Bab 5 Tamadun Cina
-
Upload
wanarizwan -
Category
Education
-
view
1.014 -
download
11
Transcript of Bab 5 Tamadun Cina
1
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA(TITAS)
Pelajar dapat:1. menghuraikan asas-asas dan nilai-
nilai tamadun Cina;2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun
Cina;3. Mengenal pasti sumbangan-
sumbangan penting tanadun Cina kepada tamadun dunia
2
3
Antara tamadun tertua di dunia dan berkesinambungan hingga kini.
Dikesan sejak tahun 2000 SM.
Keunikan : kekebalan dan kekentalan dari dipengaruhi oleh tamadun-tamadun lain serta kelahiran pelbagai aliran falsafah – Konfusianisme dan Taoisme.
Warisan sistem nilainya memberi kesan kepada perkembangan Tamadun Cina sehingga kini.
Bangsa Cina terdiri daripada 5 gabungan kaum besar dikenali Zhonghua Minzu (bangsa Tionghua)
Peringkat awal sebagai bangsa Huaxia kemudian bertukar Han (dinasti Han) dan Tang (dinasti Tang)
Terdiri daripada beberapa kumpulan etnik besar – Han, Hui, Manchu, Mongol, Zang (Tibet)
Konsep negara:◦ Zhong Guo (Tiongkok) bermaksud ‘Negara Tengah’◦ Zhong Hua (Tionghua) – gabungan Zhong Guo dgn Hua Xia
iaitu wilayah tanah jajahan pemerintahan) dinasti Cina (Bangsa Han )yg mengamalkan budaya Zhong Yen
◦ Negara merujuk semangat untuk ‘mengkeluargakan’ seluruh unit kenegaraan – gabungan Guo (negara) dengan Jia (keluarga)
◦ Konsep Zhong (taat) = asas sistem kenegaraan◦ Konsep Xiao (berbakti) = sistem kekeluargaan◦ Sistem kekeluargaan merupakan asas kepada sistem
kenegaraan.◦ Budaya Cina semangat bangsa lebih diutamakan daripada
semangat negara.◦ Sistem pemerintahan dinasti dijatuhkan pada tahun 1911
dan digantikan dengan sistem Republik4
Kedudukan Geografi Ada empat batang sungai yang penting:1. Sungai Kuning [Huang He] (Utara China)2. Sg. Yangzi (Tengah China)3. Sg. Xijiang (Selatan China) ke lautan Pasifik4. Sg. Merah (di Vietnam)
Pusat pertumbuhan tamadun Cina◦ Huang He (Sg. Kuning) – utara◦ Chang Jiang – selatan
Tanda tamadun paling awal berdasarkan kebudayaan masyarakat:◦ Di Yangshao – wilayah Shanxi◦ Di Longshan – wilayah Shandong
5
Tamadun Cina dipercayai bermula abad ke 6 SM.
Yangshao merujuk kepada suatu kawasan perkampungan tradisi di provinsi Shaanxi.
Tanah yang subur dan lembab sesuai untuk pertanian.
Bertani, memelihara babi dan membuat tembikar.
Berkembang di bahagian tengah dan utara China selama 5,000 tahun.
6
Longshan (lebih maju dr Yangshao) merujuk kepada perkampungan tradisi di provinsi Shandung.
Zaman Gangsa di Lembah Sg. Yangtze di Provinsi Jiangxi dan di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.
Zaman Gangsa, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa di raja Dinasti Shang (1600~1066 SM)
Penggunaan gangsa tersebar meluas dalam kalangan kaum bangsawan.
7
Sistem kemasyarakatan Cina berasaskan sistem kekeluargaan
Sistem ini menekankan kuasa bapa, nilai dan etika masyarakat.
Dalam sistem politik, kuasa raja dianggap mutlak. Martabat masyarakat terbahagi kepada mulia dan hina Sistem Sangkang menekankan 3 hubungan:
◦ Raja dgn pembesar◦ Ayah dgn anak ◦ Suami dgn isteri
Wu Chang merangkumi 5 nilai utama◦ Ren (kemanusiaan)◦ Yi (Kesaksamaan/keadilan)◦ Li (Kesopanan/tatasusila)◦ Zhi (kebijaksanaan/hikmah)◦ Xin (amanah / kepercayaan)
Konsep Xiao (berbakti) – asas pd sistem keluarga Konsep Zhong (taat) – asas pd sistem kenegaraan. Fahaman Konfusianisme amat tebal dalammasyarakat Cina
kuno (masyarakat pertanian) dalam aspek kehidupan, etika, budaya, politik , masyarakat dan negara.
