain
bagi menyampaikan buah fikiran. Bahkan bahasa merupakan suatu alat berkomunikasi
yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri, melalui bahasa manusia akan
dapat melahirkan idea, perasaan dan berhubung di antara sesame mereka. Bahasa juga
dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal, dengan
keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan
lebih berkesan lagi.
Beberapa sarjana bahasa telah memberikan hujah masing-masing dalam
mendifinisikan bahasa. Antaranya Sapir dalam buku tulisan John Lyons terjemahan
Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi mendifinisikan bahasa sebagai “ bahasa adalah semata-
mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan
keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar”. Bloch dan Trager
yang terkandung dalam Outline of Linguistic Analysis (1942 : 2) mendifinisikan bahasa
sebagai “suatu sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial yang
bekerjasama”. Memperolehi dan mempelajari bahasa pertama merupakan salah satu
perkembangan menyeluruh kanak-kanak untuk menjadi anggota kepada sesebuah
masyarakat. Hal ini kerana melalui bahasa khusus bahasa pertama, seorang kanak-kanak
itu harus belajar untuk menjadi anggota masyarakat. Bahasa Pertama menjadi salah satu
media untuk mengungkapkan perasaan, keinginan, dan pendirian dalam bentuk-bentuk
bahasa yang dianggap ada.
2.0 Pemerolehan Bahasa Pertama Kanak-Kanak
Apa yang dikatakan dn engbahasa pertama yang diperolehi oleh kanak-kanak
merupakan bahasa awal iaitu sebelum mereka mempelajari bahasa lain sebagai bahasa
1
kedua atau bahasa asing. Kanak-kanak merupakan anugerah Tuhan Yang Maha Esa.
Kanak-kanak memperlihatkan kebolehan memperoleh bahasa ibundanya dengan cara
yang luar biasa. Pemerolehan bahasa ini berlaku mengikut perkembangan yang tertentu,
biasanya diperoleh secara tidak formal daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli
masyarakat disekitarnya ( Krashen dan Terrel, 1983:18-19). Demikian juga halnya
kanak-kanak melayu. Apabila bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat di
sekitarnya ialah bahasa Melayu, maka tanpa disedari, kanak-kanak Melayu itu secara
tidak langsung akan meniru bahasa tersebut. Oleh sebab kanak-kanak Melayu ini belum
pernah belajar bahasa apapun, maka bahasa Melayulah bahasa yang pertama
diperolehnya. Inilah yang dikatakan pemerolehan bahasa pertama oleh Mengantar
Simanjuntak (1987: 15)
Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia.
Lazimnya dengan pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa
kanak-kanak, manakala pemerolehan bahasa kedua tertumpu kepada perkembangan
bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan bahasa kanak-
kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan. Namun
terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat
dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa
dan pembelajaran bahasa.
Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah
faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik tidak
menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan
persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang
sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa
oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa
ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan
persekitarannya. Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi
dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan
manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat
2
umum inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi
Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language
Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh
Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity for Language”. LAD dikatakan
telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat nurani ini akan
membolehkan anak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah dan
cepat.
Di samping itu, dengan pemerolahan bahasa pertama akan terjadi ketika kanak-
kanak yang belum pernah belajar bahasa apa pun, mulai belajar bahasa untuk kali
pertama. Jika kanak-kanak tersebut menguasai satu bahasa, dengan penguasaan kanak-
kanak itu disebut ekabahasa. Jika kanak-kanak itu memperolehi dua bahasa melalui
proses dua bahasa secara serentak, maka penguasaan kanak-kanak itu disebut
dwibahasa. Manakala, jika yang diperoleh lebih daripada dua bahasa secara serentak,
maka penguasaan kanak-kanak itu disebut sebagai ganda bahasa. Sistem fikiran yang
terdapat pada seorang kanak-kanak dibangun sedikit demi sedikit apabila ada
rangsangan dunia sekitarnya sebagai input (iaitu apa yang dilihat, didengar, dan disentuh
yang menggambarkan benda, peristiwa dan keadaan sekitar yang mereka alami). Lama-
kelamaan pemikirannya akan terbentuk dengan sempurna. Setelah itu sistem bahasanya
akan menjadi lengkap dengan perbendaharaan kata dan tatabahasanya turut terbentuk.
