BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

18
11 BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan Terjemahan merupakan satu aktiviti yang menghubungkan dua bangsa atau lebih dalam memahami antara satu sama lain. Aktiviti ini tersebar hampir di setiap pelusuk dunia. Tambahan pula, zaman sekarang merupakan zaman tanpa sempadan yang menggunakan internet sebagai medium komunikasi. Maka, keperluan menterjemah daripada satu bahasa ke bahasa yang lain amat diperlukan oleh masyarakat di dunia ini. Setiap bangsa memiliki kepakaran masing-masing sama ada dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran atau hal pentadbiran Negara. Dengan adanya perbezaan ini, masyarakat di dunia ini mula berkongsi apa yang mereka miliki antara satu sama lain. Justeru itu, amalan penterjemahan menjadi alat untuk mereka bertukar-tukar pendapat dan idea dalam meneroka ilmu pengetahuan yang luas termasuklah ilmu agama. Bagi masyarakat Islam, Al-Quran merupakan sumber utama dalam mempelajari ilmu agama. Namun begitu, tidak semua masyarakat Islam yang mampu memahami isi kandungan Al-Quran kerana Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu, amalan penterjemahan Al-Quran sangat diperlukan supaya masyarakat Islam di seluruh dunia ini mampu memahaminya melalui terjemahan Al-Quran.

Transcript of BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

Page 1: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

11

BAB 2

TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH

2.0 Pendahuluan

Terjemahan merupakan satu aktiviti yang menghubungkan dua bangsa atau lebih

dalam memahami antara satu sama lain. Aktiviti ini tersebar hampir di setiap pelusuk

dunia. Tambahan pula, zaman sekarang merupakan zaman tanpa sempadan yang

menggunakan internet sebagai medium komunikasi. Maka, keperluan menterjemah

daripada satu bahasa ke bahasa yang lain amat diperlukan oleh masyarakat di dunia ini.

Setiap bangsa memiliki kepakaran masing-masing sama ada dari segi ilmu

pengetahuan, kemahiran atau hal pentadbiran Negara. Dengan adanya perbezaan ini,

masyarakat di dunia ini mula berkongsi apa yang mereka miliki antara satu sama lain.

Justeru itu, amalan penterjemahan menjadi alat untuk mereka bertukar-tukar pendapat

dan idea dalam meneroka ilmu pengetahuan yang luas termasuklah ilmu agama.

Bagi masyarakat Islam, Al-Quran merupakan sumber utama dalam mempelajari

ilmu agama. Namun begitu, tidak semua masyarakat Islam yang mampu memahami isi

kandungan Al-Quran kerana Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu,

amalan penterjemahan Al-Quran sangat diperlukan supaya masyarakat Islam di seluruh

dunia ini mampu memahaminya melalui terjemahan Al-Quran.

Page 2: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

12

2.1 Definisi Terjemahan

Definisi terjemahan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu terjemahan dari segi bahasa dan

terjemahan dari segi istilah. Berikut adalah definisi terjemahan mengikut bahagian-

bahagiannya:

2.1.1 Dari segi bahasa

Perkataan terjemahan merupakan perkataan terbitan bahasa arab yang berasal

daripada perkataan ‘tarjama’ yang membawa maksud tafsiran sebagai mana yang

terdapat dalam kamus Al-Khalil (2006). Manakala Ibnu Manzur (1993) iaitu pemilik

Lisan Al-Arab mendefinisikan perkataan Al-Tarjuman dan Al-Turjuman sebagai pentafsir

kepada lisan. Perkataan itu telah digunakan di dalam hadith yang menyebut tentang kisah

Hirqal raja Rom. Raja Rom itu telah berkata kepada penterjemahnya seperti berikut:

“seseorang yang menterjemahkan perkataan, memindahkannya daripada bahasa ke dalam

bahasa yang lain”.

