Bagaimana Menjadi Kristian

16
8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 1/16 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian Peter de Run Bagaimana Menjadi Seorang Kristian Pastor Peter De Run  Apa yang anda akan baca merupakan satu peringatan yang penting dan satu mesej  yang saya harap anda akan dapat faham agar masa depan anda di bumi dan syurga bersama Tuhan terjamin. Lama dahulu, saya menjadi seorang pastor di Terengganu, sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Kerana saya satu-satunya pastor di sana pada masa itu  yang pandai berbahasa Melayu, saya diberi tanggungjawab untuk menjaga pelajar-pelajar Yayasan Sabah dan Sarawak yang dibungkus dan dihantar ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Setiap tahun apabila ada pelajar-pelajar baru dihantar, saya akan pergi mencari di mana pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak ini berada. Mereka diedarkan ke pelbagai sekolah, tidak semestinya sekolah berasrama penuh yang terkenal. Ada masanya mereka dihantar ke sekolah yang baik tetapi yang terletak jauh terpencil di Ulu Terengganu. Apabila saya berjumpa dengan pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak ini, saya akan bertanya, “Siapa di sini orang Kristian?” Ramai yang akan mengangkat tangan. Kemudian saya akan bertanya, “Kenapa anda kata anda orang Kristian?” Jawapan nombor satu yang saya selalu dengar ialah “Oh, kerana mak bapa saya Kristian. Keluarga saya Kristian, jadi saya Kristian.” Yang lain pula berkata, “Sebab saya selalu pergi gereja, sebab itu saya Kristian.” Jawapan yang saya sering dengar dari pelajar Sarawak pula ialah, “ Oh, rumah panjang saya, rumah panjang Kristian, jadi saya orang Kristianlah” atau “Kampung saya kampung Kristian.  Mubaligh Kristian telah datang ke kampung saya pada tahun 1826. Kami ada chapel  di kampung kami jadi kami orang Kristian.” Inilah jawapan-jawapan biasa yang saya dengar setiap tahun dari setiap kumpulan pelajar baru yang dieksport dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Sedihnya, ketiga-tiga jawapan mereka itu salah. 1

Transcript of Bagaimana Menjadi Kristian

Page 1: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 1/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPastor Peter De Run 

 Apa yang anda akan baca merupakan satu peringatan yang penting dan satu mesej

 yang saya harap anda akan dapat faham agar masa depan anda di bumi dan syurga

bersama Tuhan terjamin.

Lama dahulu, saya menjadi seorang pastor di Terengganu, sebuah negeri di

Semenanjung Malaysia. Kerana saya satu-satunya pastor di sana pada masa itu

  yang pandai berbahasa Melayu, saya diberi tanggungjawab untuk menjaga

pelajar-pelajar Yayasan Sabah dan Sarawak yang dibungkus dan dihantar ke

Kelantan, Terengganu dan Pahang. Setiap tahun apabila ada pelajar-pelajar baru

dihantar, saya akan pergi mencari di mana pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak ini

berada. Mereka diedarkan ke pelbagai sekolah, tidak semestinya sekolah

berasrama penuh yang terkenal. Ada masanya mereka dihantar ke sekolah yang

baik tetapi yang terletak jauh terpencil di Ulu Terengganu.

Apabila saya berjumpa dengan pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak ini, saya akan

bertanya, “Siapa di sini orang Kristian?” Ramai yang akan mengangkat tangan.Kemudian saya akan bertanya, “Kenapa anda kata anda orang Kristian?” Jawapan

nombor satu yang saya selalu dengar ialah “Oh, kerana mak bapa saya Kristian.

Keluarga saya Kristian, jadi saya Kristian.” Yang lain pula berkata, “Sebab saya

selalu pergi gereja, sebab itu saya Kristian.” Jawapan yang saya sering dengar

dari pelajar Sarawak pula ialah, “ Oh, rumah panjang saya, rumah panjang

Kristian, jadi saya orang Kristianlah” atau “Kampung saya kampung

Kristian. Mubaligh Kristian telah datang ke kampung saya pada tahun 1826. Kami

ada  chapel  di kampung kami jadi kami orang Kristian.”

Inilah jawapan-jawapan biasa yang saya dengar setiap tahun dari setiap kumpulan

pelajar baru yang dieksport dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Sedihnya,

ketiga-tiga jawapan mereka itu salah.

1

Page 2: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 2/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Sebab-sebab Salah

Anda bukan orang Kristian kalau ibu bapa anda orang Kristian. Saya tahu dalam

agama-agama lain, agama dipindahkan melalui keluarga. Kalau bapa dan emak andamenganuti agama rasmi negara ini, minta maaflah, anda tidak boleh beragama

lain, mesti juga menganuti agama rasmi negara ini. Kalau ibu bapa anda beragama

Buddha, nescaya apabila anda pergi ke sekolah anda akan kena cop sebagai orang

beragama Buddha juga.

Ramai orang berfahaman bahawa agama dipindahkan atau disalurkan melalui

perhubungan suami isteri. Ambil satu orang Kristian, kahwinkan dengan satu

orang Kristian lain, keluarlah anak Kristian! Bagi orang seperti ini, agama ibu bapa

menentukan agama anak-anaknya. Wah, selama saya belajar Biologi saya tidakpernah belajar ada gen agama dalam rangkaian gen manusia. Ada gen yang

menentukan warna mata dan warna kulit tetapi tidak saya tahu ada gen yang

menentukan agama juga! Jadi, sampailah ada pakar sains menemukan gen agama

itu, saya terpaksa menolak jawapan yang berkata, “Saya Kristian kerana ibu bapa

saya Kristian.” Jawapan ini salah!