8
Bahasa pertuturan Cina adalah pelbagai kerana pelbagai bangsa
Pada zaman dinasti Han, bahasa pertuturan dan tulisan diseragamkan - dikenali Hanyu (bahasa) dan Hanzi (tulisan)
Mandarin adalah istilah digunakan oleh orang asing kepada bahasa Cina (Hanyu)
Masa kini, ejaan bahasa Cina menggunakan sistem Pinying = sebutan berdasarkan ejaan yg dirumikan.
9
Tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah:
i. xiang xing (lambang bergambar) ii. zhishi (lambang petunjuk) iii. huiyi (lambang petunjuk fikiran) iv. xing sheng (gabungan bentuk-bunyi) v. Zhuanzhu (mutual semantic transfer) vi. jiajie (loan character)
dikenali sebagai liushu (six principles of writing).
Sistem tulisan Cina dibentuk berdasarkan kombinasi 3 unsur – makna, bunyi dan bentuk.
Walaupun terdapat banyak dialek (bahasa lisan) namun hanya mempunyai satu sistem tulisan.
Tulisan Cina turut digunakan oleh bangsa lain seperti Jepun, Vietnam dan Korea.
10
Konsep Tian◦ Kepercayaan Tian dirujuk kepada langit bermaksud
dewa utama. ◦ Semasa dinasti Chou, Tian dirujuk kepada makhluk
unggul mempunyai kuasa, menguasai perjalanan hidup dan menentukan nasib yang mendapat mandat dari syurga.
◦ Umumnya, Tian merujuk kepada 4 fahaman utama: Tian - sumber kewujudan kepada seluruh makhluk Tian – maha agung mengatasi segala sesuatu Tian – kuasa penentu nasib sesebuah dinasti Tian – penentu bahagia dan sengsara
◦ Raja-raja Chou sering dikaitkan dengan konsep Tian iaitu sebagai wakil Tuhan.
◦ Tian mempunyai tanggungjawab menjaga keamanan, melindungi rakyat dan menghukum pesalah.
◦ Mandat akan ditarik jika raja berlaku zalim. ◦ Menurut Konfusius, Tian – tuhan terunggul yang
menentukan nasib seseorang.
11
Dao/Taoo Dalam kitab Daode Jing, Tian disamakan dengan
Dao Empat perkara utama iaitu:i. Konsep Dao secara harfiah bermaksud jalan (the
way);ii. Dao dianggap prinsip agung yang merangkumi
keseluruhannya (all embracing), tempat asal-usul semua makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat (wanwu);
iii.Dao adalah kosep semula jadi (nature/tabii);iv.Dao bersifat azali (primordial), dengan semua
makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka. ◦ Menurut Kung Fu-Tze – dao dianggap peraturan
yang mesti dipatuhi◦ Berdasarkan kitab ajaran dao, dao sbg asas
kepada punca segala benda wujud.12
Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
Menurut kitab Yijing (The Books of Changes) konsep Taiji merujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate reality).
Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa dwikutub (bipolar) Yin dan Yang.
Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub pula menghasilkan lima unsur – air, api, tanah, kayu & logam (wuxing) yang menjadi asas kepada kewujudan semua benda (material).
Manifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima unsur tersebut disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang bersilih ganti tanpa pengakhirannya. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai pergerakan Dao.
13
Kesepaduan Tian dengan Insan◦ Bermaksud insan sebahagian daripada Tian.◦ hubungan yang rapat antara insan dengan Tian
menyebabkan segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa alam semulajadi (bencana alam) sebagai tanda kemarahan Tian dan amaran kepada kerajaan berkenaan.
◦ Konsep ini menggabungkan aliran pemikiran Yin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme dikemukakan oleh Dong Zhongshu (79 - 104SM), seorang pujangga Konfusian pada zaman dinasti Han.
◦ Konsep ini terus mempengaruhl tradisi pemikiran orang Cina sehingga masa kini dalam proses perkembangan ketamadunannya.
14
Prinsip Zhongyong Prinsip kesederhanaan atau Zhongyong (The Golden
Mean) merupakan pemikiran moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
Dalam kitab The Doctrine of Mean dinyatakan bahawa pencapaian tahap pemusatan (centrality) dan keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi ini.
Dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.
Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling ideal ialah datong (The Grand Unity).
Datong merupakan Utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung.
Hanya dapat dicapai apabila segala objek / benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak secara adil, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum.
Termasuk juga yg tua dijaga dan yg muda dipelihara selain tiada maksiat, mencuri, pemberontakan di dunia ini.
15
Falsafah & Agama T. Cina1. Konfusianisme2. Buddhisme3. Daoisme4. Moisme5. Legalisme (Aliran Fa)6. Islam
16
- Doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 SM).
- Dalam kitab Analects (Lun Yu), pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
- Manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 5 jenis sifat (Wu Chang) yang baik iaitu:
i. Perikemanusiaan (ren) ii. Kewajaran (yi) sikap orang yang
bermoral/mulia iii. Kesusilaan (li) iv. Kearifan (zhi)
v. Amanah (xin) 17
KONFUSIANISME
18
- Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha di India pada kurun ke-6 SM dan disebar ke China pada kurun 1 Masehi [dari Dinasti Han hingga ke Dinasti Tan].
- Asas pengajarannya iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia (4 Kebenaran Mulia).
- Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way).
- Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu:i. Theravada /Hinayanaii. Mahayana
19
BUDDHISME
- Diasaskan oleh dua orang pemikir Cina:- Lao Zi (604 SM), dan- Zhuang Zi (369-2865 SM)
- Penekanan kepada pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha
- Terbahagi kepada dua cabang utama:i. Pemikiran falsafah dao (daojia)ii. Aliran keagamaan dao (daojio) yang terkandung dalam kitab
Daode Jing.
20
DAOISME
- Diasaskan oleh Mo Tzu (Mozi) (479-381 SM).- Konsep penting:
i. kasih sayang sejagat (jian’ai), ii. mengecam sikap suka berperang (feigong),iii. menyerah kepada nasib (feiming), daniv. mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
- Beliau menyatakan,:setiap orang harus mencintai semua orang spt mencintai diri sendiri dan menekankan persamaan kerana ianya boleh mengelak jenayah.Kerajaan harus dipimpin oleh org yg berkebolehan dan baikMelarang hidup mewah tetapi sederhana.Elakkan pembaziran spt adat pengkebumian secara besar-besaran.Melarang muzik kerana melalaikan. Negara akan binasa jika raja lalai dgn muzik.
- Konsep-konsep dalam Moisme bertentangan dengan konsep-konsep dalam Konfusianisme.
21
MOISME
- Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin.
- Tiga cabang utama dalam sistem pemerintahan iaitu kuasa (Shi), cara (Shu) & perundangan (Fa) - oleh Han Fei Zi.
- Salah satu karya ajaran ini ialah Kuan Tzu.- Aliran ini mengutamakan:
i. pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya , &
ii. pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika .
22
LEGALISME / Aliran FA
◦Antara falsafah legalis: Menentang dunia feudal Golongan bangsawan perlu diganti dgn hirarki
tentera Muzik, sejarah dan falsafah dianggap racun
rosakkan masyarakat Pertanian dan peperangan dipuji sbg asas kuasa
negara.
23
LEGALISME / Aliran FA
- Dibawa masuk ke negara China melalui dua jalan iaitu jalan darat & jalan laut seawal kurun ke 7M.
- Pedagang Islam Arab & Parsi mendarat di selatan China dan mendirikan masjid di Guangzhou & Quangzhou.
- Yang menggunakan Jalan Sutera membentuk masyarakat Islam Cina di Xian.
- Kemuncak kegemilangan Islam di China – zaman Dinasti Yuan (1271-1368M) (sumbangan besar tokoh2 Islam dalam bidang astronomi, perubatan, sains & teknologi).
- Zaman Dinasti Ming (1368-1644M) – berlaku peristiwa penting (pelayaran Zhenghe / Cheng Ho mengelilingi dunia).
24
ISLAM
Pemikiran politik tradisional Cina tlh terbentuk sejak sebelum dinasti Qin (221SM-207SM).
Banyak dipengaruhi oleh aliran-aliran falsafah spt Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. ◦ Konfusianisme menekankan pemerintahan
berdasarkan akhlak◦ Daoisme menekankan pemerintahan
berdasarkan kebajikan◦ Legalisme menekankan pemerintahan
berdasarkan perundangan◦ Daoisme menekankan pemerintahan
berdasarkan tabii(wuwei) Sistem politik dan pemerintahan Cina adalah
berdasarkan dinasti yang bersifat feudal. Setiap dinasti akan merujuk satu aliran falsafah.
