Bahan API Fosil Dan Pencemaran Alam
-
Upload
asrullida-abdul-samat -
Category
Documents
-
view
3.654 -
download
0
Transcript of Bahan API Fosil Dan Pencemaran Alam
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
1
A. Pemerolehan Ilmu ( TUGASAN 1 )
i) Bahan api fosil dan pencemaran alam
Pengertian
Bahan api fosil merupakan bahan api yang terbentuk daripada proses-proses semula jadi
seperti pereputan anaerobik hidupan mati yang tertanam. Usia hidupan itu dan bahan api
fosil yang terbentuknya lazimnya sekitar jutaan tahun, yang paling lama melebihi 650 juta
tahun. Bahan api fosil mengandungi kandungan karbon yang tinggi. Antara jenis bahan api
fosil ialah arang, petroleum, dan gas asli.
Bahan api fosil terdiri daripada bahan-bahan yang meruap dengan nisbah karbon kepada
hidrogen yang rendah seperti metana, petroleum cecair dan bahan-bahan tidak meruap
yang terbentuk daripada karbon tulen hampir sepenuhnya, seperti arang antrasit. Metana
terdapat dalam medan hidrokarbon, sama ada sendirian, bersangkut-paut dengan minyak,
ataupun dalam bentuk klatrat metana. Bahan api fosil terbentuk daripada fosil tumbuhan
setelah terdedah kepada haba dan tekanan dalam kerak Bumi selama jutaan tahun.
Bahan api fosil merupakan sumber yang tidak boleh dibaharui kerana memakan masa
jutaan tahun untuk terbentuk, apalagi simpanannya lebih cepat dihabiskan daripada
penemuan simpanan baharu.
Pencemaran oleh bahan api fosil
Pembakaran bahan api fosil menghasilkan kira-kira 21.3 bilion tan karbon dioksida (CO2)
setahun, tetapi adalah dianggarkan bahawa proses-proses semulajadi hanya mampu
menyerap kira-kira separuh jumlah itu, maka karbon dioksida dalam atmosfera mencatat
kenaikan 10.65 bilion tahun setahun. Karbon dioksida merupakan salah sejenis gas rumah
hijau yang menguatkan pemaksaan bersinar, maka menyumbang kepada pemanasan
global yang mana purata suhu permukaan Bumi naik sebagai kesannya.
Menerusi Laporan Penilaian Ke-4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan
Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 1
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
2
disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida.Konsentrasi karbon dioksida di
atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta (ppm) yang dicatat pada kurun ke-18
(sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada 2005. Pada 2099, sekiranya
manusia masih mengekalkan momentum penggunaan bahan api fosil sepertimana
sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera dijangka meningkat sebanyak 700 ppm. Keadaan
ini akan mengakibatkan persekitaran bumi tidak lagi sesuai untuk didiami oleh manusia.
Dalam sektor pengangkutan, kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama kepada
pencemaran udara. Aktiviti perindustrian seperti industri kilang penapis minyak pula
mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Selain itu,industri
logam pula mengeluarkan bahan sulfur dioksida dan habuk toksik. Penjanaan kuasa elektrik
juga merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran alam ini. Hal ini berlaku kerana
hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan pembakaran bahan api fosil seperti gas
asli, minyak dan arang batu, Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekapan antara
35 dan 40 peratus manakala tenaga selebihnya akan bertukar menjadi haba.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 2
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
3
ii) Aloi dan bahan penggunaan harian
Pengertian
Aloi ialah campuran yang terdiri daripada dua atau lebih logam mengikut kadar peratusan
yang ditetapkan. Campuran logam-logam ini akan mengubah sifat logam asal dan
menghasilkan aloi yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Salah satu daripada
contoh aloi ialah gangsa yang terdiri daripada campuran kuprum dan stanum.
Pengaloian pula adalah satu proses yang melibatkan penambahan logam tertentu kepada
logam asal mengikut peratusan yang tertentu. Atom-atom logam asing yang terselit di
antara susunan logam asal mengganggu struktur atom logam asal kerana atom asing itu
merupakan atom yang lebih besar atau lebih kecil daripada atom loga asal. Atom-atom
asing ini menghalang lapisan- lapisan atom daripada tergelincir atau tergelonsor dengan
mudah. Ini menyebabkan aloi tidak mudah dimulurkan atau ditempa berbanding dengan
logam asal. Takat didih dan kekonduksian elektrik aloi juga berkurang berbanding dengan
logam asal. Sifat-sifat ini menjadikan aloi lebih berguna bagi tujuan tertentu. Misalnya, untuk
membina jambatan, kapal, membuat duit syiling dan sebagainya.
