Bahan pengikat dan pencantum

26
BAHAN PENGIKAT & PENCANTUM ROSLI BIN HJ HARUN INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN. MELAKA.

Transcript of Bahan pengikat dan pencantum

Page 1: Bahan pengikat dan pencantum

BAHAN PENGIKAT & PENCANTUM

ROSLI BIN HJ HARUNINSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU,

DURIAN DAUN. MELAKA.

Page 2: Bahan pengikat dan pencantum

BAHAN PENGI KAT & PENCANTUM

CONTOH : GLU. PAKU. SKRU. BOLT. REBET.

Page 3: Bahan pengikat dan pencantum

Glu

Glu merupakan bahan yang berbentuk cecair yang mempunyai kebolehan untuk mencantumkan dua bahan yang sama atau lain.

Penggunaan serta pemilihan glu yang betul adalah penting untuk memastikan ketahanan bahan yang diperekatkan.

Terdapat pelbagai jenis glu yang terdapat di pasaran untuk pelbagai kegunaan.

Jenis jenis glu :– Glu Kayu.– Glu Logam.– Glu Binatang– Glu PVC

Page 4: Bahan pengikat dan pencantum

Glu KayuDigunakan untuk mencantumkan kayu

dalam kerja pembuatan perabot.Biasa digunakan untuk mengukuhkan

tanggam.Terdapat pelbagai jenama di pasaran

seperti :– TREBOXX 2

Page 5: Bahan pengikat dan pencantum

Glu Binat angSejenis gelatin yang dihasilkan daripada

kulit dan tulang binatang.Sesuai dalam pembuatan perabot, venir,

papan lapis dan sebagainya.Penyediaannya lambat dan memerlukan

periuk khas untuk memasak glu tersebut dengan suhu 60 darjah.

Digunakan semasa panas. Ia tidak kalis air. Glu ini juga lambat kering.

Biasanya digunakan dalam industri untuk menghasilkan papan lapis.

Page 6: Bahan pengikat dan pencantum

Glu Pr ot einGlu yang diperbuat daripada

sayuran seperti kacang soya, kacang tanah, benih kapas, serta di campurkan dengan bahan kimia yang lain.

Page 7: Bahan pengikat dan pencantum

Glu PVA (Polyvinyl Acet at e)Glu yang diperbuat dari pada bahan kimia yang

digunakan untuk melekatkan kayu dan PVC. Ia mudah digunakan kerana ia dihasilkan dalam

bentuk siap dibancuh dan tidak mudah terbakar.

Jika ia digunakan terlalu banyak ia akan mengakibatkan PVC menjadi rosak kerana ia bersifat mengkakis.

Masa pemasangannya ialah 10 - 20 minit dan hendaklah diapit selama 1 - 2 jam, ia mencapai kekuatan maksimumnya selepas 12 jam.

Page 8: Bahan pengikat dan pencantum

EpoksiSejenis resin yang cepat mengeras

jika dicampurkan dengan agen pengeras.

Ia merupakan perekat bahan binaan yang sangat kuat dan mempunyai sifat rintangan kepada bahan kimia.

Ia sangat sesuai digunakan untuk memerekatkan kayu, logam, kaca, jubin, getah, plastik dan sebagainya.

Page 9: Bahan pengikat dan pencantum

Paku Paku merupakan salah satu jenis

penyambung yang biasa digunakan untuk kerja-kerja sambungan umum.

Ia biasanya diperbuat daripada logam lembut.

Terdapat pelbagai jenis paku di dalam pasaran dan kegunaanya yang tersendiri.– Paku Biasa - Paku Venir– Paku Kotak - Paku Payung– Paku Kekemasan - Paku Berkepala Dua– Paku Panel - Paku Bergelugur

Page 10: Bahan pengikat dan pencantum

Paku Biasa dan Paku kot ak Paku ini berkepala bulat

dan digunakan di dalam pembinaan berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak, dan pengunaan am.

Paku kotak mempunyai kegunaan yang sama denga perbezaanya adalah toloknya adalah lebih kecil dan biasanya akan meretakkan hujung kayu jika digunakan.

Paku biasa

Page 11: Bahan pengikat dan pencantum

Paku Kemasan Kepala paku jenis ini

berbentuk peluru. Ia biasanya digunakan dalam kerja kekemasan seperti memasang pelapisan dinding.

Kepala paku ini boleh di benamkan menggunakan alat pembenam paku.

Paku bergelugur ialah paku nipis bersegiempat bujur dan bergelugur yang di perbuat daripada keluli.

Paku jenis ini sesuai di gunakan untuk menemukan beberapa keping papan dan juga tanggam.

Page 12: Bahan pengikat dan pencantum

Paku Panel & Paku Venir Sejenis paku dawai yang

halus, kepalanya berbentuk kon yang terbalik dan apabila di paku ke atas kayu kesannya kurang Kalimantan.

Ia mempunyai pelbagai saiz dan sesuai di gunakan di dalam kerja panel.

Paku venir mempunyai kegunaan yang serupa denga paku panel tetapi ada paku jenis ini yang tidak mempunyai kepala.

Paku panel

Page 13: Bahan pengikat dan pencantum

Paku PayungPaku ini digunakan

dalam pemasangan bumbung bergelugur supaya air tidak tiris.