Manakala menurut sumber-sumber bahasa yang lain, terjemahan boleh

didefinisikan kepada beberapa makna. Antaranya ialah yang membawa maksud

penerangan dan penjelasan sebagai mana yang disebut di dalam Al-Misbah Al-Munir

(Al-Fayumiyy, 1987). Selain itu, Al-Razi (1986) ada menyebut dalam kitabnya Mukhtar

Al-Sihah bahawa perkataan „tarjama‟ membawa maksud tafsiran dengan menggunakan

bahasa kedua. Al-Zabidi (1966) pula dalam kitabnya Taj Al-Arus mengatakan Al-

Turjuman sebagai pentafsir bahasa. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa makna

terjemahan dari segi bahasa ialah aktiviti mentafsir, menerangkan atau menjelaskan

sesuatu teks supaya difahami oleh orang lain.

Page 3: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

13

2.1.2 Dari segi istilah

Dari segi istilah atau secara teknikalnya, terjemahan lebih tertumpu kepada

aktiviti yang melibatkan dua jenis bahasa atau lebih. Menurut Newmark (1988),

terjemahan ialah kegiatan menterjemahkan makna sesuatu teks asal kepada bahasa lain

berpandukan kepada apa yang diingini oleh penulis teks bahasa sumber iaitu bahasa teks

asal. Hal ini dipersetujui oleh Catford (1996) yang mendifinisikan terjemahan sebagai

“penggantian bahan teks dalam satu bahasa (bahasa sumber) dengan bahan teks yang

sepadan dalam bahasa lain (bahasa sasaran). Jadi, kedua-dua ahli bahasa ini menyentuh

tentang dua jenis bahasa yang perlu ada dalam aktiviti penterjemahan.

Ainon Muhammad (1994) juga memberikan respon yang hampir sama terhadap

makna terjemahan. Beliau telah mengatakan bahawa terjemahan ialah mengalihkan

sesuatu bahasa kepada bahasa yang lain yang meliputi mesej, teks sumber, gaya bahasa

dan tindak balas yang sama daripada golongan sasaran. Nida (1964) pula menyuarakan

pendapatnya bahawa terjemahan adalah satu proses untuk mewujudkan padanan yang

paling hampir dengan makna sebenar bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran yang

meliputi maknanya dan gayanya. Ini menerangkan bahawa makna dan gaya bahasa

sasaran perlu dihasilkan selari dengan bahasa sumber dalam sesuatu terjemahan.

Pendapat ini telah dipertahankan oleh Hartman dan Stork (1972) yang

mengatakan bahawa sesuatu terjemahan itu mestilah tepat maknanya sehingga mudah

difahami dengan baik oleh pembaca sasaran dan dalam masa yang sama mengekalkan

persamaan dari segi gaya bahasanya.

Dari pendapat seorang pakar penterjemahan Arab-Melayu iaitu Muhammad

Bukhari Lubis (1998) pula mengatakan bahawa pemeliharaan maksud sesuatu teks

bahasa sumber dalam aktiviti terjemahan adalah penting bagi memindahkan idea dari satu

bahasa ke satu bahasa yang lain. Pendapat ini turut disokong oleh Abdullah Hasan dan

Page 4: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

14

Ainon (2001) yang menyebut tentang aspek makna dan gaya dalam mendefinisikan

perkataan „terjemahan‟.

Daripada pendapat-pendapat yang dibentangkan di atas, penulis dapat membuat

kesimpulan bahawa terjemahan adalah proses penyalinan, pemindahan, pentafsiran, dan

penerangan semula makna sesuatu teks bahasa sumber ke dalam bahasa yang lain. Proses

ini melibatkan dua bahasa atau lebih yang merupakan satu aktiviti penukaran antara

bahasa. Lebih tepat lagi, ia adalah satu aktiviti pertukaran budaya antara bahasa-bahasa di

dunia ini.

2.2 Makna Perintah Bahasa Arab

Makna perintah banyak terdapat di dalam Al-Quran. Ini kerana Al-Quran

menjelaskan hukum-hakam dalam Islam yang wajib dipatuhi oleh umat Islam. Jadi,

penulis akan membentangkan tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan makna

perintah bahasa Arab yang terdapat dalam Al-Quran.