25
Masyarakat Cina tradisional pentingkan konsep kekeluargaan. . Asas sistem kekeluargaan masyarakat Cina masih memusatkan
kuasa bapa (patriachy) dan nasab kaum lelaki (patrilineal) berlanjutan sehingga ke hari ini.
Konsep Xiao (berbakti) dan konsep Zhong (taat) merupakan asas dalam sistem kekeluargaan dan sistem kenegaraan dalam aliran Konfusianisme
Anak2 diajar mengenai 5 hubungan asas manusia:◦ Antara suami dan isteri◦ Antara bapa dan anak◦ Antara adik beradik◦ Antara pemerintah dan rakyat◦ Antara kawan-kawan
3 hubungan berkaitan dengan keluarga manakala 2 lagi hubungan berkaitan dengan masyarakat
Oleh itu perhimpunan keluarga setiap tahun Baru Cina misalnya amat bermakna. Yang tua dihormati dan yang telah meninggal dunia diingati.
Golongan tertinggi harus menjaga orang bawahan dan golongan bawah perlu menurut perintah. Hubungan ini wujud pada 4 hubungan kecuali antara kawan2.
Hubungan kekeluargaan yg erat dipengaruhi oleh idea Konfusius yg menekankan pentingnya konsep ketaatan anak kpd ibubapa. Hal ini penting bagi mengekalkan keturunan keluarga yg baik.
Tidak menjaga diri dari kecelekaan atau kesalahan seolah-olah tidak menghormati ibubapa
26
ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina termasuklah:
i. Waris sebelah bapa.ii.Pemerintah yang memusatkan kuasa bapa/lelaki.iii.Kuasa suami yang tertinggi. iv.Mementingkan anak lelaki berbanding anak
perempuan.v.Mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat
keluarga.
27
Kesusasteraan
Telah berlaku sejak 3000 thn lalu. Peranan ahli2 falsafah cina dan maharaja turut.Maharaja Tsuan Tsung (Dinasti Tang) misalnya, memberi naungan kpd gol sasterawan dan beliau juga seorang penyajak dan pemuzik serta meminati lakonan.Antara tokoh sasterawan cina yg terkenal – Lu Ji, Zuo Si, Li Bo, Du Fu .Li Bo dikatakan banyak menghasilkan karya sastera dan hanya 1800 karya yg masih ada.Perkembangan kesusasteraan Cina yg pesat dikaitkan dgn penciptaan mesin cetak.
28
Kesusasteraan
29
1. Puisi◦ Antologi puisi terawal – Shi Jing (Classic
of Song) – mengandungi 305 nyanyian kuil, istana dan rakyat.
◦ Wujud antara zaman Zhou Barat hingga Musim Bunga dan Musim Luruh.
◦ Dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe.◦ Fungsi : sastera, politik dan sosial.◦ Chu Ci (Nyanyian Chu) – asal dari
muzik dan tarian◦ Mewakili antologi puisi Cina awal dari
selatan di sekeliling kawasan Sg. Yangzi.
◦ Kemuncak perkembangan pada dinasti Tang.
Kesusasteraan
30
Ciri-ciri puisi klasik: ◦ Berkait rapat dengan muzik.◦ Padat dan singkat.◦ Puisi naratif (deskriptif) yang panjang
sangat kurang.◦ Chu Ci (Nyanyian Chu) – asal dari
muzik dan tarian◦ Fungsi sosial, politik dan sastera.
Kesusasteraan
31
2. Prosa Prosa klasik (guwen)adalah dominan
dalam sastera cina klasik. Prosa klasik berdasarkan stail karya pakar
zaman purba khasnya klasik Konfusius dan ahli falsafah lain.
Bahasa klasik menjadi medium bg hampir semua penulisan prosa krn ianya menjadi bahasa utk peperiksaan rasmi.
Tujuan penulisan prosa adalah utk menyampaikan moral dan etika.
Zhuang Zi merupakan prosa Qin yg paling indah
Shi Ji karya Sima Qian sebuah buku sejarah yg mempunyai penulisan prosa yg terbaik zaman dinasti Han.
Kesusasteraan
32
3. Drama
◦ Drama Cina bersemarak pada zaman dinasti Yuan (1279-1368M).
