Bab 5. new
-
Upload
khalilhafiy -
Category
Documents
-
view
569 -
download
18
Transcript of Bab 5. new
BAB 5
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MELAYU
Pengenalan
Kemajuan pendidikan dalam masyarakat Melayu bukanlah suatu kesedaran yang baharu,
malah penekanan mengenai kepentingan pendidikan dapat dilihat sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Orang yang berilmu dalam masyarakat Melayu tetap dimuliakan dan
dipandang tinggi meskipun mereka berketurunan rakyat biasa. Bezanya, pendidikan dalam
masyarakat Melayu sebelum berkembangnya pendidikan Barat, lebih berteraskan pendidikan
Islam dan al-Quran.
Menjelang awal abad ke-20, penerimaan masyarakat Melayu terhadap pendidikan
yang diperkenalkan pihak British beransur terbuka. Dengan kata lain, mulai tempoh tersebut,
sistem pendidikan yang dilalui anak-anak Melayu berteraskan dua elemen iaitu agama dan
sekular. Namun perkembangan yang paling penting ialah timbulnya kesedaran dalam
masyarakat Melayu bahawa kemajuan pendidikan merupakan elemen baharu yang dapat
menyediakan mereka memasuki pasaran pekerjaan yang baharu. Pencapaian yang terbesar
dalam kesedaran ini ialah kedudukan wanita. Anak-anak perempuan Melayu yang mencapai
tahap pendidikan yang lebih tinggi diberi ruang untuk memainkan peranan yang lebih penting
berbanding era sebelumnya.
Pendidikan Tradisional Awal Masyarakat di Alam Melayu
Sebelum kedatangan British ke Alam Melayu dan Tanah Melayu secara khususnya,
masyarakat Melayu telah mempunyai corak pendidikan sendiri, iaitu pendidikan asas agama
dan al-Quran. Pendidikan tersebut telah berkembang pesat seawal kedatangan Islam ke Alam
Melayu, iaitu setelah pengislaman kerajaan Melaka dan beberapa kerajaan Melayu yang lain.
148
Pendidikan agama di peringkat awal kedatangan Islam boleh dilihat melalui gambaran yang
diberikan oleh karya-karya yang telah dihasilkan. Misalnya Sejarah Melayu memperlihatkan
Samudra-Pasai sebagai negeri yang mula-mula menerima Islami dan masyhur dari segi
pendidikan agama dan kesusasteraan Melayu-Islam.ii
Kemasyhuran Pasai dalam pendidikan agama ketika itu tidak dapat disangkal lagi
sehingga hal-hal penterjemahan mahupun yang berkaitan dengan agama yang tidak dapat
diselesaikan akan dirujuk kepada ulama Pasai. Sejarah Melayu turut menyebut bahawa
Maulana Abu Bakar telah membawa sebuah kitab tasawuf yang ditulis oleh gurunya, iaitu
seorang sufi bernama Abu Ishaq bertajuk Durr al-Manzumiii kepada Sultan Mansur Syah, lalu
baginda menitahkan supaya buku tersebut perlu dibawa ke istana Pasai bagi mendapatkan
penjelasan dan tafsiran lanjut sebelum dibawa ke Melaka semula untuk dipelajari oleh
baginda sendiri.iv Kitab berkenaan ajaran tauhid bercampur tasawuf ini telah ditafsir oleh
seorang ulama Pasai bernama Tuan Pematakan atau Tuan Patakan setelah
dipertanggungjawabkan oleh Sultan Pasai. Dengan usaha dan jasa tersebut, beliau telah
diberi hadiah berupa tujuh tahil emas urai serta dua orang perempuan bernama Dang Bunga
dan Dang Bibah oleh Sultan Mansur Syah.v Kitab Durr al-Manzum yang memang terkenalvi
sejak zaman Sultan Mansur Syahvii dan masih terus dipelajari oleh golongan istana seperti
Sultan Alauddin Riayat Shahviii dengan bergurukan Maulana Abu Bakar dan anaknya Raja
Ahmad (Sultan Mahmud Shah)ix yang bergurukan Maulana Sadar Jahan.x
Apabila kerajaan Pasai dikalahkan oleh Majapahit, kedudukannya dalam politik tidak
lagi berpengaruh. Oleh sebab itu, tempatnya telah diganti oleh kerajaan Melayu Melaka pada
hujung abad ke-15 dan mula menjadi masyhur serta menjadi tumpuan kepada para pedagang
dan ulama Islam sehingga terkenal sebagai pusat penyebaran Islam di Alam Melayu.xi
Melaka mula menjadi pusat pendidikan dan pembudayaan ilmu sehingga terkenal di rantau
ini. Memang sukar untuk menentukan wujudnya pendidikan dan pembudayaan ilmu ketika
149
itu disebabkan kekurangan sumber mengenainya, namun melalui Sejarah Melayu dapat
diperhatikan wujudnya keadaan tersebut.
Terdapat tiga fakta yang mencerminkan pendidikan agama yang terpancar di Melaka.
Pertama, penyebutan nama beberapa tokoh ilmuan seperti Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu
Bakar, Maulana Yusuf, Kadi Yusuf, Kadi Munawar dan sebagainya. Kedua, tempat-tempat
pengajian ilmu agama seperti di istana Sultan Mansur Syah, rumah Maulana Yusuf, rumah
Kadi Munawar. Ketiga, bahan-bahan pengajian seperti Kitab Durr al-Manzum, Kitab
Maklumat (al-Luma’), Hikayat Muhammad Hanafiyyah, Hikayat Amir Hamzah dan
sebagainya.xii Dengan adanya guru atau tenaga pengajar, tempat atau lokasi dan bahan
pengajian menunjukkan bahawa pendidikan yang dijalankan bersifat formal.
Dipercayai bahawa pendidikan ilmu tasawuf telah wujud melalui tarekat-tarekatxiii
yang terbentuk di rantau ini. Sejarah Melayu menggambarkan bahawa pengajaran ilmu
tasawwuf ini telah berkembang di Melaka. Misalnya persoalan tentang penghuni syurga dan
neraka sama ada kekal atau tidak seperti yang ditanya oleh Tun Bija Wangsa ke Pasai setelah
dititahkan oleh Sultan Mansur Syah. Persoalan tersebut telah berjaya dijawab oleh dua orang
ahli tasawuf Pasai, iaitu Tun Makhdum Mua dan Tun Hasanxiv berdasarkan surah al-
Bayyinah ayat 6-8 yang menegaskan bahawa para penghuni syurga dan neraka itu kekal
selama di dalamnya.xv Jawapan tersebut menggambarkan bahawa pendidikan ilmu tasawuf
telah berkembang di Melaka dan Pasai.
Selain aliran tasawuf, aliran teologi (usuluddin) yang menjadi asas kepada akidah bagi
orang Islam juga telah diajar kepada para pemerintah dan rakyat Melaka.xvi Jika dirujuk
melalui Sejarah Melayu, aliran ahli sunnah wa al-jamaah dapat dilihat melalui ajaran Abu
Ishak, iaitu seorang ahli sufi yang berasal dari Makkah melalui kitab Durr al-Manzumnya
yang telah dibawa oleh muridnya, Maulana Abu Bakar. Karya yang membahaskan tentang
zat, sifat dan af’al Allah ini merupakan persoalan utama yang dibahaskan dalam bidang
150
teologi. Ajaran teologi ahli sunnah wa al-jamaah ini kemudiannya telah diajar oleh Maulana
Abu Bakar bukan sahaja kepada Sultan Mansur Syah (1459-1477) dan pembesar istana,
malah juga kepada seorang Kadi Melaka bernama Kadi Yusuf.xvii Semasa pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda masih diajar oleh Maulana Abu Bakar menggunakan
kitab yang sama tetapi semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, baginda bersama
anaknya, iaitu Sultan Ahmad Syah dan para pembesar yang lain telah diajar pula oleh
Makhdum Sadar Jahan.xviii Memandangkan kitab Durr al-Manzum terkenal di Melaka, Acheh
dan Riau pada ketika itu, maka dipercayai Maulana Sadar Jahan turut menggunakan kitab
yang sama untuk mengajarkan Sultan Mahmud Syah.xix
Di samping itu, pendidikan hukum fiqh (syariah) juga turut diajar secara meluas pada
ketika itu sehingga mempengaruhi pemikiran sesetengah raja Melayu. Misalnya kitab Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka menunjukkan bahawa pengaruh daripada
pendidikan hukum fiqh ini telah tersebar sehingga ditulis sebagai panduan dalam
pemerintahan.xx Berteraskan pendidikan agama terutama aspek siasah (politik) seseorang
pemerintah itu dapat memerintah dengan adil dan saksama. Penekanan terhadap
pemerintahan yang adil berteraskan syariah Islam dapat dilihat menerusi wasiat Sultan
Mansur Shah kepada anaknya Sultan Alauddin Riayat Syah:
“Adapun peninggalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat-sangat, dan jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenarnya. Makan haqu’l-adam terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah subhanahu wa taala; melainkan dengan izin yang empunya hak juga; dan jangan khali engkau keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekaliannya banyak berserah kepadamu; jikalau kesukaran baginya, hendaklah segala yang kesakitan itu segera engkau tolong;jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau periksa ia baik-baik, supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu…”xxi
Walaupun tidak diketahui dengan jelas sejauh manakah Sultan Mansur Syah telah
mempraktikkan hukum syariah dalam pemerintahannya namun melalui wasiat berupa nasihat
151
agar anaknya bersikap adil dalam pemerintahan menunjukkan bahawa pemahaman tentang
hukum syariah telah wujud dalam pemikiran baginda. Keadaan ini juga menunjukkan
bahawa baginda mahu pentadbiran berteraskan hukum syariah dijalankan dalam pentadbiran
kerajaan Melaka seterusnya.
Setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511, Acheh dikatakan telah menjadi kuasa
terkuat di Alam Melayu. Pada tahun 1525, kerajaan Acheh bahagian utara Pulau Percha
(Sumatera) mula bangkit dan Sultan Ibrahim di Acheh Utara telah dapat menakluki Pasai
dengan jayanya sehingga ramai ulama yang berada di Pasai beralih tumpuan ke Acheh.
Kerajaan Acheh menjadi bertambah luas apabila penaklukan dilakukan sehingga ke
Bangkahulu termasuk daerah-daerah pantai laut Minangkabau (Padang, Bengkulu, Moko-
moko, Pariaman, Tiku) yang mana semua daerah ini berada di bawah kerajaan Acheh selama
50 tahun. Manakala, di Timur pula Acheh telah meluaskan pula kuasanya sehingga ke Jambi,
Siak, Riau, Lingga dan Semenanjung Tanah Melayu (Johor dan Pahang). xxii
Di samping itu, Acheh juga menjadi pusat perdagangan terkenal dan begitu gemilang
dengan pemerintahan bercorak Islam serta perkembangan ilmu pengetahuan pada abad ke-17.
Setelah Acheh menjadi pusat perdagangan, para pedagang Islam yang sebelum ini berdagang
di Melaka telah menukar arah dan memilih Acheh sebagai pusat pedangangan yang baharu di
rantau ini. Ketika ini, Acheh telah dapat menguasai pelbagai daerah di bahagian selatan dan
barat Sumatera.xxiii Pada ketika ini telah wujud penulisan berbentuk agama yang telah
dilahirkan oleh ulama-ulama Acheh mahupun pedagang luar yang datang ke Acheh.xxiv
Antara ulama masyhur di Acheh pada abad ke- 16 dan ke-17 termasuklah Abul Khair ibn
Shaikh ibn al-Hajar (mengajar ilmu Fiqh dan kitab al-Saif al-Kati (Pedang Tajam) dan
Muhammad al-Yaman (mengajar ilmu usul) yang berasal dari Makah, Sheikh Muhammad
Jailani ibn Muhammad Hamid al-Raniri (guru ilmu Mantik, Sharahan dan Fekah) berasal dari
Gujerat dan Muhammad Azhari dari Mesir. Hasil karya mereka meliputi bidang pengajian
152
Islam yang luas seperti Fiqh, Usuluddin, Falsafah, Tasawuf, Tafsir, Hadis, Tatabahasa Arab
selain kesusasteraan yang meliputi sejarah.
Melalui pengajian dan pendidikan agama maka telah terbentuk satu golongan
intelektual yang sedar akan kepentingan ilmu pengetahuanxxv dan mereka turut berkebolehan
dalam pelbagai bidang keilmuan. Buktinya dapat dilihat melalui dakwaan De Eredia,
sewaktu beliau berada di Melaka pada abad ke-16 seperti berikut:
“The majority of the Malayos are cheerful, roguish, and very wanton; ingenious and intelligent, but negligent and careless about studies and arts; they spend their time amusing themselves, and so, as a rule, few literati, mathematicians, or astrologers are to be found amongst them.”xxvi
Begitu juga dengan kenyataan Francois Valentyn dalam gambarannya tentang
masyarakat Melaka pada awal abad ke-18 seperti yang berikut:
“The Malays are the most cunning, the most ingenius and the politest people of the whole East…Their language, Bahasa Malayu…the Malays are accustomed to study it, trying their utmost to enlarge their knowledge of it and to learn Arabic; even some among them the Persian language too, and those who are more studious still strive to obtain knowledge of the Sanskrit…”xxvii
Melalui kedua-dua petikan di atas menunjukkan bahawa kebanyakan orang Melayu
adalah bijaksana, mahir, cerdik dan boleh membaca serta menulis. Walaupun dikatakan
ketika ini mereka lalai dari segi pelajaran dan kemahiran kerana lebih banyak menghabiskan
masa dengan berseronok namun masih terdapat dalam kalangan mereka yang telah menjadi
pemerintah, ahli matematik, ahli kaji bintang, sejarawan dan sebagainya. Mereka bukan
sahaja menguasai bahasa Melayu tetapi turut mempelajari bahasa Arab dan sesetengahnya
mempelajari bahasa Parsi serta Sanskrit.
Manakala di Kelantan pula, pendidikan agama setidak-tidaknya dikesan bermula
sekitar tahun 1780-an. Pada ketika itu, Tuan Syeikh Haji Abdul Halim merupakan individu
yang bertanggungjawab mendidik anak-anak raja dan pembesar serta masyarakat tempatan.
153
Beliau yang mendapat pendidikan di Makkah telah menggunakan kitab yang dibawa dari
Makkah dan menyampaikannya dalam kaedah lisan dengan menggunakan bahasa Melayu.
Hal ini kerana kitab yang digunakannya ialah kitab Jawi dan Arab, sementara penduduk
Kelantan pada ketika itu kebanyakannya adalah buta huruf. Sebagaimana di kawasan-
kawasan lain, proses pendidikan awal di Kelantan ini juga menjadikan istana dan surau
sebagai institusi pendidikan. Malah sultan sendiri telah mengarahkan penduduk Kelantan
pada ketika itu bergotong-royong mendirikan surau untuk dijadikan tempat Tuan Syeikh Haji
Abdul Halim mengajar.xxviii Antara fokus pembelajaran yang disampaikan ialah fardu ain,
rukun Islam, rukun Iman, al-Quran dan menulis Jawi.
