Bahan
-
Upload
athirah-anith-ariffin -
Category
Documents
-
view
789 -
download
6
Transcript of Bahan
http://bkree66.blogspot.com/2011/12/proses-pembentukan-kata.html
Menurut Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga 2008), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: 1. Bentuk kata tungga
2. Bentuk kata terbitan
3. Bentuk kata majmuk
4. Bentuk kata ganda
Kata Tunggal
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.
Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza. Perkataan gelung merujuk kepada benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut. Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu.
Kata terbitan
Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar
Kata Majmuk
Kata Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja berpisah. Contoh kata majmuk kerani besar, ruang tamu, biru laut dan telefon dail terus.
Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagi unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Anatara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( rumah yang batu) atau perkataan dan (rumah dan batu). Ini berbeza dengan rumah besar, sebuah frasa yang boleh menerima yang ( rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan ( pinggan dan mangkuk).
Kata Ganda Separa
Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda boleh terdiri daripada:
i. Kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang pengulangaannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet
http://pgsrkent08.edublogs.org/2012/03/23/proses-pembentukan-kata-2/
Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk
sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Ada perkataan yang
berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat. Terdapat perkataan yang
terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunam dan
disarankan. Ada juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan,
misalnya buku tulis, gambar rajah, kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan bantu membantu.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif, iaitu jenis bahasa
dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu penggabungan
morfem kata dasar dengan morfem imbuhan. Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini
dapat menerbitkan banyak perkataan, iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai
imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, perkataan “serap” apabila
mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu
‘menyerap’, ‘menyerapkan’, ‘penyerapan’, ‘terserap’, ‘menyerapi’, ‘serapan’,
‘terserapkan’, ‘daya serap’, dan sebagainya.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan
pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Cara
membentuk dan mewujudkan perkataan dalam bahasa tersebut adalah melalui kejadian
perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau
kasusnya.
Secara umumnya , perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu itu wujud melalui dua sumber,
iaitu melalui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun
bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat
dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan yang dibentuk
kemudian daripada itu melalui proses-proses tertentu, antaranya seperti yang berikut:-
a. Akronim
Pembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan
perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis tau dilafazkan
sebagai satu kata yang wajar. Proses ini banyak berlaku dalam bahasa Melayu pada hari ini.
Contohnya:-
JAIS – Jabatan Agama Islam Selangor
IPBA – Institut Perguruan Bahasa – bahasa Antarabangsa
IPG – Institu Pendidikan Guru
UPSI – Universiti Sultan Idris
b.Analogi
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk
kata yang telah seia ada yang telah digunakan sejak dahulu. Misalnya, perkataan tatabahasa
memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti
tatatertib, tatacara, dan tatahias. Contoh perkataan lain yang dibentuk melalui proses ini adalah
seperti berikut:_
Prasangka – prasarana, prasekolah, prauniversiti
Jurunikah – juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebah
Lelabah – gegel;ang, jejari, rerambut
c.Peleburan Fonem
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan agar
menjadi suku kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu. Misalnya
perkataan ‘benda + alir’ menjadi ‘ bendalir’ terbentuk setelah satu fonem vokal / a / digugurkan.
d. Peluasan Makna
Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia
ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Misalnya, perkataan , family
dalam bahasa Inggeris bermakna ‘keluarga’ tetapi perkataan i i telah diperluaskan maknanya
menjadi ‘famili’ yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.
e.Pemberian Makna khusus
Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata
yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Misalnya, perkataan surih
pada asalnya bermaksud ‘bekas atau nkesan yang dilalui oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui
oleh siput di atas daun pisang’. Melalui pemberian itu makna khusus, surih juga membawa
maksud ‘meniru atau melukis peta’.
f.Peminjaman Kata
Peminjaman kata melalui proses ini sangat lusa digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-
bahasa yang lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Ingggeris dan
bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu
sendiri. Proses ini berlaku salam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak
terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contoh peminjaman kata daripada bahasa lain:
element – elemen
mengisteate – majistret
diplomat – diplomat
g. Penambahan
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar
suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini
telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar satu suku kata bu
merujuk kepada benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain
untuk menunjukkan benda0benda tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang berikut:
bu + kit – bukit
bu + lan – bulan
bu + luh – buluh
h. Penciptaan
Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau
dihasilkan tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini,
perkataan dicipta berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada
sesuatu benda. Misalnya , perkataan ‘kiwi’ merujuk kepada nama sejenis burung di New
Zealand. Daripada makna tersebut, dicipta pula perkataan ‘mengiwi’ yang bermaksud
‘perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas’
i. Penggemblengan
Bernama – Baerita Nasional Malaysia
Proton -
j. Penyempitan Makna
Pembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada dan
kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum.
Misalnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu ‘panggilan bagi wanita
bangsawan atau wanita keturunan raja’. Sebaliknya , pada hari ini terdapat perkataan tuan
sahaja yang merujuk kepada lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan
dalam urusan surat – menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan
perempuan.
k.Penyingkatan
Melalui proses penyingkatan ini, perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan
sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut:
tv – televisyen
Dr. – Doktor
Prof. – Profesor
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan
gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta
membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Sebagai contoh, bentuk
perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana
perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza. Perkataan gelung merujuk kepada
benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut. Perkataan
golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu. Gulung pula membawa maksud
benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat
atau bulat panjang. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan ini tidak boleh ditukar ganti
kehadirannya dalam ayat kerana setiap perkataan berbeza dari segi makna.
http://lwvc.blogspot.com/2012/07/proses-pembentukan-kata.html
7/2/12Proses Pembentukan Kata
PROSES PEMBENTUKAN KATA
Terbahagi kepada beberapa bentuk seperti:
a. Bentuk kata tunggal.
b. Bentuk kata terbitan.
c. Bentuk kata majmuk.
d. Bentuk kata ganda.
1.1 BENTUK KATA TUNGGAL
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami sebarang proses penggandaan dan
perangkaian kata. Selain itu, kata tunggal juga tidak menerima sebarang penambahan imbuhan
pada katanya sama ada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan
sisipan.
Tambahan lagi, kata tunggal juga terbahagi kepada beberapa jenis kata tunggal seperti
kata tunggal satu suku kata, kata tunggal dua suku kata, kata tunggal tiga suku kata serta kata
tunggal empat suku kata dan lebih.
Dalam masa yang sama, kata tunggal juga boleh diperluaskan atau dikembangkan
membentuk kata terbitan setelah kata tunggal menerima sebarang proses pengimbuhan,
proses penggandaan dan proses pemajmukan.
Dalam pembentukan kata tunggal, sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu
vokal(V) disertai satu konsonan(K), satu vokal(V) sahaja atau satu vokal(V) dengan beberapa
konsonan(K).
Konsonan-konsonan itu hadir dengan beberapa konsonan sama ada hadir di hadapan
dan di belakang vokal atau secara serentak di hadapan dan belakang serta ada juga konsonan
yang boleh hadir secara bergugus(KK).
1.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata
Perkataan yang terbentuk dari kata tunggal satu suku kata adalah amat terhad jumlahnya. Sebilangannya adalah kata pinjaman daripada bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Selain itu, terdapat juga sebilangan kata tunggal satu suku yang tidak dianggap perkataan satu suku kata. Perkataan ini terbentuk hasil daripada
kependekkan perkataan tunggal dua suku kata seperti kau untuk engkau, aku untukku, tu untuk itu dan sebagainya.
Pola gabungan konsonan – vokal dalam perkataan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
a KV
b VK
c KVK
d KKVK
e KVKK
f KKKV
g KKKVK
Contohnya:
Rajah 1.1.1.1 Bentuk Kata Satu Suku Kata.
Bil. Bentuk Kata Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3
a. KV Ya Yu Ru
b. VK Am - -
c. KVK Bin Sen Cat
d. KKVK Gred Stor Krim
e. KVKK Zink Teks Golf
f. KKKV Bank Volt -
g. KKKVK Skrip Spring Straw
Pola-pola yang mengandungi gugusan konsonan seperti yang terdapat dalam
contoh d, e, f dan g ialah bahasa Melayu yang terbentuk akibat proses pengambilan perkataan
daripada bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris.
1.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata
Kata tunggal dua suku kata merupakan sebahagian besar perkataan yang terdapat dalam perkataan bahasa Melayu.
Pola-pola bentuk kata dua suku kata adalah seperti yang berikut:
a V + KV
b V + VK
c V + KVK
d VK + KV
e VK + KVK
f KV + V
g KV + VK
h KV + KV
i KV + KVK
j KVK + KV
k KVK + KVK
Contohnya:
Rajah 1.1.2.1 Bentuk Kata Dua Suku Kata.
Bil. Bentuk Kata Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3
a. V + KV Ibu Aku Itu
b. V + VK Air Ais -
c. V + KVK Ulat Ekor Emas
d. VK + KV Undi Inti Asli
e. VK + KVK Ambil Ombak Indah
f. KV + V Dia Sia Tua
g. KV + VK Jauh Kuih Diam
h. KV + KV Kita Buku Suka
i. KV + KVK Pukul Kapal Telur
j. KVK + KV Janji Lampu Bangsa
k. KVK + KVK Sandar Jemput Sunting
1.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Kata tunggal tiga suku agak sedikit dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata. Kebanyakanya kata ini merupakan perkataan-perkataan pinjaman. Namun begitu, kata tunggal tiga suku kata ini mempunyai pola-pola susunan konsonan – vokal yang agak banyak.