3.0 Teori-teori Pemerolehan Bahasa Pertama Kanak-kanak
Teori-teori ini ternyata berpengaruh sangat kuat dalam dunia ilmu bahasa.
Sebelum kita berbicara lebih jauh tentang teori pembelajaran bahasa, kita perlulah
memahami dengan lebih mendalam pengertian teori. Menurut Mc lauglin dalam
(Hadley: 43, 1993) Fungsi teori adalah untuk membantu kita memahami dan
mengorganisasi data tentang pengalaman dan memberikan makna yang sesuai. Jadi
bahawa setiap guru pasti sudah memiliki teori tentang pembelajaran bahasa, tetapi
sebahagian besar guru tersebut tidak pernah mengungkapkan seperti yang diperkatakan
dalam teori itu.
3
Terdapat beberapa teori berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama dapat
dilihat dari aspek psikologi dan linguistik. Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-
teori yang mengkhusus kepada pemerolehan bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu
Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis seperti berikut: -
3.1 Teori Behaviorisme
Teori Behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa
yang berlandaskan teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938).
Teori behaviorisme menyoroti aspek perilaku kebahasaan yang dapat diamati langsung
dan hubungan antara rangsangan (stimulus) dan reaksi (response). Perilaku bahasa yang
efektif adalah membuat reaksi yang tepat terhadap rangsangan. Reaksi ini akan menjadi
suatu kebiasaan jika reaksi tersebut dibenarkan. Dengan demikian, anak belajar bahasa
pertamanya. Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu
bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan
dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut
perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu
perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara
ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk
tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.
Sebagai contoh, seorang anak mengucapkan bilangkali untuk barangkali. Sudah
pasti si anak akan dikritik oleh ibunya atau siapa saja yang mendengar kata tersebut.
Apabila suatu ketika si anak mengucapkan barangkali dengan tepat, dia tidak mendapat
kritikan kerana pengucapannya adalah benar. Situasi seperti inilah yang dinamakan
membuat reaksi yang tepat terhadap rangsangan dan merupakan hal yang pokok bagi
pemerolehan bahasa pertama.
Di dalam pemerolehan bahasa pertama amatlah penting di dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, sesuatu kemahiran lisan merupakan aspek yang paling penting
daripada kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua
terpenting. Oleh sebab itu, guru haruslah mengajar lisan terlebih dahulu dan memberi 4
penekanan kepada latihan lisan, kemudian diikuti dengan kemahiran menulis. Oleh
sebab bahasa merupakan satu tabiat atau kebiasaan, guru perlu mengutamakan latih tubi.
Maksudnya, guru perlu memberi latihan yang mencukupi untuk murid sehingga
seseorang murid itu berjaya menguasai dan memahami sistem bahasa yang dipelajari.
Selain itu, hukum tatabahasa tidak perlu dipelajari secara formal oleh murid-murid.
Di samping itu, jika di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
bermula dengan pola yang mudah kemudian beralih kepada yang lebih sukar. Guru juga
boleh bermula dari unit terkecil kepada unit yang lebih besar (binaan). Perkara ini boleh
memudahkan murid-murid memahami tajuk yang dipelajari.
Justeru itu,guru juga perlu lebih kreatif menyediakan bahan rangsangan bagi
menarik minat murid-murid untuk mempelajari tajuk yang disampaikan. Pada masa yang
sama, guru juga harus menyediakan ganjaran kepada tindakan atau jawapan yang tepat.
Ganjaran yang diberi ini dapat membuat murid tersebut terus mengulangi perkara yang
betul sehingga menjadikannya tindakan yang bersifat automatis. Oleh sebab,
pembelajaran merupakan satu proses rangsangan dan tindak balas, guru perlu
memainkan peranannya sebagai penggerak dan pengalak untuk menarik minat murid ke
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Berikutnya, guru
merupakan contoh atau model kepada murid-murid. Setiap perbuatan dan percakapan
guru akan dicontohi dan menjadi ikutan murid. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan
yang penting dalam menggunakan bahasa yang betul untuk dicontohi murid.