Proses pengajaran dan pembelajaran agama ini kemudiannya diteruskan pula oleh
anaknya, iaitu Haji Yaakub. Sama seperti bapanya, Haji Yaakub mendapat pendedahan
agama di Mekah sebelum kembali ke Kelantan untuk mengajar di istana dan surau. Pada
ketika ini Haji Yaakub menitikberatkan pendidikan kepada semua penduduk tempatan
meliputi kaum lelaki dan wanita selain mempelbagaikan lagi fokus pengajarannya. Antara
ilmu yang diajar oleh Haji Yaakub termasuklah Figh, Tauhid, Tasawuf, Maani (Sastera
Arab), Mantik, Tafsir dan syair.xxix Oleh sebab Haji Yaakub tidak mempunyai anak, usaha ini
diteruskan oleh anak saudaranya Haji Osman dan Haji Ahmad bin Haji Yusoff berserta
anaknya Haji Taib, Haji Ishak dan Haji Ibrahim.xxx
Perkembangan pendidikan agama secara tidak formal ini berterusan hingga abad ke-
19. Rata-rata masyarakat Melayu menganggap pendidikan agama sebagai suatu yang penting
kerana tanpa pendidikan, masyarakat tidak akan dapat memahami dan mempraktikkan Islam
dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan mereka. Oleh itu, selain pihak istana, terdapat
juga usaha yang telah dilakukan untuk memberi pendidikan dalam kalangan masyarakat
seperti melalui pengajian agama di rumah, masjid, surau, pondok atau rumah guru agama
154
sendiri.xxxi Buktinya dapat dilihat dalam kenyataan Abdullah Munsyi dalam Hikayat
Abdullah seperti yang berikut:
“Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar, dan malam-malam diajar oleh bapaku di rumah....xxxii
Hendaklah engkau pergi pada tiap-tiap hari lepas sembahyang Maghrib mengaji dalam masjid; kerana dalam masjid itu beratus-ratus orang keluar masuk, maka barang siapa mendengar salah bacaanmu itu dapat tiada ditegurkannya.”xxxiii
Guru-guru agama juga turut memainkan peranan dalam memberikan pendidikan
kepada masyarakat. Ini dapat dilihat melalui Tuhfat al-Nafis yang menyebut bahawa Raja Ali
Haji mengambil inisiatif untuk mengajar masyarakat sama ada golongan diraja, pegawai
kerajaan mahupun masyarakat biasa di Pulau Penyengat, Riau mengenai ilmu agama dengan
menggunakan beberapa buah kitab seperti kitab Umm al-Barahin karangan al-Sanusi dan
Jawharat al-Tawhid karangan Ibrahim b. Hasan al-Lakani.xxxiv Selain itu, terdapat juga
beberapa orang guru agama turut dijemput mengajar ilmu usuluddin di Riau seperti Habib
Syeikh Syakaf, Syed Hasan al-Hadad, Tuan Kiai Beranjang, Haji Syahab al-din, Haji Abu
Bakar Bugis, Syeikh Ahmad Jibrati dan sebagainya pada zaman pemerintahan YDM Raja
Abdul Rahman.xxxv Dengan perkembangan ilmu pengetahuan ini, maka Pulau Penyengat
akhirnya menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan terkenal pada abad ke-19
terutamanya dalam bidang agama, sastera dan sejarah.
Pendidikan agama ini adalah dalam bentuk pengajian al-Quran atau juga disebut
Sekolah Qur’an, di samping mempelajari asas-asas agama seperti ilmu Fiqh, Tauhid, Tasawuf
dan Sejarah Islam dengan menggunakan kitab-kitab dari Makkah yang kemudiannya telah
diterjemah ke dalam bahasa Melayu.xxxvi Struktur dan kurikulum ini tidak banyak bezanya di
mana-mana daerah atau kawasan lain yang didatangi ulama Islam.
Secara umumnya, pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak lelaki dan
perempuan adalah seawal usia enam hingga tujuh tahun kerana mereka mudah dibentuk
155
dalam usia sebegini. Mereka diajar mengenal huruf-huruf al-Quran, mengeja, menulis
menggunakan abjad Jawi, menghafal dan membaca al-Quran. Ini dapat dilihat melalui
keterangan Abdullah Munsyi dalam karyanya seperti yang berikut:
“...adalah pada zaman itu dalam negeri Melaka, bahawa nenek perempuan sebelah bapaku itulah menjadi guru besar dalam Kampung Pali, ada kira-kira dua ratus anak muridnya daripada laki-laki dan perempuan mengaji Qur’an. Dan berbagai-bagai orang belajar kepadanya; ada yang menulis, ada yang belajar surat dan bahasa Melayu masing-masing dengan kehendaknya. Maka hampir-hampir habis seMelaka itu punya kanak-kanak datang belajar kepadanya.”xxxvii
Melalui petikan di atas dapat dilihat bahawa selain al-Quran, mereka juga diajar
bahasa Melayu, kemahiran menulis dan surat kiriman. Walaupun mereka diajar bahasa
Melayu namun hanya sebilangan kecil sahaja yang mengambil berat dalam pelajaran bahasa
Melayu. Rata-rata orang Melayu tidak menitikberatkan bahasa Melayu kerana mereka
menganggap bahasa Melayu adalah sebagai bahasa komunikasi harian dan hanya berguna di
dunia sahaja, sementara al-Quran atau bahasa Arab berguna di akhirat kelak.xxxviii Selain
pendidikan agama, mereka juga turut diajar dengan pelbagai kemahiran seperti ukiran,
anyaman bakul, pertukangan besi, jampi serapah, surat menyurat, seni mempertahankan diri,
membuat keris, azimat dan sebagainya. Pembelajaran yang bersifat kemahiran tersebut telah
dijadikan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional. Tujuannya untuk
memperlengkapkan diri mereka sebelum menghadapi kehidupan akan datang.xxxix
Sistem pendidikan Islam yang dijalankan ini telah diterima hampir semua masyarakat
Melayu dan tradisi ini masih berterusan sehingga akhir abad ke-19. Walaupun sistem
pendidikan Islam ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tidak formal, namun sistem
yang dikendalikan ini boleh dikategorikan sebagai formal. Ini kerana pendidikan yang
dijalankan telah memenuhi ciri-ciri pendidikan formal seperti mempunyai tempat pengajian,
156
mempunyai guru dan murid serta menggunakan buku-buku yang dikhaskan dalam pengajian
tersebut.
Secara umumnya, masyarakat Melayu berada dalam keadaan mundur dari segi
ekonomi, namun mereka masih mempertahankan institusi pendidikan tradisional ini tanpa
merubah struktur asasnya. Sesetengahnya telah mempertingkatkan lagi pengajian anak-anak
hingga ke peringkat yang lebih tinggi dengan menghantar mereka ke Pattani, Makkah, Mesir
dan sebagainya. Apabila mereka pulang ke tanah air mereka membuka institusi-institusi
pengajian yang lebih tersusun seperti institusi pengajian pondok.xl
Penubuhan Sekolah Pondok
Pada pertengahan abad ke-20, perubahan mula berlaku apabila masyarakat mula sedar
tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Selain di istana, rumah, masjid atau surau, sekolah
pondok juga dibina bagi meneruskan sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pondok
berasal daripada perkataan Arab, iaitu ‘fondoq’ yang membawa maksud “tempat menumpang
sementara” yang menggambarkan tentang sistem murid-murid mendirikan pondok sebagai
tempat tinggal mereka yang berhampiran dengan rumah guru. Tanah yang dialami oleh
pelajar-pelajar tersebut sesetengahnya diwakafkan oleh masyarakat setempat.xli Struktur dan
ciri-ciri pengajian Sekolah Qur’an zaman tradisional telah dijadikan asas dalam struktur
pengajian dan komponen pembinaan sesebuah institusi pondok.
Pembinaan pondok-pondok ini telah memberi kemudahan kepada pelajar yang tinggal
berjauhan. Struktur dan ciri-ciri pengajian Sekolah Qur’an telah dijadikan asas dalam struktur
pengajian dan komponen pembinaan sesebuah institusi pondok. Institusi pengajian pondok
merupakan institusi yang istimewa kedudukannya dalam masyarakat Melayu tradisional,
terutamanya masyarakat Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain lagi. Perkembangan
sekolah-sekolah pondok ini dikatakan berkaitan dengan pertambahan tokoh-tokoh ulama dan
157
cendekiawan yang berwibawa. Sebahagian besar mereka ini lepasan daripada Masjid al-
Haram yang kembali ke tanah air dan telah memainkan peranan penting dalam penubuhan
sekolah pondok. Antaranya termasuklah Tuan Tabal, Haji Wan Ali bin Abdul Rahman
Khutan, Haji Yaakob Haji Abdul Halim dan sebagainya.xlii Tokoh-tokoh tersebut telah
menyemai kesedaran agama terutamanya melalui pengajaran dan pendidikan.
Sistem pendidikan berasaskan pondok di Kelantan dipercayai bermula pada awal abad
ke-19, iaitu sekitar tahun 1820. Pelopor kepada institusi pondok ini ialah Tuan Guru Haji
Abdul Samad Abdullah,xliii apabila beliau mewakafkan tanahnya untuk dibina pondok bagi
mengajar anak muridnya. Murid-murid Tok Pulai Chondong ini terdiri daripada penduduk
tempatan dan dari luar Kelantan antaranya termasuklah Kampar, Sumatera, Pattani,
Kampuchea dan negeri-negeri Semenanjung. Sehingga tahun 1880 sahaja, terdapat kira-kira
500 orang murid yang menuntut ilmu agama dengan Tok Pulai Chondong. Mereka inilah
yang kemudiannya menjadi penyambung kepada sistem pendidikan berasaskan pondok di
tempat asal mereka setelah tamat belajar. Antara yang dikenal pasti ialah Tok Kemuning
yang membuka pondok di Kemuning, Machang pada awal abad ke-20.xliv Kemudiannya
pondok lain telah dibina oleh Haji Ismail di Machang.xlv Sekitar hujung abad ke-19 dan awal
abad ke-20, terdapat puluhan ulama terbilang di seluruh negeri Kelantan.xlvi
Perkembangan sekolah pondok di Kelantan mulai pesat selepas tahun 1909 berikutan
kepulangan sejumlah besar ulama negeri ini dari Pattani dan Makkah. Mereka telah
memainkan peranan penting dalam memperkembangkan sistem pondok dengan membuka
pondok di kawasan mereka.xlvii Melalui institusi ini, perkembangan pendidikan agama telah
mencapai tahap kegemilangan pada awal abad ke-20. Tambahan pula, kegiatan menterjemah
kitab oleh Tuan Tabal, Haji Wan Ali dan beberapa ulama dari luar seperti dari Pattani, Aceh,
Banjar dan sebagainya telah dicetak dan diedarkan secara meluas.
158
Fenomena pondok di Kelantan terus bersinar menjelang pertengahan abad ke-20
apabila beberapa buah pondok baharu telah dibina.xlviii Sekitar tahun 1910-1945 merupakan
zaman keemasan perkembangan sekolah pondok. Banyak sekolah pondok telah dibina dan
bilangan pelajar semakin bertambah.xlix Keadaan ini telah menyebabkan pengajian pondok di
Kelantan ketika itu mencapai kemajuan yang gemilang dengan lahirnya ulama-ulama
terkenal yang mengharumkan nama negeri Kelantan. Sesetengah pondok pada masa itu
mempunyai penuntut lebih daripada seribu orang. Hal ini tidak menghairankan kerana dalam
konteks masyarakat Melayu tradisi, pengajian pondok merupakan institusi pengajian agama
yang amat disanjung tinggi. Ibu bapa menaruh kepercayaan penuh kepada sistem ini kerana
pelajar lepasan pondok begitu dihormati dan mereka adalah alim ulama yang akan
membimbing masyarakat kelak.
Menurut William R.Roff, pendidikan pondok semakin berkembang pesat disebabkan
peranan yang telah dimainkan murid-murid Tuan Tabal.l Tuan Tabal bukan sahaja telah
mengajarkan ilmu agama seperti Fiqh, Tauhid, Usuluddin malah Tasawuf. Beliau yang
merupakan pengikut aliran Tasawuf Wahdatul Wujud dan telah mengasaskan Tareqat
Ahmadiyah di jajahan Kota Bharu.li Salah satu keistimewaan negeri Kelantan pada masa itu
yang tidak terdapat di negeri lain ialah kewujudan pondok di setiap kampung. Ramai pelajar
dari dalam dan luar negeri Kelantan telah tertumpu ke negeri ini untuk menuntut ilmu agama
dan hal ini bertepatan dengan laporan pihak British seperti yang berikut:
“.........there are many places, scattered all over the states where the instruction in the Islamic religious and Mohammadan law is given by private teacher. There are attended by a considerable number of locally born pupils as well as from other Malay States in Malaya, Sumatera and Borneo,”lii
Sekitar tahun 1900, kebanyakan sekolah pondok di negeri Kelantan telah mendapat
saingan daripada sekolah sekular yang ditaja oleh British. Sekolah sekular ini telah dibina di
159
Kota Bharu pada tahun 1904.liii British telah mengunakan pelbagai cara untuk menarik rakyat
tempatan pada ketika itu untuk memasuki sekolah sekular. Antaranya dengan menyatakan
sekolah pondok lebih berbentuk primitif kerana mata pelajarannya tidak sama dengan sekolah
Inggeris. Selain itu, mereka turut mendakwa bahawa silibus pengajian pondok hanya sedikit
iaitu mengajar murid cara menulis dan membaca.liv Walaupun pihak British telah
memperkenalkan sistem pendidikan mereka tetapi masyarakat Melayu Kelantan lebih gemar
menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok kerana pendidikan agama dianggap
sebagai tuntutan Islam dan begitu penting dalam memenuhi keperluan hidup di dunia dan
akhirat.
Selain Kelantan, terdapat juga banyak sekolah pondok yang didirikan di negeri Kedah
dan Terengganu pada sekitar abad ke-19 dan ke-20. Ini kerana negeri-negeri ini mempunyai
pertalian yang erat dengan sistem pondok di Pattani. Sekurang-kurangnya terdapat lapan buah
pondok yang terkenal di Kedah pada masa tersebut antaranya termasuklah Pondok Haji
Muhammad Taib, Mufti Titi Gajah, Pondok Haji Muhammad Noor, Pondok Haji Abdullah
(Langgar), Pondok Haji Muhammad Salleh (Penaga, Alor Setar), Pondok Haji Sahak/Ishak
(Pulau Pinang), Pondok Tuan Syeikh Waksa (Kota Kuala Muda), Pondok Haji Muhammad
Tamin (Anak Bukit), Pondok Engku Bidaul Hafiz (Yan)lv dan Pondok Haji Abdul Aziz
(Pendang).lvi
Selain itu, perkembangan sekolah pondok tersebut mempunyai hubung kait dengan
kemunculan ulama-ulama atau tuan guru yang menerajui sistem pendidikan di sesebuah
institusi pondok.lvii Antara tahun 1850-1935, terdapat lebih daripada 60 orang ulama yang
terkenal di negeri Kedah.lviii Hal ini telah menyebabkan bilangan sekolah pondok di Kedah
semakin bertambah. Pertambahan pembukaan sekolah pondok ini jelas menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu sedar pentingnya pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang cerdik
pandai dalam bidang agama.