Pola-pola bentuk kata tiga suku kata adalah seperti yang berikut:
a KV + V + KV
b KV + V + KVK
c V + KV + V
d KV + KV + V
e KVK + KV + V
f KV + KV + VK
g KVK + KV + VK
i V + KV + KVK
j VK + KV + KV
k KV + KV + KV
l KVK + KV + KV
m VK + KV + VK
n V + KV + VK
o KV + KV + KVK
p KVK + KV + KVK
q KV + KVK + KV
r KVK + KVK + KV
s KV + KVK + KVK
t V + KV + KV
Contohnya:
Rajah 1.1.3.1 Bentuk Kata Tiga Suku Kata.
Bil. Bentuk Kata Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3
a. KV + V + KV Niaga Biola Tuala
b. KV + V + KVK Kiamat Biawak Siasat
c. V + KV + V Usia Idea -
d. KV + KV + V Setia Deria Semua
e. KVK + KV + V Mentua - -
f. KV + KV + VK Seluar Maruah Sekian
g. KVK + KV + VK Berlian Mendiang -
h. V + KV + KV Usaha Udara Utama
i. V + KV + KVK Ibarat Alamat Ijazah
j. VK + KV + KV Asrama Almari -
k. KV + KV + KV Teruna Budaya -
l. KVK + KV + KV Mentega Misteri Menteri
m. VK + KV + VK Ikhtiar Ilmiah -
n. V + KV + VK Elaun Akaun -
o. KV + KV + KVK Binatang Belukar Belalang
p. KVK + KV + KVK Cendawan Tempurung Matlamat
q. KV + KVK + KV Keranda Terumbu Belanja
r. KVK + KVK + KV Sempurna - -
s. KV + KVK + KVK Kelompok Telanjang Pelantar
1.1.4 Kata tunggal Empat Suku Kata dan Lebih
Sama seperti bentuk kata tunggal yang lain, bentuk kata tunggal empat suku kata dan lebih ini juga kebanyakannya berasal dari kata pinjaman. Hanya sebilangan kecil sahaja kata yang terbentuk dalam bentuk kata tunggal empat suku kata dan lebih.
Pola-pola bentuk kata empat suku kata dan lebih adalah seperti yang berikut:
a KV + KV + VK + KV
b KV + KVK + KV + KV
c KVK + KV + KV + KV
d KVK + KV + V + KV
e KV + KV + KV + KV
f KV + KV + KV + KVK
g KVK + KV + KV + KVK
h KVK + KVK + KV + KV
i KV + KV + V + KVK
j V + KV + KVK + KV + KV
k KVK + KV + KV + KV + KVK
l KV + KV + KV + KV + KV + KV
Contohnya:
Rajah 1.1.4.1 Bentuk Kata Empat Suku Kata dan Lebih.
Bil. Bentuk Kata Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3
a. KV + KV + VK + KV Keluarga - -
b. KV + KVK + KV + KV Sejahtera Sederhana Peristiwa
c. KVK + KV + KV + KV Laksamana Bendahari Bendahara
d. KVK + KV + V + KV Sentiasa - -
e. KV + KV + KV + KV Selesema Serigala Bidadari
f. KV + KV + KV + KVK Kapitalis Munasabah Kelemumur
g. KVK + KV + KV + KVK Sentimeter - -
h. KVK + KVK + KV + KV Singgahsana - -
i. KV + KV + V + KVK Nasional Mesyuarat -
j V + KV + KVK + KV + KV Universiti - -
k. KVK + KV + KV + KV + Cenderawasih Kosmopolitan -
KVK
l. KV + KV + KV + KV + KV +
KV
Maharajalela - -
1.1.5 Akronim
Kata akronim ialah singkatan yang terbentuk melalui gabungan huruf awal suku kata dan suku kata dari satu rangkai kata. Dalam masa yang sama, akronim juga boleh ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.
Kata akronim juga tergolong dalam kata tunggal dan boleh ditulis dengan tiga cara, bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut.
Cara yang pertama ialah akronim yang terbentuk dari gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh itu, kata akronim yang terbentuk pada awalnya kata nama khas akan dieja dengan huruf besar. Sebagai contoh:
a Bernama Berita Nasional Malaysia.
b Perkeso Pertubuhan Keselamatan Sosial.
c Mara Majlis Amanah Rakyat.
Di samping itu, kedua adalah akronim yang terbentuk dari gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang lazimnya terdiri dari kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya. Sebagai contoh:
a SMK Sekolah Menengah Kebangsaan.
b SK Sekolah Kebangsaan.
