Bab8.Guru Sebagai Peminpin

download Bab8.Guru Sebagai Peminpin

of 20

Transcript of Bab8.Guru Sebagai Peminpin

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    1/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    1

    CCChhhaaapppttteeerrr888:::

    GGGUUURRRUUU SSSEEEBBBAAAGGGAAAIII PPPEEEMMMIIIMMMPPPIIINNN

    ggg

    Hasil Pembelajaran:

    Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:

    Menjelaskan maksud kepimpinan Membezakan di antara beberapa jenis kepimpinan Menerangkan ciri-ciri pemimpin berkesan Menganalisis ciri-ciri dan peranan guru pemimpin

    Bab ini membincang tentang kepimpinan dengan tumpuan kepada guru sebagai

    pemimpin. Maksud kepimpinan diterangkan serta beberapa jenis kepimpinan seperti

    kepimpinan krismatik, kepimpinan demokratik, kempimpinan situasi dan sebagainya.

    Ciri-ciri pemimpin berkesan dianalisis dengan mendalam. Maksud guru pemimpin dan

    ciri-ciri pemimpin guru dibincangkan dengan mendalam.

    RINGKASAN BAB

    8.1Konsep asas kepimpinan8.2Perbezaan pengurusan & kepimpinan8.3Jenis kepimpinan

    - Karismatik- Demokratik- Autokratik- Bebas- Tranformasional- Situasi

    8.4Pemimpin guruRingkasan

    Kata Kunci

    Rujukan

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    2/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    2

    8.1 KONSEP ASAS KEPIMPINAN

    Lazimnya, bila disebut kepimpinan sudah tentu ramai akan mengaitkannya

    dengan guru besar/pengetua atau penolong kanan di sekolah. Di sini kita

    memperkenalkan GURU SEBAGAI PEMIMPIN dan mencabar konsep tradisikepimpinan yang hanya bertumpukan kepada guru besar/pengetua. Saya bukan

    pemimpin, saya cuma guru Bahasa Melayau atau guru Bahasa Inggeris yang mengajar

    murid di sekolah rendah. ANDA IALAH SEORANG PEMIMPIN. Kita akan

    meninjau beberapa definisi kepimpinan, jenis kepimpinan dan mengatikannya dengan

    peranan Pemimpin Guru (Teacher Leader).

    Tidak dinafikan bahawa kepimpinan (leadership) adalah unsur sangat

    peniting dalam apa jua organisasi sama ada ia sebuah kilang, kolej, hospital, bank,

    syarikat perumanahn, atau sekolah. Kepimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti

    yang ditujukan ke arah mencapai matlamat sesuatu organisasi. Contohnya, tujuan

    pemimpin sebuah syarikat perumahan ialah untuk melariskan penjualan rumah-rumah

    yang dibina suoaya memperolehi keuntungan berpatutan.Kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi sangat bergantung kepada pucuk

    kepimpinanya. Kerap kali kita mendengar orang mengaitkan kejatuhan sesuatu

    syarikat dengan kepimpinan yang lemah (poor leadership). Kepimpinan ialah suatu

    konsep yang sukar untuk memberi definisi yang dapat diterima umum. Misalnya,

    dalam buku bertajuk Handbook of Leadership oleh Stodgill, ratusan definisi

    kepimpinan telah dikenal pasti. Bagaimana pun, berikut ialah beberapa takrifan

    kepimpinan:

    Kamus Dewan (2002) mendefinisi kepimpinan sebagai keupayaanmemimpin

    Dictionary.com (2012) mendefinisi kepimpinan sebagai individu yangdapat membimbing dan mengarah sekumpulan manusia mencapai sesuatu

    Robbins(2003) menjelaskan konsep kepimpinan sebagai kebolehan untukmempengaruhi aktiviti dalam kumpulan untuk mencapai sesuatu

    Kim dan Maubourgne (1992) mendefinisikan kepimpinan sebagaikebolehan seseorang memberi inspirasi, keyakinan dan sokongan kepada

    sekumpulan manusia ke arah mencapai sesuatu matlamat.

    Business Dictionary (2012) mendefinisikan kepimpinan sebagaimelibatkan menubuhkan visi yang jelas, memujuk orang mengikuti visi

    berkenaan, menyediakan pengetahuan, dan kaedah untuk merealisasikan

    visi dan mengimbangi percanggahan di antara ahli atau pihak yang

    berkepentingan.

    Fidler (1992) mentakrifkan kepimpinan sebagai keupayaan menyakinkandan mempengaruhi pengikutnya ke arah mencapai matlamat

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    3/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    3

    Menggunakan Pengaruhnya

    Rela ikut kerana

    Inginkan Perubahan

    Rosen Bach & Taylor (1993) mendefinisikan kepimpinan sebagai satuproses yang berkaitan dengan mendapatkan individu untuk bekerjasama

    supaya dapat menjayakan sesuatu yang mungkin tidak berlaku tanpa

    pengaruhnya.

    Cook, Hunsaker& Coffey (1997) menyifatkan kepimpinan sebagai prosespengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dan pengikutnya untuk

    mencapai objektif organisasi melalui perubahan-perubahan yang mereka

    lakukan.

    8.2 PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN DENGAN PENGURUS

    Secara umum, kepimpinan ialah sifat yang lebih menjurus kepada individu

    yang dapat mendorong pengikutnya ke arah pencapaian matlamat sesuatu organisasi,

    manakala pengurusan lebih bertumpu kepada penggunaan sumber manusia, sumber

    semula jadi, sumber kewangan dan teknolohi untuk mencapai matlamat sesuatu

    organisasi.