160
Peningkatan pelajar yang berterusan serta kesedaran terhadap kepentingan ilmu
pengetahuan telah menjadi faktor pendesak kepada kewujudan sistem pengajian pondok pada
awal abad ke-19. Melalui sistem pondok, guru biasanya akan mengajar sepenuh masa,
bermula selepas solat subuh hingga pukul sebelas pagi dan disambung semula dari pukul dua
petang sehingga pukul empat petang. Seterusnya pada waktu malam, sebaik sahaja solat
Maghrib hingga jam sepuluh. Cara pembelajaran pula adalah dengan cara pelajar duduk di
i Samudra-Pasai dikatakan negeri yang mula-mula menerima Islam di rantau berdasarkan beberapa bukti iaitu catatan tarikh pada batu nisan Sultan Malikul Salih, iaitu pada 697/1297, keterangan daripada catatan Marco Polo, berita Cina yang disebut oleh Yuan Shih dan keterangan daripada catatan Ibn Batutah. Berdasarkan bukti-bukti ini menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya sejak tahun 1282 atau lebih awal daripada itu, Sumatera-Pasai telah menerima Islam. A. Hill, 1960. “Hikayat Raja-raja Pasai”, dlm. JMBRAS, vol. XXXIII, Pt. 2, hlm. 8, 9, 11. Lihat juga Abdul Rauh Yaacob (peny.), 1994. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 73. Ismail Hamid, 1983. The Malay Islamic Hikayat. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 19; R. O. Winstedt, 1969. A History of Classical Malay Literature. Oxford: Oxford University Press, hlm. 90; S. Q. Fatimi, 1963. Islam Comes to Malaysia. Singapura: Malaysian Sociological Research Institute, hlm. 8-12.ii Setelah Pasai menerima Islam negeri ini telah digelar negeri “Darul-Islam” yang bererti negeri Islam dan berusaha menjalankan hukum-hukum menurut perintah Allah. Sultannya telah diberi gelaran Islam iaitu Shah Alam Zilullah di’l Alam yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi ini. Jawatan menteri yang diwujudkan menepati gelaran wazir dalam bahasa Arab. Shafie Abu Bakar, 1976. ‘Institusi Shaykh ‘Abdul Malik bin ‘Abdullah (Satu Corak Pengajian Tradisi di Trengganu) dan Kitab-kitab Padanya,’ Tesis Sarjana Persuratan, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 16-17.iii Durr al- Manzum bermaksud Mutiara Terkarang atau Seuntai Mutiara ialah sebuah kitab tasawuf yang terkenal di Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Terdapat kesilapan dari segi penyalinan judul karya tersebut sehingga membawa perubahan makna yang berbeza dan tidak sesuai dengan isi kandungannya. Misalnya sesetengah sarjana menyebutnya Durr al- Mazlum (Sejarah Melayu versi Abdullah Munsyi terbitan E.J. Brill, Leiden) yang membawa maksud “Mutiara Orang Yang kena Zalim”, Duri’l Mazlum (versi A. Samad Ahmad) dan Dar al-Mazlum (versi Shellabear) bererti “Negara atau tempat Orang Yang Kena Zalim”. Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama membahaskan tentang zat Allah SWT, bahagian kedua membahaskan tentang sifat-sifat Allah dan bahagian ketiga membahaskan tentang af’al. Shafie Abu Bakar, 1989. “Kitab al-Durr al-Manzum dan Kitab al-Luma’ Sebagai Pancaran Budaya Ilmu di Melaka: Permasalahan dan Pengaruh Lanjutannya’’, Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 21-23 Ogos, hlm. 7-8. iv Ismail Hamid, The Malay Islamic Hikayat, hlm. 19. Lihat juga R.O.Winstedt, A History of Classical Malay Literature, hlm. 135.v A. Samad Ahmad, 1996. Sulalatus Salatin- Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 157-161. Mahayudin Hj. Yahaya, 1994. Naskhah Jawi Sejarah dan Teks. Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 12. Lihat juga A. Samad Ahmad, 1974. Sejarah Kesusasteraan Melayu. Penggal II, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 42-43. Lihat juga R.O.Winstedt, A History of Classical Malay Literature, hlm. 135.vi Menurut keterangan daripada Mahayudin Hj. Yahaya yang didasarkan menerusi Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah, kitab Durr al-Manzum terkenal di rantau ini kerana telah dipelajari bukan sahaja masyarakat Melaka tetapi juga masyarakat Acheh dan Riau selain kitab Umm al-Barahin . Tuhfat al-Nafis turut menyebut bahawa kitab Umm al-Barahin telah diajar oleh Raja Ali Haji kepada Engku Muda Raja Abdullah selain kitab Jawhrat al-Tawhid, Bidayah al-Hidayah, Minhaj al-Abidin dan sebagainya. Mahayudin Hj. Yahaya, Naskhah Jawi Sejarah dan Teks, hlm. 3. Lihat juga M. H. Virginia,1991. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 593.vii Sultan Mansur Shah ialah putera kepada Sultan Muzaffar Syah. Sebelum menjadi sultan, baginda telah dijaga oleh bapa saudaranya, iaitu Raja Puteh sehingga diangkat menjadi Sultan Melaka setelah kemangkatan ayahandanya. Akhirnya Raja Puteh telah dibunuh dengan keris oleh Sultan Mansur Syah disebabkan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. C. Armando, 1944. The Suma Oriental of Tome Pires. London: The Hakluyt Society, hlm. 246-247.
161
lantai dalam bentuk tiga perempat bulatan atau dalam bentuk ladam kuda bagi memudahkan
penyampaian dan mendengar apa yang diajarkan oleh guru. Sistem pembelajaran pondok
yang mengambil masa yang lama, iaitu antara sepuluh hingga lima belas tahunlix ini lebih
memberikan penekanan yang tinggi terhadap mata pelajaran Islam menerusi kitab-kitab Arab,
kitab-kitab Jawi terjemahan Pattani, Aceh, Palembang dan sebagainya.lx
viii Tidak banyak maklumat mengenai Sultan Alauddin Riayat Syah. Menurut catatan Sulalatus Salatin, namanya sebelum diangkat menjadi sultan ialah Raja Ahmad atau timang-timangannya Raja Hussin. Sultan Alauddin kemudiannya berkahwin dengan Tun Naja (puteri kepada Seri Nara Diraja Tun Ali) memperolehi Raja Hitam, Raja Muhammad (Sultan Mahmud Shah) dan Raja Fatimah. Melalui perkahwinan dengan isterinya yang lain memperoleh Raja Menawar dan Raja Zainal. Pada tahun 1488 Sultan Alauddin telah mangkat di Pagoh kerana dipercayai diracun oleh Raja Pahang dan Inderagiri. A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 173. Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 114. Lihat juga W. Linehan, 1973. A History of Pahang. Kuala Lumpur: MBRAS, hlm. 15. dan C. Armando, The Suma Oriental, hlm. 250.ix Baginda merupakan putera Sultan Alauddin dengan isterinya, Tun Senaja (anak Seri Nara Diraja). Setelah ayahandanya mangkat, baginda telah ditabal menjadi Sultan Melaka dengan dipangku oleh Bendahara dan Laksamana serta beberapa pembesar lain. Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 39-40. A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 187-188. Lihat juga C. Armando, The Suma Oriental, hlm. 252.x Ismail Hamid, The Malay Islamic Hikayat, hlm. 20.xi D. G. E. Hall, 1981. A History of South-East Asia. New York: Palgrave Macmillan, hlm. 227.xii Shafie Abu Bakar, “Kitab al-Durr al-Manzum dan Kitab al-Luma”, hlm. 3-4.xiii Antara aliran tasawuf yang telah terbentuk sejak awal ialah Qadiriyyah, Suhrawardiyyah, Naqshabandiah, Khalwatiyyah dan sebagainya. Sila rujuk Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1963. Some Aspects of Sufism as Understood and Practised Among the Malays. Singapore: Malaysian Sociological Research Institute, hlm. 30-31.xiv Ismail Hamid, The Malay Islamic Hikayat, hlm. 20.xv Yusof Che Rose, 1992. Peranan Kerajaan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam di Asia Tenggara (1400-1511M): Suatu Tinjauan Historis dan Pedagogis. Palembang: Universitas Sriwijaya, hlm. 68.xvi Aliran teologi usuluddin dikatakan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu aliran Ahli Sunnah Wa al-Jamaah dan aliran yang dipengaruhi oleh falsafah luar. Pengaruh daripada falsafah luar adalah seperti aliran Mu’tazilah dan Jabariyyah yang dianggap keterlaluan menggunakan rasional jika dibandingkan dengan Ahli Sunnah Wa al-Jamaah. A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 247-248. Shafie Abu Bakar, “Kitab al-Durr al-Manzum dan Kitab al-Luma’’, hlm. 18. xvii Pada peringkat awal, Kadi Yusuf tidak berguru dengan Maulana Abu Bakar kerana dia menganggap dirinya terlalu tinggi kerana berasal daripada anak cucu makhdum yang pertama mengislamkan segala rakyat di Melaka. Ketika Kadi Yusuf hendak mengambil air sembahyang untuk solat Jumaat, beliau terlihat Maulana Abu Bakar yang berdiri di pintu dikelilingi oleh cahaya seperti sumbu lilin dikelilingi api. Maka dengan itu Kadi Yusuf terus menyembah Maulana Abu Bakar dan mula berguru dengannya. Beliau kemudiannya telah memecat dirinya daripada jawatan kadi lalu diganti oleh anaknya, iaitu Kadi Munawar. A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 157-158.xviii Selain Sultan Mahmud dan anakandanya Raja Ahmad, para pembesar yang didapati turut belajar ilmu Tasawuf dengan Maulana Sadar Jahan ialah Bendahara Seri Maharaja, Tun Muyi’d-Din (Tun Mai Ulat Bulu), Orang Kaya Seri Rama. Sila rujuk A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 246-247, 266. Ismail Hamid, The Malay Islamic Hikayat, hlm. 20.xix Mahayudin Hj. Yahaya, Naskhah Jawi Sejarah dan Teks, Jilid 1, hlm. 3.xx Sejarah Melayu hanya menyebut bahawa kitab undang-undang telah ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Kemungkinan kitab yang disebut ini ialah Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Laut Melaka. Dalam bahagian muqadimah dan akhir Hukum Kanun Melaka ada menyebut bahawa undang-undang atau adat tersebut adalah turun temurun daripada zaman Sultan Iskandar Zulkarnain dan diperturunkan kepada
162
Dalam tempoh tersebut corak pembelajaran dibahagikan kepada dua tahap, iaitu
pembelajaran secara hafalan oleh pelajar dan pembacaan kitab. Apabila tahap pertama telah
dikuasai dengan baik, maka corak pembelajaran seterusnya adalah dengan cara membuka
kitab. Para pelajar diberi ulasan mengenai isi kandungan kitab yang diajar. Kelemahan
sistem ini ialah kurangnya galakan kepada pelajar dalam menimbulkan persoalan kepada
gurunya. Para pelajar perlu mendengar dengan cermat setiap ayat yang disebut oleh guru
Sultan Muhammad Shah sehingga sultan-sultan seterusnya. A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 86-87; Shafie Abu Bakar, “Kitab al-Durr al-Manzum dan Kitab al-Luma’’, hlm. 20; Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 202. Lihat juga Abu Hassan Sham, 1995. Hukum Kanun Melaka. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka, hlm. 49 dan 118. xxi A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 172.xxii A. Samad Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu, Penggal II, hlm. 29-30.xxiii Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1966. Raniri and the Wujudiyyah of the 17th Century Acheh. Singapore: Printed for the MBRAS by Malaysia Printers, hlm. 7xxiv A. Samad Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu, Penggal II, hlm. 29. Lihat juga P. G. Riddell, 2001. Islam and the Malay Indonesian World. Singapura: Harizon Books, 2001, hlm. 139.xxv Hal ini dapat dilihat di Acheh pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam atau digelar juga sebagai Sultan Iskandar Muda Johan Perkasa Alam Shah telah melahirkan tokoh-tokoh berwibawa seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani, Syeikh Abd. Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Bukhari al-Jauhari dan sebagainya. Mereka telah mengarang karya agama dengan tujuan untuk membudayakan kehidupan intelektual dalam kalangan masyarakat Melayu. xxvi Godingo de Eredia, 1997. “Description of Malaca, Meridional India and Cathay”, J.V. Mills (terjemahan), MBRAS, Reprint 14, hlm. 31.xxvii Muller (terjemahan), 1884. “Valentyn’s Description of Malacca”, dlm. JSBRAS, No. 13, Jun, hlm. 52-53.xxviii Abdul Halim Ahmad, 1985. “Pendidikan Islam Di Kelantan”, dlm. Khoo Kay Kim (ed.), Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, hlm. 40. xxix Ibid., hlm. 42.xxx Ibid., hlm. 44.xxxi Ramlah Adam, 1991. Maktab Melayu Melaka 1900-1922. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 2- 4.xxxii Munsyi Abdullah, 1997. Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, hlm. 14.xxxiii Ibid., hlm. 20.xxxiv M. H. Virginia, Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 593.xxxv Ibid., hlm. 603.xxxvi Munsyi Abdullah menyebut bahawa beliau mempelajari ilmu agama seperti tauhid menggunakan kitab Umm al-Barahin. Selain itu, beliau turut mempelajari kitab Feqah, hikayat dan sebagainya yang kesemuanya adalah dalam bahasa Melayu. Munsyi Abdullah, Hikayat Abdullah, hlm. 35.xxxvii Munsyi Abdullah, Hikayat Abdullah, hlm. 11.xxxviii Ibid., hlm. 16-17, 31, 35-36.xxxix Philip Loh Fook Seng, 1975. Seeds of Separatism, Educational Policy In Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 12.xl Abdullah Ishak, 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 137.xli Sila lihat Ismail Isyak, 1996. “Perkembangan Pondok di Kedah”, Dokumentasi Konvokesyen Sejarah Negeri Kedah darul aman II, 29-30 September, Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, hlm. 5. xlii Mohammad Redzuan Othman, 2006. Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur Tengah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 69.xliii Nama lengkapnya ialah Haji Abdul Samad bin Haji Abdullah bin Haji Hasyim, Pulai Chondong al-Kalantani. Bagaimanapun, beliau lebih dikenali sebagai Tok Pulai Chondong (selanjutnya disingkatkan Tok Pulai Chondong sahaja). Lahir semasa pemerintah Long Yunus (1792); iaitu pada tahun 1207 H/1792 M. Lihat di dalam Abdul Razak Mahmud, 2005. Ikhtisar Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Aman Press. 2005, hlm. 130-131.xliv Abdul Halim Ahmad, “Pendidikan Islam Di Kelantan”, hlm. 46.