Tujuan dan penggunaan pengaloian
a) Menambah kekerasan
Contoh, 1% karbon yang dicampurkan kepada 99% ferum untuk menghasilkan logam
yang sangat keras yang dipanggil keluli karbon. Keluli karbon digunakan dalam
pembuatan badan kereta, dawai, jambatan, paip dan sebagainya.
4% Kuprum dan 0.5% magnesium dicampurkan kepada 95.5% aluminium untuk
menghasilkan aloi yang lebih keras yang dipanggil duralumin. Duralumin ini digunakan
untuk membina badan kapal terbang kerana duralumin tidak mudah terkakis dan juga
dapat mengekalkan sifat ringannya seperti aluminium.
b) Mencegah kakisan
Nikel dan kromium boleh ditambahkan kepada logam-logam seperti ferum atau stanum
untuk mencegah kakisan. Logam kromium membentuk satu lapisan kromium (III) oksida
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 3
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
4
apabila ditambah kepada keluli karbon. Lapisan ini menghalang keluli karbon daripada
terkakis. Aloi yang terhasil dikenali sebagai keluli nirkarat. Keluli nirkarat digunakan
untuk membuat pisau, sudu, garfu dan barang-barang perhiasan.
Fosforus juga digunakan untuk mencegah kekakisan. Apabila fosforus ditambahkan
kepada gangsa, aloi gangsa fosfor terhasil. Aloi gangsa fosfor ini tidak terkakis dan
tahan haus. Ini menjadikannya digunakan untuk membuat bahagian-bahagian mesin
seperti gear atau bahagian yang terdedah kepada air laut.
c) Membaiki rupa
Permukaan sesetengah logam akan menjadi malap disebabkan pembentukan lapisan
oksida di atasnya. Untuk mengekalkan permukaan berkilat, logam- logam boleh
dialoikan dengan nikel dan kromium. Duit syiling sentiasa berkilat kerana terdapat 25%
nikel dalam logam kuprum. Aloi yang digunakan bagi duit syiling Malaysia ialah
kupronikel. Warnanya seperti perak, tahan lasak, tidak berkarat dan tidak terkakis.
Aloi piuter yang berkilat dan menarik menyebabkannya digunakan bagi membuat barang
perhiasan. Piuter terdiri daripada 91% stanum, 2% kuprum dan 7% antimoni.
Logam stanum juga digunakan untuk menghasilkan gangsa apabila dialoikan dengan
kuprum. Gangsa digunakan untuk membuat pingat dan barang perhiasan.
Aloi Komposisi aloi Kegunaan
Duralumin95.5% aluminium, 4% kuprum, 0.5%
magnesium
Bahagian badan kapal terbang,
kabel elektrik, basikal lumba
Gangsa 90% kuprum, 10% stanum Pingat, pedang
Keluli 99% ferum, 1% karbon Kenderaan, kapal, jambatan
Kupronikel 75% kuprum, 25% nikel Duit syiling, kipas turbin
Loyang 70% kuprum, 30% zink Alat elektrik, barang perhiasan
Magnalium 70% aluminium, 30% magnesium Bahagian rangka kapal terbang
Pateri 50% plumbum, 50% stanumMenyambung dawai elektrik dan
industri kimpalan
Piuter 91% stanum, 2% kuprum, 7% Barang perhiasan dan
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 4
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
5
antimoni cenderamata
iii) Bahan komposit dan penggunaannya
Pengertian
Bahan komposit merupakan bahan yang dibuat melalui gabungan dua atau lebih sebatian.
Salah satu bahan biasanya gentian yang kukuh seperti gentian kaca, kavler atau gentian
karbon yang memberikan bahan tersebut kekuatan tensil. Sementara bahan lain
(dinamakan matriks) biasanya sejenis bahan berdamar seperti polyester atau epoxy yang
memegang gentian dan menjadikan bahan tersebut keras dan kukuh. Bahan komposit
boleh jadi campuran antara logam-logam, logam-seramik, logam-polimer, polimer-polimer
atau polimer-seramik. Sifat bahan komposit yang dihasilkan adalah lebih baik daripada
komponen yang asal.