    Perbincangan antara kepimpinan dan pengurusan masih dipertikaikan di

    kalangan para sarjana pengurusan. Ada yang mengatakan bahawa ilmu pengurusan

    boleh dipelajari sedangkan kepimpinan pula adalah bakat semula jadi seseorang.

    Namun ada juga yang membuat kesimpulan bahawa kepimpinan terbahagi kepada dua

    bentuk; pertamanya bentuk yang boleh dipelajari melalui latihan-latihan kepimpinan

    dan keduanya ialah ia merupakan bakat semula jadi yang dianugerahkan sebagai

    mana bakat-bakat lain.

    Tidak semua pengurus itu adalah pemimpin, tetapi pemimpinperlu terdiri daripada seorang pengurus.

    Pengikut

    Pemimpin

    Wawasan/Misi/

    Tujuan/Matlamat

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    4/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    4

    Willain Bennis dalam bukunya On Becoming a Leader yang diterbitkan

    pada 1989, menyenaraikan perbezaan di antara seorang pengurus (manager) dan

    seorang pemimpin (leader).

    Namun dalam konteks sesuatu organisasi, kedua-dua kepimpinan dan

    pengurusan amat penting dalam memastikan hala tuju wawasan dan objektif dapat

    dicapai. Pengurusan akan memastikan wujud elemen kawalan dan perancangan serta

    menyusunkan ke arah visi yang ditetapkan oleh seorang pemimpin. Kepimpinan pula

    menjuruskan kepada mendorong, memotivasi, menaik semangat dan tenaga pengikut

    atau pekerja bawahan melaksanakan pelan tindakan.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Bincangkan TIGA aspek penting dalam definisi-definisi

    kepimpinan yang disenaraikan di atas.

    b) Adakah guru besar/pengetua di sekolah anda merupakan

    pengurus atau pemimpin?

    b) Adakah anda lebih merupkan pengurus atau pemimpin?

    Pengurus mentadbir, manakala peminpin membawa inovasi Pengurus bergantung kepada kuasanya untuk mempengaruhi orang lain,

    manakala pemimpin memberi inspirasi kepada pengikutnya

    Pengurus lebih minat mengekal keadaan sedia ada, manakala pemimpinmencabar keadaan sedia ada

    Pengurus berfokus kepada sistem dan struktur, manakala pemimpinberfokus kepada orang

    Pengurus lebih cenderong mengikuti yang lazim diamalkan, manakalapemimpin lebih cenderong menghasil sesuatu yang baru.

    Pengurus bertanya bagaimana dan bila, manakala pemimpin bertanyaapa dan mengapa.

    Pengurus mempunyai pandangan jangka-pendek manakala pemimpinmempunyai pandangan jangka-panjang.

    Pengurus melakukan dengan betul, manakala pemimpin melakukan yangbetul.

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    5/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    5

    8.3 JENIS-JENIS PEMIMPIN

    Banyak kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri seorang pemimpin.

    Ekoran darpada itu pelbagai jenis kepimpinan telah diutarakan. Dalam Bab ini, kita

    akan berbincang jenis-jenis kepimpinan berikut: (Lihat Rajah 8.1).

    Rajah 8.1 Beberapa Jenis Kepimpinan

    A) PEMIMPIN KARISMATIKKonsep pemimpin karismatik (charismatic leader) dicadangkan oleh Max

    Weber pada tahun 1947. Dia menggunakan istilah karisma sebagai ciri-ciri luar

    biasa atau istimewa yang dimiliki oleh seseorang yang membezakannya daripada

    khalayak ramai. Pemimpin karismatik dapat menggunakan kebolehan luar biasa ini

    untuk mempengaruhi dan meyakinkan orang mengikuti pandangan dan pendapatnya.

    Dia mempamerkan kemampuan untuk menyelesaikan masalah dan mengharungi

    sesuatu krisis dengan berjaya (Lihat Gambar 8.1. & 8.2). Pengikutnya menunjukkan

    kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadapnya.

    Menurut Bennis & Nanus (1985) dan Conger & Kanungo (1998) pemimpin

    karismatik mempunyai ciri-ciri berikut:

    Keyakinan Diri Dia sungguh yakin pada keputusan yang dibuat dankebolehan mereka

    Berwawasan Dia mempunyai sesuatu visi atau ideal yang hendak dicapai.Contohnya, Ghandi berhasrat menyatupadu masyarakat India ke arah

    mencapai kemerdekaan; Nelson Mandela menuntut penghapusan sistem

    apatheid yang menghina dan begitu zalam terhadap rakyat kulit hitam di

    Afrika Selatan.

    Kebolehan Menyebarkan Wawasan Dia dapat menguraikan danmejelaskan wawasan yang mudah difahami oleh surbordinatnya atau

    pengikutnya. Contohnya, Tun Mahathir Mohamed berjaya menjelaskan

    konsep-konsep ekonomi kepada orang ramai dengan begitu berkesan dalamucapan-ucapan beliau.

    Pemimpin

    Karismatik

    Demokratik

    Autokratik

    Laissez-faire

    Transformasional

    Situasi

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    6/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    6

    Keyakinan dan Kesungguhan Mengenai Wawasan Dia sungguh yakinmengenai wawasan atau misinya dan rela mengambil risiko, mengeluarkan

    belanja dan berkorban apa jua pun untuk mencapai wawasan atau misinya.

    Pemimpin karismatik juga telah menggunakan karisma mereka untukmelakukan jenayah. Contohnya, Adolf Hitler membunuh berjuta-juta kaum

    Yahudi kerana itu yang menjadi misinya; Radovan Karadzic telah membunuh

    beribu-ribu kaum Islam di Bosnia kerana itu menjadi misinya.

    Perlakuan Luar BiasaPerilakunya tidak mengikut norma atau kebiasaan. Agen PerubahanDia dianggap sebagai agen perubahan yang radikal atau

    luar biasa.