2.2.1 Pengertian makna perintah

Menurut Ab. Rahim Ibrahim (1999), perintah adalah bermaksud arahan atau

suruhan. Beliau menfokuskan perkataan perintah itu dengan perintah dalam Al-Quran

yang membawa maksud perlaksanaan sesuatu yang ditentukan. Ini menunjukkan bahawa

perintah yang terdapat dalam Al-Quran merupakan sesuatu perlaksanaan hukum yang

telah ditentukan oleh Allah kepada hamba-hambanya. Secara khususnya, perintah itu

termasuk perintah suruhan dan juga perintah larangan sebagai mana yang terdapat dalam

skop kajian ini.

Page 5: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

15

Namun begitu, makna perintah ini perlu diteliti maksudnya sebagai mana yang

telah dijelaskan oleh para ulama‟ Islam dalam bidang Usul Fiqh. Ini penting kerana

makna perintah dalam Al-Quran akan membawa kepada sesuatu hukum yang boleh

dijelaskan dengan ilmu Usul Fiqh. Jadi, pengkaji telah meneliti beberapa pengertian

perintah dari kalangan ulama‟-ulama Usul Fiqh.

Menurut Wahbah AL-Zuhaili (1986), perintah ialah satu perkataan yang

menjuruskan kepada satu tuntutan daripada pihak yang memiliki kuasa atau kedudukan

yang lebih tinggi supaya membuat sesuatu perbuatan. Definisi ini hampir sama dengan

definisi yang telah diberikan oleh Abd Al-Karim Zaidan (1989) iaitu perintah merupakan

sesuatu tuntutan perlaksanaan yang digunakan oleh golongan yang mempunyai

kedudukan yang lebih tinggi. Kedua-dua makna perintah daripada kedua-dua sarjana

Islam ini merupakan makna yang menunjukkan perintah bagi sesuatu suruhan.

Manakala makna perintah bagi sesuatu larangan pula telah dijelaskan oleh Fakhr

Al-Din Al-Razi (1988). Beliau menjelaskan bahawa perintah larangan merupakan satu

perintah daripada golongan yang memiliki kedudukan yang lebih tinggi supaya

menjauhkan diri daripada sesuatu perlakuan atau amalan. Pendapat ini telah disokong

oleh Abu Ishaq Al-Syatibiy (1991) yang mengatakan bahawa sesuatu larangan itu adalah

tuntutan bagi meninggalkan sesuatu yang telah ditegah.

Jadi, jelas di sini bahawa perintah suruhan dan perintah larangan merupakan

sesuatu lafaz yang dilakukan oleh golongan yang mempunyai kedudukan yang lebih

tinggi kepada golongan yang memiliki kedudukan yang lebih rendah. Dalam konteks Al-

Quran pula, ia adalah perintah suruhan dan perintah larangan daripada Allah kepada

hamba-hambanya. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin mengkaji kedua-dua jenis

perintah ini yang terdapat dalam surah Al-Baqarah.

Page 6: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

16

2.2.2 Kategori makna perintah

Dalam Al-Quran, makna perintah wujud dalam pelbagai bentuk dan gayanya.

Antaranya ialah dalam bentuk kata kerja perintah (Fi’il Amr), kata kerja mudari` disertai

dengan Lam Al-Amr, kata nama perintah (Ism Fi’il), dan kata kerja mudari` yang disertai

dengan La Al-Nahiyyat.

(1) Kata kerja perintah (Fi’il Amr)

43. dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua

(berjemaah) bersama-sama orang-orang Yang rukuk.

(2) Kata kerja mudari‟ disertai dengan Lam Al-Amr

……

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya

diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-

keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar

Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan

Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;…

Page 7: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

17

(3) Kata nama yang membawa maksud perintah (Ism Fi’il)

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan

atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(4) Kata kerja mudari‟ disertai dengan La Al-Nahiyyat

188. dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu

Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)

kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta

manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Inilah di antara bentuk-bentuk ayat yang membawa makna perintah dalam Al-

Quran sebagai mana yang telah dijelaskan oleh Wahbat Az-Zuhailiy (1986). Bentuk-

bentuk inilah yang akan dilihat oleh pengkaji dan menjadikannya sebagai data-data

kajian.