163
sebagai satu bentuk penghormatan kepada pengajaran guru tersebut.lxi Sistem pembelajaran
pondok pula lebih menekankan kepada perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu Islam
seperti Ilmu Tauhid, Tafsir al-Quran, Ilmu Fiqh, Tasawuf, Wirid, Usul Fiqh, Nahu Arab,
Sastera Arab, dan Tarekat Islam. Ini kerana pelajaran yang diberikan itu bertujuan
mengukuhkan pegangan murid-murid terhadap agama Islam.lxii
xlv Menurut Ismail Che Daud, pondok ini diasaskan oleh Imam Haji Abdul Samad. Beliau juga digelar sebagai Imam bukit yang merujuk kepada nama timbangan asal beliau kerana suatu ketika dahulu beliau pernah berkhidmat sebagai Imam di Kampung Bukit. Lihat di dalam Ismail Che Daud, “Sejarah Sekolah Pondok di Negeri Kelantan” dlm. Dato’ Nik Mohammad bin Nik Mohd Salleh (diselenggarakan), Warisan Kelantan X. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, hlm. 2. xlvi Antara ulamayang terkenal seperti Tok Pulai Chondong (1792-1873), Tok Wan Ali Kutan (1820-an -1913), Tuan Tabal (1840-1890-an), Tok Kenali (1870-1933), Haji Abdullah Tahir Bunut Payong, (1897-1961) dan Dato’Haji Muhammad Nur Ibrahim (1905-1987). Abdul Razak Mahmud, Ikhtisar Sejarah Kelantan, hlm. 130-140.xlvii Antaranya termasuklah Tuan Tabal yang mendapat pendidikan di Pattani setelah belajar dengan Hj Yaakub beberapa tahun. Selepas itu beliau menyambung pelajarannya ke Makkah. Lihat Abdul HalimAhmad, 1982. “Pendidikan Islam di Kelantan” dlm. Warisan Kelantan II. Di selenggara oleh Khoo Kay Kim, Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, hlm. 13. Sementara itu, mengikut pendapat Ab. Kadir bin Hj Ali, beliau menerangkan bahawa kebanyakan pondok di Kelantan mula dipelopori oleh ulama dari Pattani. Murid-murid yang belajar di Pattani dan kemudianya pulang ke kampung halaman lalu memperkenalkan sistem pendidikan pondok. Lihat Ab. Kadir Bin Hj Ali, 1989/90. “Sejarah Pendidikan Islam di Kelantan”, Latihan Ilmiah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, hlm. 14. xlviii Pada abad ke-19 dan ke-20, sistem pendidikan pondok telah berkembang. Perkembangan sistem ini bukan sahaja berlaku di negeri Kelantan, namun juga berlaku di negeri lain seperti Kedah dan Terengganu. Negeri- negeri ini mempunyai pertalian yang erat dengan sistem pengajian pondok di Pattani. Dianggarkan sebanyak 30 pusat pengajian pondok terdapat di Kelantan. Antaranya termasuklah Pondok Tok Kenali di Kubang Kerian, Pondok Ahmadiah di Bunut Payung, Pondok Hj. Abdul Aziz di Pasir Tumbuh dan banyak lagi. Azizzah Mat Nor, 1985/ 86. “Ma’ahad Muhammad dan Peranannya di Dalam Perkembangan Pendidikan Islam di Kelantan”, Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 37.xlixAntara pondok yang yang didirikan selepas tahun 1930 yang mendapat sambutan hangat dan mempunyai bilangan murid yang ramai termasuklah Pondok Bunut Payong, Pondok But, Pondok Terusan Pasir Tumbuh, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Sungai Durian, Pondok Kolam, Pondok Bukit Abal, Pondok Kubang Bemban dan Pondok Pa’su Wel (Pondok Kampung Dangar). Lihat Abdul Halim Ahmad, “Pendidikan Islam di Kelantan”, dlm. Warisan Kelantan II, hlm. 20.l Mohd Ridzuan Wahab, 1995/96. “Yayasan Islam Kelantan: Penubuhan & Perkembangannya 1980-1995”, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Bangi: UKM, hlm. 6. Lihat juga William R. Roff, 1974. Kelantan: Religion, Society And Politics In A Malaya State. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 155.li Nik Abdul Aziz Hj Nik Hassan, 1977. Sejarah Perkembangan Ulama’ Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press, hlm. 44.lii Mohd Ridzuan Wahab, “Yayasan Islam Kelantan”, hlm. 6. Lihat juga Kelantan Annual Report 1930, hlm. 32.liii Kelantan tidak mempunyai sekolah sekular sehinggalah tahun 1904. Pada tahun 1904, sekolah bentuk sekular telah diperkenalkan dan dipanggil Sekolah Melayu. Sekolah ini telah didirikan di Padang Merdeka, Kota Bharu. Antara mereka yang berperanan penting dalam mendirikan sekolah ini ialah penduduk tempatan, penggawa, penghulu dan iman masjid. Pembinaan sekolah yang didirikan secara bergotong-royong oleh rakyat dipanggil sekolah Rakyat. Bangunan-bangunan sekolah ini berbentuk bangsal, tiang batang nibong, perkakas kayu bulat, dinding buluh dan beratap nipah. Lihat Abdullah bin Abdul Rahman, “Perkembangan Awal Sekolah Melayu Kerajaan di Kelantan: 1904-1928”, dlm. Warisan Kelantan XVII. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, hlm. 37-38.liv Wan Burhadin Wan Omar, 1983. Islam di Kelantan. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, hlm. 93.lv Abdullah Ishak, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, hlm. 194.
164
Corak pendidikan ini terus berkembang seiring dengan pertambahan pelajar. Keadaan
ini telah menimbulkan masalah terutama ruang dan tempat untuk belajar. Berikutan masalah
ini, masyarakat setempat telah mengambil inisatif mendirikan surau berhampiran dengan
rumah tok guru.lxiii Oleh itu, tidak hairanlah jika kebanyakan rumah tok guru berdekatan
dengan surau yang telah dibina oleh masyarakat kampung untuk menampung pertambahan
bilangan pelajar. Misalnya di Nibong, Pulau Pinang sejak tahun 1880 masyarakat sekeliling
telah memulakan pengajian mereka di rumah guru agama iaitu Tuan Haji Mohd. Amin
Shaikh Adam Bapoyang berhampiran dengan masjid Sungai Nibong. Beliau yang merupakan
pengasas kepada Sekolah Melayu Sungai Nibong bukan sahaja guru agama tetapi juga
sebagai ketua kampung dan imam masjid. Pengajian berasaskan pondok ini kemudiannya
bertukar menjadi sekolah Melayu seiring dengan perubahan pendidikan pada masa itu.lxiv
Susulan pertambahan pelajar dari semasa ke semasa, masjid berdekatan telah dijadikan
institusi untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama bagi penduduk kampung.
Sistem Pendidikan Islam
Selain pengajian pondok, terdapat juga pendidikan agama berbentuk persekolahan yang
sudah lama ditubuhkan di Kelantan. Seawal tahun 1917, Majlis Ugama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menubuhkan sekolah pertamanya, iaitu Madrasah
lvi Abdul Halim Ahmad, “Pendidikan Islam Di Kelantan”, hlm. 54.lvii Abu Bakar Lebai Mat, 2000. “Sejarah Pendidikan Agama di Kedah”, dlm. Seminar Kedah 100 Tahun, Anjuran: Institut Kajian Darul Aman, Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia, 20-21 Ogos.lviii Ibid.lix Ahmad Fuad Husein, 2007. “Pendidikan Aliran Melayu dan Inggeris di Negeri Kedah 1940an-1960an”, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, hlm. 6-7.lx Abdullah Ishak, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, hlm. 137.lxi Ibid.lxiiInstitusi pondok juga mampu mewujudkan perasaan tolong-menolong dalam kalangan umat Islam memandangkan cara untuk mendirikan pondok dilakukan dengan bergotong-royong antara satu sama lain. Lihat Abu Zahari Abu Bakar, 1980. Perkembangan Pendidikan Di Semenanjung Malaysia Zaman Sebelum Merdeka Hingga Zaman Sesudah Merdeka. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd, hlm. 9. lxiiiAbdullah Jusoh, 1990. Pengenalan Tamadun Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 6.lxiv Lihat, “Sek. Keb. Sg. Nibong Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas, Pulau Pinang”, Arkib Negara Cawangan Pulau Pinang, (tidak diterbitkan).
165
Muhammadiyah (Melayu) pada tahun tersebut khas untuk murid lelaki sahaja. lxv MAIK yang
mempunyai sebuah jabatan yang menguruskan secara khusus mengenai pendidikan serta
pelajaran diketuai oleh seorang nazir merancang hal-hal mengenai pelajaran dan pentadbiran
sekolah di bawahnya. Beberapa langkah telah diambil bagi memajukan sistem pendidikan di
Kelantan, antaranya dengan membuka sekolah untuk masyarakat Melayu. Sekolah yang
pertama dibina oleh Majlis ialah Muhammadiah Al-Kelantaniah pada 15 Ogos 1917. Sekolah
ini terbahagi kepada tiga bahagian, salah satu daripadanya ialah sekolah agama yang terletak
di Masjid Kayu di Kota Bharu. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar dari luar Kelantan
termasuklah dari seberang laut.lxvi
Pada peringkat permulaan sekolah ini sambutannya kurang memberangsangkan lebih-
lebih lagi terdapat saingan dari sistem persekolahan pondok yang cukup berpengaruh ketika
itu. Sekitar tahun 1920-an, beberapa cawangan sekolah ini telah didirikan dan pada tahun
1932, cawangan sekolah ini telah dibina di Kota Bharu.lxvii Pada tahun 1932 juga bahagian
wanita Madrasah Muhamadiah telah dibuka. Kemuncak perkembangan Madrasah
Muhammadiyah adalah pada tahun 1937, apabila Majlis Ugama Islam Kelantan menubuhkan
Madrasah Muhammadiyah (Arabiah) yang dibina di Jalan Sultan, Kota Bharu dan dirasmikan
oleh Sultan Muhammad IV. Dua buah kelas dan tiga orang guru telah disediakan serta
seramai 75 orang murid mengikuti sesi pengajian pada tahun tersebut. Pada 1 Julai 1942,
sekolah ini berpindah ke bangunan baharunya di Jalan Merbau, Kota Bharu dan menukarkan
namanya kepada Jami ‘Merbau al-Isma’ili. Sekolah ini telah mengalami proses
perkembangan apabila kelas-kelas telah bertambah untuk menampung bilangan pelajar yang
semakin meningkat menjelang Perang Dunia Kedua. Apabila bangunan baharu yang
lxv Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 24 Disember 1915 melalui satu pengisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad IV. Lihat Mohd Ridzwan Wahab, “Yayasan Islam Kelantan”, hlm. 9. lxvi Abdullah Alwi Hj Hassan, 1980. “The Development Of Islamic Education in Kelantan”. Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. 1980, hlm. 196. Lihat juga Abdul Razak Mahmud, Ikhtisar Sejarah Kelantan, hlm. 121.
166
berharga $200,000 telah siap dibina pada tahun 1956, maka dipindahkan pula ke bangunan
tersebut dengan gelaran Ma’ahad Muhamadi Arab dan namanya kekal sehingga sekarang.lxviii
Sekitar awal abad ke-20 ini juga, sistem pendidikan Islam formal berasaskan
madrasah pula telah mula diperkenalkan oleh bekas pelajar dari Timur Tengah yang
mendapat pengaruh gerakan Pan-Islamisme dari Mesir.lxix Sistem pendidikan madrasah yang
lebih teratur mirip pendidikan vernakular ini bertujuan menyaingi sekolah-sekolah vernakular
Inggeris dan Melayu yang diperkenalkan oleh kerajaan British selain menerapkan cara Islam
yang progresif bagi menentang ideologi sekularisme Barat dan menjadikan pelajar lebih
terbuka.lxx Di samping memberikan pendidikan agama, pembelajaran baharu turut
diperkenalkan seperti Bahasa Inggeris, Sejarah, Ilmu Hisab dan beberapa mata pelajaran
moden yang lain. Tujuannya adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat dalam aspek
keduniaan dan akhirat.lxxi Walaupun pihak British telah memperkenalkan sistem pendidikan
vernakular tetapi masyarakat Melayu lebih gemar menghantar anak-anak mereka kepada guru
agama kerana pendidikan agama dianggap sebagai tuntutan Islam dan begitu penting dalam
memenuhi keperluan hidup di dunia dan akhirat.
Di Terengganu, sistem pendidikan Islam secara formal di sekolah Arab yang dikenali
sebagai Madrasah Sultan Zainal Abidin (MSZA) telah diperkenalkan pada tahun 1930-an. lxxii
Penubuhan MSZA ini adalah berikutan daripada laporan Jawatankuasa Pelajaran yang
dilantik oleh kerajaan Terengganu untuk memajukan pendidikan agama bagi memastikan
pengaruh daripada pendidikan Barat dapat dibendung. Bagi memastikan proses pendidikan
agama di institusi ini menjadi lebih berkesan, seorang tenaga pengajar dari Pattani, al-Sheikh
Ahmad Mohd Noor al-Pattani yang sebelum ini belajar di Makkah telah dilantik menjadi
lxix Antara pelopor gerakan Pan-Islamisme di Mesir termasuklah Sayid Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, Sayyid Rasyid Rida dan sebagainya. Di Tanah Melayu, pelopor gerakan ini digelar sebagai Kaum Muda dan antara mereka yang mempelopori gerakan tersebut termasuklah Sayyid Syeikh al-Hadi, Dr. Burhanddin al-Helmy dan sebagainya.lxx Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, hlm. 4.lxxi Mazianah Abdul Muin, 1995/96. Sejarah Sosial Wanita Melayu Tahun 1900-1930an di Tanah Melayu, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, hlm. 31.
167
guru besar. Seterusnya, jawatan ini disandang pula oleh Ustaz Haji Wan Abdul Rahman
Daud sebelum digantikan oleh Haji Wan Zain Mohd Noor. Kesemua tenaga pengajar ini
merupakan lulusan dari Timur Tengah. Di MSZA ini, kurikulum yang diberikan penekanan
ialah pendidikan Islam, bahasa Arab, ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Tauhid, Hadis, Mantiq, Akhlak,
Sejarah Islam dan Tafsir dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
Selain itu, pendidikan Islam secara formal juga telah dikesan wujud di Johor.
