BAB6 PENYELENGGARAAN PC
-
Upload
zul-hairey -
Category
Documents
-
view
3.582 -
download
1
Transcript of BAB6 PENYELENGGARAAN PC
BAB 6
PENJAGAAN DAN PENYELENGGARAAN
KOMPUTER
6.1 Pengenalan
Penjagaan perkakasan ICT selalunya tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
Namun begitu, penyelenggaraan yang ringkas dan penjagaan yang betul penting
bagi menyelamatkan sistem dari kerosakan serius dan memastikan jangka hayat
perkakasan yang lebih panjang.
Sehubungan itu, topik yang disediakan ini mampu untuk membantu pelatih
dalam aspek penyelenggaraan dan penjagaan perkakasan yang terdapat pada
komputer.
Panduan penjagaan ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu Panduan
Penjagaan Perkakasan Komputer dan Penjagaan Perisian Komputer.
79
6.2 Spesifikasi/Jenis Peralatan yang digunakan
Antara peralatan yang perlu disediakan sebelum menyelenggara komputer
adalah :
Vakum Khas
Rajah 6.2.1 Vakum khas
Vakum khas ini berfungsi untuk menyedut habuk-habuk pada
komputer riba dan papan kekunci (keyboard) yang terdapat pada komputer
peribadi.. Vakum ini menggunakan kuasa USB. Pengguna hanya perlu
menyucuknya ke ruang USB untuk menggunakannya.
Tisu, kain, berus lukis berbagai saiz (kecil, sederhana dan besar), kit
pencuci CD, bekas air, sekotak kecil kapas dan kapas bayi. Peralatan-
peralatan ini digunakan untuk membersihkan heat sink, power supply, dan
perkakasan yang lain.
80
Rajah 6.2.2 Berus dan Cleaning Kit
6.3 Panduan Penjagaan Perkakasan Komputer
Sebuah peranti UPS (Uninterrupted Power Supply atau Voltage
Stabilizer) digunakan untuk menyelamatkan data atau perkakasan komputer
sekiranya bekalan elektrik tertutup dengan mengejut atau keadaan arus
elektrik yang kurang stabil. Windows sangat tidak gemar penutupan secara
kasar kerana ia memerlukan Shut Down yang sempurna. Peralatan UPS boleh
juga mengurangkan kebisingan pada talian kuasa elektrik
81
Rajah 6.3
Disket dan CD-ROM diletakkan di dalam bekasnya (jewel box) untuk
elak dari debu, kesan calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak
menyentuh permukaan kilat.
Komputer, monitor dan pencetak ditutup dengan penutup plastik atau
kain sekiranya ia tidak akan digunakan agak lama.
6.3.1 Penjagaan Monitor
Untuk memanjangkan hayat monitor, lubang udara jangan ditutup
dengan barang perhiasan atau kain tebal.
82
Rajah 6.3.1.i
Monitor dan dinding dijarakkan sebanyak 20 cm untuk laluan udara.
Tisu atau kain lembap digunakan untuk lap habuk atau debu dan
kesan-kesan jari di permukaan skrin dan badan monitor.
Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang dititik cecair pencuci CD.
Lubang udara divakum dengan dibantu berus kecil.
83
Suis kecerahan dan kontras diubah di panel monitor ketahap sederhana.
Rajah 6.3.1.ii
6.3.2 Penjagaan Kotak Komputer Dan Kandungannya
Perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi penjagaan kotak komputer adalah:
84
Vakum digunakan untuk menyedut habuk dan debu di sekitar dalam kotak
komputer seperti yang terdapat di dalam gambarajah di bawah. Berus kecil
digunakan untuk sampai di tempat-tempat terlindung atau sempit.
Kabel-kabel reben disusun dalam kotak komputer agar laluan udara tidak
dihalang di kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.
Penutup komputer harus sentiasa dilekatkan pacia badan komputer untuk
mengelakkan dari debu dan labah-labah berumah.
Sedikit ruang lebih kurang 20 cm harus ada untuk laluan udara antara kotak
komputer dan dinding.
Rajah 6.3.2
6.3.3 Penjagaan Bekalan Kuasa ( Power Supply )
85
Tidak banyak yang boleh dilakukan mengenai penjagaan unit bekalan
kuasa. Satu dua perkara yang dilakukan boleh menyelamatkan sesuatu keadaan yang
mungkin akan berlaku. Antaranya adalah:
Debu dan habuk divakum di kawasan kipas A dan di laluan udara B
(rujuk Gambar rajah 13). Dalam masa yang singkat, kedua-dua tempat ini
akan cepat menyimpan debu dan boleh menganggu operasi kipas.
Setelah selesai, kabel-kabel reben dipastikan tidak menghalang arah
udara masuk di bahagian B.
Semasa meletakkan komputer dekat dinding, laluan udara kipas unit
bekalan kuasa dipastikan tidak dihalang.
Rajah 6.3.3
6.3.4 Penjagaan CPU
86
Sedikit ruang lebih kurang 20 cm antara CPU dan dinding diberikan
untuk laluan udara.