3.2 Teori Mentalis
Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak
dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Teori ini
menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan
mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari
peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan
operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan
menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.
5
Berdasarkan teori ini, kanak-kanak akan mendengar bahasa di persekitaran
mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk
konsep dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam
Chomsky, kanak-kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika mereka
berumur lapan belas bulan. Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak sama
dengan penguasaan rumus tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun
penguasaan bahasa luaran bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya
menguasai bahasa dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu
mengajar bahasa secara deduktif. Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan
berstruktur. Pada masa yang sama, mereka perlu menguasai rumus tatabahasa agar
mereka dapat menggunakannya secara kreatif. Maksudnya di sini, murid dapat
menghasilkan ayat-ayat baharu.
Selain itu, guru digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini kerana mereka dapat membina konsep dan
makna. Ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid perlu didedahkan
dengan bahan-bahan sebenar (authentik) bukan bahan yang diada-adakan. Pengajaran
dan pembelajaran bahasa juga mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan
tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Dari aspek memberi latihan
pula, guru perlulah memberi latihan-latihan yang membina kecekapan dengan
menggunakan rumus bahasa secara kreatif. Selain itu, guru digalak menyedarkan
kesilapan murid dan menggalakkan murid membaiki kesilapan yang dilakukan
berdasarkan pengetahuan rumus yang telah dipelajarinya.
Melalui teori ini, mempunyai banyak kelebihan seperti ia menekankan kepada
proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar
secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu
proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar
kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. Selaian itu ia menekankan
kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu 6
pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka
sendiri dan ia menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran
berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai
digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.
3.3 Teori Kognitivisme
Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget da Gestalt. Teori kognitif merupakan proses
mental yang memainkan peranan penting untuk memperoleh bahasa, khususnya bahasa
pertama (bahasa ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan khusus untuk
mendengar, mentafsir bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Kanak-kanak juga
memperoleh bahasa pertama dalam masa yang amat singkat iaitu 4 sehingga 5 tahun
sahaja.
Menurut teori ini, bahasa bukanlah suatu ciri semulajadi yang terpisah,
melainkan salah satu di antara beberapa kemampuan yang berasal dari kematangan
kognitif. Perkembangan bahasa hendaklah berlandaskan pada perubahan yang lebih
mendasar dan lebih umum di dalam kognisi. Oleh itu, peringkat-peringkat
perkembangan kognitif menentukan peringkat perkembangan bahasa (Chaer, 2003:223).
Hal ini sangat berbeza dengan pendapat Chomsky yang menyatakan bahwa mekanisme
umum dari perkembangan kognitif tidak dapat menjelaskan struktur bahasa yang
kompleks, abstrak, dan khas. Begitu juga dengan lingkungan berbahasa. Bahasa harus
diperoleh secara semulajadi
Pembelajaran bahasa ialah proses mental (berfikir). Oleh sebab itu, kanak-kanak
perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) dan bukanlah
bergantung pada latihan giat semata-mata. Kesalahan yang dilakukan murid bukan
kegagalan tetapi percubaan yang baik. Teori ini juga menyatakan kanak-kanak belajar
berdasakan konsep cuba jaya. Maksudnya di sini, murid-murid akan diberi peluang
untuk cuba menjawab soalan sehingga mereka berjaya melaksanakannya. Peranan guru
dalam memberi latihan pula, guru tidak harus memberi latihan yang berbentuk kebiasaan
7
yang automatis tetapi memberi latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan
rumus-rumus yang dibentuk. Menurut teori ini tulisan dan bacaan adalah diutamakan
kerana sebagai peneguhan kepada lisan. Oleh sebab itu, guru perlu mengutamakan
penulisan dan pembacaan.
Teori kognitif memfokuskan kepada proses di sebalik tingkah laku yang
ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada
apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran
sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif
kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar.
Pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak memainkan peranan penting kepada
pemerolehan dan pembelajaran bahasa kedua terutamanya kepada bahasa kedua iaitu
bahasa arab. Pembelajaran bahasa kedua mesti dipelajari secara formal dan hanya
berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu, dorongan (rangsangan) dan sikap
positif adalah perlu. Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama
kepada pelajar Melayu tidak banyak masalah. Sebaliknya, mengajar bahasa kedua
kepada bukan penutur jati (orang Melayu misalnya) memerlukan lebih perhatian. Pelajar
perlu melalui rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-
kaedah tertentu.
Menghuraikan masalah pembelajaran bahasa kedua, Abdullah Hassan (1980)
menjelaskan :“Mungkin salah satu masalah yang besar ialah bahasa Melayu yang diajar
itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang
digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek yang
berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas.”
Adalah jelas bahawa mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses
mempelajari perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada
bahasa ibunda sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan bahasa ibunda pelajar sering
mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua mereka. Oleh itu, pengajaran bahasa
kedua hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara bersistem. dan formal. Berikut
8
merupakan proses-proses dalam pengajaran pemerolehan bahasa kedua. Pembelajaran
bahasa kedua ialah satu proses mekanis. Proses ini akan membentuk perlakuan dan
tabiat baru menguasai kemahiran bahasa, iaitu melalui latihan-latihan dan peneguhan.
Bentuk bahasa pertuturan dipelajari terlebih dahulu. Pengajaran bahasa kedua mesti
didahulukan dengan kemahiran lisan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula
daripada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Kanak-kanak diajar menyebut perkataan sebelum bentuk-bentuk
tulisan.
Pembelajaran secara membuat analogi. Pelajar cepat menerima dan memahami
makna perkataan dengan cara melihat persamaan dan perkaitannya dengan objek yang
dianalogikan. Analogi digunakan untuk menunjukkan persamaan ciri atau sifat. Cara ini
akan mempermudah guru mengajar tanpa perlu menghabiskan masa panjang untuk
menjelaskan konsep-konsepnya. Makna dipelajari dalam konteks. Makna haruslah
dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu dalam konteks agama, adat,
adab, dan sosio budaya teks atau rujukan teks.
Belajar bahasa kedua, iaitu pengaruh pada urutan kata disebabkan dengan proses
penterjemahan. Pengaruh pada morfem terikat, dan pengaruh bahasa pertama walaupun
pengaruh isi sangat lemah (kecil). Berdasarkan hasil penelitian yang dikemukakan dalam
Sofa (2008) bahawa bahasa pertama mempunyai pengaruh positif yang sangat besar
terhadap bahasa kedua sebesar 4 – 12 % dari kesalahan-kesalahan dalam tatabahasa
yang dibuat oleh anak-anak berasal dari bahasa pertama, sebesar 8 –23 % merupakan
kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh orang dewasa. Kebanyakkan kesalahan-kesalahan
tersebut lebih banyak dalam susunan kata daripada dalam morfologi. Bidang tersebut
merupakan pengaruh yang paling kuat terhadap pengucapan di dalam bahasa pertama.
Anak-anak memproses sistem bunyi baru melalui pola-pola fonologi bahasa pertama
pada tahap-tahap awal pemerolehan bahasa kedua. Pengaruh bahasa pertama kian
bertambah pada bahasa kedua jika pelajar diharapkan menghasilkan bahasa kedua
sebelum dia mempunyai penguasaan yang cukup terhadap bahasa barunya. Dengan itu,
9
pelajar akan lebih bergantung pada struktur-struktu bahasa pertama
baik dalam kemampuan untuk berkomunikasi maupun penterjemahan.
4.0 Perbezaan Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa
Berikut adalah perbezaan terhadap pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa seperti
dibawa :
Pemerolehan Bahasa Pembelajaran Bahasa
1.Berfokus pada bentuk-bentuk bahasa1.Berfokus pada komunikasi penuh makna
2.Keberhasilan didasarkan pada penguasaan bentuk-bentuk bahasa
2. keberhasilan didasarkan pada penggunaan
bahasa untuk melaksanakan sesuatu
3.Pembelajaran ditekankan padat bentuk dan struktur Bahasa, aktivitas dibawah perintah guru