Jawapan yang kedua berbunyi: “Saya seorang Kristian kerana saya selalu pergi ke

gereja.” Oh, bagus sekali, kalau jawapan ini betul! Jika jawapan ini betul,

penginjil-penginjil tidak diperlukan lagi; yang diperlukan ialah pembina-pembinarumah gereja. Kita bina banyak bangunan-bangunan gereja di mana-mana pun,

adakan aktiviti-aktiviti menarik di dalam bangunan itu dan suruh orang datang.

Apabila mereka masuk ke dalam bangunan gereja itu dan hadir banyak kali, kita

boleh membuat pengisytiharan berikut: “Ada berita baik, anda telah menjadi

orang Kristian.” Jika yang hadir bingung dan bertanya, “Ha! Kenapa?”, jawapan

 yang mungkin diberi ialah: “Anda aktif dalam bangunan ini, anda selalu hadir

dalam bangunan ini, anda menyanyi lagu-lagu dalam bangunan ini. Oleh itu, tanpa

disedari, anda telah menjadi orang Kristian!” Minta maaflah, tidak! Ini sama

sekali tidak benar!

Perhatikan pula sebab ketiga: “Rumah panjang saya rumah panjang Kristian, ada

chapel .” Baguslah. Jadi kampung anda yang Kristian, rumah panjang anda yang

Kristian, tapi anda sendiri bukan Kristian! Agama yang diterima oleh satu-satu

kampung atau rumah panjang tidak menentukan agama semua yang mendiami

tempat itu.

Jadi kalau ini bukan sebab-sebab benar mengapa seseorang itu Kristian, apa

sebenarnya menjadikan seseorang itu Kristian? Bagaimana sebenarnya seorang

manusia menjadi Kristian? Inilah yang saya mahu beritahukan sekarang.

2

Page 3: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 3/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Percaya dan Menerima

Untuk mengetahui bagaimana anda menjadi orang Kristian, anda perlu melihat apa

 yang tertulis dalam Injil Yohanes, bab 1 ayat 12, “Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Allah, iaitu mereka 

yang percaya dalam nama-Nya.”  

Bagi mereka yang suka bahasa, masih ingat lagikah ajaran guru bahasa Melayu

anda? Mana satu perkataan di sini merupakan kata kerja? Ada dua kata kerja di

sini. Yang pertama ialah ‘menerima’ dan yang kedua ialah yang ‘percaya’.

Dikatakan di sini, bahawa sesiapa yang percaya kepada Yesus dan menerima-Nya,

mereka diberi hak, diberi kebenaran untuk menjadi anak Allah. Frasa ‘anak-anakAllah’ ialah bahasa orang Kristian untuk perkataan ‘Kristian’. Jadi untuk menjadi

orang Kristian, seseorang itu mesti terlebih dahulu percaya, kemudian menerima,

barulah dia berhak untuk dipanggil orang Kristian. Kalau tidak, minta

maaflah, anda bukan seorang Kristian.

Percaya Dalam Yesus?

Perkara pertama seseorang itu perlu lakukan untuk menjadi seorang Kristian

ialah percaya. Anda perlu percaya dalam Yesus. Apa maksudnya percaya dalamYesus? Mari saya beritahu. Orang Islam percaya dalam Yesus. Betul. Jangan

terkejut! Orang Islam percaya dalam Yesus (mereka memanggilNya Nabi Isa)

dan Surah Al-Mariam (di dalam Al-Quran), penuh dengan ajaran tentang Yesus.

Tapi orang Islam tidak dipanggil Kristian. Ramai pakar kaji purba percaya dalam

Yesus, tetapi mereka bukan orang Kristian. Ramai orang putih percaya dalam

Yesus, tetapi mereka bukan Kristian. Sebabnya ialah apa yang mereka percaya.

Itu yang penting. Banyak ajaran sesat yang berasaskan agama Kristian, tidak

dipanggil agama Kristian, tetapi dipanggil ajaran sesat. Mengapa? Walaupun

mereka percaya banyak perkara tentang Yesus tetapi ada beberapa hal pentingtentang Yesus yang tidak mereka terima.

Anda boleh percaya Yesus seorang nabi tapi anda bukan Kristian. Anda boleh

percaya Yesus orang yang baik tapi anda bukan Kristian. Anda boleh percaya

Yesus telah melakukan mukjizat, tapi anda bukan Kristian. Anda boleh percaya

Yesus telah dilahirkan oleh seorang perawan bernama Maria, tapi anda bukan

Kristian. Anda boleh percaya bahawa Yesus akan datang kali kedua, tapi anda

bukan Kristian. Semua ini boleh dipercayai tetapi anda masih bukan orang

Kristian!

3

Page 4: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 4/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Untuk membezakan anda daripada semua orang lain yang percaya ini dan itu

tentang Yesus, untuk menjadikan anda seorang Kristian, ada empat perkara yang

mesti dipercayai. Sebenarnya yang lain itu kalau anda tidak percaya, saya tidak

susah hati. Tapi kalau hal-hal berikut anda tidak terima, tidak percaya, tidak yakin, jangan berani panggil diri anda Kristian (dan memang saya tidak akan

panggil anda Kristian). Apakah perkara-perkara yang mesti dipercayai untuk

dipanggil, diberi hak, menjadi orang Kristian?

Mati Untuk Dosa Manusia

Dalam 1 Korintus 15:1 rasul Paulus berkata, “Saudara-saudara, saya mahu 

ingatkan anda kepada Injil yang aku beritakan kepadamu, yang anda terima, yang 

anda teguh berdiri.” Paulus bermula dengan mengingatkan pembaca-pembacanyamengenai Injil yang dia telah ajar sebelum ini kepada mereka yang mereka

percaya dan terima dan sekarang berpegang. Sesudah itu dalam 1 Korintus 15:3

dia menyatakan bahawa Injil yang dia telah sampaikan itu sangat penting

- “Sebab yang sangat penting yang telah ku sampaikan.” Apakah hal-hal yang

sangat penting yang telah Paulus nyatakan ketika dia menyampaikan Injil?