    Peka Pada Persekitaran Dia sensitif pada kekangan persekiatan dansumber.

    [sumber: Ahmad Ghani Abdullah, Abd, Rahman Abd, Aziz & Mohammed Zahir

    Ahmad (2008). Gaya-Gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Selangor: PTS

    Publilshing. H: 134]

    Kesimpulannya, pemimpin karismatik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi,

    sensitif terhadap persekitarannya, sensitif terhadap keperluan ahli, dianggap sebagai

    agen perubahan, sanggup mengambil risiko dan melakukan sesuatu yang tidak

    konvensional atau luar biasa.

    Gambar 8.1

    Mahatma Ghandi disifatkan sebagai

    pemimpin karismatik yang berjaya

    mendorong pengikutnya menuntut

    kemerdekaan tanpa keganasan

    Gambar 8.2

    Soekarno, President Indonesiapertama yang sifatkan sebagai

    pemimpin karismatik yang

    mempengaruhi pengikutnya

    dengan cara belia berpidato

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    7/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    7

    B) PEMIMPIN DEMOKRATIKApakah maksud dengan pernyataan, Guru Besar itu sungguh demokratik.

    Secara umum, ia bermakna guru besar berkenaan sanggup melibatkan stafnya dalam

    proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah. Pemimpin demokratik

    menyedari dia tidak mampu bekerja seorang diri dan memerlukan sokongan orang-

    orang bawahannya. Dia mungkin memberi keupayaan (empowerment) kepada orang

    bawahan. Pengupayaan didefinisikan sebagai memberi kuasa kepda seorang bagimelaksanakan suatu tugasan atau aktiviti. Mereka yang diberi pengupayaan secara

    tidak langusung berpeluang mengemukakan pandangan, idea dan membuat keputusan

    secara bersama (Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Mohammed

    Zohir Ahmad, 2010. h:196).

    Tingkah Laku Pemimpin Demokratik

    Menurut Teori Y, pemimpin yang lebih yakin dengan surbordinatnya (staf) atau

    pengikutnya, berkemungkinan mengamal cara atau gaya kepimpinan demokratik.

    Teori X dan Teori Y oleh Douglas McGregor, 1960Teori X and Teori Y adalah dua teori yang menerangkan tanggapan seorang

    pemimpin terhadap surbordinatnya atau pengikutnya.

    Menurut Teori X,o Pemimpin beranggapan surbordinatnya (staf) atau pengikutnya

    didorong (atau dimotivasikan) oleh wang, malas bekerja,

    mengelakkan bekerja kecuali dipaksa, tidak akan memberikan

    kerjasama kecuali diarahkan, dipantau dan dikawal rapi.

    o Pemimpin akan bertindak lebih autokratik, mengarah danmengawal surbordinatnya (staf) atau pengikutnya dalam kerja

    seharian.

    Menurut Teori Y,o Pemimpin beranggpan surbordinatnya (staf) atau pengikutnya

    sebagi rajin, melihat kerja sebagai kudrat manusia; bercita-cita

    tinggi dan mempunyai sikap positif terhadap kerja. Mereka

    sememangnya mencari dan mahu memikul tanggungjawabkerana ia membawa kepuasan kepada diri.

    o Pemimpin akan bertindak lebih demokratik keranasurbordinatnya (staf) atau pengikutnya tidak perlu diawasi

    dengan ketat sebab mereka memahami tanggungjawab dan

    tujuan bekerja.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Bincangkan TIGA aspek penting dalam definisi-definisi

    kepimpinan yang disenaraikan di atas.

    b) Adakah guru besar/pengetua di sekolah anda merupakan

    pengurus atau pemimpin?b) Adakah anda lebih merupkan pengurus atau pemimpin?

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    8/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    8

    Pemimpin demokratik melibatkan surbordinatnya atau pengikutnyadengan proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah yang

    dikenali sebagai musyawarah. Bagaimana pun keputusan muktamad

    akan ditetapkan oleh pemimpin.

    Pemimpin demokratik juga memberi pengupayaan kepada orang-orangbawahan dan memberi mereka kebebasan melakukan sesuatu

    berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan pengikutunya.

    Pemimpin demokratik juga berperanan sebagai pembimbing kepadakumpulannya. Dia membantu individu atau kumpulan yang diberi

    pengupayaan mencapai matlamat.

    Pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin yangmempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang

    paling sesuai.

    Pemimpin demokratik tidak meilihat sesuatu hasil sebagaikejayaannya, tetapi hasil daripada usaha dan komitmen bersama.

    Pemimpin demokratik menekankan konsep perkongsiantanggungjawab dan setiap individu sedar tentang tanggungjawabnya

    dan tidak melepas tangan dan menyerahnya kepada pemimpin semata-

    mata.

    Pemimpin demokratik lebih fleksibel kerana tugasan yang diagihkankepada surbordinatnya atau pengikutnya adalah mengikut kebolehan

    dan keupayaan mereka yang dipimpin.

    Kelebihan Kepimpinan Demokratik

    Antara kebaikan yang diperolehi daripada kepimpinan demokratik ialah seperti

    berikut:

    Pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebihpertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama

    dengan pemimpin.

    Pemimpin demokratik juga lebih bertimbangrasa dan sentiasa memberigalakan dan penerangan kepada ahli-ahlinya mengenai kerja-kerja

    yang perlu dibuat.

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    9/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    9

    Penglibatan pemimpin dalam proses kerja boleh dioptimumkan denganmengambil kesempatan ini untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam

    jiwa ahli-ahlinya.

    Kompetensi dan pengetahuan surbordinat atau pengikut telahmeningkat dengan tugas-tugas yang diagihkan.

