Bab 2power point

59
BAB 2 TEORI DAN KONSEP KONSEP ASAS

Transcript of Bab 2power point

Page 1: Bab 2power point

BAB 2TEORI DAN KONSEP KONSEP ASAS

Page 2: Bab 2power point

BAB 2TEORI DAN KONSEP ASAS HUBUNGAN

DALAM ETNIK

ZT1043m 2

Page 3: Bab 2power point

ZT1043m 3

Page 4: Bab 2power point

LIPUTAN KULIAH

• Pengenalan

•Teori Hubungan EtnikTeori EkologiTeori FreudianTeori Struktur FungsionalismeTeori KelasTeori Masyarakat MajmukTeori Pasaran Buruh TerpisahTeori Pilihan Rasional Tentang Hubungan Etnik

Page 5: Bab 2power point

LIPUTAN KULIAH

• Konsep Konsep Hubungan Etnik

Konsep Masyarakat

Masyarakat Majmuk

Konsep Kebudayaan

Konsep Ras

Konsep Etnik

Konsep Perpaduan dan Integrasi

Page 6: Bab 2power point

TEORI HUBUNGAN ETNIK

1. TEORI EKOLOGIDiperkenalkan oleh Robert E.Park (sarjana sosiologi terawal

membincangkan persoalan ras dan beliau banyak dipengaruhi oleh Charles Darwin mengenai teori survival of the fittest.

Menurut Park, manusia mewarisi 2 perkara1. Mewarisi pusaka biological yg dipindahkan melalui perkahwinan.2. Sebagai ahli kumpulan social, manusia memindahkannya melalui

komunikasi warisan social kumpulannya.Teori Park dirumuskan kepada 4 asal-usul:

Page 7: Bab 2power point

TEORI HUBUNGAN ETNIK

Teori EkologiTeori Park dirumuskan kpd 4 unsur

1. Penghijrahan membawa bersama dalam perhubungan yg tidak sama rata, manusia yg memiliki fenotaip yg berbeza.

2. Dalam perhubungan persaingan, individu-individu sedar ciri-ciri status yang membezakan mereka.

3. Manusia yg berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasar sama rata dengan mereka yg memiliki status rendah; kumpulan yg kemudian ini dianggap memiliki kategori semulajadi tersendiri dan dgn itu layak berada di tempat yg lain dlm pembahagian buruh.4. Prejudis ialah luahan kesedaran kumpulan oleh kelompok manusia yg istemewa, yg mempertahankan kepentingan mereka dan memperkukuh struktur kategori itu.

Page 8: Bab 2power point

TEORI HUBUNGAN ETNIK

2. TEORI FREUDIANTeori ini merujuk kepada konsep prejudis sbg satu sikap utk mempertahankan hak org kulit putih. Dollard

(1937) yg mengaplikasikan teori ini mengusulkan;

I. Kehidupan social mengakibatkan lahir pelbagai kekecewaan psikologidalam diri individu. Kekecewaan itu dikurangkan dgn melepaskan geram dan kekerasan kpd kumpulan sasaran tertentu

II. Bagi orang kulit putih , kehitaman dikaitkan dgn ketakutan dan keinginan yg terpendam.

III. Semakin lemah sesebuah kumpulan minority adalah semakin sesuai kelompok ini dijadikan sasaran.

IV. Di mana sahaja kekerasan secara berterusan diluahkan, ianya akan diikuti oleh kekerasan melimpah hingga menambahkan lagi elemen irasional kpd tindakan rasional pada peringkat awal lagi.

Page 9: Bab 2power point

TEORI HUBUNGAN ETNIK

3. Teori Struktur-FungtionalismeTeori ini pernah dirujuk oleh Talcott Parsons (1975), W.Lloyd

Warner(1945), Kingsley Davis(1948) dan Gunnar Myrdal(1944). Teori ini membayangkan individu bertindak secara intensif dan dikawal oleh hokum dan denda. Individu mengejar kepentingannya tetapi masyarakat mengikut kepentingan ini dalam pola yg sama sebab wujudnya pembahagian buruh dan individu juga berkongsi nilai bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat.

Page 10: Bab 2power point

TEORI HUBUNGAN ETNIK

4. Teori Kelas Diperkenal – Oliver Cox (1948) dgn merujuk masalah kelas dan kasta

di Amerika Usul:

1. Kapitalis mengaut keuntungan dan meletakkan buruh kelas bawahan2. Mendukung ketidaksamarataan iaitu kulit putih dan hitam3. Wujud ras kr menguntungkan kapitalis

Page 11: Bab 2power point

TEORI HUBUNGAN ETNIK

5. Masyarakat majmuk• J. S Furnivall (1948) dan M. G. Smith (1965) yang menggunakan konsep

masyarakat majmuk untuk mengenal pasti masyarakat di Asia Tenggara di mana wujud satu rantai manusia seperti orang Eropah, Cina, India dan pelbagai kumpulan anak tempatan. Masyarakat majmuk itu didefinisikan sebagai mereka bergaul tetapi tidak bergabung.

