Bab 6 Peralatan Dan Aksesori
-
Upload
zaidi-osman -
Category
Documents
-
view
1.431 -
download
8
Transcript of Bab 6 Peralatan Dan Aksesori
BAB 6
PERALATAN DAN AKSESORI LATIHAN
6.0 PENGENALAN
Merupakan alatan tambahan yang digunakan bagi kerja – kerja pendawaian elektrik
seperti soket keluaran pemegang lampu, suis, fius, ros siling, papan fius agihan dan
sebagainya.
6.1 Soket alur keluar
Soket alur keluar merupakan salah satu punca keluaran bagi sambungan alat-alat mudah
alih ke pengeluaran tetap melalui palam. Terdapat pelbagai jenis saiz dan bentuk soket
keluaran. Saiz piawai bagi soket alur keluar mengikut piawai British (BS) adalah seperti
berikut:-
93
Jadual 10.1 : saiz piawai bagi soket alur keluar
JENIS SOKET ALUR KELUAR ARUS NOMINAL
BS 1363
BS 546
BS 196
BS 1778
BS 4343
13 A
2 A, 13 A, 15 A, 30 A
5 A, 15 A, 30 A
15 A
16 , 30 A, 63 A, 125 A
6.1.1 Struktur binaan
Bahan-bahan untuk soket alur keluar diperbuat daripada bakelit di dalamnya terkandung
terminal-terminal dan tiub-tiub sesentuh bagi pengalir fasa, neutral dan bumi. Tiub-tiub
sesentuh hanya sesuai dengan pin-pin palam tertentu sahaja. Bahan-bahan yang
digunakan untuk tiub-tiub sesentuh adalah daripada fosfor gangsa atau loyang keras
yang berada di tempat yang tidak mudah di sentuh.
6.1.2 Peraturan IEE soket alur keluar
Peraturan-peraturan yang patut diikuti bagi penggunaan soket alur keluar ialah semua
punca bagi soket alur keluar mestilah disambung kepada pengalir keterusan litar bumi
akhir. Selain itu, soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik yang menggunakan
air pancut dan kolam air. Bila soket alur keluar dipasang dalam lantai, usaha
perlindungan hendaklah dibuat supaya semasa pembersihan lantai tidak akan berlaku
renjatan elektrik. Di samping itu, soket alur keluar hendaklah di pasang pada dinding
yang ketinggiannya maksimum 150 mm dari lantai. Bagi soket alur keluar, kegunaan
perkakas seisi rumah mestilah berjenis BS 1363. soket alur keluar tidak boleh digunakan
melebihi 250V kecuali dibuat khas. Bilangan soket alur keluar boleh di sambung dari
satu litar akhir.
94
6.2 Ros siling(cyiling rose)
Merupakan tempat penyambungan penamat pendawaian tetap dan ia dapat di
sambungkan ke kod atau kabel yang boleh lentur untuk sambungan ke beban seperti
lampu, kipas siling dan sebagainya. Saiz piawai siling ros mengikut BS 67.
6.2.1 Struktur binaan
Ros siling biasanya mempunyai 2 plat, 3 plat dan 4 plat terminal untuk sambungan kabel
atau kod boleh lentur. Badan siling ros di perbuat daripada bahan penebat yang teguh
seperti plastik atau baklit.
6.2.2 Kaedah pemasangan ros siling pada litar
Pemasangan ros siling pada litar memerlukan penelitian untuk memastikan ros siling
tidak menyebabkan bahaya. Bagi permulaan masukkan penutup ros siling ke dalam
kabel, kemudian buangkan hujung penebat kabel ke dalam plat-plat yang telah
disediakan sama ada plat hidup, neutral dan bumi hendaklah diskrukan dengan ketat.
Selepas itu tapak ros diletakkan dipermukaan lampu. Akhir sekali, masukkan penutup
ros siling kemudian diikatkan dengan kemas disiling.
6.2.3 Peraturan IEE bagi pemasangan ros siling
Peraturan IEE menyatakan bahawa ros siling tidak dibenarkan dipasang melebihi
bekalan 250V. Selain itu, plat fasa tunggal kekal yang terdapat pada ros siling tidak
boleh digunakan pada pendawaian tetap kecuali ia tidak mudah disentuh. Disamping itu
juga, ia tidak boleh dipasang lebih daripada satu kod lentur kecuali ia dibuat khas untuk
berbilang keluaran. Punca ros siling mestilah disambung kepada pengalir perlindungan
pada litar akhir.