Ia mempunyai kepala yang berbentuk payung dan mempunyai kapas di kepalanya.

Page 14: Bahan pengikat dan pencantum

Paku Konkr it

Paku ini diperbuat dari pada keluli keras dan ia mempunyai alur pada batang paku tersebut.

Ia boleh dipakukan kepada dinding konkrit apabila memasangkan kayuuntuk memasangkan barang atau pendakap.

Page 15: Bahan pengikat dan pencantum

Car a Mengelaskan PakuPaku boleh dibeli mengikut beratnya dan

paku panel dijual di dalam kotak.Pekara yang harus dinyatakan semasa

membeli paku adalah :– Beratnya.

– Panjangnya.– Jenisnya (Nama)– Logam (Jenis logam paku tersebut)– Toloknya.

Page 16: Bahan pengikat dan pencantum

Kaedah MemakuSelepas memukul paku ke dalam kayu,

paku tersebut hendaklah dibenamkan menggunakan pembenam paku su paya ia boleh ditutup dengan dempul.

Untuk mencabut paku yang bengkok hendaklah menggunakan tukul besi kuku kambing atau kakak tua dan dialas dengan bongkah kayu bagi mengelakkkan kerosakan pada permukaan kayu.

Jangan memaku mengikut ira kayu untuk mengelakkan kayu menjadi retak semasa memaku.

Page 17: Bahan pengikat dan pencantum

Skr u Skru diperbuat daripada loyang atau besi lembut dan di

gunakan untuk memasang engsel atau barang lain pada kayu.

Ada skru yang mempunyai alur dan alur berpalang ( kepala Philip). Skru terdiri daripada beberapa bahagian:

– Kepala.– Batang bajak (shank)– Benang.– Hujung skru

Terdapat pelbagai jenis skru di dalam pasaran dan kegunaanya yang tersendiri.– Skru Kepala Rata (Counter Sunk)– Skru Kepala Bulat – Skru Kepala Timbul– Skru Kepala Segi Empat

Page 18: Bahan pengikat dan pencantum

Skr u Kepala Rat a (Count er Sunk)Diperbuat daripada

keluli lembut dan di galvanikan untuk mencegah pengaratan.

Terdapat juga skru yang diperbuat daripada loyang dan tembaga.

Skru hendaklah di pasang dengan cermat untuk mengelakkan daripada patah.

Page 19: Bahan pengikat dan pencantum

Skr u Kepala Bulat Skru jenis ini mempunyai

kepala berbentuk bulat dan bahagian bawahnya rata.

Diperbuat daripada keluli lembut , loyang dan tembaga dan di galvanikan untuk mencegah pengaratan.

Selain daripada mengikat kayu, ia juga digunakan untuk sebagai hiasan kerana kepalanya yang berbentuk bulat.

Page 20: Bahan pengikat dan pencantum

Skr u Kepala Timbul Merupakan cantuman dia

antara Skru Kepala Rata dan Skru Kepala Bulat tetapi ia diperbuat daripada keluli yang lebih kuat.

Ia digunakan untuk melekatkan logam dengan kayu.

Ia digunakan bagi mengutamakan kecantikan serta kekuatan seperti pemasangan engsel hiasan dan pendakap logam.

Page 21: Bahan pengikat dan pencantum

Skr u Kepala Segi EmpatMerupakan skru yang

kuat diperbuat daripada keluli.

Kepala skru ini mempunyai bentuk segi empat dan memerlukan spana untuk mengikatnya.

Ia digunakan dalam kerja kasar seperti pembinaan jambatan, pembinaan Koc Pasakan mesin dan lain-lain.

Page 22: Bahan pengikat dan pencantum

Bolt & NatBolt dan Nat digunakan untuk mengikat

bahagian kayu atau logam.Terdapat pelbagai jenis Bolt dan Nat di

dalam pasaran dan kegunaannya yang tersendiri.– Bolt Bengkok.– Bolt Nat.– Bolt Gerigi (Rag Bolt).

Page 23: Bahan pengikat dan pencantum

Bolt BengkokBolt jenis ini

mempunyai kepala yang di bengkokkan untuk mengantungkan barang.

Page 24: Bahan pengikat dan pencantum

Bolt dengan NatBolt dan nat ini di

gunakan bersama untuk mengikat kayu kepada kayu, logam kepada logam dan kayu kepada logam.

Terdapat pelbagai jenis nat di dalam pasaran yang mempunyai keguanaan yang berbeza.

Page 25: Bahan pengikat dan pencantum

Bolt Ger igi (Rag Bolt )Bolt jenis ini akan

mengembang apabila dipasang.

Ia digunakan untuk pasak mesin dan bahagian yang memerlukan pegangan yang kuat seperti tutup tiang dan sebagainya.

Page 26: Bahan pengikat dan pencantum

Ribet Merupakan sejenis

pencantum yang di gunakan untuk mencantum kepingan logam dengan kepingan bahan yang lain atau yang sama dengannya.

Ia mempunyai alat seperti playar untuk memasang ribet dan paku khas yang dipanggil ribet.

Terdapat pelbagai jenis ribet di pasaran di antaranya ialah; – Ribet biasa– Ribet angin