Bab 2 Sebutan dan Intonasi

Click here to load reader

download Bab 2 Sebutan dan Intonasi

of 23

Embed Size (px)

Transcript of Bab 2 Sebutan dan Intonasi

BAB 2: SEBUTAN DAN INTONASI

BAB 2: SEBUTAN DAN INTONASIBAHASA KEBANGSAAN (A)MPU3213AIDA NASRIN BINTI NASARUDIN

PengenalanDalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan sistem sebutan iaitu prinsip apa yang digunakan untuk membunyikan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu.

Hasil PembelajaranDi akhir pengajian, pelajar akan:- Memahami prinsip-prinsip sebutan perkataan dalam bahasa Melayu- Boleh membunyikan perkataan-perkataan Melayu dengan betul mengikut prinsip-prinsip ejaan Bahasa Melayu.

Istilah Vokal ialah bunyi. Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai bunyi dan boleh memberikan bunyi pada huruf konsonan.Konsonan ialah huruf lain yang bukan huruf vokal.Diftong bunyi baru yang dihasilkan akibat dari geluncuran bunyi atau gaubungan dua huruf vokal yang berbeza.Gugus Konsonan Gabungan dua huruf konsonan yang memberi bunyi baru yang berbeza.Suku kata bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

Prinsip SebutanPersembahanSebuatan dalam bahasa Melayu adalah berasaskan sistem sebuatan baku. Baku bermakna standard atau piawai. Sistem baku bermakna perkataan dibunyikan seperti mana ia dieja. Bagaimana sesuatu perkataan itu dieja, begitulah cara dia disebutkan (atau dibunyikan). Penggunaan sistem baku bermakna pemakaian bunyi ejaaan adalah sama sahaja di mana-mana bahagian di seluruh negara.Oleh kerana sebutan perkataan adalah berdasarkan ejaan, mka pelajar perlu tahu empat kumpulan asas huruf-huruf dalam bahasa Melayu supaya dapat membunyikan perkataan (atau menyebut perkataan) dengan betul.

Sistem ejaan bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu:Huruf vokal: a, e, e, i o, uHuruf diftong: ai, au, oiHuruf kosonan: huruf selain huruf vokalHuruf kosonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

Huruf VokalPersembahanDalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard iaitu a, e, e, i, o, uHuruf vokal ini juga disebut huruf hidup atau huruf saksi. Ini kerana huruf-huruf vokal ini mempunyai bunyi dan boleh juga memberi bunyi kepada huruf-huruf kosonan.Bunyi vokal dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi ini hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.

Terdapat dua jenis e dalam kumpulan huruf vokal iaitu e pepet (contoh; emak, peta, semak, lemak, ketuk, beruk) dan e taling (contoh: teko,petak, sate)

Huruf FonemDi depanDi tengahDi belakanga[a]a-pipa-diki-tae (pepet)[e]e-makse-napris-mee (taling)[e] e-nakpe-taktau-gei[i]i-tusim-pansi-nio[o]o-lehko-tapi-da-tou[u]u-siktu-nassi-ku

Kesalahan sebuatan sering berlaku dalam sebutan vokal /u/. Dalam perkataan unik misalnya kerap kali disebut yu-nik. Lihat contoh di bawah:

Perkataan Sebutan salahSebutan betulUnikyu-niku-nikUnityu-niyu-nitUniversitiyu-ni-ver-si-tiu-ni-ver-si-ti

Huruf KonsonanPersembahanHuruf konsonan ialah semua huruf selain dari huruf vokal. Huruf konsonan berjumlah 21 huruf.Bunyi konsonan dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru menjadi terganggu dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melaui rongga mulut atau rongga hidung.

Contoh: b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, , v, w, x,y, zTerdapat tga konsonan yang hanya digunakan untuk perkataan pinjaman iaitu konsonan q, konsonan v dan konsonan x. tiada istilah asal bahasa Melayu yang menggunakan konsonan-konsonan ini.Bunyi konsonan /q/ hamper sama dengan bunyi konsonan /k/.Bunyi konsonan /x/ hampir sama dengan bunyi konsonan /z/.