Bahan komposit terdiri daripada atom yang keras dan rapuh dikelilingi oleh bahan matrik
yang lebih lembut dam mulur. Susunan strukturnya menyamai susunan struktur aloi logam
tetapi dalam bahan komposit tidak berlaku perubahan fasa untuk mendapatkan atom-atom
tersebar dalam matriks.
Contoh bahan komposit adalah:
i. Konkrit yang diperkukuhkan
ii. Gentian kaca
iii. Gentian optik
iv. Kaca fotokromik
v. Seramik kaca
Penggunaan bahan komposit
i. Konkrit yang diperkukuhkan
Konkrit merupakan gabungan simen dan aggregate seperti pasir, batu baur halus dan
kasar. Ia merupakan salah satu bahan binaan yang paling penting untuk sesuatu projek
pembinaan. Konkrit akan mengeras membentuk bahan seperti batu setelah melalui
proses pengeringan mineral. Konkrit digunakan sebagai laluan pejalan kaki, membina
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 5
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
6
struktur asas, pembinaan jalan, struktur meletak kereta, dinding batuan, dasar bagi pintu
pagar, tembok dan tiang.
ii. Gentian kaca
Gentian kaca adalah plastik yang diperkukuhkan dengan kaca (GRP – Glass-reinforced
polymer). Gentian kaca banyak digunakan kerana ia tidak mahal dan mempunyai
kebolehan elastik lebih tinggi daripada matrik polimer. Gentian kaca banyak digunakan
untuk menghasilkan tikar, penebat haba, penebat elektrik, menguatkan pelbagi jenis
bahan, tiang khemah, penyerap bunyi, fabric rintangan haba dan karat, fabric berkuatan
tinggi, anak panah, busur, panel bumbung lut sinar, badan kereta dan badan bot.
iii. Gentian optik
Gentian optik merupakan benang kaca halus yang digunakan bagi menyalurkan cahaya.
Ia juga pemancar yang terbaik dengan pemancaran isyarat tanpa pengganda boleh
dilakukan pada jarak jauh. Selain, berupaya membawa banyak data, tahan kepada
gangguan elektromagnetik. Gentian optik juga mempunyai kadar rintangan yang sangat
tinggi.oleh itu, ia selamat digunakan berhampiran peralatan bervoltan tinggi.
iv. Kaca fotokromik
Kaca fotokromik adalah campuran kaca, polikarbonat dan plastik. Kaca jenis ini boleh
membiaskan cahaya dan memberikan kesan gelap pada kanta tersebut apabila
digunakan di bawah sinaran cahaya matahari. Sebaliknya berubah seperti kaca biasa di
bawah lindungan atau teduhan seperti di dalam bangunan. Ia juga dapat menangkis
sinaran UV. Kaca fotokromik ini digunakan untuk membuat kanta cermin mata dan juga
cermin kenderaan bermotor.
v. Seramik kaca
Seramik kaca adalah campuran tanah liat, simen dan kaca. Merupakan bahan yang
sangat tahan terhadap serangan agen pengoksida atau oksigen. Ia juga mempunyai
sifat tahan haba, tahan bahan kimia, takat lebur yang tinggi dan sangat keras tetapi
rapuh. Ia sesuai dijadikan perkakasan harian di rumah, jubin, enamel, palam elektrik.
Dalam industry, seramik digunakan sebagai superkonduktor. Superkonduktor ini boleh
digunakan untuk membuat magnet yang sangat ringan dan magnet ini mempunyai
kuasa yang beribu kali lebih besar daripada magnet biasa. Kini cip mikro juga diperbuat
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 6
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
7
daripada seramik. Cip mikro ini dapat menghasilkan pelbagai jenis barang seperti
computer, radio, telefon dan lain-lain perkakasan elektrik dan elektronik.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 7
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
8
iv) Sabun dan detergen dikaitkan dengan pencemaran alam
Pengertian
Sabun dihasilkan daripada lemak haiwan atau lemak sayuran. Ia bertindak sebagai
pengimulsi, iaitu membolehkan air dan minyak bercampur supaya kesan minyak dapat
diasingkan semasa membilas. Sabun lebih berkesan daripada air dalam tindakan
membersihkan kotoran. Sabun tidak menimbulkan masalah pencemaran kerana sabun ialah
bahan terboidegradasikan, iaitu dapat diuraikan oleh bakteria. Sabun juga tidak beracun
kepada hidupan akuatik.Walabagaimanapun, sabun tidak boleh digunakan dengan air liat,
air laut dan air yang berasid kerana molekul asid palmitik tidak dapat larut dalam air dan
bertindak sebagai bahan pencuci.