    Kepimpinan demokratik yang berorientasikan musyawarah mampumeningkatkan kepuasan bekerja.

    Pemimpin demokratik menyediakan ruang yang lebih felksibel untukmaklumbalas antara subordinat dengan pemimpin.

    Kuasa yang diagih-agihkan menyebabkan semua orang merasa yakindan senang hati menunaikan tugas masing-masing. Dengan demikian

    kumpulan akan terus berjalan lancar dan bergerak maju.

    C) PEMIMPIN AUTOKRATIKPemimpin autokratik dianggap sebagai cara kepimpinan yang paling tua yang

    diamalkan oleh empayar-empayar dahulu di Cina, India dan Eropah. Pemimpin

    mempunyai kuasa mutlak dan mengawal segala yang dilakukan dalam sesuatu

    kelompok manusia. Pemimpin autokratik percaya kuasa membuat keputusan mesti

    dipegang oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada

    arahan yang diberi tanpa banyak soal.

    Tingkah Laku Pemimpin AutokratikMenurut Teori X, pemimpin yang kurang yakin dengan surbordinatnya (staf) atau

    pengikutnya, berkemungkinan mengamal cara atau gaya kepimpinan autokratik.

    Pemimpin autokratik tidak melibatkan surbordinatnya ataupengikutnya dalam proses membuat keputusan atau penyelesaian

    masalah.

    Pemimpin autokratik membuat segala keputusan kerana dia tidakmenaruh kepercayaan kepada surbordinatnya atau pengikutnya.

    Pemimpin autokratik membuat keputusan berdasarkan idea danpendpat dia sendiri tanpa mengambil nasihat daripada surbordinatnya

    atau pengikutnya.

    Pemimpin autokratik memantau untuk mempastikan tugas-tugas yangdiberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya

    Pemimpin autokratik berfungsi secara autonomi memberi tunjuk ajartentang apa dan bagaimana tugas-tugas harus dilakukan.

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    10/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    10

    Pemimpin autokratik menggunakan ganjaran dan hukuman, puji-memuji dan penghargaan.

    Kelebihan Kepimpinan Autokratik

    Kepimpinan autokratik sesuai digunakan apabila keputusan perludibuat dengan cepat tanpa merunding dengan surbordinat atau

    pengikut.

    Dalam keadaan kucar kacir atau mendesak, kepimpinan autokratiklebih sesuai untuk menstruktur dan menyusun semula tugas dan

    tanggungjawab orang-orang yang terlibat.

    Kelemahan Kepimpinan Autokratik

    Sekiranya, orang hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara,semangat kerjasama mungkin lemah dan mereka tidak kreatif sertatidak mempunyai inisiatif.

    Surbordinat atau pengikut yang tidak diberi peluang terlibat denganproses membuat keputusan akan rasa terkilan.

    Oleh kerana idea atau pendapat surbordinat atau pengikut tidakdihargai, mereka akan mengelak daripada mencadangkan sesuatu yang

    kreatif atau inovatif.

    Terlalu bergantung kepada pemimpin boleh menimbulkan masalahapabila pemimpin berkenaan dipindahkan atau meletakkan jawatan.

    Boleh timbul perasaan benci dan ketidapuasaan di kalangansurbordinat dan pengikut.

    D) PEMIMPIN LAISSEZ-FAIRE[Disebut sebagai lay-zay-fair sebut sebagai perkataan Bahasa Inggeris]

    Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan

    untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Diamelihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Bincangkan TIGA perbezaan yang utama di antara

    kepimpinan demokratik & kepimpinan autokratik.

    b) Adakah guru besar/pengetua di sekolah anda merupakanpemimpin demokratik atau autokratik?

    b) Adakah anda lebih merupkan pemimpin autokratik atau

    demokratik?

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    11/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    11

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    Nyatakan cara kepimpinan Guru A dan Guru B.

    membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka

    bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang

    dilakukan, membiarka n mereka bersendirian dan janganmengusik. Apa yang diperlukan hanyalah matlamat yang

    telah dipersetujuai tercapai.

    Keadaan yang sangat bebas dan liberal ini

    terkadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolah-

    olah tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang

    bekerja mengikut cara tersendiri. Seandainya orang-orang

    bawahan betul-betul matang, maka penghasilannya memang baik, tetapi jika ramai

    antara mereka yang kurang matang, maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana

    mereka seperti kehilangan pedoman sebab tiada pemandu/pembimbing yang

    menunjuk arah.

    Cara kepimpinan laissez-faire bersandar kepada falsafah membiarkan setiap

    individu dalam organisasi membuat kerjanya sendiri. Para pemimpin jenis ini tidak

    mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga tidak mempunyaiperancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-pemimpin itu tidak

    ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik antara berbagai

    kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk

    dikawal.

    E) PEMIMPIN SITUASI

    Pemimpin Situasi diperkenalkan oleh Herseydan Blanchard (1988). Perkataan situasi

    digunakan untuk menunjukkan bahawa

    pemimpin hendaklah menyesuaikan cara

    kepimpinannya dengan keadaan. Seorang

    pemimpin mestilah bijak dalam meneliti dan

    mengubahsuaikan cara atau gayakepimpinannya supaya ia berpadanan tepat

    Guru A Guru B

    Memusatkan kuasa Mengelakkan menggunakan kuasa

    Ahli kumpulan melakukan apa yang

    diarahkan

    Pemimpin menyerahkan tugas secara

    berkesan kepada ahli kumpulan /orang

    bawahan

    Ahli kumpulan merasa tertekan dan

    tidak selamat

    Pekerja merasa diperlukan dan menunjukkan

    kesetiaan kepada kumpulan

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    12/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    12

    dengan tahap kesediaan orang bawahan atau pengikutnya ketika melaksanakan sesuatu

    tugas. Berlainan situasi memerlukan cara kepimpinan yang berlainan.

