bab 3 perjuangan kemerdekaan (bac)
-
Upload
ahmad-ibrahim -
Category
Documents
-
view
5.027 -
download
7
Transcript of bab 3 perjuangan kemerdekaan (bac)
BAB 3PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN
Pengenalan
Perjuangan kemerdekaan berkembang di Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak ekoran kebangkitan nasionalisme di kalangan rakyat dalam pelbagai aspek keagamaan, sosial, ekonomi dan politik.
Semangat nasionalisme ditunjukkan melalui akhbar dan persatuan.
Malayan Union diperkenalkan oleh British mendapat tentangan dari orang Melayu dan diikuti oleh penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).
Kemunculan parti politik seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti Perikatan sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Selepas merdeka, wujud cadangan Pembentukan Malaysia, faktor pembentukan dan tentangan oleh pelbagai pihak.
Akhir sekali peristiwa Singapura keluar dari Malaysia pada Ogos 1965.
Faktor-faktor Kebangkitan Nasionalisme Di Tanah Melayu
Faktor Luaran Gerakan pemulihan Islam di Mesir
- gerakan dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh. Perjuangan berkonsepkan pemulihan Islam oleh gerakan reformis Islam.
- tokoh tempatan terpengaruh gerakan spt Syed Al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin.
Pengaruh gerakan Turki Muda- gerakan yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attartuk di Turki
Perang Russia-Jepun- Pada tahun 1904-05 , Jepun berjaya mengalahkan Russia dalam perang Rusia -Jepun
Pengaruh dari Indonesia - kemuculan Syarikat Dagang Islam (Sarekat Islam) pengaruhi nasionalisme Melayu spt Syed Sheikh al-Hadi dari kaum Muda.- kemunculan Parti Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Sukarno.
Faktor Dalaman Agama Islam Bahasa dan Kesusateraan Kewartawanan Sistem Pendidikan dan kebangkitan golongan Intelektual
Kebangkitan Semangat Nasionalisme Mengikut Kaum
Nasionalisme Melayu Tiga peringkat perkembangan nasionalisme Melayu :
1) Tahap keagamaan (1906-1926)
2) Tahap sosial dan ekonomi (1926-1938)
3) Tahap politik (mulai 1938)
Tiga Golongan Utama Nasionalisme Melayu
Berpendidikan Islam Berpendidikan Melayu
Berpendidikan Inggeris
a) Tahap Keagamaan- dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam dari Timur Tengah (Mesir dan Turki).- gerakan telah mempengaruhi pemimpin spt Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al-Hadi. Mereka gelar sebagi kaum Muda. Terbitkan majalah seperti Al-Iman, Al-Ikhwan dan Saudara.- Mereka kritik pentadbiran British, galakkan tubuh persatuan, dasar liberal dalam pendidikan agama, kebebasan wanita dan pemodenan.- Kaum Muda mendapat tentangan dari kaum Tua yang terdiri dari golongan elit Melayu tradisional dan ulama.
Tahap Sosio-ekonomi Golongan ini bersifat sekular dan tumpuan kepada
kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu . Dipelopori oleh golongan berpendidikan Melayu dari
Maktab Perguruan Sultan Idris 1922 dan sebahagian golongan elit Melayu berpendidikan Inggeris.
Perjuangan melahirkan kesatuan2 spt Kesatuan Melayu Singapura 1926 untuk memastikan org Melayu tidak ketinggalan faedah pemodenan dari kerajaan.
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) 1934 untuk perjuang pemulihan sosio-ekonomi org Melayu.
Tahap Politik Perjuangan berkonsepkan politik lahir di klangan Melayu
ekoran tekanan drpd bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada tahun 1920-an.
Wujud persatuan-persatuan pada setiap negeri . Golongan radikal telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 dgn memperjuangkan kemerdekaan T Melayu dan penyatuan dgn Indonesia- (Indonesia Raya / Melayu Raya).
KMM kurang mendapat sokongan kerana terlalu radikal dgn penyatuan dengan Indonesia.
Tokoh Golongan Intelektual Melayu
1. Syed Syeikh Al-Hadi 2. Ahmad Boestaman
3. Ishak Hj Muhammad (Pak sako) 4. Mohd Eunos Abdullah
Nasionalisme Cina Perjuangan nasionalisme Cina bertumpu kpd pergolakan
politik di Negara China. Kesedaran bermula sejak Perang China-Jepun 1894-1895.