Hal pertama yang sangat penting ialah “bahawa Kristus telah mati kerana dosa- 

dosa kita”  (1 Korintus 15:3) . Ini adalah ajaran pertama, yang kalau anda mahu

 jadi orang Kristian, anda mesti percaya. Anda mesti percaya bahawa Yesus telahmati dan sebab dia mati ialah untuk dosa-dosa anda.

Apakah anda diajar pelajaran Tamadun Islam ketika di universiti atau pelajaran-

pelajaran yang berkaitan? Jika anda telah belajar Tamadun Islam serta

berpeluang berinteraksi dengan mereka yang beragama Islam di sekolah atau

tempat pembelajaran anda, lambat laun anda akan mendengar hujah ini: “Yesus

tidak mati”. Anda akan mendengar bahawa yang mati ialah Yudas - mukanya telah

diubah Allah supaya tidak ada manusia yang sedar mereka membunuh orang yang

salah. Yesus pula, ketika di Taman Getsemani telah diangkat oleh Allah dandisimpan di syurga sampai sekarang. Satu hari nanti, Yesus akan kembali untuk

menghukum semua manusia termasuklah semua nabi-nabi yang dihantar Allah.

Atau anda akan mendengar dari beberapa ajaran sesat yang berbau Kristian atau

 yang langsung tidak ada kaitan dengan agama Kristian berkata, “Yesus tidak mati!

Dia hanya pengsan!” Ketika Yesus disalibkan banyak darah keluar dan setelah

bergantung untuk beberapa jam di dalam keadaan yang panas, Yesus pengsan.

Semua orang berfikir Yesus mati padahal tidak. Kemudian apabila tubuhnya

disimpan di dalam gua yang sejuk, selepas tiga hari Dia sedar diri dan bangkitkeluar dari kubur! Ada orang berkata Dia pergi ke Kashmir, dan beranak-pinak di

sana. Mengikut buku cerita “The Da Vinci Code”  pula, Yesus berkahwin dengan

4

Page 5: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 5/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Maria Magdelena, pergi ke Perancis dan dikurniakan anak di sana. Itu yang anda

akan dengar.

Kemudian anda akan dengar dari Firman Tuhan (Injil), bahawa Yesus telah mati.Soalan saya, “Mana satu anda percaya?” Apakah anda yakin, manusia yang

disalibkan di atas kayu salib itu ialah Yesus, dan bukannya orang lain? Adakah

anda pasti manusia yang disalibkan itu seratus peratus mati atau adakah anda

fikir dia masih bernafas ketika diturunkan dari kayu salib dan hujung hari hidup

balik? Mana satu yang betul? Sudah anda mempertimbangkan semua bukti-bukti

 yang ada untuk menyokong hujah Yesus telah mati?

Saya mahu anda ingat, bahawa untuk menjadi orang Kristian, anda tidak boleh

menyangkal, tidak boleh menolak kepercayaan bahawa Yesus telah mati. Yesusbetul-betul wujud. Yesuslah yang disalibkan dan Yesuslah yang mati, betul-betul

mati.

Yang lebih penting lagi, mengapa Dia mati? Ada orang berkata Yesus mati sebab

Dia bodoh. Orang beri Dia peluang untuk lari, orang beri Dia peluang untuk

lepaskan diri, tetapi Dia berdiri di sana dan berkata, “Saya di sini, ini saya,

ambillah saya.” Bodoh betul dia!

Jika anda ke Israel dan tanya mana-mana orang Yahudi di sana, mereka akanberkata, “Ya, Yesus mati.” Betul. Mereka semua setuju Yesus telah mati. Bila

ditanya mengapa?, jawapan mereka, “Kerana dia pengajar ajaran sesat dan dia

telah ditangkap. Bagus betul tindakan ahli-ahli Farisi itu kerana akhirnya mereka

berjaya menutup mulut Yesus dan terima kasihlah kepada kerajaan Rom kerana

membunuh Dia. Akhirnya, seorang lagi pengajar ajaran sesat telah disenyapkan.”

Itu ialah kepercayaan mereka, mengapa Yesus mati.

Ada orang berkata Yesus tidak mati. Ada orang lain pula berkata ya, Dia mati

tetapi oleh sebab ini dan sebab itu. Orang Kristian berkata Yesus mati keranadosa-dosa kita dan kematian Yesus adalah untuk pengampunan dosa kita.

Kematian Yesus adalah untuk menetapkan dan menepati segala tuntutan Allah,

supaya semua manusia boleh lepas daripada hukuman dosa. Adakah itu yang anda

percaya kalau anda berani memanggil diri anda Kristian?

Dikuburkan

Itu kepercayaan yang pertama. Kepercayaan kedua diambil dari 1 Korintus 15:4

 yang menyatakan “bahawa Ia telah dikuburkan.” Perkara yang kedua yang mesti

dipercayai ialah Yesus telah dikuburkan. Mengapa ini penting? Kerana pada zaman

dahulu, manusia yang disalibkan dianggap najis, baik oleh orang Yahudi mahupun

5

Page 6: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 6/16

Page 7: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 7/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Bangkit Pada Hari Ketiga

Seterusnya dalam 1 Korintus 15:4 dikatakan “bahawa Dia telah dibangkitkan pada 

hari yang ketiga.”  Ini kepercayaan asas agama Kristian yang ketiga: pada hari yangketiga, Yesus keluar dari kubur.

Secara ringkas apabila Yesus keluar dari kubur, dia tidak keluar seperti hantu

 yang digambarkan dalam cerita seram Cina atau cerita orang mati bangkit dari

kubur dalam cerita seram Hollywood. Yesus bukan seperti mayat hidup yang

digambarkan dalam muzik video Micheal Jackson ‘Thriller’ ! Yesus keluar dari

kubur, ya, tapi Dia tidak keluar macam itu.

