bahan rujukan
-
Upload
azam-sadirin -
Category
Documents
-
view
231 -
download
2
description
Transcript of bahan rujukan
Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi juga merupakan antara perkhidmatan
yang ditawarkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Sebagai urusetia kepada
jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan
dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan
dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat
menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan
laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti,
Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.
Sistem fail adalah bank maklumat bagi guru bimbingan atau guru kaunseling
bagi membuat rujukan, mendapatkan pelbagai maklumat. Sistem fail yang diurus
dengan baik secara sistematik dapat memastikan tiada sebarang maklumat yang
tertinggal ataupun hilang dan dapat memberikan maklumat segera serta boleh dicapai
pada bila-bila masa yang diperlukan. Perkara yang utama dan perlu dilakukan semasa
menguruskan sistem fail adalah menyelaras, menyusun dan menamakan tajuk atau
perkara utama fail. Fail-fail tersebut ialah fail pengurusan am, fail bidang, fail
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, fail dokumentasi dan fail aktiviti kokurikulum.
Jadi, jelaslah bahawa perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat
memberikan satu lagi perkhidmatan iaitu perkhidmatan inventori individu dan rekod
kepada pelajar di sekolah. Perkhidmatan ini dapat membantu pelajar dalam
mempertingkatkan lagi kemampuan dan pencapaian mereka dari sudut fizikal dan
mental untuk menuju ke arah yang lebih cemerlang. Guru sebagai golongan profesional
yang bertugas sebagai pembimbing haruslah lebih optimis untuk menunjukkan arah
masa depan pelajar supaya hidup mereka lebih bermakna.
Melalui perkhidmatan penempatan yang ditawarkan di sekolah- sekolah adalah
bertujuan membantu murid- murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar
dengan kebolehan, kemampuan dan minat murid. Contohnya setelah murid tamat Ujian
Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) murid- murid diberikan khidmat daripada pihak
kaunselor dan sekolah untuk membantu murid- murid memilih penempatan yang sesuai
untuk murid- murid ke sekolah menengah.
Perkhidmatan yang ditawarkan biasanya adalah sebagai penyelaras
menempatkan murid- murid ke sekolah menengah yang berdekatan atau sekolah
menengah pilihan murid. Ini dapat membantu psikologi murid- murid untuk memilih dan
bertanggungjawab terhadap pilihannya. Murid juga akan bergerak dan memilih
penempatan bersesuaian dengan tahap kognitifnya. Murid juga dapat dibantu
bagaimana menyelesaikan masalah untuk memilih penempatan yang baik.
Dari sudut emosi pula, murid akan berasa selesa dan tenang dalam memilih
penempatan yang ditawarkan kerana murid- murid telah dibimbing dan dibantu oleh
kaunselor- kaunselor sekolah. Perkhidmatan ini juga turut meningkatkan tahap sosial
murid kerana perkhidmatan ini turut membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh
dengan membekalkan data tentang murid- murid lepasan sekolah rendah. Ini
memudahkan murid- murid untuk berhubung dengan pihak luar dan sekolah.
Perkhidmatan penemapatan ini memudahkan murid dalam memilih penempatan sekolah
yang mereka inginkan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka serta kerjaya
yang akan mereka pilih daripada awal lagi.
1.6 Perkhidmatan Konferens dengan Ibu Bapa
Antara salah satu perkhidmatan lain, bimbingan dan kaunseling sekolah rendah adalah
perkhidmatan konferens dengan ibu bapa. Perkhidmatan ini amnya merupakan perkhidmatan
yang melibatkan ibu bapa dan guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor. Antara
perkhidmatannya ialah mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama
mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran. Guru bimbingan dan kaunseling
biasanya akan mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.
Selain itu, menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru serta
bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin dalam kalangan
pelajar. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga mengadakan kaunseling keluarga jika
dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.
Perkhidmatan ini memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru
bimbingan dan kaunseling sekolah tentang pendidikan, sosial, peribadi, dan perkembangan
kerjaya anak-anak mereka. Malah, perkhidmatan ini juga mengadakan hubungan dengan
penjaga pelajar untuk bersama-sama mengawasi kemajuan pelajar. Bukan itu sahaja,
perkhidmatan ini juga menyediakan kaunseling keluarga jika didapati bahawa masalah yang
dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga.