    Pemimpin situasi akan meninjau kemahiran, pengetahuan, komitment dan

    motivasi pengikutnya. Justeru, dia akan menyesuaikan gaya atau cara pempinannya

    dengan tahap kompetensi mereka. Oleh itu pemimpin situasi hendaklah sentiasa peka dan

    dapat mengenali keupayaan pengikutnya (Lihat Rajah 8.2).

    Rajah 8.2 Kepimpinan Situasi

    a) Sekiranya orang bawahannya atau pengikutnya tidak mempunyai kompetensi ataukecekapan menjalankan tugas tetapi mempunyai komitmen yang tinggi, cara

    kepimpinan akan bertumpukan lebih kepada MENGARAH. Dia akan memeberiarahan yang jelas tentang tugas dan peranan setiap individu. Dia akan

    menunjukkan bagaimana melakukan sesuatu. Komunikasi adalah sehala dengan

    penerangan jelas tentang:

    o Apakah yang harus dibuat?o Bagaimana membuatnya?o Siapakah bertanggungjawab?

    Cara atau gaya kepimpinan ini diamalkan kerana pengikut kurang berkemampuan

    berdikari dan harus dijelaskan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh

    individu atau kumpulan. Kemungkinan komunikasai di antara pemimpin dan

    pengikutnya bercorak sehala.

    b) Sekiranya orang bawahannya atau pengikutnya mempunyai kompetensi ataukecekapan menjalankan tugas yang tinggi serta komitmen yang tinggi, cara

    kepimpinan akan bertumpukan lebih kepada MENYOKONG.

    Kepimpinan berfokus kepada matlamat sahaja kerana pengikut mempunyai

    memapuan yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka ini

    tidak banyak memerlukan arahan kerana sudah mempunyai kemahiran dan

    pengetahuan sedia ada atau terlatih. Mereka hanya memerlukan sokongan yang

    sesuai bagi meningkatkan keyakinan. Komunikasai di antara pemimpin dan

    pengikutnya bercorak dua hala yang terlibat dengan mendengar pendapat,memberi perangsang dan dorongan.

    CONTOH:

    Anda ialah jurulatih pasukan hoki sekolah. Dua guru baru dilantik untuk membantu anda.

    Guru A sungguh komited & minat membantu anda tetapi tidak mengetahui apa jua pun

    tentang permainan hoki. Guru B juga komited & minat membantu anda tetapi dia adalah

    bekas pemain hoki peringkat daerah dan pernah melatih kanak-kanak sekolah. Anda

    sebagai pemimpin situasi perlu melibatkan kedua-dua guru ini dengan cara yang

    berlainan.

    - Untuk Guru B, anda perlu memberi ARAHAN yang jelas tentang apakahyang harus dibuat dan bagamana membuatnya.

    Kompetensi Tinggi

    Komitmen Tinggi

    Kompetensi Rendah

    Komitmen Tinggi

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    13/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    13

    - Manakala untuk Guru A, anda perlu memberi SOKONGAN sahaja kerana diatelah mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang permainan hoki.

    Secara tidak langsung, anda telah mempamerkan gaya atau cara kepimpinan situasi; iaitu

    Berlainan situasi memerlukan gaya atau cara kepimpinan yang berlainan.

    F) PEMIMPIN TRANSFORMASIONALPerkataan transformasional berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris yang

    bermakna mengubah atau menukar. Pemimpin transformasional ialah seorang yang

    membawa perubahan yang luar biasa dalam sesebuah organisasi dengan membentuk

    misi yang jelas. Dia seorang yang berjaya menarik minat pengikutnya menerima

    tujuan dan misi yang ditetapkan (Lihat Gambar 8.3). Pemimpin seperti ini berupaya

    membangkitkan kesedaran pengikutnya ke arah merealisasikan perubahan untuk

    kepentingan semua, samping membantu mereka meneroka dan menjangkau lebih

    daripada kepentingan peribadi.Menurut Tichy dan Ulrich (1984), kepimpinan transformasional melibatkan

    perubahan yang dramatik dalam sesebuah organisasi seperti pembentukan dan

    perlaksanaan visi, bertanggungjawab untuk menyedarkan para pengikutnya tentangnilai-nilai norma organisasi, dan memberi ruang serta mengalakkan perubahan sama

    ada dalaman mahu pun luaran.

    Burns (1978), telah mentakrifkan pemimpin transformasional sebagai:

    .........individu yang dapat mendorong pengikutnya untuk bertindak

    bagi mencapai matlamat tertentu yang mewakili nilai, kehendak,

    keperluan, aspirasi dan jangkaan pengikkut. Kepintaran pemimpin

    transformasi terletak pada cara dia bertindak selaras dengan pegangan

    nilai dan motivasi pengikut. h: 19.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Bincangkan ciri-ciri pemimpin situasi.

    b) Adakah guru besar/pengetua anda seorang pemimpin

    ? situasi?

    b) Adakah anda seorang pemimpin situasi?

    Gamber 8.3

    Tun Mahathir Mohammed

    pemimpin transformasional yang

    membawa perubahan luar biasa ke

    arah mencapai Wawasan 2020

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    14/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    14

    Bass (l990) juga memberi takrifan yang hampir dengan mengatakan;

    pemimpin transformasional ialah individu yang menunjukkan kecemerlangan yang

    luar biasa kerana dia berjaya meluaskan dan mengembangkan minat pengikutnya

    dalam membangunkan kesedaran dan penerimaan terhadap tujuan dan misi kumpulan.

