Bab 6 - Integrasi
-
Upload
farah-wahida-ismail -
Category
Documents
-
view
387 -
download
5
Transcript of Bab 6 - Integrasi
HUBUNGAN ETNIK
KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
HASIL PEMBELAJARAN1. Menganalisis kepentingan program perpaduan
dan integrasi ke arah keharmonian masyarakat
2. Menganalisis pelan tindakan serta strategi ke arah mewujudkan masyarakat berintegrasi di
Malaysia
3. Menjelaskan peranan kerajaan, masyarakat dan NGO dalam membentuk integrasi nasional.
4. Menjelaskan konsep integrasi menurut pandangan Islam
KANDUNGAN
Pengenalan Pelan Tindakan Ke Arah Mewujudkan
Masyarakat Berintegrasi Peranan Masyarakat Peranan NGO Integrasi Menurut Perspektif Islam
Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai keturunan, bangsa, agama dan suku kaum.
Dalam masyarakat pelbagai etnik, integrasi diperlukan untuk mencapai keamanan dan keharmonian bermasyarakat.
Semangat nasionalisme Malaysia perlu bagi menyatupadukan seluruh negara.
PENDAHULUANPENDAHULUAN
Usaha mengukuhkan hubungan etnik secara holitik amat mencabar kerana gagasan yang retorik dan simbolik semata-mata hanya menghasilkan impak yang kurang berkesan.
Pelbagai usaha telah diambil untuk mengukuhkan lagi hubungan sosial pelbagai etnik di negara ini serta membina masyarakat yang lebih adil dari segi struktur sosial dan ekonomi.
Oleh yang demikian, strategi integrasi perlu dilaksanakan semua pihak iaitu kerajaan, masyarakat dan NGO bersesuaian dengan peranan yang diperlukan.
PELAN & STRATEGI INTEGRASI
PELAN TINDAKAN DANDASAR KERAJAAN
RUKUN NEGARAWAWASAN 2020
DASAR EKONOMI BARU
JABATAN PERPADUAN NEGARA
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI NASIONAL
Bermula sebagai Jabatan Perpaduan Negara yang ditubuhkan pada 1 Julai 1969
selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kemudian pada 23 Feb 1971 digantikan
dengan Majlis Penasihat Perpaduan Negara untuk memupuk/memelihara perpaduan antara kaum
Pada tahun 2004 diwujudkan JPNIN dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Malaysia (MAGERAN) berdasarkan pindaan Draf Rukun Negara yang terbentuk melalui Majlis Perundangan Negara (MPN)
Ia adalah ideologi nasional ideologi nasional Malaysia yang menjadi panduan untuk merencana program dan dasar negara
Ia digunakan sebagai instrumen mengatasi garis mengatasi garis pemisah pemisah antara etnik untuk membina masyarakat Malaysia yang bersatupadu
Iamenjadi peraturan dan norma peraturan dan norma hidup kepada masyarakat di Malaysia dan pematuhan kepadanya dapat mewujudkan perpaduan antara etnik di negara ini.
RUKUN NEGARA
Diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1991 dengan meletakkan matlamat pembentukan negara maju menjelang 2020
Wawasan 2020 bertujuan: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur Mewujudkan masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang jauh kedepan Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan
WAWASAN 2020
Diperkenalkan melalui Akta Pelajaran 1961 untuk mewujudkan masyarakat yang harmonis. Antara program : Sekolah WawasanBertujuan menyediakan satu ruang sosial bagi pelajar dari pelbagai kumpulan etnik berinteraksi dan menjalin hubungan yang harmoni. Matapelajaran Elektif Tamil dan MandarinPenawaran matapelajaran Tamil dan Mandarin di sekolah aliran kebangsaan sebagai bahasa kedua menjadi pemangkin proses interaksi dan integrasi antara kaum Pelan Pembangunan PendidikanBertujuan mewujudkan masyarakat yang saksama melalui
peningkatan taraf hidup serta mengurangkan jurang sosio ekonomi antara etnik dan kawasan.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PLKN
1MALAYSIA
RUKUN TETANGGA
RUMAH TERBUKA
Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur penyebaran unsur-unsur budayabudaya daripada seorang individu kepada seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain.
Difusi penyerapan budaya melalui pedagang-pedagang berlaku secara sukarela yang tidak disedari.
Difusi budaya juga berlaku melalui unsur kesenian dan keagamaan.
Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem.
DIFUSI BUDAYA
RAKAN COP
INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM
Dalil al-Quran
Firman Allah SWT bermaksud : Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah dan
janganlah kamu bercerai berai(Ali Imran 3 : 103)
Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya serta janganlah kamu berpecah belah. Maka jika kamu gagal (dan berpecah belah), maka hilanglah kehebatan kamu
(Al-Anfal, 8 : 46)
Dalil al-HadisSabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang, tolong menolong dan kemesraan sesama mereka adalah seumpama satu badan di mana
apabila satu anggota sakit, maka anggota lain juga turut sakit dan demam
(Riwayat al-Bukhari)
Sesiapa yang menyakiti kafir zimmi maka sesungguhnya dia menyakitiku, dan sesiapa yang
menyakitiku, maka dia menyakiti Allah.(Riwayat Tabrani)
INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM
Pandangan Sarjana Islam (1)
Ibn. KhaldunPerpaduan berperanan menyatupadukan pelbagai
kaum dan bangsa serta membentuk kekuatan untuk membina peradaban.