Page 8: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

18

2.3 Teori-teori Terjemahan

Dalam bahagian ini, teori-teori terjemahan akan dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu

teori terjemahan dan teori ketepatan makna padanan. Penerangannya adalah seperti

berikut:

2.3.1 Teori Terjemahan

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan teori terjemahan “Dinamis” yang

telah diperkenalkan oleh Nida pada tahun 1964. Nida telah menjelaskan bahawa

terjemahan dinamis merupakan aktiviti memindahkan mesej teks sumber kepada teks

sasaran dengan menjaga persamaan kesan pembacaan oleh penutur teks sasaran dengan

penutur teks sumber (Nida dan Taber, 1969:200). Daripada penerangan tentang makna

terjemahan dinamis itu, dapatlah difahami bahawa terjemahan ini mementingkan mesej

yang disampaikan dalam bahasa sumber itu supaya dapat difahami dengan mudah oleh

penutur bahasa sasaran. Jelas di sini bahawa jika terjemahan itu mudah difahami oleh

penutur sasaran, maka terjemahan itu ditakrifkan sebagai terjemahn yang baik. Walau

bagaimana pun, Nida juga menegaskan gaya dan padanan kata yang dipilih dalam

terjemahan itu mestilah juga sepadan dengan gaya bahasa sumber.

Ekoran daripada itu, Nida telah menggariskan beberapa perkara dalam

menterjemahkan sesuatu teks, iaitu:

1. Analisis: untuk permulaan, perkataan atau ayat dalam bahasa sumber dianalisis

dari segi maknanya dan juga tatabahasanya dan melihat hubungan di antara

keduanya.

2. Pemindahan: selepas dianalisis, makna setiap perkataan atau ayat itu akan

dipindahkan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran.

Page 9: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

19

3. Penstrukturan semula: di peringkat ini, penterjemah akan melakukan

penstrukturan semula terjemahan itu supaya mesej yang ada dalam terjemahan itu

diterima oleh penutur bahasa sasaran dengan jelas.

Apabila perkara-perkara di atas dijalankan, maka berlakulah proses penterjemahan teks

sumber kepada teks sasaran mengikut teori terjemahan yang telah diperkenalkan oleh

Nida. Perkara-perkara tersebut penting kepada penterjemah bagi menyempurnakan

terjemahan dinamis ini.

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2001) melalui kajian Muhammad

Arsyad Abdul Majid (2009), terdapat enam aspek yang perlu diketahui oleh penterjemah

dalam menghubungkan teori terjemahan dinamis ini, iaitu:

1- Penyalinan semula maklumat

2- Persamaan lawan keserupaan

3- Persamaan yang bersahaja

4- Persamaan terdekat

5- Keutamaan makna

6- Kepentingan gaya

Keenam-enam aspek ini akan dilihat oleh pengkaji dalam membandingkan data-data

kajian.

Selain itu, pengkaji juga akan melihat teori linguistik bagi makna perintah dari

sudut tatabahasa Arab iaitu teori Ali Jarim dan Mustafa Amin (1998) dalam bukunya

Nahwu Wadih. Teori ini lebih menekankan dari aspek bentuk ayat-ayat perintah yang

terdapat dalam Al-Quran.

Page 10: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

20

2.3.2 Teori Ketepatan Makna Padanan

Bagi mengetahui ketepatan makna perintah yang digunakan dalam kedua-dua

kitab terjemahan itu, teori terjemahan yang diperkenalkan oleh Newmark (1981), dan

Nida (1975) akan dijadikan sebagai rujukan.

2.3.2.1 Pendekatan Newmark (1981)

Newmark telah memperkenalkan dua jenis terjemahan iaitu terjemahan

komunikatif dan terjemahan semantik. Terjemahan komunikatif ialah satu terjemahan

yang mementingkan kepada keberkesanan sesuatu terjemahan itu dalam memberi kesan

terhadap pembaca sebagai mana teks asal memberi kesan kepada pembaca itu. Antara

ciri-ciri terjemahan jenis ini ialah terjemahan yang dianggap sebagai berkurangan, lebih

mementingkan fungsi, budaya bahasa terjemahan, pembaca, dan juga mesej yang ingin

disampaikan.