95
6.3 Suis
Suis merupakan satu alat mekanikal yang memutus, membawa dan menyambung arus
litar secara manual dalam keadaan normal. Saiz piawai yang digunakan ialah mengikut
piawai british (BS 3676) pada sambungan domestik. Suis yang digunakan dalam fasa
tunggal mestilah dari jenis suis kutub tunggal. Terdapat pelbagai jenis suis kutub tunggal
yang digunakan sekarang, tetapi berbeza dari segi bentuk, kawalan dan sebagainya.
Diantaranya ialah:-
i. Suis satu hala.
ii. Suis dua hala.
iii. Suis perantaraan.
6.3.1 Struktur binaan
Suis biasanya diperbuat daripada bahan penebat yang baik dan tahan daripada arus yang
mengalir melaluinya terutama pada bahagian penutup, suis dan badan. Bahan yang
digunakan ialah dari jenis baklit. Terdapat 2 terminal atau lebih, bagi punca sambungan
di antara pengalir fasa bekalan dan beban. Kendalian pemutusan litar suis terdiri
daripada 2 jenis, iaitu sambung dan putus cepat serta celah mikro
6.3.2 Peraturan IEE pemasangan suis
Terdapat beberapa peraturan bagi pemasangan suis. Bekalan hendaklah di pasang dalam
bentuk 2 dawai satu daripadanya kutub berbumi. Semua fius dan alat kawalan satu kutub
haruslah di sambung ke dawai hidup sahaja. Tandakan semua suis dan pemutus litar
yang tidak ketahui tugasnya. Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan
peralatan elektrik mestilah di asingkan dari peralatan tersebut, kecuali pengalir hidup
suisnya hendaklah sependek-pendek yang boleh dan dihadangkan sekelilingnya. Selain
itu suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakkan di tempat yang tidak
mudah dicapai oleh pengguna. Di samping itu arus nominal bagi setiap suis yang
96
mengawal litar lampu dicas mestilah tidak boleh dikurangkan lebih 2 kali ganda jumlah
arus tetap yang mengalir dalam litar. Sekiranya suis yang digunakan untuk mengawal
lampu filamen dan dicas, arus nominalnya mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah
arus lampu filamen dan 2 kali ganda arus tetap bagi lampu yang dicas.
6.4 Papan fius agihan
Papan fius agihan merupakan sesuatu tempat agihan pengalir kabel litar akhir, fungsi
sebenarnya ialah pengalir fasa, neutral dan bumi
6.4.1 Struktur binaan papan fius agihan
Terdapat beberapa bahagian bagi struktur binaan fius agihan iaitu :-
i. Badan papan agihan di perbuat daripada kotak kayu atau kotak logam
ii. Dalamnya terkandung beberapa tapak dan penghubung fius, terminal neutral
dan terminal bumi. Terminal-terminal ini hendaklah di asingkan agar tidak
tersentuh. Kadar nominal arus di dalam papan agihan bergantung pada jumlah
arus beban dalam litar akhir
97
6.5 BERIKUT ANTARA CONTOH AKSESORI-AKSESORI YANG DIGUNAKAN SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI DI JALANKAN.
1 8
2
7
3
4 5 6
1. Hook 5. Bekas Soket
2. Tee box 6. Alatur Kipas
3. Penyambung Trunking 7. Papan Fius Agihan
4. Soket 8. Elbow
4 way box
Long band
Running coupler 2 way box
Inspection tee
Saddle Cooper bush
98
1
2 5
6 3 7
8 4
1. Drill 5. Pita Pengukur
2. Spring Pelentur pvc konduit 6. Playar
3. Pemutar Skru 7. Pemotong wayar
4. Gergaji besar konduit (besi) 8. Gergaji kecil
1
2
4
3 5
1. Sesiku L
2. Wall pluck
3. Timbang air
4. Spanar boleh laras
5. Tukul besi
99
Fibber cutter Generator Welding set
Wayar sambungan Slape Cable ties
Trunking Megger earth tester Multimiter
Dies Bender
Hekker
100