Contoh:

Konsonan QKonsonan VKonsonan Xbu-raqqa-dakqa-darqu-ranwu-qufver-sivi-ta-minvo-ka-si-o-nalre-vo-lu-sisub-ver-sifxe-no-litxe-no-mofxi-lo-fonxi-lo-fajxe-ro-fit

Dalam bahasa Melayu ada 20 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 21 huruf seperti rajah di bawah:

BunyiHurufdi depandi tengahdi belakang /b//c//d//f//g/bcdfGbukacakapduafakirgunasebutkacaadatafsirtigaadabMacabadmaafbeg

BunyiHurufdi depandi tengahdi -belakang /h//j//k//l//m//n//p//q//r//s//t//v//w//y//z/hjklmnpqrstvwyZXharijalankamilekasmakanamapasangQuranraihsampaitalivitaminwanitayangzamanxenonsahammanjapaksaalaskamianakapawuqufBaraAslimatauniversitihawapayunglazat-tuahkolejkatakkesaldiamdaunsiapburaqputarlemasrapat---Lafaz-

Gugus konsonan (konsonan gabung)Gugus konsonan ialah gabungan dua huruf konsonan yang melambangkan satu bunyi konsonan yang baru. Apabila digabungkan konsonan pertama dan konsonan kedua akan kehilangan bunyi asalnya. Bunyi baru yang terhasil adalah bunyi baru.

Contoh:

Dalam contoh di atas, bunyi perkataan khusus bukanlah disebut khusus (4 suku kata) tetapi disebut khu-sus (dua suku kata).BunyiHuruf di depandi tengahdi belakang/g/ghGhaibMaghribMubaligh/x/khKhususAkhirTarikh/n/ngNgiluAnginPening /n/nyNyataHanya-/s/sy SyaratIsytiharQuraisy

Huruf DiftongHuruf diftong ialah gabungan dua bunyi huruf vokal yang berbeza yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Gabungan dua huruf vokal yang berbeza itu akan menghasilkan bunyi baru yang ketiga.Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

Berdasarkan contoh di atas, perkataan auto disebut au-to (dua suka kata). Bunyi /a/ dan bunyi /u/ digabungkan menjadi bunyi /au/.Bunyi Huruf diftongdi depandi tengahdi belakang/ai/aiAisingGhairahPandai Petaitirai/au/auAuratAutoAudit SaudaraGaulanaHarimauAtauRisau/oi/oi OidiumBoikotAmboiSempoiKonvoi

Suku kataSuku kata ialah pembahagian unit bunyi dalam sebutan Melayu untuk setiap perkataan. Unit bunyi ini dihasilkan oleh sekurang-kurangnya satu huruf vokal, atau gabungan satu huruf vokal dengan satu huruf konsonan. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dari satu suku kata hingga enam suku kata.

Contoh:

Berdasarkan contoh di atas, perkataan engkau mempunyai dua unit bunyi iaitu /eng/dan/kau/. Perkataan implikasi pula mempunyai empat unit bunyi iaitu /im/pli/ka dan si

Perkataan Jumlah suku kataContoh suku kataEh1EhEngkau2(1) Eng (2) kauKetawa3(1) Ke (2) ta (3) waImplikasi4(1) Im (2) pli (3) ka (4) siKeselarasan5(1) Ke (2) se (3) la (4) ras (5) anKebarangkalian 6(1) Ke (2) ba (3) rang (4) ka (5) li (6) an

Ringkasan Sistem bunyi adalah perkara asas dalam pengajian bahasa MelayuBunyi dalam perkataan Melayu dihasilkan oleh empat jenis iaitu huruf vokal, huruf konsonan, huruf diftong dan gugus konsonan.Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai bunyinya sendiri dan boleh memberi bunyi kepada huruf konsonan bila keduanya bergabungHuruf konsonan ialah semua huruf yang bukan jenis huruf vokalDiftong ialah gabungan dua huruf vokal yang berbeza yang menghasilkan bunyi baru.

Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan yang menghasilkan bunyi yang tidak sama seperti konsonan asal.Suku kata ialah unit bunyi dalam perkataan Melayu. Setiap perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai sekurang-kurangnya satu suku kata. Ada perkataan yang boleh mempunyai 6 suku kata.

Tamat