Manakala terjemahan semantik pula ialah terjemahan yang lebih menekankan

kepada makna teks asal supaya selari maknanya dengan teks bahasa sasaran dan tidak

menyalahi struktur semantik dan sintaksis bahasa kedua itu. Antara ciri-cirinya pula ialah

terjemahan yang dikatakan terjemahan berlebihan, mementingkan penulis bahasa asal,

makna dan maklumat yang banyak.

Namun begitu, Newmark mengatakan bahawa kedua-dua jenis terjemahan itu

tidak semestinya digunakan untuk jenis-jenis teks asal yang tertentu sahaja. Kedua-

duanya tiada kaedah yang tetap untuk ditentukan penggunaannya. Malah, Newmark turut

mengatakan bahawa terdapat pertindihan di antara kedua-dua kaedah tersebut. Jadi,

kedua-dua kaedah penterjemahan itu digunakan mengikut kesesuaian kajian ini.

Page 11: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

21

Secara lebih terperinci, kajian ini mengfokuskan kepada ciri-ciri utama bagi setiap

jenis pendekatan terjemahan yang diperkenalkan oleh Newmark itu dalam mencari

ketepatan makna terjemahan. Ciri-ciri itu ialah terjemahn secara berkurangan dan

terjemahan secara berlebihan. Menurut Newmark, terjemahan berkurangan ialah

terjemahan yang menggunakan perkataan yang lebih umum atau menyeluruh dalam

bahasa sasaran. Manakala terjemahan berlebihan pula ialah terjemahan yang

menggunakan perkataan yang lebih mendalam maksudnya dan bersifat rumit.

2.3.2.2 Teori Nida (1975)

Menurut Nida (1975), antara sebab-sebab yang boleh menimbulkan masalah

dalam padanan kata ialah seperti berikut:

1- Satu lawan satu

2- Satu lawan banyak

3- Banyak lawan satu

4- Satu lawan tiada

Kesemua kemungkinan tersebut disokong oleh beberapa ahli bahasa yang mengatakan

bahawa masalah-masalah tersebut boleh berlaku semasa proses padanan kata nama

khusus, kata nama am, kata kerja dan istilah-istilah tertentu (Low Bee Eng (1991),

Indrani Pillay (2002), dan Mashudi Kader (1997)). Jadi, masalah ini juga berlaku kepada

terjemahan Arab-Melayu dalam mencari padanan kata yang paling tepat.

Menurut Nida lagi, setiap kata ada komponen maknanya. Goh Sang Seong (2011)

dalam kajiannya menjelaskan teori Nida ini dengan penjelasan berikut:

(a) pemasukan lojik: X secara lojiknya termasuk Y jika seluruh

komponen X juga merupakan komponen Y;

Page 12: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

22

(b) ketidakmasukan lojik: X secara lojiknya tidak termasuk Y,

dan sebaliknya, jika X mengandungi suatu komponen secara

sistematiknya bertentangan dengan komponen Y;

(c) sinonim komponen: dua penyataan itu adalah sinonim secara

komponen jika kedua-duanya itu mempunyai pernyataan semantic

yang sama.

Ini menunjukkan bahawa apabila menterjemah sesuatu teks, penterjemah itu mestilah

mencari padanan kata yang betul diikuti dengan makna komponen yang selari dengan

kata dalam teks asal. Ada dua perkara yang perlu dilihat oleh penterjemah iaitu perkataan

dan komponen yang diwakili oleh sesuatu perkataan itu. Apabila dua perkara ini diteliti,

maka pemilihan perkataan yang paling sesuai dapat ditentukan. Inilah peranan komponen

semantik dalam menentukan makna padanan yang sesuai. Berikut adalah contoh padanan

kata kerja perintah yang dipadankan dengan mengaplikasikan teori Nida (1975).