Selanjutnya, cara yang terakhir atau ketiga adalah akronim yang terbentuk dengan
gabungan suku kata dengan suku kata dan ditulis dengan huruf kecil pada keseluruhannya
kerana perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas. Sebagai contoh:
a Tabika Taman bimbingan kanak-kanak.
b Cerpen Cerita pendek.
Dalam kata lain, kata akronim merupakan satu proses pemendekan dan penggabungan
untuk membentuk kata serta mempunyai potensi dalam bahasa Melayu.
Tambahan lagi, pembentukan kata akronim tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Hal
tersebut menyebabkan pembentukan kata akronim adalah agak longgar.
Seterusnya, proses pembentukan tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan
kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.
http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2011/01/proses-pembentukan-kata.html
PROSES PEMBENTUKAN KATA
1. Kata Tunggal
2. Kata Terbitan
3. Kata Majmuk
4. Kata Ganda
Bentuk Kata Tunggal
1. Kata tunggal satu suku kata2. Kata tunggal dua atau lebih suku kata
Bentuk kata tunggal satu suku kata
1. KV={yu,ru,ya}2. VK={am}3. KVK={cat,wang,bah}4. KKVK={stor,gred,skor}5. KVKK={teks,bank,zink}6. KKKV={skru}7. KKKVK={skrip,spring,straw
Bentuk kata tunggal dua suku kata
1. V + KV = { aku,apa, ubi}2. V +VK={air,aur,ais}3. V + KVK={adik,emas,ubat}4. VK+ KV={undi,impi ,angkan}5. VK + KVK={ambil,umpan,angkat}6. KV + V={Dua,doa,tua}7. KV + VK={jauh,tuah,buah}8. KV +KV={jala,pasu,buku}9. KV +KVK={kapal,telur,sikat}10. KVK + KV={lampu,binti,tunggu}11. KVK +KVK={bangsal,bintang,tampung}
Bentuk kata tunggal tiga suku kata
1. KV+ V+KV{ccuaca,suara,tuala}2. KV+V=KVK{biawak,piutang,ziarah}3. V+KV+V{usia,idea,urea}4. KV+KV+V={semua,mulia,kaedah}5. KVK+KV+V={{tempua,mentua,sempua}6. KV+KV+VK={keruan,seluar,haluan}
7. KVK+KV+VK={mengkuang,mendiang, berlian}8. V+KV+KV={udara,utama,irama}9. V+KV+KVK={ijazah,amanah,akidah}10. VK+KV+KV={asmara,antara,isteri}11. KV+KV+KV={keliru,budaya,sutera}12. KVK+KV+KV={menteri,bendera,mentega13. VK+KV+VK={ilmiah,ikhtiar}14. V+KV+VK={akaun,elaun,amaun}15. KV+KV+KVK={belalang,senapang, senangin}16. KVK+KV+KVK={tempurung,matlamat,cendawan}17. KV+KVK+KV={belanja,kerengga,keranda18. KVK+KVK+KV={sempurna}19. KV+KVK+KVK={kelongsong,belimbing}
Kata tunggal empat suku kata atau lebih
1. KV+KV+VK+KV={keluarga,biduanda}2. KV+KVK+KV+KV={sederhan,sayembara}3. KVK+KV+KV+KV+{laksamana,sandiwara}4. KVK+KV+V=KV={sentiasa}5. KV+KV+KV+KV={bidadari,serigala}6. KV+KV+KV+KVK={munasabah,hulubalang}7. KVK+KV+KV+KVK={sentimeter}8. KVK+KVK+KV+KV={singgahsana,9. KV+KV+V+KVK={mesyuarat,nasional}10. V+KV+KVK+KV+KV={universiti}11. KVK+KV+KV+KV+KVK={cenderawasih}12. KV+KV+KV+KV+KV+KV=maharajalela
Kata Akronim
-Tergolong dalam kata tunggal
-Akronim boleh ditulis dalam 3 cara.
1. Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata
Contoh:
ABIM-Angkatan Belia Islam Malaysia
IKIM-Institut Kemahiran Islam Malaysia
ADUN- Ahli Dewan Undangan Negeri
2.Gabungan suku kata dengan huruf awal/gabungan suku kata dengan suku kata
Contoh:
Mara-Majlis Amanah Rakyat
Perkim-Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama-Berita Nasional Malaysia
3.Gabungan suku kata dengan suku kata (ditulis dengan huruf kecil kesemuanya)
Contoh:
tabika- taman bimbingan Kanak-kanak
kugiran-Kumpulan gitar rancak
cerpen-cerita pendek
Dalam linguistik, pembentukan kata ialah proses pembentukan perkataan baru. Kata boleh dibentuk
melalui tiga cara utama iaitupengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan seperti dalam gambarajah di
bawah.
Selain itu, ada juga sebilangan perkataan yang dibentuk melalui: