Bab1 Dunia Melalui Deria Kita
-
Upload
corinne-rony-gontuni -
Category
Documents
-
view
3.138 -
download
5
Transcript of Bab1 Dunia Melalui Deria Kita
BAB 1:
DUNIA MELALUI DERIA KITA
1.1 ORGAN DERIA DAN FUNGSINYA
1. Manusia mempunyai lima organ deria: Kulit Hidung Lidah Telinga Mata 2. Organ-organ deria ini digunakan untuk mengesan rangsangan luar. 3. Setiap organ deria mempunyai struktur istimewa yang sensitif kepada rangsangan (reseptor).
Apakah yang akan berlaku selepas rangsangan dikesan?
Rangsangan
Reseptor dalam organ deria
Impuls saraf
Saraf
Impuls saraf
Otak Efektor Contoh: ototImpuls saraf Impuls saraf
Gerak balas
Saraf
Rajah 1: Laluan gerak balas manusia terhadap rangsangan
1.2 DERIA SENTUH
1. Kulit merupakan organ deria bagi sentuhan.
2. Kulit mempunyai reseptor-reseptor yang peka terhadap rangsangan sejuk, panas, sakit, sentuhan, tekanan.
3. Apabila kulit menerima rangsangan, reseptor akan menghasilkan impuls kemudian dihantar ke otak melalui saraf tunjang kemudian ditafsirkan.
Reseptor Hujung saraf yang peka terhadap rangsangan
4. Kulit mempunyai dua lapisan utama: - Epidermis (kalis air, lapisan pelindung) - Dermis (mengandungi banyak salur darah dan reseptor)Reseptor sejuk Reseptor sakit Reseptor sentuh
EpidermisReseptor panas
Dermis
Tisu lemak
Reseptor tekanan
5. Kepekaan (sensitiviti) kulit bergantung kepada: a) Bilangan reseptor b) Ketebalan lapisan epidermis
6. Fungsi-fungsi lain kulit adalah: a) Mencegah kemasukan bakteria dan kuman. b) Mencegah kehilangan air dari badan. c) Melindungi badan daripada sinaran ultraungu matahari. d) Mengawal suhu badan.
1. Namakan dan nyatakan fungsi bagi reseptor yang berlabel A, B, C, D, dan E dalam gambarajah di bawah.B C
A D
E
2. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit. a) : b) :
3. Mengapakah doktor biasanya menyuntik bahagian punggung pesakit?
Vitamin
Sumber Lobak merah, telur, susu
Fungsi Untuk penglihatan yang baik waktu malam Memelihara kesihatan kulit
Penyakit apabila kekurangan vitamin Rabun malam Kulit kering dan bersisik Beri-beri Anemia
A
B
Telur, susu, daging, ragi, Mengeluarkan tenaga makanan jenis bijirin daripada karbohidrat (padi, jagung) Kesihatan kulit Pembentukan sel darah merah Kesihatan sistem saraf Buah-buahan dan sayuran segar
C
menyembuhkan penyakit pendarahan gusi melawan penyakit
Vitamin
Sumber
Fungsi
Penyakit apabila kekurangan vitamin Riket (kerapuhan tulang dan gigi) kemandulan pendarahan yang berterusan
D E K
Cahaya matahari, susu, Tulang dan gigi yang kuat telur Minyak sayuran, kacang, padi, Kuning telur, sayuran hijau membantu melawan penyakit penggumpalan darah
Garam mineral diperlukan dalam kuantiti sedikit sahaja. Badan kita memerlukan lebih banyak kalsium dan fosforus berbanding dengan garam mineral lain. Garam mineral diperlukan untuk mengekalkan kesihatan badan.
Garam mineral
Sumber makanan Susu, telur, sayursayuran hijau, keju
Fungsi Pembentukan tulang dan gigi yang kuat Pembekuan darah
Kesan kekurangan Penyakit riket tulang dan gigi rapuh Pembekuan darah yang lambat Penyakit anemia
Kalsium
Besi
Hati, daging, telur, sayur-sayuran
Pembinaan hemoglobin dalam sel darah merah untuk pengangkutan oksigen
Iodin
Makanan laut, sayur sayuran, garam beriodin, rumpai laut
Penghasilan hormon untuk Penyakit goiter mengelakkan penyakit (beguk) goiter
Garam mineral Natrium Fosforus Fluorin Kalium
Sumber makanan Garam (natrium klorida) Daging, susu, ikan, telur, kacang Air minuman, ikan, sayur-sayuran Daging, ikan, bijirin
Fungsi
Kesan kekurangan
Memelihara Kekejangan otot keseimbangan badan Pembentukan tulang riket dan gigi yang kuat kerosakan gigi Pembentukan tulang Penyakit karies gigi dan gigi yang kuat Memelihara fungsi sistem saraf kelesuan dan kekejangan otot
Pelawas adalah bahan bergentian (selulosa) yang tidak dapat dicernakan dalam sistem pencernaan. Pelawas membantu pergerakan bahan makanan di sepanjang salur pencernaan. Kekurangan pelawas menyebabkan sembelit, kesukaran membuang tinja. Contoh makanan yang mengandungi pelawas; - Sayur-sayuran - bijirin - buah-buahan iaitu
Kira-kira 70% daripada berat badan seseorang terdiri daripada air.
Air boleh didapati daripada minuman, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Air diperlukan oleh badan untuk: membantu proses pencernaan makanan mengangkut makanan yang tercerna dan oksigen mengangkut hasil perkumuhan seperti urea dan karbon dioksida mengawal kepekatan darah Mengawal suhu badan
2.2 Kepentingan Gizi Seimbang
Gizi ialah makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari. Gizi seimbang ialah gizzi yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan dalam nisbah yang betul. Kandungan gizi seimbang adalah mengikut keperluan seseorang dan berbeza daripada seorang individu kepada induvidu lain.
Gizi seimbang seseorang bergantung kepada faktor berikut: Umur Jantina Saiz atau berat badan Pekerjaan Keadaan kesihatan badan
Tenaga dalam makanan disukat dalam unit joule (J) atau kalori (cal).1 Kalori (cal) = 4.2 joule (J)
Nilai kalori makanan ialah jumlah tenaga haba yang dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap dalam udara.
Nilai kalori makanan disukat dalam kilojoule per gram (kJ g-1) atau kilokalori per gram (kcal g-1)
1000 joule (J) = 1 kilojoule (kJ) 1000 kalori (cal) = 1 kilokalori (kcal)
Nilai kalori makanan boleh menggunakan kalorimeter.
ditentukan
dengan
Kelas makan yang berbeza akan mempunyai nlai kalori yang berlainan. Nilai kalori bagi tiga kelas makanan utama adalah seperti berikut: karbohidrat 17 kJ protein 18 kJ Lemak 19 kJ
Nilai kalori juga berlainan bagi makan yang berlainan jenis seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:Makanan Mentega Kek Nasi Roti canai Mi goreng Kari ayam Telur Pisang Betik Bayam Kubis Nilai kalori (kJ g-1) 35.5 18.3 15.0 13.3 13.0 7.8 6.8 3.3 1.65 0.88 0.4
Keperluan tenaga harian bagi individu daripada pelbagai peringkat umur, pekerjaan dan jantina ditunjukkan dalam jadual berikut.Jenis individu dan aktiviti Kanak-kanak 5 tahun Remaja 14 tahun Dewasa 25 tahun (kerja ringan) Dewasa 25 tahun (kerja berat) Dewasa 65 tahun Tenaga diperlukan, (kJ) Lelaki 7 600 11 200 9 800 14 000 8 600 Perempuan 6 800 9 200 8 500 10 500 6 400
Latihan1.Apakah yang dimaksudkan dengan gizi seimbang? 2. Nyatakan faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa merancang gizi seimbang.Makanan Nasi goreng Susu coklat Donat Kuantiti 1 piring 1 gelas 1 biji Nilai kalori (kJ) 1 273 800 315
3. Semasa makan tengahari, Syafiq telah mengambil makanan 1 piring nasi goreng, segelas susu coklat dan 2 biji donat. Anggarkan nilai kalori makan yang diambil oleh syafiq (rujuk jadual di atas).
2.3 Sistem pencernaan manusia
Apakah yang berlaku terhadap makanan yang kita makan?
Makanan yang kita makan mengandungi campuran karbohidrat, protein dan lemak perlu dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil.
Pencernaan Pencernaan adalah proses pemecahan molekul makanan kepada molekul yang lebih kecil.
Pencernaan berlaku di sepanjang salur pencernaan yang bermula dari mulut hingga ke dubur (8 meter panjang).
Hati dan pankreas mengeluarkan bahan kimia untuk memecahkan makanan yang kita makan.
2 cara pencernaan makanan: Pencernaan fizikal Melibatkan pemecahan makanan kepada butiran yang lebih kecil oleh gigi. Pencernaan kimia Melibatkan tindakan enzim yang menguraikan molekul kompleks makanan.
Enzim Suatu bahan yang bertindak sebagai mangkin yang mempercepatkan tindak balas kimia dalam badan kita.
3 jenis enzim yang bertindak dalam usus kita: 1. Amylase memecahkan molekul karbohidrat seperti kanji. 2. Protease memecahkan molekul protein. 3. Lipases memecahkan molekul lemak.
Organ yang terlibat dalam sistem pencernaan makanana). Mulut b). Esofagus c). Perut d). Duodenum e). Bahagian bawah usus kecil
Mulut
Mulut
Makanan dipotong dan dikisar kepada potongan yang lebih kecil oleh gigi. Kalenjer air liur merembeskan air liur mengandungi enzim. akan yang
Esofagus Makanan yang telah dicernakan akan ditolak ke perut melalui pengecutan dan pengenduran esofagus. Proses pengecutan dan pengenduran otot esofagus dikenali sebagai peristalsis.Esofagus
Perut Makanan dicampur dengan jus gaster yang dirembes oleh kalenjar gaster. Jus gaster mengandungi asid hidroklorik dan enzim (protease). Asid hidroklorik menghentikan tindakan enzim dalam air liur dan membunuh bakteria. Enzim (protease) dalam jus gaster akan memulakan proses pencernaan protein.Perut
Duodenum Duodenum ialah bahagian pertama usus kecil yang bersambung dengan hati dan pankreas. Jus hempedu dan jus pankreas yang dirembeskan mengalir ke dalam duodenum semasa pencernaan makanan.Duodenum Jus hempedu berfungsi untuk: -Meneutralkan asid daripada perut - mengemulsikan lemak dan minyak
Jus pankreas mengandungi amylase, protease dan lipase.
Bahagian bawah usus kecil Makanan yang telah dicernakan dalam deudenum akan memasuki usus kecil. Makanan itu akan bercampur dengan jus usus. Jus usus bersifat alkali dan mengandungi enzim mengandungi maltase, protease dan lipase.
Bhagian bawah usus lecil
Hasil Akhir Pencernaan Makanan akan dipecahkan kepada bentuk teringkas: Karbohidrat ditukarkan kepada glukosa Protein ditukarkan kepada asid amino Lemak ditukarkan kepada asid lemak dan gliserol
2.4 Penyerapan Makanan Tercerna
Selain pencernaan makanan, usus kecil manusia bersedia untuk proses penyerapan makanan.
Permukaan dalam usus kecil mempunyai banyak unjuran halus yang disebut vilus.
Usus kecil yang panjang dan kehadiran vilus yang banyak menambahkan luas permukaan usus kecil supaya penyerapan makanan lebih cepat. Hasil pencernaan seperti glukosa, asid amino, garam mineral dan vitamin yang larut dalam air diserap ke dalam kapilari darah.
Selepas diserap, nutrien diangkut melalui darah ke hati. Dari hati, nutrien ini diangkut ke seluruh badan.
2.5 Penyahtinjaan
Rajah menunjukkan penyerapan semula air dan pembentukan tinja di usus besar.
Bahan makanan yang tidak tercerna dan air berlebihan akan dibawa dari usus kecil ke usus besar. Di dalam usus besar, air diserap semula.
Bahan yang tertinggal ialah tinja yang akan disimpan dalam rektum usus besar sebelum disingkir keluar dari badan melalui dubur.
Proses penyingkiran tinja daripada badan dikenali sebagai penyahtinjaan.
Gizi harian yang kekurangan pelawas boleh menimbulkan masalah penyahtinjaan, iaitu sembelit.
Kekurangan pelawas mengakibatkan pergerakan makanan tidak tercerna dalam usus besar menjadi lambat dan sukar dibuang.