Orang lain pula (khususnya mereka di Barat) bercerita, “ Oh, dia keluar darikubur - betul. Tapi roh dia sahaja yang keluar, seperti hantu, yang melayang sana

sini.” Mereka percaya Yesus bangkit tetapi sebagai hantu (jenis yang

digambarkan dalam cerita-cerita hantu seperti ‘Casper  dan ‘Ghost’ ). Tetapi

penerangan ini juga salah.

Apakah kepercayaan orang Kristian bila mereka berkata Yesus bangkit dari

kubur tiga hari kemudian? Kepercayaan orang Kristian ialah Yesus bangkit dari

kubur dan keluar dengan tubuh badan yang sempurna; sama tinggi, sama  kacak,

boleh berjalan, boleh bercakap, boleh makan. Ada dikisahkan dalam Alkitab(Yohanes 21:12-14) bahawa murid-murid Yesus pergi menangkap ikan, dan Yesus

 yang telah bangkit di pantai menyediakan makanan untuk mereka. Yesus kemudian

dikatakan makan bersama dengan murid-murid-Nya apabila mereka kembali

menangkap ikan. Setahu saya, kalau hantu makan, apa yang ditelannya akan jatuh

terus ke bawah (ke atas tanah) tetapi ini tidaklah kesnya dengan Yesus. Yang

dimakannya terus berada dalam badannya.

Yesus yang bangkit memiliki badan fizikal. Ada satu daripada murid Dia yang

tidak percaya Yesus telah dihidupkan semula. Kata Tomas, “Anda semua initerlalu sedih sampai bermimpi-mimpi kononnya Yesus bangkit. Saya tidak percaya

kecuali kalau saya meletakkan tangan saya di dalam luka-luka Yesus. Hanya

sesudah saya sentuh Yesus, baru saya percaya.” Akhirnya dia berpeluang untuk

sentuh Yesus (Yohanes 20:2-28). Yesus boleh disentuh. Dia bukannya hantu yang

apabila anda cuba menjamahnya tangan anda akan tembusi Dia! Kalau anda

pegang Yesus tangan anda akan kena badannya. Jadi nampaknya Dia ada badan.

Tapi yang berbeza ialah badan Yesus yang bangkit itu tidak terhad kepada dunia

fizikal ini. Ada sekali murid-murid Yesus takut betul. Mereka duduk dalam bilik

 yang kecil dengan semua pintu berkunci dan kerana alim sangat mereka semua

berdoa. Sebenarnya bukan alim, takut! Takut sangat. Jadi mereka semua takut,

7

Page 8: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 8/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

berpegang tangan dan berdoa dalam satu bulatan di dalam bilik yang kecil yang

semuanya dikunci. Bukan kunci dari luar, kunci dari dalam. Dikatakan, tiba-tiba,

Yesus muncul di tengah-tengah bulatan mereka (Lukas 24:36). Sudahlah mereka

semua takut, tiba-tiba Yesus berada di tengah-tengah mereka. Mereka sungguhterkejut! Tidak ada pintu yang dibuka. Tidak ada tingkap terbuka. Bagaimana

Yesus boleh bersama mereka?

Ada masa lain, dua murid Yesus sedang berjalan ke Emaus dan ada seorang lelaki

muncul tiba-tiba. Mereka mula bercakap dengan orang itu (mereka tidak sedar

orang itu adalah Yesus), dan apabila mereka sedar identiti sebenar lelaki itu,

Yesus menghilangkan diri (Lukas 24:13-15,31). Jadi, nampaknya, Yesus macam

watak dalam kisah Star Trek  - boleh ke sini dan ke sana, dihantar ke satu

tempat lain hanya dengan menekan sebuah butang - tidak perlu berjalan ataumenggunakan kenderaan tetapi sebaliknya, boleh serta-merta berada sana.

Yang membuatkan saya gembira ialah Alkitab mengatakan bahawa apabila saya

mati nanti, saya akan dibangkitkan semula bila Yesus datang kali kedua dan saya

akan dapat badan yang sama juga (1 Korintus 15:53-54). Yang tidak menarik

sangat (menurut pendapat saya) ialah saya masih ada lagi badan saya ini, tetapi

sekurang-kurangnya badan ini akan mempunyai sifat-sifat yang dimiliki oleh

tubuh Yesus yang dibangkitkan.

Jadi ini yang dipercayai oleh orang Kristian, kebangkitan tubuh Yesus pada hari

ketiga. Ada orang tanya saya, “Jadi Pastor, kalau macam itu buat apa batu besar

itu digulingkan? Tidak perlu, kan? Yesus boleh keluar melalui batu itu saja.”

Sebenarnya, batu itu digulingkan bukan untuk Yesus. Batu itu digulingkan supaya

manusia boleh masuk ke dalam dan tengok (Markus 16:4-5). Kalau tidak mereka

terpaksa tolak batu yang berat itu. Seolah-olah Tuhan melihat apa yang berlaku

dan berkata “Baiklah, Saya alihkan batu ini untuk anda. Tengok, kosong, tidak ada

mayat di sini.” Batu penutup itu dialihkan untuk manusia, bukan untuk Yesus

keluar. Ramai orang berfikir, batu itu digulingkan supaya Yesus boleh keluar.Batu itu tidak perlu digulingkan. Batu itu digulingkan untuk manusia masuk ke

dalam.

Menampakkan Diri Kepada Ramai Orang

Kepercayaan keempat terkandung dalam 1 Korintus 15:5-8, “Bahawa Dia telah 

menampakkan diri kepada Kefas dan kemudian kepada kedua belas murid-Nya.