Detergen pula ialah garam natrium yang terhasil apabila asid sulfonik atau asid alkil
benzena sulfonik bertindak balas dengan natrium hidroksida. Detergen mengurangkan daya
tegangan permukaan air dan membuatkan ia lebih basah supaya senang melekat dengan
minyak dan gris. Pelbagai jenis bahan kimia ditambahkan kepada detergen tertentu untuk
meningkatkan kuasa mencuci dan keberkesanannya. Contohnya bahan peluntur seperti
natrium perborat, bahan berpendarfluor dan pewarna sebagai agen pemutih dan enzim
biologi, bahan fosfat, bahan pengering, bahan penstabil dan bahan pewangi.
Pencemaran yang disebabkan oleh sabun detergen
Pencemaran yang dihasilkan oleh detergen berasal daripada dua sumber, iaitu bahan
detergen sendiri dan bahan-bahan tambahan. Sumber pertama ialah detergen tidak
terbiodegradasikan, iaitu detergen yang mempunyai rantai hidrokarbon bercabang.
Detergen yang tidak dapat diuraikan oleh bakteria masih menunjukkan sifatnya walaupun
dibuang ke dalam sungai dan talian air. Pembentukan buih yang banyak akan membunuh
hidupan akuatik kerana menghalang oksigen meresap masuk ke dalam air.
Penyebab pencemaran seterusnya adalah bahan tambahan dalam detergen seperti
sebatian fosfat yang boleh bertindak sebagai baja dan mempercepatkan pertumbuhan
rumpai air. Apabila tumbuhan ini mati, ia akan menjadi makanan kepada bacteria.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 8
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
9
Penguraian yang berlaku menyebabkan oksigen yang terlarut dalam air dihabiskan dengan
cepat. Kekurangan oksigen akan membunuh semua hidupan akuatik dalam air.
Bahan peluntur dalam detergen mengandungi klorin dalam bentuk natrium hipoklorit,
NaClO. Apabila natrium hipoklorit bertindakbalas dengan asid, gas klorin yang bersifat
menghakis dan beracun akan terbebas dan membunuh hidupan dalam air.
Bahan alkali seperti natrium hidroksida, natrium karbonat dan ammonia yang bersifat
menghakis dan mengubah kealkalian air jika dibuang ke dalam air. Ini akan membunuh
hidupan air yang peka kepada perubahan pH air.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 9
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
10
v) Getah serta penggunaannya
Getah dihasilkan daripada pokok Hevea brasiliensis yang berasal dari Brazil dan polimer
penambahan yang dihasilkan daripada gabungan monomer yang bernama 2-metilbut-1, 3-
diena (isoprena). Rantai polimer getah mempunyai formula am (C5H8)n dan dikenali
sebagai poliisoprena. Apabila pokok getah ditoreh, cecair seperti susu akan mengalir
keluar. Cecair ini dinamakan lateks. Lateks adalah sejenis larutan koloid. Jika lateks
dibiarkan selama 1- 2 hari, lateks itu akan membeku.
Lateks perlu melalui proses pemvulkanan untuk menambahkan kekuatan, kekenyalan dan
ketahanan getah terhadap haba dengan memanaskannya dengan sulfur. Sulfur akan
bertidakbalas dengan ikatan ganda dua pada rantai polimer getah untuk membentuk ikatan
–C-S-S-C- antara rantai-rantai polimer. Jadi, fungsi atom sulfur adalah untuk membentuk
rangkai silang antara rantai polimer getah supaya menghasilkan getah tervulkan.
Penggunaan getah asli
Getah asli yang tervulkan dicampur dengan karbon hitam akan menambahkan kekuatan
regangan, rintangan kikisan, dan rintangan terhadap haba. Sifat-sifat seperti ini amat sesuai
dan penting dalam pembuatan tayar.
Sifat kekenyalan getah penting bagi pembuatan benang getah yang digunakan dalam
stoking dan gelang getah.
Kebolehan getah mengubah bentuknya digunakan dalam pembuatan salur getah bagi air
dan minyak, salur bagi kegunaan perubatan dan pembedahan, belon dan sarung tangan.