Perkhidmatan konferens dengan ibu bapa ini amnya mampu memenuhi keperluan-
keperluan murid dari pelbagai aspek terutamanya aspek psikologi, kognitif, emosi, sosial, dan
kerjaya. Hal ini kerana, perkhidmatan ini memberikan ruang wujudnya kolaborasi antara guru
dan ibu bapa menyebabkan timbul tanggungjawab yang berterusan antara kedua-dua belah
pihak dalam mengenalpasti masalah murid sekali gus membantu menyelesaikan masalah murid
sama ada dalam aspek psikologi, kognitif, emosi, kerjaya mahu pun sosial. Guru bimbingan dan
kaunseling biasanya akan mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama
mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran. Hubungan yang baik antara ibu
bapa dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam perkhidmatan ini membantu murid dalam
aspek kognitif iaitu dari segi pencapaian murid dalam pelajaran. Kemerosotan pelajar dalam
pelajaran boleh dirujuk kepada ibu bapa dalam situasi yang tertentu. Sebagai contoh, murid
mungkin menghadapi masalah di luar konteks persekolahan, dan hal ini menyebabkan berlaku
kemerosotan dalam pelajaran. Jadi, ibu bapalah orang yang sesuai untuk dirujuk bagi
menyelesaikan masalah tersebut dalam konteks situasi yang tertentu. Pemantauan yang
berterusan dari pihak guru bimbingan dan kaunseling dengan cara kerap berhubung melalui
telefon bagi mengetahui perkembangan klien, dan juga ibubapa yang sudah mengetahui
masalah anak mereka dapat mengawal tingkah laku negatif pelajar yang bermasalah. Oleh
yang demikian, dari aspek sosial dan emosi murid boleh dipenuhi dengan perbincangan yang
dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling dengan ibu bapa. Kedua-dua belah pihak boleh
mengambil langkah mengatasi masalah dan merancang tindakan bersama. Malah,
perkhidmatan ini memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak melihat sejauh mana
penyelesaian masalah yang di ambil berkesan atau pun tidak.
Perkhidmatan ini juga menyediakan ruang dimana guru bimbingan dan kaunseling
mengadakan sesi perbincangan di rumah bersama-sama dengan ibu bapa pelajar. Jadi, secara
tidak langsung guru dapat melihat situasi yang sebenar keluarga klien. Malah, guru bimbingan
dan kaunseling juga dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat dengan keluarga
pelajar yang bermasalah. Jadi, pelbagai usaha secara lebih terancang dapat dijalankan
bersama-sama dalam menangani masalah murid. Secara tidak langsung, dapat memenuhi
pelbagai keperluan aspek murid. Di samping itu, guru juga mendapat maklumat lebih relevan
apabila dapat bertemu dengan ahli keluarga klien, maklumat tidak bias hanya sebelah pihak
sahaja. Melalui konferens dengan ibu bapa juga, guru bimbingan dan kaunseling dapat menilai
sejauh mana kehendak ibu bapa terhadap anak mereka. Secara umumnya, sudah pasti ibu
bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Jadi, ibu bapa secara tidak langsung akan
memberikan kerjasama yang baik kepada guru bimbingan dan kaunseling. Malah hubungan
yang baik melalui perkhidmatan konferens ibu bapa membolehkan guru membantu ibu bapa
untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan-keperluannya dan peluang-
peluang lain sekelilingnya, bertujuan untuk menambahkan kebolehan memberi sumbangan
kepada perkembangan anak mereka sendiri. Jadi, perkhidmatan ini tidaklah terhad kepada
usaha guru sahaja. Malah melibatkan kedua-dua belah pihak.
Oleh yang demikian, pelajar dibantu memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia
sosial dan psikologi oleh ibu bapanya sendiri dengan bantuan guru bimbingan dan kaunseling.
Ini bermakna secara tidak langsung menolong pelajar untuk memahami dan bertingkahlaku
yang sesuai dengan sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang-peluang untuk penyempurnaan
kendiri. Malah membantu pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan
membuat keputusan sendiri tanpa mengabaikan pendapat daripada ibu bapa mereka.
Perkhidmatan konferens ibu bapa juga menyediakan perkhidmatan kaunseling keluarga bagi
pelajar yang mempunyai masalah yang berpunca daripada keluarga. Perkhidmatan ini mampu
membantu murid mengawal emosi, membuat pilihan, bijak dalam mengambil tindakan di
samping guru bimbingan dan kaunseling membantu ibu bapa mengatasi masalah.