Jamaluddin al-AfghaniUmat Islam perlu bersatu dan berkerjaama bagi menghadapi kolonial Barat. Kejayaan umat islam lampau adalah kerana semangat perpaduan dan
integrasi sesama mereka
INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM
Pandangan Sarjana Islam (2)
Abul A’la al-MaududiUmat Islam perlu memahami dan mengamalkan
konsep perpaduan berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadis
Nik Mustafa Nik Hasan Islam sebagai agama yang sesuai dengan kejadian
manusia meletakkan tiga asas penting dalammencari formula integrasi negara iaitu asas
kebenaran, nilai keadilan dan bersifat tolak ansur dan saling bekerjasama
INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM
INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM
Asas-Asas Integrasi Islam
Ketakwaan kepada Allah Bersumberkan ajaran al-Qur’an dan al-
Sunnah Bermatlamatkan keridhaan Allah
INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM
Kesan Pengabaian Integrasi
Dijajah dan ditindas musuh Mencemarkan imej Islam Umat akan mundur dan memberi kesan
negatif kepada pembangunan negara
INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM
Langkah Mengintegrasikan Ummah
Pendidikan Persekitaran yang baik Memastikan hak-hak sosio ekonomi dan
politik dipenuhi Memperkukuhkan hubungan
ulamak dan umarak
INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM
Kepentingan Integrasi Dalam Islam
Keperluan hidup masyarakat Asas pembangunan ummah Meningkatkan syiar Islam Tanda kesempurnaan akidah
PENGUKUHAN
Jelaskan TIGA (3) tanggungjawab masyarakat dalam memastikan perpaduan etnik sentiasa terpelihara Bincangkan TIGA (3) strategi mengekalkan keharmonian
hubungan etnik di Malaysia. Bincangkan TIGA (3) pendekatan integrasi etnik yang
dilaksanakan oleh kerajaan untuk merealisasi agenda perpaduan negara.
Buktikan TIGA (3) kejayaan sistem pendidikan dalam mengintegrasikan etnik di Malaysia. Huraikan EMPAT (4) peranan Rukun Negara untuk memupuk perpaduan nasional. Huraikan EMPAT (4) strategi bagi menangani integrasi
antara kaum di Malaysia.
TAZKIRAH (8)Petunjuk & KekuatanDari Allah
Alam ini ada sunnah dan ketetapan Kehidupan kita di dunia ini juga
ditetapkan oleh Allah Dunia ini adalah tempat ujian untuk
Dia melihat siapakah di antara kita yang lebih baik
Maksud Firman Allah : Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
(Al-Mulk : 2)
Banyak ujian yang perlu dilalui untuk menuju jalan kebenaran. Kita terpaksa bertarung dengan kehendak hawanafsu dan godaan syaitan. Jiwa kita yang lemah perlukan KEKUATAN untuk : • Membuka minda dan melihat cahaya petunjuk. • Menolak halangan yang menarik untuk terus leka. • Memegang erat petunjuk dan pasrah kepada petunjuk Allah
Bagi kita, kekuatan itu mutlaknya dari Allah tetapi kita yang harus memulakannya.
PETUNJUK PERTAMA Kadang-kadang Allah bagi petunjuk dan tegurannya kepada kita seorang, maka kita sahut seruan dan kita menjana kekuatan secara individu dan bukan atas dorongan orang lain. Dengan itu, kita berubah kerana kesedaran dari diri kita sendiri.
PETUNJUK KEDUA Kadang-kadang, Allah bagi petunjuknya kepada keluarga dan orang-orang yang terdekat dengan kita. ContohnyA Allah turunkan bencana kepada ahli keluarga kita. Bezanya ini, eolah-olah kita berubah setelah mendapat bala' dan kita seolah-olah terpaksa untuk menjadi kuat kerana tiada tempat bergantung melainkan Allah.
PETUNJUK KETIGA Kadang-kadang Allah bagi petunjuknya melaui insan lain yang menegur kita. Maka kita pun menyahut seruan, aku perlu menjadi lebih kuat.
PETUNJUK KEEMPATKadang-kadang Allah bagi petunjuk melalui persekitaran, dunia, harta benda kita dan lain-lainnya. Apabila kita ditimpa musibah, maka kita merasakan kita perlu menjadi lebih kuat untuk menghadapi mihnah tersebut
Petunjuk-petunjuk tersebut ada turutannya sehingga turutan yang paling akhir supaya kita beroleh KEKUATAN
PETUNJUK TERAKHIR Petunjuk terakhir ialah KEMATIAN/MAUT Tapi bezanya pada ketika itu, kita bukan sahaja tidak mampu menjadi kuat, bahkan sudah terlambat.
Itu adalah kerana kita melengah-lengahkan untuk menyahut seruan fitrah daripada Allah. Seruan kelesuan jiwa yang meronta-ronta dan mengabaikan suara hati yang ingin kembali kepada Allah.
Maka benarlah maksud sabda Nabi saw : Cukuplah dengan maut itu sebagai nasihat / teguran.
Justeru ayoh kita sama-sama untuk membuka mata, memegang tali petunjuk dengan seutuhnya dan menolak kebatilan yang sentiasa memperdayakan kita.
Kemudian, apabila kita sudah beroleh petunjuk, kita nanti pula menjadi asbab untuk memberi kekuatan kepada keluarga dan sahabat kita agar mereka bersama-sama kita beroleh kekuatan untuk mendapat petunjuk Allah yang boleh menyelamatkan kita, di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Ya Allah, sesungguhnya kami amat memerlukan petunjuk dariMu yang kadang-kadang merupakan teguranMu untuk kami memperbaiki keadaan
diri kami dan meluruskan jalan hidup kami. Kurniakan kami kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat... Amin Ya Rabb
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain...janganlah pula anda menambah dukanya....
SekianWassalam