Sifat getah yang kuat dan tahan lasak sesuai dalam penghasilan selipar, alas kaki, tapak
kasut, dan tumit sepatu. Landasan keretapi menggunakan pelapik getah untuk
mengurangkan gegaran dan geselan kerana sifatnya yang sangat kuat. Jambatan di
kebanyakan lebuh raya juga menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan
perubahan suhu. Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga
tidak bergegar. Di Jepun, getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat
dikurangkan dan tidak mudah runtuh.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 10
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
11
Sifat getah asli Kegunaan
Kenyal Benang getah, gelang getah
Kuat dan tahan lasakAlas kaki, tilam, selipar, nttumit sepatu, pelapik getah
untuk bangunan dan landasan keretapi
Boleh mengubah bentuk Saluran air atau minyak, belon, sarung tangan
Tahan rintangan, tahan kikisan,
tahan habatayar
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 11
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
12
vi) Penyediaan industri ammonia dan asid sulfirik
Ammonia
Ammonia adalah bahan kimia dengan formula kimia NH3. dan antara bahan kimia yang
paling banyak dihasilkan. Pembuatan ammonia secara besar-besaran di kilang melibatkan
tindak balas nitrogen dan hidrogen di bawah tekanan dan suhu optimum dikenali sebagai
Proses Haber.
Gas nitrogen yang diperlukan diperolehi daripada penyulingan berperingkat ke atas udara
cecair. Manakala gas hidrogen pula diperolehi dengan menggunakan gas air atau dengan
menukarkan gas asli kepada hidrogen.
Dalam proses haber :
i. Satu bahagian gas nitrogen dan tiga bahagian gas hydrogen yang tulen dan kering
dicampurkan.
ii. Campuran gas ini dimampatkan kepada tekanan antara 200 hingga 500 atmosfera.
iii. Gas tersebut dihantar melalui serbuk besi halus (mangkin) dan molybdenum
(penggalak) pada suhu antara 4500C hingga 5500C.
iv. Dalam keadaan ini, tindak balas kimia berlaku dan menghasilkan kira-kira 10% -
20% gas ammonia.
v. Proses ini ialah satu proses eksotermik.
vi. Gas ammonia yang terhasil bercampur dengan gas-gas yang lain dan diasingkan
secara kondensasi dalam keadaan cecair.
vii. Gas nitrogen dan hydrogen berlainan digunakan untuk meneruskan proses tindak
balas kimia tersebut.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 12
Nitrogen + Hidrogen ammonia200 – 500 atm
450 - 5500C
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
13
Rajah : Proses
Haber
Faktor-faktor yang mempengaruhi proses haber
a) Suhu
Sekiranya suhu dikurangkan, penghasilan ammonia akan meningkat. Namun tindak
balas ini akan menjadi lambat pada suhu yang rendah. Oleh itu suhu optimum untuk
pengeluaran ammonia yang terbaik dalam masa yang singkat adalah antara 4500C
hingga 5500C.
b) Tekanan
Tindak balas ke hadapan menunjukan pengurangan dalam jumlah molekul gas, iaitu
suatu susutan dalam isipadu. Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kepekatan gas
tinggi seterusnya mempercepatkan tindak balas. Akibatnya lebihan ammonia terhasil.
Tekanan yang sesuai adalah antara 200 hingga 500 atmosfera.
c) Mangkin
Mangkin tidak mengalami perubahan kimia dalam proses tindak balas dan tidak
mempengaruhi peratus ammonia yang dihasilkan. Mangkin besi yang digunakan dalam
Proses Haber hanya untuk mempertingkatkan kadar tindak balas.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 13
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
14
Kegunaan Ammonia
i) Menghasilkan baja kimia
ii) Menghasilkan asid nitrik dan bahan letupan
iii) Pembuatan gentian sintetik
iv) Sebagai agen penurun dalam bentuk larutan untuk menanggalkan kotoran berminyak
v) Sebagai agen penyejuk
vi) Mencegah pembekuan susu getah
Penyediaan Asid sulfirik
Asid sulfurik adalah asid galian dwibes yang kuat. Formula asid sulfurik ialah H2SO4. Dalam
keadaan tulen, asid sulfuric adalah likat dan tak berwarna. Dalam makmal, asid sulfurik
digunakan sebagai agen pengoksidaan dan agen penghidratan. Asid sulfurik banyak
digunakan untuk menghasilkan cat, baja, plastik, fabrik, dye, dan banyak lagi bahan-bahan
yang berguna.