Sesudah itu Dia menampakkan diri kepada lebih dari lima ratus saudara sekali 

 gus; kebanyakan dari mereka masih hidup... Selanjutnya Dia menampakkan diri 

kepada Yakobus, kemudian kepada semua rasul. Akhirnya kepada saya, Rasul 

Paulus. Jadi, setelah Yesus keluar, Dia tidak pergi menyembunyikan diri, takut

8

Page 9: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 9/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

ditangkap. Dia juga tidak pergi ke sana-sini menakutkan orang. Tidak! Dia berlaku

macam biasa, berjalan sana-sini, pergi jumpa kawan-kawan Dia dan ramai orang

nampak Dia. Kebangkitan Yesus bukannya satu peristiwa rahsia yang hanya

diketahui secara sembunyi-sembunyi oleh dua tiga orang.

Si Tomas yang tidak percaya dan berkata “Saya hanya akan percaya kalau Yesus

menampakkan diri dan saya meletakkan jari saya ke dalam semua luka-lukaNya”

akhirnya berpeluang meletakkan jari dia di dalam rusuk Yesus (tempat di mana

badan Yesus dicucuk dengan lembing). Dia begitu terkejut sampai dia tersungkur

dan terus menjerit dengan suara yang kuat “Ya Tuhanku! Ya, Allahku!” Dia sedar,

bahawa yang disentuhnya itu betul-betul Yesus, tetapi yang telah berubah.

Ini ialah kepercayaan orang Kristian. Yang lain anda tidak percaya, saya tidakmahu cari gaduh dengan anda. Anda tidak percaya air boleh ditukar menjadi wain,

baiklah. Anda tidak percaya Yesus boleh membuat Petrus tangkap banyak

ikan, baiklah. Anda tidak percaya Yesus akan datang kali kedua, baiklah. Tapi

kalau anda berkata “Saya tidak percaya Yesus mati atas kayu salib”, “Saya tidak

percaya Dia dikuburkan”, “Saya tidak percaya Dia dibangkitkan”, “Saya tidak

percaya Dia dilihat oleh ramai orang”, saya terpaksa berkata “Tidak baiklah!

Tidak baiklah.”

Saya tidak bertujuan untuk bersikap tidak hormat atau menghina agama rasminegara ini tetapi untuk agama rasmi negara ini, kepercayaan-kepercayaan ini

tidak mereka percaya.

Baru-baru ini, saya di pasar Serian, dan ada orang menjual buku komik di sana.

Cantik betul buku komik yang dia jual. Ada pelbagai judul seperti “Adam dan

Hawa”, “Yusuf” dan “Isa” di sana. Wah! Saya tertarik lalu belilah saya buku komik

berjudul “Isa”. Di dalam buku komik ini, saya baca tentang Mariam yang

mengandung secara luar biasa dan bagaimana mana dilahirkannya Yesus tanpa

bantuan sesiapapun. Saya juga telah membeli satu lagi buku komik yangmengisahkan kedatangan Yesus kali kedua dan bagaimana Yesus akan menghakimi

dunia ini. Kemudian saya bertanya dengan penjual buku itu, “Saya rasa satu lagi

buku belum ada . . . siri ini tidak lengkap. . . buku nombor dua, yang di antara dua

buku ini (yang baru saya beli), satu lagi buku yang menceritakan tentang kematian

Yesus atas kayu salib - ada atau tidak?” Penjual buku itu menjawab, “Tidak ada,

tidak ada.”

Berasa hairan, saya memeriksa betul-betul ayat-ayat di dalam buku komik itu dan

saya ternampak petikan ayat dari Surah al-Mariam. “Oh, buku komik Islam

nampaknya!” kata saya dalam hati. Paparan kelahiran Yesus, dan kedatanganNya

kali kedua dalam komik-komik itu tepat sekali! Betul! Tetapi peristiwa kematian

9

Page 10: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 10/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Yesus tidak ada. Kisah yang ada, dalam satu lagi buku komik yang akhirnya saya

 jumpa, ialah kisah bagaimana Yudas berubah muka menjadi Yesus dan bagaimana

Yesus diangkat ke syurga. Kisah ini sama sekali tidak diterima oleh orang

Kristian.

Banyak agama lain senang menerima segala-galanya tentang Yesus tetapi bila

saat sampai kepada empat kepercayaan ini, inti pati agama Kristian yang sebenar,

mereka tidak dapat menerimanya. Jadi, kalau anda mahu menjadi seorang

Kristian dan berani mengaku diri anda orang Kristian, saya betul-betul cabar

anda dan galakkan anda untuk cari bukti-bukti yang ada, fikir masak-masak dan

buat keputusan: Adakah ini benar? Adakah ini betul? Dan kalau ya, saya berkata,

“Terimalah dan percayalah. Peganglah, jangan lepaskan, walaupun buku-buku

cerita seperti The Da Vinci Code  menceritakan kisah yang berbeza.”

Dalam Perjalanan

Tapi itu baru sahaja bahagian yang pertama dalam menjadi seorang Kristian.

Untuk menjadi orang Kristian, tidak cukup percaya sahaja. Yohanes 1:12 berkata:

Bagi mereka yang percaya pada Yesus dan menerimaNya, diberi hak untuk 

menjadi anak-anak Tuhan. Jadi, kalau anda percaya saja, minta maaf, anda masih

belum Kristian, walaupun anda mempercayai semua yang telah dinyatakan setakat

ini. Anda baru sahaja dalam perjalanan (atau ‘on the way’,  yang juga merupakanalasan nombor satu orang Malaysia ketika lewat hadir satu-satu perjumpaan.

“Hei, kau lambat sudah. Mana kau?” “On the way, on the way .” Setengah jam

kemudian, “Mana kau?” “On the way, on the way.”  ) tetapi belum sampai lagi.

Jangan anda pula jadi Kristian ‘on the way’. Belum sampai, ‘on the way’ , percaya

apa orang Kristian percaya tapi belum sah jadi Kristian lagi. Untuk jadi orang

Kristian, langkah kedua diperlukan iaitu menerima Yesus.