    Pemimpin transformasional juga bukan hanya mempunyai kebolehan

    membangunakan minat pengikutnya, tetapi minat yang dibangunkan melangkaui

    minat peribadi pengikutnya itu sendiri. Pandangan-pandangan yang diberikan di atas

    mengambarkan kepimpinan transformational memiliki keupayaan kepimpinan yang

    sangat luar biasa.

    Tingkah Laku Pemimpin Transformasional (Transformational Leader)Greenberg dan Baron (l997) mengenal pasti beberpa tingkah laku utama

    seorang pemimpin transformasional iaitu:

    a) Memberi Perhatian Individu: Seseorang pemimpin transformasional

    memberi perhatian terhadap keperluan para pengikut atau subordinatnya yangunik sama ada dari aspek jangkaan, aspirasi dan matlamat. Mereka juga

    bersedia mengakui hakikat bahawa semua subordinat mempunyai keinginan

    dan keperluan yang berbeza dan perlu ditangani dengan berkesan supaya

    organisasi menadapat manfaat daripada perbezaan yang wujud. Pemimpin

    seperti ini bersedia mendengar segala masalah dan pendapat yang

    dikemukakan oleh subordinatnya dan sentiasa bersedia untuk memberi

    maklum balas serta membantu untuk membina keyakinan diri terhadap

    sebarang perubahan yang dilakukan. Dalam hal ini, seseorang pemimpin

    transformasional memainkan peranan sebagai seorang rakan pembimbing.

    b) Merangsang Intelek: Pemimpin Kehandalan merangsang intelek pengikutuialah salah satu ciri yang menjadikan pemimpin transformasional popular di

    kalangan pengikutnya. Bagaimana ia dilakukan:

    Dia memberi tujuk ajar kepada pengikutnya atau orang bawahan dalammengubah cara berfikir tentang masalah teknikal, masalah

    interpersonal atau masalah peribadi

    Dia bersedia berkongsi idea dan pengalaman dengan surbordinatnyaatau pengikutnya dengan tujuan mendapat kepercayaan mereka

    terhadapnya (mutual trust).

    Dia menggerakkan surbordinatnya atau pengikutnya untuk berfikircara baru melakukan sesuatu.

    Dia menggalakkan amalan keterbukaan supaya surbordinatnya ataupengikutnya tidak keberatan atau takut mengemukakan pandangan

    secara bebas. Setiap pendapat yang dikemukakan akan mendapat

    sanjungan daripada pemimpin.

    c) Inspirasi Kepada Pengikut: Kehandlan memberi inspirasi kepadasurbordinatnya atau pengikutnya yang akan memotivasi mereka supaya

    menjadi komited mencapai tujuan atau objektif yang diilhamkan.

    Dia akan menunjukkan teladan yang baik seperti bekerja keras,bersikap optimistik apabila berhadapan dengan krisis, kesediaan untuk

    memikul tanggungjawab jika berlakunya sesuatu kesilapan.

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    15/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    15

    Dia menggunakan simbol dan tarian emosi untuk meningkatkanmotivasi dan semangat kerja surbordinatnya atau pengikutnya supaya

    tidak bercapah dariapda matlamat atau tujuan asal.

    Dia akan menetukan bahawa surbordinatnya atau pengikutnya tidakberasa terasing, tidak dihargai atau tidak signifikan.

    d) Mengekal Pengaruh: Para surbordinatnya atau pengikutnya inginmencontohinya kerana ia merupakan model tahap moral dan etika yang tinggi

    dan semua yang dibuat adalah betul.

    Dia meyakinkan surbordinatnya atau pengikutnya tentang potensi dankehebatan mereka untuk mencapai kejayaan dengan mencabar mereka,

    Jika saya boleh buat, mengapa tidak kamu.

    Pengaruhnya akan bertambah apabila sesuatu matlamat atau objektiftercapai, Ini akan menggalakkan surbordinatnya atau pengikutnya

    berusaha untuk menjejaki kejayaan yang telah tercapai.

    e) Karismatik: Kita telah membincang tentang pemimpin karismatik. Pemimpintransformasional mempunyai pelbagai ciri pemimpin yang karismatik.

    Dia mempunyai kebolehan luar biasa untuk berucap, memujuk danmempunyai kemahiran konseptual serta teknikal yang tinggi.

    Dia mempunyai wawasan, visi atau matlamat yang jelas dan dapatmeyakinkan surbordinatnya atau pengikutnya untuk mengikut hala tuju

    yang sama.

    Dia sentiasa berada di barisan hadapan apabila menghadapi cabarandan bersedia menjadi benteng apabila surbordinatnya atau pengikutnya

    dicabar dan bersedia bertanggungjawab di atas kelemahan yang

    ditunjukkan oleh mereka. Dia dapat meyakinkan surbordinatnya atau pengikutnyabersedia untuk

    melakukan perubahan yang drastik apabila diminta untuk bertindak

    kerana yakin dengan kebaikan yang akan diperolehi hasil perubahan

    yang diperkenalkan.

    Kesimpulannya, Pemimpin transformasional, percaya mereka boleh mendorong

    orang mengubah nilai dan sikap ke arah pencapaian sesuatu wawasan, matlamat atau

    perjuangan. Perubahan itu terjadi apabila mereka dengan sukarela sanggup bekerja

    dan berjuang demi mencapai tujuan dan matlamat yang diilhamkan. Pemimpin

    transformasional berjaya berbuat demikian dengan membawa kesedaran baru dan

    sanggup melupakan amalan lama (Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz &

    Mohammed Zohir Ahmad, 2010).

    tra

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Bincangkan ciri-ciri pemimpin transformasional.

    b) Adakah guru besar/pengetua anda seorang pemimpin

    ? transformasional?

    b) Adakah anda seorang pemimpin transformasional?