Pendidikan ini tertumpu kepada kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun yang dididik oleh
guru daripada golongan Haji.lxxiii Merujuk kepada institusi pendidikan Islam ini, Mohd Salleh
Perang salah seorang penuntutnya menyatakan :
“Tiap-tiap pukul enam pagi dahulu daripada mengaji mengangkat air memenuhkan tempayannya hingga sampai pukul tujuh baharulah mengaji kira-kira pukul sepuluh berhenti dan balik makan ke rumah. Maka setelah habis makan datang pula ke rumah guru disuruh berjaja kuih-kuih sehingga pukul satu balik mengaji pula sampai empat petang berhenti...dan bila hari Jumaat tiada mengaji...belum cukup dua tahun telah tamatlah saya dan fahamlah saya atas kadar daripada jalan hukum Agama Islam.”lxxiv
Pada awal abad ke-20, pihak kerajaan Johor telah memainkan peranan aktif dalam
membangunkan pendidikan berteraskan Islam. Sebuah institusi formal yang dikenali sebagai
Sekolah Quran telah ditubuhkan yang kemudiannya dikenali pula sebagai Sekolah Agama
Kerajaan.lxxv Institusi ini dikendalikan sendiri oleh Jabatan Pelajaran Johor. Sehingga tahun
1906, terdapat lapan buah sekolah agama telah ditubuhkan di kawasan Muar. Memasuki
tahun 1920-an pula, Jabatan Agama Islam Johor mula memberi perhatian kepada sekolah
agama di negeri ini. Beberapa sekolah agama seperti Kuliah al-Attas dan Madrasah al-Attas
al-Arabiah (Johor Bahru), Madrasah al-Arabiah dan Madrasah al-Haji Taib (Muar), serta
lxxiii D. D. Chelliah, 1960. A History of The Educational Policy of the Straits Settlements. Kuala Lumpur: Government Press, hlm.134.lxxiv M.A. Fawzi Basri, 1985. “Perkembangan Pendidikan Di Negeri Johor 1856-1939: Satu Kajian Ringkas”, dlm. Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, hlm. 17.
168
Sekolah Latihan Agama (Segamat) dikelolakan oleh jabatan ini. Sehingga tahun 1938,
terdapat 96 buah sekolah agama. Daripada jumlah itu, terdapat 16 buah sekolah agama
khusus untuk murid perempuan. Dari segi bilangan muridnya pula, seramai 10 066 murid
lelaki dan 1 579 murid perempuan telah mendaftar di sekolah agama. Selain menitikberatkan
pendidikan agama di Johor, pihak kerajaan negeri turut menyediakan biasiswa untuk anak-
anak Johor melanjutkan pengajian mereka ke luar negara seperti di Kaherah dan Beirut.lxxvi
Sistem Pendidikan Vernakular
Cadangan merubah bentuk pengajian tradisional ini kepada lebih moden telah dibayangkan
pada zaman penjajahan British lagi. Hal ini berlaku berikutan lawatan Raffles ke Melaka
pada tahun 1810 dan mendapati anak-anak Melayu Melaka yang mempelajari dan menulis al-
Quran di papan batu tidak mengetahui apa yang mereka pelajari dan tiada tempat khusus bagi
pendidikan bahasa Melayu. Raffles lantas menyarankan agar diadakan tempat belajar bahasa
Melayu yang sesuai pada suatu hari nanti.lxxvii Namun, cadangan beliau ini sukar diterima
pihak British kerana seolah-olah bertentangan dengan motif kehadiran dan konsep penjajahan
mereka. Motif kedatangan British ke Tanah Melayu tidak banyak bezanya dengan Portugis
di Melaka dan Sepanyol di Filipina. Mereka memberi perhatian terhadap aktiviti pendidikan
Islam dengan memusnahkan institusi tersebut supaya ajaran Kristian dapat disebarkan ke
rantau ini.
Secara umumnya, sistem pendidikan yang pelbagai telah wujud sekitar pertengahan
abad ke-19. Terdapat lima jenis persekolahan pada ketika itu, iaitu sekolah agama madrasah,
sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah
Inggeris.lxxviii Sistem pendidikan vernakular yang pelbagai telah menggunakan bahasa ibunda
masing-masing mewujudkan struktur masyarakat yang terpisah-pisah. Akhirnya, orang
Melayu hidup sebagai petani dan nelayan kekal di kampung pedalaman atau pinggir pantai, lxxvii Munsyi Abdullah, Hikayat Abdullah, hlm. 65.
169
orang India pula menjadi buruh di ladang-ladang, manakala orang Cina pula menjadi
pelombong dan peniaga di bandar. Sistem pendidikan berkenaan bukan sahaja terpisah
berdasarkan bahasa pengantar tetapi juga dari segi kurikulum, guru dan budaya sekolah
berkenaan secara amnya.
Pendidikan vernakular Melayu telah diperkenalkan oleh pihak British apabila
kerajaan British mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri-Negeri Selat dan
diikuti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.lxxix Antara tujuan utama diperkenalkan pendidikan
vernakular Melayu ini termasuklah untuk menjaga kestabilan politik, mengekalkan status
quo, menghasilkan pekerja-pekerja rendah dan menghapuskan buta huruf.lxxx Walaupun
secara umumnya British mempunyai tujuan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak
Melayu tetapi dasar mereka terhadap pelajaran Melayu adalah jelas, iaitu memberi
pendidikan yang terlalu asas atau peringkat rendah sahaja selama empat tahun dengan
bantuan penuh daripada kerajaan. Pihak British tidak mahu anak-anak Melayu berpendidikan
tinggi kerana dengan pendidikan tinggi akan menyebabkan mereka menentang British. Ini
diutarakan oleh E.W. Birch, “Kita puas hati mengetahui bahawa sistem ini tidak memberi
pelajaran yang berlebihan kepada kanak-kanak”lxxxi dan juga keterangan oleh Winstedt
“Ajarkan mereka supaya memuliakan kerja buruh, supaya tidak semua menjadi kerani,
supaya…tidak akan menghadapi kekacauan seperti yang terjadi di India akibat pelajaran
berlebihan”.lxxxii
Jelas, pendidikan ini adalah untuk melahirkan petani dan nelayan yang baik sedikit
berbanding ibu bapa mereka. Bagi mereka, pendidikan orang Melayu cukuplah sekadar
pandai membaca, menulis dan mengira sahaja yakni menghapuskan kadar buta huruf setakat
minimum sahaja.lxxxiii Ini kerana mereka bimbang dengan ramainya orang Melayu yang
berpendidikan tinggi akan melahirkan ramai pegawai berjawatan penting di bandar dan ini
akan menggugat kedudukan British di Tanah Melayu.
170
Pendidikan yang dipelopori oleh pihak British telah bermula secara formal pada tahun
1821 apabila pihak penyelenggara Penang Free School memulakan bahagian bahasa
Melayunya di Gelugor, Pulau Pinang. Pada tahun 1854, Gabenor Jeneral di India telah
mengarahkan Blundell, Gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) menyediakan laporan mengenai
sistem pendidikan kepada rakyat di bawah pemerintahan British. Blundell sekian lama
berasa kurang berpuas hati dengan sistem pendidikan di NNS terutama pendidikan vernakular
Melayu kerana tiada usaha diambil untuk mendidik anak-anak Melayu menggunakan bahasa
ibunda mereka. Ini kerana sekolah-sekolah vernakular ini ditubuhkan oleh para mubaligh
Kristian. Oleh itu, Blundell mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah vernakular di semua
NNS dibiayai oleh kerajaan. Malah Skinner mencadangkan agar sekolah vernakular Melayu
ditubuhkan mengikut dasar kelas al-Quran dan Melaka dijadikan tempat permulaan sekolah
Melayu kerana hampir semua penduduknya adalah orang Melayu berbanding Pulau Pinang
dan Singapura.lxxxiv
Pada tahun 1855, sekolah Melayu di Bayan Lepas telah ditubuhkan dan kemudiannya
dipindahkan ke Gelugur, Pulau Pinang. Usaha yang sama juga turut dilakukan di Melaka dan
Singapura melalui bantuan para mubaligh Kristian dengan tujuan memberikan pendidikan
kepada anak-anak Melayu. Misalnya dua buah Sekolah Melayu Harian telah ditubuhkan pada
tahun 1856 di Teluk Belanga dan Kampung Gelam yang dikenali sebagai Sekolah Abdullah
dengan bantuan kewangan sebanyak $1,500 daripada Temenggung Johor dan Blundell.
Melihat kepada bilangan pelajarnya, Sekolah Abdullah menunjukkan pertambahan, manakala
di Sekolah Teluk Belanga pula bilangannya sentiasa mengalami perubahan.lxxxv
Pada tahun 1861, terdapat 63 orang pelajar yang berdaftar di Sekolah Teluk Belanga
sebelum menurun kepada 52 orang pada tahun 1863. Namun jumlah pelajar yang berdaftar
kemudiannya meningkat kepada 71 orang pada tahun 1865, sebelum menurun kepada 62
orang pada tahun berikutnya.lxxxvi Di Sekolah Abdullah pula, bilangan pelajar yang mendaftar
171
pada tahun 1861 seramai 15 orang sebelum meningkat kepada 28 orang pada tahun 1863.
Bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah tersebut terus menunjukkan peningkatan kepada
50 orang pada tahun 1864 dan 87 orang pada tahun berikutnya. Manakala di Melaka pula,
sembilan buah sekolah Melayu telah didirikan antara tahun 1858 hingga 1863. Walau
bagaimanapun, sekolah-sekolah ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat
Melayu kerana mereka berasa sangsi apabila pelajaran agama Islam diasingkan daripada
pelajaran sekular.lxxxvii Memandangkan bilangan sekolah semakin bertambah dengan sistem
tersendiri dan tidak teratur, pada tahun 1872 pihak British telah menubuhkan Jabatan
Pelajaran di bawah pengurusan A.M. Skinner. Beliau merupakan nazir bagi sekolah-sekolah
bertindak dalam mengurus segala hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah. lxxxviii Keadaan ini
secara tidak langsung telah membawa kepada bermulanya pelaksanaan pentadbiran
pendidikan secara lebih formal di Tanah Melayu.
Pada peringkat awal, pembinaan sekolah vernakular Melayu telah mendapat reaksi
negatif berupa tentangan daripada masyarakat Melayu disebabkan oleh beberapa faktor.
Pertama, masyarakat Melayu terutama ibu bapa tidak mahu kehilangan tenaga kerja yang
lxvii Abdul Razak Mahmud, Ikhtisar Sejarah Kelantan, hlm. 120. Lihat juga Ab. Kadir bin Hj Ali, Sejarah Pendidikan Islam di Kelantan, hlm. 24-25.lxviii Lihat Azizzah bt Mat Nor, 1985/86. “Ma’ahad Muhammad dan Peranannya di Dalam Perkembangan Pendidikan Islam di Kelantan”, latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 43-50.lxxii Che Wan Takwa Che Wan Abu Bakar, 2010. “Institusi Pendidikan Islam dan Kemunculan Pemimpin Terengganu: Suatu Analisis Sosiologikal”, Kertas Kerja Seminar The 7th International Malaysian Studies Conference, 16-18 Mac hlm. 1.lxxv Ibid.lxxvi Ibid., hlm. 36.lxxviii Sufean Hussin, 2004. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 4.lxxix Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., hlm. 4.lxxx Awang Had Salleh, 1974. Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 13. Lihat juga Ho Seng Ong, 1952. Education for Unity. Pulau Pinang: Malay Teachers Union, hlm. 44-45. lxxxi William Roff, 1967. Origin of Malay Nationalism. New Haven: Yale University Press, hlm. 25.lxxxii Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, hlm. 11.lxxxiii Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, hlm. 10-12.lxxxiv Abu Zahari Abu Bakar, 1975. Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti, hlm. 8.lxxxv Mohd Said merupakan antara anak Melayu yang mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Teluk Belanga, Singapura pada 1881 ketika berusia lima tahun. Mejar Dato’ Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman Dalam Kenangan, 1984, Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya. hlm. 15.
172
membantu mereka bekerja di sawah dan kebun. Kedua, guru-guru agama membantah
pembukaan sekolah berkenaan kerana penubuhan sekolah tersebut akan mengganggu
keutuhan dan mengancam kepentingan ekonomi mereka.lxxxix Ketiga, mereka beranggapan
bahawa sekolah vernakular tidak memperuntukkan pelajaran agama Islam lebih-lebih lagi
dasar British yang memisahkan pelajaran agama dengan pendidikan bahasa Melayu.
Keempat, mereka bimbang akan menjalarnya pengaruh Kristian yang bertentangan dengan
Islam yang akan mempengaruhi pemikiran anak-anak mereka lebih-lebih lagi sekolah
kerajaan dikelolakan oleh mubaligh-mubaligh Kristian.xc
Memandangkan masih terdapat ramai ibu bapa yang enggan menghantar anak-anak
mereka ke sekolah, pihak British telah mengadakan peraturan yang mewajibkan anak-anak ke
sekolah dan mengenakan denda kepada ibu bapa yang tidak menghantar anak lelaki mereka
ke sekolah.xci Kemudian A.M. Skinner yang menjadi Pemangku Majistret di Seberang Prai
telah mengubah suai dasar kelas al-Quran yang diajar pada waktu petang dan sistem
pendidikan yang dirancang beliau ini telah mendapat sambutan baik daripada kalangan ibu
bapa. Dengan kejayaan tersebut, Skinner telah dilantik sebagai Nazir Sekolah pada tahun
1872 untuk menguruskan segala hal berkaitan dengan pentadbiran dan sekolah-sekolah di
Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ketika itu lebih banyak sekolah
telah didirikan di Tanah Melayu. Misalnya pada penghujung abad ke-19, terdapat 189 buah
sekolah vernakular Melayu didirikan di Negeri-Negeri Selat, 168 buah di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu.xcii
lxxxvi Berita Harian, 29 September 2012.lxxxvii D.D. Chelliah, 1960. A History of The Educational Policy of the Straits Settlements, hlm. 58. Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, hlm. 2. lxxxviii Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, hlm. 3.lxxxix Paul Chang Ming Phang, 1973. Educational Development in a Plural Society: A Malaysian Case Study. Singapura: Academia Publications, hlm. 12.xc Jamilah Ariffin, 2000. Sejarah Pembangunan Malaysia dan Perubahan Peranan Wanita Dari Sudut Ekonomi dan Pendidikan: Permartabatan Wanita Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), hlm. 30.xci Philip Loh Fook Seng, Seeds of Separatism, hlm. 13-14.xcii Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia, hlm. 4-5.