• Setiap kumpulan berpegang dengan agama masing-masing, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar iaitu semasa membeli dan menjual.

• Wujud satu masyarakat plural di mana pelbagai bahagian komuniti hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Manakala dalam bidang ekonomi berlaku pembahagian buruh mengikut garisan ras

Page 12: Bab 2power point

• Loe Kuper (1974-1977) mengkritik teori struktur fungtionalisme dan Marxisme kerana tidak menjelaskan teori masyarakat yang dipisahkan oleh etnik dan ras.

• Usul:1. Masyrakat dibezakan dgn fenotaip, ekonomi dan politik2. konflik berlaku disebabkan garis pemisah ras, bukan kelas3. ras ditentukan oleh sejarah

Page 13: Bab 2power point

TEORI HUBUNGAN ETNIK

6. Teori HE: Pasaran Buruh Terpisah• Diperkenal – Edna Bonacich (1972) akibat perebutan kuasa dlm

pasaran buruh• Ciri

1. Buruh dipisahkan dgn garis etnik2. tiga kelas utama i. peniaga nak buruh murah ii. Buruh yang dibayar gaji tinggi disaingi dgn buruh murah iii. Buruh murah dikuasai oleh peniaga

Page 14: Bab 2power point

TEORI HUBUNGAN ETNIK

7. Teori HE; Pilihan Rasional

• Teori Pilihan Rasional yang menjurus kepada realiti sosial dengan cara melihat pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan.

• Teori ini dipopularkan antara lain oleh Thomas Sowell (1975), Thomas Schelling (1978), Michael Banton (1983) dan Mansor Mohd. Noor (2000).

Page 15: Bab 2power point

• Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik mengandaikan;• individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza dan bertindak untuk

memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial. • Manakala tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan

terhadap kelompok sebayanya. • Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan

tertutup. • Seterusnya, semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu

berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain yang terlibat hingga terbina ikatan sosial di antara individu.

• Namun, apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, dia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan

Page 16: Bab 2power point

KONSEP KONSEP HUBUNGAN ETNIK

Page 17: Bab 2power point

Konsep Masyarakat

• Definisi Masyarakat :Kamus Dewan :kumpulan manusia, yang hidup bersama,di sesuatu tempat,dengan aturan tertentu.

• Lucy Mair – satu gagasan yang terdiri drp manusia yang saling berhubung secara kolektif dgn hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf

Page 18: Bab 2power point

Konsep Masyarakat

Ciri-Ciri Masyarakat 1. Manusia Yang Hidup Berkelompok

1. Satu hakikat yang nyata di kalangan manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok.

2. Kelompok ini yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan.

3. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.

Page 19: Bab 2power point

Konsep Masyarakat

Ciri-ciri Masyarakat2. Melahirkan Kebudayaan

• Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya.

• Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan.

• Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian.

Page 20: Bab 2power point

Konsep Masyarakat

• Ciri-ciri Masyarakat3. Mengalami Perubahan

• Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan.

• Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri.

• Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu.

Page 21: Bab 2power point

Konsep Masyarakat

Ciri-ciri Masyarakat4.Terdapat Kepimpinan • Dalam Masyarakat wujud kepimpinan. Setiap individu dilahirkan

sebagai peminpin. Mereka boleh berperanan sebagai pemimpin dikalangan keluarga, komuniti, daerah,negeri dan Negara.

Page 22: Bab 2power point

Konsep Masyarakat

5. Stratifikasi Sosial • Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang

harus dimainkannya atau merujuk kepada susun lapis masyarakat.

• Stratifikasi sosial dibahagikan kepada tiga:• kelas, • status • kasta

Page 23: Bab 2power point

• Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan.

• Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran iaitu Haji, Lebai, Dato’ dan sebagainya.

• Kasta ialah kelas sosial yang keahliannya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.

Page 24: Bab 2power point

Budaya

• Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai ‘The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily noticed from within’.

• Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat

Page 25: Bab 2power point

• Budaya boleh dibahagikan kepada dua:• budaya kebendaan• budaya bukan kebendaan

• Budaya kebendaan• peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,

senjata dan sebagainya.• Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan

orang Inggeris atau orang Eskimo.

