Bahan RPH 3

download Bahan RPH 3

of 10

description

rancangan mengajar

Transcript of Bahan RPH 3

Lampiran 1

Kad Gambar

Lembaran kerja 1Kompang

Baca teks dan gariskan kata kerja transitif yang terdapat dalam teks.

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahasa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Lembaran kerja 2Senaraikan kata kerja transitif yang telah digaris.

Lembaran kerja 3Isikan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai

menepukmemalu

menyanyi

mengikut

memegang

memartabatkan

1. Sang Harimau meminta kebenaran Sang Kancil untuk ___________ gong diraja.

2. Peribahasa seperti ________________ air di dulang, terpercik muka sendiri bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yang memalukan nama baik sendiri.

3. Penari itu menari ________________ rentak muzik yang dialunkan.

4. Sebagai generasi muda kita perlulah ________________ hasil seni warisan kita.

5. Pasukan kompang itu _______________ sambil memukul kompang.

6. Pengawal istana itu berdiri tegak di pintu masuk istana sambil ______________ sepucuk senapang.

Lembaran kerja 4Bina ayat dari kata kerja yang diberi

Pengayaan

1. Memukul____________________________________________________________________________________________________________2. Membezakan____________________________________________________________________________________________________________3. Menguatkan____________________________________________________________________________________________________________4. Menegangkan____________________________________________________________________________________________________________5. Menepuk___________________________________________________________________________________________________________Lampiran 2

Cara kompang diperbuat

Peta Minda

Asal-usul Kompang

Bunyi Kompang

Ciri-ciri sebuah kompang

Jenis-jenisPaluan Kompang

Lampiran 3

Paparan Power Point