Rajah 6.3.4
CPU dipastikan jauh dari medan magnet yang boleh mengganggu
prestasi komputer.
CPU diletakkan di kawasan yang sejuk dan kering, serta jauh dari
pancaran matahari. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan komponen di
dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan
mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya.
Bagi kerja-kerja penyelenggaraan dalaman, celah-celah bilah kipas
dan sink haba divakum dan dibantu dengan berus kecil. Setelah selesai, kipas
di atas sink haba diskrukan semula dan kipas CPU dipastikan berpusing
apabila komputer dihidupkan
Kabel-kabel dalam CPU disusun agar laluan udara tidak dihalang
di kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.
6.3.5 Penjagaan Papan Kekunci ( keyboard )
87
Permukaan papan kekunci dicuci dengan kain atau tisu lembap.
Celah-celah kekunci divakum dengan dibantu berus kecil.
Cecair pencuci CD dengan tisu digunakan pada tanda-tanda
degil.
Rajah 6.3.5.i
Jangan membiasakan makan dan minum di depan komputer. Air
minum yang tertumpah pada papan kekunci boleh mengakibatkan
takungan air dalamnya dan merosakkan papan kekunci.
Rajah 6.3.5.ii
6.3.6 Penjagaan Tetikus ( Mouse )
88
Penutup tetikus dipusingkan ke kiri atau ke kanan, bebola
tetikus dikeluarkan dan dicuci dengan kapas dengan dicampur
setitik dua cecair pencuci CD.
Kapas bayi digunakan untuk mencuci bahagian dalam tetikus.
Pad tetikus dicuci dengan kain lembap.
Rajah 6.3.6
6.4 Panduan Penjagaan Perisian Komputer
89
Komputer yang bermasalah juga boleh berpunca daripada perisian.
Bagi mengelakkan masalah ini, perisian hendaklah dijaga dan diselenggara
dengan betul. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh dipraktikkan
bagi mengelak masalah ini daripada berlaku :
Semua driver serta manual yang dibekalkan disimpan atau
dimuat turun ( download ) kerana sekiranya ada masalah pada sistem,
pemasangan dapat dibuat semuladengan mudah. Semua driver disalin
ke satu direktori dalam cakera keras atau USB.
PC dipastikan dipasang dengan program anti-virus dan
antispyware yang sentiasa dikemas kini (update). Sambungan internet
dipastikan telah diputusakan semasa proses scan virus dan spyware
dimulakan. Checkdisk dan scandisk dijalankan setiap minggu atau
bila disyaki system terganggu.
Defragment pada cakera keras (hard disk) dilakukan setiap
minggu atau sebulan sekali. Tujuannya supaya sistem tersusun kemas
dan cakera keras tidak perlu bekerja keras setiap kali ada pencarian
program atau fail.
Rajah 6.4 Defragment
Fail yang tidak perlu dihapus (delete). Fail-fail yang tidak perlu ini
termasuklah fail-fail yang berakhir dengan .chk, fail-fail log dan fail-fail yang
90
digunakan sementara (temporary files). Cookies atau history dihapuskan juga
sekiranya perlu dalam browser (Contoh: Internet Explorer atau Mozilla
Firefox).
Program yang tidak digunakan dibuang (uninstall). Proses uninstall
dibuat dengan memilih program tersebut dan pilih menu uninstall. Bagi
paparan yang tiada menu tersebut, menu START - SETTINGS CONTROL
PANEL diklik dan menu ADD/REMOVE PROGRAMS dicari. Program
yang ingin dibuang diklik dan ditekan ADD/REMOVE.
Salinan data (copy) dibuat pada storan tambahan seperti USB atau
external hard disk sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kerosakan yang
tidak dijangka pada hard disk, yang boleh menyebabkan kehilangan data.
91
6.5 Kesimpulan
Melalui teknik penjagaan dan penyelenggaraan komputer ini, pelatih
dapat mempelajari bagaimana menjaga dan menyelenggara komputer dengan
betul bagi memastikan komputer dapat berfungsi dengan sebaiknya dan
gangguan sistem pada komputer dapat dielakkan.
Langkah-langkah penyelenggaraannya sangat penting untuk
dipelajari oleh setiap pengguna bagi memastikan setiap pengguna komputer
mampu untuk menjaga komputer masing-masing tanpa perlu mengharap
bantuan sesiapa ataupun membazir wang dengan menghantarnya ke kedai
komputer sekiranya timbul sebarang masalah yang hanya berpunca akibat
daripada tidak melakukan penyelenggaraan sahaja.
Setiap komputer perlu diselenggara pada masa yang tertentu untuk
memastikan pengguna dapat menggunakannya dengan baik dan lancar tanpa
sebarang gangguan masalah. Penyelenggaraan komputer dapat memastikan
komputer bersih dari sebarang virus dan malware.
Kemahiran ini menambahkan lagi pengalaman pelatih dalam bidang
komputer bersesuaian dengan kursus yang diambil di Politeknik iaitu
elektronik komputer.
92