◦ Drama yg paling menarik – jenis zaju.◦ Sastera bentuk puisi yang digubah
mengikut rentak muzik tertentu◦ Zaju bukan sahaja sbg hiburan tetapi
berperanan untuk menyatakan rasa tidak puas hati atau sbg alat kritikan.
Misalnya, drama Dou’er Yuan (Ketidakadilan Dou’er) karya Guan Hanqing kritik kelemahan pegawai Mongol yang rasuah sehingga seorang suri rumah dihukum mati tanpa sebab.
Drama Xixiang ji (Percintaan Kamar Barat) karya Wang Shifu – cinta bebas dan menentang tradisi lama dlm perkahwinan
Kesusasteraan
33
◦ menyokong nilai2 Cina tradisional spt zhong (kesetiaan), xiao (hormat terhadap ibubapa), jie (kesucian wanita) dan yi (keadilan)
◦ digemari oleh golongan pujangga kerana stail nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.
◦ Akhir kurun 18, drama rakyat dari berlainan daerah mula berkembang dan dipentaskan di Beijing.
◦ Dari sinilah lahirnya opera cina yg digemari.
◦ Umumnya drama cina lebih menekankan nilai moral berbanding agama seperti dlm prinsip moral Konfusius spt tggjawab terhadap ibubapa dan suami, taat kpd ketua. Tujuannya mendukung kelakuan baik.
Kesusasteraan
34
4. Fiksyen◦ Dlm istilah cina disebut xiaoshuo –
percakapan kecil dan percakapan sia2◦ Gemilang pd zaman dinasti Ming (1368-1644)
dan dinasti Qing (1644-1911)◦ Antara karya fiksyen:
Sanguo Yanyi (Roman tiga negara) – mengenani perebutan kuasa antara 3 buah negara pd kurun ke 2
Honglou meng (mimpi loteng merah) – mengenai kehidupan dan nasib keluarga besar pd zaman dinasti Qing
Shuihu Zhuan (Kisah pinggir air) – menggambarkan dunia utopia dan menyokong perubahan
Xijou ji (perjalanan ke barat) – mengenai keghaiban
Kesenian
35
1. Muzik Klasik◦ sistem muzik yg paling lama dan
paling berkembang◦ Bentuk muzik yg wujud tidak
terbilang jumlahnya dan dimainkan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa berkaitan agama.
◦ Alat-alat muzik diperbuat daripada logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh.
◦ Alatan muzik cina dlm bentuk meniup, genderang, memetik, menggesek
◦ Buku Li Ji (Rekod Ritual) & Shi Jing
Kesenian
36
◦ Menurut Konfusius, muzik teragung adalah muzik yg harmoni dgn alam sekitar dan melaluinya dapat memulihkan keadaan dunia fizikal.
◦ 6 jenis emosi: kesedihan, kepuasan, kegembiraan,
kemarahan, ketaatan, kecintaan◦ Pengaruh muzik cina dapat dilihat dalam
tamadun spt Korea dan Vietnam kesan interaksi.
Kesenian
37
2. Kaligrafi◦ Kaligrafi Cina dianggap unik dan membayangkan
kualiti seorang ahli kaligrafi dari segi personaliti.◦ Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen
kaligrafi dari pakar akan dibukukan utk ditiru oleh pelajar.
◦ Kaligrafi boleh dilihat dlm bentuk skrol dan pd batu bersurat di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, pintu gerbang, tiang bangunan dan rumah-rumah.
◦ Antara bahan membuat kaligrafi – dakwat, berus, kertas dan sutera.
◦ Berus biasanya diperbuat daripada bulu kambing, rusa, serigala dan tajam di hujung.
◦ Terdapat 4 stail kaligrafi yang biasa digunakan: Kaishu (stail biasa) Lishu (asalnya untuk kegunaan kerani) Xingshu (stail berlari) Caoshu (stail rumput)
Alam semula jadi – inspirasi asas kaligrafi
Kesenian
38
3. Seni Lukis◦ Ianya berkait rapat dgn kaligrafi dan puisi. ◦ Kebanyakan pelukis biasanya juga pakar kaligrafi spt
Su Dongpo zaman dinasti Song.◦ Sebuah lukisan cina – kombinasi seni puisi,
kaligrafi, lukisan dan ukir cap.◦ Lukisan tradisional cina terbahagi 2:
Xieyi (freehand brushwork) Gongbi (menggunakan garis halus dan teliti)
◦ Bahan lukisan adalah sama seperti kaligrafi◦ Jenis lukisan – landskap, tumbuhan, binatang,
potret dan figura.◦ Kebanyakan lukisan cina bersifat simbolik.◦ Simbol popular – orkid, konfusius, bunga plum,
pokok pain tua.◦ Sifat simbolik ini menjadikan lukisan cina sbg
perantara yg membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis.