Proses yang paling utama untuk menghasilkan asid sulfurik ialah Proses Sentuh. Proses
Sentuh yang digunakan untuk menghasilkan asid sulfurik akan melalui 3 peringkat.
Peringkat 1
a) Sulfur dibakar dalam udara untuk menghasilkan sulfur dioksida.
b) Selain pembakaran dalam udara, sulfur dioksida juga boleh diperolehi dengan
memanaskan logam sulfida
c) Sulfur dioksida yang diperolehi ditulen dan dikeringkan.
Peringkat 2
a) Sulfur dioksida yang tulen dan kering dicampurkan dengan oksigen kering yang
berlainan.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 14
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
15
b) Campuran ini dilalukan melalui vanadium (V) oksida (mangkin) pada suhu 4500C hingga
5500C dan pada tekanan atmosfera.
c) Dalam keadaan ini, sulfur trioksida dihasilkan.
Peringkat 3
a) Sulfur trioksida yang terhasil dilarutkan dalam asid sulfuric pekat untuk membentuk
oleum, H2S2O.
b) Oleum dicairkan dengan air untuk ditukarkan kepada asid sulfurik.
H2S2O7 (ce) + H2O (ce) 2H2SO4 (ce)
Penggunaan Asid Sulfurik
i) Sebagai elektrolit dalam akumulator asid-plumbum
ii) Sebagai pigmen cat
iii) Sebagai agen penanggal oksida logam dalam pembersihan permukaan logam sebelum
proses penyaduran logam
iv) Membuat detergen
v) Membuat baja
vi) Membuat pestisid
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 15
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
16
TUGASAN 4 : Esei berasaskan HOTS
Menurut Wikipedia, Istilah plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik.
Ia terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri
daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Ada beberapa polimer alami
yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik. Plastik direka
dengan kepelbagaian rekaan dalam ciri-ciri yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan
dan lain-lain.
Sifat plastik yang kuat tetapi ringan menyebabkan ia menjadi popular dan
kebergantungan yang maksimum kepada pengguna. Sebagai contoh, penggunaan beg plastik
menjadi dominan dengan masyarakat dunia, mereka pasti akan lebih memilih menggunakan
beg plastik berbanding bungkusan kertas untuk mengisi dan membawa barangan kerana
penggunaan bungkusan kertas tidak tahan lama dan ruang menyimpan yang terhad. Plastik
juga memiliki sifat kalis air kerana ia diperbuat daripada bahan polyester. Jadi, pengguna akan
lebih selesa dan tak risau membimbit beg yang diperbuat daripada plastik ketika waktu hujan
atau bimbang beg akan bocor jika membawa bahan atau barangan yang basah seperti ikan dan
daging yang dibeli di pasar. Berbanding dengan bekas yang diperbuat daripada kaca, bekas
plastik adalah lebih murah. Faktor ini juga menyebabkan pengguna tidak teragak-agak untuk
memilih plastik berbanding kaca atau yang lain.
Walaupun, bahan plastik menjadi pilihan utama dalam penggunaan harian, ia tetap
bahan yang tidak selamat jika salah digunakan dan menjadi punca pencemaran kepada alam
sekitar. Bahan plastic diperbuat daripada pelbagai bahan kimia yang berpotensi membebaskan
gas-gas seperti karsinogen ke udara dan menyebabkan udara dicemari oleh asap toksid.
Menghidu asap toksid ini menyebabkan berlaku gangguan pada sistem pernafasan, lebih
memudaratkan kepada mereka yang mempunyai penyakit athma dan penyebab kanser.