173
Kebiasaannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah Melayu berubah dari semasa ke
semasa mengikut keperluan pemerintah British. Misalnya pada abad ke-19, murid-murid
mempelajari mata pelajaran Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan
Jasmani dan Ilmu Alam di sekolah-sekolah Melayu yang didirikan mengikut rancangan
Skinner. Pada awal abad ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah
dalam kurikulumnya mengikut cadangan Winstedt dalam laporannya pada tahun 1917. Mata
pelajaran Bahasa Inggeris pula tidak diperkenalkan di sekolah-sekolah Melayu sehingga
tahun 1945. Ini kerana mereka bimbang anak-anak Melayu akan meninggalkan kerja kasar
dan kampung halaman mereka di samping menjadi saingan kepada anak-anak Melayu
bangsawan yang mendapat pendidikan Inggeris.xciii Sekolah Melayu ini hanya terbatas
sehingga darjah lima. Hanya sebilangan kecil daripada mereka yang terpilih memasuki
Maktab Perguruan atau Malay Special Class untuk meneruskan pelajaran di sekolah Inggeris
kelak.xciv
Sekolah Melayu di Beberapa Buah Negeri-negeri Melayu
Sejak sekolah-sekolah di Negeri-Negeri Selat menunjukkan kemajuan yang
memberansangkan, pihak British telah menubuhkan beberapa buah sekolah lain di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu. Seperti Perak, Pahang dan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur yang
berada di bawah naungan negeri Selangor juga tidak terkecuali dalam usaha penubuhan
sekolah-sekolah bagi kepentingan anak-anak Melayu. Dalam konteks negeri Selangor,
terdapat beberapa buah sekolah utama telah didirikan seperti di Kuala Lumpur, Kelang,
Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.xcv Antara sekolah Melayu yang mula-mula
didirikan ketika itu termasuklah di Kelang pada tahun 1875 kerana kawasan Kelang
merupakan pusat pentadbiran bagi negeri Selangor. Kemudian Sultan Abdul Samad
xciii Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, hlm. 13-14.xciv Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia, hlm. 6.
174
dikatakan telah mendirikan sebuah sekolah Melayu lain di Bandar Termasa (Langat) dengan
perbelanjaan daripada wang baginda sendiri.xcvi
Sekitar tahun 1886, Selangor telah mempunyai enam buah sekolah Melayu dan 10
buah pada tahun 1889. Setelah jawatan Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan diperkenalkan
sekitar tahun 1898, bilangan sekolah di negeri Selangor mula meningkat, iaitu 32 buah
sekolah lelaki dan dua buah sekolah perempuan.xcvii Sekolah Melayu ini hanya menyediakan
pendidikan asas atau peringkat rendah sahaja selama empat tahun dengan bantuan penuh
daripada kerajaan. Pada awal tahun 1893, penganjur sekolah-sekolah yang utama di Selangor
ialah Sultan Abdul Samad. Baginda telah menulis tentang perkembangan sekolah Melayu di
setiap kampung dengan perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru kerajaan.xcviii
Gambar 5.1 Murid-murid Lelaki di Sekolah Melayu Setapak (1908-1910)
Sumber: Arkib Negara Malaysia, Cawangan Kuala Lumpur
Sekiranya dilihat melalui perkembangan sekolah-sekolah rendah Melayu di Kuala
Lumpur, kebanyakan sekolah ini telah diasaskan oleh orang kampung yang berminat untuk
memberi pelajaran kepada anak-anak mereka sekitar akhir abad ke-19. Ketua-ketua
Kampung dan Penghulu telah memainkan peranan penting terutamanya Penghulu, Tuan Pusu xcvi Buyong Adil, 1981. Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 149.xcvii Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, hlm. 5.xcviii Sejarah Perkembangan Sekolah-sekolah Negeri Selangor. Disusun oleh Jawatankuasa Penulisan Kemanterian Pelajaran Malaysia, 1975, hlm. 5.
175
dan Ketua Kampung Setapak, Dato Sati, maka Sekolah Kebangsaan Setapak Kuala Lumpur
telah dapat didirikan pada tahun 1893. Bilangan murid yang pertama memasuki sekolah ini
seramai 40 orang dan pada tahun 1899 murid-murid perempuan telah diterima masuk ke
sekolah tersebut. Dalam jumlah yang kecil ini hanya tiga orang guru ditugaskan mengajar di
sekolah tersebut.xcix
Pada tahun 1903, Sekolah Kebangsaan Kampung Bahru telah dimulakan dengan
bilangan pelajar seramai 28 orang murid perempuan. Sekolah ini telah ditadbir oleh Guru
Besar, iaitu Cik Nah dengan dibantu oleh dua orang guru yang lain. Mereka menumpukan
perhatian kepada pengajaran membaca, menulis, menjahit dan pelajaran agama.c Beberapa
buah sekolah lain turut didirikan secara bergotong-royong. Misalnya Sekolah Kebangsaan
Segambut Kuala Lumpur yang didirikan pada tahun 1913 dan kemudiannya pada tahun 1919,
kerajaan negeri telah memperuntukkan tanah seluas tujuh ekar bagi membangunkan beberapa
buah bangunan lagi untuk keselesaan murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut.ci
Pada ketika ini terdapat 55 buah sekolah kerajaan iaitu 49 buah daripadanya sekolah
Melayu untuk pelajar lelaki dan empat lagi sekolah perempuan.cii Selebihnya ialah sekolah
vernakular Tamil dan Cina. Daripada jumlah Sekolah Melayu tersebut, dua daripadanya
merupakan sekolah yang baru dibuka pada tahun 1913. Sekolah tersebut ialah Sekolah
Melayu Sungai Buaya dan Ulu Semenyih. Bilangan sekolah Melayu dan sekolah perempuan
ini terus menunjukkan peningkatan memasuki tahun 1914. Daripada 60 buah sekolah di
Selangor, 52 daripadanya adalah sekolah Melayu dan enam buah sekolah perempuan.ciii
Pertambahan sekolah perempuan ini disebabkan pembukaan sekolah baharu di Kelang dan
Setapak. Pertambahan sekolah perempuan ini secara tidak langsung memberi gambaran
mengenai minat dan kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak perempuan mereka
untuk mendapat pendidikan di sekolah. Lebih daripada itu, pada tahun 1915 terdapat seorang
c Sejarah Perkembangan Sekolah-sekolah Negeri Selangor, hlm. 7ci Ibid., hlm.8.
176
pelajar perempuan yang lulus darjah V dalam semua mata pelajaran dan merupakan satu-
satunya pelajar di Selangor pada ketika itu.civ Menjelang tahun 1920-an, terdapat banyak
sekolah Melayu telah dibina seperti di Kelang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Hulu Yam
Bahru.cv
Kebanyakan sekolah yang didirikan pada peringkat awal ini bukannya diperbuat
daripada batu moden tetapi sesetengahnya diperbuat daripada kayu beratap nipah. Misalnya
Sekolah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur yang telah dimulakan pada tahun 1914 adalah
sebuah rumah beratap nipah berlantaikan tanah yang disewakan daripada Tuan Haji
Baharuddin.cvi Keadaan ini juga menunjukkan bahawa bukan semua sekolah yang baharu
ditubuhkan ketika itu mempunyai bangunan baharu tetapi sesetengahnya disewakan daripada
rumah-rumah tertentu untuk tujuan pendidikan anak-anak Melayu.
Bilangan sekolah di Kuala Lumpur kemudiannya semakin meningkat pada awal abad
ke-20. Jadual 5.1 menunjukkan bahawa sebanyak 18 buah sekolah di Kuala Lumpur telah
dimulakan sejak awal abad ke-20 hingga tahun 1941. Dengan pertambahan bilangan sekolah
yang semakin banyak, maka British telah mengadakan satu jawatan baharu, iaitu Penolong
Pengarah yang bertanggungjawab tentang pelajaran Melayu bukan sahaja di Negeri-Negeri
Selat malah juga di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.cvii
Sebelum Perang Dunia Kedua, sekolah rendah Melayu diajar selama lima tahun dan
pelajaran murid-murid berakhir setakat Darjah lima sahaja. Selepas perang tamat, pengajian
pelajar-pelajar dilanjutkan kepada setahun lagi hingga ke Darjah Enam dan ke darjah khas
cvi Sejarah Perkembangan Sekolah-sekolah Negeri Selangor, hlm. 8.cvii Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, hlm. 8-9.xcv S. S. 208/1885, Selangor School Report, Education Department, 1885.xcix Terdapat dua buah sekolah rendah Melayu lain di Kuala Lumpur yang telah didirikan pada akhir abad ke-19 iaitu Sekolah Hishamuddin Kuala Lumpur pada 1896 dan Sekolah Kampung Batu pada 1898. Sejarah Perkembangan Sekolah-sekolah Negeri Selangor, hlm. 7 dan 85.cii Federated Malay States, Selangor Administration Report For The Year 1913.ciii Federated Malay States, Selangor Administration Report For The Year 1914.civ Federated Malay States, Selangor Administration Report For The Year 1915cv Federated Malay States, Selangor Administration Report For The Year 1916. Federated Malay States, Selangor Administration Report For The Year 1917.
177
setaraf dengan Darjah Tujuh. Kelas Darjah Tujuh ini merupakan kelas persediaan bagi bakal
guru dan pusat yang telah ditubuhkan di Kuala Lumpur ketika itu ialah di Sekolah
Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur selain beberapa daerah lain di Sabak Bernam,
Kelang, Kajang dan Banting.cviii
Jadual 5.1 Taburan Sekolah Rendah Melayu di Kuala Lumpur sehingga tahun 1941
mampu menampung bilangan pelajarnya seramai 41 orang. Setiap sekolah menerima
ketetapan daripada pihak British iaitu bermula kelas III sehingga kelas VI. Mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu pula telah dikurangkan jam pengajarannya semata-mata untuk
mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris. Namun kelas Inggeris ini hanya terbuka untuk
keluarga kakitangan kerajaan dan keluarga pemerintah bagi Sekolah Inggeris Perempuan dan
pelajar Sekolah Perempuan Kampung Baru.ccxx
Kewujudan Sekolah Perempuan Inggeris dan sekolah vernakular seperti Sekolah
Perempuan Kampung Baru ini membolehkan kanak-kanak perempuan Melayu menikmati
pendidikan Inggeris. Kedah Education Report 1934 memerihalkan beberapa rancangan
pelajaran yang telah dilakukan di Sekolah Perempuan Inggeris. Setelah genap setahun cix Kelantan Annual Report, 1921, hlm. 9.cx Kedah Annual Report, 1928, hlm. 11.cxi Johor Annual Report, 1931, hlm. 23.cxii Majalah Guru, September 1928, hlm. 177.cxiii Daripada jumlah pada tahun 1936, sebanyak 19 109 orang pelajar di Perak, 9 551 orang di Selangor, 7 262 orang di Negeri Sembilan dan 5 545 orang di Pahang. Annual Report on Education in the Straits Settlements and Federated Malay States 1936, hlm. 104.cxiv Annual Report on Education in the Straits Settlements and Federated Malay States 1936, hlm. 106.cxv Department of Education Annual Report 1951, hlm. 13.cxvi Ibid., hlm. 14.cxvii Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, hlm. 18-19.cxviii Abdullah Ishak, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, hlm. 138.cxix University of Cambridge Local Examinations Syndicate, School Certificate Examination, December 1934 Detail Report, Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis (tidak diterbitkan).cxx Lihat juga Khoo Kay Kim, 1992. “Perkembangan Pendidikan Sejarah” dlm. Omar Mohd Hashim, Falsafah Pendidikan Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 16- 17.cxxi Lihat Khoo Kay Kim, “Perkembangan Pendidikan Sejarah”, hlm. 14-15.cxxii Laporan Winstedt, 1917, hlm. 99.cxxiii Omar Mohd Hashim, 1992. Falsafah Pendidikan Sejarah. hlm. 3.cxxiv Beliau dilahirkan di Batang Tiga Melaka, mendapat pendidikan rendahnya di Sekolah Melayu Bintang Tiga dan menjadi guru pelatih. Beliau memasuki Maktab Melayu Melaka pada bulan Ogos 1917 dan berjaya memperolehi Sijil Pertama dan hadiah Mohd Jaffar untuk bahasa Melayunya. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1931 akibat penyakit batuk ketika berusia 31 tahun. Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, 1900-1922, hlm. 82-87. cxxv Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, 1900-1922, hlm. 36-37. cxxviBuyong Adil, 1980. ‘Kenangan kepada Sultan Idris Training College’, dlm. Jazamuddin Baharuddin, Pendidikan di Malaysia: Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, hlm. 134.cxxvii Khoo Kay Kim, 1988. ‘Panji-panji Gmerlapan’, dlm. Ungku A. Aziz dan Shaharil Talib, Syarahan Perdana, Dua Puluh Lima Tahun Pertama Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm. 349. cxxviii Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1920, hlm. 85. cxxix Beliau merupakan lulusan Maktab Melayu Melaka dan menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Lihat Khoo Kay Kim, ‘Panji-panji Gemerlapan’, hlm. 349. cxxx Muhd. Yusof Ibrahim, 1994. Pensejarahan Melayu 1800-1960. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,.hlm. 137-138. cxxxi Ibid., hlm. 138-140.cxxxii Ibid., hlm. 143.
178
ditubuhkan pada tahun 1934, jumlah pelajarnya meningkat seramai 41 orang dan dua buah
kelas telah diwujudkan. Kelas B terpaksa bercampur dengan pelajar lelaki sehingga
bangunannya siap dibina sepenuhnya.