◦ Turut dipengaruhi tamadun lain spt seni khat Arab yg membentuk seni khat bersifat Cina beragama Islam. Begitu juga pengaruh agama Buddha yang mencorak seni lukis Cina berlatarbelakangkan dewa dewi yg diambil daripada ajaran Buddha
Kesenian
39
4. Seni Bina◦ Bangunan yg dibina dalam tradisi Cina
mengambilkira kedudukan dan susunatur berpandu kpd teori fengshui (kuasa alam)
◦ Tembok merupakan antara binaan penting bertujuan utk pertahanan dan keselamatan. Tembok kota biasanya mempunyai ketinggian 25 – 30 kaki, mempunyai pintu yg dibuka pd waktu tertentu dan di atasnya terdapat menara. Tembok kota dikelilingi parit dan dipenuhi air yg dalam. Tembok yg terkenal – tembok besar Cina.
◦ Binaan kayu cina tradisional biasanya diperbuat drpd kayu berkualiti dan mempunyai rangka yg berbentuk tiang dan ambang.
◦ Bumbung binaan adalah menonjol, bercerun curam dan melengkung. Bumbung biasanya dipasang tembikar.
◦ Antara ciri bentuk binaan – pavilion dan pagoda◦ Seni taman berkait rapat dgn seni bina cina
Seni bina
40
- Ciri-ciri seni bina Cina:- Harmoni dengan alam semesta- Mempunyai tembok- Bumbung binaan Cina adalah
menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke atas di sudutnya
- Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan, termasuklah pagoda (pengaruh agama Buddha)
- Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina.
41
Aspek penting dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian dalam tamadun Cina:
i. Pencapaian kesusasteraan dan kesenian
Cina telah memperkayakan tamadun Cina
ii. Penggunaan bahasa Cina menyebabkan
perkembangan sastera Cina berterusan
tanpa gangguan.iii. Kesusasteraan Cina mempunyai
fungsi sosial dan politik selain fungsi
sastera. iv. Sifat harmoni diutamakan.
Banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme
dan Buddhisme.
42
Bidang sains & teknologi dlm tamadun Cina menekankan – fungsi dan kepentingannya.
Merangkumi bidang pertanian, matematik, matematik, astronomi, kalendar, farmakologi, geologi, fizik, kimia, biologi, seni bina, perlombongan dan pelayaran.
a. Bidang astronomi:◦ Kemampuan menyediakan katalog bintang◦ merekod berlakunya gerhana dan komet◦ Menghasilkan peralatan astronomi◦ Menyelenggara rekod astronomi◦ Memperkenalkan sistem kalendar
b. Bidang matematik:◦ Penggunaan sempoa (abacus) pd kurun ke 2◦ Menghasilkan karya matematik – Jiuzhang
zuanshu (sembilan bab matematik ) oleh Zhang Cang pd kurun ke 2SM – mengandungi catatan mengenai kuantitif negatif.
◦ Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
Sains & Teknologi
43
Sains & Teknologi
c. Bidang perubatan◦ Akupuntur dan moxibustion (membakar
daun moxa) kaedah perubatan tradisional bagi memperbetulkan peredaran darah.
◦ Penggunaan bahan ubat-ubatan daripada herba, binatang dan sumber galian sangat meluas.
◦ Antara buku perubatan & farmokologi terkenal: Huangdi neijing (Klasik perubatan Maharaja
Kuning) Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) oleh Li
Shizhen mengandungi 52 jilid – farmakologi Cina teragung dan berwibawa hingga kini.
44
Sains & Teknologi
D . Teknologi Cina- Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang
Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan.
- Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness).
- Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang digunakan masa sekarang.
- Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.
45
Sains & Teknologi Pencapaian teknologi Cina – empat penciptaan agung : teknik membuat kertas,
pencetakan, bahan letupan dan kompas
◦ Teknik membuat kertas tlh dicipta oleh Cai Lun pd tahun 105 yg diperbuat daripada fiber tumbuh-tumbuhan
◦ Teknik percetakan blok diperkenalkan pd zaman dinasti Tang (618-906). Antara buku terawal dicetak – Jingang jing (kitab sutera diamond). Pada tahun1045 Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak
◦ Bahan letupan mula dicipta oleh ahli kimia Daois utk membuat bunga api. Pada tahun 906, bahan letupan mulai diguna dlm militari.
