Bahan Mate
-
Upload
sharifah-sazarah-wan-ahmad -
Category
Documents
-
view
18 -
download
3
Transcript of Bahan Mate
PECAHAN - Menukar pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur dan sebaliknya
Untuk menukarkan pecahan, cara yang mudah untuk di lakukan ialah mengikut langkah-langkah yang diberi. Menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur. Langkah-langkahnya adalah seperti di bawah.
Menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar. Hanya ikuti langkah-langkah yang diberi
PECAHAN
PERATUS
Peratus?? Apakah itu peratus? Pernahkah adik-adik terfikir akan kewujudan konsep peratusan dalam kehidupan harian kita?? Peratusan digunakan dalam setiap kehidupan seharian tanpa kita menyedarinya. Oleh itu, kami akan menghuraikan pengunaan konsep peratusan pada kali ini....
Peratus bermaksud menunjukkan nombor kepada pecahan dalam 100 dan selalu digunakan bersama simbol peratus (%).
Peratusan digunakan dalam menunjukkan berapa besar atau kecil satu kuantiti dimana berkaitan dengan kuantiti yang lain.
Peratus adalah pecahan yang penyebut (bahagian bawah) adalah 100.
Jadi, jika kita katakan 50%, kita maksudkan 50/100 = 1 / 2 (selepas membatalkan). --->Jadi 50% ertinya ½.
Jika mahu mencari 10% sesuatu, '' hanya bermaksud 'kali'. ---> Jadi 10% dari 150 = 10 / 100 × 150 = 15.
Jika anda perlu untuk menjadikan peratusan ke dalam perpuluhan, hanya dibahagikan dengan 100. --->Sebagai contoh, 25% = 25/100 = 0.25
Untuk menukar perpuluhan ke dalam peratusan, darab dengan 100. --->Oleh itu, 0.3 = 0.3 × 100 = 30%
TIMBANGAN BERAT
Murid-murid boleh mengukur berat dengan menggunakan alat penimbang.
Contoh alat penimbang adalah seperti
Murid-murid perlulah membaca setiap bacaan dengan tepat dan betul pada penimbang tersebut untuk mendapatkan bacaan berat yang tepat dan betul. Mata kita perlulah setentang dengan jarum pada senggatan untuk mengelakkan berlakunya ralat.
Unit yang digunakan dalam timbangan berat ini ialah Gram (g) dan Kilogram (kg).
Hubungan antara Gram (g) dan Kilogram (kg) ialah 1 kg = 1 000 g.
Unit ini boleh ditukar dengan 2 cara iaitu :
a) Tanpa perpuluhan
Contoh : 2 kg = 2 000 g
7 000 g = 7 kg
1 kg 900 g = 1 900 g
3 678 g = 3 kg 678 g
b) Perpuluhan
Contoh : 0.4 kg = 400 g
1.286 kg = 1 286 g
3 500 g = 3.5 kg
4 760 g = 4.76 kg
Kemudian, timbangan berat yang melibatkan operasi :
a) Penambahan
b) Penolakan
c)Pendaraband) Pembahagian
BENTANGAN BENTUK 3D
CIRI-CIRI BONGKAH
TIPS 1 - Perbundaran
Suatu nombor boleh dibundarkan kepada sesuatu nilai tempat yang tertentu dengan mengikut syarat pembundaran.
Syarat pembundaran:
Perhatikan baik-baik digit disebelah kanan nilai tempat yang hendak dibundarkan
a) Jika digit itu 5 atau lebih (bermakna 5,6,7,8,9)- Tambahkan 1 kepada digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)
b) Jika digit itu kurang daripada 5 (bermakna 4,3,2,1,0)- Kekalkan digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)
Contoh:
Bundarkan 85605 kepada:
Kesilapan umum yang sering dilakukan pelajar:a) Lupa menulis semula nombor dengan betul selepas pembundaranb) Membundarkan suatu nombor di nilai tempat yang salah