(a) ُان ُل ُُعُ د ُا... – maksudnya “Berdoalah untuk kami…”

(b) Terjemahan beserta komponen maknanya: “Pohonlah untuk kami…”

Komponen semantik bagi kedua-dua kata kerja perintah tersebut ialah:

(berdoalah) – [+ harapan, + formal, + tenang]

(pohonlah) – [+ harapan, + formal, + tenang]

Kedua-dua perkataan di atas memiliki komponen semantik yang sama. Jadi, dapatlah

disimpulkan bahawa kedua-dua perkataan itu mempunyai padanan makna yang sama dan

boleh dikategorikan sebagai terjemahan yang tepat.

Inilah di antara teori yang akan digunakan oleh pengkaji untuk menentukan

terjemahan yang tepat bagi makna perintah yang terdapat dalam terjemahan tafsir Fi Zilal

Al-Quran dan terjemahan tafsir Pimpinan Ar-Rahman.

Page 13: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

23

2.4 Terjemahan Al-Quran

Terjemahan Al-Quran bermula ketika agama Islam mula tersebar ke seluruh

pelusuk dunia. Ini berlaku ekoran daripada kepelbagaian bangsa di kalangan umat Islam

di dunia ini. Apabila Islam tersebar dengan meluas, maka keperluan menterjemahkan Al-

Quran ke dalam bahasa-bahasa lain menjadi satu kepentingan. Ulama‟ulama berusaha

memikul tanggungjawab ini bagi menyebarkan ajaran Islam. Tambahan pula, Al-Quran

merupakan panduan umat Islam yang wajib diikuti oleh penganutnya. Jadi, kefahaman

yang betul tentang isi kandungan Al-Quran perlu diutamakan.

Sehubungan dengan itu, penterjemahan Al-Quran dijalankan bagi memenuhi

tuntutan tersebut. Proses penterjemahan Al-Quran bukan sesuatu perkara yang mudah

dilakukan. Proses ini memerlukan usaha yang gigih daripada para ulama‟ dan memakan

masa yang agak lama. Ini kerana Al-Quran diturunkan dengan bahasa yang cukup indah

dan unik dan tiada sesiapa yang dapat menandingi bahasa Al-Quran. Dengan itu, penulis

akan membentangkan metodologi penterjemahan Al-Quran secara ringkas.

2.4.1 Metodologi penterjemahan Al-Quran

Al-Quran adalah sumber utama bagi umat Islam sebagai panduan dalam

menjalani kehidupan seharian. Al-Quran adalah kitab agama Islam yang perlu dijaga

supaya tidak dirosakkan oleh golongan kuffar. Jadi, penterjemahannya memerlukan

kepada kaedah yang betul agar tidak menyalahi makna yang terkandung di dalamnya.

Ada beberapa kaedah atau metodologi yang digunakan oleh ulama‟-ulama‟ dalam kerja

penterjemahan Al-Quran. Antaranya ialah seperti berikut:

(1) Terjemahan secara harfiah

Terjemahan ini bermaksud menterjemahkan sesuatu teks itu mengikut satu

perkataan demi satu perkataan. Ini bermakna setiap perkataan yang ada dalam

teks itu diterjemahkan satu demi satu untuk menjaga struktur ayat dalam teks

Page 14: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

24

asal sama ada dari segi nahunya, rentaknya atau maknanya. Perkara ini

dijelaskan secara terperinci oleh Ainon Muhammad (1979). Ainon

Muhammad (1979) menjelaskan bahawa terjemahan harfiah berlaku apabila

kita menterjemah kata kerja dengan kata kerja, kata nama dengan kata nama

dan kata sendi dengan kata sendi. Beliau juga mengatakan bahawa terjemahan

cara ini perlu dikekalkan juga tanda baca yang ada dalam teks asal seperti

koma, noktah dan lain-lain.

Di Malaysia, terdapat juga terjemahan Al-Quran yang menggunakan kaedah

ini iaitu Terjemahan Al-Quran Per Kata. Biasanya, terjemahan ini digunakan

untuk memudahkan orang ramai mempelajari bahasa Arab daripada Al-Quran.

(2) Terjemahan secara literal

Menurut Zainal Abidin Bakar (2001), terjemahan ini masih mengamalkan

terjemahan kata demi kata di samping cuba memperbaikinya supaya selari

dengan tatabahasa bahasa sasaran. Penterjemah akan cuba menyesuaikan

terjemahan itu dengan struktur bahasa sasaran yang betul dan diterima oleh

penutur bahasa itu.

(3) Terjemahan secara bebas.

Terjemahan ini tidak terikat dengan teks bahasa asal. Terjemahan ini terbahagi

kepada dua jenis iaitu terjemahan dinamis dan terjemahan adaptasi atau

saduran.

i- Terjemahan dinamis

Menurut Eugena A. Nida (1975), terjemahan ini ialah menyalin

semula maklumat daripada bahasa asal kepada bahasa sasaran dalam

bentuk yang hampir sama dan bersahaja. Daripada definisi tersebut,

Page 15: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

25

Nida mengfokuskan kepada beberapa isi penting tentang terjemahan

dinamis ini, iaitu menyalin maklumat, mencari bentuk yang hampir

sama dengan bahasa asal dan juga bersahaja, mementingkan makna

teks asal, dan mementingkan gayanya.

Kitab terjemahan Al-Quran yang menggunakan kaedah ini ialah

terjemahan tafsir Fi Zilal Al-Quran dan beberapa lagi terjemahan yang

lain.

ii- Adaptasi atau saduran

Terjemahan ini merupakan terjemahan yang lebih bebas berbanding

terjemahan dinamis. Terjemahan ini hanya mengambil isi-isi penting

daripada teks asal dan kemudian menterjemahkannya mengikut

penterjemah itu sendiri.

Inilah di antara kaedah-kaedah yang digunakan dalam penterjemahan Al-Quran.

Namun begitu, penterjemahan Al-Quran perlu kepada rujukan daripada kitab-kitab agama

yang lain untuk mengetahui sebab-sebab penurunan ayat dan kaedah hukum yang

ditentukan (iaitu melalui ilmu Usul Fiqh).

2.4.2 Penterjemahan Al-Quran di Malaysia

Di Malaysia, aktiviti terjemahan Al-Quran berkembang dengan baik. Kita dapat

lihat bahawa terdapat institusi-institusi yang berusaha menterjemah kitab-kitab tafsir Al-

Quran dengan bersungguh-sungguh sehingga mereka dapat menyempurnakan terjemahan

kitab tafsir Al-Quran itu. Ada beberapa kitab terjemahan tafsir yang telah diterjemahkan

ke dalam bahasa Malaysia. Mohd Asmadi Yakob (2002) dalam kajian beliau

Page 16: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

26

menyenaraikan kitab terjemahan tafsir yang terawal diterjemahkan ke dalam bahasa

Malaysia, iaitu:

(1) Terjemahan Tafsir Al-Baydawi

Terjemahan ini merupakan antara terjemahan tafsir yang terawal

diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia dan telah disempurnakan oleh Al-

Ustaz Abdul Rauf bin Ali Al-Fansuri Al-Jawi dan disemak oleh tiga orang

ulama‟ iaitu Syeikh Ahmad Al-Fatani, Syeikh Idris Al-Kalntni dan Syeikh

Daud Al-Fatani. Selepas itu, kitab ini sekali lagi telah ditashihkan oleh

Syeikh Muhammad Idrid Abdul Rauf Al-Marbawi pada tahun 1956 yang telah

diterbitkan oleh Pustaka Nasional Singapura. Umat Islam di Malaysia

terutamanya yang belajar di pondok-pondok menjadikan kitab ini sebagai

rujukan utama dalam bidang tafsir pada masa itu.

(2) Terjemahan Tafsir Al-Khazin

Terjemahan ini mula dijalankan pada tahun 1929 oleh Tuan Guru Haji Mohd

Yusof Haji Ahmad atau terkenal dengan gelaran “Tok Kenali”. Beliau telah

mengetuai aktiviti penterjemahan itu dengan dibantu oleh beberapa orang

penterjemah lain. Namun begitu, terjemahan ini tidak dapat disempurnakan

dan tidak dapat diterbitkan kerana berlakunya rasa tidak puas hati oleh Majlis

Agama Islam Kelantan terhadap usaha itu. Oleh sebab itu, terjemahan ini

tidak diedarkan kepada orang ramai.