Di Sekolah Perempuan Melayu, mereka diajar mata pelajaran kebersihan seperti
penjagaan bayi dan kanak-kanak di rumah, kebersihan di sekolah dan rumah, struktur tubuh
badan dan cara merawat serta mencegah penyakit di rumah. Pelajaran kemahiran seperti
menjalin mengkuang diajar kerana setiap tahun akan diadakan pertandingan pameran
kraftangan di Kuala Lumpur, manakala subjek Geometri diajar untuk pelajar kelas yang
lebih tinggi. Pelajaran berkaitan Geografi juga diajar bermula dari sekolah rendah hingga
sekolah menengah, dan pelajarannya berbeza mengikut tingkatan. Di tingkatan satu pula,
mereka diajar mengenai kehidupan di dunia, manakala bagi tingkatan III, IV, dan VI
kurikulumnya berteraskan Tanah Melayu dan mereka seharusnya sudah menghafal peta
Tanah Melayu.ccxxi
Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar, penyelia sains rumah tangga
dalam kalangan Melayu telah dilantik untuk mengajar murid-murid perempuan dalam
pelajaran Sains Rumah Tangga. Misalnya, Ibu Azizah Jaafar telah dilantik sebagai Penyelia
Sains Rumah Tangga di Johor pada 1938. Beliau telah meluaskan mata pelajaran Tadbir
Rumah Tangga dengan daya usahanya sendiri melalui penggunaan pelbagai jenis buku sains
kesihatan dan urusan rumah tangga yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Semua bahan
bacaannya dikumpul dan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu untuk dijadikan bahan
pelajaran di sekolah tadbir rumah tangga.ccxxii
Selain itu, sesuatu yang sangat penting dalam melahirkan lebih ramai tenaga pengajar
wanita ini dapat dilihat menerusi penubuhan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka
(MWTC). MWTC yang dibuka secara rasmi pada 31 Januari 1935 bukan hanya mengambil
anak tempatan sebagai penuntutnya, malah turut menerima penuntut dari Singapura,
179
Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Pahang. Oleh sebab masalah
kekurangan tenaga pengajar wanita diperkatakan pada ketika ini, pelbagai usaha telah diambil
untuk mengatasi masalah tersebut. Justeru, tidak hairanlah MWTC terus menunjukkan
perkembangan yang positif sejak ia ditubuhkan. Buktinya setahun selepas penubuhannya
sebuah blok baru yang lengkap dengan dewan, bilik kerja tangan, bilik solat dan asrama
untuk pelatih perempuan telah dibina. Seterusnya antara tahun 1937 hingga tahun 1939,
Sekolah Melayu Durian Daun dan Sekolah Melayu Ujung Pasir telah digunakan sebagai
sekolah latihan untuk penuntut MWTC. Pada tahun 1936, terdapat seramai 23 orang pelatih
telah mendaftar masuk di pusat latihan ini. Manakala, pelatih yang berdaftar sejak tahun
1935 dan telah tamat latihannya dihantar untuk mengajar di sekolah perempuan pada
Disember 1936.ccxxiii
Bilangan pelatih yang mendaftar di pusat latihan ini dilihat tidak menunjukkan
sebarang perubahan sehingga tahun 1937. Walaupun demikian, MWTC telah berjaya
melahirkan 436 orang guru sejak dari mula maktab ini ditubuhkan sehingga tahun 1938.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 350 orang telah dihantar mengajar ke sekolah perempuan
manakala selebihnya ke sekolah lelaki.ccxxiv Melihat kepada jumlah guru tersebut, jelas
menunjukkan bahawa tahap pendidikan untuk kanak-kanak perempuan mula menunjukkan
perkembangan positif. Hal ini kerana, mereka yang diterima masuk ke MWTC merupakan
pelajar perempuan yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat sekolah. Ini
menunjukkan bilangan pelajar perempuan yang berjaya menamatkan pengajian mereka di
peringkat sekolah semakin meningkat. Selain itu, guru yang telah tamat latihan
kebanyakannya dihantar untuk mengajar di sekolah perempuan. Keadaan ini secara tidak
langsung dapat menjamin keperluan tenaga pengajar yang mencukupi untuk mendidik anak-
anak Melayu. Bagi guru perempuan, mereka menerima gaji antara $15 hingga $60 sebulan
berdasarkan kepada tahap akademik masing-masing.ccxxv
180
Bersesuaian dengan para penuntutnya, MWTC menyediakan latihan pengurusan
rumah tangga, nyanyian, jahitan, kerja tangan, lukisan, anyaman, penjagaan bayi, pendidikan
Islam dan beberapa subjek lain seperti Ilmu Kira-kira, Sejarah, Ilmu Kesihatan, Bacaan dan
Tulisan Jawi. Latihan-latihan yang diberikan ini bukan sahaja dapat mendidik penuntut
wanita untuk menguruskan hal-hal rumah tangga, malah turut meningkatkan lagi taraf
pendidikan mereka. Hasil daripada ini membolehkan wanita menjadi isteri yang mampu
menguruskan rumah tangga, selain menjadi tenaga pengajar bagi sekolah-sekolah wanita
yang ditubuhkan kelak. Operasi MWTC ini berterusan sehingga tahun 1940-an sebelum
ditutup berikutan meletusnya Perang Dunia Kedua. Namun sebaik sahaja berakhirnya
perang, MWTC dibuka semula dan usaha untuk membangunkannya seperti sebelum ini mula
dijalankan dengan meminjam buku-buku daripada SITC. Manakala pelatih-pelatih yang
terganggu latihan mereka akibat perang dipanggil semula untuk meneruskan kursus masing-
masing. Langkah ini telah berjaya mengembalikan peranan MWTC sebagai pusat latihan guru
wanita apabila MWTC membuka sekolah latihannya di Sekolah Melayu Bukit Baru dan
Sekolah Melayu Bukit Cina.
Namun selepas pendudukan Jepun, bilangan pelajar perempuan ke sekolah bertambah
ramai. Walaupun semasa pendudukan Jepun membawa pelbagai tekanan dan kesusahan
terhadap masyarakat setempat, namun tidak menghalang ibu bapa untuk menghantar anak-
anak mereka ke sekolah. Ini disebabkan ibu bapa merasakan bahawa keadaan buta huruf
akan merugikan masa depan kaum wanita itu sendiri. Tambahan pula, masyarakat Melayu
telah mempunyai kesedaran yang tinggi betapa pentingnya pendidikan sama ada untuk anak
lelaki mahupun perempuan. Justeru, bilangan pelajar perempuan telah meningkat dari
semasa ke semasa pada dekad-dekad berikutnya. Menariknya, pihak Jepun turut
menggalakkan golongan wanita daripada kalangan elit tradisional Melayu yang berpelajaran
181
untuk melibatkan diri dalam pertubuhan menjelang hujung tahun 1945.ccxxvi Hal ini
membolehkan mereka membela nasib wanita pada masa tersebut.
Bagi meningkatkan kemajuan dalam bidang pendidikan di Tanah Melayu, beberapa
polisi telah dilakukan pada tahun 1947. Polisi pendidikan yang diwujudkan ini merujuk
kepada kedua-dua sistem pendidikan, iaitu sistem pendidikan sekolah rendah dan sekolah
cxxxiii Ibid., hlm. 150-151. cxxxiv Mejar Dato’ Haji Mohamed Said, 1948. Tawarikh England (History of England), Johore Bahru: Government Printing Ofiice Johore. Mohd Said bin Sulaiman, Ringkasan Tawarikh Nippon Dari Asal Usul Nippon Hingga Akhir tahun 2606, Johor Bahru: Syeikh bin Alwi Shahab 2603 (tahun Jepun). Mohd Said bin Sulaiman, Hikayat Queen Victoria, tanpa tahun. Lihat juga Arba’iyah Mohd Noor, 2011. Mohd Said Sulaiman, Cendiakawan Terbilang Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor, cxxxv Za’ba juga terlibat dalam penulisan karya sejarah di Tanah Melayu, iaitu tentang Sejarah Linggi tetapi malangnya karya ini tidak diterbitkan.cxxxvi Beliau juga turut menyusun buku sejarah yang mengisahkan sejarah negeri Selangor yang bertajuk “Kenang-kenangan Selangor”. cxxxvii Khoo Kay Kim, ‘Panji-panji Gmerlapan’, hlm. 350-354.cxxxviii Muhd. Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, hlm. 130. cxxxix Khoo Kay Kim, ‘Panji-panji Gemerlapan’, hlm. 354-357.cxl Mohd. Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, hlm. 156. cxli Ibid., 142.cxlii Lihat rujukan sumber bagi penulisan beliau dalam bab tiga dan empat Arba’iyah Mohd Noor, Mohd Said Sulaiman, Cendiakawan Terbilang Johor.cxliii Omar Mohd Hashim, Falsafah Pendidikan Sejarah, hlm. 3.cxliv Khoo Kay Kim, ‘Panji-panji Gemerlapan’, hlm. 349. cxlv Lihat, “Sejarah Sekolah-sekolah di Pulau Pinang, Pinang Free School (1816-1997)”, Arkib Negara Malaysia (Tidak diterbitkan). cxlvi Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia, hlm. 15. cxlvii Lihat, Ahmad Nizam Ahmad Syukri, 2002/2003. “Pengenalan dan Perkembangan Pendidikan Inggeris di Kuala Lumpur”. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm. 30. cxlviii Department of Education Annual Report 1951, Singapura: Government Printing Office, 1952, hlm. 4.cxlix Department of Education Annual Report 1951, Singapura: Government Printing Office, 1952, hlm. 1 dan 4. cl Al-Ikhwan, 16 Disember 1926. cli C.O. 717/72/4, Annual Report on Education, 1929, Appendix 12.clii Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia, hlm. 18.cliii Ahmad Nizam Ahmad Shukri, “Pengenalan dan Perkembangan Pendidikan Inggeris di Kuala Lumpur”, hlm. 33. cliv Annual Report on Education in the Straits Settlements and Federated Malay States, 1936, hlm. 86.clv Annual Report on Education in the Straits Settlements and Federated Malay States, 1937, hlm. 73.clvi Ahmad Nizam Ahmad Shukri, “Pengenalan dan Perkembangan Pendidikan Inggeris di Kuala Lumpur 1890-1950”, hlm. 59.clvii Mazianah Abdul Muin, “Sejarah Sosial Wanita Melayu Tahun 1900-1930an di Tanah Melayu”, hlm. 74.clviii Ibid., hlm. 78.clix Lihat, Ibrahim Saad, 1986. Pendidikan dan Politik Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 26.clx Ahmad Nizam Ahmad Shukri, “Pengenalan dan Perkembangan Pendidikan Inggeris di Kuala Lumpur 1890-1950”, hlm. 34.clxi Lihat, Song Mi Young, 1993. “Perkembangan Pendidikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di Antara Dua Perang Dunia”, Disertasi, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan sains Sosial, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm. 31. Lihat juga, Ahmad Nizam Ahmad Shukri, “Pengenalan dan Perkembangan Pendidikan Inggeris di Kuala Lumpur 1890-1950”, hlm. 87. clxii Phillip Loh, Seeds of Separatisme, hlm. 20.
182
menengah. Dasar yang telah ditetapkan bahawa dalam sistem pembelajaran, minimum sistem
pendidikan selama enam tahun dan wajib menggunakan bahasa ibunda dalam kalangan orang
Melayu, iaitu bahasa Melayu. Selain itu, bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai salah satu
mata pelajaran asas dalam bidang kokurikulum. Bahasa pengantar perlu menggunakan
bahasa Melayu dan dalam polisi tersebut, tidak ditetapkan bahawa bahasa Inggeris sebagai
clxiii Mohd Said Sulaiman, Riwayat Hidup Major Dato’ Haji Muhammad Said bin Sulaiman. Johor, tanpa tarikh, SP80/20 (Arkib Negara Malaysia), hlm. 3. Lihat juga Arba’iyah Mohd Noor, Mohd Said Sulaiman, Cendiakawan Terbilang Johor.clxiv S 173, Zahidi Dato’ Hj. Zainol Rashid, “Sejarah Pentadbiran di Kedah”. Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis, (tidak diterbitkan)clxv S.C. 3080/1357, Reguest to be furnished with a list of names of Head of Departments and Staff in the States of Kedah of Publication in the Malay Comercial Guide, 1938. clxvi S 173, Zahidi Dato’ Hj. Zainol Rashid, “Sejarah Pentadbiran di Kedah”. Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis, (tidak diterbitkan)clxvii Dato’ Paduka Hj. Shaari Hj. Daud telah ditemubual oleh Zahidi b. Dato’ Hj. Zainol Rashid mengenai perkhidmatan tadbir Kedah pada 17 Januari 1990. Beliau pernah menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah pada 1939. clxviii Sarifah Abd. Razak, 1993/94. Kubang Pasu 1900-1957: Sejarah Perkembangan Politik, Ekonomi dan Sosial, Jabatan Sejarah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.clxix M.A. Fawzi Basri, “Perkembangan Pendidikan di Negeri Johor 1856-1939: Satu Kajian Ringkas”, hlm. 18.clxx Department of Education Annual Report 1951, hlm. 14.clxxi Lenore Manderson, 1981. Wanita, Politik dan Perubahan: Pergerakan Kaum Ibu UMNO Malaysia 1945-1972, Samsudin Jaafar (terjemahan). Kuala Lumpur: Fajar Bakti, hlm. 23.clxxii Temu ramah Tan Sri Aishah Ghani di Pejabat Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad. Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 27 Januari 2006.clxxiii Temu ramah Hajah Asiah binti Abdul Ghani pada 3 Januari 2008, di Kampung Semabok Melaka. Beliau yang dilahirkan pada 1914 ketika ini beliau telah berusia 94 tahun.clxxiv Lenore Manderson, Wanita, Politik dan Perubahan, hlm. 23.clxxv Lenore Manderson, 1978. “The Development and Direction of Female Education in Peninsular Malaysia”. dlm. JMBRAS, Vol. 4, Part 2, hlm. 101.clxxvi Mazianah Abdul Muin, “Sejarah Sosial Wanita Melayu Tahun 1900-1930an di Tanah Melayu”, hlm. 36.clxxvii Ibid., hlm. 52.clxxviii Majalah al-Imam yang dikeluarkan dari tahun 1906-1908 adalah lidah rasmi bagi gerakan Kaum Muda. clxxix Al-Imam, Jilid 1, Bil. 6, 18 Disember 1906. Lihat juga al-Imam, Jilid 6, 6 Disember 1906. Zaiton Ghani, 1985. “Wanita Melayu Dalam Politik 1946-1948”, dlm. Khoo Kay Kim (ed.), Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, hlm. 210-211. clxxx Al-Imam, 14 Mei 1902, hlm. 339. Abdul Aziz Mat Ton, 1972/73. “Al-Imam Sepintas Lalu” dlm. Jernal Sejarah, Jilid XI, hlm. 32.clxxxi Hajah Zain Sulaiman biasanya digelar sebagai Ibu Zain sahaja. Beliau dilahirkan di Melaka pada 1903 dan merupakan anak kepada seorang guru yang mendapat pendidikan aliran Inggeris. Beliau telah dilantik menjadi Ketua Kaum Ibu pada tahun 1950. Disebabkan faktor kesihatan, Ibu Zain telah meletakkan jawatannya pada 1953 lalu diganti oleh Khadijah Sidek pada 17 Oktober 1953. Virginia H. Dancz, 1987. Women and Party Politics in Peninsular Malaysia, East Asia Social Science Monographs, Singapura: Oxford University Press, hlm. 170.clxxxii Majalah Bulan Melayu telah diterbitkan pada tahun 1930 di Johor Bahru oleh Persekutuan Perempuan Melayu Johor yang kebanyakan ahlinya dalam kalangan guru-guru. Hasnah Hussiin, 1995/96. “Bulan Melayu (1930-1938)”, Latihan Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, hlm. 6.clxxxiii Majalah Kenchana telah diterbitkan pada bulan April 1930 setelah akhbar Putera dilarang penerbitannya. Rahmah Idris, 1976/77. “Sejarah Kelantan”, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, hlm. 22clxxxiv Lenore Manderson, Wanita, Politik dan Perubahan, hlm. 32. Hasnah Hussiin, “Bulan Melayu (1930-1938)”, hlm. 21.clxxxv Lenore Manderson, Wanita, Politik dan Perubahan, hlm. 29.