◦ Kompas mula diperkenalkan setelah sifat-sifat magnet diketahui antara kurun pertama dgn kurun ke 6
46
Ciri-ciri Istimewa Tamadun CinaJangka hayat panjang:
dikesan sejak 2000 SM dan mampu bertahan kira-kira 4 ribu tahun. zaman kegemilangan semasa Dinasti Han dan Tang. Maharaja-maharaja berwibawa dan berkebolehan seperti Shu Huang Ti, Han Wu Ti dalam usaha penyatuan China Membantu memanjangkan jangka hayat tamadunDinamik
sentiasa berkembang sealiran dengan perkembangan pembentukan sistem pemerintahan. Tokoh penyatuan hevat seperti Shu Huang Ti – berjaya menyatukan China. Pembinaan Tembok Besar China – idea dan pemikiran beliau
47
Ciri-ciri Istimewa Tamadun CinaTiti berat Nilai-Nilai Moral
dalam sistem pemerintahan dan budaya masyarakat Cina. salah satu punca kestabilan tamadun – kecenderungan menghayati dan melaksanakan nilai-nilai moral. Nilai Konfusianisme dan Buddhisme – asas dalam [embentukan masyarakaratPengaruh yang luas
sejak Dinasti Wei apabila tentera Mongolia menerima pakai adat istiadat dan kod undang-undang Cina dalam pentadbiran mereka. orang Cina yang memeluk Islam terus mengekalkan nama Cina dan mengekalkan cara makan serta berpakaian. Pengaruh ke atas negara-negara Jepun, Korea dan Vietnam ketara. Contoh: Jepun – Maharaja Jepun mencontohi corak pemerintahan era Dinasti Tang, ajaran Konfusianisme dan Buddhisme diserap masuk dalam kehiduapan masyarakat. Kewujudan China Town.
Interaksi antara China dengan Asia Barat dan Eropah agak lembap, berbanding interaksinya dengan Asia Timur.
Jalan Sutera Lama - menghubungkan antara China dengan kawasan Asia Timur, Asia Barat Tengah dan Barat, serta Eropah
Jalan Sutera Maritim (Laut) yang menghubungkan China dengan kawasan rantau Asia Tenggara, India dan Afrika dikenali sebagai
Kebudayaan Cina telah meninggalkan banyak kesan terhadap rantau Asia Tenggara terutamanya melalui pengiriman utusan atau misi diplomatik, perniagaan dan perdagangan, peperangan dan ketenteraan, dan imigrasi.
48
Imigrasi orang Cina ke rantau Asia Tenggara secara langsung juga menyumbang kepada interaksi antara budaya terutamanya pemindahan budaya kebendaan antaranya melalui proses amalgamasi dan akulturasi.
Hubungan antara tamadun Cina dengan Asia Tenggara mencapai zaman kemuncaknya semasa dinasti Ming (1368-1644) berikutan ekspedisi pelayaran Hulubalang Zheng He (1371-1433).
kedudukan yang strategik kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan antara dunia timur dan dunia barat, beberapa tamadun dan agama telah bertembung dan berinteraksi di rantau Asia Tenggara.
Malaysia merupakan satu model yang unik hasil daripada pertembungan dan interaksi antara tamadun di Asia Tenggara tersebut..
49
Interaksi tamadun Cina dan realitinya di Malaysia boleh dilihat di dalam beberapa aspek. Antaranya:i. Amalan dan budaya masyarakat Cina
Malaysiaii. Aspek Perniagaaniii. Aspek Budayaiv. Aspek Ilmu Pengetahuanv. Jati diri
50
Perkembangan Tamadun Cina berkait rapat dengan aliran falsafah mereka.
Aliran-aliran ini membantu pembentukan negara dan masyarakat Cina hingga kini.
Sumbangan-sumbangan tidak ternilai membantu kejayaan Tamadun Cina.
Meletakkan China di kemuncak kegemilangan dan dikongsi oleh tamadun-tamadun lain.
51
52
Kementerian Pengajian Tinggi. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar Afifah Abu Yazid(et.al). (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Petaling Jaya :Pearson