Menerima Yesus

Menerima Yesus. Perkataan ini, wah, bukan main susah untuk orang faham. Apa

maksud menerima Yesus?

Saya banyak kali melangsungkan upacara perkahwinan untuk orang lain dan saya

selalu akan berkata kepada pasangan lelaki yang mahu kahwin itu, “Adakah anda

menerima perempuan ini menjadi isteri anda yang sah, untuk mengasihi dia ketika

sakit, dan ketika sihat?” dan mempelai lelaki akan menjawab, “Ya, saya mahu”

atau “Ya, saya sedia.” Itu jawapan dia. Perhatikan perkataan yang saya pakai:

‘Adakah anda menerima perempuan ini sebagai isteri anda?’ Konsep dan fahaman

di sebalik soalan ini sama dengan maksud frasa ‘menerima Yesus’.

10

Page 11: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 11/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Lama dahulu, saya jumpa seorang perempuan dan saya percaya dia cantik. Lama-

kelamaan saya percaya dia ialah yang tercantik. Kemudian saya percaya dia ialah

seorang wanita yang periang dan gembira. Lagi-lagi dia suka ketawa. Sebelum

saya sampai ke gereja, kalau saya dengar seorang wanita ketawa kuat-kuat tu,saya tahu dia ada di sana. Kemudian, saya percaya bahawa dia sangat pandai

membawa diri dengan kanak-kanak. Dia pandai jaga kanak-kanak, terlibat dalam

pelayanan kanak-kanak dan saya suka sifat seperti itu dalam seorang wanita.

Saya juga dapati bahawa dia pandai nyanyi. Saya percaya itu satu keistimewaan

 yang baik. Dan lepas itu, saya tahu dia boleh main keyboard dan gitar. Semakin

besar kepercayaan saya bahawa dia seorang wanita yang hebat. Berdasarkan

semua ini yang saya percaya, saya akhirnya membuat keputusan untuk percaya

bahawa dia sesuai untuk dijadikan isteri saya.

Kalau saya berhenti setakat itu saja dan ada orang tanya saya, “Eh, kau percaya,

kau betul-betul yakin, dia sesuai sebagai isteri anda?” dan saya menjawab,

“Percaya! Yakin! Seratus-peratus saya tahu memang dia betul-betul sesuai”,

adakah dia akan menjadi isteri saya? Adakah dia isteri saya kerana saya yakin

dia sesuai sebagai isteri saya? Saya percaya dia memiliki kualiti-kualiti yang

sesuai sebagai isteri. Adakah kepercayaan saya dan keyakinan saya itu

menjadikan dia isteri saya?  Yang tidak tahu, jawapannya tidak.

Ramai lelaki fikir kerana mereka berasa yakin si gadis itu sesuai maka gadis itu

sudah menjadi isteri mereka. Itu perasan namanya, syok sendiri. Lelaki seperti

ini yakin betul tapi dalam dunia dia sajalah wanita itu miliknya - dalam dunia gadis

itu dia langsung tidak wujud!

Jadi jelaslah, keyakinan dan kepastian bahawa seseorang itu sesuai sebagai

isteri, tidak menjadikan dia isteri anda. Sebaliknya, sesuai dengan kepercayaan

anda itu, sesuai dengan keyakinan itu, anda perlu bertindak. Anda perlu jumpa

perempuan itu dan berkata (walaupun kadang kala susah betul mahu keluarkanperkataannya), “Sudi anda menjadi isteri saya? Kahwinlah dengan saya.” Anda

mesti meminta perempuan itu menjadi isteri anda dan kemudian, pada hari

pernikahan, anda mengisytiharkan pada semua orang: “Kerana saya percaya

wanita ini sesuai menjadi isteri saya, saya menerima dia, saya mengambilnya,

menjadikannya isteri saya.” Ada tindakan yang dibuat sesuai dengan kepercayaan.

Ini juga yang dimaksudkan dengan frasa ‘menerima Yesus’.

Sekarang anda yakin Yesus telah mati atas kayu salib untuk dosa anda. Sekarang

anda percaya dia telah dikuburkan. Anda lebih dari yakin bahawa Yesus betul-

betul telah bangkit dari kubur dan masih hidup sampai hari ini. Anda tahu bahawa

bukan hanya satu orang, tapi beratus-ratus, malah beribu orang telah melihat

11

Page 12: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 12/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Yesus. Yesus masih wujud, Yesus masih ada. Berdasarkan keyakinan itu,

berdasarkan kepastian ini, anda perlu bertindak, perlu lakukan sesuatu. Dan

apakah yang anda mesti lakukan? Anda perlu mengambil Yesus, menerima Yesus,

menjadikan Yesus, Tuhan dan Penyelamat anda. Pilihan ini anda yang buat, bukankampung anda buat, bukan rumah panjang anda buat, bukan ibu bapa anda buat,

bukan kerajaan Malaysia buat. Anda sendiri. Berdasarkan kepercayaan yang

sekarang wujud, anda menerima, mengambil, menjadikan Yesus Penyelamat dan

Tuhan anda.

 Yesus Penyelamat dan Tuhan Anda

Saya gunakan dua perkataan ini - Penyelamat dan Tuhan. Mengapa? Sebab ianya

sesuai dengan apa yang anda percaya. Anda percaya Yesus mati atas kayu salibuntuk dosa-dosa anda. Sesuai dengan kepercayaan itu, apa anda buat? Anda

menerima Dia sebagai Penyelamat anda. Mungkin anda boleh berdoa:

“Yesus, anda telah mati untuk dosa-dosa saya. Saya orang berdosa, saya 

perlu diampuni. Jadilah penyelamat saya. Jadilah pengampun saya. Jadilah 

orang yang akan mengampuni saya, menghapuskan dosa saya,

membebaskan saya dari kuasa dosa yang mengongkong saya selama ini”.