(3) Al-Quran Al-Karim Terjemahan dan Huraian Maksud

Kitab ini merupakan terjemahan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia

yang disempurnakan oleh Muhammad Uthman Al-Muhammadi dan

dikeluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 1992.

(4) Terjemahan Fi Zilal Al-Quran

Page 17: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

27

Terjemahan ini merupakan salah satu bahan kajian pengkaji. Kitab ini telah

ditulis oleh Dato‟ Yusoff Zaky Haji Yacob yang diterbitkan pada tahun 2000.

Ianya ditulis dalam 17 jilid dengan bentuk persembahan yang lebih moden.

(5) Terjemahan Tafsir Al-Munir

Terjemahan ini merupakan satu usahasama di antara Persatuan Ulama

Malaysia (PUM) dan Intel Multimedia and Publication yang diterbitkan pada

tahun 2001. Aktiviti penterjemahan tafsir ini diketuai oleh Prof. Madya Dr.

Zulkifli Hj. Yusoff dan dibantu oleh ahli-ahli akademik yang lain. Kemudian,

kitab ini disemak oleh Ustaz Haji Abd. Ghani Samsudin dan beberapa orang

lagi di kalangan para ulama‟.

(6) Terjemahan Tafsir Al-Maraghi

Terjemahan ini diterbitkan hasil daripada usahasama di antara Dewan Bahasa

dan Pustaka, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Pusat Pungutan

Zakat dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada asalnya, terjemahan ini

merupakan terjemahan dalam bahasa Indonesia. Kemudian, terjemahan ini

diolah semula mengikut gaya bahasa Malaysia.

Berikut adalah penambahan daripada penulis kajian ini, iaitu:

(7) Terjemahan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Terjemahan ini merupakan salah satu bahan kajian dalam kajian ini. Kitab ini

diterjemah oleh Sheikh Abdullah Basmeih dan disemak oleh Sahibul Fadhilah

Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman,

1998). Cetakan pertama kitab ini ialah pada tahun 1980 dan mempunyai

beberapa cetakan sehingga sekarang. Kitab ini juga berada di bawah kawalan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Page 18: BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH 2.0 Pendahuluan ...

28

2.5 Penutup

Kesimpulan daripada bab ini, pengkaji telah menjelaskan tentang makna

terjemahan dari segi bahasa dan istilah, makna perintah dari segi bahasa dan istilah, teori-

teori terjemahan, dan juga terjemahan Al-Quran khususnya di Malaysia.

Terjemahan merupakan aktiviti yang boleh memberi kefahaman kepada penutur

bahasa selain daripada bahasa yang digunakan dalam teks sumber. Penutur bahasa

sasaran itu dapat menerima mesej yang ingin disampaikan dalam teks sumber. Begitulah

juga yang berlaku kepada terjemahan Al-Quran. Walaupun terjemahan Al-Quran sukar

untuk dilaksanakan, tetapi akhirnya terjemahan itu berjaya direalisasikan oleh golongan

yang bersungguh-sungguh dalam memberi kefahaman kepada orang ramai tentang isi

kandungan Al-Quran khususnya di Malaysia ini. Kita dapat lihat bahawa ada beberapa

kitab tafsir Al-Quran telah diterjemahkan kepada bahasa Malaysia seperti yang telah

disebut di atas. Itulah bukti yang jelas menunjukkan usaha gigih daripada ulama‟-ulama‟

terdahulu.

Dari segi kaedah penterjemahan pula, banyak teori yang telah diperkenalkan oleh

orang-orang Barat yang menjadi rujukan kepada aktiviti terjemahan di seluruh dunia

seperti teori yang diperkenalkan oleh Nida dan Newmark. Sehubungan dengan itu, ahli

linguistik Islam telah meneliti jenis-jenis terjemahan yang digunakan dalam

penterjemahan Al-Quran sebagai mana yang telah dijelaskan oleh penulis.

Dalam bab berikutnya, pengkaji akan menjelaskan metodologi yang digunakan

dalam menjalankan kajian ini secara terperinci.