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    16/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    16

    8.4 PEMIMPIN GURU (Teacher Leader)

    Bagi sesetengah orang, istilah pemimpin guru

    (teacher leader) adalah ganjil, kerana lazimnya,

    perkataan pemimpin di sekolah dikaitkan dengan guru

    besar atau pengetua atau penolong kanan atau panitia

    atau ketua bidang. Jarang sekali guru dianggap sebagai

    pemimpin. Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya

    kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya

    satu daripada punca potensi kepimpinan.

    Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-duakuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak

    formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan

    orang-orang bawahan atau pengikut.

    Istilah kepimpinan guru (teacher leadership)

    merujuk kepada kemahiran yang ditunjukkan oleh guru

    yang samping mengajar, berjaya mempengaruhi orang

    orang diluar bilik darjah dalam sekolahnya sendiri serta di tempat lain. Ia merupakan

    usaha menggembleng dan merangksangkan orang lain dengan tujuan meningkatkan

    prestasi sekolah khusuanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Apakah perbezaan di antara pemimpin guru dan guru cemerlang? Secara

    umum, fungsi dan peranan pemimpin guru adalah hampir sama dengan gurucemerlang. Akan tetapi yang membezakan ialah pemimpin guru tidak semestinya

    memegang sesuatu jawatan. Mereka menjadi pemimpin kerana mereka dihormati

    rakan sebaya, mudah berdekatan, sentiasa belajar dan dapat mempengaruhi amalan

    pengajaran dan pembelajaran. Usaha meningkatkan prestasi sekolah dilakukan bukan

    kerana beliau ialah seorang pemimpin, tetapi kerana dia berpengetahuan dan dapat

    memujuk guru lain. Oleh demikian, sesiapa yang mempunyai ciri-ciri sedemikian

    boleh menjadi pemimpin guru, dan tidak perlu memohon atau menunggu dilantik

    sebagai guru cemerlang,

    Saya melawat sebuah sekolah yang terkenal dengan berbagai-bagai

    inovasi yang telah diperkenalkan. Saya dijemput oleh seorang guru dan

    sambil berbual dengannya bertanya, Adakah anda berperanan sebagai

    pemimpin?. Saya hanya guru, dia menjawab. Jika encik ingin bercakap

    dengan pemimpin, bilik guru besar ialah di tingkat atas.

    Jelas sekali bahawa guru ini sangat gelisah dengan soalan saya.

    Sungguh menakjubkan bahawa individu yang paling penting dalam proses

    pembelajaran melihat dirinya sebagai berperanan kecil di dalam sebuah

    organisasi yang kita panggil sekolah. Saya hanya guru.

    [sumber: Roland Barth, Teacher leader. Phi Delta Kappan 82 (6). 2001]

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    17/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    17

    Contohnya:

    a) Seorang guru bahasa tahun 3 yang menjadi mentor kepada guru baru yangmenghadapi masalah pengurusan bilik darjah dengan memberi bahan bacaan

    yang dapat dapat menarik minat pelajar dan telah membawa kepadapeningkatan skor bacaan kanak-kanak

    b) Seorang guru sains yang berpengalaman telah membuka kelasnya untuk guru-guru lain memerhati bagaimana dia mengajar sains dalam makmal

    menggunakan kaedah inkuiri. Hasil daripada usaha ini, guru-guru telah

    berkongsi bahan pengajaran-pembelajaran yang telah meningkatkan

    pencapaian dalam sains.

    c) Seorang guru telah bekerjasama dengan seorang akademik dariapda universititempatan tentang penggunaan internet untuk pengajaran Bahasa Inggeris.

    Pemimpin guru menyokong

    pemimpin sekolah seperti guru

    besar/pengetua, penolong kanan,

    panitia dan sebagainya dengan

    menggalakkan inovasi dan

    mewujudkan budaya kreatif serta

    memudahkan pencapaian hasil

    pembelajaran.

    Peminpin guru dan guru

    besar/pengetua saling berkaitan. Tanpa

    sokongan guru besar/pengetua, pemimpin guru tidak akan berjaya. Sebaliknya tanpa

    bakat dan kepakaran pemimpin guru, guru besar/pengetua tidak dapatmemaksimumkan keberkesanannya.

    Kepimpinan guru ditakrifkan sebagai keupayaan seorang guru

    menggalakkan rakan sejawatnya berubah dengan lakukan sesuatu

    yang lazimnya mereka tidak akan lakukan tanpa dorongan guru

    besar/pengetua.

    - Wasley (1991). h: 64Kepimpinan guru ditakrifkan sebagai guru yang menjadi pemimpin

    dalam dan luar bilik darjah, yang berjaya mempengaruhi guru lain

    ke arah mempertingkatkan mutu pengajaran secara formal atau

    tak formal.

    - Katzenmeyer & Moller (2001), h. 5.Kepimpinan guru ditakrifkan sebagai proses dimana guru secara

    individu atau secara berkumpulan, mempengaruhi rakan sejawat

    mereka, guru besar/pengetua dan ahli-ahli dalam komunitisekolah dengan tujuan meningkatkan mutu pengajaran dan

    seterusnya meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

    - York-Barr & Duke (2004). h: 34

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    18/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    18

    CIRI PEMIMPIN GURU YANG BAIK

    SEORANG PEMIMPIN GURU.......

    Hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang terkini tentangpengajaran dan pembelajaran dan oleh demikian sangguap belajar sepanjang

    hayat untuk mengetahui penyelidikan terkini.

    Mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baikatau tidak baik bagi sesuatu sekolah.

    Hendaklah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta kemahiraninterpersonal yang penting apabila berinteraksi dengan guru-guru dan

    memerhati pengajaran dalam bilik darjah.

    Sanggup mendengar pendapat dan pandangan guru, berkongsi idea danpandangan sebelum mencadangkan perubahan.