• Budaya bukan kebendaan• kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. • Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-

beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki

Page 26: Bab 2power point

Ciri-Ciri Budaya

• Dipelajari • Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari

• Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

• i. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.

• ii. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.

• iii. Umur seseorang.• iv. Tahap pendidikan• v. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Page 27: Bab 2power point

Ciri Budaya• Perkongsian

• Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia.

• Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

• Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Page 28: Bab 2power point

Ciri Budaya• Kesejagatan

• Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.

• budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

• Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:

• i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.• ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.• iii. sistem sosial.• iv. bahasa.• v. kesenian.• vi. sistem pengetahuan.• vii. agama dan kepercayaan.

Page 29: Bab 2power point

Ciri Budaya

• Diwarisi• Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini

bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu.

• Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

Page 30: Bab 2power point

Ciri Budaya• Berubah

• Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia.

• Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

• Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:• i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.• ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.• iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.• iv. pertembungan budaya.• v. konflik yang berlaku.• vi. perubahan alam sekitar.

Page 31: Bab 2power point

Ciri Budaya

• Perlambangan• Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan

makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.

• Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

Page 32: Bab 2power point

Ciri Budaya

• Pandangan Semesta • Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam

sekeliling ke dalam kehidupan seharian.

• Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.

• Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Page 33: Bab 2power point

Masyarakat Majmuk

• Masyarakat yg terdiri drp pelbagai kelompok ras dan etnik berlainan di bawah satu ssistem pemerintahan

• Diperkenalkan oleh J.S Furnivall (1948)• M.S. Smith (1960) – masyarakat yang mempunyai kepelbagaian

budaya yang wujud atas dasar konflik dan paksaan dan bukan atas nilai bersama

ZT1042 33

Page 34: Bab 2power point

• Masyarakat Kepelbagaian• Tidak lagi dicirikan dgn perbezaan besar dari segi ekonomi• Masyarakat Malaysia lebih kpd masyarakat kepelbagaian, kurang konflik

ZT1042 34

Page 35: Bab 2power point

Konsep Etnik

• Berasal dari perkataan ethnos

• Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

• Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Page 36: Bab 2power point

• Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum

• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.

• Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.

• Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza .

Page 37: Bab 2power point

• Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum

• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.

• Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.

• Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza .

Page 38: Bab 2power point

Konsep Etnisiti

• Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.

• Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya jelas di mana anggotanya berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Page 39: Bab 2power point

Etnosentrisme

• Manakala etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

• Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif melihat kelompok etnik lain daripada lensa dan kacamata etnik sendiri.

Page 40: Bab 2power point

Konsep Ras dan Rasisme• Istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun membawa

makna berbeza.

• Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampuraduk dan digunakan secara bertukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.

• Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak sepatutnya dikenali sebagai etnik tetapi juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

• Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan selainnya.

• Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Page 41: Bab 2power point

• Manakala rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan perbedaan wajah fizikal-bilogikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui prilaku atau tindakan terbuka.

• Rasisme adalah gabungan prejudis dan kuasa diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit, mata dan ciri-ciri fizikal-biologikal selainnya.

Page 42: Bab 2power point

• Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi.

• Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada yang berstatus lebih rendah.

• Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu.

• • Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan

pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.

• Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat di dalam struktur sosial.

Page 43: Bab 2power point

Jarak Sosial

• Merujuk kpd pengasingan secara fizikal atau emosi antara individu yang mempunyai perbezaan tanggapan

• Wujud kr sikap negatif terhadap etnik lain, perbezaan tempat tinggal, pekerjaan, bahasa, agama, adat dan etnik

ZT1042 43

Page 44: Bab 2power point

Integrasi

• Integrasi Sosial – merujuk kpd proses menyatupadukan pelbagai kelompok dlm masyrakat melalui satu identiti bersama

ZT1043m 44

Page 45: Bab 2power point

• Akomodasi • Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan

nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain.

• Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan.

• Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka

A + B + C = A + B + C

Page 46: Bab 2power point

• Akulturasi• Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan

di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

• Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri.

• Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

Page 47: Bab 2power point

• Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam.

• Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah dan dijadikan unsur kebudayaan sendiri.

• Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, ‘angpow’, makanan, hiburan dan sebagainya

Page 48: Bab 2power point

• Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:• i. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah

diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.

• ii. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya.

A + B + C = Ai + Bi + Ci

Page 49: Bab 2power point

• Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:

• i. Etnik yang berbeza budaya.• ii. Individu di dalam atau di antara etnik

sering berinteraksi.• iii. Interaksi berlaku dalam tempoh yang

lama.