Faktor-faktor kemunculan nasionalisme Cina di Tanah Melayu :a) Gerakan Pembaharuan 100 hari 1898 di negara
China. b) Pengaruh parti Koumintang c) Pengaruh Parti Komunis Malaya
d) Pengaruh Gerakan Revolusi China 1911e) Pengaruh Perang China-Jepun
Nasionalisme India Sebelum Perang Dunia Kedua, perjuangan politik orang India
di Tanah Melayu lebih tertumpu kpd pergolakan politik di India. Hanya selepas Perang beri tumpuan kpd poltik di Tanah Melayu.
Pada peringkat wal tertumpu kpd pertubuhan bercorak sosial dan kebajikan serta melindungi kepentingan orang India. Contoh Persatuan India Taiping (1906). Kemudian tubuh CIAM (Central Indian Association of Malaya) Okt 1936 bercorak politik.
Antara faktor pencetus nasionalisme di kalangan orang India kpd perkembangan Gerakan Kebangsaan di India dipelopori oleh Mahatma Gandhi. Beliau tubuhkan Parti Kongres dan peroleh kemerdekaan pada tahun 1947 telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
Perjuangan dan Idea-idea Semangat Kebangsaan Melalui Akhbar atau Majalah
Akhbar/Mjlh Tahun Pengasas Fokus
Al-Imam 22 Jul 1906
Syed Syeikh
Al-Hadi di Singapura
Wadah idea kaum Muda ttg pembaharuan dan bimbingan org Melayu bangkit dari kemunduran
Al-Ikhwan 16 Sep 1926
Syed Syeikh
Al-Hadi di Pulau Pinang
Majalah bercorak islah Islamiah ttg isu kemunduran bangsa dan kebebasan wanita dari kaum Muda
Saudara 29 Sep 1928
Syed Syeikh
Al-Hadi di Pulau Pinang
Akhbar mingguan ttg persoalan agama dan majukan diri orang Melayu
Neracha 15 Feb 1911
Hj Abas Mohd Taha di Singapura
Bercorak keagamaan dan berita dari Timur Tengah- semangat Pan-Islam
Majlis 17 Dis 1931
Abd Rahim Kajai
di KL
Perjuang semangat kebangsaan org Melayu
Warta Malaya
1 Jan 1930 Dato’Onn Jaafar
di Singapura
Beri kesedaran kpd org Melayu dan kecam dasar2 Inggeris
Utusan Melayu
Nov 1907-1922
Abd Rahim Kajai
di Singapura
Akhbar sbg lambang perpaduan Melayu dan bela kepentingan org Melayu.
Warta Sarawak
- - Akhbar yang bangkitkan semangat kebangsaan di kalangan msyrkt Melayu Sarawak
Pengasuh 11 Julai 1918
Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan
- Bertujuan menentang perjuangan kaum Muda.
- Tentang hukum-hakam dan panduan agama.
Utusan Melayu Akhbar Majlis
Gerakan Berorganisasi Menentang Penjajah Kaedah ini lebih bersistem kerana melalui persatuan yang
ditubuhkan. Contoh :a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS), b) Persaudaraan Sahabat Pena(PASPAM), c) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Kesatuan Melayu Singapura(KMS) Pada tahun 1926, golongan Melayu Singapura berpendidikan
Inggeris menubuhkan parti separa politik. Diasaskan oleh Mohammad Eunos Abdullah.
Antara perjuangan KMS :a) baiki kedudukan sosio-ekonomi org Melayu dan memupuk kesedaran politik.b) perantara antara orang Melayu dgn Brirish. Pada tahun
1937, cawangan KMS dibuka di Melaka dan Pulau Pinang.
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) PASPAM ditubuhkan oleh golongan berpendidikan Melayu
tahun 1934. Bertujuan memperbaiki kedudukan sosioekonomi org Melayu. Sebuah pertubuhan kesusasasteraan pro-kaum Muda.
Tokoh utama ialah Syed Alwi, S.M. Zainal dan Sheikh Abdullah Al-Maghribi.
Persatuan Melayu Perak Ditubuhkan 18 Dis 1937 di Ipoh Keahlian seramai 104 orang. Pemimpin utama - Wan Mohd
Nur bin Wan Nasir. Tujuan utama persatuan :
- tinggikan taraf ekonomi dan pendidikan rakyat.
- pelihara kepentingan org Melayu dlm pentadbiran negara.
Persatuan Melayu Selangor (PMS) Ditubuhkan 5 Jun 1938. Pengasas dan pemimpin utama ialah
Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yasin, Raja Bot bin Raja Yahya dan Raja Yaacob bin Raja Alang.
Bergerak secara terbuka sbg pertubuhan politik. Tujuan :- desak kerajaan British supaya menambahkan bilangan pegawai Melayu dlm perkhidmatan kerajaan- desak kerajaan tambah peluang pelajaran utk pelajar Melayu melanjutkan pelajaran- cadang kpd kerajaan hentikan penghijrahan orang asing ke Tanah Melayu.