Mengapa ini anda katakan kepada Yesus? Kerana anda percaya Yesus telah matiatas kayu salib untuk dosa anda. Anda percaya kematian Yesus atas kayu salib

mengampuni, membebaskan, menyucikan diri anda. Sesuai dengan kepercayaan

anda, anda bertindak dan tindakan anda ialah menerima Yesus sebagai

Penyelamat anda. Anda meminta Yesus, mengambil Yesus, menerima Yesus

sebagai si Dia yang mengampuni anda, menyucikan anda dan membebaskan anda

dari dosa.

Pilihan dan penyataan ini biasanya dipanggil bertaubat. Apakah bertaubat?

Bertaubat melibatkan tiga langkah ini: (1) Mengaku dosa (saya orang berdosa),(2) Memohon – “Yesus, Engkau penyelamat saya, pengampun dosa saya, tolonglah

ampuni saya, sucikan saya” dan (3) dengan iman, menerima kasih Yesus – “Saya

terima pengampunanMu, saya terima penyucianMu” - dan mulailah hidup dalam

kepercayaan, bahawa anda sudah pun disucikan (1 Yohanes 1:9). Itu ialah

bertaubat.

Menerima Yesus Sebagai Tuhan

Seterusnya, satu lagi perkara yang perlu dilakukan ialah menerima Yesus sebagai

Tuhan kerana anda tidak harus hanya  menerima Yesus sebagai Penyelamat.

Mengapa? Kerana kepercayaan anda bahawa Yesus bangkit dari kubur. Roma 1:4

12

Page 13: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 13/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

menyatakan bahawa telah, “dinyatakan oleh kebangkitan-Nya dari antara orang 

mati, bahawa Dia adalah Anak Allah yang berkuasa.”  Dalam bahasa Inggeris

perkataan ‘dinyatakan’ lebih jelas lagi iaitu perkataan ‘it is proven’ - dibuktikan,

disahkan bahawa Yesus ialah Anak Allah oleh kerana kebangkitanNya.

Logiknya mudah saja: anda tidak boleh bunuh Tuhan, Tuhan tidak boleh mati.

Kalau anda berkata “Saya Tuhan!”, dan kemudian saya tembak anda dan anda

mati,  jelaslah anda bukan Tuhan. Mereka cuba bunuh Yesus. Mereka cuba bunuh

Dia dengan cara yang teruk sekali tapi akhirnya Dia hidup kembali dan masih

hidup sampai hari ini. Kebangkitan Yesus membuktikan bahawa Dia ialah Tuhan

dan kerana itu saya bukan hanya merima Yesus sebagai Penyelamat, tapi saya

 juga menerima Dia, saya jadikan Dia, Tuhan saya. Saya tidak sembah tuhan-tuhan

lain.

Apabila ada orang bertanya, “Siapa Tuhan anda? Siapa yang anda sembah?” ,

 jawapannya ialah, “Yesus”. Saya tidak sembah mana-mana benda lain atau tuhan

lain walaupun ada ajaran-ajaran lain yang berkata ini ialah allah dan itu ialah

allah. Maaflah! Bagi saya satu saja Tuhan iaitu Yesus.

Situasi ini sama juga dengan perkahwinan. Dari semua wanita, anda memilih satu

saja dan janji anda ialah: “Saya setia kepada anda sahaja. Saya tidak akan main

kayu tiga, kayu empat, kayu lima. Saya tidak akan cari dan bersahabat denganwanita lain. Hanya dengan engkau saya akan bercinta kerana saya yakin, saya

percaya, engkaulah satu-satunya yang sesuai untuk saya”. Apabila anda menerima

Yesus sebagai Tuhan, itu juga maksudnya. Dari semua tuhan-tuhan, baik yang

bermula dengan huruf ‘T’ kecil atau besar, dari semua allah-allah, huruf ‘A’ besar

ataupun ‘A’ kecil, anda pasti, hanya satu yang wujud, satu yang benar dan Dialah

Yesus kerana kebangkitanNya.

Itulah sebabnya saya orang Kristian. Saya berani berkata dan saya telah

berkata, sejak saya menjadi orang Kristian pada tahun 1977 bahawa kalau andaboleh membuktikan yang Yesus tidak bangkit dari kematian, dan saya betul-betul

 yakin Yesus tidak bangkit dari kematian, saya akan berhenti menjadi orang

Kristian. Betul! Sebab tanpa kebangkitan Yesus, agama Kristian tidak ada

bezanya dengan mana-mana agama yang lain. Ada pengasas, ada ajaran yang baik,

ada pengikut, ada amalan-amalan yang perlu buat, anda janji masuk syurga (tidak

ada agama yang janji tidak masuk syurga) - tidak ada perbezaan. Semua agama

sama, lebih kurang. Tapi yang membezakan agama Kristian dengan semua agama

lain ialah kebangkitan Yesus. Dan kebangkitan Yesus membuktikan pada saya Dia

sebenarnya Tuhan, Allah yang telah menjadi manusia.

13

Page 14: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 14/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Dan kerana itu, kalau Yesus betul-betul Tuhan dan anda menerima dia sebagai

Tuhan anda, anda akan buat tiga perkara. Anda akan menyembah Dia, mentaati

semua ajaran Dia, dan ikut Dia sahaja kerana dia Tuhan anda.

Sudah Menerima?

Saya akan akhiri di sini dengan satu soalan. Saya telah menerima isteri saya

menjadi isteri saya pada 10 Jun 1995, pada pukul 2.30 petang, di Gereja S.I.B

Kuching. Perbuatan menerima ini ialah satu perbuatan sengaja. Apabila saya

menerima isteri saya, saya memberitahu dia, “Saya mengasihimu. Saya menerima

engkau sebagai isteri saya.” Ada saksi-saksi di sana untuk mengeyakan bahawa

penerimaan saya betul-betul telah terjadi.