Page 50: Bab 2power point

• Kejayaan asimilasi bergantung kepada:• i. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan

identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.

• ii. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.

• iii. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti

adalah kecil.• iv. Terdapat banyak persamaan budaya antara

etnik.• v. Penguasaan dalam sesuatu bidang

khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

Page 51: Bab 2power point

• Faktor penghalang asimilasi ialah:

• i. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.

• ii. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.

• iii. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

A + B + C = A

Page 52: Bab 2power point

Konsep Prejudis dan Stereotaip • Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif yang tersemat di dalam hati seseorang

atau satu kelompok etnik, yang sering tidak diluahkan secara terbuka, mengenai ahli atau kelompok etnik lain.

• Selalunya pandangan ini adalah tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan ianya menjadi stereotaip.

• Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandangn negatif terhadap etnik lain. Mengubah prejudis yang tinggi terhadap sesebuah etnik lain adalah sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.

• Prejudis yang wujud biasanya berasaskan sokongan yang aktif daripada masyarakat sekeliling. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada satu generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dari aspek politik, ekonomi sosial dan sebagainya.

Page 53: Bab 2power point

• Manakala stereotaip pula ialah kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik seperti semua orang Arab itu Islam, orang Belanda itu kedekut dan sebagainya.

• Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik lain. Ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.

• Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia.

• Ini kerana fahaman stereotaip akan menjadikan sesuatu etnik itu akan memandang rendah kepada etnik lain dan seterusnya membawa implikasi kepada terbatasnya interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Page 54: Bab 2power point

Konsep Diskriminasi

• Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi prilaku pihak yang berpandangan negatif.

• • Ringkasnya, diskriminasi adalah perbuatan membezakan seseorang individu atau sesuatu

kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

• Diskriminasi merupakan hasil terjemahan daripada prasangka yang ada pada sesuatu etnik.

• Ia semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada di peringkat individu ataupun kumpulan etnik.

Page 55: Bab 2power point

Interaksi sosial

• Proses sosial yang melibatkan dua atau lebih individu atau kelompok yg saling membalas tingkah laku dan mempengaruhi

ZT1042 55

Page 56: Bab 2power point

Etnik dan Ras dlm Konteks HE di Malaysia

• Amalan mengaitkan konsep ras dengan ciri-ciri fizikal dan etnik dengan ciri-ciri kebudayaan seseorang individu itu sudah diterima pakai secara meluas.

• Namun demikian, batas dalam sesuatu kumpulan etnik dan ras tidaklah begitu jelas dan tetap seperti yang diandaikan oleh orang ramai. Kedua-dua konsep ini sering bertindih dan dalam banyak perkara maknanya kabur.

• Individu daripada kumpulan ras dan etnik yang berlainan juga boleh berkahwin dan menghasilkan percampuran ras. Percampuran ras ini menyebabkan ciri-ciri fizikal seperti warna kulit dan sebagainya berubah.

ZT1042 56

Page 57: Bab 2power point

• Di Malaysia, konsep ras tidak digunakan dalam memahami hubungan antara rakyat yang pelbagai budaya.

• Konsep yang digunakan untuk mentakrifkan kaum Melayu ialah konsep etnik iaitu bercirikan budaya, bahasa dan agama (Fazilah Idris 2008).

• Konsep etnik telah diguna pakai di Alam Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat lagi. Jelas menunjukkan bahawa orang Melayu ditakrifkan berdasarkan konsep etnik, bukan ras.

• Penggunaan konsep ras akan menyulitkan pengkategorian kumpulan Melayu disebabkan berlakunya percampuran ras dengan tiga kategori fenotaip, pertama, fenotaip Kaukasian seperti orang Inggeris, Belanda, Turki, Arab, Portugis, India dan lain-lain, kedua fenotaip Mongoloid seperti Cina, orang rumpun Melayu, orang Asli dan lain-lain dan ketiga ialah fenotaip Afrika (Nur Syam 2007). Percampuran ras tiga kategori fenotaip ini telah menyebabkan ciri-ciri fizikal orang Melayu menjadi kabur (Mansor Mohd Noor 2005).

ZT1042 57

Page 58: Bab 2power point

2.6 Kesimpulan• 1. Masyarakat Malaysia mempunyai unsur dalaman yg

positif ke arah perpaduan spt yg terkandung dalam Kebudayaan Kebangsaan

• 2. Kebudayaan Kebangsaan yg menyatukan kebudayaan asal, asing dan Islam adalah wahana hubungan etnik yg ampuh dlm mencapai perpaduan acuan Malaysia.

ZT1042 58

Page 59: Bab 2power point

Tamat