Persatuan Melayu Pahang Ditubuhkan pada Mac 1938 di bawah pimpinan Tengku
Muhammad bin Sultan Ahmad. Bertujuan memperjuangkan kemajuan orang Melayu dan
salur masalah mereka kpd kerajaan British.
Persatuan Melayu Negeri Sembilan Ditubuhkan pada 9 September 1938. Pemimpin utama –
Tengku Mohamed Nasir. Bertujuan menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu.
Persatuan Melayu Kelantan Ditubuhkan pada 20 April 1939, pemimpin utama- Nik
Mohamamad Saleh bin Umar. Keanggotaan kpd golongan atasan dan Inggeris sahaja.
Bertujuan untuk menyatukan anak-anak Melayu- tinggikan taraf hidup mereka.
Kesatuan Melayu Muda (KMM) Ditubuhkan Ogos 1938 oleh golongan nasionalis radikal
berpendidikan Melayu. Pemimpin utama ialah Ibrahim bin Yaakob, Ishak Hj Mohammad dan Ahmad Boestaman.
Ahli dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Sekolah Pertanian Serdang dan Sekolah Teknikal K.Lumpur.
Matlamat utama KMM :
a) perjuangkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
b) menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia (Indonesia Raya atau Melayu Raya)
Kelemahan KMM:
- idea KMM terlalu radikal dan tidak diterima oleh orang Melayu (idea satukan Indonesia dgn Tanah Melayu)
- bersifat anti-birokrasi dan tidak disokong oleh glgn feudal Melayu.
- masalah kewangan dan kekurangan kemahiran. Terbit akhbar spt Warta Malaya dan Majlis. Pemimpin KMM ditangkap oleh British kerana
perjuangan radikal dan dibebaskan oleh Jepun. KMM tetap diharamkan oleh British.
Pembentukan Malayan Union dan Reaksi Rakyat
Terhadapnya Kesatuan Malaya (Malayan Union) British telah menubuhkan British Military Administration
(BMA) pada September 1945 selepas Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu. British mahu menukar pentadbiran BMA ke Malayan Union.
10 Oktober 1945, Sir Harold MacMichael telah datang ke Tanah Melayu untuk mengemukakan Kertas Putih menandakan kesediaan Inggeris untuk melaksanakan Malayan Union
Beliau menjadi wakil Inggeris untuk mendapatkan tandatangan persetujuan sultan-sultan Melayu sebagai persetujuan untuk menyerahkan kuasa politik mereka kepada pihak British.
Matlamat Inggeris
1. Memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu
2. Membentuk pentadbiran yang sistematik dan seragam
3. Menjimatkan kos pentadbiran di Tanah Melayu
4. Menyediakan TM ke arah kemerdekaan sendiri
Ciri-ciri Malayan Union (MU) Terdiri daripada semua negeri Melayu termasuk Melaka dan
Pulau Pinang (kecuali Singapura yang dikekalkan sebagai tanah jajahan Inggeris) diletakkan di bawah satu pemerintahan pusat
Kuasa pemerintahan mutlak adalah di tangan Gabenor British yang dilantik dan berpusat di Kuala Lumpur
Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam hal ehwal Islam. Mereka hanya menjadi raja Kehormat dan anggota satu Majlis penasihat yang dipengerusikan oleh Gabenor
Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan tetapi tertakluk kepada pengawalan kerajaan pusat
Kerakyatan boleh didapati melalui cara-cara berikut :i) Lahir di negeri-negeri Malayan Union dan Singapuraii) Menetap antara 10-15 tahun di Malayan Unioniii)Menetap selama 5 tahun di Singapuraiv)Rakyat British tetapi tidak hilang kerakyatan Britishv) Orang yang mengangkat sumpah taat-setia kepada
Malayan Union.
Tentangan terhadap Malayan UnionPunca penentangan Orang Melayu:
a) Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayub) Pemberian kerakyatan yang mudah dan bebas kepada
kaum bukan Melayuc) Hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi akan
terhapusd) Sikap wakil Inggeris iaitu Sir Harold MacMichael yang
mengugutraja-raja Melayu untuk mendapatkan tandatangan
Pada peringkat awal orang Melayu menunjukkan rasa tidak puashati melalui akhbar Majlis dan Utusan Melayu.
Dato Onn Jaafar telah mengadakan Persidangan bersama 41 buah pertubuhan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman di K.Lumpur pada 1 - 4 Mac 1946.
Para Perwakilan 'Kongres Pertama Melayu' dari Singapura
dan Tanah Melayu bergambar beramai-ramai di perkarangan
Kelab Sultan Sulaiman di kampung Baru pd 1- 4 Mac 1946.