3.Materi ditekan pada idea dan minat anak
aktiviti berpusatkan pada anak
4.Koreksi kesalahan sangat penting untuk mencapai tingkah penguasaan
4.Kesalahan merupakakan hal yang wajar
5. Belajar merupakan proses untuk menghafal kaedah, bentuk dan struktur.
5.Pemerolehan merupakan proses bawah sedar
dan terjadi melalui penterjemahan dan yang
dapat difahami oleh kanak-kanak
6. Penekanan pada kemampuan produksi mungkin dihasilkan dari minat kanak-kanak pada tahap awal lagi.
6. penekanan pada kecekapan bahasa secara
semulajadi
Lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara
semulajadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, bahasa akan dipelajari secara
10
berperingkat-peringkat, belajar secara tidak formal. Ini berbeza dengan pembelajaran
bahasa kedua atau bahasa asing (status bahasa Arab adalah sebagai bahasa asing dalam
sistem pendidikan di Malaysia); bahasa mestilah dipelajari secara formal dan hanya
berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu, dorongan yang kuat dan sikap
yang baik adalah perlu untuk belajar. Adalah jelas, mempelajari bahasa asing merupakan
satu proses mempelajari perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan
daripada bahasa ibunda sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan linguistik di
kalangan pelajar sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa asing mereka. Oleh
itu, pengajaran bahasa asing hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara semulajadi
dan tidak terlalu formal. Penekanan sebaiknya dilakukan dalam konteks kebudayaan dan
sosial yang hidup yang membolehkan bahasa tersebut sering didengar dan dituturkan.
Begitu juga stimulasi harus sentiasa diberikan oleh guru supaya pelajar sentiasa dipandu
arah dan berada di landasan yang betul serta menjadikan pembelajaran sebagai satu
perjalanan yang menyeronokkan.
5.0 Pemerhatian di dalam Pembelajaran Bahasa Kedua (Bahasa Arab)
Stimulasi (dalam konteks kajian ini stimulasi ialah maklum balas) dan respon boleh
diperhati dan diukur secara langsung, maka pembelajaran pelajar juga dapat diperhatikan
dan diukur (Kazdin 1994). Sebagai contoh sebelum guru memberikan maklum balas,
pelajar tidak atau kurang berinteraksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Tetapi setelah guru memberikan maklum balasnya secara positif, maka pelajar
didapati menunjukkan perubahan pada tingkah laku mereka. Sepanjang permerhatian
dijalankan, pelajar yang terlibat dalam pemerhatian ini menunjukkan penglibatan yang
aktif dalam semua topik yang diajar oleh guru. Walau bagaimanapun seperti yang telah
dinyatakan, respon yang diberi oleh pelajar kebanyakannya adalah dalam bentuk ayat-
ayat mudah. Kadang-kadang respon dalam satu patah perkataan seperti "" ,"ال ."نعم
Keadaan ini tampak berlaku dengan jelas apabila soalan yang ditanya merujuk kepada
teks yang digunakan di mana pelajar hanya perlu merujuk kepadanya. Kadang kala
pelajar memberi respon ringkasan setelah guru memberi prompt. Jawapan atau respon
yang agak panjang diberikan oleh pelajar sekiranya guru meminta mereka memberikan
11
pendapat. Strategi guru ialah beliau mengemukakan pendapatnya kemudian meminta
pelajar memikirkan dan seterusnya meminta pelajar memberikan pendapat mereka.
Respon yang diberi oleh pelajar menggambarkan pengetahuan mereka berkaitan dengan
subjek yang sedang dibincangkan, iaitu " المجاز " اللغوي . Setiap pendapat pelajar
adalah berkaitan dengan apa yang diperkatakan dalam perbincangan di bilik darjah.
Respon pelajar tidak dibentuk atau dikawal oleh ujaran guru. Ia menunjukkan suatu sesi
perbincangan yang tulen di dalam bilik darjah di mana guru mungkin tidak menjangka
bentuk respon yang dikemukakan oleh pelajar walaupun respon tersebut memang
diharaguruan oleh guru. Strategi tersebut sebenarnya tidaklah dirancang oleh guru.