183
bahasa pengantar yang utama. Oleh itu, sistem pendidikan tersebut telah dijalankan di
sekolah menengah dengan pengambilan pelajar adalah berdasarkan merit. Polisi pendidikan
yang wujud pada tahun 1947 ini bertujuan memastikan taraf pendidikan dalam semua lapisan
masyarakat dapat diseimbangkan. Dikatakan bahawa kewujudan polisi pendidikan ini adalah
berdasarkan kepada isu Malayan Union yang semakin rancak diperdebatkan. Bagi
clxxxvi Ramli Saadon, 2009. “Dasar Pelajaran Kolonial British di Negeri Selangor, 1875-1957”, Tesis PhD, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, hlm. 13-14.clxxxvii Za’ba, 1952. Ilmu Mengarang Melayu. Singapura: Tiger Press, Cetakan Pertama, hlm. 62-63.clxxxviii Siti Fatimah Abdul Rahman, 2000. Pemartabatan Wanita di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, hlm. v.clxxxix Za’ba, Ilmu Mengarang Melayu, hlm. 64.cxc Zabidah Awang Ngah, 1960. “Pandangan dan Kritik Zaba Mengenai Soal Sifat-sifat Kemiskinan dan Setengah-setengah Aspek Chara Penghidupan Orang Melayu serta juga syor-syornya atas Jalan Keselamatan Bagi Orang Melayu”. Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hlm. 63-64. cxci Syed Sheikh al-Hadi merupakan salah seorang tokoh Kaum Muda yang terkenal. Beliau mendapat pendidikan agama di Pulau Penyengat dan juga Timur Tengah. Beliau merupakan pelopor kepada perjuangan pembebasan dan menuntut persamaan hak yang sama untuk wanita. Terdapat banyak penulisannya yang mengkritik amalan tradisional Melayu terhadap anak perempuan. Rujuk Talib Samat, 1992. Syed Syeikh al-hadi: Sasterawan Progresif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1-6. cxcii Mazinah Abdul Muin, “Sejarah Sosial wanita Melayu tahun 1900-1930-an di Tanah Melayu”, hlm. 20. cxciii Aishah Ghani, 1992. Memoir Seorang Pejuang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 4.cxciv CPR.K 17/95, No. 1A, Temuramah di antara Tan Sri Aishah Ghani dengan pihak Arkib Negara Malaysia yang diwakili oleh Encik Ahmad bin Abdul Kadir pada 15 Januari 1979, jam 2.30 petang bertempat di Kementerian Kebajikan Am, Jalan Duta, Kuala Lumpur.cxcv Sekolah yang telah ditubuhkan oleh Ibu Rahmah El-Yunusi ini merupakan sekolah agama bagi pelajar perempuan sahaja dan mempunyai peraturan yang cukup ketat. Para pelajar perlu berbaju kurung labuh, kain batik dan bertudung kepala labuh. Mereka tidak dibenarkan bertegur sapa dengan lelaki yang bukan ahli keluarganya dan keluar dari asrama sesuka hati. Walau bagaimanapun, mereka sering dibawa mengikuti rombongan pada hari kelepasan, berkelah di air terjun, bersiar di Danau Singkarak, mendaki Gunung Merapi dan ke majlis perkahwinan bagi menyaksikan adat istiadat Minangkabau. Aishah Ghani, Memoir Seorang Pejuang, hlm. 9. CPR.K 17/95, no. 1A.cxcvi Pada 5 Februari 1935, ayahnya telah membawanya menaiki kereta api mel ke Singapura. Mereka menginap di rumah Pak Haji Mohidin (ayah Latiff Mohidin) sebelum berangkat dengan kapal kecil ke Pekan Baru seterusnya ke Padang Panjang. Beliau telah sampai ke Diniyah Puteri pada 10 Februari 1935. Ibid., hlm. 6.cxcvii Ibid., hlm. 4.cxcviii Beliau merupakan adik kepada pendeta Za’ba. Beliau telah mendapat pendidikan seawal tujuh tahun apabila sebuah sekolah telah didirikan di Batu Kikir. Abdullah Hussain dan Khalid M. Hussain, 2000. Pendeta Za’ba dalam Kenangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 22. cxcix Aishah Ghani, Memoir Seorang Pejuang, hlm. 5.cc Ramli Saadon, “Dasar Pelajaran Kolonial British di Negeri Selangor, 1875-1957”, hlm. 36.cci Department of Education Annual Report 1951, hlm. 14.ccii Lenore Manderson, Wanita, Politik dan Perubahan, hlm. 29.cciiiIbid.cciv C.O. 1022/433, “Social Services” dlm. Singapore Housing Situation, Memo No. 2, hlm. 77.ccv Abu Zahari Abu Bakar, Perkembangan Pendidikan di Sememanjung Malaysia, hlm. 12.ccvi Ismail Saleh, 1970. Persekolahan Melayu di Kedah hingga Pechah Perang Dunia II, dlm. Kedah Dari Segi Sejarah, Vol. 4, Bil. 1, April.ccvii Lenore Manderson, Wanita, Politik dan Perubahan, hlm. 29.ccviii Bulan Melayu, “Pelajaran Perempuan di Tanah Semenanjung”, tahun yang pertama 1930, hlm. 260.ccix Annual Report on Education in Straits Settlement and the Federated Malay States, 1931, hlm. 50.ccx Annual Report on Education in Straits Settlement and the Federated Malay States, 1936, hlm. 60.ccxi Annual Report on Education in Straits Settlement and the Federated Malay States, 1937, hlm. 54.
184
memastikan polisi pendidikan tersebut mampu dilaksanakan, beberapa perkara penting perlu
dipastikan iaitu mempunyai dana yang mencukupi, menyediakan guru yang terlatih dan setiap
sekolah juga perlu disediakan asrama atau tempat penginapan bagi pelajar yang tinggal jauh
di pedalaman.ccxxvii
Di samping itu, polisi juga telah menetapkan bahawa semua pelajar yang dikelaskan
sebagai golongan yang berada, mereka juga boleh belajar di sekolah vernakular Inggeris yang
telah disediakan oleh kerajaan. Selain itu, pelajar-pelajar yang mempunyai keupayaan dari
segi kewangan dan ingin mendapatkan pengetahuan dengan lebih banyak mereka amat
digalakkan untuk mempelajari lebih daripada satu bahasa selain bahasa ibunda di Tanah
Melayu. Berdasarkan kepada keputusan pengarah pendidikan, sebarang kekurangan yang
terdapat dalam sistem pendidikan, akan diselesaikan dengan segera. “Malayan Democratic
Union” telah mencadangkan supaya terdapat jarak antara bahasa Melayu dengan bahasa lain
supaya pelajar-pelajar lebih mahir menggunakan bahasa Melayu dalam sistem
pembelajaran.ccxxviii
cviii Sejarah Perkembangan Sekolah-sekolah Negeri Selangor, hlm. 5.ccxii Annual Report on Education in Straits Settlement and the Federated Malay States, 1936, hlm. 61.ccxiii Department of Education Annual Report 1951, Singapura: Government Printing Office, 1952, hlm. 1-2. ccxiv Lenore Manderson, Wanita, Politik dan Perubahan, hlm. 29.ccxv Bulan Melayu, “Perempuan Melayu dengan Pelajaran”, tahun yang pertama 1930, hlm. 10.ccxvi Ibid., hlm. 12.ccxvii Annual Report on Education in the Straits Settlements and Federated Malay States, 1936, hlm. 91.ccxviii Annual Report in Education in the Straits Settlements and the Federated Malay States for the year 1938, hlm. 169.ccxix Annual Report on Education in the Straits Settlements and Federated Malay States, 1936, hlm. 99-101.ccxx Fail 2262-1353, berkenaan dengan Kedah Education Report. ccxxi Fail 221-1355, Annual reports for Kampung Bharu Girl’s School. ccxxii Dzul Karnain Asmawi, 2002. “Ibu Azizah Jaafar”, dlm. Pejuang Terbilang Johor. Johor: Yayasan Warisan Johor, hlm. 75.ccxxiii Annual Report on Education in the Straits Settlements and Federated Malay States 1936, hlm. 117.ccxxiv Berbanding tahun 1937, hanya 409 orang guru wanita sahaja yang berjaya tamat latihan di MWTC. Annual Report on Education in the Straits Settlements and Federated Malay States 1938, hlm. 80.ccxxv Annual Report on Education in the Straits Settlements and Federated Malay States 1936, hlm. 62.ccxxvi Selena Mohd Noor, 2002/03. “Penglibatan Wanita Dalam Pergerakan Kaum Ibu UMNO di Pasir Putih Puteh, 1953-1978”, Latihan Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, hlm. 30.ccxxvii C/O 717/162, hlm. 3. ccxxviii Walupun telah diwujudkan jarak, namun kepelbagaian bahasa juga digalakkan dalam sistem pendidikan sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan bahasa masing-masing selain bahasa Melayu.
185
Akibat daripada serangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941, didapati banyak
kelengkapan dan peralatan sekolah musnah. Oleh itu, melalui polisi pendidikan yang telah
wujud pada tahun 1947 tersebut telah menyatakan bahawa segala kerosakan yang dialami
akan diperbaik dan salah satunya ialah bilik darjah. Pengarah pendidikan mencadangkan
supaya dalam tempoh 10 tahun berikutnya, sistem persekolahan wajib diubah supaya setiap
sekolah yang wujud mampu melahirkan ramai pelajar yang cemerlang.ccxxix Pemulihan yang
dimaksudkan ialah pemulihan terhadap semua peralatan yang telah mengalami kerosakan
akibat serangan Jepun di Tanah Melayu. Dari segi teknikal, kerajaan British turut membuat
pembaikan di setiap sekolah dengan menggantikan kerusi dan meja baharu. Buku-buku teks
yang diterbitkan di England juga turut diberikan kepada semua pelajar.
Selain itu, bagi memastikan kemajuan pendidikan di Tanah Melayu, kerajaan juga
telah menubuhkan pusat latihan guru untuk melatih guru-guru di Tanah Melayu. Kerajaan
amat menitikberatkan soal latihan guru dalam kalangan guru yang telah dilantik untuk
memastikan guru-guru mendapat lebih pengalaman dalam bidang pengajaran. Kerajaan pada
ketika itu, telah menghantar khidmat pengajar daripada bangsa Eropah kerana mereka lebih
berpengalaman dalam bidang pendidikan. Dalam pada itu juga, dikatakan bahawa kewujudan
pusat latihan guru juga adalah untuk menggalakkan guru-guru bergaul dengan guru-guru
berlainan bangsa. Hal ini adalah untuk mengelakkan taraf kesihatan dan pelajaran merosot
sekiranya berlaku jarak pergaulan antara mereka. Setiap guru yang menerima latihan di kolej
tersebut merupakan guru sepenuh masa di sekolah-sekolah tertentu. Oleh itu, tidak mustahil
kerajaan di Tanah Melayu pada ketika itu mewujudkan pelbagai dasar pendidikan supaya
guru-guru atau murid lebih berjaya dalam bidang pendidikan.ccxxx
Selain itu, melalui polisi pendidikan juga kerajaan telah mewajibkan semua pelajar di
Tanah Melayu mempunyai pelajaran dalam kehidupan mereka tidak kira pelajar tersebut
ccxxix C/O 717/162, hlm. 4. ccxxx Ibid., hlm. 20.
186
berasal dari kawasan bandar atau kawasan pedalaman. Sistem pendidikan ini hanya
dikuatkuasakan setelah sistem persekolahan diubah termasuklah kaedah pembelajaran dengan
cara yang lebih sistematik. Sebagai contoh, selain sekolah Melayu terdapat juga kira-kira
300 buah sekolah Cina telah dibuka. Sekolah Cina yang dibuka ini untuk melengkapkan
keseimbangan antara sekolah-sekolah di Tanah Melayu dengan pelbagai bangsa. Bagi
menarik minat dan perhatian pelajar untuk belajar, kerajaan telah menyediakan asrama untuk
memudahkan pelajar-pelajar memperoleh tempat tinggal bagi mereka yang berasal dari
tempat yang jauh. Bantuan asrama ini telah diberikan oleh kerajaan kepada pelajar untuk
memastikan pelajar betul-betul berminat untuk belajar dan mendapatkan ilmu pengetahuan
yang lebih banyak.ccxxxi
Kesimpulan
Sebelum kedatangan British, masyarakat tempatan di Tanah Melayu telah mempunyai satu
sistem pendidikan tradisional yang berbentuk tidak formal. Sistem pendidikan ini
menekankan nilai-nilai keagamaan, kesopanan serta bidang pekerjaan yang bakal diwarisi
seperti pertanian dan perikanan. Sistem pendidikan barat bermula setelah kedatangan British
ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Kerajaan British merasakan keperluan memperkenalkan
satu sistem pendidikan asas yang bertujuan “memelihara” orang Melayu agar kekal di luar
bandar sambil meneruskan pekerjaan tradisi mereka seperti petani dan nelayan. Oleh itu,
British memperkenalkan pelajaran Melayu yang dibataskan setakat sekolah rendah dengan
kurikulum yang terhad, tanpa sebarang usaha lain untuk mengubah cara hidup dan cara
berfikir orang Melayu di luar bandar.
Seiring dengan itu, kerajaan British memberi tumpuan kepada pelajaran Inggeris yang
bermula sekitar tahun 1890-an dengan peranan yang dimainkan oleh beberapa badan
mubaligh Kristian dan sokongan kuat kerajaan British. Pendidikan Inggeris berkembang ccxxxi Ibid., hlm. 21.
187
pesat dan sebahagian besar sekolah-sekolah Inggeris tertumpu di bandar besar. Jika dirujuk
kepada pendidikan di Tanah Melayu sebelum perang, jelas kelihatan dasar pelajaran yang
diamalkan oleh British adalah berat sebelah. Ini kerana British tidak memberi perhatian
penuh kepada penduduk di Tanah Melayu ketika itu terutamanya orang Melayu. Pelajaran
bagi anak-anak Melayu telah dikawal ketat walaupun orang Melayu merasakan diri mereka
sebagai komuniti yang lebih besar berbanding kaum lain. Keadaan ini berlaku kerana British
bimbang pendidikan akan menjadi faktor utama dalam kebangkitan nasionalisme Melayu
yang akhirnya akan merugikan pihak British.
Keadaan ini berterusan dan tidak menampakkan perubahan yang ketara walaupun
selepas perang. Sekolah Melayu masih menjadi alat bagi mengawal perkembangan pelajar-
pelajar yang menghadirinya. Jadi tidak hairanlah murid-murid Melayu masih tertinggal ke
belakang disebabkan pendidikan yang diberi bukan bertujuan untuk memajukan diri mereka
untuk terus ke hadapan walaupun ketika itu orang Melayu begitu memandang berat terhadap
pendidikan. Namun selepas merdeka, keadaan telah berubah dan penyelarasan telah
dilakukan untuk memperbaharui sistem pendidikan di Malaysia tanpa mengira kaum.
Walaupun berlaku pelbagai masalah dan halangan, namun apa yang penting ialah kesedaran
pemimpin kerajaan tentang kepentingan pendidikan dalam kalangan masyarakat tanah air
agar tiada generasi bangsa yang terabai dalam memartabatkan bangsa dan negaranya.
Nota
188