Pada 11 Mei 1946,Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan secara rasmi di Johor Bahru. Dato Onn Jaafar sbg Presiden pertama.
Walaupun mendapat tentangan, Malayan Union tetap dilancarkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent sbg Gabenor pertama.
Akhirnya MU dibubarkan kerana mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan khasnya org Melayu. MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.
Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union
Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Tentangan yang hebat dari pelbagai pihak mendorong
Inggeris tubuhkan PTM. Pada 1 Februari 1948, British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.
Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayua) 9 buah negeri dalam Persekutuan kecuali Singapurab) Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh
dua Majlis Undangan Persekutuan dan Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
c) Sultan diberi semula hak dan kuasa ke atas negeri masing2 dan mpunyai kuasa memerintah tetapi atas nasihat dua majlis : - Majlis Mesyt Kerajaan Negeri dan Undangan Negerid) Syarat kewarnegaraan diketatkane) Orang Melayu diberi hak keistimewaan
Parti Politik Utama di Tanah Melayu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Ditubuhkan pd 11 Mei 1946 oleh Dato Onn Jaafar sbg
presiden pertama. Matlamat : - penentangan terhadap Malayan Union dan
- satupadukan org Melayu dan pertahankan kedudukan hak istimewa org Melayu.
1948, dijadikan parti politik . Perlembagaan UMNO diluluskan pada 29 Mei 1946. Dua badan - Perikatan Pemuda dan Kaum Ibu UMNO
Kongres India Malaya (MIC) Ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presiden pertama Tun Sambanthan Tujuan penubuhan
a) memupuk dan pelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang India di Tanah Melayu
b) perjuang kepentingan politikc) wakil kaum India kpd British
Tahun April 1955, masuk Parti Perikatan.
Persatuan Cina Malaysia (MCA) Ditubuhkan apada 27 Feb 1949. Idea oleh Leong Yew
Koh. Presiden pertama - Tan Cheng Lock Dua matlamat:
a) lindungi hak dan kepentingan org Cina
b) pelihara keharmonian kaum Tahun 1952, bergabung dengan UMNO menjadi Parti
Perikatan.
Parti Perikatan Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952,
MCA dan UMNO bekerjasama menjadi Parti Perikatan dan menang pilihanraya tersebut.
Formula tersebut sbg asas Perikatan di seluruh Tanah Melayu. MIC menyertai Perikatan tahun 1955.
Parti Perikatan memenangi 51 kerusi drpd 52 kerusi , 1 kerusi oleh PAS dalam Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu tahun 1955.
Parti-parti lain di Tanah Melayu Kemunculan parti PAS, Hizbul Muslimin, Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Independence of Malaya Party (IMP)/ Parti Negara dan Parti Komunis Malaya (PKM)
Antara pemimpin seperti Dr. Burhanudin Al-Helmi, Ahmad Boestaman, Chin Peng.
Rundingan Kemerdekaan Jan 1956, rombongan Tunku Abd Rahman ke London
untuk membuat rundingan menuntut kemerdekaan. Anggota terdiri dari 4 org Raja dan 4 orang wakil parti Perikatan.
Hasil rundingan, 8 Feb 1956 Perjanjian London ditandatangani dgn menetapkan kemerdekaan TM pada 31 Ogos 1957.
Satu suruhanjaya Perlembagaan baru Tanah Melayu dinamakan Suruhanjaya Reid. Diketuai oleh Lord Reid.
Ciri Perlembagaan Tanah Melayu ;a) YDPA sebgai ketua agamab) Ketua kerajaan - PMc) Parlimen dibentuk - Dewan Negara dan Rakyatd) Syarat kewarnegaraan diketatkane) Bahasa Melayu sbg bhs Kebangsaanf) Agama Islam - agama rasmi persekutuan tp kebebasan
agama dibenarkan.
MALAYAN UNION1 APRIL 1946
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU1 FEB 1948
PILIHANRAYA PERSEKUTUAN27 JULAI 1955
SURUHANJAYA REIDJUN-OKT 1956
PERLEMBAGAAN BARU T/M27 OGOS 1957
KEMERDEKAAN31 0GOS 1957
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Tunku Abd Rahman sbg Perdana Menteri pertama dan Yamtuan Besar N Sembilan- Tuanku Abd Rahman (YDPA pertama)
MERDEKA !!!!!!
Tokoh Kemerdekaan Tanah MelayuTunku Abd Rahman Tun Sambanthan
Dato Onn Jaafar Tun Tan Cheng Lock
Rombongan Tunku Abdul Rahman ke London
Tunku Abdul Rahman announcing the date of
independence in his rousing speech on Feb 20, 1956,
in Malacca (Padang Bandar Hilir)
Sambutan kemerdekaan Tanah Melayu 1957