Perkara 108 ini didedahkan sendiri oleh guru semasa temu bual bersama pengkaji
apabila ditanya tentang maklum balas yang digunakan oleh guru bertujuan mendapatkan
respon lanjut daripada pelajarnya.
Maklum balas guru diperhatikan mampu merangsang pelajar mengujarkan
jawapan mereka dalam susuk linguistik bahasa yang dipelajari. Bentuk maklum balas
seperti seperti pencungkilan, prompt dan klu dapat membantu pelajar menggunakan
bahasa Arab sebagai alat untuk mereka mengemukakan respon. Output linguistik
tersebut diujarkan dalam bentuk perkataan, frasa dan ayat. Maklum balas mempunyai
fungsi dan cara pelaksanaan tersendiri (Dadley-Marling & Searle, 1991).
Maklum balas guru antara lain berfungsi menggalakkan pelajar memberikan
reaksi lisan yang lebih ekstensif. Keadaan ini memberikan pelajar peluang untuk
menggunakan bahasa, dan pada masa yang sama pelajar mengalami proses penggunaan
bahasa yang aktif semasa pembelajaran berlaku. Oleh itu, guru mesti menunjukkan
minat yang mendalam terhadap reaksi yang diujarkan oleh pelajar. Seboleh mungkin
guru mengelakkan daripada membetulkan kesilapan secara langsung. Pembetulan
seharusnya dilakukan secara tidak langsung. Nampaknya maklum balas adalah antara
faktor yang menentukan kejayaan proses penguasaan sesuatu bahasa asing yang
dipelajari. Ini berlaku apabila pelajar-pelajar bersedia untuk berbincang dan
mengeluarkan pendapat melalui medium bahasa lingustik setelah dimulakan oleh guru
melalui maklum balasnya.
12
6.0 Cadangan
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi di sekolah berkaitan dengan pembelajaran
bahasa arab di sekolah. Saya telah meminta pandangan daripada guru yang terlibat
dalam proses pembelajaran untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam penyelesaian
masalah. Pandangan mereka turut diambil kira bagi menyatakan pendekatan pengajaran
yang boleh digunakan, kaedah yang paling banyak boleh digunakan, kaedah yang
terbaik yang pernah digunakan dan aktiviti P&P yang boleh digunakan seperti
penggunaan papan putih secara aktif, memberikan nota kepada pelajar, memberikan
terjemahan supaya pelajar mudah memahami. Serta memberi tugasan menghafal isi-isi
penting kepada pelajar.
Selain itu, cadangan guru bagi memberikan kerja berkumpulan dan pelajar
diminta berbincang serta membuat pembentangan mendapat pandangan tertinggi
daripada guru-guru. Cadangan guru bagi aktiviti pengajaran yang paling banyak boleh
digunakan seperti perbanyakkan soal jawab di antara guru dan pelajar. serta para guru
hendaklah memberikan penerangan secara mendalam. Bahkan guru hendklah
menerapkan kebiasaan kepada murid untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Arab,
serta menghafal perkataan, istilah bahasa Arab dengan maknanya dan isi-isi penting.
7.0 Penutup
Secara kesimpulannya boleh dikatakan bahawa interaksi di dalam bilik darjah yang
terdiri daripada aktiviti inisiasi yang dalam kebanyakan situasi dimulakan oleh guru,
respon pelajar terhadap inisiasi tersebut, maklum balas guru , dan reaksi pelajar terhadap
maklum balas guru telah berlaku dalam bentuk seperti yang telah dibincangkan di atas.
Ini kerana guru dan pelajar dalam kajian ini serta cara bagaimana pelajaran itu diolah
oleh mereka (guru dan pelajar) terdapat ciri-ciri seperti yang dinyatakan oleh Ernst
(1994). Pelajar belajar secara santai, tidak tertekan semasa pembelajaran kerana belajar
dalam suasana tidak terlalu formal. Guru bijak mewujudkan suasana pembelajaran yang
selesa.
13
RUJUKAN
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal untuk
Guru. Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (1981). Bahasa dan Pendidikan Kanak-kanak” dalam Di sekitar Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997. Pengajian Melayu 2. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Mohd Rosdi Ismail; Mat Taib Pa, (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Zamri Mahamod, 2008. Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa
Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd
14