    Harus mengetahui menguruskan masa kerana perhidmatannya akan diperlukanoleh guru-guru bila-bila masa, walau pun dia sendiri mempunyai tugas-tugas

    pengajaran.

    Mesti menerima hakikat dan tidak mudah lemah semangat dengan gurupelbagai karenah. Ada yang minat, ada yang tidak minat dan ada yang minat

    tetapi enggan bertindak.

    Bijak memperkembangkan kebolehan dan memotivaskikan guru-guru yangingin mencuba kaedah dan strategi baru atau berlainan.

    Tidak cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalaumasalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain.

    Dia sentiasa bersikap positif.

    Kesimpulannya, pemimpin guru dapat menggerakkan guru-guru lain berfikir, merasa,

    bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini dia harus mengetahui keperluan

    dan motif guru-guru yang berkerja dengannya sebagai kumpulan. Dia juga harus bijak

    mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah

    dan mencapai matlamat yang persetujui.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Apakah peranan pemimpin guru?

    b) Walau pun anda bukan guru cemerlang adakah anda

    seorang pemimpin guru? Jelaskan.

    c) Mengapakah ramai guru tidak mengaku diri mereka

    sebagai pemimpin?

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    19/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    19

    RINGKASAN

    Kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi sangat bergantung kepada pucukkepimpinanya.

    Kepimpinan pula menjuruskan kepada mendorong, memotivasi, menaiksemangat dan tenaga pengikut atau pekerja bawahan melaksanakan pelan

    tindakan.

    Pemimpin karismatik dapat menggunakan kebolehan luar biasa ini untukmempengaruhi dan meyakinkan orang mengikuti pandangan dan pendapatnya.

    Pemimpin situasi akan meninjau kemahiran, pengetahuan, komitment danmotivasi pengikutnya.

    Pemimpin autokratik percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang olehpemimpin.

    Bagi sesetengah orang, istilah pemimpin guru adalah ganjil, keranalazimnya, perkataan pemimpin di sekolah dikaitkan dengan guru besar atau

    pengetua atau penolong kanan atau panitia atau ketua bidang.

    Pemimpin transformasional ialah seorang yang membawa perubahan yang luarbiasa dalam sesebuah organisasi dengan membentuk misi yang jelas.

    Menurut Teori Y, pemimpin yang lebih yakin dengan surbordinatnya (staf)atau pengikutnya, berkemungkinan mengamal cara atau gaya kepimpinan

    demokratik.

    Menurut Teori X, pemimpin yang kurang yakin dengan surbordinatnya (staf)atau pengikutnya, berkemungkinan mengamal cara atau gaya kepimpinan

    autokratik.

    Kepimpinan guru ditakrifkan sebagai keupayaan seorang guru menggalakkanrakan sejawatnya berubah dengan lakukan sesuatu yang lazimnya mereka

    tidak akan lakukan tanpa dorongan guru besar/pengetua.

    KATA KUNCI

    Kepimpinan Pemimpin situasi Teori X

    Pengikut Pemimpin transformasional Teori Y

    Pemimpin demokratik Pemimpin karisma Arahan

    Pemimpin autokratik Pemimpin guru Sokongan

    Pemimpin laissez-faire Komitment Merangsang

    intelek

  • 7/30/2019 Bab8.Guru Sebagai Peminpin

    20/20

    Bab 88 Guru sebagai Pemimpin

    20

    RUJUKAN:

    Ahmad Ghani Abdullah, Abd, Rahman Abd, Aziz & Mohammed Zahir Ahmad

    (2008). Gaya-Gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Selangor: PTS Publilshing.

    Blanchard, K., Zigarmi,D. & Zigarmi, P. (1987). Situational Leadership: Different

    Strokes for Different Folks. Principal. 66. 12-16.

    Burns, J.M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row

    Conger, J. A., and R. N. Kanungo (Eds), Charismatic Leadership in Organizations.

    Thousand Oaks, CA: Sage Publications, 1998.

    Fiedler, F. (1967). A Theory of Leadership Effectiveness. New York: McGraw-Hill.

    Fullan, M. (2008). Leadership and Sustainability. Thousand Oaks. CA: Corwin Press.

    Hersey, P. (1984). The Situational Leader. Escondido, CA: The Center for Leadership

    Studies.

    Hersey, P., & Blanchard, K. H. (1988). Management of Organizational Behavior:

    Utilizing Human Resources (Edisi ke-5). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice

    Hall.

    Katzenmeyer, M. and G. Moller (2001). Awakening the Sleeping Giant. Helping

    Teachers Develop as Leaders. Thousand Oaks, California, Corwin Press

    Kim, A.K. & Maubourgne, R. (1992). Parables of Leadership. Harvard Business

    Review.

    Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah (2010). Asas Kepimpinan dan

    Perkembangan Profesional Guru. Petaling Jaya: Siri Pendidikan Guru, Oxford Fajar.

    Trichy, N.M. & Ulrich, D.O. (1984). The Leadership Challenge: A Call for

    the Transformational Leader, Sloan Management Review, 25, 59-68. 25.

    Wasley, P. A. (1991). Teachers Who Lead: The Rhetoric of Reform and the Realities

    of Practice. New York: Teachers College Press.

    Weber, M.. Theory of Social and Economic Organization. Chapter: The Nature of

    Charismatic Authority and its Routinization translated by A. R. Anderson and Talcott

    Parsons, 1947.

    York-Barr, J , & Duke, K (2004) What do we know about teacher leadership?

    Findings from two decades of scholarship Review of Educational Research, 74, 255

    316

    Yukl, G.A. (1989). Leadership in Organisations. Upper Saddle River, NJ: Prentice-

    Hall.