Menghidu asap toksik ini juga boleh mengakibatkan sperma menjadi tidak normal dan
ketidaksuburan. Pembakaran plastik juga gas-gas toksik seperti karbon dioksida, nitrogen
dioksida, sulfur dioksida akan menyebabkan fenomena hujan asid dan Gas-gas rumah hijau
seperti karbon dioksidamenyebabkan kesan rumah hijau dan fenomena pemanasan global.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 16
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
17
Bahan plastik adalah bahan yang tidak terbiodegradasi iaitu tidak boleh diurai secara
semulajadi. Jika ia tertanam di perut bumi, campuran bahan plastik akan terserap ke dalam
tanih dan menyebabkan tanah menjadi tidak subur untuk pertanian. Seterusnya bahan toksid
yang terlarut dalam tanah akan mengalir ke dalam sungai yang merupakan sumber utama air
kepada manusia. Ini akan menjejaskan mutu air tersebut. Sifat plastik yang ringan ini juga
memburukkan lagi keadaan jika ia dilambakkan ke dalam sungai. Ia akan terapung-apung di
permukaan air dan menyekat aliran sungai. Akibatnya berlakulah banjir kilat. Sampah- sampah
plastik ini juga menjadi pembunuh senyap hidupan akuatik kerana sampah plastik yang
dianggap makanan itu adalah tidak hadam, memudaratkan kesihatan seterusnya menyebabkan
kematian. Menurut statistik lebih 60 billion tan sisa buanga plastik dihasilkan setiap hari di
seluruh dunia, ini amat menjejaskan alam kerana ia tidak dapat dilupuskan. Kini, di kawasan
laut tertentu, jumlah sampah plastik adalah lima kali ganda daripada plankton yang menjadi
sumber makanan ikan. Di anggarkan hampir 100 ribu haiwan marin seperti penyu dan 1 juta
burung mati setiap tahun akibat tercekik plastik yang dianggap sebagai makanan.
Bagi mengurangkan kesan penggunaan plastik ke atas alam, usaha-usaha yang positif
harus dilaksanakan secara berterusan. Tanggal 1 Jun 2009, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng telah melancarkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” di Pulau Pinang. Tujuannya
adalah mengurang penggunaan beg plastik untuk menyelamat alam sekitar. Program ini
mendapat sokongan yang tinggi daripada pasaraya-pasaraya besar. Dapat dilihat, pada setiap
hari Sabtu semua pasaraya besar di negeri seluruh Malaysia tidak akan mengeluarkan beg
plastik untuk membungkus sebaliknya pengguna perlu membawa sendiri beg atau troli. Melihat
daripada sudut yang positif, kempen ini sudah pasti memberikan banyak impak kepada alam
sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan. Langkah lain adalah
dengan memperluaskan kaedah penggunaan beg plastik mesra alam yang mudah lupus bagi
memelihara alam sekitar seperti yang telah dilaksanakan di negeri Perak dalam tahun 2010.
Menurut Akhbar Utusan Malaysia, April 03, 2010, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan
Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan
Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, penggunaan beg plastik jenis tersebut adalah
perlu kerana ia mudah reput dalam tempoh enam bulan. "Kita percaya penggunaan plastik itu
merupakan kaedah terbaru dalam usaha menangani masalah pencemaran alam sekitar akibat
penggunaan beg plastik," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan
Negeri di sini hari ini. Memproses semula bahan buangan plastik bagi membolehkannya
digunakan semula juga satu langkah yang boleh dilaksanakan secara meluas. Melalui cara ini,
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 17
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
18
kitaran semula buangan bahan plastik seperti beg plastik boleh mengatasi masalah tempat
pelupusan sampah.
Kempen pengharaman penggunaan beg plastik akan dilaksanakan oleh kerajaan
sebagai langkah ke arah memelihara alam sekitar dan mempromosikan teknologi hijau, kata
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata sebagai langkah permulaan, kempen itu akan dilaksanakan di peringkat
kementerian sebelum diperluaskan ke pusat membeli-belah dan seterusnya ke seluruh negara.
"Kita perlu amalkan tabiat harian di mana makanan tidak lagi dibungkus dalam bekas-bekas
plastik yang tidak mesra alam dan boleh mencemarkan alam sekitar," katanya selepas
melancarkan Buku Panduan Insentif Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga di
Malaysia di Putrajaya hari ini.
Saya bersetuju jika kempen ini dilaksanakan di negara kita kerana ia akan menjadi titik
permulaan kearah kesedaran menyeluruh rakyat Malaysia terhadap bahaya plastik dan
pencemarannya ke atas alam sekitar. Melalui kempen ini juga, kita dapat mengekalkan
kelestarian alam sekitar. Masyarakat perlu sedar bahawa kita telah menghasilkan >15,000 tan
sisa buangan setiap hari dengan purata 1kg sisa buangan sehari setiap orang. Dalam kata lain,
seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka
membuang beg plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali. Bayangkan bagaimana rupa
muka bumi Malaysia untuk 20 tahun akan datang jika langkah-langkah untuk mengatasi tidak
diambil ketika ini. Negara kita akan ditimbuni dengan gunung-gunung sampah dan persekitaran
yang kotor. Maka akan lahirlah generasi yang tidak sihat yang mewarisi alam yang telah
dimecari oleh kita sendiri.