Antara jenis perkhidmatan bimbingan dan Kaunseling yang ditawarkan iaitu:
a) Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod.
b) Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi.
c) Perkhidmatan Bimbingan Kelompok dan kaunseling.
d) Mengumpul dan Menyebar Maklumat.
e) Perkhidmatan Penempatan.
f) Perkhidmatan Konferens dengan Ibu Bapa.
g) Perkhidmatan Kosultasi.
h) Perkhidmatan Rujukan.
i) Perkhidmatan Penyelarasan Resos.
j) Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah.
k) Perkhidmatan Penilaian
Perkhidmatan Inventori Individu
dan Rekod
Mengumpulkan serta merekodkan segala
butiran yang berkaitan dengan penilaian dan
pentafsiran minat pelajar.
Mengumpul segala data yang berhubung kait dengan pelajar.
Memberi maklumat yang objektif tentang
pencapaian, kemajuan dan prestasi pelajaran
bagi setiap pelajar untuk tujuan pemulihan.
Menjalankan kaji selidik yang difikirkan
perlu dan berguna untuk perkembangan
pelajar.
Mengawasi corak kehadiran murid-murdi
yang dirujuk untuk tujuan bimbingan dan
kaunseling.
Di bawah perkhidmatan kaunseling, terdapat beberapa perkhidmatan yang
ditawarkan kepada para pelajar dan guru antaranya ialah perkhidmatan kaunseling
individu atau kelompok, kaunseling keluarga dan kaunseling tunjuk ajar. Kaunseling
individu atau kelompok dapat membantu murid-murid yang mengalami pencapaian
akademik yang kurang memuaskan serta masalah peribadi. Manakala kaunseling
keluarga boleh diadakan jika perlu untuk memahami masalah murid-murid serta
mendapatkan kerjasama daripada ibu bapa. Akhir sekali, ialah kaunseling tunjuk ajar.
Guru bimbingan yang menggunakan kaedah ini pada kebiasaannya mengadakan kelas
untuk memberi tunjuk ajar tentang perkara yang berkaitan dengan penilaian diri,
penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat
keputusan dan sebagainya.
Akhir sekali dari segi kerjaya, pada kebiasaanya juga, perkhidmatan ini akan
menyediakan program atau karnival seperti karnival kerjaya. Hal ini bertujuan bagi
mendedahkan murid-murid dengan rancangan kerjaya masa hadapan mereka. Melalui
karnival ini, murid-murid sebenarnya didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa
PERKARA YANG DIRUNDINGANKKAN
DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Rujukan yang dibuat oleh guru-
guru dan ibu bapa
Pencapaian akademik yang
kurang memuaskan
Aspek peribadi dan kerjaya
Masalah-masalah disiplin seperti lewat
ke sekolah,merokok, bergaduh, buli dan salah guna dadah
Ketidakhadiran dalam kegiatan
kokurikulum
yang bakal mereka perolehi sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti. Selain
daripada itu,program ajuran pihak luar juga pada kebiasaannya turut terlibat sama,
justeru sebagai guru atau kaunselor akan berperanan untuk mengumumkan bahan
tersebut kepada para ibu bapa dan murid-murid.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini juga turut melibatkan perkhidmatan memberi dan
menyimpan maklumat . Mengumpul dan menyebarkan maklumat pelajaran , vokasional, latihan
dan kerjaya kepada murid- murid. Hal ini dapat dilakukan melalui penerbitan risalah- risalah,
buku- buku kecil, poster, buletin dan pengendalian Hari Kerjaya dan Pameran kerjaya. Selain
itu, ia turut memberikan maklumat kerjaya kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Perkhidmatan memberikan maklumat juga menambah dan mengemas kini fail- fail maklumat
kerjaya, peluang- peluang latihan, pelajaran sosial dan peribadi. Selain turut memberikan
penerangan tentang cara mengisi borang permohonan pekerjaan, mengendalikan lawatan kerja
ke kilang- kilang dan mengelolakan program pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah.
Kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dari segi menyebar dan menyimpan
maklumat kepada psikologi iaitu kilen akan bertanggungjawab terhadap dirinya dan berusaha
sambil berhati- hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Contohnya melalui
perkhidmatan ini, murid- murid akan mendapatkan nasihat daripada guru bimbingan dan
kaunseling dan mereka sendiri akan berusaha untuk memajukan diri mereka.
Manakala dari segi kognitif pula membantu murid- murid memperbaiki imej diri yang negatif
terhadap kemampuan mereka terhadap sesuatu kerjaya. Selain itu, ia juga merupakan jalan
mudah untuk murid- murid memilih kerjaya. Melalui khidmat ini murid akan didedahkan dengan
kesesuaian kerjaya dengan diri dan kelayakan mereka. Murid akan berfikir yang mana terbaik
untuk diri mereka dalam membuat keputusan. Contohnya guru bimbingan dan kaunseling akan
memberikan nasihat dan penjelasan tentang sesuatu pilihan yang akan dibuat oleh murid.
Biasanya khidmat ini dapat dilihat apabila murid akan memilih aliran yang akan dipilihnya
selepas tamat Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) sama ada aliran Sains atau Sastera.
Selepas tamat Sjili Pelajaran Malaysia ( SPM ) pula murid akan diberikan khidmat mengenai
kerjaya yang akan dipilih oleh murid. Oleh itu, melalui khidmat inilah murid- murid akan berfikir
dengan sebaik- baiknya mengenai kerjaya yang akan mereka pilih.
Menyebar dan menyimpan maklumat membantu emosi murid- murid lebih stabil kerana murid-
murid telah diberikan pendedahan mengenai kerjaya yang akan dipilih.ini sekali gus dapat
membantu emosi murid- murid lebih stabil. Melalui ini, khidmat bimbingan dan kaunseling telah
mengumpul maklumat mengenai kerjaya- kerjaya yang terdapat di pasaran dan akan
menyebarkan maklumat- maklumat berkaitan kerjaya yang ada kepada murid. Melalui ini murid
sedikit sebanyak dapat mengetahui perkara- perkara atau kriteria- kriteria yang diperlukan
dalam sesuatu kerjaya yang akan mereka ceburi.
Sering kali kita lihat di dada akhbar mengenai murid- murid yang terlibat dalam masalah sosial
seperti vandalisme, ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat
menakutkan. Oleh itu, peranan bimbingan dan kaunseling amat perlu untuk membimbing murid-
murid. Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih memahami diri
dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar belakang yang berbeza maka
pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa manghadapi masalah mereka hanya melihat
dari satu sudut jadi sengan ada bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan menolong pelajar
memahami , melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa
menyelesaikan masalah .
Terutama sekali dalam menyebar dan menyimpan maklumat guru kaunseling akan menyimpan
maklumat berkaitan dengan murid- murid yang bermasalah dan akan menyimpan segala rekod-
rekod masalah murid tanpa diketahui oleh orang ramai. Melalui khidmat menyimpan maklumat
ini murid akan berasa selamat untuk berkongsi segala masalah dan ini dapat membantu murid
untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Selain itu, khidmat menyebarkan maklumat adalah
seperti perkara- perkara yang dapat membantu memperbaiki diri murid serta membantu murid
memperoleh kerjaya akan membuatkan sosial murid lebih baik. Khidmat menyebar dan
menyimpan maklumat ini juga dapat memperbaiki hubungan sosial murid. Contohnya
perhidmatan ini akan membantu murid bagaimana untuk memperbaiki sikap dan kelakuan dan
juga membantu membimbing murid bagaimana untuk berhubungan dengan baik.
Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling kaunselor akan memberikan khidmat pencegahan
iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak ber
disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain. Tujuan ini adalah menolong
individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi pandaun atau nasihat kepada
mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik.
Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunseling ia akan membantu pelajar melihat siapa
sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri agar
menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu dapat
mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh
kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data psikologi dan
sosiologi untuk memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga turut menyebar dan menyimpan maklumat
mengenai kerjaya yang bakal dipilih oleh murid selepas tamat persekolahan. Khidmat
menyebar dan menyimpan maklumat dapat menolong pelajar mencapai keperluan untuk
mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang
kaunselor perlu membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan
mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya dan apa
sahaja keputusan yang bakal diambilnya. Perkara ini akan menjadikan seseorang pelajar itu
tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan yang peting dalam memilih kerjaya
hidupnya sendiri.