Bilakah anda menerima Yesus? Bilakah harinya anda telah berkata kepada Yesus,

“Yesus, saya betul-betul percaya dan yakin bahawa Engkaulah Tuhan dan Engkau

ialah Penyelamat saya. Saya mahu Anda menjadi Penyelamat saya. Mulai hari

ini saya tidak akan sembah mana-mana tuhan yang lain, hanya Engkau saja. Saya

menerima Engkau sebagai Tuhan saya.”? Pernah anda buat sesuatu seperti ini?

Tempatnya? Masanya? Ada orang lain bersama andakah? Kalau jawapan anda

ialah “Hmm, aahh, bila ha?” mungkin kerana selama ini anda perasan anda

Kristian. Walaupun percaya, betul-betul yakin, tetapi anda tidak pernah secara

sengaja pada satu saat, di satu ketika dalam hidup anda, membuat keputusanuntuk menerima Yesus.

Ada orang tidak berapa ingat, tapi dia tahu-tahu, “Hmm, tahun pertama ketika di

universiti dulu saya ingat, waktu itulah. Dan sejak itu saya tidak toleh-toleh ke

belakang lagi. Saya tidak lagi ikut agama lain. Sejak itu saya ikut Yesus. Besar

kemungkinan masa itulah.” Ada orang lain pula, dia tahu masanya dan tempat.

Mengapa? Kerana ada orang yang memimpin dia. Ada orang yang setelah

membimbing dia, berkata “Anda sediakah?” “Sedia.” “Baiklah, mari kita berdoa

bersama.” Ada masa, ada tempat yang spesifik. Bagaimana dengan anda yangsedang membaca ayat ini: ada atau tidak masa dan tempat seperti itu dalam

sejarah hidup anda?

Kalau anda tidak berapa pasti, pada saat ini, di tempat ini, sekarang, anda boleh

beritahu Yesus:

“Yesus, sebenarnya sudah lama saya percaya dan yakin. Tapi saya tidak 

pernah buat keputusan yang tepat, dengan sengaja dan sungguh- 

sungguh. Jelas  hari ini, mulai hari ini, saya tidak lagi ikut tuhan lain, tidak 

lagi percaya ajaran lain. Hanya Engkau sahaja.”  

14

Page 15: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 15/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Kekhuatiran saya ialah kalau anda tidak pernah menerima Yesus, jangan-jangan

anda Kristian ‘on the way’ saja, percaya tetapi tidak pernah menerimaNya.

Sebaliknya kalau anda sudah percaya dan terima, haleluyah! Puji Tuhan! Andatelah diberi hak menjadi anak Tuhan, hak untuk memanggil diri anda Kristian, hak

untuk masuk syurga, hak untuk menerima berkat dari Tuhan, hak untuk diampuni,

hak untuk dilindungi, hak untuk disembuhkan, serta beribu-ribu hak lain yang

diberikan kepada mereka yang menjadi Kristian!  Selamat datang ke keluarga

Tuhan!

Jadi, fikirlah masak-masak dan selesaikan isu ini. Adakah anda orang Kristian?

Sudahkah anda percaya asas-asas kepercayaan Kristian? Sudahkah anda

menerima Yesus sebagai Penyelamat dan Tuhan anda? Semoga jawapan andakepada semua soalan ini “YA!”

 

15

Page 16: Bagaimana Menjadi Kristian

8/8/2019 Bagaimana Menjadi Kristian

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-menjadi-kristian 16/16

Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Peter de Run 

Doa Untuk Pembaca

“Allah Bapa di syurga, terima kasih kerana sekali lagi Injil-Mu dapat 

disampaikan. Injil-Mu telah dibaca oleh mereka yang memegang buku ini. Terima kasih Tuhan. Engkau Allah yang luar biasa, lebih 

dari rela, lebih dari sudi untuk menjadikan kami anak-anakMu.

Engkau sebenarnya mahu memberi kepada manusia hak untuk 

menjadi anak-Mu. Terima kasih, jalannya ialah untuk percaya 

kepada Yesus dan menerima Yesus sebagai Penyelamat dan Tuhan.

Saya berdoa bagi sesiapa sahaja yang membaca buku ini, yang masih 

lagi mencari pengertian, yang masih lagi ada isu-isu yang perlu 

dijawab terlebih dahulu sebelum mereka dapat percaya, supaya 

Engkau membekalkan mereka dengan jawapan-jawapan yang sesuai,membekalkan mereka dengan maklumat yang diperlukan supaya 

akhirnya mereka juga boleh membuat kesimpulan bahawa hal-hal ini 

benar dan yakin telah terjadi dan percaya ianya betul.

Juga bagi mereka yang sudah percaya Tuhan, saya berdoa supaya 

mereka semua akhirnya akan mengambil langkah berani untuk 

membuat keputusan untuk menjadikan Yesus Penyelamat dan Tuhan 

dan meninggalkan semua ajaran lain, agama lain, tuhan lain dan 

hanya taat kepadaMu. Seperti mana seorang suami setia kepada 

isterinya, kami hanya setia kepada Engkau saja Tuhan serta memuji-Mu, menyembah-Mu, mentaati-Mu, mengikuti-Mu sahaja.

Ya Tuhan, saya berdoa supaya hari-hari yang mendatang Firman ini 

akan disampaikan kepada lebih ramai orang, lebih ramai orang akan 

mendengar, lebih ramai orang akan percaya dan lebih ramai orang 

akan menerima Engkau supaya jumlah anak-anak Allah di syurga 

bertambah. Tuhan, terima kasih dan saya bersyukur dalam nama 

Tuhan Yesus, Penyelamat dan Tuhan manusia sejagat.

Amin.