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk Program Sifar Plastik, kita sebagai rakyat
yang sangat dominan dengan penggunaan plastik ini mesti memulakan dahulu tindakan
tersebut bermula dengan mengurangkan penggunaannya. contohnya, bawalah beg sendiri
semasa anda membeli-belah sepeti yang telah sekian lama dilaksanakan di beberapa negara
Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri atau dikenali sebagai Green Bag
sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah. Gaya hidup barat yang ini sepatutnya menjadi
ikutan.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 18
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
19
Sentiasalah menggunakan beg yang sama berulang-kali setiap kali membeli-belah. Jika
takut terlupa untuk membawanya, simpan beg tersebut didalam bonet belakang kereta. Dengan
ini anda sudah menyelamatkan alam dari dicemari beg-beg plastik. jika barang belian itu kecil
masukan sahaja dalam poket seluar atau beg sandang, atau beg tangan selepas
membayarnya. Langkah seterusnya, setiap kali mahu membeli makanan di luar, bawalah bekas
"tupperware' yang mesra alam atau mangkuk tingkat untuk diisi makanan. Elakkan dari
menggunakan bekas makanan daripada 'foam' atau polietilena kerana bekas-bekas tersebut
boleh membahayakan kesihatan. Jangan malu melakukan pembaharuan ini. Kaedah yang
sudah lama dilakukan oleh orang-orang terdahulu dan masih menjadi ikutan. Iaitu
menggunakan bakul dalam urusan pembelian barang-barang basah. Gunakan kertas minyak
tebal semasa membeli daging dan ayam sebelum memasukkannya ke dalam bakul. Cuba
ingatkan pada si penjual supaya membalut barang belian anda seperti sayur, buah-buahan dan
ikan dengan surat khabar kerana bahan tersebut mudah lupus. Jangan lupa menggunakan
bakul yang tidak berlubang dibawahnya supaya air ikan atau ayam tidak menitis keluar.
Langkah yang lebih drastik yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan
mewartakan tindakan undang-undang kepada pengguna yang mengabaikan peraturan
penggunaan plastik dan pengurusan sisa buangan plastik. Di bawah Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, mewajibkan supaya bahan boleh dikitar semula seperti
plastik diasingkan daripada sisa pepejal lain. Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukim, dipetik dari Berita Harian , April 14, 2010, Peruntukan di
bawah Akta 672 seperti sistem terima balik dan sistem bayaran balik deposit boleh digunakan
pada masa akan datang untuk menangani isu beg plastik. Langkah seperti ini juga akan
menjadikan masyarakat lebih berhati-hati untuk menggunakan bahan berunsurkan plastik.
Sebagai kesimpulan, semua usaha yang murni untuk melestarikan alam sekitar mesti
bermula dalam diri kita. Kesedaran sivik tentang pentingnya keindahan alam yang bebas dari
pencemaran perlu dipupuk dan disemai sedalam-dalamnya agar ia sebati dalam diri. Jika, kita
sebagai masyarakat yang hanya tahu menyebut tanpa melaksanakannya, maka rugilah
generasi kita nanti. Segala kesilapan yang kita lakukan sekarang pada bumi akan ditanggung
oleh mereka kelak. Selamatkan bumi kita ini, kerana sedikit usaha kita ini, akan menjadi
khazanah berguna untuk generasi akan datang.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 19
Sce 3103PENEROKAAN BAHAN
20
RUJUKAN
1. Tan Pek Soo Bsc (Hons), 2008, Complete Text & Guide Bilingual CHEMISTRY SPM
Form 4, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.,Selangor.
2. Eng Nguan Hong, Yeow Kek Ong, Lim Eng Wah, 1997, Siri Pelangi Fokus Kimia SPM,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,Selangor.
3. Hukuman tegas mampu capai sasaran sifar beg plastik , Diperoleh MAC 21, 2012 dari
http://www.bharian.com.my/articles/
4. Bahan Komposit, Diperoleh MAC 19, 2012 dari
http://www.cikguzainida.blogspot.com/bahan komposit.html
5. Plastik, Diperoleh MAC 19, 2012 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/
6. Aloi, Diperoleh MAC 20, 2012 dari
http://www.teknologibahandanpembuatan.blogspot.com
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 20